P. 1
Fiqh Muamalat

Fiqh Muamalat

|Views: 63|Likes:
Published by azwazila_one872289

More info:

Published by: azwazila_one872289 on Aug 19, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/19/2011

pdf

text

original

Fiqh Muamalat, jual beli, riba, jenisjenis harta

Posted on September 1, 2008 by salafytobat
Bab 1 : Pengertian Muamalat Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam . Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat. Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya. Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut. Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di merata rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya) (Surah Al-Mulk Ayat 15)

Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat bagi m encapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama. Dalam mencari harta kekayaan,umat Islam di kehendaki menggunaka sebahagian daripada hartanya n pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama. Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. Islam telah menggariskan beberapa peraturan bag mencapai i matlamat tersebut. Bab 1.1 : Peraturan-peraturan Muamalat 1. Mencari harta kekayaan dengan cara yang baik dan diredhai oleh Allah s..w.t 2. Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia dalam menjalankan urusan ekonomi dengan pihak yang lain seperti amanah, adil, jujur, tidak menipu dan lain-lain. 3. Menjalankan sesuatu kegiatan ekonomi yang dapat memberi faedah kepada seluruh manusia. 4. Semua kegiatan yang dijalankan hendaklah berteraskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan syariat Islam. Keimanan kepada Allah merupakan benteng untuk menghalang seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang tidak di ingini. 5. Semua kegiatan yang dijalankan bertujuan menjalinkan hubungan baik sesama manusia. Kebaikan-kebaikan yang dilakukan semasa menjalankan kegiatan ekonomi secara tidak langsung akan memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama Islam dan yang bukan Islam. Bab 1.2 : Tujuan Muamalat 1) Iaitu supaya didalam kehidupan manusia tidak akan berlaku sesuatu kecurangan seperti rampas merampas,ceroboh-menceroboh pada pemilikan serta tipudaya dan sebagainya. 2) Kehendak manusia itu sendiri ialah meletakkan manusia nilai dan taraf yang tinggi sehingga beroleh keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.

3) Muamalat juga menentukan peraturan-peraturan berusaha dan bekerja untuk manusia dengan jalan yang halal. Sabda Rasulullah s.a.w : maksudnya :

anhuma katanya :´ Aku telah mendengar Rasullullah s. Mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera.inilah matlamat muamalat dalam Islam demi kesejahteraan umat manusia. Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging. seumpama pengembala yang mengembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir. 2. 1.pemerasan.memonopoli harta dan sebagainya.3 : Peranan Muamalat 1.´ (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim) Bab 1.hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput rampai yang berpagar ini . Muamalat dalam Islam bertujuan menghindarkan berlakunya sebarang penindasan sesama manusia.ketidakadilan. Islam menegah umatnya melakukan . jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad. Muamalat yang di jalankan berlandaskan syariat Islam akan melahirkan masyarakat yang aman dan jauh daripada sebarang penipuan.a. Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan da n ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara± perkara yang telah di haramkannya . sesungguhnya ia adalah hati.w bersabda : Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram) itu terdapat perkaraperkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak di ketahui oleh ramai manusia. maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram.Daripada Abdullah bin An ± Nukman bin Basyir r.

rasuah. Sabda Rasulullah s. Memudahkan manusia untuk merasai kurniaan Allah s. Sekiranya tiada peraturan bermuamalat.w ³Sesiapa yang mengumpulkan harta daripada punca haram kemudian dia sedekahkan harta itu.dia tidak akan mendapat pahala.Ibnu Hibban dan AlHalim) 4. Supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih daripada sebarang perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w : Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r. Bermuafakat secara Islam melahirkan manusia yang berakhlak mulia dalam menjalankan suatu amanat Allah s.a.w.t.w.t.w.manusia akan melakukan apa saja untuk memperoleh harta yang banyak.w.kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang keji seperti riba¶.menipu atau sebagainya yang dilarang oleh Allah s.a.mereka juga akan mengunakan harta mengikut nafsu tanpa memikirkan kepentingan orang lain.t dengancara yang betul dan diredhainya.bahkan dosa yang akan menimpanya´ (Riwayat Ibnu Khuzaimah. katanya : Sabda Rasulullah s.t. 5. . 3.a.perbuatan-perbuatan yang tidak baik yang akan menyusahkan pihak yang di tindas.

