You are on page 1of 23

TAFSIR AL-QURAN 2

IXEB3201

Tajuk :
Wasiat (Harta Pusaka)

Disediakan oleh
Mohd Hafizi Bin Mohamad Pauzi IEB 060062
Hisyamuddin Bin Sariman IEB 060032

Disediakan Untuk
Ustaz Shaharuddin Bin Saad
Pensyarah

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM


UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

2008/2009
ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka Surat

1 PENGENALAN 1

2 BAB 1 2
1.1 BEBERAPA MASALAH BERKENAAN FIQH
PERWASIATAN

3 1.2 PENDAPAT JUMHUR ULAMA’ BERKENAAN 3


KADAR WASIAT

4 1.3 BEBERAPA PENDAPAT DALAM KALANGAN 4


MAZHAB TENTANG PENARIKAN SEMULA
PERSETUJUAN PEMBERIAN HARTA PUSAKA
KEPADA PEWARIS

5 BAB 2
2.1 AYAT AL-QURAN YANG MENJELASKAN 5
TENTANG WAJIB BERWASIAT

6 2.2 ULASAN DARI KITAB TAFSIR BERDASARKAN 7


AYAT

7 2.3 PENJELASAN MENGENAI PERKATAAN 10


“HARTA” ( ‫ا‬123 )

8 2.4 PENJELASAN BERKENAAN KEWAJIPAN 12


MENYEDIAKAN WASIAT UNTUK KUMPULAN
BUKAN PEWARIS

9 2.5 BEBERAPA HUKUM DALAM WASIAT YANG 12


DIMANSUKHKAN DAN PERKARA YANG
BERKENAAN DENGANNYA

10 PENEGASAN ALLAH S.W.T TENTANG 13


PENYERAHAN PUSAKA KEPADA YANG BERHAK

11 BAB 3 14
3.1 PENJELASAN DARI SUMBER HADITH
BERKENAAN WASIAT

12 BAB 4 15
4.1 AYAT – AYAT YANG BERKAITAN DENGAN
HUKUM WASIAT

13 PENUTUP 20

14 RUJUKAN 21
PENGENALAN

Dalam tugasan kali ini akan membincangkan mengenai tajuk wasiat, di dalam

tugasan ini juga akan dikemukakan beberapa tajuk dan topik yang dikira signifikan

dalam perbahasan tajuk ini.

Beberapa ayat yang telah dipetik dari Al-Quran, ayat tersebut secara jelasnya

menyebut tentang kewajipan bagi umat Islam menyediakan wasiat sebelum tibanya

ajal, namun, terdapatnya di sana beberapa pendapat dari para ulama berkenaan dalil

dan penentuan hukum yang seperlunya diberikan berdasarkan ayat dengan

mengambil kira beberapa faktor.

Perbincangan dari ulama yang membahaskan hukum ini amat banyak

pembahagiannya, di dalam tugasan ini, diselitkan juga beberapa dalil berbentuk

hadith, namun pada asalnya, tugasan ini sebenarnya menggunakan dalil ayat al-

Quran untuk dijadikan sumber utama dalam membahaskan hukum berkenaan harta

wasiat (Harta pusaka). Wallahu a’lam.


BAB 1

1.1 BEBERAPA MASALAH BERKENAAN FIQH PERWASIATAN

Terdapat beberapa permasalahan yang terdapat di dalam soal wasiat ini, ada
dikemukakan beberapa topik antaranya ialah seperti berikut :

Mengenai kadar wasiat yang dibenarkan, mejoriti ulama berpendapat sesiapapun


meninggalkan wasiat melebihi satu pertiga. Ini berdasarkan kepada hadith, sabda
Nabi Muhammad s.a.w ketika beliau meninggalkan wasiat :

456‫ آ‬896:‫ وا‬896:‫ا‬


(Maksudnya) : “Satu pertiga dan satu pertiga itupun sudah banyak.”

Baginda juga ada bersabda :

@A:BCD‫ أ‬FG @A: ‫ة‬I9J‫@ ز‬ALBG‫ و‬IMD @A:‫ا‬NO‫ أ‬89P @‫آ‬BQD‫ أ‬R‫إن ا‬
(Maksudnya) : “Allah memberikan kepada kamu satu pertiga harta kamu ketika kamu
hampir menemui ajal sebagai tambahan kepada amalan kamu”

Mazhab Hanafi membenarkan sesiapa yang ingin mewasiatkan keseluruhan


hartanya, sekiranya dia tidak memiliki pewaris, kerana had satu pertiga ini ditetapkan
bertujuan memberi kesenangan bagi pewaris. Ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW
menerusi sebuah hadith mutawatir :

‫ي‬BM:‫ن ا‬NXXAYJ Z:BD @‫]ره‬L ‫^ أن‬O 45_ ‫ء‬B5Ma‫ أ‬bP‫]ر ور‬L ‫ أن‬bc‫إ‬

(Maksudnya) : “Jika engkau meninggalkan pewarismu dalam keadaan kaya adalah


lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan merempat meminta-
minta bantuan orang lain.” Namum hadith ini tiada kaitan dengan orang yang tiada
pewaris.
Para ulama berpendapat bahawa seseorang yang hampir mati dan masih memiliki
pewaris tidak boleh mewasiatkan keseluruhan hartanya. Ulama juga bersependapat
bahawa pewasiat boleh mengubah atau menarik semula kandungan wasiatnya ada
bila-bila masa yakni sebelum kamatiannya.

Menurut para imam empat mazhab dan al-Auza’i, orang yang meninggalkan wasiat
untuk kaum kerabatnya dan membiarkan kaum kerabatnya dalam kemiskinan adalah
tindakan yang amat keji. Walau bagaimanapun, apa yang dilakukan tetap sah dan
boleh dilaksanaakan.

Meraka yang menerima wasiat ini boleh menerimanya, tidak mengira samada ia
orang kaya mahupun yang miskin, saudara terdekat atau jauh, muslim atau kafir.
Namun menurut Tawus dan al-Hasan al-Basri, jika dia mewariskan hartanya untuk
bukan kaum kerabatnya, harta wasiat tersebut perlu dikembalikan kepada kaum
kerabatnya dan wasiatnya itu dibatalkan.

