You are on page 1of 69

PUISI TRADISIONAL PANTUN EMPAT KERAT (Budi)) Maksud Terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput;

Jika tak kenang kepada saya, Nama yang bail tidak tersebut. Seseorang yang berbudi, namanya pasti akan disebut-sebut Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama; Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama. Seseorang yang berbudi akan terus menjadi se butan walaupun telah meninggal dunia Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan; Budi sedikit bila kan hil ang, Itu menjadi kenang-kenangan. Walaupun hanya sedikit budi yang ditaburkan ak an tetap dikenang. Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun; Kasih tuan saya terima, Se bagai hutang seribu tahun. Perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan menyebabkan hubungan mereka berterusan ke akhir hayat. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 1

Tema Persoalan Nilai Pengajaran Kita haruslah berbudi kepada orang lain a anjung oleh masyarakat. Kita mestilah ikhlas menabur budi agar kehidupan lebih s ehajtera. Kita hendaklah menghargai budi yang dicurahkan oleh orang lain agar hu bungan berkekalan. Nilai menghargai budi. Budi yang ditabur oleh seseorang akan dikenang walaupun orang itu telah tiada. Nilai keikhlasan menghulurkan budi kepa da insan lain. Budi yang sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia. Ketin ggian nilai budi. Kasih sayang yang wujud sesama insan hasil daripada budi yang ditaburkan. Kelebihan mempunyai budi pekerti yang baik. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 2

PUISI TRADISIONAL PANTUN EMPAT KERAT (Jenaka dan Sindiran) Maksud Apa guna berka in batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pan dai menumbuk sambal. Seseorang isteri dianggap tidak sempurna walaupun memiliki kecantikan jika dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur. Dari Kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap; Ikan kering lagi ketawa, Mend engar tupai membaca kitab. Jika seseorang yang tidak berilmu cuba menunjukkan ke pandaian, sudah pasti dia akan ditertawakan. Ambil segulung rotan saga, Suruh diambil mari diurut; Duduk termenung harimau tu a, Melihat kambing mencabut janggut. Seseorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah kuasanya hilang. Kupu-kupu terbang melintang, Hinggap menghisap bunga layu; Hati di dalam menaruh bimbang, Melihat ikan memanjat kayu. Perasaan bimbang apabila seseorang yang me lakukan sesuatu di luar kemampuannya. Lebat sungguh padi di paya, Kayu tumbang tepi pangkalan; Hairan sekali hati saya , Burung terbang disambar ikan. Perasaan hairan yang timbul apabila orang bawaha n berjaya mengambil alih kuasa daripada seseorang pemimpin yang berpengaruh. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 3

Tema Persoalan Nilai Pengajaran Kita haruslah bertanggungjawab meng tangga agar kehidupan lebih harmoni. Kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah. Kita haruslah berfikir dan bertindak secara r asional agar tidak mendatangkan masalah kepada orang lain. Nilai bertanggungjawa b. Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tanggan dengan baik. Nila i kegigihan iaitu gigih berusaha bagi mencapai matlamat. Nilai rasional dalam me lakukan sesuatu perkata. Tanggungjawab seseorang isteri terhadap urusan rumah ta ngga. Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan. Pemimpin yang kehilangan kuasa. Keb imbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa. Musibah yang berlaku akibat ke lalaian. Sindiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 4

PUISI TRADISIONAL SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL Maksud Orang berakal sangatlah mu lia, Pakaian anbia dan aulia, Barang siapa mengikut dia, Itulah tanda orang baha gia. Manusia yang berakal dipandang mulia, malahan golongan anbia dan aulia amat mementingkan ilmu. Seseorang yang mencontohi golongan anbia dan aulia akan memp eroleh kebahagiaan. Kerana ia akalnya tajam, Menjadi kepala bela bermacam, Jikalau mata melihatkan k ejam, Disebutlah jalannya ia tersunjam. Golongan anbia dan aulia yang berilmu pe ngetahuan menyebabkan mereka dipilih sebagai ketua dan menegakkan keadilan. Sesi apa yang mentafsirkan golongan tersebut kejam maka dia bakal mendapat balasan. Telek pandangan dengan makrifat, Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat, Tiada men gasihi orang yang jahat, Takut akhirnya menjadi fazihat. (Nota: fazihat aib, cel a, nista) Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang yang baik sahaja, sebaliknya mengetepikan orang yang jahat kerana t akut terpengaruh dengan sikap negatif mereka. Sebagai lagi tanda berakal, Perintah syarak tidak menyangkal, Menjauhkan tamak h endak tawakal, Ibanya tahu dunia tak kekal. (Nota: ibanya belas kasihan, terharu, sedih, pilu, sayu) Orang yang berakal juga patuh kepada perintah Allah dan mengikut hukum syarak. S elain berserah kepada Allah, mereka juga tidak tamak haloba kerana menyedari bah awa dunia ini tidak kekal. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 5

Jika ia dikasihi raja, Tiadalah ia melanja-lanja, Tiadalah menyombong pada beker ja, Dengan taulannya bersamaan sahaja. (Nota: melanja-lanja berjalan-jalan sesuka hati) Orang yang berakal disayangi oleh golongan atasan, namun mereka tidak mengadanga da, tidak sombong dan menganggap status mereka sama sahaja dengan rakan taulan. Apabila raja kasih sangat, Makin itu makin ia ingat, Segala taulannya hatinya di hambat, Merendahkan diri serta berkhidmat. Jika pihak atasan memberikan perhatia n yang lebih kepadanya, mereka sentiasa berwaspada. Malahan mereka berusaha mera patkan hubungan dengan rakan-rakan, merendah diri dan sedia berkhidmat. Demikian lagi dengar olehmu, Tanda berakal kasihkan ilmu, Suka mentelaah tiadala h jemu, Mencari kupasan jangan bersemu. Orang yang berakal tidak bosan dalam men gajar ilmu pengetahuan dan sentiasa membuat penelitian untuk mencari jawapan aga r tidak terpedaya. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 6

Tema Persoalan Nilai Nilai kebijaksanaan. Contoh: Orang yang bijaksana akan d ntik sebagai pemimpin dan dipandang mulia. Nilai kasih sayang. Contoh: Seseorang yang berakal sangat mengasihi ketua dan rakan-rakannya. Nilai ketaatan. Contoh: Seseorang yang berakal akan taat kepada hukum syarak. Nilai kerajianan. Contoh: Orang yang berakal sentiasa menelaah untuk mendalami ilmu pengetahuan tanpa ras a jemu. Ketinggian status orang yang berilmu. Kebijaksanaan orang yang berakal m enyelesaikan masalah. Keinsafan seseorang akan kuasa Tuhan. Kepatuhan kepada huk um syarak. Keikhlasan dalam persahabatan. Ciri-ciri orang yang berakal.

Pengajaran Kita haruslah mencontohi ciri-ciri orang yang berakal seperti para an bia dan aulia agar kehidupan akan lebih bahagia. Kita mestilah menyayangi sahaba t yang baik dan menjauhi orang-orang yang bersikap negatif agar tidak terpengaru h. Kita haruslah merendah diri walaupun berilmu dan disayangi ramai agar terhind ar daripada sifat riak dan takbur. Kita hendaklah patuh kepada hukum syarak agar terhindar daripada kemungkaran. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 7

PUISI TRADISIONAL SYAIR SITI SIANAH Maksud Setengahnya perempuan terlalu janggal nya, Roma di muka pula dicukurnya, Seperti taji berandam di keningnya, Kemudian memakai dengan selengkapnya. Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening. Mereka juga berhias da n memakai pakaian yang selengkapnya. Mengagak mengilai terlalu suka, Melihat laki-laki ditampakkan muka, Supaya lakilaki boleh menyangka, Ianya elok tiada terhingga. Terdapat segelintir wanita yan g ketawa mengilai-ngilai. Malahan di hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya. Setengah perempuan sangat pesolek, Berhias berdandan berpakai molek, Di dalam ce rmin muka ditelek, Kanan dan kiri dibelek-belek. Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka. Meskipun tiada berapa eloknya, Ada yang setengah kembang hidungnya, Serta pula k epik batangnya, Seperti buaya besar mulutnya. Terdapat segelintir wanita yang ti dak begitu cantik dan jelita. Malahan hidungnya kembang dan tidak mancung sepert i besar mulut buaya. Namun mereka tetap berhias. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 8

Setengah perempuan perangainya cela, Habis dipenuhi rambut kepala, Rambut yang s ikit disiputnya pula, Memakai cemara berjela-jela. (Nota: cemara rambut palsu) A da sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu. Terkad ang muka dibubuh pupuri, (Nota: pupuri bedak) Kaki dan tangan, lengan dan jari, Jadilah rupanya putih berseri, Pekerjaan tipu sangat digemari. Ada juga yang mel umuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehingga putih sematamata untuk men gaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka. Setengah perempuan yang makan angkat, Memakai gelang bertingkat-tingkat, Memanda ng laki-laki matanya lekat, Dengan jantan suka berdekat. Terdapat segelintir wan ita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal lengan dengan tu juan untuk menarik perhatian. Mereka juga berpeleseran dengan lelaki. Kaki dan tangan dinaikkan pula, Pura-pura dikatakan ubat segala, Hakikatnya dike tahui Allah Taala, Supaya laki-laki berhati gila. Ada juga wanita yang mendedahk an kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat. Sebenarnya, niat mereka untuk me mbuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan mereka diketahui Allah. Berlindunglah kita kepada Allah, Daripada perbuatan yang amat salah, Mudah-mudah an dilepaskanlah, Jangan menjadi betina sempolah. (Nota: sempolah tidak berguna, sampah masyarakat) Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita terselamat daripada segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 9

Setengahnya suka bermain judi, Inilah perangai banyak terjadi, Habislah tergadai intan serudi, Kerana perangai sudah membadi. (Nota: serudi batu permata) (Nota: membadi berkelakuan luar biasa menyerupai bin atang) Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai bu ruknya selama ini. Lelaki perempuan bertindih lutut, Banyaklah kelakuan yang tidak patut, Sembahyan g ibadat sudahlah bantut, Kerana syaitan duduk di buntut. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang tidak senonoh . Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 10

Tema Persoalan Nilai Nilai kesopanan. Contoh: Seseorang wanita yang berada di k alayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan ketawa mengilai-ngilai. Nilai kesederhanaan. Contoh: Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri . Nilai ketaatan kepada agama. Contoh: Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama. Nilai kesyukuran. Contoh: Bersyukurlah deng an kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri. Sikap wanita yang suka berhias h ingga melanggar hukum syarak. Ketaatan kepada Allah. Kesan buruk perjudian. Perg aulan bebas antara lelaki dan perempuan. Nasihat kepada golongan wanita bagi mem elihara maruah diri.