masyarakat dan negara.t: Maksudnya :Berimanlah kamu kepada Allah dan rasulnya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian daripada .w. Memperolehi harta kekayaan dengan cara yang diredhai oleh Allah s. 4.w. tolong ±menolong dan bantumembantu untuk kebaikan dan kebajikan bersama. Firman Allah s.w. 7.t tidak hanya di monopoli oleh golongan tertentu sahaja. Supaya harta kekayaan yang disediakan oleh Allah s.w. Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Seseorang yang menggunakan hartanya untuk faedah orang lain akan beroleh pahala daripada Allah s. 8. Mengalakkan manusia supaya rajin bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga.6.4: Fadhilat Muamalat 1.t.t. Melahirkan masyarakat yang saling bekerjasama. Seseorang itu dapat menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebajikan.t Bab 1. Semua manusia berhak mendapat dan memiliki harta mengikut keupayaan masing-masing asalkan dengan cara yang betul dan diredhai Allah s. 2. 3.w.

maka orang yang beriman antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian daripada harta itu pada jalan Allah) maka tetap beroleh pahala yang besar . f) Melahirkan manusia yang bersifat tamak.jujur dan terhindar daripada melakukan perbuatan yang tidak baik. (Surah Al-Hadid Ayat 7 ) 5. d) Mendapat harta dengan cara yang tidak halal.H 3) Syarah Hadith 40-Khalil Ibrahim Mulla Khotir . 6.bertanggungjawab.Idris Ahmad S.amanah. Antara kesan-kesan yang timbul sekiranya muamalat yang dijalankan tidak mengikut syariat Islam termasuklah : a) Membawa kepada pergaduhan dan permusuhan b) Melahirkan sebuah masyarakat yang tidak aman. kedekut. Rujukan & Petikan di ambil dari Kitab : 1) Kitab Matla¶al Badrain-Syeikh Daud Fattani di susun oleh Ibnu rahmat 2) Fiqh Syafie Jilid 2-Ustaz H. Mewujudkan masyarakat yang adil. 7. Peraturan-peraturan dalam bermuamalat mengikut Islam secara tidak langsung melahirkan manusia yang berakhlak mulia . haloba dan sanggup menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri. e) Menggunakan harta pada perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah dan membazir.harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. c) Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri sendiri.

sekarang berilah aku keuntungan 10%´ lalu diterima oleh orang yang akan membeli . Contoh 4: Umpamanya seseorang berkata :´Aku hendak menjual barang-barangku yang telah kubeli.Muhammad Hj Md Daud ii) Dr.4) Terbitan Sasbadi-Ustaz Hamil@Amir Abdul Hameed 5) Fiqh Muamalat &Jenayah/Fiqh 11(PPJJ UKM) i) Dr. .Ahmad Kamaruddin Hj Hamzah 6) Konsep Syariah Dalam Sistem Perbankan Islam i) BIMB Institute Of Research And Traning Sdn.supaya barang itu diberi untung. Bab 2 : Perkara Berhubung Muamalat MURABAHAH (JUALAN PENAMBAHAN UNTUNG) Iaitu menyebutkan harga modal barang-barang yang dibeli kepada orang yang akan membeli dengan memberi syarat.saya terima.Bhd(BIRT). bila engkau mahu membeli barangku itu semua maka tiap-tiap 10 buah. -Maka sahlah jualan itu. -Maka penjual diatas mendapat untung RM10 dari modal belian beharga RM100. Contoh 3: Umpamanya seseorang berkata :´Saya jual kepada anda sebagaimana saya beli serta untung satu dirham pada tiap-tiap sepuluh dirham´ jawab pembeli itu. Contoh 2: Umpamanya seseorang berkata :´Saya jual rumah ini dengan harga yang saya beli dengan tambahan untung 10%´. Contoh 1: Umpamanya seseorang berkata : ³Barangku ini aku beli berharga RM100.