Kebanyakan ulama berpendapat bahawa orang yang nazak dan hampir menemui
ajal perlu disekat meggunakan hartanya. Segala wasiat dan sedekahnya tidak boleh
dilaksanakan. Walau bagaimanapun bagi mazhab Zahiri, orang ini tidak boleh
disekat.1

1.2 PENDAPAT JUMHUR ULAMA’ BERKENAAN KADAR WASIAT

Mejoriti ulama membenarkan wasiat melebihi satu pertiga jika wasiat tersebut direstui
oleh pewaris kerana larangan melebihi satu pertiga atau larangan diberikan wasiat
kepada pewaris adalah hak pewaris. Jika pewaris menggugurkan segala tuntutan
mereka, wasiat tersebut dibenarkan dan sah. Wasiat tersebut boleh dianggap
sebagai hadiah daripada pewaris. Al- Daruqutni meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas
bahawa Rasullah s.a.w bersabda :

jP‫ر‬N:‫ء ا‬BkJ ‫ أن‬l‫ارث إ‬N: Z5nN:‫ز ا‬NoL l

1
Dr. Wahbah al-Zuhaily, Tafsir al-Munir Juz 2, hlm. 160
(Maksudnya) : “Tidak dibenarkan wasiat kepada pewaris kecuali dibenakan oleh
semua pewaris.”

Beliau juga meriwayatkan daripada ‘Amru bin Kharijah bahawa Rasulullah saw
bersabda :

ZP‫ر‬N:‫ز ا‬NoL ‫ أن‬l‫ارث إ‬N: Z5n‫ و‬l


(Maksudnya) : “Tidak dibenarkan wasiat kepada pewaris kecuali jika direstui oleh
pewaris-pewaris.”2

1.3 BEBERAPA PENDAPAT DALAM KALANGAN MAZHAB TENTANG


PENARIKAN SEMULA PERSETUJUAN PEMBERIAN HARTA PUSAKA KEPADA
PEWARIS

Orang yang merestui wasiat kepada pewaris menarik semula persetujuan mereka
selepas kematian pewasiat.

- Tawus Al-Hasan, ‘Ata’ dan yang lain berpendapat orang yang telah merestui
wasiat diberikan kepada pewaris ketika pewasiat masih hidup tidak boleh
menarik semula perjanjian persetujuan tersebut setelah kematian pewasiat.
Wasiat ini boeh dilaksanakan terus kerana pada asalnya ia tidak dibenarkan
untuk memelihara kepentingan pewaris. Tetapi apabila mereka bersetuju,
wasiat ini dibenarkan. Masalah ini sama seperti wasiat yang diberikan kepada
orang luar (ajnabi) melebihi satu pertiga, jika mendapat keizinan pewaris,
wasiat tersebut diharuskan.
- Abu Hanifah, as-Syaf’ei dan Ahmad bersependapat pewaris boleh menarik
semula persetujuan mereka jika mereka mahu. Alasannya, mereka memberi
persetujuan pada sesuatu yang masih belum mereka miliki ketika itu, harta
tersebut hanya mereka miliki setelah kematian pewasiat. Kebenaran ini
datang daripada orang yang tidak mempunyai sebarang hak pada harta
tersebut, jika tiada sebarang ikatan terhadap mereka.

2
Ibid, hlm. 161
- Manakala pendapat Malik lebih terperinci, dimana jika pewaris memberikan
persetujuan tersebut ketika pewasiat masih sihat, mereka boleh menarik
semua wasiat yang telah dipersetujui. Jika mereka memberikan persutujuan
ketika pewasiat sedang nazak dan hartanya bukan lagi miliknya, ketika itu
persetujuan mereka dianggap sah. Ini adalah kerana jika pewasiat tersebut
masih sihat dia adalah pemilik sebenar harta berkenaan dan dia berhak
melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya. Jika pewaris memberikan
persetujuan ketika dia sihat bermakna mereka telah memberikan sesuatu
yang bukan hak mereka. Namun, apabila mereka memberikan persetujuan
ketika dia sakit mereka telah memberikan sesuatu yang telah menjadi hak
milik mereka. Oleh kerana itu, mereka tidak boleh menarik semula persetujuan
jika wasiat tersebut telah dilaksanakan kerena sudah terlambat.3

BAB 2

2.1 AYAT AL-QURAN YANG MENJELASKAN TENTANG WAJIB BERWASIAT

Surah al-Baqarah : 180-182

tÎ/tø%F{$#uρ Ç÷ƒy‰Ï9≡uθù=Ï9 èπ§‹Ï¹uθø9$# #—Žöyz x8ts? βÎ) ßNöθyϑø9$# ãΝä.y‰tnr& uŽ|Øym #sŒÎ) öΝä3ø‹n=tæ =ÏGä.

∩⊇∇⊃∪ tÉ)−Fßϑø9$# ’n?tã $ˆ)ym ( Å∃ρã÷èyϑø9$$Î/

×ΛÎ=tæ ìì‹Ïÿxœ ©!$# ¨βÎ) 4 ÿ…çµtΡθä9Ïd‰t7ムtÏ%©!$# ’n?tã …çµßϑøOÎ) !$uΚ‾ΡÎ*sù …çµyèÏÿxœ $tΒy‰÷èt/ …ã&s!£‰t/ .yϑsù

∩⊇∇⊇∪

Ö‘θà!xî ©!$# ¨βÎ) 4 ϵø‹n=tã zΟøOÎ) Iξsù öΝæηuΖ÷t/ yxn=ô¹r'sù $VϑøOÎ) ÷ρr& $¸!uΖy_ <Éθ•Β ÏΒ t∃%s{ ôyϑsù

∩⊇∇⊄∪ ÒΟŠÏm§‘
180. Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-
tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapak dan

3
Ibid, 161
karib kerabatnya secara ma'ruf[112], (Ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang
bertakwa.
181. Maka barangsiapa yang mengubah wasiat itu, setelah ia mendengarnya, Maka
Sesungguhnya dosanya adalah bagi orang-orang yang mengubahnya.
Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
182. (akan tetapi) barangsiapa khawatir terhadap orang yang berwasiat itu, berlaku
berat sebelah atau berbuat dosa, lalu ia mendamaikan[113] antara mereka, Maka
tidaklah ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.4

[112] Ma'ruf ialah adil dan baik. wasiat itu tidak melebihi sepertiga dari seluruh harta
orang yang akan meninggal itu. ayat Ini dinasakhkan dengan ayat mewaris.
[113] Mendamaikan ialah menyuruh orang yang berwasiat berlaku adil dalam
mewasiatkan sesuai dengan batas-batas yang ditentukan syara'.

