You are on page 1of 7

SKRIP PENUTUP PROGRAM MAKAN MALAM GAZA. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Seiring madah pantun bersambut Dalam senyum penghidang tamu Mesra berdakap kasih terpaut Persilakan tamu sambut dipintu Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penutup Program Jualan Amal Gaza. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian diminta mengambil tempat di dalam dewan. Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Yang Berbahagia Yang Berusaha Yang Dihormati Bismillah.... Assalamualaikum wbt Salam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam penuh kemesraan Pihak majlis mengambil ruang seawal waktu untuk menyatakan sepenuh aprisiasi setulus hati, atas kehadiran tetamu kehormat Yang Berhormat Yang Berbahagia Yang Berusaha Yang Dihormati Dan para jemputan ke majlis perasmian dan penutup Program Makan Malam Amal Gaza pada malam yang indah ini.Selamat datang kami alu-alukan. Terima kasih.

Alhamdulillah terus dipanjatkan, Setulus hati, seikhlas nurani, semurni jiwa, Dimunajatkan rasa syukur ke hadrat Illahi,
1

Allah Yang Maha Agong dan Maha Tinggi, Maha Pengampun, Maha Bijaksana, Maha Pengatur dan Maha Perencana, Ke atas segala ciptaanNya di langit dan di bumi. Demi kebesaran dan ketulusan rahmat yang dilimpahkan, Demi kekuatan azam dan iltizam yang dikurniakan, Beserta izin dan innayahNya jua, Didorong dan digerakkan minda serta deria rasa, Dianugerahkan aqal kita dengan kewarasan, Fizikal mapan dengan afiah kecergasan, Lantas dihimpun dan dipertemukan kita semua Bagi menjayakan kemurnian agenda MAKAN MALAM AMAL GAZA 2011 Tetak buluh panjang sepuluh Mari jolok sarang tebuan Angkat tangan jari sepuluh Doa diminta biar selamat Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan.. Demi memberkati acara dan agenda kita, Marilah kita semua, Selaku insan kerdil sifat dan upaya, Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih, Menghimpunkan segala harapan dan hasrat, Dengan bait-bait doa serta munajat. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.. Yang Berbahagia _________________________________ Tampil seketika untuk memimpin pembacaan doa pembuka majlis pada malam ini.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Aamin, Ya Robbal Aalamiinn.. Semoga pertemuan kita pada malam ini diberkati, Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan, Menambah tautan kemesraan, Serta, berpisahnya kita nanti akan diiringi dengan jutaan ketenangan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia ______________________________

Atas pimpinan doa sebentar tadi.

Surah Ali Imran ayat ke 92 menyatakan,Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. Amin2 Ya rabbal Alamin. By no means shall ye Attain righteousness unless Ye give (freely) of that Which ye love; and whatever Ye give, of a truth Allah knoweth it well. Sesungguhnya, segala sumbangan dan derma yang kita berikan kepada orang yang memerlukan akan diberi balasan dan hadiah yang setimpal serta tidak ternilai dimata dunia, namun teramat berharga diakhirat kelak. Justeru itu, janganlah kita risau akan berapa ringgit yang telah kita laburkan dan sumbangkan kepada orang serta janganlah kita khuatir sekiranya kita kehabisan mahupun kekurangan wang. Sesungguhnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat. Bagi meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan klip video yang telah disediakan oleh ahli jawatankuasa Program Jualan Amal GAZA. Justeru itu, para hadirin dijemput menonton. Kalau dilipat sebesar kuku Kalau dibentang seluas alam Yang jauh diimbau Yang dekat digamit Seuntai salam sejambak kata Degup bicara, merisik rasa. Tanpa melengahkan masa, untuk meneruskan majlis, dengan ini dijemput Yang Berbahagia ___________________________untuk menyampaikan ucapan alu aluan seterusnya merasmikan majlis Makan Malam Amal Gaza 2011/2012. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.... Pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan alu-aluan itu tadi.... Bagi meneruskan majlis, pihak jawatankuasa Program Jualan Amal GAZA telah menyediakan persembahan klip video khas buat hadirin yang dikasihi sekalian. Klip video adalah rentetan kerja-kerja yang kami lakukan bagi menjayakan Program Jualan Amal Gaza sehingga ke hari ini. Semua jemputan majlis dipersilakan menonton. Terima kasih atas sokongan anda semua, tanpa anda semua, kami tiada di sini.Kini tibalah saat yang dinantikan oleh semua jemputan yang hadir.

Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan.. Majils diteruskan dengan menjemput Yang Berbahagia _____________________ __________________________________ untuk menyampaikan ucapan serta klip video GAZA. Sudah pasti kita ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai isu-isu semasa yang belum diketahui dengan lebih jelas daripada pihak media. Justeru itu, dengan kesempatan yang sedia ada ini, eloklah kita meneliti perkembangan di negara saudara seislam kita, Gaza. Tanpa membuang masa, majlis dengan segala hotmatnya mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kepada Yang Berbahagia __________________________ _________________________________________ atas ceramah tadi. Dari ceramah yang disediakan tadi, dapat lah kita mengetahui secara jelas keadaan yang telah menimpa saudara kita di Gaza sana. Renungkan lah bagaimana seksanya mereka di sana bagi mengharungi setiap jam, setiap minit mahupun setiap saat dalam mempertahankan hak mereka dibumi Palestin.Apakah tanggungjawab kita sebagai saudara seIslam disini??Adakah hanya memandang,sudah memadai bagi kita untuk meringani beban mereka!Justeru itu, marilah kita mengambil inisiatif bagi melumpuhkan askar kejam Zionis di bumi Palestine.Marilah kita boikot barang-barang yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh pihak Israel bagi meruntuhkan ekonomi negara mereka.Janganlah kita berduduk sahaja tanpa membuat sebarang tindakan sewajarnya. Kita doakan agar mereka sentiasa kuat dan mampu mempertahankan Palestin.Insyallah. Yang berhormat, tuan-tuan dan puan-puan hadirin dimuliakan, Dijemput menjamu selera. Pada malam ini kami menyediakan makanan ala-ala cina _______________________. Makanan yang disediakan dijamin halal. yang telah disediakan oleh

Sambil menjamu selera, kami pihak majlis telah menyediakan persembahan khas daripada __________________________ .____________________ akan menyampaikan lagu yang bertajuk _______________ dan ___________________. Harap para hadirin yang dapat menghayati lagu ini. Dengan segala hormatnya, mempersembahkan nyanyian daripada ___________________________ Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kepada _________________________ .

Bagi meneruskan majlis ini, kita akan teruskan dengan Cabutan Bertuah. Justeru itu, dengan segala hormatnya majlis menjemput Yang Berhormat __________________________ Dan diringi oleh ___________________________ Dijemput naik ke pentas untuk mencabut Cabutan Bertuah. Siapa yang bertuah pada malam yang serba merah ini.Mari kita lihat.. NO.1 ~ no.3. Terima kasih kepada Yang amat Berhormat ke atas kesudian menyampaikan hadiah cabutan bertuah sebentar tadi. Sidang hadirin yang dikasihi sekalian, Kini tibalah saat yang dinantikan oleh peserta-peserta explorace, Penyampaian hadiah kepada semua peserta explorace yang berjaya muncul menjadi juara. Majlis dengan segala hormatnya menjemput, Yang Berhormat ____________________ Untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah ini kepada para pemenang Explorace yang telah dijalankan pada 11 Mac 2011 bersamaan hari Jumaat yang berlangsung pada pukul 3.00petang sehingga _________. Tempat pertama jatuh kepada ________ Kedua ____________________ Ketiga ____________________ Terima kasih kepada yang amat berhormat kerana sudi untuk menyampaikan hadiah sebentar tadi. Tahniah kepada para pemenang bagi acara explorace yang telah berlangsung semalam. Bagi yang tidak menjuari explorace ini, anda boleh mencuba pada masa akan datang.Insyallah.

Majlis Cabutan Bertuah. Untuk meneruskan majlis, saya menjemput sekali lagi Yang Berbahagia________________________ Dan diiringi oleh Yang Dihormati _______________________ Bagi mencabut cabutan. No1 ~ no 3 Terima kasih kepada Yang Berbahagia________________________ Dan diiringi oleh Yang Dihormati _______________________

Sekali lagi, majlis akan diteruskan dengan Cabutan Bertuah. Justeru itu, dengan segala hormatnya majlis menjemput Yang Berhormat __________________________ Dan diringi oleh ___________________________ Dijemput naik ke pentas untuk mencabut Cabutan Bertuah.Siapa yang bertuah pada kali ini. NO.1 ~ no.3 Terima kasih kepada Yang amat Berhormat ke atas kesudian menyampaikan hadiah cabutan bertuah sebentar tadi.

Hadirin jemputan yang dimuliakan, Bagi menyempurnakan majlis kita pada malam yang serba merah ini, kami wakil daripada Kelab NOVAC ingin menjemput Yang Berbahagia ________________________ Untuk menyerahkan wang yang berjaya kami kumpulkan dan sumbangan ikhlas semua pelajar UUM untuk sepanjang tempoh seminggu ini.Jumlah sumbangan adalah sebanyak __________________.
6

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat. Marilah kita berdoa agar segala sumbangan yang kita sumbangkan dapat digunakan oleh mangsa Palestin dengan sebaiknya diatas bantuan Aman Palestin. Moga-moga sumbangan ikhlas tuan-tuan dan puan-puan dapat meringankan sedikit beban mereka disana.Insyallah. Hadirin, hadirat sekalian seperti kata orang lama, Kok berkayuh dah sampai ke muara Kok berenang dah sampai ke tepian Kok berlari dah sampai ke garisan Kok berjalan dah sampai ke penghujung... Dengan kata-kata ini maka..... Selesailah sudah Majlis Perasmian Future Scientists Malaysia Think Camp 2008. Saya bagi pihak majlis mengucapkan terimakasih di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis perasmian yang diadakan pada hari ini. Selepas ini para jemputan, guru dan pelajar dijemput untuk sessi bergambar di perkarangan bangunan dan kemudiannya ke majlis jamuan yang telah disediakan.

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri. Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai.

You might also like