t: Maksudnya: ³Sesungguhnya Allah menyuruhmu. Jadi barang Wadiah itu beerti barang amanat yang harus dikembalikan kepada orang yang empunya.´ WADI¶AH (SIMPANAN) Ertinya barang yang diserahkan (diamanatkan) kepada seseorang supaya barang itu dijaga dengna baik.supaya amanat itu diserahkan kepada orang yang berhak menerimanya (yang empunya)´.engkau aku beri sebuah. maksudnya disini iaitu menjual sesuatu barang yang . (Surah An-nisa¶ ayat 58) BAI¶USSALAM (PENANGGUHAN PENYERAHAN BARANG) Perkataan Salam itu asal maknanya serah atau tangguh. sedangkan yang satu lagi adalah hadiah.dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah´.bila ia datang meminta.w. Firman Allah s. (Surah Al-Baqarah ayat 283) Firman Allah s.w. Jadi yang dibeli adalah 9.t: Maksudnya : ³Maka hendaklah orang yang diamanahkan itu menyempurnakan apa yang diamanahkan kepadanya.

70cm pinggang.kocek belakang satu dan sebagainya dengan harga RM100.kalimah Ijarah merujuk kepada bayaran yang diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu kerja sebagai ganjaran kepada apa yang dilakukannya. (Surah Al-Baqarah ayat 282) AL-IJARAH (UPAHAN) Menurut istilah Bahasa Arab. Contoh 1: Umpamanya Zaid berkata kepada si Ali :´Buatkanlah saya satu seluar dari kain woll yang berwarna kuning muda.ukurannya 105cm panjang.disifatkan kepada tanggungan seseorang yakni jual secara pesanan atau order(memesan barang). Firman Allah s.43cm lebar pinggul.25.t : Maksudnya : ³Wahai orang-orang yang beriman apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang(yang diberi tempoh) hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. .w.5cm besar kaki.

dalam pada itu jika engkau genapkan menjadi 10 tahun.dari orang-orang yang baik layanannya´. (Surah Al-Qasas ayat 26-27) AR-RAHNU (PAJAK GADAI) Menjadikan harta benda sebagai jaminan atas hutang iaitu maksudnya menjadikan sesuatu barang sebagai cagaran .si Ahmad datang mengambil seluarnya dan menyerahkan wang sebanyak RM 50 kepada tukang jahit itu.dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama 8 tahun.Contoh 1: Ahmad datang membawa sepotong kain kepada seorang tukang jahit untuk dibuat seluar.engkau akan dapati aku insyaallah. Setelah sampai waktunya.bahawa seluar tersebut akan selesai tempoh 3 hari.sesungguhnya sebaikbaik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah. Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa)´aku hendak mengahwinkan dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini.w.maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri.t : Maksudnya: Salah seorang diantara perempuan yang berdua itu berkata:´Wahai ayahku ambillah dia menjadi orang upahan(mengembala kambing kita). Firman Allah s. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu.tukang jahit itu menjamin dalam pengakuannya.

w : Maksudnya : ³Dari Aisyah r.a. Firman Allah s.bagi sesuatu hutang dan menjadi bayaran sekiranya tidak terdaya membayar hutang itu nanti.a.t : Maksudnya :´ Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tidak kamu peroleh orang yang akan menuliskannya maka boleh diserahkan saja jaminan yang dapat di pegang´.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan cara berjanji dan dirungguhkannya(digadaikannya) sehelai baju besi´. Al-Wakalah ini lebih berhubung dengan muamalat & munakahat seperti bab jual-beli dan bab perkahwinan dan lain-lain. (Surah Al-Baqarah ayat 283) Sabda Rasulullah s.agar orang yang diwakilkan itu dapat melakukan sesuatu yang diserahkan kepadanya Selagi yang menyerahkan itu masih hidup. .a bahawa nabi s.sebab ibadah itu adalah perhubungan manusia dengan tuhannya.puasa dan lainlain hal yang bersangkut-paut dengan ibadah kecuali ibadah haji & umrah(kedua-duanya boleh diwakilkan). Tidak sah mewakilkan sembahyang. (Riwayat Al-Bukhari&Muslim) AL-WAKALAH (BERWAKIL) Ertinya seseorang yang menyerahkan sesuatu urusannya kepada orang lain pada apa yang boleh diwakilkan menurut syarak.w.

