You are on page 1of 21

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M oleh Hasnalee bin Tubah Jabatan Pengajian Melayu

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan dan bentuk kesukaran membaca dan menulis dalam kalangan murid KIA2M. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian berstruktur berdasarkan soalan soal selidik interpersonal bagi mengumpul data kualitatif. Subjek kajian terdiri daripada 4 orang murid KIA2M yang dipilih secara rambang berdasarkan jantina dengan berdasarkan rekod pencapaian daripada ujian penapisan dan ujian pelepasan 1. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan dan bentuk kesukaran membaca dan menulis murid KIA2M adalah pada paras sederhana lemah. Dapatan kajian ini membawa implikasi bahawa murid KIA2M akan dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan bantuan guru secara sistematik. Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji mencadangkan agar kaedah pengajaran guru perlu lebih berfokus kepada murid dan aktiviti dalam kelas. Bagi mencapai tahap tersebut guru KIA2M terlebih dahulu perlu menguasai kaedah pengajaran KIA2M secara khusus dan professional.

PENGENALAN Program KIA2M merupakan usaha bersepadu sekolah di seluruh Malaysia bagi melaksanakan program pemulihan dan pencegahan kegagalan masalah membaca dan menulis di kalangan murid-murid asas persekolahan. Usaha bagi mengatasi masalah ini telah melibatkan semua pihak di Kementerian Pelajaran termasuk sekolah rendah, sekolah menengah dan institut Perguruan (IPG) di seluruh Malaysia (KPM 2006). Kajian ini melihat kepada tahap kesukaran murid KIA2M pada peringkat asas yang akan memberi kesan langsung terhadap kebolehan dan kemahiran membaca dan menulis. Umum mengetahui bahawa murid

174 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

KIA2M memerlukan gaya pembelajaran yang luar biasa dan unik memandangkan tahap keupayaan penguasaan kemahiran membaca dan menulis yang lambat daripada murid-murid normal di kelas biasa.

PERNYATAAN MASALAH Kegagalan membaca membawa kepada masalah keciciran murid dalam kelas (Wikipedia Bahasa Melayu:2000) Ia juga menyumbang kepada kesahan kajian masyarakat Malaysia yang kurang membaca)2 helai muka surat setahun adalah benar (UNESCO:1999). Kaedah membaca yang digunakan oleh guru memerlukan suatu bentuk pengajaran khas (berbeza daripada kaedah biasa) kerana murid KIA2M adalah murid istimewa yang gagal belajar membaca mengikut kaedah pengajaran murid normal (Wikipedia Bahasa Melayu : 2007). Mulai tahun 2006, semua pihak dalam Kementerian Pelajaran telah digerakkan bagi membasmi masalah buta huruf dalam kalangan pelajar. Bagi merealisasikan tujuan ini, KPM telah bertindak dengan menubuhkan program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). Justeru, melalui program tersebut, semua sekolah telah digesa mengambil langkah serius bagi menangani masalah murid gagal membaca. Berdasarkan isu dan fenomena tersebut maka penyelidik merasakan suatu kajian yang lebih mendalam tentang faktor penyebab kegagalan murid KIA2M membaca dan menulis serta membantu guru melaksanakan kaedah pengajaran yang lebih efektif. Tambahan pula, input dan maklumat perlu dilihat daripada persepsi murid KIA2M itu sendiri. Barulah tindakan positif akan menjadikan kaedah penyelesaian membaca dapat diatasi.

175 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesukaran muridmurid yang mengikuti Kelas Intervesi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) di sekolah terhadap penguasaan asas membaca. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk: 1. Mengenalpasti tahap kesukaran menulis murid-murid KIA2M 2. Mengenalpasti bentuk kesukaran asas membaca dan menulis murid-murid KIA2M. asas membaca (abjad) dan

SOALAN KAJIAN 1. Apakah tahap kesukaran asas membaca (abjad) murid - murid dan menulis KIA2M? 2. Apakah bentuk kesukaran asas membaca dan menulis muridmurid KIA2M?