Pengajaran Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati ol eh orang lain. Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah. Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran. S eseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar ter pelihara daripada maksiat. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 11

PUISI TRADISIONAL GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM Maksud Cahari olehmu akan sahaba t, Yang boleh dijadikan ubat. Saranan supaya memilih teman yang dapat membantu k etika susah dan senang. Cahari olehmu akan guru, Yang boleh tahukan tiap seteru. Saranan agar berguru de ngan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat menyelesaikan setiap kemusykil an. Cahari olehmu akan isteri, Yang boleh menyerahkan diri. steri yang patuh dan setia kepada suami. Cahari olehmu akan kawan, Pilih segala orang setiawan. n yang memiliki semangat setiakawan. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 12 Saranan supaya memilih i Saranan agar mencari tema

Tema Persoalan Nilai Nilai kebijaksanaan. Contoh: Kebijaksanaan seseorang memili h sahabat, guru dan isteri akan memberi manfaat kepadanya. Nilai ketaatan. Conto h: Seorang isteri perlu taat dan setia kepada suami. Nilai keikhlasan. Contoh: S eseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan. Kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan. Kebijaksanaan dalam memilih guru. Kepentingan mempunyai isteri yang setia. Nasihat bagi memilih orang yang ingin kita damping i.

Pengajaran Kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ke tika susah dan senang. Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijak sana agar dapat membimbing kita. Seseorang suami haruslah bijak memilih steri ya ng setia agar perhubungan mereka berkekalan. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 13

PUISI TRADISIONAL SELOKA EMAK SI RANDANG Maksud Budi baik Emak Si Randang, Dagan g lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuhkan, Mengisahkan Emak Si Randang yan g baik hati. Dia rela memasakkan makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya seh ingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak berhutang, Beras habis padi tak jadi. Namun demikian, emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu pergi, Emak Si Randang te rpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang ditanamnya t idak menjadi. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 14

Tema Persoalan Nilai Nilai kebijaksanaan Contoh: Seseorang perlu bijaksana mengg unakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu tindakan. Nilai bertanggungjawab. Co ntoh: Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak. Nilai b erbudi. Contoh: Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpa da-pada. Rasional ketika melakukan sesuatu tindakan. Pembaziran yang perlu diela kkan. Tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga. Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.

Pengajaran Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri agar kehidupan lebih harmoni. Kita mestilah menggunakan a kal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan y ang buruk. Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakun ya pembaziran. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 15

PUISI MODEN HARGA REMAJA (Rahman Shaari) Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini? Penyajak menerangkan kepentingan usia remaja yang tinggi nilain ya dalam meniti kehidupan. Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta mu rah atau madu ajaran dari ilmu susah? Penyajak mencetuskan persoalan tentang pen gisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntu t ilmu. Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu. Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu. Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju. untuk menjadi insan yang berguna. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 16 Remaja perlu mempunyai matlamat hidup

Tema Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda. Huraian: Zama n remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan ses uatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan se rta mempunyai hala tuju. Persoalan Nilai Nilai keberanian. Contoh: Remaja perlu berani untuk menegakkan k ebenaran. Nilai kegigihan. Contoh: Remaja mestilah berusaha untuk menunut ilmu. Nilai kebijaksanaan. Contoh: Remaja perlu bijak menentukan hala tuju dalam hidup mereka. Kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Jati diri remaja . Keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan. Hala tuju hidup dalam di ri remaja.

Pengajaran Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang berman faat. Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah. Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup. Kita perlu mempunyai pendirian yan g tetap dan yakin akan diri sendiri. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 17

PUISI MODEN DI PERPUSTAKAAN (Shafie Abu Bakar) Melangkah ke ruangmu Satu pertuka ran yang kontras Dari kehangatan merata Ke kedinginan yang menerpa Terlalu henin g di sini Gua pendeta bersemadi Di puncak sepi Di sana sini Kepala-kepala tunduk meneliti Mata dan fikir bersebati. Penyajak menggambarkan suasana di dalam perp ustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya deng an pelbagai ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah. Maju ke ruang buku Terlalu kerdil aku di sini Terapung di laut ilmu Tercurah ber zaman Dalam tak terselam Betapapun kulayari Bahtera ilmu di sini Tak terteroka Y ang akan kucatat Hanya setitik dari tinta Yang akan kupetik Hanya sebiji dari mu tiara Engkau adalah pusaka moyang Gedung peradaban insan Terhimpun berzaman. Pen yajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang me ngandungi pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan d irinya tidak mungkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 18

Bersemadi di sini Aku adalah pelayar yang dahaga Di dada samudera Tak berpantai Betapapun kuteguk darinya Dahaga tak pernah langsai Tema Persoalan Nilai erajinan. Contohnya: Rajin menuntut ilmu. Nilai ketekunan. Contohnya: Tekun dala m mempelajari ilmu pengetahuan. Nilai bertanggungjawab. Contohnya: Berminat untu k mendalami ilmu pengetahuan dengan penuh tanggungjawab Pelbagai khazanah ilmu y ang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan. Pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya. Cinta akan ilmu pengetahuan. Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu. Penyajak berusaha mencari ilm u pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diteroka.

Nilai

Pengajaran Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu. Kita hendaklah mempunyai m inat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalm usaha mengejar ilmu. Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 19

PUISI MODEN MENGINTAI RUANG INSAF (Shukri Abdullah) Semakin berat kejahilan terp ikul di bahu semakin jauh perjalanan memburu nur-Mu. Penyajak berasakan bahawa s emakin banyak dosa yang dilakukannya telah menjauhkan dirinya daripada rahmat Al lah s.w.t. Sewaktu berlari di padang hidup kerap kakiku tersadung selirat akar tubuhku terc alar duri pidana pada samar kejauhan ancala mulia makin kabur dan menghilang. No ta: Tersadung Selirat Pidana Ancala : melanggar dengan kaki, menyepak : berjalin -jalin dan kusut keadaannya : kejahatan, kesalahan jenayah : gunung Penyajak mer upakan insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup sehinggakan s ukar untuk dirinya mendapat cahaya kebenaran daripada Ilahi. Sekadar songsong aksara kata tanpa kembali ke tunjang makna, Apakah dalam saraf k hilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan? Nota: Aksara Khilaf : hu ruf : silap, salah Penyajak tidak yakin sekiranya ruang keinsafan akan wujud dal am dirinya. Rabb, moga pintu taubat-Mu terbuka sebelum api dari bara itu menyala. Penyajak b erharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar daripada api nerak a. 20 @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

Tema Persoalan Nilai Nilai keinsafan. Contohnya: Timbul perasaan insaf yang men alam untuk bertaubat akibat kesalahan masa lampau. Nilai rasional. Contohnya: Pe nyajak mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukannya. Nilai kesedaran. Cont ohnya: Penyajak sedar dirinya telah melakukan banyak kesalahan. Fitrah manusia y ang sering melakukan kesilapan dalam hidup. Keinsafan yang wujud dalam diri manu sia apabila menyedari kesilapan masa lalu. Keinginan untuk kembali mendapat keam punan dan rahmat Allah. Kesukaran mendapat rahmat Allah akibat berterusan melaku kan dosa dalam hidup. Perasaan insaf seseorang atas kesilapan yang dilakukan dan bertekad untuk bertaubat.

Pengajaran Kita hendaklah mengamalkan ajaran Tuhan dan meninggalkan perkara-perk ara yang membawa kepada kejahatan. Kita mestilah selalu bermuhasabah agar dapat membaiki diri. Kita mestilah bertaubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka. Kit a janganlah melakukan perkara-perkara mungkar yang menjauhkan diri kita daripada nur dan keredaan Tuhan. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 21

PUISI MODEN MAHSURI (Zurinah Hassan) (1) Selendangmu mengibar di pantai menyambu t tetamu pulau setiamu menjadi lagu nyanyian ombak pagi rambutmu menjadi jalur h itam terapung di laut malam air matamu dingin embun jatuh di tujuh telaga dendam tujuh keturunan melengkung tujuh tanjung putihlah pulau ini disimbah darah suci Mahsuri sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi kerana tanpamu Langkawi tidak sebegini. Sajak ini mengisahkan diri Mahsuri dan sumpahannya yang menjadi legenda di Pulau Langkawi. Mahsuri digambarkan sebagai lambang wanita yang setia tetapi telah difitnah akibat hasad dengki dan dendamnya terhadap orang yang men zalimi dirinya. Sumpahan dan darah suci Mahsuri yang mengalir berwarna putih ket ika dia dibunuh telah menjadi legenda. Setelah tamatnya tempoh sumpahan Mahsuri tujuh keturunan, kini Langkawi telah membangun dengan pesat dan maju. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 22

(2) Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup dia hanya bermula dengan khayalan seor ang seniman pun kata orang Mahsuri pernah hidup tetapi bahasa seorang pencerita membuatnya lebih hidup dari kehidupannya sastera yang mewarnai tanah air kerana tanpa Mahsuri Langkawi tidak sebegini bererti. Mahsuri membesarkan Langkawi sast era membesarkan tanah air. Penyajak menzahirkan pertikaian beberapa pendapat ten tang kewujudan Mahsuri kerana ada orang mengatakan kisah Mahsuri hanyalah khayal an seorang seniman. Namun realitinya kisah Mahsuri itu benar dan keunikan Mahsur i itu telah digarapkan dalam karya sastera dan akhirnya menjadikan legenda itu l ebih masyhur. Legenda inilah yang menjadi batu loncatan kepada kemajuan Langkawi . Hasil karya sastera telah memperkasa dan memartabatkan kesesasteraan tanah air tercinta. Tema Persoalan Fitnah dalam kalangan masyarakat. Contoh: Mahsuri dihukum bunuh k esan fitnah yang menimpa dirinya. Sumpah dan dendam. Contoh: Kezaliman yang berl aku ke atas diri Mahsuri telah menimbulkan dendam sehingga terzahirnya sumpah Ma hsuri tujuh keturunan. Sastera dan sejarah. Contoh: Sejarah menjadi bukti sahih yang digarapkan menjadi hasil sastera yang bernilai. Mengharumkan nama negara di persada dunia. Contoh: Legenda Mahsuri telah memasyhurkan nama Langkawi di sera ta dunia. 23 Sejarah dan sastera yang begitu bernilai dan mampu menjana ekonomi negara.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

Nilai Menghargai. Contoh: Sejarah dan sastera perlu dihargai sebagai warisan neg ara yang bernilai tinggi. Kesetiaan. Contoh: Mahsuri digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya. Patriotisme. Contoh: Perasaan cinta a kan sejarah dan sastera penting dalam pembinaan negara bangsa yang berjaya. Krea viti penulis. Contoh: Penulis yang kreatif mampu mengolah bahan sejarah menjadi hasil sastera yang indah.

