Professional Documents
Culture Documents
RUKUN IMAN
Rukun Iman teras utama aqidah Islam Keenam Rukun Iman adalah berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan hati Orang yang tidak yakin atau meragui salah satu daripadanya akan terbatal imannya
RUKUN IMAN
Percaya kepada Allah Percaya kepada Malaikat Percaya kepada Kitab Percaya kepada Rasul Percaya kepada Hari Kiamat Percaya kepada Qada' dan Qadar
Dengan menggunakan akal yang untuk memikirkan sesuatu daripada kejadian Allah Dengan mengetahui nama-nama Allah yang elok dan sifat-sifatNya yang agung
AL-ASMA' UL-HUSNA
AL-ASMA' UL-HUSNA
Bererti nama-nama Allah yang indah lagi baik Berjumlah 99 nama Allah
PENGENALAN MALAIKAT
Sejenis makhluk seni yang diutuskan oleh Allah berlainan dengan kejadian manusia Dijadikan daripada cahaya Boleh menjelma dengan pelbagai rupa yang baik Bukan lelaki tetapi bukan juga perempuan Melakukan pelbagai tugas terhadap Allah
BAHAGIAN-BAHAGIAN KITAB
Terbahagi kepada dua jenis :
1. Suhuf 2. Kitab
BILANGAN SUHUF
Terdapat 100 buah suhuf iaitu : 50 suhuf kepada Nabi Syisy a.s. 30 suhuf kepada Nabi Idris a.s. 10 suhuf kepada Nabi Ibrahim 10 suhuf kepada Nabi Musa
BILANGAN KITAB
Terdapat 4 kitab yang wajib dipercayai : Kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s. Kitab Injil kepada Nabi Isa a.s. Kitab Zabur kepada Nabi Daud a.s. Kitab al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.
BIBLE
Kitab Taurat dan Zabur sekarang pernah dinamakan perjanjian lama Old Testament Kitab Injil dinamakan perjanjian baru New Testament Kumpulan kitab-kitab inilah dinamakan kitab suci orang-orang Kristian Bible
AL-QURAN
Kitab suci yang terakhir sekali Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Secara beransur-ansur dalam masa 23 tahun (13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah) Berjumlah 6666 ayat iaitu terkandung 114 surah Diturunkan dalam bahasa Arab Mengandungi hukum-hukum, petunjuk-petunjuk, ceritacerita sejarah dan pelbagai ilmu yang memandu manusia ke arah kebenaran, kemajuan dan ketinggian Segala kandungan kekal dan relevan hingga akhir zaman
PENGUMPULAN AL-QURAN
Pada peringkat awal, ayat-ayat al-Quran telah dihafaz oleh sahabat dan ada yang ditulis Sewaktu pemerintahan Khalifah Abu Bakar, sebuah jawatankuasa dibentuk yang dikendalikan oleh Zaid bin Thabit untuk mengumpul, menyemak dan menulis semula ayat-ayat al-Quran di atas belulang kering, pelepah tamar dan tulang-tulang Al-Quran kemudian dikumpul dan disimpan di rumah Hafsah untuk mengelak daripada tercicir dan hilang
PENGUMPULAN AL-QURAN
Sewaktu pemerintahan Khalifah Usman, usaha yang lebih rapi menyalin dan mengesahkan penyusunan dan bacaannya mengikut alQuran yang disimpan sewaktu Khalifah Abu Bakar Al-Quran kemudian ditulis sebanyak enam buah tanpa perubahan seperti yang asal
PENGUMPULAN AL-QURAN
Naskah-naskah itu dihantar ke daerah-daerah Islam bagi : Mengelakkan perselisihan Menjadi panduan kepada ketua-ketua daerah dalam menjalankan tugas masing-masing iaitu ke Basrah, Kufah, Syam, Mekah dan Madinah serta satu naskah untuk Khalifah Usman (mashaf al-Iman)
BAHAGIAN KIAMAT
Terbahagi kepada dua bahagian : Kiamat kecil - Apabila seseorang itu mati Kiamat besar - Apabila berlaku kebinasaan dan kehancuran seluruh alam
ALAMAT KIAMAT
Walaupun kiamat suatu yang pasti, akan tetapi masanya tidak diketahui melainkan Allah Namun terdapat beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan beberapa alamat kiamat Terbahagi kepada dua : Alamat kecil Alamat besar
ALAMAT KECIL
Kebangkitan Nabi Muhammad Anak-anak yang berketurunan rendah dan hamba menjadi raja, ketua dan pemimpin Orang-orang kampung yang tidak berkasut dan menjadi gembala dapat menjadi hartawan dan membangunkan bangunan yang besar dan tinggi Urusan agama dipegang oleh orang yang bukan ahlinya Negeri-negeri kecil disatukan menjadi negara besar Banyak berlaku pergaduhan dan peperangan Banyak berlaku gempa bumi dan lain-lain lagi
ALAMAT BESAR
Lahir Imam Mahdi dari keturunan Rasulullah yang akan menegakkan syariat Islam Lahir Dajjal yang akan merosakkan agama dan menyesatkan manusia Keluar binatang dari bumi dan boleh bercakap dengan manusia Turun Nabi Isa yang akan membawa kebenaran dan menghapuskan kemungkaran Lahir Yakjuj dan Makjuj yang akan melakukan kerosakan di atas muka bumi
ALAMAT BESAR
Keluar asap yang tebal hingga memenuhi angkasa menyebabkan manusia yang menderhaka Allah menjadi mabuk Matahari naik dari sebelah barat Terhapus al-Quran dari mashaf dan dari dada manusia Akhir sekali, seluruh manusia akan meninggalkan agama
Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya