You are on page 1of 14

SEJARAH - TINGKATAN 1 KEMEROSOTAN MELAKA

Faktor Kemerosotan Melaka dan Kejatuhan Melaka


1. Pada kurun ke-15, Melaka memainkan peranan sebagai pusat perdagangan dan pusat penyebaran agama Islam. 2. Melaka telah menjadi sebuah kerajaan yang kaya, kuat dan berpengaruh. 3. Zaman kegemilangan Melaka adalah pada zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah. 4. Kemasyhuran Melaka telah menarik kuasa Eropah seperti Portugis untuk datang ke Melaka. 5. Kedatangan kuasa Portugis ke Melaka adalah ketika Melaka sedang mengalami kemerosotan pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah. 6. Antara faktor kemerosotan dan kejatuhan Melaka ialah: (a) Kelemahan kepimpinan. (b) Masalah perpaduan. (c) Kelemahan askar Melaka. Kelemahan Pemimpin. 1. Selepas kematian Tun Perak, Melaka ketandusan pemimpin yang berkebolehan seperti beliau. 2. Bendahara Tun Mutahir (1500-1510) telah menggantikan tempat Tun Perak. Beliau telah menjalankan dasar pilih kasih. 3. Ini menimbulkan perasaan iri hati di kalangan pembesar-pembesar lain terhadap Bendahara Tun Mutahir.

4. Pembesar-pembesar Melaka telah memfitnah Tun Mutahir hendak mengatasi kekayaan Sultan Mahmud Shah. 5. Tanpa usul-periksa, Sultan Mahmud Shah telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tun Mutahir serta ahli keluarganya. 6. Akhirnya, Sultan Mahmud Shah telah menyedari Tun Mutahir telah difitnah dan menyerahkan kuasanya kepada puteranya, Raja Ahmad. 7. Sultan Ahmad Shah pula tidak dapat memerintah Melaka dengan baik. Baginda tidak cekap dan lemah dalam pentadbiran. 8. Bendahara Tun Perpatiih Putih, iaitu pengganti Bendahara Tun Mutahir ialah seorang tua yang telah uzur dan tepok (lumpuh disebabkan sesuatu penyakit). 9. Keadaan ini menyebabkan pentadbiran Melaka bertambah lemah kerana: (a) Ketiadaan pemimpin yang berwibawa. (b) Amalan rasuah berleluasa. (c) Fitnah-memfitnah berlaku secara berleluasa. 10. Pedagang-pedagang memilih pelabuhan lain kerana kerajaan Melaka tidak mengamalkan sistem cukai yang sedia ada tetapi mengenakan kadar cukai yang sangat tinggi. 11. Pedagang telah pergi ke pelabuhan lain kerana cukainya lebih rendah seperti Brunei, Acheh, Bantam dan Patani. Masalah Perpaduan 1. Persaingan antara orang Melayu dengan orang India Muslim telah berlaku untuk mendapatkan pengaruh setelah Bendahara Tun Mutahir dilantik menjadi

Bendahara Melaka. 2. Amalan pilih kasih dalam pentadbiran merupakan punca persaingan antara pembesar-pembesar Melaka. 3. Kesan daripada masalah perpaduan antara pembesar menyebabkan rakyat berpecah belah dan tidak bersatu padu. 4. Justeru itu, keutuhan kerajaan dan serta kegiatan perdagangan di Melaka terjejas.

Kelemahan Askar Melaka 1. Tentera Melaka tidak mempunyai alat senjata moden seperti Portugis. 2. Antara senjata yang digunakan ialah: (a) Keris,