Pengajaran Kita hendaklah menghargai sejarah dan sastera kerana kedua-duanya mem punyai kebaikannya kepada pembangunan negara. Janganlah kita suka memfitnah sese orang tanpa usul periksa. Kita hendaklah berfikiran kreatif dalam usaha merancan g pembangunan negara. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 24

PUISI MODEN ADAT SEZAMAN (Wan Nazihah Wan Abdullah) Peradaban zaman semakin berl alu meninggalkan kesan mendalam terlalu indah apabila dipandang terlalu mulia ap abila diselidik Peradaban zaman semakin berlalu dan meninggalkan kesan kepada ma syarakat. Adat tradisi nenek moyang mempunyai nilai murni yang tinggi dari aspek keindahan budayanya. Budaya tradisi ini mulia dan sesuai untuk dijadikan bahan kajian. santun si dara jadi idaman warak si teruna jadi ikatan si tua tersenyum mesra me mandang teruna dara sama cantik sama padan berganding bersama di singgahsana ... Sikap gadis Timur yang penuh kesopanan dan sang teruna yang mempunyai pegangan agama yang sangat sepadan untuk digandingkan bersama di atas pelamin. Masa itu telah jauh zaman sudah berlalu santun sang dara dan warak sang teruna t elah lenyap si tua berduka lara memandang teruna dara berganding tanpa silu tanp a hormat tanpa batasan adat sezaman ditinggal jauh adat agama dipandang remeh ad at kuning jadi ikutan. Namun kini perubahan zaman telah memberi kesan dalam kehi dupan masyarakat. Kini gadis yang bersopan santun amat sedikit dan lelaki yang k uat pegangan agama dan nilai ketimuran mulai lenyap ditelan arus globalisasi. Go longan tua kini berasa malu dengan sikap anak muda yang suka berkelakuan tidak s opan di tempat awam tanpa segan silu. Sehinggakan ada sesetengahnya yang melampa ui batasan agama. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 25

Tema Persoalan Nilai Ketinggian budi bahasa Contoh: Pada masa dahulu anak gadis dan teruna mempunyai budi pekerti yang tinggi. Ketakwaan Contoh: Ketakwaan pada ajaran agama mampu menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perbuatan yang melampaui batas agama. Jati diri Contoh: Gadis yang mempunyai jati diri pasti a kan menjulang adat ketimuran. Adat ketimuran yang tinggi nilainya amat indah dan mulia dalam kehidupan masyarakat terdahulu. Pergaulan bebas dalam kalangan anak muda tanpa segan silu. Perasaan kecewa golongan tua terhadap generasi muda apab ila melihat budaya kuning menjadi ikutan dan sanjungan. Pegangan agama yang kuat dapat mengelakkan unsur-unsur negatif. Perubahan adat tradisi akibat arus moden isasi.

Pengajaran Kita hendaklah mengikut adat dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Kita hendaklah mempunyai jati diri yang utuh. Kita hendaklah bijak memilih pasa ngan. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 26

PUISI MODEN TIBA WAKTUNYA (Ghazali Lateh) Angin musim semakin deras dan ganas me niup tamadun ke era yang pantas lihatlah siapa mereka yang memanjang langkah mer ebut tunas-tunas harapan yang hijau dari putik dan pucuk berembun kemilau. Arus globalisasi telah berlaku dengan pantas meliputi pelbagai bidang. Oleh itu manus ia perlu merebut peluang yang ada selari dengan perubahan zaman. Haruskan kita tunduk mengutip sisa-sisa atau berada di sana meraih sejahtera? Us ah kautanya persoalan dilema kerana ini bukan waktunya untuk berhujah perlu tida knya dan masa pun tidak akan menanti buat mewajar padah atau simpati. Wanita tid ak perlu memikirkan perkara-perkara yang bakal menimbulkan kekeliruan untuk memb uat pilihan kerana akan merugikan masa. Perkara yang lebih penting ialah wanita perlu merebut peluang yang ada dalam usaha memajukan diri dan keluarga. Wanita zaman siber perlu mengacung minda ke tengah arena suara dan kudratmu adal ah pemangkin aspirasi menuju wawasan era globalisasi. Penyajak menyarankan agar wanita zaman siber berani meluahkan idea ke tengah arena negara. Penglibatan wan ita dalam pelbagai bidang mampu memacu negara mencapai wawasan. Lepaskan segala belenggu kedaifan huraikan segala keliru kekusutan wanita zaman ini perlu bangun berani yakin diri tahan uji tinggi pekerti anggun gerak-geri t erunggul dalam segala segi. Mereka perlu keluar daripada kongkongan kedaifan dan meleraikan semua yang menglirukan. Mereka juga perlu berani, berkeyakinan tingg i, tabah di samping menjaga budi pekerti serta hebat dalam semua bidang. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 27

Mari kita jana semua upaya dalam menjulang citra seluruh wanita dengan kudrat me ntal juga fizikal berbekal iman dan semangat cekal kita gerakkan kemampuan yang pukal. Penyajak mengajak wanita supaya mengangkat martabat mereka dengan kekuata n akal dan tenaga fizikal. Dengan berbekalkan keimanan dan kecekalan, penyajak m enyarankan wanita menggerakkan keupayaan maksimum. Kini sudah tiba waktunya kita bertahta di persada dunia. uk wanita berada di puncak pentas dunia. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 28 Sekaranglah masanya unt

Tema Persoalan Nilai Keberanian. Contoh: Wanita kini perlu berani mengemukakan dea dan melibatkan diri dalam pelbagai bidang untuk pembangunan negara. Kecekala n. Contoh: Kecekalan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang. Keyak inan diri. Contoh: Wanita kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menempuh arus perdana dalam hidup. Berpandangan jauh. Contoh: Setiap individu perlu berpandan gan jauh untuk mencapai matlamat hidup. Persaingan manusia dalam mengejar kemaju an pada zaman moden. Keyakinan diri dalam usaha mendapat kesenangan dalam hidup. Peranan wanita dalam masyarakat. Kepentingan wanita menjadi seorang yang berani . Usaha mengangkat martabat wanita.

Pengajaran Wanita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam zaman moden ini demi kejayaan diri sendiri. Kita mestilah cekal dalam meniti kehidupan demi kesejaht eraan. Wanita mestilah menjaga iman dan adab sopan agar terpelihara daripada god aan dunia. Wanita hendaklah berusaha mengangkat martabat mereka dengan berbekalk an kekuatan mental dan fizikal. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 29

PROSA TRADISIONAL HIKAYAT INDERA NATA Sinopsis Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar. Bond anya bertanyak tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu s ebenarnya ialah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh be rcakap dengan segala binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bant uan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Je naka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah Alam mengagumi Indera Nata apab ila mendengar cerita daripada Indera Jenaka. Seterusnya, Indera Nata pergi menge mbara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah d i situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya. Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah ber gadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan memp erkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang pu teri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka dewasa. Puteri C endera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencari gajah bergadin g emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera. Apabila raksasa p ulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteriputeri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepat dewasa dan b oleh dimakan hati mereka, perlulah mencari gajah bergading emas. Raksasa pergi k e hutan dan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikutpengikutnya pergi berbur u. Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gaja h bergading emas. Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya ra ksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci ka in hitam supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tuj uh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu. Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati ga jah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 30

Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera mengikut kesan tapak kaki gajah dan a khirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksas a sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan mengg unakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa I ndera Nata dan ketujuhtujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga ters ebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba men arik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati. In dera Nata bersama-sama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tuj uh malam sehingga sampai ke rumah bondanya, Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sa ngat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cenderawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati. Tema Pengembaraan anak raja menempuh pelbagai cabaran. Contoh; Indera Nata menge mbara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi, menyelamatkan tujuh orang puter i daripada tawanan raksasa dan hampir ditangkap dan dibunuh raksasa. Persoalan Keberanian dan kehebatan anak raja. Contoh: Indera Nata berani masuk k e mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh orang puteri. Kasih sayang seorang ib u terhadap anaknya. Contoh: Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya Indera Je naka yang baru balik daripada mengembara. Kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuat u dan menyelamatkan diri. Contoh: Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah denga n menyuruh raksasa mencari gajah bergading emas sekiranya raksasa mahukan mereka cepat besar, tetapi sebenarnya dia bertujuan untuk membantu Indera Nata mendapa tkan gajah bergading emas.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 31

Nilai Tolong-menolong sesama manusia. Indera Nata membantu menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas di hutan. Bijaksana. Contoh: Tuan Puteri membua t helah untuk melepaskan diri. Keberanian. Contoh: Indera Nata berani masuk ke m ahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh puteri. Kasih sayang. Contoh; Tuan Puter i Cenderawati amat menyayangi Indera Nata. Tolong-menolong. Contoh: Indera Nata menolong menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan raksasa.

Pengajaran Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hi dup harmoni. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul. Kita mestil ah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya. Kita hendak lah tolong-menolong antara satu sama lain. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 32

PROSA TRADISIONAL HIKAYAT KHOJA MAIMUN Sinopsis Bab 1 Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yang cantik bernama Bibi Zainab. Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor burung bayan jantan denga n harga seribu dinar. Burung itu sungguh istimewa kerana boleh membuat ramalan. Menurut ramalannya, dalam masa tiga hari lagi Khoja Maimun akan mendapat keuntun gan hasil daripada menjual sanbal (wangi-wangian). Hasil keuntungan tersebut, Kh oja Maimun turut membeli seekor burung tiung betina. Khoja Maimun keluar berniag a dan meninggalkan isteri tercintanya di rumah. Pemergiannya menyebabkan Bibi Za inab berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela. Pada ketika itu, dia terpandang an ak raja negeri yang sangat kacak dan mereka saling jatuh hati. Bibi Zainab ingin berjumpa dengan anak raja itu lalu meminta nasihat burung tiung. Namun tiung me larangnya dengan memberi nasihat bahawa perbuatan tersebut bertentangan dengan h ukum Allah. Bibi Zainab amat marah mendengar nasihat itu, lantas menghempas tiun g sehingga mati. Seterunya dia meminta pandangan daripada Bayan pula. Bayan beru saha melalaikan Bibi Zainab dengan bercerita kepadanya. Cetera Pertama Mengisahk an Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Isteri saudagar berbuat demi kian kerana mengesyaki Bayan telah membocorkan rahsia dia telah bermukah dengan seorang fakir kepada suaminya. Bayan menyembunyikan dirinya di dalam saluran tem pat membuang air beras menyebabkan isteri saudagar tersebut menganggap Bayan tel ah mati. Isteri saudagar memberitahu kepada suaminya bahawa Bayan telah mati aki bat dimakan oleh kucing. Namun, helah itu diketahui suaminya menyebabkan saudaga r tersebut marah dan menghalau isterinya. Isteri saudagar telah pergi ke kubur T uan Sheikh Wali Allah untuk memohon doa agar suaminya menerimanya kembali. Setel ah bulu bayan tumbuh kembali, dia keluar dari tempat persembunyiannya lalu terba ng ke kubur Tuan Sheikh Wali Allah untuk menyuruh isteri saudagar bertaubat. Bay an menyuruh isteri saudagar mencukur rambut dan bulu kening kerana ingin membala s dendam. Bayan menyatakan hasrat untuk membantu isteri saudagar agar dapat kemb ali ke pangkuan suaminya. Bayan menemui saudagar dan menjelaskan bahawa bukan is terinya yang membunuh Bayan, menyebabkan isterinya diterima kembali. Bayan menyu ruh Bibi Zainab menemui anak raja yang dicintainya, malangnya hari telah siang. Pada hari yang lain, Bibi Zainab sekali lagi ingin keluar menemui anak raja itu, namun Bayan telah bercerita tentang Hikayat Taif untuk melalaikannya.

Bab 2 :

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 33

Bab 3 : Cetera Kedua Taif menemui Raja Tabristan kerana Raja Arab tidak menghargai jasa yang dicurahkannya selama ini. Kehadirannya dialu-alukan dan Raja Tabristan meng anugerahinya emas, perak dan tempat penginapan. Dalam suatu majlis keramaian, Ta if telah menyatakan hasrat untuk melawan isteri Syah Alam sehingga menyebabkan r ajanya murka. Suatu malam ketika Taif sedang berkawal, Raja Tabristan terdengar suara perempuan. Raja menitahkan Taif untuk menyiasat perkara tersebut. Menurut perempuan itu, jika Taif inginkan daulat Raja Tabristan bertambah dan umur bagin da dipanjangkan, dia harus membunuh anaknya sendiri. Taif begitu setia dan rela melakukan perkara tersebut, namun dihalang oleh perempuan itu kerana dia sebenar nya hanya ingin menguji Taif. Peristiwa itu sebenarnya diintip oleh Raja Tabrist an. Ketaatan Taif menyebabkan dia dianugerahkan sebuah negeri dan harta yang ban yak. Cerita itu sekali lagi melalaikan Bibi Zainab menyebabkan dia tidak berkese mpatan untuk bertemu kekasihnya. Malam berikutnya, Bayan bercerita lagi. Cetera Ketiga Terdapat seorang sumi yang begitu mencemburui isterinya menyebabkan segal a tindak tanduk isterinya dikawal. Isterina telah bercerita tentang seorang suam i yang terlalu memahami isterinya dan tidak akan marah walaupun isterinya berlak u sumbang terhadapnya. Hal ini demikian kerana dia pernah melihat suami yang cem buru turut diduakan oleh isterinya. Akibat terlalu cemburu si suami sanggup menj adikan dirinya seekor gajah untuk membawanya berjalan-jalan, kerana bimbang iste rinya akan bersenda gurau dengan lelaki lain. Isteri kepada suami yang cemburu i tu selalu menegaskan kepada suaminya bahawa dia setia, namun kesetiaannya diragu i. Oleh sebab itu, dia membekalkan bunga dan sehelai kain kesumba ketika suaminy a pergi belayar. Jika isterinya curang, bunga itu akan layu dan kain itu akan lu ntur. Bunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu tidak layu walaupun ketika itu musim kemarau. Raja di negeri itu tertanya-tanya akan keunikan bunga itu menyeb abkan saudagar itu menceritakan hal sebenar. Kebijaksanaan isteri saudagar itu m enyebabkan Raja ingin menguji kesetiaannya iateri saudagar dengan menghantar seo rang hamba raja menemuinya namun gagal. Seterunya, tiga orang hamba dihantar unt uk menguji kesetiaan isteri saudagar tadi namun turut mengalami kegagalan. Akhir nya Raja sendiri yang pergi untuk menguji isteri saudagar tadi. Isteri saudagar menasihati Raja agar takut akan azab Allah dan segera bertaubat. Sekali lagi Bib i Zainab gagal menemui kekasihnya. Hajatnya masih tidak kesampaian apabila Bayan bercerita pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya Bibi Zainab insaf dan sedar bahawa seorang perempuan mestilah taat kepada suaminya.

Bab 4 :

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 34

Tema Nilai etika yang harus diutamakan oleh golongan wanita terutamanya para ist eri. Contoh: Cerita-cerita yang disampaikan oleh Bayan berkisar tentang pentingn ya kesetiaan seseorang isteri dan perlu memiliki etika yang murni untuk menghind arkan daripada berlaku curang. Persoalan Kebijaksanaan melaksanakan sesuatu tindakan. Contoh: Apabila melihat B ibi Zainab menghempas burung tiung sehingga mati, Bayan berpurapura tidur. Kecur angan seorang isteri. Contoh: Semasa ketiadaan suami, Bibi Zainab jatuh hati den gan anak raja. Kewajipan menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga. Contoh: Kh oja Maimun keluar berniaga untuk mencari rezeki. Kejujuran dalam sebuah perhubun gan. Contoh: Isteri saudagar jujur terhadap suaminya walaupun banyak lelaki cuba mendekatinya.

Nilai Kasih sayang terhadap pasangan. Contoh: Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati. Ketaatan kepada ketua. Contoh: Taif begitu taat akan p erintah Raja Tabristan sehingga rela membunuh anaknya. Prihatin terhadap keluarg a. Contoh: Khoja Maimun dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga. Keinsafan atas kesalahan yang dilakukan. Contoh: Bibi Zai nab insaf akan kesalahan yang dilakukan kerana cuba menduakan suaminya.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 35

Pengajaran Kita mestilah patuh kepada perintah Allah agar dapat menghindarkan di ri daripada kemungkaran. Kita haruslah berusaha untuk mencari rezeki buat keluar ga agar kehidupan lebih sejahtera. Kita perlulah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati agar memperoleh kebahagiaan yang berkekalan. Kita mestilah bijak m enyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi agar tidak mendatangkan kemudaratan. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 36

Sinopsis PROSA TRADISIONAL MERAH SILU Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin de ngan Puteri Betong telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada awalnya Merah Gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehel ai rambut berwarna keemasan di tengah kepala sehingga beliau terpandang isteriny a menyikat rambut. Merah Gajah mahu mencabut rambut tersebut tetapi dihalang ole h isterinya. Sewaktu Puteri Betong tidur, Merah Gajah telah mencabut rambut ters ebut menyebabkan keluar darah dari liang-liang rambut sehingga menyebabkan kemat iannya. Berita kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan ayahandanya Ra ja Muhammad dan mengambil tindakan membunuh Merah Gajah. Ayahanda Merah Gajah ia itu Raja Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja Muhammad sehingga berlaku pe perangan sengit menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuk sebilangan besar raky at. Hanya yang tinggal Merah Silu dan Merah Hasum serta beberapa rakyat yang mas ih hidup dan mengaku taat setia kepada kedua-duanya untuk terus tinggal di neger i Semerlanga itu. Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan nege ri itu kerana tidak ada sesiapa lagi kaum kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua keluar meninggalkan negeri Semerlanga menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan di tepi sungai. Suatu hari ketika di sungai, Merah S ilu terlihat banyak ikan dan dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Beberapa kal i bubu ditahannya dipenuhi dengan cacing gelang-gelang. Akhirnya dia mengambil k eputusan membawa balik cacing gelang-gelang itu dan merebusnya di dalam kawah. C acing itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Mera h Silu menjadi kaya. Merah Hasum hanya diam apabila mendengar berita Merah Silu menjadi kaya. Pada suatu hari, Merah Silu menangkap kerbau liar tetapi tindakann ya itu tidak disenangi oleh Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja itu tidak berfaedah dan hanya memalukan dirinya sebagai saudara kepada Merah Silu. Merah H asum telah meminta Merah Silu menghentikan perbuatan tersebut dan menyuruh Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak mahu mendengar katanya. Akhirnya Merah S ilu mencari petempatan baru dengan membawa segala harta dan kerbaunya. Merah Sil u tiba di hulu Karang dan menetap di situ tetapi kehadirannya tidak disenangi ol eh penduduk kampung kerana kerbau-kerbau itu memakan tanaman mereka. Merah silu berpindah lagi ke sebuah negeri bernama Buluh Telang. Di sini beliau bertemu den gan Megat Iskandar dan menyatakan hasratnya untuk tinggal di negeri tersebut dan menganggap Megat Iskandar sebagai bapanya. Megat Iskandar setuju membenarkan Me rah Silu tinggal di situ dan boleh memelihara kerbau kerana ada ladang yang luas . Merah Silu suka menyabung ayam dan selalu memberi kerbau sebagai hadiah kepada sesiapa yang menyabung ayam dan menontonnya. Megat Iskandar dengan persetujuan pembesar dan rakyat telah melantik Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. Sulta n Malikul Nasar tidak bersetuju dan menyerang Merah Silu. Beberapa siri peperanga n berlaku antara Merah Silu dengan Sultan Malikul Nasar dan akhirnya sultan tewas dan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. 37

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

Tema Persoalan Perselisihan antara adik-beradik. Contoh: Perselisihan faham anta ra Merah Silu dengan Merah Hasum kerana tindakan Merah Silu yang menangkap kerba u liar tidak disukai oleh Merah Hasum dan dianggap memalukan. Perkara di luar lo gik akal. Contoh: Keistimewaan seseorang keturunan raja digambarkan dengan peris tiwa aneh misalnya cacing gelang-gelang yang direbus oleh Merah Silu bertukar me njadi emas dan buihnya menjadi perak. Keberanian anak raja. Contoh: Merah Silu m enghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Malikul-Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun. Sikap pemurah dalam kalangan masyarakat. Contoh: Merah Silu yang suka menyabung ayam memberi hadiah seekor kerbau kepada orang yang terlibat men yabung ayam dan juga kepada yanghanya datang melihat sahaja malah dia juga membe ri semula wang pertaruhan kepada mereka yang kalah. Kegemaran berjudi dalam kala ngan masyarakat. Contoh: Merah Silu suka menyabung ayam dan menggunakan wang per taruhan. Ketabahan seorang anak raja dalam menghadapi cabaran hidup.