Ayat 180 dari surah al-Baqarah mengandungi perintah yang mewajibkan setiap
orang berwasiat kepada ibu, bapa dan kaum kerabat terdekat, tetapi setelah
turunnya ayat yang membincangkan tentang hukum waris sepertimana di dalam
surah Annisa’ ayat yang ke 7,11 dan 12, kewajipan tersebut terhapus (mansukh)
perintah berwasiat tetap berlaku, akan tetapi hukumnya tidaklah wajib.

Bahkan ianya sunat, itupun hanya boleh dilakukan kepada ahli waris terdekat sahaja.
Jadi maksud firman Allah “sesiapa yang mengubah wasiat setelah mendengarnya”
dimasudkan disini ialah kepada sesiapa yan bukan ahli waris, Rasulullah
menegaskan dari sabda baginda yang bermaksud : “sesungguhnya Allah telah
memberi setiap yang berhak atas haknya, kerana itu tidak boleh berwasiat pada
waris yang tidak menerima wasiat”

Perkataan Janafan membawa maksud ‘kekeliruan yang tidak disengajakan kerana


amat sayang’ dan ithmam membawa maksud ‘kekeliruan yang disengajakan’ apa
yang dimaksUdkan di sini ialah, boleh jadi orang yang berwasiat telah melakukan
kekeliruan dalam wasiatnya kepada ahli waris. Kesalahan itu mungkin ada unsur

4
Ibid, hlm. 154
kesengajaan kerana ada rasa sayang di hati pewasiat kepada salah seorang ahli
anggota keluarganya sehingga kandungan wasiat tersebut tidak menggambar rasa
keadilan di antara mereka. Dalam hal ini tidak menjadi kesalahan bagi orang yang
memberi wasiat mengislahkan yakni mendamaikan persoalan antara mereka,
sehingga wasiat orang itu tidak berlaku ketidak adilan.5

2.2 ULASAN DARI KITAB TAFSIR BERDASARKAN AYAT

Ayat – ayat ini merupakan suatu peringatan kepada seluruh manusia supaya mereka
meninggalkan wasiat yang merupakan suatu amalan kebajikan yang dilaksanakan
setelah matinya seseorang itu, iaitu ketika wujudnya tanda-tanda yang memberikan
masej berupa petanda kepada hadirnya saat ajal seseorang itu, setelah Allah
menjelaskan tentang hukuman qisas yang sudah tentu membabitkan soal kematian,
Allah S.W.T sebutkan pula suruhan ini untuk semua manusia.

Ini adalah kerana umat ini bertanggungjawab membantu antara satu sama lain dan
umat ini mempunyai tanggungjawab yang sama dipikul oleh setiap individu. Jadi
dengan itu, hubungan ayat –ayat ini dengan ayat – ayat yang sebelumnya amat
ketara. Setelah Allah SWT mengemukakan soal hokum qisas atau diyat bagi
kesalahan membunuh.

Allah SWT sertakan pula peringatan supaya manusia meninggalkan wasiat. Malah
Allah SWT menjelaskan bahawa wasiat ini merupakan suatu kefardhuan yang telah
tetapkan kepada hamba –hambanya. Justeru, mereka perlu memberikan perhatian
dan meninggalkan wasiat sebelum ajal tiba.

Wahai orang orang beriman, adalah wajib apabila kamu merasakan adanya tanda –
tanda ajal kamu tiba seperti sakit tenat atau sebagainya, dan kamu bakal
meninggalkan pusaka yang banyak kepada pewaris, hendaklah mewasiatkan
sebahagian harta ini untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan jumlah yang sesuai,
tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak dalam had satu pertiga. Selain itu, jangan

5
Drs. Asmaji Aes Muhtar, Tafsir Al-Muhtamir Tafsir Al-Quran, hlm. 61
kamu memberikan bahagian harta yang banyak kepada orang yang kaya kerana
status kekayaannya atau kamu memberikan bahagian yang tidak setimpal.

Kecuali apa yang kamu lakukan itu amat perlu, contohnya orang yang kamu berikan
itu tidak berkeupayaan untuk bekerja atau orang itu perlu memberi separuh tumpuan
kepada belajar atau masih kecil. Ketidakadilan dalam memberikan wasiat ini akan
menimbulkan kemarahan dan perbalahan antara pewaris.

Dalam pada itu, wasiat juga perlu diberikan kepada ibu bapa yang masih kafir.
Seorang anak perlu mewasiatkan sebahagian harta tersebut untuk mereka berdua
supaya dapat menjinakkan hati mereka menerima Islam. Apatah lagi berbuat baik
dengan ibu bapa sesuatu yang dituntut, walau apapun keadaan mereka, ini
dinyatakan oleh Allah oleh firmanNya :
Surah al-ankabut : 8

ϵÎ/ y7s9 }§øŠs9 $tΒ ’Î1 x8Ύô³çFÏ9 š‚#y‰yγ≈y_ βÎ)uρ ( $YΖó¡ãm ϵ÷ƒy‰Ï9≡uθÎ/ z≈|¡ΣM}$# $uΖøŠ¢¹uρuρ

∩∇∪ tβθè=yϑ÷ès? óΟçFΖä. $yϑÎ/ /ä3ã⁄Îm;tΡé'sù öΝä3ãèÅ_ötΒ ¥’n<Î) 4 !$yϑßγ÷èÏÜè? Ÿξsù ÖΝù=Ïã

8. Dan kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapaknya.
dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang
tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti keduanya.
Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang Telah
kamu kerjakan.6

Wasiat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia mempunyai tujuan
perintah dan kewajipan. Dalam ayat 8, Allah SWT kepada manusia berbuat baik
kepada kedua ibu bapa, perbuatan baik adalah segala perbuatan atau perilaku yang
tidaj menimbulkan kebenciandan kemurkaan Allah SWT.

Keterangan yang sama telah disampaikan dalam surah al-Isra’ ayat yang ke 23,
dalam ayat yang selanjutnya Allah S.W.T menerangkan bahawa jika orang tua
memaksa atau mengajak anaknya untuk melakukan sesuatu yang membawa kepada
6
Dr. Wahbah al-Zuhaily, Tafsir Al-Munir Juz 2, hlm. 154
kemusyrikan mahupun kemaksiatan kepada Allah SWT maka tidak ada hukum wajib
untuk melaksanakan perintah bapa tersebut.7

Firman Allah SWT lagi : Surah al-Lokman : 15

( $yϑßγ÷èÏÜè? Ÿξsù ÖΝù=Ïæ ϵÎ/ y7s9 }§øŠs9 $tΒ ’Î1 š‚͍ô±è@ βr& #’n?tã š‚#y‰yγ≈y_ βÎ)uρ

öΝä3ãèÅ_ötΒ ¥’n<Î) ¢ΟèO 4 ¥’n<Î) z>$tΡr& ôtΒ Ÿ≅‹Î6y™ ôìÎ7¨?$#uρ ( $]ùρã÷ètΒ $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû $yϑßγö6Ïm$|¹uρ

∩⊇∈∪ tβθè=yϑ÷ès? óΟçFΖä. $yϑÎ/ Νà6ã∞Îm;tΡé'sù

15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu
yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti
keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang
yang kembali kepada-Ku, Kemudian Hanya kepada-Kulah kembalimu, Maka
Kuberitakan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan

Pengertian “cara yang baik” di sini ialah berskap adil, tidak terlalu banyak dan tidak
terlalu sedikit. Malahan, ia mengikut syarak pada kadar maksima satu pertiga.

Allah menjadikan wasiat sebagai satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh
orang yang bertaqwa dan dan orang yang beriman dengan kitabNya. Mana-mana
saksi atau pemegang wasiat yang mengubah sebarang wasiat setelah mereka
mendengarnya, maka dosa itu akan ditanggung oleh mereka yang mengubahnya
dan pewasiat tidak akan terbabit, malah pahalanya akan diberikan oleh Allah SWT
nanti.

Pengubahan ini mungkin berlaku dalam bentuk menafikan wujudnya wasiat ini atau
mengurangkan jumlah yang diberikan oleh pewasiat, walaupun mereka
mengetahuinya. Allah SWT maha mendengar apa yang diungkapkan oleh orang –
orang yang mengubah kandungan wasiat. Allah maha mengetahui juga niat dan apa

7
Drs. Asmaji Aes Muhtar, Tafsir Al-Muhtamir Tafsir Al-Quran, hlm. 960.
juga yang mereka lakukan. Ini adalah suatu ancaman keras dan mereka seharusnya
mengetahui dan berwaspada dengan hukuman yang bakal menanti.

Walau bagaimanapun, ada pengecualian daripada dosa ini jika pengubahan ini
dilakukan atas dasar memperbetulkan atau menasihatkan. Keadaan ini berlaku
apabila pewasiat tersilap. Samada secara sengaja atau pun sebaliknya dalam
menetapkan wasiatnya. Jadi bagi sesiapa yang mengetahui kesilapan itu. Hendaklah
dia berbincang dengan pemegang wasiat dan penerima wasiat atau dengan pewaris
dengan penerima wasiat.

Hendaklah wasiat ini diubah supaya lebih adil dan bertepatan dengan had yang
ditetapkan oleh syarak. Pengubahan ini tidak salah dilakukan kerana apa yang
dilakukan ini adalah betul. Allah S.W.T akan mengampunkan dosa orang yang
mengubah wasiat tersebut jika sekiranya pengubahan tersebut bertujuan untuk
memperbetulkannya. Allah juga akan membalas perbuatan tersebut dengan
pahalaNya.

2.3 PENJELASAN MENGENAI PERKATAAN “HARTA” ( ‫ا‬123 )

Berhubung dengan perkataan harta ( ‫ا‬45_ ) dalam ayat berkenaan, para ulama tidak
sependapat dengan mengenai harta yang wajib diwasiatkan. Sebahagian ulama
berpendapat bahawa ianya membabitkan harta yang banyak sepertimana yang
ditafsirkan oleh ‘Aisyah r.’a. sebahagian ulama lagi berpendapat bahawa ia tidak
terhad kepada harata yang sedikit mahupun yang banyak. Walau bagaimanpun,
ulama yang berpendapat demikian tidak sependapat pula mengenai jumlah sedikit
atau banyak ini.

Manurut Ibnu Abbas, jika dia meninggalkan tujuh ratus dirham dia tidak perlu
mewasiatkannya, manakala jika hartanya mencapai lapan ratus dirham, dia perlu
wasiatkannya. Qatadah pula mengatakan bahawa : Hadnya ialah seribu dirham.
Diriwayatkan bahawa suatu ketika seorang lelaki telah bertanya ‘Aisyah r.a’ berkata :
Saya ingin mewasiatkan harta saya. “Aisyah bertanya : Berapakah hartamu?
Jawapan lelaki tersebut menunjukkan bahawa perlunya beliau meninggalkan sedikit
hartanya kepada sanak saudaranya.

Perkara yang jelas seperti yang dinyatakan oleh Ibnu ‘Abbas dan beberapa orang
tabi’in, pengertian harta disini adalah umum, termasuklah samada yang sedikit dan
juga yang banyak. Penjelasan ini membawa maksud sedemikian kerana
memandangkan istilah yang diguna pakai tadi iaitu harta, maka ia tidak mencakupi
semua. Jadi permasalahan ini perlu merujuk kepada kebiasaan, status pewasiat,
jumlah pewaris, keadaan hidup dan nilai harga semasa.

Menurut pandangan kebanyakan ulama dan sebilangan besar ulama tafsir, ayat
berkenaan telah dimansukhkan oleh ayat-ayat yang berhubung kait pusaka dengan
sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh penulis sunan dan lain- lain, daripada
‘Amru bin Kharijah :

‫ارث‬N: Z5n‫ و‬G ، jyz {z ‫~ آ} ذي‬QD‫ أ‬I R‫إن ا‬


(Maksudnya) : “Sesungguhnya allah telah memberikan setiap orang yang berhak hak
mereka, oleh itu tiada wasiat untuk waris”

Jadi kawajipan meninggalkan wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dianggap
telah dimansukhkan. Malahan, Ibnu Katsir berkata : Hal ini merupakan ijma’ ulama’,
wasiat tersebut dilarang berdasarkan hadith ‘Amru bin Kharijah tadi.

Walau bagaimanapun, bagi kaum kerabat yang bukan termasuk di dalam senarai
pewaris, adalah digalakkan bagi umat Islam agar meninggalkan wasiat untuk mereka
dalam had satu pertiga, berpandukan papada ayat berkenaan. Malah ini disokong
oleh sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dam Muslim daripada Ibn
‘Umar :

‚IMD ZƒNYAO jY5n‫ وو‬l‫^ إ‬5Y95: „5…J j5G FnNJ ‫ أن‬IJ4J †‡ j: @9ˆO ‫ئ‬4O‫{ ا‬z BO
(Maksudnya) : “Tidak sepatutnya seorang muslim memiliki sesuatu yang boleh
diwasiatkan tidur dua malam melainkan wasiat itu bertulis ada di sisinya”
Ibu Umar berkata : setiap malam semenjak dia mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda demikian, wasiat saya sentiasa berada di sisi saya, “Tambahan pula terlalu
banyak ayat dan hadith yang menyuruh manusia supaya melayan kaum karabat
mereka dengan baik.8

2.4 PENJELASAN BERKENAAN KEWAJIPAN MENYEDIAKAN WASIAT UNTUK


KUMPULAN BUKAN PEWARIS

Menurut pendapat Ibnu Abbas, Al-Hassan al-Basri, Tawus, Masruq dan yang lain,
wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat telah dimansukhkan, Cuma wasiat untuk
kaum kerabat yang bukan pewaris msih dikekalkan . Wasiat tersebut adalah wajib
bagi kaum kerabat yang menjadi pewaris dan bukan pewaris. Jadi hanya wasiat
untuk pewaris sahaja yang dimansuhkan , sementara sementara wasiat bagi kaum
kerabat yang bukan pewaris masih diwajibkan.

Ibn Jarir al-Tabari dalam tafsirnya , Tafsir al-Tobari memilih pendapat ini. Cuma
menurut istilah ulama masakini masalah ini bukan disebutkan sebagai mansukh
kerana ianya adalah satu bentuk penjelasan pengecualian.9

2.5 BEBERAPA HUKUM DALAM WASIAT YANG DIMANSUKHKAN DAN


PERKARA YANG BERKENAAN DENGANNYA

Menurut pendapat Ibnu Umar, Abu Musa al-Ash’ari, Said bin Al-Musayyib dan yang
lain, ayat ini telah dimansukhkan oleh ayat-ayat pusaka tanpa membezakan pewaris
dan bukan pewaris. Pendapat ini berpandukan kepada hadith yang diriwayatkan oleh
al-Syafie daripada ‘Imran bin Hussain r.a bahwa Rasulullah s.a.w pernah
menjatuhkan hukum mengenai enam orang hamba yang dimiliki oleh seorang hamba
yang hanya memiliki hamba-hamba ini sebagai pusakanya. Sebelum meninggal
dunia ,lelaki ini memerdekakan kesemua orang hambanya.

Namun Nabi s.a.w membahagikan mereka ini kepada tiga kumpulan. : “Baginda
memerdekakan dua dan mengekalkan empat lagi sebagai hamba.” . Jika wasiat ini

8
Dr. Wahbah al-Zuhaily, Tafsir Al-Munir Juz 2, hlm. 157
9
Ibid, hlm. 158
wajib kepada kaum kerabat dan tidak sah kepada bukan kaum kerabat, kenapa Nabi
SAW membenarkan pembebasan dua hamba tadi sedangkan keduanya bukan kaum
kerabat.10

2.6 PENEGASAN ALLAH S.W.T TENTANG PENYERAHAN PUSAKA KEPADA


YANG BERHAK

Al-Razi menyebut dalam al-Tafsir al-Kabir, bahawa abu Muslim al-Asfahani


menyebut bahawa ayat ini adalah ayat muhkamah dan bukan dimansukhkan.
Sebaliknya ayat ini adalah pentafsir kepada ayat pusaka. Jadi maksud ayat ini ialah
kamu diwajibkan melaksanakan perintah Allah yang mahukan kamu menyerahkan
pusaka kepada ibu bapa dan kaum kerabat.11

Firman Allah dalam surah al-Nissa : 11

s−öθsù [!$|¡ÎΣ £ä. βÎ*sù 4 È÷u‹sVΡW{$# Åeáym ã≅÷VÏΒ Ìx.©%#Ï9 ( öΝà2ω≈s9÷ρr& þ’Îû ª!$# ÞΟä3ŠÏ¹θãƒ

7‰Ïn≡uρ Èe≅ä3Ï9 ϵ÷ƒuθt/L{uρ 4 ß#óÁÏiΖ9$# $yγn=sù Zοy‰Ïm≡uρ ôMtΡ%x. βÎ)uρ ( x8ts? $tΒ $sVè=èO £ßγn=sù È÷tGt⊥øO$#

çν#uθt/r& ÿ…çµrOÍ‘uρuρ Ó$s!uρ …ã&©! ä3tƒ óΟ©9 βÎ*sù 4 Ó$s!uρ …çµs9 tβ%x. βÎ) x8ts? $£ϑÏΒ â¨ß‰¡9$# $yϑåκ÷]ÏiΒ