(b) Panah, (c) Sumpit Beracun, (d) Perisai, (e) Tombak dan lain-lain. 3. Portugis pula telah menggunakan alat senjata yang lebih baik seperti meriam dan senapang yang dapat menembak dari jarak jauh. 4. Kapal perang mereka juga mempunyai bilangan merian yang banyak serta dapat membedil Melaka dari laut. 5. Selain itu, Portugis juga mempunyai tentera yang terlatih dan sudah biasa dengan peperangan. 6. Sementara Melaka pula terlalu bergantung kepada askar-askar upahan Jawa untuk mempertahankan Melaka. Askar upahan Jawa tidak berjuang sepenuh hati kerana mereka tidak berjuang untuk mempertahankan tanah air sendiri. 7. Askar-askar Portugis pula mempunyai pemimpin yang berkebolehan seeprti Alfonso de Albuquerque. 8. Askar Melaka pula tidak mempunyai struktur yang lengkap seperti askar Portugis. 9. Askar-askar Portugis juga mendapat sokongan daripada pangkalan tentera mereka di Goa, India. 10. Akhirnya, Melaka jatuh ke tangan Portugis setelah askar upahan Melaka dari Jawa telah melarikan diri semasa Portugis menyerang Melaka.

Perbezaan antara angkatan perang Melaka dengan

Portugis.

Repllika kapal Perang Portugis

Senjata askar Melaka, keris

Senjata askar Portugis, meriam

Kedatangan Portugis Mengapakah Portugis Datang ke Timur?


1. Portugis ialah sebuah negara kecil yang terletak di barat daya benua Eropah. 2. Portugis ialah orang Eropah yang terawal datang ke Asia Tenggara iaitu pada abad ke-15. 3. Kedatangan Portugis ke Timur adalah kerana penemuan jalan laut, penyebaran agama kristian dan kegiatan perdagangan. 4. Faktor kedatangan orang Portugis ke Asia Tenggara ialah faktor keagamaan, kekayaan dan kemegahan, 'Gospel, Gold and Glory'. 5. Putera Henry telah menggalakkan pelayar dan orang Portugis untuk menjelajah ke Timur berdasarkan slogan 'Gospel, Gold and Glory'. 6. Atas galakan Putera Henry, ramai rakyatnya berani menjelajah ke Timur. Antara kejayaan rakyat Portugis ialah: (a) Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Tanjung Harapan pada tahun 1488. (b) Vasco da Gama sampai di India pada tahun 1498. (c) Lopez de Sequiera tiba di Melaka pada tahun 1509. Agama (Gospel) 1. Orang Portugis mahu menyebarkan ajaran agama kristian kepada masyarakat di Timur. 2. Orang Portugis mahu meneruskan Perang Salib dan menebus kembali kekalahan mereka

pada kurun ke-12. 3. Orang Portugis mahu menghancurkan Kerajaan Islam seperti Melaka yang merupakan pusat perkembangan dan penyebaran agama Islam. Ekonomi (Gold) 1. Orang Portugis hendak menguasai perdagangan rempah dan menghalang monopoli pedagang-pedagang Islam ke Timur. 2. Rempah sangat diperlukan di Eropah untuk mengawet dan melazatkan makanan seperti daging serta dapat memanaskan badan mereka. 3. Oleh yang demikian, rempah ini mempunyai permintaan yang tinggi di Eropah dan perdagangan rempah amat menguntungkan. 4. Namun demikian perdagangan rempah seperti lada hitam, kayu manis, bunga cengkih dan buah pala ini dimonopoli oleh pedagang Islam di Timur. 5. Pedagang Islam mendapat banyak keuntungan kerana menjualnya dengan harga yang tinggi di Eropah. 6. Portugis beranggapan dengan menguasai Melaka, mereka dapat menguasai pusat pengumpulan rempah dan seterusnya menguasai jalan perdagangan rempah dan memonopoli hasil rempah yang sangat menguntungkan. Politik (Glory) 1. Orang Portugis mendapat galakan daripada Putera Henry (1394-1460). 2. Putera Henry juga digelar Henry Ahli Pelayaran. Baginda telah mendirikan sebuah pusat

penyelidikan pelayaran dan membina kapal-kapal di Sagres. 3. Baginda juga pernah terlibat dalam Perang Salib di Afrika Utara dan begitu bersungguh-sungguh untuk mencari jalan ke Timur. 4. Kejayaan dalam aktiviti penjelajahan, pelayaran serta pembinaan empayar akan meningkatkan martabat negara.