Nilai Taat setia Contoh; Rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan banyak kehilangan nyawa. Murah hati Contoh: Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang hadir ke gelanggang sabung ayam.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 38

Keberanian Contoh: Merah Silu berani berperang menentang Sultan Malikul-Nasar unt uk menjadi raja di Rimba Jerun. Berdikari Contoh: Merah Silu keluar mencari pete mpatan baru sendirian setelah dihalau oleh Merah Hasum.

Pengajaran Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul melalui rundingan bu kannya peperangan. Kita hendaklah berani mempertahankan maruah supaya hak kita t idak diganggu gugat. Kita hendaklah menghormati tetamu. Kita janganlah menganiay ai binatang. Kita hendaklah menyelidik dahulu sesuatu perkhabaran sebelum mengam bil sebarang tindakan. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 39

PROSA TRADISIONAL PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA Sinopsis Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan menaiki gel iung (kapal) dari negeri Bandar Mengkalih menunuju ke negeri Semarang di Tanah J awa. Geliung itu bergerak terlalu laju menyebabkan semua anak kapal mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidak sedarkan diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menggantikan jurumudi kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Su lung Merah Muda yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi dengan memberi alasan bahawa dia sudah keletihan. Pada mulanya Awang S ulung tidak bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya Awang Sulung mengambil alih tugas sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidak memegang kem udi sebaliknya menyeru geliung itu supaya belayar mengikut tiupan angin. Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak berlabuh di Pulau Tapai untuk mengambil k ayu api dan air tetapi gagal kerana laut bergelora.Sekali lagi Awang Sulung meng gunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih menyebabkan air m enjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh barulah penghuni geliung tersedar daripada pengsan. Sebaik sedar, jurumudi menikam seekor ayam dengan kerisnya lal u pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua dan menyatakan bahawa dialah yang telah meny elamatkan geliung itu daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakho da Tua percaya kata-kata jurumudi kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh selama tiga hari tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan mengahwinkan sesiapa sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat sampai ke Tanah Jawa dengan puteri baginda iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepa da Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba menguji kehebatan Awang Sulung deng an menyuruhnya mengambil air dan mencari kayu api. Perkara pelik dilakukan oleh Awang Sulung kerana dia mengambil air di tengah laut di tempat arus yang deras. Awang Sulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut seperti yang diminta oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, sebaliknya mengambil batang nipah. Tuan Puteri Day ang Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi kerana memb erikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung sebaliknya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan hidangan i stimewa kepada Awang Sulung. Berlaku satu lagi keanehan apabila air masin yang d iambil oleh Awang Sulung yang dimasukkan ke dalam buyung suasa bertukar menjadi air manis.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 40

Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak kapa l memaklumkan mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Tuanku Nakhoda Tua berjanji sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan puterin ya daripada serangan lanun, dia akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Semua anak kapal berasa takut, namun jurumudi telah mengambil kesempatan d engan menonjolkan diri bahawa dia yang akan melawan lanun-lanun itu. Semasa meli ntasi perairan Pulau Salah Nama, lanun menyerang. Anak-anak kapal termasuk jurum udi lari menyelamatkan diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang Sulung m enentang lanun tetapi Awang Sulung membuat helah mengatakan beliau tidak layak k erana kaki dan tangannya sakit. Apabila mendengar alasan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan limau selimpat pagar dan sabun wa ngi untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi dan memakai persalinan pakaian pusak a tua warisan boda dan menyisip keris serta menyarung pedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung. Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama ketua lanun dan menyindir mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Mendengar suara Awang Sulung, lanun-lanun itu ketakutan keran a mereka mengenali Awang Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan hutang Awang Su lung kepada Datuk Batin Alam dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung itu telah dipenuhi dengan wang batu dan wang emas. Setelah menyelesaikan semua hutang, Aw ang Sulung berhasrat untuk pulang ke bandar Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri Da yang Seri Jawa berasa sedih dan mengambil tindakan untuk terjun ke laut tetapi s empat dihalang oleh hulubalang yang ada di situ. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa pe ngsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun dengan Si Kembang Ci na lalu tuan puteri berbalas pantun pula dengan Awang Sulung. Setelah dijamu mak an dan minum serta memenuhkan geliung dengan wang, lanun-lanun itu kembali ke ba htera masing-masing. Selepas lanun-lanun itu pergi, jurumudi membuat helah sekal i lagi dengan mengaku dirinyalah yang menyelamatkan geliung itu daripada seranga n lanun kepada Tuanku Nakhoda Tua. Dia menunjukkan kerisnya yang berdarah selepa s dia menikam seekor ayam. Tuanku Nakhoda Tua percaya penipuan jurumudi dan meme rintahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Tuan Puteri D ayang Seri Jawa begitu geram akan tindakan ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahu perkara sebenar, Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan mengahwinkannya dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaran merentasi beberapa pulau sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terengganu. Aw ang Sulung dijemput naik ke darat oleh raja negeri tersebut. Semasa naik ke dara t, Awang Sulung ditemani oleh jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka membawa bersam a ayam Awang Sulung yang bernama Kinantan Suci. Kedatangan Awang Sulung ke Neger i Pati Talak menimbulkan kehairanan rakyat negeri tersebut apabila segala alat k ebesaran dan seluruh isi alam berbunyi. Awang Sulung meminta kebenaran daripada raja untuk menyabung ayam. Pada peringkat awal pertarungan, Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung, ayam itu berjaya menaji ayam law an sehingga terputus kepala. Selesai menyabung ayam, barulah Awang Sulung naik k e balairung seri, disambut oleh pembesar dan rakyat negeri itu. 41 @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

Tema Kelebihan dan kehebatan anak raja. Contohnya; Awang Sulung Merah Muda digam barkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti boleh menggerakkan geliung tanpa memegang kemudi, menenangkan air laut dengan mencampakkan tulang pelanduk putih , menukarkan air laut yang masin menjadi manis, semasa ketibaan Awang Sulung ke negeri Pati Talak Terengganu, akat-alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi seolah-olah menyambutnya. Satu lagi kelebihannya, ketika ia menyeru ayamnya Kina ntan Suci yang hampir tewas semasa menyabung sehingga akhirnya dapat mengalahkan lawannya, Si Jalak. Persoalan Cinta tidak mengenal rupa paras Contoh: Tuan Puteri Dayang Seri Jawa j atuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam. Perasaan dengki dan iri hati Contoh: Jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan y ang baik daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kemb ang Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung. Kewibawaan dan pengaruh yang kuat Contoh: Lanun-lanun tidak berani menyerang gel iung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila mendengar suara Awang Sul ung Merah Muda. Menipu untuk mencapai sesuatu tujuan Contoh: Jurumudi menipu Tua nku Nakhoda Tua dengan menyatakan dialah yang menyelamatkan geliung daripada ser angan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada serangan lanun dengan menunjukkan keris yang berdarah ayam. Tujuannya supaya dia dapat berkahwin dengan Tuan Puter i Dayang Seri Jawa. Menghormati tetamu Contoh: Awang Sulung disambut oleh pembes ar istana dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu semasa naik ke balairung seri.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 42

Nilai Merendah diri Contoh: Awang Sulung yang berketurunan raja sanggup menyamar sebagai budak hitam dan comot. Keyakinan Contoh: Tuan Puteri Dayang Seri Jawa d engan yakin mengambil alih mengemudi kapal sewaktu jurumudi pengsan. Berani Cont oh: Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang geliung kenaikan Tua n Puteri Dayang Seri Jawa. Kasih sayang Contoh: Awang Sulung dan Tuan Puteri Day ang Seri Jawa saling menyayangi selepas berkahwin. Keinsafan Contoh: Tuanku Nakh oda Tua insaf dan memohon maaf atas kesalahan kepada Awang Sulung.

Pengajaran Kita hendaklah sentiasa merendah diri di mana-mana sahaja kita berada supaya kita akan dihormati. Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat. Kita hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu m asalah yang timbul. Kita hendaklah bersedia memberi bantuan terhadap orang yang memerlukan pertolongan. Kita hendaklah berani mengaku kesalahan yang dilakukan a gar tidak menimbulkan kekesalan pada masa hadapan. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 43

PROSA MODEN CERPEN PEMAIN CATUR (Zaharah Nawawi) Sinopsis: Enam beradik daripada keturunan ternama dalam permainan catur iaitu Uj, Ul, Us, Uk, Ur dan Um. Mereka terkenal kerana berketurunan al-Hakam iaitu rakan sepermainan Abu Bakar Muhamma d Yahya as-Sufi, iaitu salah seorang daripada dua pemain shatrani yang disegani di dunia. Uj merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut mengajak Um adik bong sunya berlawan permainan catur. Bagi Uj, Um ialah adik yang paling mudah untuk d ibentuk berbanding adik-beradik yang lain. Dia berharap Um dapat menggantikannya sebagai tonggak keluarga. Um semakin berminat untuk bermain catur setelah mende ngar kisah kehebatan pemain catur ternama di dunia. Kempen Uj berhasil. Uj menga jak Um berlawan catur untuk menguji pengetahuan. Um menolak dengan alasan bahawa dia hilang fokus ketika bermain kerana memikirkan soal ibunya yang sedang sakit . Um terpaksa menerima cabaran Uj untuk berlawan catur secara terbuka. Perlawana n berlangsung dengan sengit. Ahli keluarga yang lain tidak menyenangi perlawanan tersebut. Uj hampir kalah. Um berkalih untuk minum. Beberapa detik kemudian, bu ah caturnya telah berubah. Um segera mengalih semula buah catur tersebut. Uj tid ak berpuas hati lalu menjerit dan menghentak meja. Uj menuduh Um penipu dan mema ksa Um mengaku kalah. Um ke bilik air mencuci muka untuk menenangkan diri. Sekem balinya ke meja apabila duduk, kakinya terkuis sebotol asid di bawah meja. Um be rasa amat sakit. Ibunya yang ketika itu sedang sakit berasa amat hiba sehingga d iserang angin ahmar. Keadaan semakin haru-biru, tiada sesiapa yang mengaku berta nggungjawab meletakkan botol asid itu. Berlaku tuduh menuduh antara Um dan Uj. I bu meminta mereka bertenang namun diabaikan. Keluarga tersebut mula berpecah kep ada dua, iaitu ada yang menyokong Uj dan ada yang menyokong Um.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 44