÷ρr& !$pκÍ5 Å»θム7π§‹Ï¹uρ ω÷èt/ .ÏΒ 4 â¨ß‰¡9$# ϵÏiΒT|sù ×οuθ÷zÎ) ÿ…ã&s! tβ%x. βÎ*sù 4 ß]è=›W9$# ϵÏiΒT|sù

¨βÎ) 3 «!$# š∅ÏiΒ ZπŸÒƒÌsù 4 $Yèø!tΡ ö/ä3s9 Ü>tø%r& öΝß㕃r& tβρâ‘ô‰s? Ÿω öΝä.äτ!$oΨö/r&uρ öΝä.äτ!$t/#u 3 AøyŠ

∩⊇⊇∪ $VϑŠÅ3ym $¸ϑŠÎ=tã tβ%x. ©!$#

11. Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu.


yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bagahian dua orang anak
perempuan[272]; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua[273], Maka

10
Ibid, hlm 158
11
Ibid, hlm. 159
bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu
seorang saja, Maka ia memperoleh separo harta. dan untuk dua orang ibu-bapa,
bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang
meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak
dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), Maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang
meninggal itu mempunyai beberapa saudara, Maka ibunya mendapat seperenam.
(Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau
(dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu
tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya
bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi
Maha Bijaksana.

[272] bahagian laki-laki dua kali bagian perempuan adalah Karena kewajiban laki-
laki lebih berat dari perempuan, seperti kewajiban membayar maskawin dan
memberi nafkah. (lihat surat An Nisaa ayat 34).

[273] lebih dari dua maksudnya : dua atau lebih sesuai dengan yang diamalkan
nabi.

Dari ayat diatas ,tidak timbul percanggahan antara wasiat kepada kaum kerabat dan
pusaka. Wasiat kita katakan hadiah daripada orang yang hampir tiba ajalnya,
manakala pusaka umpama hadiah yang dikurniakan dengan rahmat Allah. Dengan
ini pewaris memperolehi wasiat dan pusaka jika dilihat dengan ayat ini.

BAB 3

3.1 PENJELASAN DARI SUMBER HADITH BERKENAAN WASIAT

Hadith :

‚IMD ZƒNYAO jY5n‫ و‬l‫^ إ‬5Y95: „5ƒ j5G FnNJ ‫ أن‬IJ4J ‫ء‬F‡ j: @9ˆO ‫ئ‬4O‫{ ا‬z BO
"Seorang muslim tidak boleh mewasiatkan sesuatu yang ia miliki kurang dari dua
malam ( hari ), kecuali jika wasiat itu sudah ditulisnya.”
Saad bin Abu Waqqash berkata kepada Rasulullah s.a.w : “ Aku mempunyai harta
dan hanya anak perempuan satu-satunya yang mewarisi. Bolehkah aku bersedekah
dengan dua sepertiga hartaku? Rasulullah s.a.w menjawab : Tidak boleh, Aku
bertanya : “apakah aku boleh menyedekahkan setengahnya? Baginda menjawab:
“Tidak boleh.” Aku bertanya lagi: “ Apakah aku boleh menyedekahkannya sepertiga?
Nabi SAW menjawab. Ya, boleh sepertiganya, dan itu sudah banyak. Sesungguhnya
meninggalkan ahli waris dalam keadaan kaya lebih baik daripada meninggalkan
mereka dalam keadaan meminta-minta kepada orang.”12

BAB 4

4.1 AYAT – AYAT YANG BERKAITAN DENGAN HUKUM WASIAT

( $yϑßγ÷èÏÜè? Ÿξsù ÖΝù=Ïæ ϵÎ/ y7s9 }§øŠs9 $tΒ ’Î1 š‚͍ô±è@ βr& #’n?tã š‚#y‰yγ≈y_ ÎβÎ)uρ

öΝä3ãèÅ_ötΒ ¥’n<Î) ¢ΟèO 4 ¥’n<Î) z>$tΡr& ôtΒ Ÿ≅‹Î6y™ ôìÎ7¨?$#uρ ( $]ùρã÷ètΒ $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû $yϑßγö6Ïm$|¹uρ

(al-Lokman : 15 ) ∩⊇∈∪ tβθè=yϑ÷ès? óΟçFΖä. $yϑÎ/ Νà6ã∞Îm;tΡé'sù


15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu
yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti
keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang
yang kembali kepada-Ku, Kemudian Hanya kepada-Kulah kembalimu, Maka
Kuberitakan kepadamu apa yang Telah kamu kerjakan.

Surah an-Nissa : 11

s−öθsù [!$|¡ÎΣ £ä. βÎ*sù 4 È÷u‹sVΡW{$# Åeáym ã≅÷VÏΒ Ìx.©%#Ï9 ( öΝà2ω≈s9÷ρr& þ’Îû ª!$# Οä3ŠÏ¹θãƒ

7‰Ïn≡uρ Èe≅ä3Ï9 ϵ÷ƒuθt/L{uρ 4 ß#óÁÏiΖ9$# $yγn=sù Zοy‰Ïm≡uρ ôMtΡ%x. βÎ)uρ ( x8ts? $tΒ $sVè=èO £ßγn=sù È÷tGt⊥øO$#

çν#uθt/r& ÿ…çµrOÍ‘uρuρ Ó$s!uρ …ã&©! ä3tƒ óΟ©9 βÎ*sù 4 Ó$s!uρ …çµs9 tβ%x. βÎ) x8ts? $£ϑÏΒ â¨ß‰¡9$# $yϑåκ÷]ÏiΒ

12
Dr. ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni, Bulughul Maram : Menuju Meraih Kebesaran Pahala Ilahi. Hlm. 150
÷ρr& !$pκÍ5 Å»θム7π§‹Ï¹uρ ω÷èt/ .ÏΒ 4 â¨ß‰¡9$# ϵÏiΒT|sù ×οuθ÷zÎ) ÿ…ã&s! tβ%x. βÎ*sù 4 ß]è=›W9$# ϵÏiΒT|sù

¨βÎ) 3 «!$# š∅ÏiΒ ZπŸÒƒÌsù 4 $Yèø!tΡ ö/ä3s9 Ü>tø%r& öΝß㕃r& tβρâ‘ô‰s? Ÿω öΝä.äτ!$oΨö/r&uρ öΝä.äτ!$t/#u 3 AøyŠ

∩⊇⊇∪ $VϑŠÅ3ym $¸ϑŠÎ=tã tβ%x. ©!$#

11. (keadaan mereka) adalah sebagai keadaan kaum Fir'aun dan orang-orang yang
sebelumnya; mereka mendustakan ayat-ayat Kami; Karena itu Allah menyiksa
mereka disebabkan dosa-dosa mereka. dan Allah sangat keras siksa-Nya.