TINJAUAN LITERATUR Program KIA2M merupakan usaha bersepadu sekolah di seluruh Malaysia bagi bagi melaksanakan program pemulihan dan pencegahan murid-murid membaca dan menulis dalam kalangan murid tahun 1. Usaha bagi mengatasi masalah ini telah melibatkan semua pihak di Kementerian Pelajaran termasuk sekolah rendah, sekolah menengah dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh Malaysia (KPM). Kajian yang dijalankan oleh Azman Wan Chik (1989) dalam Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Bahasa Melayu III mengatakan bahawa masalah membaca bahasa Melayu memang wujud dalam

176 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa daripada 25 buah sekolah luar bandar

menunjukkan 18% ada mengalami masalah membaca. Masalah kegagalan murid menguasai kemahiran membaca juga dikaji oleh Charlotte J Bolling (2008), dalam artikelnya yang bertajuk Reading Success In The Intervension Classroom. Dalam artikel tersebut beliau menyatakan masalah kegagalan membaca menjadi semakin serius jika tiada langkah sistematik dilakukan ke atas subjek (murid KIA2M). Kajiannya mendapati bahawa masalah membaca memang timbul pada murid lemah. Mereka memerlukan lebih tumpuan daripada gurunya Kajian yang dibuat oleh Holly M Menzies (2007), dalam jurnal yang bertajuk Early Intervention In Reading:From Research To Practice mendapati bahawa ada peningkatan sebanyak 75% murid semakin boleh membaca jika mereka diberikan kaedah rawatan yang betul.

TEORI MODEL KERANGKA RUJUKAN Model kerangka yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan Teori Behaviorisme Bertujuan (Purposive Behaviorism)Tolmann (1996). Teori ini menekankan kepada matlamat perilaku terarah iaitu berfokus kepada membaca. Berdasarkan kerangka Teori

Behaviorisme Terarah (Tollmann 1996), struktur dalaman otak dan pemikiran murid (kognisi) mempunyai keupayaan yang terpendam dan dijangka. Kedua-dua bentuk pemikiran itu akan membentuk perilaku molar. Deskriminasi desakan boleh menghasilkan bentuk pembelajaran yang berdasarkan matlamat pengajaran guru. Namun guru juga boleh

177 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

menjangkakan kognisinya.

tingkah

laku

murid

berdasarkan

mod

jangkaan

Rajah 1: Teori Behaviorisme Bertujuan (Purposive Behaviorism)Tolmann (1996)


TEORI BEHAVIORISME BERTUJUAN Purposive Behaviorism (TOLMANN 1996)

KOGNISI TERPENDAM PERILAKU MOLAR DESKRIMINASI DESAKAN JANGKAAN

MATLAMAT (MEMBACA)

MOD JANGKAAN KOGNISI

PEMBELAJARAN TERARAH

MEMBACA MENULIS

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dijalankan secara kualitatif. Bagi menjayakan kajian ini, penyelidik telah menggunakan beberapa kaedah spesifik bagi mendapatkan data komprehensif. Hasil daripada data yang diperolehi

178 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

akan mencorakkan bentuk dapatan kajian ini. Metodologi kajian yang digunakan oleh saya adalah secara kaedah analisis data kualitatif. Seramai 4 orang murid KIA2M telah dikenalpasti. Kesemuanya berada dalam tahun 1 di sekolah SK Gita, Kuching, Sarawak. Data daripada perkembangan menguasai kemahiran membaca dan menulis, akan dipantau secara langsung selama mereka berada di tahap 1.

REKA BENTUK KAJIAN KUALITATIFF Kajian yang dilakukan adalah secara kualitatif kerana penyelidik mempunyai masa yang mencukupi untuk memerhati dan meneliti masalah sebenar di persekitaran yang sebenar juga (Marohaini, 2001). Menurut Bogdan dan Bikken (1998), kebanyakan kajian kualitatif yang dijalankan di tempat lapangan adalah bertujuan untuk mengutip data secara komprehensif. Ini selaras dengan pendapat Jorgensen (1989) dan Marohaini Yusoff (2001), yang mengatakan sesuatu data itu boleh dikutip jika ia mempunyai ciri-ciri yang sama dan tidak berubah. Empat orang murid KIA2M yang dijadikan peserta kajian mendapat markah ujian paling rendah dalam ujian penapisan tetapi mengalami peningkatan markah yang baik dalam ujian pelepasan walaupun masih lagi gagal. Selain dari itu peserta kajian juga terdiri dari mereka yang berada di atas pagar. Pengumpulan data berfokus kepada data yang mampu

memberikan gambaran holistik melalui pemerhatian dan temu bual serta bukti dokumentasi yang dapat dijadikan asas dalam tempoh kajian yang dilakukan (Spradley 1980; Merriam 1988; Bogdan dan Bikken 1988; dalam Marohaini Yusoff 2001).

