You are on page 1of 7

INSTITUT PERGURUAN DARUL AMAN 06000 JITRA KEDAH DARUL AMAN DIALEK DAERAH

NAMA: NURFATIWIA BINTI MOHAMMAD ROSE NO K/P: 870110-29-5014 PROGRAM: PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN(PPISMP) PENSYARAH: ENCIK ABDULL MANAF BIN AHMAD

SOSIOLINGUISTIK
Definisi Dialek: Dialek adalah variasi dari satu masa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sesebuah masyarakat atau komuniti bahasa. Mempunyai bentuk tertentu,dituturkan dalam sesuatu kawasan oleh penutur tertentu keadaannya berbeza dari bentuk bahasa standard dari segi sebutan,perbendaharaan kata dan tatabahasa. Dialek terbahagi kepada 2 iaitu dialek daerah dan dialek sosial.

DIALEK DAERAH
Telah dibicarakan bahawa sesuatu bahasa mempunyai berbagai-bagai dialek,yang digunakan oleh penduduknya mengikut daerah tertentu.Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek,yang berbeza dari segi sebutan,perbendaharaan kata dan tatabahasa.Satu contoh perbezaan yang nyata ialah cara menyebut huruf a pada akhir kata dalam perkataan seperti apa.Ada yang menyebut apa (misalnya di Kedah),ada yang menyebut apo (Negeri Sembilan dan Kelantan),ada yang menyebut ape (Johor,Melaka dan Selangor).Contoh-contoh lain ialah perbezaan dalam dialek Terengganu yang menyebutkan bulang dan makang bagi bulan dan makan,manakala dalam dialek kelantan pula,ia di sebut sebagai bule dan make. Penggunaan kata ganti juga memperlihatkan perbezaan yang menarik.Bagi kata ganti orang kedua,bentuk-bentuk umum ialah awak,anda,kamu,engkau dank au,sementara bentuk-bentuk dialek ialah hang,mu,eden,awda,diri dan berbagai-bagai lagi.

Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor-faktor geografis, politik, penjajahan, perdagangan, masa, dan seumpamanya.. Dialek daerah atau dialek kawasan adalah variasi dari sesuatu bahasa yang wujud akibat perbezaan pengucapan dan penggunaan yang dipengaruhi oleh alam persekitaran.Selalunya yang menyebabkan timbulnya dialek daerah ialah faktor-faktor geografidan politik. Keadaan semulajadi seperti gunung-ganang yang tinggi,bukit,hutan rimba dan sebagainya yang pada suatu masa dahulu menyebabkan kesukaran perhubungan di antara penduduk menyebabkan penutur-penutur bahasa melayu di semenanjung terpisah kepada beberapa kumpulan/wilayah.Akibatnya timbullah dialek seperti dialek Kelantan yang banyak dipengaruhi oleh dialek Thai,Kedah,Negeri Sembilan dan sebagainya. Faktor politik pula membahagikan negeri ni kepada unit politik yang lebih kecil seperti negeri Selangor,Perak,Terengganu dan Pahang.Keadaan ini berterusan sehingga ke hari ini.Walau bagaimanapun,kerana adanya alat perhubungan yang mudah dan cepat,pertembungan sentiasa berlaku diantara kumpulan-kumpulan penutur tadi dan menyebabkan dialek tadi tidak terus terpisah antara satu sama lain.Unsur faham memahami di antara satu sama lain masih dapat dikekalkan.Begitupun,perbezaan dari berbagai segi tetap wujud.Perbezaan yang ketara adalah dari segi sebutan,makna,(perbendaharaan kata)dan sedikit-sedikit perbezaan dari segi morfologi. Dialek-dialek tempatan di Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Melayu. Malah, dalam satu-satu dialek tempatan di Malaysia, terdapat pula ideolek-ideolek, iaitu

kelainan pengucapan yang disebabkan oleh perbezaan individu, dan kelainan stilistik yang terjadi sebagai akibat prbezaan konteks. Semua kelainan ini disebut dialek, tetapi penutur-penuturnya masih saling bersefahaman antara satu sama lain. Contohnya, jika di bandingkan dialek Kelantan dengan bahasa Melayu, didapati bahawa terdapat beberapa perbezaan yang amat dominan terutamanya dalam domain yang berikut: 1. Fonologi - dari segi pengucapan dan fonem. 2. Morfologi - dari segi struktur morfem terikat, jenis dan jumlah morfem terikat, dan keseringan pemakaian morfem terikat. 3. Ayat - dari segi susunan ayat pasir, susunan kata aspek dalam ayat dan susunan kata penguat dalam ayat. 4. Leksikal - dari segi kata-kata seperti berikut:

Kata-kata yang ada dalam dialek Kelantan, tetapi tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata. Kata-kata yang sama, tetapi berbeza erti antara dialek Kelantan dengan bahasa Melayu.

