You are on page 1of 12

Kerja Kursus Pendek 2012 PENGENALAN

RENANG PJM 3104

Renang merupakan satu aktiviti yang seronok dilakukan dan ianya adalah satu-satunya sukan yang memberikan keseluruhan tekanan pada badan dalam kadar yang sama. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani kemahiran -kemahiran dalam renang perlu untuk dikuasai dengan baik kerana ianya merupakan asas untuk menyelamat di dalam air. Di samping itu, untuk belajar dan mengingati apa yang telah dipelajari bukan sesuatu yang mudah. Jesteru itu buku log ini dihasilkan bagi memudahkan berlakunya proses pembelajaran di samping sebagai rujukan yang amat berguna pada masa pada masa akan datang. Kemahiran-kemahiaran asas dalam renang adalah sesuatu yang tidak semua dapat pelajari dengan mudah kerana ianya memerlukan latihan yang konsisten serta pengaplikasian teknik yang betul dalam melakukannya. Segala apa yang telah diajar perlu dicatakan agar semuanya dapat digunakan di dalam latihan dengan menyeluruh dan berkesan. Selain itu perancangan aktiviti yang sistematik dan tersusun juga penting dalam memastikan para pela jar dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan mudah dan mengikut jangka masa dan objektif yang telah ditetapkan. Untuk menjadi pengajar yang baik serta mempunyai nilai tambah dalam kerjanya perlulah mempunyai satu daya anjakan yang luar biasa dalam memberik an ilmu kepada para pelajarnya. Jesteru itu penyediaan buku log ini merupakan sebahagian daripada tugas guru dalam memperkasakan lagi kemahiran -kemahiran untuk menjadi bukan sahaja guru yang baik dalam menyampaikan ilmu tetapi hebat dalam mendokumentasikan hasil kerjanya.

PISMP Pendidkan Jasmani

Kerja Kursus Pendek 2012 MATLAMAT

RENANG PJM 3104

Buku log ini dihasilkan bertujuan menyediakan satu perancangan yang sistematik dalam menulis akan aktiviti yang bakal dan telah dilaksanakan serta memberikan pengalaman yang berguna kepada bakal pelatih untuk mengaplikasikanya da lam kehidupan seharian dan melahirkan guru yang berpotensi tinggi dalam penyediaan dan pengajaran sesuatu tajuk.

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran ini, pelajar dapat: 1) Menguasai kemahiran dengan baik dalam kemahiran yang telah diajar serta dapat mengaplikasikannya dapat akitiviti yang dilaksanakan. 2) Memberikan komitmen yang baik serta semangat kerjasama dalam kumpulan semasa pengajaran berlangsung. 3) Menerangkan akan kebaikan menguasai kemahiran renang. 4) Meningkatkan kecergasan dalam setiap aktiviti yang dilakukan. 5) Mewujudkan keseronokan dalam mempelajari kemahiran ini. 6) Memberikan kesedaran akan kepentingan renang dalam kehidupan seharian. 7) Menunjukkan semangat untuk belajar dengan lebih baik serta minat yang lebih mendalam bekaitan kemahiran renang.

PISMP Pendidkan Jasmani

Kerja Kursus Pendek 2012

RENANG PJM 3104

PERANCANGAN AKTIVITI DALAM SEMINGGU (2 Kali Seminggu)

Perancangan Aktiviti Pertama MATA PELAJARAN BIDANG AKTIVITI TAJUK MASA BILANGAN MURID KEMAHIRAN FOKUS : : : : : : : RENANG Kuak Dada(Breaststroke) Asas Tendangan Kuak Dada(Whip Kick) Tendangan Kuak Dada (Whip Kick) 9.00 pagi hingga 10.00 pagi 20 orang murid Melakukan asas tendangan kuak dada dengan betul. OBJEKTIF MODUL : Guru dapat menunjuk cara dan mengajar murid cara-cara untuk melakukan tendangan kuak dada. OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada akhir pelajaran murid dapat: 1. 2. Dapat melakukan teknik whip kick dengan betul. Meningkatkan kecergasan fizikal murid-murid.

KEPERLUAN 1. 2. 3. Goggles Kicking board Topi renang

PISMP Pendidkan Jasmani

Kerja Kursus Pendek 2012

RENANG PJM 3104

PROSEDUR PELAKSANAAN AKTIVITI

MEMANASKAN BADAN DI DARAT

Melakukan regangan di darat i. Regangan statik ii. Regangan dinamik

MEMANASKAN BADAN DI AIR

a) Melakukan Bubbling dalam air sebanyak 15 kali. b) Melakukan apungan meniarap, lentang dan cendawan. c) Melakukan aktiviti gliding atau meluncur di dalam air.
MAIN SET (Teknik tendangan kuak dada-whip kick)

i.