179 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

Secara umum umumnya teknik pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik melibatkan: temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen,

DAPATAN KAJIAN Pada keseluruhannya dapatan kajian merangkumi segala aspek sumber data yang diperoleh daripada temu bual, pemerhatian dan juga data soal selidik yang berupakan senarai semak.

Soalan Kajian Pertama Apakah tahap kesukaran asas membaca dan menulis (abjad) dalam kalangan murid KIA2M?

Jadual 1 : Data Temu bual Guru

Latar Belakang Murid KIA2M Perawakan normal Perawakan kurang normal SES rendah Abang/ Kakak KIA2M Dorongan belajar Jumlah Murid KIA2M

Masalah Dihadapi Murid KIA2M Lambat

Tindakan Guru (P&P) 4 Latih tubi 4

Tahap Penguasaan Murid KIA2M Mengeja/batang

4 2

Hafal Mudah Lupa Tiada keyakinan Perlu bantuan

3 2

BBM Kekerapan Ulangan Usaha konsisten

3 3

Penulisan Peningkatan markah ujian Mulai menguasai 2M Tidak Menguasai 2M

3 4 3 1

3 4

3 4

1 4

180 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

Latar belakang Peserta Kajian KIA2M Jadual di atas menunjukkan bahawa daripada aspek latar

belakang murid KIA2M, kesemua 4 orang peserta kajian adalah datang daripada keluarga yang SESnya rendah. Jika ditinjau daripada data demografi (data soal selidik) kesemuanya daripada keluarga yang pendapatan puraranya RM500-1200 sebulan. Tiga orang daripada mereka adalah berperwakan normal dan seorang murid kelihatan selekeh dan tidak kelas. Data daripada rekod pencapaian murid juga menunjukkan bahawa dua orang mempunyai abang atau kakak yang pernah mengikuti kelas KIA2M. Ini seolah-olah menjadi trend bahawa faktor genetik mempunyai hubung kait yang menyebabkan adik mereka juga tidak dapat membaca dan menulis. Malah pihak sekolah juga telah mendapat hint jika ada murid KIA2M yang mempunyai bin atau bintiyang sama maka pihak sekolah boleh bersedia menerima adik mereka di kelas KIA2M untuk tahun berikutnya. Jika ditinjau kepada data pemerhatian, didapati murid KIA2M ini rata-rata mereka mempunyai perwatakan yang pendiam, malas bertanya dan sentiasa memerlukan dorongan serta motivasi daripada guru atau kawan-kawan. Suatu sifat yang menyerlah pada peserta kajian adalah adalah sikap kurang fokus dan suka merapu bila menjawab soalan. Sikap inilah perlu dikawal guru bagi memastikan daya fokus mereka menumpu kepada kemahiran membaca dan menulis.

Penguasaan Membaca dan Menulis Murid KIA2M Hasil daripada analisis temu bual guru KIA2M pada dasarnya masalah utama peserta kajian KIA2M adalah faktor lambat tetapi

181 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

bukan lembam. Mereka juga menghadapi masalah daripada aspek suka menghafal tanpa memahami hafalannya. Peserta kajian KIA2M gagal membaca dengan baik kerana mengalami masalah mudah lupa maka bantuan guru KIA2M atau pun rakan-rakan amat diharapkan. Mereka kurang berdikari dan sentiasa bergantung dengan orang lain dalam usaha untuk membaca dan menulis. Analisis data TB1 juga mendapati peserta kajian mempunyai

kadar kebergantungan yang amat tinggi kepada guru atau pun rakanrakan dalam proses membaca dan menulis. Bila ada guru atau rakan yang membantu untuk mengeja, mereka akan berasa lebih yakin dan mulai mengeja. Data temu bual mendapati bahawa bantuan guru sangat

diperlukan ketika mengeja dan membatang suku kata.

Tindakan Guru Mengatasi Masalah Murid KIA2M Pada keseluruhannya data temu bual dan pemerhatian mendapati bahawa guru menggunakan beberapa kaedah pengajaran yang berbentuk latih tubi. Di samping itu penggunaan bahan bantu mengajar juga menjadi faktor penting yang dapat merangsang murid KIA2M membaca dan menulis. Guru juga perlu mengulang-ulang (latih tubi) bagi memastikan pelajar memberikan fokus serta dapat mengingat huruf vokal dan konsonan serta mampu mengeja KVKV.