Tema Keruntuhan moral dalam institusi kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya p erpecahan. Contoh: Sikap tidak mahu mengalah dan bertolak ansur menyebabkan berl akunya pergaduhan antara Uj dan Um. Mereka sanggup bertelingkah hanya kerana per mainan catur. Malah pergaduhan itu juga telah menyebabkan perpecahan dalam kelua rga mereka. Ibu mereka yang sedang sakit juga telah diabaikan. Persoalan Sikap bangga yang menguasai diri. Contoh: Sikap Uj dan Um yang tidak m ahu mengalah dan mahu menang menyebabkan mereka bertelagah. Sedangkan hubungan m ereka adalah sedarah iaitu adik-beradik.. Keharmonian dalam keluarga harus diuta makan. Contoh: Ibu yang sedang sakit amat risau tentang pergaduhan anak-anak yan g boleh menyebabkan keharmonian terganggu.. Pengkhianatan sesama ahli keluarga C ontoh: Ahli keluarga terutama Uj dan Um bertindak di luar batasan semata-mata un tuk menentukan kehebatan mereka dalam permainan catur..

Nilai Kasih sayang Contoh: Uj menyayangi adiknya Um. Kegigihan Contoh: Um berusa ha bersungguh-sungguh menelaah buku tentang permainan catur.. Keberanian Contoh: Um menyahut cabaran abangnya Uj untuk bertanding catur.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 45

Pengajaran Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya dalam hidup. Semangat keberanian perlulah dimiliki oleh setiap individu agar semua cabaran ya ng ditempuh dapat diatasi dengan baik.. Kita hendaklah saling menyayangi antara adik-beradik kita agar kehidupan bahagia dan harmoni. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 46

PROSA MODEN CERPEN MELLISA (Abdullah Hussain) Sinopsis Mellisa seorang gadis Cin a, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke pejabat surat khabar yang men yebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Peristiwa itu telah membuatkan dia tering at akan Hisyam. Wajah Syahid menyerupai wajah Hisyam iaitu kawannya sewaktu keci l dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraannya bersamasama dengan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama dan Hisyam pernah menyatakan hasratnya untuk berkahw in dengan Mellisa apabila mereka sudah besar nanti. Malangnya Hisyam telah terko rban dalam Peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu sukar luput daripada ingatan Me llisa. Justeru, dia memilih Peristiwa 13 Mei sebagai latihan ilmiah untuk Sarjan a Muda dalam bidang sejarah. Mellisa jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniann ya dan hubungan mereka semakin rapat. Namun, keakraban Mellisa dan Syahid tidak lama kerana Mellisa meninggalkan Syahid. Dia mengambil keputusan itu kerana tuga s dan tanggungjawabnya kepada tanah air. Dia amat cinta akan negaranya dan memil ih untuk mengetepikan perasaan hatinya. Dia menjadi anggota tentera kerana tidak mahu Peristiwa 13 Mei berulang lagi.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 47

Tema Percintaan antara dua insan yang berbeza budaya Contoh: Mellisa seorang gad is berketurunan Cina pernah menyulam kasih semasa zaman kanak-kanaknya dengan bu dak keturunan Minang namun kecundang kerana kematian menjemput Hisyam akibat rus uhan 13 Mei. Setelah dewasa, Mellisa jatuh cinta dengan Syahid yang juga pemuda Melayu dan seiras Hisyam namun akhirnya terpaksa meninggalkan Syahid tanpa berit a kerana telah dipanggil bertugas sebagai tentera. Persoalan Pengorbanan demi cinta akan negara Contoh: Mellisa sanggup mengorbanka n dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintainya untuk menyahut panggilan me mpertahankan negara. Persengketaan antara kaum Contoh: Hisyam dan ibunya telah m enjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara. Kesedaran terhadap sej arah negara Contoh: Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah pe ristiwa itu melalui tesisnya hingga menimbulkan rasa tanggung jawab kepada negar a dan tanah air.

Nilai Kasih sayang Contoh: Mellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman kanak -kanaknya dan tetap terkenang akannya walaupun peristiwa yang meragut nyawa Hisy am telah lama berlalu. Kegigihan Contoh: Mellisa amat tekun dan gigih mencari ma klumat tentang peristiwa yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969, dengan mengumpu l bukti bukan sahaja melalui pembacaan daripada pelbagai dokumen, tetapi melalui pertemuan bersama-sama responden yang terlibat secara terus dengan peristiwa be rdarah itu.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 48

Keberanian Contoh: Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah menumbuk anak orang Inggeris yang memegang tangan Mellisa. Cinta akan tanah air Contoh: M ellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecint aannya terhadap negara dengan menjadi tentera.

Pengajaran Kita haruslah menyedari bahawa pertelingkahan antara kaum hanya akan menimbulkan masalah. Kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pe rkara agar pekerjaan yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang memuaskan. Kit a janganlah mudah menyimpan dendam terhadap mereka yang melakukan kesalahan terh adap kita. Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara kerana dengan sema ngat inilah kita boleh hidup dengan aman dan sejahtera. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 49

PROSA MODEN CERPEN ISRAK (Erda Roslan Khairi) Sinopsis Mengisahkan Adam iaitu an ak tunggal Wah, telah balik ke kampung bersama-sama isterinya Siti Hawa dan anak -anaknya, Israk dan Mikraj di Kampung Sayong, Perak. Keadaan rumah yang serba ke kurangan dari segi kemudahan asas dan keselesaan menyebabkan anaknya Israk beras a kurang senang dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung. Namu n adiknya Mikraj suka akan suasana kampung dan menyebabkan mereka sering bertika m lidah. Hal ini berlaku kerana Israk telah dibesarkan di luar negara. Tindakan Israk yang sering menghina dan menggores perasaan Wah menimbulkan rasa kurang se nang Mikraj dan dia sering mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah. Perbezaa n pendapat ini telah mencetuskan perang mulut antara mereka. Namun Wah tidak suk a mereka bertengkar bagai anjing dengan kucing dan mahu mereka berbaik-baik semu la walaupun hati Wah terluka. Suatu hari, bekalan air paip di Kampung Sayong tel ah terputus menyebabkan Mikraj mencadangkan abangnya mandi di sungai. Namun, Isr ak telah terjatuh dan Wah lah yang berusaha menyelamatkan Israk sehingga naik ke tebing. Akhirnya Israk insaf dan berubah. Dia mula memakai baju Melayu, makan n asi, dan mencari jering serta tempoyak untuk dimakan. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 50

Tema Perbezaan budaya dan kehidupan dalam sesebuah keluarga sehingga mencetuskan pertentangan pandangan dan nilai Contoh: Israk yang dibesarkan di Perth, Austra lia mempunyai pandangan yang berbeza dengan adiknya tentang kampung, kehidupan d an diri neneknya, Wah. Persoalan Jati diri Contoh: Israk yang dibesarkan di Perth, Australia tidak memp unyai jati diri ketimuran akibat persekitaran dan cara dia dibesarkan. Hal ini b ertentangan dengan sifat adiknya Mikraj yang lebih kukuh dan teguh jati dirinya dengan adat ketimuran. Kasih sayang seorang nenek terhdap cucunya. Contoh: Wah s eorang nenek yang menyayangi cucunya, walaupun cucunya amat ego dan selalu meluk akan hatinya namun Wah tetap sabar. Hal ini terpancar apabila Wah menyelamatkan Israk yang hampir lemas dengan tenaga tuanya. Tanggungjawab bapa terhadap keluar ga Contoh: Adam menjalankan tanggungjawabnya kepada anak-anak. Dia membiasakan a nakanak dengan kehidupan kampung di tempat dia dibesarkan agar anak-anaknya tida k sombong dan lupa diri kerana biasa hidup mewah di bandar.

Nilai Menghormati ibu bapa Contoh: Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk mak an durian bersama-sama keluarganya. Ketabahan Contoh: Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami. Keprihatinan Contoh: Mikraj amat prihatin akan p erasaan neneknya yang sentiasa terguris dengan perbuatan dan kata-kata abangnya yang seolah-olah mengejek dan memperlekehkan kehidupan miskin neneknya.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 51

Kasih sayang Contoh: Wah amat menyayangi anak cucunya, sehingga sanggup mengguna kan tenaga tuanya untuk menyelamatkan cucunya yang jatuh ke dalam sungai walaupu n Israk selalu menyakiti hatinya. Pengajaran Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita terutam a dari segi percakapan dan perbuatan kita. Kita mestilah mengetahui asal usul ki ta agar kehidupan kita selari dengan kehendak agama dan masyarakat. Kita harusla h menjaga perlakuan dan kata-kata kita terhadap sesiapa sahaja agar orang di sek eliling kita tidak berasa tersinggung dan kurang senang kepada kita. Kita harusl ah sentiasa bersyukur terhadap apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita. Kita mestilah berterima kasih terha dap apa-apa bantuan yang telah diterima. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 52

PROSA MODEN CERPEN IBU DAN CEPER (Shahnon Ahmad) Sinopsis Kisah ibu tua yang dis amakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceperialah sungai y ang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samala h seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas. Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan tur un di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper m elimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga se bagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku mas ih anak teruna dan ibu masih muda. Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu mening gal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu. Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dib uang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menja ga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 53

Tema Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan Contoh: Ibu gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air kepada tanaman.. Persoalan Kepentingan air dalam kehidupan Contoh: Air Sungai Ceper yang deras da n jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya. Kurangnya kesedaran masyara kat terhadap penjagaan alam sekitar. Contoh: Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin cetek dan tid ak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya.. Kasih sayang yang terjalin anta ra manusia dan alam Contoh: Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya.