Lakukan whip kick di tepi deck sambil kaki dipegang oleh rakan untuk memperbetulkan teknik kuak.(secara berpasangan)

ii.

Kuakkan

kedua-dua

belah

kaki

secara

terbuka

dan

lurus

kebelakang dan tutup dengan kuat. iii. Melakukan gliding atau meluncur dengan diikuti whip kick sebanyak dua kali. iv. Kemudian dengan menggunakan kicking board lakukan whip kick berulang kali. v. Kemudian, cuba gabungkan dengan pernafasan kuak dada tetapi masih menggunakan kick board semasa berenang.
PENUTUP

Melakukan permainan berkaitan aktiviti yang dilaksanakan. Melakukan aktiviti menyejukkan badan .

PISMP Pendidkan Jasmani

Kerja Kursus Pendek 2012

RENANG PJM 3104

Perancangan Aktiviti Kedua MATA PELAJARAN BIDANG AKTIVITI TAJUK MASA BILANGAN MURID KEMAHIRAN FOKUS : : : : : : : RENANG Gaya bebas (freestyle stroke) Asas tendangan gaya bebas (flutter kick) Tendangan gaya bebas (flutter kick) 9.00 pagi hingga 10.00 pagi 20 orang murid Melakukan asas tendangan gaya bebas dengan betul OBJEKTIF MODUL : Guru dapat menunjuk cara dan mengajar murid cara-cara untuk melakukan tendangan gaya bebas dengan teknik yang betul . OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada akhir pelajaran murid dapat: 1. 2. 3. Dapat melakukan teknik fullter kickdengan betul. Meningkatkan kecergasan dan kesihatan fizikal murid-murid. Mewujudkan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan tendangan dalam renang. KEPERLUAN 1. 2. 3. 4. Goggles Topi renang Pullboy Kicking board

PISMP Pendidkan Jasmani

Kerja Kursus Pendek 2012

RENANG PJM 3104

PROSEDUR PELAKSANAAN AKTIVITI

MEMANASKAN BADAN DI DARAT

a) Berlari secara berpasangan mengelilingi kolam . b) Melakukan regangan di darat i. Regangan statik ii. Regangan dinamik

MEMANASKAN BADAN DI AIR

a) Melakukan Bubbling dalam air sebanyak 20 kali. b) Melakukan aktiviti Dog paddle c) Melakukan teknik Front scull d) Melakukan apungan meniarap, lentang dan cendawan.
MAIN SET (Teknik Junam Kaki Dahulu)

i.

Melakukan flutter kick di atas deck supaya teknik dapat di perbaiki (jarak diantara kaki dan kedudukan kaki dorsi dan plantar)

ii.

Dengan

menggunakan

pullboy

lakukan

flutter

kick

sambil

memegang deck. iii. Lakukan tendangan gaya bebas dengan memegang kicking board sekitar kawasan kolam.
PENUTUP

Melakukan permainan berkaitan akitiviti flutter kick. Melakukan aktiviti menyejukkan badan

PISMP Pendidkan Jasmani

Kerja Kursus Pendek 2012 JENIS DAN NAMA AKTIVITI RENANG

RENANG PJM 3104

Nama Permainan Harta Siapa Cepat

Pengenalan Permainan Permainan yang diberi nama Siapa Cepat kerana permainan ini memerlukan kepantasan serta kepekaan yang tinggi untuk memenanginya. Permainan ini seumpama seorang pencari harta karun yang ingin

mendaptkan harta tetapi ianya adalah terhad dan memerlukan kebenaran untuk mengambilnya. Permainan ini dapat memberikan keseronokan kepada pelajar di samping mereka dapat bersaing secara sihat dan secara tidak langsung mengasah kemahiran mereka dalam kemahiran asas renang. Matlamat Permainan Permainan ini bertujuan memberikan ransangan secara tidak lansung seterunya dapat membentuk serta mengasah kemahiran pelajar dengan lebih maksimum melalui pendekatan yang berbeza dan ianya dapat melahirkan pelajar yang sihat, cergas serta mempunyai daya untuk bersaing yang tinggi di samping memupuk semangat kesukanan dalam diri.