Mudharabah juga dikenali sebagai Mu¶amalah yang dimaksudkan disini ialah aqad perjanjian yang dibuat oleh dua pihak : Pihak pertama: .w.Firman Allah s. (Surah Al-Muzammil ayat 20) Mudharabah juga dikenali dengan nama qiradh iaitu potong.w. (Surah An-Nisa¶ ayat 35) AL-MUDHARABAH (BERKONGSI UNTUNG) Pada bahasa ialah musafir untuk berniaga.jika kedua-duan orang tengah itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan´.t : Maksudnya:´Maka kirimlah(utuslah) seorang hakim dari keluarga yang laki-laki dan seorang hakim dari keluarga perempuan.t : Maksudnya :´Dan yang lainnya orang-orang yang musafir dibumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah´.kerana orang yang memiliki harta memotong sebahagian hartanya untuk diniagakan dengan harta itu. Firman Allah s.

AL-BAI BITHAMAN AJIL (JUALAN DENGAN HARGA TANGGUH) Jualan dengan harga tangguh atau jualan dengan bayaran ansuran ialah menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual kepada pembeli dan di . AL-QARDH AL-HASAN (HUTANG TANPA SYARAT/JANJI) Ialah hutang tanpa syarat atau janji untuk membayar balik lebih daripada hutang tetapi memberi saguhati kepada tuan punya hutang semasa membayar.dengan syarat keuntungan dibahagikan antara keduanya mengikut persetujuan sebagaimana yang dijanjikan seperti 1/2.bukan kerana syarat atau janji.Memberi sejumlah wang kepada pihak kedua supaya berniaga. Pihak kedua : Berusaha atau berniaga dengan modal yang diberikan oleh pihak pertama mengikut segala syarat yang dipersetujui kedua pihak. semasa akad atau di luar akad atau sebelum hutang itu di jelaskan tetapi apabila menjelaskan hutangnya orang yang berhutang itu memberi saguhati atau hadiah kepada tuan punya hutang.1/3 dan seterusnya. Contoh 1 : Seorang berhutang daripada seorang lain tanpa syarat atau janji sebarang bayaran lebih atau manfaat. Contoh 2 : Ali membayar hutangnya kepada Abu sebanyak RM50 beserta RM3 berupa saguhati.

jika tangguh RM2200. Dalil-dalil harus dan halal jualbeli: 1) Firman Allah s.Bhd(BIRT). Jualbeli dari istilah bahasa ialah menukar sesuatu dengan sesuatu yang l ain.´ (Surah Al Baqarah : ayat 275) 2) Firman Allah s.Idris Ahmad S.t yang bermaksud :³Dan Allah s.tangguhkan bayaran harganya sehingga ke satu masa yang di tetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur. Contohnya : Umpamanya kerusi antik. Bab 3: Jual Beli Bab Jualbeli :1.w.t yang bermaksud :´ Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan batil melainkan dengan jalan jualbeli secara redha daripada engkau.Muhammad Hj Md Daud ii) Dr.w.Ahmad Kamaruddin Hj Hamzah 6) Konsep Syariah Dalam Sistem Perbankan Islam i) BIMB Institute Of Research And Traning Sdn. 2.w. Rujukan & Petikan di ambil dari Kitab : 1) Kitab Matla¶al Badrain-Syeikh Daud Fattani di susun oleh Ibnu rahmat 2) Fiqh Syafie Jilid 2-Ustaz H.´ (Surah An-Nisaa¶ : Ayat 29) . Dari istilah syarak ialah menukar harta dengan harta mengikut cara-cara yang tertentu.t telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.H 3) Syarah Hadith 40-Khalil Ibrahim Mulla Khotir 4) Terbitan Sasbadi-Ustaz Hamil@Amir Abdul Hameed 5) Fiqh Muamalat &Jenayah/Fiqh 11(PPJJ UKM) i) Dr. harga tunai RM2000.

Allah s. Pembeli 3. Baliqh dan berakal 2. Berjualbeli adalah mengajar manusia supaya hidup bersatupadu dan hidup mengikut lunas undang-undang. Bukan berurusan dengan Musuh Islam. 6. Hikmah diharuskan jualbeli :1.´ (Riwayat Ibnu Hibban) 3. Penjual 2. Dengan adanya peraturan jualbeli ini maja akan terhindarlah kejadian rampasmerampas atau rompakan yang mana manusia ingin memiliki harta benda yang tiada padanya. Syarat-syarat penjual dan pembeli :1. Tidak dipaksa 4.w yang bermaksud :³Sesungguhnya jualbeli itu adalah lahir dari redha-meredhai.w. 3. sewa-menyewa dan sebagainya.3) Sabda Rasullah s. 2. Beragama Islam 5. 4. Harga yang dibeli 4. Sighah (lafaz penjual) 6.t telah menjadikan sifat semulajadi manusia yang memerlukan pertukaran faedah harta di antara sesama manusia samada menerusi jualbeli. Rukun jualbeli terbahagi kepada enam :1. Tidak bankrap atau bodoh 3.a. Syarat-syarat harga dan barang yang dijual:- . Qabul (lafaz pembeli) 5. Barang yang dijual 5. Merdeka 6.