Nilai Bertanggungjawab Contoh: Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan is teri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehid upan keluarganya. Kegigihan Contoh: Walaupun ter[paksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga. Kesabaran Contoh: Ibu terpaksa bersabar melayani karenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap keb ajikan keluarga.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 54

Pengajaran Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar merek a tidak hidup dalam kesusahan. Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga aga r tidak berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri. Kita mestilah menyay angi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara. Kita janganlah m encemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu akan membawa keburukan kepada masya rakat. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 55

PROSA MODEN CERPEN BIARKAN SAMUDERA (Raihanah Salleh) Sinopsis Mir atau Aminah m engalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan serta masyaraka t. Mir sering bercakap sendirian dan perlakuan peliknya itu telah disedari oleh sahabat baiknya Hakimah. Semuanya berpunca daripada rumahnya yang dahulu yang te rletak di tepi pantai sudah dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Diseba bkan itu, kehidupannya yang lampau hanya tinggal kenangan. Dia sering teringatka n masa silam bersama ayahnya yang bekerja sebagai nelayan serta pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan Mir semakin membimbangkan disebabkan oleh ibunya juga telah men inggal dunia sejak dia kecil lagi. Semuanya datang menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik mengajak Mir ke kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang mengalami konflik jiwa itu dengan bantuan ib unya. Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang sering menyendiri itu, lalu menghad iahkan telekong berenda. Ibu Hakimah mahu Hakimah membantu Mir mengenali Tuhan y ang satu. Kesannya Mir mula beransur pulih daripada konflik jiwa yang dihadapiny a itu. Mir berjanji akan menggunakan telekong pemberian ibu Hakimah. Keadaan ini menggembirakan Hakimah apabila melihat Mir semakin tenang dan beransur pulih. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 56

Tema Konflik dalaman yang dihadapi oleh seorang pelajar. Contoh: Konflik dalaman yang dihadapi oleh Amirah atau Mir disebabkan oleh rumah ayahnya akan diroboh u ntuk dijadikan tempat peranginan. Oleh itu, beliau sering memikirkan kesan kehil angan rumah tersebut yang akan menyebabkan kenangan bersama ayahnya juga akan hi lang. Jadi beliau sering menyensiri sehingga ada kalanya bercakap sendirian sehi nggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut sebagai penyakit skizofrenia. Persoalan Kemiskinan para nelayan. Contoh: Ayah Amirah digambarkan terlalu daif melalui keadaan rumah dan juga tempoh masa ayahnya berada di lautan. Malah segal a-galanya serba kekurangan. Keikhlasan dalam persahabatan Contoh: Keprihatinan s eorang sahabat untuk membantu rakannya yang mengalami tekanan perasaan dapat dil ihat melalui usaha ikhlas Hakimah. Hakimah membawanya pulang ke kampung untuk be rcuti. Malah, dengan bantuan ibunya yang menghadiahkan telekung akhirnya Amirah beransur pulih daripada tekanan perasaan tersebut. Keinsafan untuk mendekati aja ran agama. Contoh: Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar be liau dapat mendekatkan diri kepada Tuhan. Usaha ini berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku. Kepentingan menjaga alam sekitar. Contoh: Bapa Amirah ser ing berpesan kepadanya agar sentiasa menghargai lautan yang mempunyai banyak kep entingan kepada manusia. Oleh itu Amirah sering membayangkan akan keindahan pant ai dan bunyi ombak dalam kehidupannya.

Nilai Kasih sayang Contoh: Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah berbe lah bahagi. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 57

Prihatin Contoh: Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk kembali sihat kerana k asihan kepadanya. Kesabaran Contohnya: Amirah kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan. Rasional Contoh: Aya h Amirah rela menerima suratan takdir yang rumahnya akan dirobohkan untuk pemban gunan. Patuh kepada agama Contoh: Ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kep ada ajaran agama sehinggakan menghadiahkan tudung kepada Amirah.

Pengajaran Kita hendaklah tolong menolong sesama manusia terutama terhadap sahab at yang sedang dalam kesusahan. Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana d engan mengingati Tuhan jiwa akan tenang untuk melalui kehidupan seharian. Kita h aruslah berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian daripada Tuhan agar kita tidak bertindak di luar batasan. Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluarga an terutama dengan ibu dan bapa yang keseorangan di kampung. Kita haruslah menya yangi ibu dan bapa yang telah bersusah payah menjaga dan memberi pendidikan kepa da kita. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 58

DRAMA CEMPAKA BERDARAH (A.Rahim Abdullah) Sinopsis Babak 1 Mengisahkan Mak Jah d an Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar d i sebuah universiti di Kuala Lumpur. Kemudiannya, mereka terdengar orang memangg il di luar rumah. Mereka mengintai melalui lubang pintu dan mendapati seorang le laki Orang Putih muncul. Mak Jah menyuruh Cempaka masuk ke biliknya. Orang Putih itu memperkenalkan dirinya sebagai Prof. Peter, pensyarah Antropologi dan Sosio logi dan merupakan pensyarah Zaman di universiti. Dalam perbualan mereka, Prof. Peter meminta Mak Jah menasihati Zaman supaya belajar betul-betul sekiranya hend ak berjaya. Prof. Peter bertanya tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di dinding. Babak 2 Semasa Zaman dan Cempaka mengambil buah bidara dan akar kayu di sebuah b elukar, Zaman menyuruh Cempaka pulang untuk mengambil parang. Mereka berbincang tentang bonsai dan ukiran akar kayu. Semasa Cempaka pulang mengambil parang, Pro f. Peter muncul ditemani oleh Malik. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. K etika Zaman mengambilkan Cempaka bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul sem ula. Berlaku lagi pertengkaran antara Prof. Peter dan Zaman. Prof. Peter mempers oalkan rambut Cempaka yang berwarna perang. Zaman membuat kesimpulan, Maliklah y ang menjadi orang perantaraan Prof. Peter. Dia juga mendakwa Cempaka ialah adikn ya yang dicari-cari selama ini. Semasa Perang Jepun, ibunya telah menyembunyikan adiknya di tebing Sungai Bukit Putih dan ditemui oleh Mak Jah. Dia hendak menga mbil Cempaka dan mahu adiknya itu hidup dalam keluarganya. Sewaktu pertengkaran berlaku, Prof. Peter ternampak seekor ular lalu melepaskan tembakan. Cempaka reb ah berlumuran darah. Mak Jah meraung melihat keadaan Cempaka. Zaman berasa marah dan berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Prof. Peter telah melarika n diri ke dalam hutan. Zaman mengejanya dengan parang. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan dan semuanya tercengang. Mak Jah bersyukur kerana Zaman selamat dan mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri itu. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 59

Pemikiran Keberanian mempertahankan hak dan maruah keluarga daripada dirampas ol eh orang luar. Contoh: Zaman bertindak dengan berani dan bersungguh-sungguh keti ka bertengkar dengan Prof. Peter. Persoalan Nilai Kasih sayang. Contoh: Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun empaka hanya anak angkat. Keberanian. Contoh: Zaman berani mempertahankan Cempak a daripada diambil oleh Prof. Peter. Hormat-menghormati. Contoh: Mak Jah menghor mati tetamunya Prof. Peter dan melayannya dengan ramah. Bertanggungjawab Contoh: Zaman bertanggungjawab memenuhi keinginan adiknya Cempaka untuk mengambil bunga kenanga akar. Kerajinan. Contoh: Zaman rajin belajar sehingga ketika itu berada dalam tahun akhir pengajian. Kasih sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan. Pendidikan penting untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarg a. Mempertahankan hak dengan cara yang betul. Peperangan yang menyebabkan perpis ahan antara ahli keluarga. Usaha mencari adik kandung yang hilang semasa Perang Jepun.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 60

Pengajaran Kita hendaklah berusaha mempertahankan apa-apa yang menjadi hak ki dengan cara yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Kita hen daklah menghormati masyarakat tempatan jika kita berkunjung ke tempat mereka sup aya kita tidak mendapat kesusahan. Janganlah kita menggunakan kekerasan untuk me nyelesaikan sesuatu masalah kerana perbuatan itu membahayakan kita.. Kita hendak lah gigih berusaha untuk mengubah corak hidup supaya tidak terus dibelenggu kemi skinan. Setiap ahli keluarga hendaklah melindungi keluarganya yang lain kerana h al itu merupakan tanggungjawab mereka. Kita perlu berwaspada terhadap orang yang tidak kita kenali agar tidak diperdayakan oleh mereka. Kita hendaklah berfikir secara bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah agar hasrat yang diinginkan aka n memperoleh kejayaan. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 61

DRAMA FORUM REMAJA 2020 (Sharif Shaary) Sinopsis Memaparkan peranan dan tanggung jawab tiga orang remaja iaitu Salmah, Chandran dan Chong menjelang tahun 2020. M ereka berjumpa dengan dua orang makhluk Utopia yang datang ke bumi untuk menjaya kan sesuatu misi. Kedatangan mereka didorong atas rasa tanggungjawab moral untuk mengingatkan makhluk bumi bahawa situasi kini sudah mencapai tahap kritikal ke arah kemusnahan. Makhluk Utopia memilih Malaysia kerana Malaysia berpotensi untu k dimajukan sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peni ngkatan moral sejagat. Mereka berpendapat segala pembangunan sekarang bukan sumb angan generasi muda yang diwakili oleh Salmah, Chandran dan Chong tetapi sumbang an generasi terdahulu. Generasi muda kini belum berbuat apa-apa. Sebagai bakal p emimpin masa depan, remaja perlu mempunyai jati diri yang kental, berilmu penget ahuan dan memiliki moral yang tinggi bagi merealisasikan matlamat tersebut. Masa lah keruntuhan moral generasi muda berada dalam satu era kritikal dari segi mora l, sosial dan mental. Mereka mesti bersatu padu sesama rakyat Malaysia yang berb ilang kaum, bersemangat patriotiuk dan mengamalkan nilai keagamaan dalam aspek k ehidupan. Apabila kedua-dua makhluk Utopia itu beredar, ketiga-tiga remaja itu p un tersedar dan mereka rupanya bermimpi. Ketiga-tiga remaja itu berbincang tenta ng kritikan yang diberi oleh makhluk Utopia dan mereka menyetujuinya. Sebagai re maja, mereka perlu merancang strategi kepimpinan untuk merealisasikan pembamngun an negara di samping melahirkan generasi yang berdisiplin.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 62

Pemikiran Persoalan Nilai Keberanian. Contoh: Tiga sahabat berani berhujah de n makhluk Utopia tentang cabaran untuk membangunkan negara.. Cinta akan tanah ai r. Contoh: Tiga sahabat menunjukkan kecintaan akan negara dan mahu menjadi pemim pin pada masa yang akan datang.. Baik hati. Contoh: Makhluk Utopia baik hati den gan menasihati dan memberi teguran kepada penduduk bumi. Remaja sebagai pemimpin negara pada masa hadapan. Kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri remaja. Kepen tingan penghayatan nilai keagamaan dalam kehidupan. Semangat patriotik sebagai p egangan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa. Jati diri, moral dan ilmu pengeta huan sebagai teras kepada remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020. Peranan dan tanggungjawab remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang diwakili oleh watak Salmah, Chandran, dan Chong.