Morfem terikat dalam dialek daerah Kelantan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu morfem terikat nama dan morfem terikat kerja. Terdapat 15 morfem terikat dalam dialek daerah Kelantan, iaitu 8 morfem terikat kerja dan 7 morfem terikat nama. Morfem terikat kerja terdiri daripada 5 awalan, 1 akhiran, 1 imbuhan apitan, dan 1 suprafiksa kepanjangan konsonan. Manakala morfem terikat nama terdiri daripada 3 awalan, 1 akhiran, 2 imbuhan apitan, dan 1 suprafiksa. Bagi setiap morfem tersebut terdapat pula fungsifungsinya yang berbeza dalam konteks ayat yang berlainan. Kata dalam dialek daerah Kelantan dapat juga dibahagikan kepada tiga golongan besar berdasarkan posisi yang dihadiri oleh kata dalam satu-satu struktur tertentu, hubungannya dengan kata-

kata yang lain, kemungkinannya untuk berganti tempat dengan kata lain, dan fungsinya. Golongan-golongan kata tersebut terdiri daripada: i. Kata nama ii. Kata kerja iii. Kata tugas. Dalam dialek daerah Kelantan, unsur-unsur ayat terdiri daripada FN, FK dan Adv (Adverba) yang tersusun mengikut satusatu struktur ayat. Berdasarkan intonasi, iaitu kontor nada suara, ayat dalam dialek Kelantan dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang berikut: i. Ayat Penyata - terdiri daripada tiga jenis iaitu; ayat aktif, ayat pasir (pasif jati dan pasir semu), dan ayat ekuasional. ii. Ayat Tanya - terdiri daripada ayat tanya ya/tidak, dan ayat tanya bukan/ya/tidak. iii. Ayat Perintah - terdiri daripada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, ayat ajakan. iv. Ayat Seru - Terdiri daripada ayat seru gembira, sedih, marah, terperanjat, dan sakit.

Contoh Perbezaan Dialek-Dialek Daerah


1.Perbezaan sebutan antara dialek-dialek Bahasa Melayu
Bunyi R L S Bahasa Penang Perak N.Sembilan Johor Melaka Kelantan Terengganu standard /Kedah ular ulaq ulo ula ula ulau ula ulo bakul bakoy bakoy bakoy bakol bakol bako bako tikus tikoyh tikoyh tikuyh tikus tikus tikuh tikuh

2.Perbezaan Makna
Perkataan Teriak Loghat Simpan Pelawak Kopek Segan Bahasa Standard Memanggil dengan nyaring Dialek Letak ditempat selamat Ahli pelawak Koyak Malu Dialek Menangis(Kedah) Gaduh(Kelantan) Kemas(Kedah) Bohong(Kelantan) Buah dada(Kelantan) Malas(Kedah)

3.Perbezaan dari segi Penggunaan Imbuhan


perbezaan yang nyata dari segi pemakaian imbuhan dapat dilihat pada imbuhan per dan kan.Dialek-dialek di selatan seperti (Johor,Negeri Sembilan dan Selangor) menggunakan imbuhan kan misalnya habiskan atau besarkan.Sementara di utara menggunakan imbuhan per.Contohnya perhabis, perhangat dan perbesar.

4.Perbezaan dari segi sintaksis


Perbezaan ini idaklah begitu ketara kecuali kedudukan perkataan sudah dan sungguh dalam ayat.Contohnya: Bahasa Standard Ayah sudah balik Adik sudah makan Bunga sungguh cantik Rumah sungguh besar Dialek (Kedah,Kelantan,Terengganu,Perak dan Pulau Pinang) Ayah balik sudah (dah) Adik makan sudah (dah) Bunga cantik sungguh Rumah besar sungguh

BIBLIOGRAFI
Sosiolinguistik Bahasa Melayu Dan Pengajaran,Nik Safiah Karim,Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd,1988. Sosiolinguistik Satu Pengenalan,Peter Trudgill,Dewan Bahasa Dan Pustaka,1984

You might also like