8. Syarat membeli kitab suci Al-Quran dan kitab Al-Hadith itu hendaklah ia beragama Islam. Tidak sah menjual binatang buas.a bahawa Rasullah s. Barang-barang itu mestilah suci dan bersih. 7. Tidak sah menjual harta benda yang telah digadaikan kepada orang lain melainkan dengan keizinan daripada orang yang memegang gadaian. Sebagaimana sabda Rasullah s. 5. . Bersamaan Ijab dan Qabul dari segi maknanya walaupun berlainan dari segi lafaznya. Tidak diselangi oleh perkataan yang lain ketika akad jualbeli. Maksud Riba¶.w yang bermaksud :³Dari Abu Hurairah r. 3.w telah melarang dari menjual jualan secara tipu daya. Beberapa persoalan yang melibatkan jualbeli :1. Apabila tidak cukup rukun dan syaratnya maka jualbeli tersebut adalah tid ak sah. 2.a. Tidak diselangi oleh diam yang lama di antar ijab dan Qabul 3. Menyerahkan barang kepada pembeli ketika melakukan akad jualbeli. Penjual dan pembeli mesti tahu tentang jenis. 10. Tidak boleh dihadkan waktunya.´ 4. kadar dan sifat barang yang dijual. 2. Tidak sah menjual sesuatu yang najis yang tidak dapat disucikan.a. barang itu kepunyaan penjual itu sendiri ayau wakil penjual 3.Pada Syarak ialah aqad bagi sesuatu pertukaran barang-barang yang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan syarak ketika aqad atau diketahui .Pada bahasa ialah bertambah atau subur. . 2. Syarat-syarat Ijab (lafaz Penjual) dan Qabul (lafaz Pembeli) 1. Bab 4 : Riba 1. Tidak boleh bertakliq.1. 4. 9.

Riba¶ terbahagi kepada tiga bahagian : a) Riba¶ Al-Fadhl ± riba yang dibayar lebih pada satu pihak yang menukarkan barang.Sabda Rasullah s. Hikmah diharamkan riba¶ . ´ ( Surah Al ± Baqarah ± Ayat 275 ) . c) Riba¶ Al-Nasi¶ah ± riba¶ yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya.´ (Surah Ali Imran ± Ayat 130) .t telah melaknatkan orang yang makan riba¶ orang yang berwakil padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. Contohnya : Satu kilo beras mahsuri ditukar dengan satu kilo beras yang lain ( berlainan kualiti dan jenis ).00 3.w.persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari keduanya.w. Contohnya : Seseorang yang beraqad sebanyak RM 100.00 tetapi apabila diluar aqad dibayar RM 105.t yang bermaksud : ³Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba¶ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w. ³ (Riwayat Muslim) 4.00 maka dibayar bali k RM 120.00.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.Firman Allah s. Dalil-dalil pengharaman riba¶ ± Firman Allah s.w yang bermaksud : ³Allah s.a. b) Riba¶ Al-Yad ± riba¶ yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam majlis aqad jualbeli.t yang bermaksud : ³Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba¶. 2. Contohnya : Pinjaman sebanyak RM 100.

pembunuhan dan sebagainya. .Riba boleh merenggangkan merosakkan perhubungan di antara orang kaya pemakan riba¶ dengan orang miskin seterusnya akan menimbulkan kekacauan di dalam masyarakat dan negara timbullah di sana-sini rompakan. 6.Riba adalah merupakan satu penindasan dan pemerasan terhadap orang-orang miskin kerana yang miskin bertambah miskin. . 5. b) Hendaklah sama dengan tunai. ..Pihak yang memakan riba¶ akan bertambah kaya dan senang. c) Hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad. b) hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad. Syarat-syarat penjualan barang-barang untuk mengelakkan riba¶ : . fikirannya bertambah bimbang kerana memikirkan tentang bagaimana hendak membayar hutangnya yang sentiasa bertambah bunganya bila lambat dibayar. . Jika barang pertukaran itu berlainan jenis seperti beras dan wang dan sebagainya tidak dikenakan apa-apa syarat dan boleh dijualbeli sebagaimana dalam persetujuan antara kedua pihak. .Riba¶ akan mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja.Barang yang sama jenis:a) Hendaklah sama sukatan atau timbangan keduanya.Barang yang tidak sama jenis:a) hendaklah dengan tunai.