Pengajaran Kita hendaklah mengutamakan perpaduan kaum dan mengamalkannya dalam h idup bermasyarakat. Remaja hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan nilai keagamaan dalam kehidupan. Remaja hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab dan mem iliki jati diri yang kental.. Remaja hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara pada masa hadapan. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 63

DRAMA GELANGGANG TUK WALI (Ismail Kassan) Sinopsis Babak 1 Ripin telah pergi ke rumah Tuk Wali, untuk memaklumkan jemputan bersilat di majlis perkahwinan rumah Haji Kodri. Kedatangannya disambut oleh Mak Umi. Tuk Wali mahu memenuhi jemputan tersebut walaupun demam. Tuk Wali juga berbual dengan Ripin tentang kerakusan m anusia yang menyebabkan kepupusan spesies pokokpokok herba di hutan sebagaimana yang dilakukan oleh Si Guan. Tuk Wali kesal oleh sebab harga akar-akar kayu sema kin rendah. Tuk Wali meminta Ripin memastikan murid-murid silat berkumpul kerana wartawan akan datang pada malam itu. Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri dengan berpakaian baju Melayu yang lengkap dengan samping dan berson gkok. Tidak lama kemudian, Imam dan Siak berkunjung ke rumah Tuk Wali. Kedatanga n mereka disambut oleh Mak Umi. Siak menyatakan perasaan tidak senang kerana Tuk Wali masih bersilat di gelanggang. Baginya, Tuk Wali sepatutnya menghabiskan ma sa di masjid. Mak Umi mempertahankan suaminya kerana selama ini suaminya tidak p ernah tinggal solat berjemaah di masjid malah mengerjakan solat sunat setiap mal am. Bagi Mak Umi, Tuk Wali hanya memenuhi hajat orang untuk memeriahkan majlis, tidak melanggar adat dan agama. Mak Umi meminta Imam dan Siak bercakap dengan Tu k Wali sendiri tentang hal itu. Dia juga akan memaklumkan nasihat Siak dan Imam kepada Tuk Wali. Babak 2 Babak 3 Tuk Wali meluahkan rasa tidak senangnya terhadap Piee, cucu tirinya yang telah memalukan dirinya di rumah Haji Kodri. Mak Umi mahu Tuk Wali mengubatkan Piee yang menagih dadah. Tuk Wali menyuruh Mak Umi menghalau Piee jika datang ke rumah itu lagi. Tuk Wali terlalu marah kepada Piee kerana dia telah mencuri wan g tambang Tuk Wali ke Mekah berjumlah RM2000.00. Mak Umi memaklumkan nasihat Ima m dan Siak kepada Tuk Wali. Tuk Wali mengatakan bahawa dia boleh duduk berzikir di masjid tetapi dia juga perlu mengubatkan orang yang patah kaki, terseliuh, da n histeria. Tuk Wali mengimbas dirinya ketika muda dahulu sering dipuji, dan dia nggap hebat. Apabila dia sudah tua segala yang dilakukannya dipandang tidak elok . Mak Umi mencadangkan anak-anak muridnya seperti Ripin menggantikan tempatnya u ntuk bersilat di majlis kahwin. Tuk Wali mengatakan silat sudah sebati dengan di rinya. Tuk Wali dikunjungi Ripin dan Mariam. Tuk Wali menyarankan Ripin dan Mari am mengambil tempatnya untuk mengajar silat tetapi mereka berdua tidak bersedia. Mereka merayu agar Tuk Wali terus mengajarkan silat. Tuk Wali mengambil sebilah

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 64

keris dan menceritakan asal usul keris tersebut. Tuk Wali merasakan Ripinlah yan g layak untuk menjadi pewaris keris itu. Dua orang wartawan daripada majalah Pej uang, iaitu Halim dan Jamil datang ke rumah Tuk Wali untuk menemu ramahnya. Piee cucu tiri Tuk Wali yang baru keluar dari pusat pemulihan muncul. Setelah keduadua wartawan itu pulang, Tuk Wali menampar dan memarahi Piee kerana masuk ke dal am biliknya. Empat orang pemuda telah datang ke rumah Tuk Wali. Menyangka Tuk Wa li tiada di rumah, mereka bermain gitar, menyanyi sambil menari-nari. Tuk Wali m emarahi mereka. Salah seorang pemuda telah ditampar oleh Tuk Wali kerana bersika p biadap. Babak 4 Siak datang ke rumah Tuk Wali dan mencabar Tuk Wali agar bersilat dengan nya. Siak berasa marah kerana Tuk Wali telah menampar cucunya yang mahu belajar silat. Mereka bertarung menggunakan sundang. Mak Umi mencari Ripin untuk melerai kan pergaduhan tersebut. Ripin berjaya mengunci pergerakan Siak. Ripin mencadang kan Tuk Wali dan Siak menyelesaikan masalah dengan cara berunding. Mak Umi menyu ruh Ripin menghantarnya ke rumah Berahim kerana dia tidak mahu melihat pergaduha n antara Tuk Wali dengan Siak. Siak akhirnya meninggalkan rumah. Tuk Wali yang k epenatan dan akhirnya terlena dibuai mimpi indah. Babak 5 Piee masuk ke rumah Tuk Wali dan mengambil biola serta sebilah keris yan g tersisip di dinding beranda itu. Tuk Wali menyedari perkara itu dan memarahi P iee. Kemudian berlaku pergaduhan dan pertikaman antara Tuk Wali dengan Piee. Sem asa Tuk Wali ingin mengambil biola yang dijatuhkan oleh Piee, Tuk Wali ditikam o leh Piee. Tikaman itu terkena di perut Tuk Wali. Tuk Wali dapat mengambil keris daripada tangan Piee. Tuk Wali semakin lemah apabila banyak darah keluar daripad a lukanya. Ripin terkejut apabila melihat Tuk Wali yang terbaring berlumuran dar ah. Ripin mahu menghantar Tuk Wali ke hospital tetapi Tuk Wali enggan. Tuk Wali sempat menyerahkan keris tersebut kepada Ripin sebelum meninggal. Ripin ingin me nuntut bela atas kematian Tuk Wali. Dia menyangka Siak yang membunuh Tuk Wali. S iak dan Imam muncul dan melihat Ripin memegang keris dalam keadaan Tuk Wali tela h terbujur kaku. Imam menyangka bahawa Ripin telah membunuh Tuk Wali. Berlaku tu duh menuduh antara Siak dan Ripin. Mariam dan Umi sampai lalu menerpa ke arah ma yat Tuk Wali. Mak Umi dan Mariam ingin tahu orang yang membunuh Tuk Wali. Siak d an Ripin saling menuduh sekali lagi. Mak Umi menafikan ripin membunuh Tuk Wali.

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 65

Pemikiran Perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa Contoh: Tuk Wali menga jarkan ilmu persilatan sejak 50 tahun lalu kepada pemuda-pemudi kampung. Dia jug a mematuhi pantang larang mencari pokok-pokok kayu herba di hutan demi memelihar a warisan hutan tersebut pada masa akan datang. Persoalan Sikap hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat terhadap orang yang berilmu. Contoh: Ripin amat menyanjung tinggi Tuk Wali yang mengajarnya ilmu si lat. Budaya warisan bangsa yang diremehkan. Contoh: Ada sesetengah penduduk kamp ung yang mencemuh Tuk Wali kerana bersilat dalam majlis perkahwinan. Masalah pen agihan dadah yang sukar dirawat. Contoh: Piee yang baru keluar dari pusat pemuli han kembali menagih kerana tidak dipantau oleh ibu bapanya. Perasaan dengki dan khianat. Contoh: Ada pihak yang dengki kepada Tuk Wali lalu menghalau Piee dari majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri. Dendam yang berpanjangan. Contoh: Siak m asih menyimpan perasaan dendam kepada Tuk Wali kerana Tuk Wali berkahwin dengan bekas tunangnya. Keprihatinan dalam kalangan masyarakat. Contoh: Tuk Wali merawa t orang sakit, menguruskan jenazah dan perkara-perkara lain tanpa meminta sebara ng upah.

Nilai Ketegasan. Contoh: Tuk Wali tegas pendiriannya mahu bersilat di majlis per kahwinan anak Haji Kodri kerana baginya perbuatan itu tidak salah. @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 66

Keberanian. Contoh: Tuk Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang me nyerangnya. Taat akan perintah agama. Contoh: Tuk Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat. Hormat-menghormati Contoh: Ripin menghormati Tuk Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan gur u silatnya. Bertanggungjawab. Contoh: Tuk Wali berasa dirinya bertanggungjawab m eneruskan usaha mengajarkan ilmu silat kepada anak-anak muda di kampung tersebut . Tolong-menolong Contoh; Ripin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menama tkan pergaduhan antara Tuk Wali dan Siak. Keprihatinan Contoh: Tuk Wali sering m elakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti menggali kubur dan memandikan jenazah.

Pengajaran Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa agar generasi akan da g berpeluang mendapat manfaatnya. Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua daripada kita kerana mereka banyak berjasa kepada kita. Kita hendakla h sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan aga r masyarakat hidup harmoni. Janganlah kita bersikap hipokrit dalam hidup kerana sikap itu memberi kesan yang negatif. Setiap masalah yang dihadapi haruslah dise lesaikan secara rundingan supaya tidak berlaku kecederaan atau pertumpahan darah . Kita mestilah bersabar atas ujian yang menimpa kita supaya kehidupan lebih sej ahtera. Kita hendaklah bijak menangani masalah yang timbul agar tidak menimbulka n kesusahan kepada diri sendiri kelak. 67 @CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja

@CSL2011 Modul KOMSAS Antologi Harga Remaja 68

You might also like