Objektif Permainan Pada akhir permainan ini, murid -murid dapat: 1) Membina semangat berdikari yang tinggi serta memberikan

kesedaranakan kepentingan berenang . 2) Meningkatkan minat dalam memahami dan mengusai kemahiran yang diajar. 3) Menguasai kemahiran yang di ajar pada tahap maksimun. 4) Melatih untuk peka semasa berada di dalam air. 5) Menzahirkan keseronokan dalam pembelajaran mereka.
PISMP Pendidkan Jasmani 7

Kerja Kursus Pendek 2012

RENANG PJM 3104

PROSEDUR DAN TATACARA PELAKSANAAN AKTIVITIYANG TELAH DIREKA CIPTA DAN DIUBAHSUAI

Pelan Pelaksanaan Permainan

PETUNJUK A dan C B = Kawasan harta karun = Kawasan berhimpun = bola golf

PISMP Pendidkan Jasmani

Kerja Kursus Pendek 2012

RENANG PJM 3104

Prosedur Pelaksanaan Permainan

1) Permainan ini dimain secara individu namun ianya berjalan serentak mengikut wisel. 2) Para pelajar dikehendaki berada dalam kawasan B iaitu kawasan berhimpun. 3) Pelajar dikehendaki melakukan pergerakan semasa berada dalam kawasan B samada berenang, berjalan mahupun berlari. 4) Apabila wisel dibunyikan pelajar hendaklah bergerak ke dalam kawasan A dan C yang mempunyai bola golf dan mengutipnya sebelum naik ke atas deck. 5) Pelajar yang paling awal menaiki deck di kira sebagai pemenang dan yang terakhir di kira sebagai kalah.

Tatacara Perlaksanaan Permainan

1) Pemain yang berada dalam kedudukan statik dalam kawasan B secara automatik akan terkeluar daripada permainan. 2) Pemain secara sendiri akan berusaha untuk bersaing sesame sendiri untuk segera naik ke atas deck. 3) Pemain tidak dibenarkan menyelam terlebih dahulu dalam kawasan B sebaliknya perlu sampai dahulu dalam kawasan A atau C untuk menyelam mendapatkan bola golf. 4) Tidak akan berlaku pergelutan dalam merebut bola golf kerana bola diletakkan sama jumlahnya dengan pemain. 5) Pemain dibenarkan untuk menggunakan segala kemahiran yang dipelajari untuk mencapai obj ektif pemainan.

PISMP Pendidkan Jasmani

Kerja Kursus Pendek 2012 SE I I PE PE Y IPE VIS

RENANG PJM 3104

I I

1.

ol m 1 i

M . ol olf bil

l j r.

3.

Wis l

PISMP Pe


i J m

10

Kerja Kursus Pendek 2012 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI DALAM AIR

RENANG PJM 3104

1) Pastikan kedalaman kolam sesuai dengan aktiviti yang ingin dijalankan . 2) Masuk ke dalam kolam dengancara yang selamat seperti masuk dengan kaki telebih dahulu dan secara duduk. 3) Apabila bermain berdekatan kawasan air, sentiasa pastikan ada orang dewasa yang boleh berenang bersama an da. 4) Jangan berenang pada masa sejam selepas makan makanan berat. 5) Sekiranya kesejukan atau keletihan ketika berada dalam air, segera keluar dari kolam. 6) Sekiranya mengalami masalah dalam air, bawa bertenang, pusingkan badan supaya anda berada dalam keadaan t erlentang dan jka ternampak seseorang, lambaikan tangan untuk menarik perhatian. 7) Perhatikan keadaan cuaca dan ramalan cuaca. Berhenti berenang jika terdapat tanda-tanda cuaca buruk. 8) Baca dan patuhi segala peraturan dan papan tanda renang. 9) Pastikan tidak terdapat sebarang objek-objek berbahaya yang berada berdekatan kolam ataupun di dalam kolam. 10) Sentiasa memantau pegerakan pelajar di dalam air dengan membuat pengiraan sekerap mungkin.

PISMP Pendidkan Jasmani

11

Kerja Kursus Pendek 2012 PENUTUP

RENANG PJM 3104

Penghasilan buku log ini sangat baik dalam memupuk budaya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang di masa hadapan. Ini kerana segala apa yang telah dipelajari dicatatkan dengan jelas dan sistemaik serta dapat menjadi sumber rujukan pada masa kelak. Melalui aktiviti renang ini banyak input serta pengalaman yang berguna kepada pelajar dan juga guru dan ianya memerlukan pendokumentasian yang baik untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Ternyata ianya merupakan satu pengalaman yang baru dan menyeronokan .

PISMP Pendidkan Jasmani

12

You might also like