Harta yang tidak berharga tidak sah berakad dalam semua urusan seperti tidak sah menjual arak dan babi. hibah. Tujuan pembahagian harta kepada harta yang berharga dan tidak berharga: 1. Wajib membayar ganti rugi oleh orang yang merosakkan harta yang berharga sama ada ganti rugi barang yang serupa sekiranya ada atau membayar nilai harganya. Harta yang berharga sah untuk semua urusan berakad dengannya seperti berjual beli. 3. kedua-dua ini tidak harus bagi orang Islam menggunakannya kecuali ketika darurat sahaja seperti bersangatan dahaga atau bersangatan lapar yang boleh membawa mati kalau tidak menggunakannya. meminjam. 4. burung di udara juga galian yang berada di dalam perut bumi atau harta yang tidak harus digunakannya pada syara` seperti arak. gadaian. wasiat dan bersyarikat. y Harta yang tidak berharga/bernilai ialah harta yang tidak di dalam simpanan atau dimiliki orang seperti ikan di dalam sungai.( Rujukan Kitab ± Kitab Matla¶al Badrain ± Syeikh Daud Fattani ) Bab 5 : Jenis-jenis Harta HARTA YANG BERHARGA (MUTAQAWWIM) DAN HARTA YANG TIDAK BERHARGA (GHAYR MUTAQAWWIM) y Harta yang berharga/bernilai ialah setiap harta yang disimpan oleh seseorang dan syara` mengharuskan penggunaannya. 2. babi. Contohnya seperti semua jenis harta tidak alih dan harta-harta alih juga makanan-makanan atau seumpamanya. HARTA TIDAK ALIH (`IQAR) DAN HARTA ALIH (MANQUL) . Harta yang tidak berharga tidak wajib membayar ganti rugi orang yang merosakkannya.

3.y Harta tidak alih ialah harta yang tidak boleh dipindah atau diubah dari tempat asalnya seperti bangunan dan bumi. Erti jual janji ialah seseorang yang perlu pada wang maka dia jual harta tidak alih dengan syarat bila ia dapat wang maka akan diambil balik harta tidak alih yang telah dijual itu dengan membelinya semula dari orang yang membelinya ketika ia terdesak. Adapun harta alih. batu dan tanah akan bertukar menjadi harta alih bila sahaja bercerai dari bumi. Hukum as-syuf`ah adalah sabit pada harta tidak alih sahaja dan tidak sabit pada harta alih. Contohnya pintu rumah. y Terkadang harta alih bertukar menjadi tidak alih dan sebaliknya. Pemegang amanah harta anak yatim tidak boleh menjual harta tidak alih yang dimiliki oleh anak-anak yatim melainkan dengan alasan yang dibenarkan oleh syara` seperti membayar hutang atau sangat-sangat perlu kepada perbelanjaan untuk anak yatim tetapi mesti mendapat kebenaran dari hakim atau qadhi. maka pemegang amanah harta anak yatim boleh menjualnya bila ada sebarang maslahah pada jualan tersebut. Faedah pembahagian harta kepada harta alih dan harta tidak alih adalah mengikut perbezaan hukum-hukum fiqh seperti berikut: 1. y Harta alih ialah harta yang boleh dipindah atau diubah dari tempatnya sama ada bentuk dan keadaannya kekal dengan dipindahkan atau berubah bentuknya seperti wang ringgit. Segala hak yang berkaitan dengan jiran tetangga adalah bersangkut paut dengan harta tidak alih sahaja . galian yang dikeluarkan dari perut bumi. barangan perniagaan. sebaliknya runtuhan rumah atau bangunan. haiwan dan lain-lain. Hukum jual janji adalah khusus bagi harta tidak alih sahaja. 2. 4. tingkap atau jendela akan menjadi tidak alih bila dipasang di bangunan yang tetap buat selamanya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->