Surah an-Nissa : 12

€∅ßγs9 tβ$Ÿ2 βÎ*sù 4 Ó$s!uρ £ßγ©9 ä3tƒ óΟ©9 βÎ) öΝà6ã_≡uρø—r& x8ts? $tΒ ß#óÁÏΡ öΝà6s9uρ *

4 &øyŠ ÷ρr& !$yγÎ/ šϹθム7π§‹Ï¹uρ ω÷èt/ .ÏΒ 4 zò2ts? $£ϑÏΒ ßìç/”9$# ãΝà6n=sù Ó$s!uρ

£ßγn=sù Ó$s!uρ öΝà6s9 tβ$Ÿ2 βÎ*sù 4 Ó‰s9uρ öΝä3©9 à6tƒ öΝ©9 βÎ) óΟçFø.ts? $£ϑÏΒ ßìç/”9$# €∅ßγs9uρ

×≅ã_u‘ šχ%x. βÎ)uρ 3 &øyŠ ÷ρr& !$yγÎ/ šχθß¹θè? 7π§‹Ï¹uρ ω÷èt/ .ÏiΒ 4 Λäò2ts? $£ϑÏΒ ßßϑ›V9$#

βÎ*sù 4 â¨ß‰¡9$# $yϑßγ÷ΨÏiΒ 7‰Ïn≡uρ Èe≅ä3Î=sù ×M÷zé& ÷ρr& îˆr& ÿ…ã&s!uρ ×οr&tøΒ$# Íρr& »'s#≈n=Ÿ2 ß^u‘θãƒ

÷ρr& !$pκÍ5 4|»θム7π§‹Ï¹uρ ω÷èt/ .ÏΒ 4 Ï]è=›W9$# ’Îû â!%Ÿ2uŽà° ôΜßγsù y7Ï9≡sŒ ÏΒ uŽsYò2r& (#þθçΡ%Ÿ2

∩⊇⊄∪ ÒΟŠÎ=ym íΟŠÎ=tæ ª!$#uρ 3 «!$# zÏiΒ Zπ§‹Ï¹uρ 4 9h‘!$ŸÒãΒ uŽöxî AøyŠ
12. Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-
isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. jika Isteri-isterimu itu mempunyai anak,
Maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi
wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. para isteri
memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai
anak. jika kamu mempunyai anak, Maka para isteri memperoleh seperdelapan dari
harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan)
sesudah dibayar hutang-hutangmu. jika seseorang mati, baik laki-laki maupun
perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi
mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan
(seibu saja), Maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam
harta. tetapi jika Saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, Maka mereka
bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya
atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli
waris)[274]. (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar
dari Allah, dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Penyantun.

[274] memberi mudharat kepada waris itu ialah tindakan-tindakan seperti: a.


mewasiatkan lebih dari sepertiga harta pusaka. b. berwasiat dengan maksud
mengurangi harta warisan. sekalipun kurang dari sepertiga bila ada niat mengurangi
hak waris, juga tidak diperbolehkan.

Surah an-Nisa : 7

Èβ#t$Î!≡uθø9$# x8ts? $£ϑÏiΒ Ò=ŠÅÁtΡ Ï!$|¡ÏiΨ=Ï9uρ tβθç/tø%F{$#uρ Èβ#t$Î!≡uθø9$# x8ts? $£ϑÏiΒ Ò=ŠÅÁtΡ ÉΑ%y`Ìh=Ïj9

∩∠∪ $ZÊρãø!¨Β $Y7ŠÅÁtΡ 4 uŽèYx. ÷ρr& çµ÷ΖÏΒ ¨≅s% $£ϑÏΒ šχθç/tø%F{$#uρ

7. Bagi orang laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan
kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bagian (pula) dari harta peninggalan ibu-
bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang Telah
ditetapkan.

tÏ%©!$#uρ «!$# È≅‹Î6y™ ’Îû öΝÍκŦà!Ρr&uρ óΟÎγÏ9≡uθøΒr'Î/ (#ρ߉yγ≈y_uρ (#ρãy_$yδuρ (#θãΖtΒ#u zƒÏ%©!$# ¨βÎ)

/ä3s9 $tΒ (#ρãÅ_$pκç‰ öΝs9uρ (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$#uρ 4 <Ù÷èt/ â!$u‹Ï9÷ρr& öΝåκÝÕ÷èt/ y7Í×‾≈s9'ρé& (#ÿρçŽ|ÇtΡ¨ρ (#ρuρ#u

çŽóǨΖ9$# ãΝà6ø‹n=yèsù ÈÏd‰9$# ’Îû öΝä.ρçŽ|ÇΖoKó™$# ÈβÎ)uρ 4 (#ρãÅ_$pκç‰ 4®Lym >óx« ÏiΒ ΝÍκÉJu‹≈s9uρ ÏiΒ

∩∠⊄∪ ׎ÅÁt/ tβθè=yϑ÷ès? $yϑÎ/ ª!$#uρ 3 ×,≈sVŠÏiΒ ΝæηuΖ÷t/uρ öΝä3oΨ÷t/ ¤Θöθs% 4’n?tã āωÎ)
72. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan
harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat
kediaman dan pertoIongan (kepada orang-orang Muhajirin), mereka itu satu sama
lain lindung-melindungi[624]. dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum
berhijrah, Maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum
mereka berhijrah. (akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam
(urusan pembelaan) agama, Maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali
terhadap kaum yang Telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. dan Allah
Maha melihat apa yang kamu kerjakan.