Portugis Menguasai Melaka

1. Pada tahun 1509, Raja Manuel telah menghantar satu rombongan yang diketuai oleh Lopez de Sequiera ke Melaka. 2. Ketibaan rombongan ke Melaka adalah untuk berunding tentang peluang perdagangan serta memulakan hubungan antara kedua-dua buah kerajaan. 3. Ketibaan rombongan tersebut pada permulaannya disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah. 4. Orang Portugis dibenarkan berniaga dan Sultan Melaka menjamin keselamatan mereka ketika berdagang di Melaka. 5. Saudagar Islam dari Gujerat dan Jawa telah memberi maklumat kepada Bendahara Tun Mutahir tentang kedatangan orang Portugis untuk: (a) Menguasai perdagangan. (b) Menentang agama Islam. 6. Bendahara Tun Mutahir kemudian memaklumkan berita tersebut kepada Sultan Melaka dan telah menasihati sultan untuk menangkap orang Portugis. 7. Sultan mengarahkan supaya rombongan Portugis bersama pegawai kanan rombongan bernama Ruy de Araujo ditangkap. Terdapat juga beberapa orang Portugis yang terbunuh dalam kejadian ini. 8. Lopez de Sequiera bersama beberapa pengikutnya telah berjaya melarikan diri ke Goa. 9. Raja Portugal sangat marah dan baginda telah menghantar sepasukan tentera laut di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque untuk menyerang Melaka pada tahun 1510.

10. Alfonso de Albuquerque telah tiba di Melaka pada tahun 15111 dan mengemukakan tiga tuntutan kepada Sultan Mahmud Shah, iaitu: (a) Membebaskan semua orang Portugis yang ditawan. (b) Membayar ganti rugi akibat penawanan rombongan rombongan Portugis. (c) Membenarkan Portugis membina kubu di Melaka. 11. Ketiga-tiga tuntutan tersebut ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. 12. Penolakan tersebut telah membuka peluang kepada Alfonso de Albuquerque untuk menyerang Melaka pada 25 Julai 1511.

Alfonso de Albuquerque Peristiwa serangan Portugis ke atas Melaka. 1. Pada 25 Julai 1511, tentera Portugis mula mencapai kejayaan iaitu apabila berjaya menguasai jambatan Sungai Melaka. 2. Kejayaan ini berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Si Kitol kepada

pihak Portugis. 3. Melaka melancarkan serangan balas terhadap Portugis yang diketuai oleh Sultan Ahmad Shah dan angkatan Perang Portugis terpaksa berundur. Kejayaan askar Melaka mengalahkan pihak Portugis kali ini kerana semangat mereka yang membaca setelah mendengar kisah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. 4. Setelah mengumpul kekuatan dan tenaga semula, pada 10 Ogos 1511, sekali lagi tentera Portugis melancarkan serangan dan berjaya mengalahkan angkatan perang Melaka. 5. Pada 24 Ogos 1511, tentera Portugis telah melancarkan serangan yang lebih hebat buat kali ketiga dan akhirnya Melaka berjaya ditawan. 6. Sultan Mahmud Shah, kerabat diraja, pembesar dan pengikutnya telah berundur ke Muar kemudian ke Pahang dan seterusnya ke Bentan. 7. Sultan Mahmud Shah mendirikan sebuah kerajaan yang baru di Bentan setelah kemangkatan anakandanya, Sultan Ahmad Shah. 8. Sultan Mahmud Shah tidak berputus asa dan terus melakukan beberapa siri serangan untuk mendapatkan semula Melaka. Pengajaran daripada peristiwa sejarah 1. Kita perlu menyanjung serta berasa bangga dengan usaha untuk mempertahankan kedaulatan bangsa seperti yang ditunjukkan oleh Sultan Mahmud Shah, Sultan Ahmad Shah dan rakyat Melaka. 2. Rakyat sejati sanggup berkorban untuk mempertahankan bangsa dan

negara. 3. Perlu mengambil iktibar supaya negara kita tidak jatuh kepada kuasa asing.

Urutan peristiwa penaklukan Melaka oleh Portugis.

You might also like