[624] yang dimaksud lindung melindungi ialah: di antara muhajirin dan anshar
terjalin persaudaraan yang amat teguh, untuk membentuk masyarakat yang baik.
demikian keteguhan dan keakraban persaudaraan mereka itu, sehingga pada
pemulaan Islam mereka waris-mewarisi seakan-akan mereka bersaudara kandung.

Surah an-Nissa : 176

×M÷zé& ÿ…ã&s!uρ Ó$s!uρ …çµs9 }§øŠs9 y7n=yδ (#îτâ÷ö∆$# ÈβÎ) 4 Ï's#≈n=s3ø9$# ’Îû öΝà6‹ÏFø!ムª!$# È≅è% y7tΡθçFø!tGó¡o„

$yϑßγn=sù È÷tFuΖøO$# $tFtΡ%x. βÎ*sù 4 Ó$s!uρ $oλ°; ä3tƒ öΝ©9 βÎ) !$yγèO̍tƒ uθèδuρ 4 x8ts? $tΒ ß#óÁÏΡ $yγn=sù

ßÎit6ム3 È÷u‹s[ΡW{$# Åeáym ã≅÷WÏΒ Ìx.©%#Î=sù [!$|¡ÎΣuρ Zω%y`Íh‘ Zοuθ÷zÎ) (#þθçΡ%x. βÎ)uρ 4 x8ts? $®ÿÊΕ Èβ$sVè=›V9$#

∩⊇∠∉∪ 7ΟŠÎ=tæ >óx« Èe≅ä3Î/ ª!$#uρ 3 (#θP=ÅÒs? βr& öΝà6s9 ª!$#

176. Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah)[387]. Katakanlah: "Allah


memberi fatwa kepadamu tentang kalalah (yaitu): jika seorang meninggal dunia, dan
ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, Maka bagi
saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan
saudaranya yang laki-laki mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika ia
tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, Maka bagi
keduanya dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. dan jika
mereka (ahli waris itu terdiri dari) Saudara-saudara laki dan perempuan, Maka
bahagian seorang saudara laki-laki sebanyak bahagian dua orang saudara
perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu, supaya kamu tidak sesat.
dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.

[387] kalalah ialah: seseorang mati yang tidak meninggalkan ayah dan anak.

Surah an-Nissa : 176

ôNy‰s)tã tÏ%©!$#uρ 4 šχθç/tø%F{$#uρ Èβ#t$Î!≡uθø9$# x8ts? $£ϑÏΒ u’Í<≡uθtΒ $oΨù=yèy_ 9e≅à6Ï9uρ

∩⊂⊂∪ #´‰‹Îγx© &óx« Èe≅à2 4’n?tã tβ%Ÿ2 ©!$# ¨βÎ) 4 öΝåκz:ÅÁtΡ öΝèδθè?$t↔sù öΝà6ãΖ≈yϑ÷ƒr&

33. Bagi tiap-tiap harta peninggalan dari harta yang ditinggalkan ibu bapak dan karib
kerabat, kami jadikan pewaris-pewarisnya[288]. dan (jika ada) orang-orang yang
kamu Telah bersumpah setia dengan mereka, Maka berilah kepada mereka
bahagiannya. Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu.

[288] lihat orang-orang yang termasuk ahli waris dalam surat An Nisaa' ayat 11 dan
12.13

Jelaslah bahawa sememangnya terdapat banyak ayat di dalam al-Quran yang


menyebut perihal hukum berkenaan wasiat. Sepertimana yang dapat kita lihat, ada
beberapa keadaan yang digambarkan di dalam al-Quran. Contohnya perlunya
menulis wasiat ketika masih dalam keadaan sihat dan berbagai lagi keadaan yang
yang dibawa, dan ianya membawa kepada pengertian hukum yang berbeza
mengikut situasi.

Di dalam kertas kerja ini juga telah dibawakan beberapa pecahan yang lahir dari
pemikiran ulama dari perlbagai mazhab, contohnya mazhab Imam Abu Hanifah, as-
Syaf’ei dan Ahmad bersependapat pewaris boleh menarik semula persetujuan
mereka jika mereka mahu. Terdapat juga pendapat dari kalangan sahabat r.a seperti
Ibnu Abbas dan sebagainya, dan yang pasti ianya menambahkan lagi kekayaan
pecahan dan percambahan ilmu di dalam Islam itu sendiri.
13
Al-Quran Al-Karim
PENUTUP

Jelaslah bahawa hukum mengenai wasiat ini terdapat di sana pendapat –


pendapat ulama, ini kerana perbezaan manhaj yang diguna pakai oleh ulama –
ulama tersebut di dalam memberikan penjelasan hukum dari ayat al-Quran, dan apa
yang dapat ringkaskan disini sebagai penutup perbincangan.

Hukum asal yang dapat kita ambil dari dalil Al-Quran menggambarkan kepada
kita bahawa ianya adalah wajib, selepas turunnya ayat yang memberi penjelasan
berkenaan hukum wasiat ini seperti yang kita dapat lihat di dalam surah Annisa’ di
dalam ayat yang ke 7, 11 dan juga 12.

Jelaslah bahawa hukum wasiat tidak lagi wajib, bahkan ianya hanya sunat dan
disebut di sana perlunya kita mematuhi beberapa syarat bagi melaksanakan saranan
wasiat ini.
RUJUKAN

‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Dr.) 2007. Bulughul Maram : Menuju Meraih Kebesaran
Pahala Ilahi, cet. 3. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publication

Asmaji Aes Muhtar (Drs.) 2004. Al-Muhtamir, Tafsir Al-Quran Juz 1 – 30, cet. 1.
Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa

Syeikh Abdullah bin Muhammad Biismail, 1988. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Kepada
Pengertian al-Quran, Putrajaya : Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana
Menteri

Wahbah Al-Zuhaily (Dr.) 2007. Tafsir Al-Munir Juz 2, Kuala Lumpur : Penerbitan Intel
Multi Media And Publication Dan Persatuan Ulama Malaysia

You might also like