Tahap Penguasaan Membaca dan Menulis Murid KIA2M Peserta kajian KIA2M mempunyai tahap penguasaan membaca yang berbeza-beza daripada aspek iaitu mengeja dan membatang suku kata dan juga kesukaran peserta kajian banyak mengalami masalah

182 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

menggabung pola suku kata KVKV dan kemampuan mengingat semula pola KVKV iaitu mengeja dan membatang. Jika tinjau kepada dapatan data analisis dokumen hasil ujian penapisan dan pelepasan, kesemua peserta kajian telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mereka. Ini menggambarkan ada peningkatan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid KIA2M di SK Gita, Kuching.

Soalan Kajian Kedua Apakah KIA2M? bentuk-bentuk kesukaran asas membaca dan menulis murid

Jadual 2 : Bentuk kesukaran membaca murid KIA2M

BENTUK KESUKARAN MEMBACA MURID KIA2M KENAL ABJAD MENGEJA KONSONAN DAN ABJAD 2 2 Konsistensi Lupaan 2 2 MEMBATANG SUKU KATA KVKV Boleh (Dengan bantuan) Tidak boleh (Tanpa Bantuan) 4 0 MENGINGAT BUNYI SUKU KATA KVKV Boleh Tidak boleh

Keliru bentuk Keliru bunyi Jumlah peserta kajian

2 2

Kesukaran Membatang KVKV Data temu bual menunjukkan peserta KIA2M mengalami masalah membatang suku kata KVKV. Dalam temu bual dengan peserta kajian

183 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

daripada aspek kesukaran mengenal abjad, kesukaran didapati dalam menggabung suku kata kedua KVKV.

Kekeliruan Bentuk dan Bunyi Abjad Daripada data analisis temu bual peserta kajian KIA2M didapati bahawa kekeliruan abjad adalah pada aspek bentuk huruf iaitu pada abjad b, c dan g. Kekeliruan juga wujud pada bentuk huruf yang hampir sama iaitu s dan z (TBPM 2:S1,S4). Kekeliruan juga wujud pada bentuk huruf yang bergandingan iaitu b dan d, u dan w.(PPK4S4). Analisis daripada data pemerhatian juga membuktikan peserta kajian menghadapi masalah kekeliruan pada bunyi abjad vokal e-pepet dan e-taling. Di samping itu kesukaran akibat kekeliruan juga wujud pada bunyi abjad o dan u. (PK2:S3). Keliruan bentuk dan bunyi abjad juga dapat dikesan melalui data pemerhatian (PK3:S3) iaitu membunyikan huruf g dan j. Kebanyakan abjad g dibunyikan sebagai j. Kekeliruan seterusnya adalah pada abjad b,d,p.

Kesukaran Mengeja dan Membunyikan Suku Kata KVKV Penyelidik telah menggunakan 10 pola suku kata KVKV berdasarkan model pembelajaran Selan Osni. Kesemua pola suku kata KVKV tesebut merangkumi suku kata terbuka dan tertutup. Analisis data temu bual dan soal selidik mendapati bahawa kesemua peserta kajian mengalami masalah mengeja dan membunyi suku kata. Bagi suku kata terbuka eg; ba+ca, ku+da, gi+gi dan ma+ta tidak menimbulkan sebarang kesukaran pada peserta kajian (BIII:B17, B22, B25).

184 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

Kesukaran mengeja pola KVKV timbul bagi gabungan huruf vokal suku kata terbuka dan tertutup yang hadir serentak. Sebagai contoh : bu+mi, ki+ra dan bu+ku (BIII:B16,B19,B20). PK2, PK3 dan PK4 mengalami masalah dapat mengeja pola suku kata yang pertama tetapi gagal mengeja suku kata yang kedua KVKV. PK4 pula akan mula meneka-neka secara merapu bila gagal menyebut suku kata KV kedua. Kesukaran mengeja juga timbul pada suku kata lo + ri (BIII:B21) dan ja+ri (BIII:B23). Kekeliruan ini adalah disebabkan keeliruan bunyi. Justeru guru KIA2M perlu mengajar latihan pemintal lidah agar masalah telo dan pelat dalam mengeja dan membaca ini dapat diatasi. Dapatan daripada temu bual juga mendapati bahawa memang para guru maklum akan masalah tersebut. Kesukaran Mengecam Bentuk Abjad Kekeliruan Bentuk Abjad Berdasarkan 4 orang peserta kajian yang dikaji, didapati bahawa kesemuanya menghadapi masalah kekeliruan abjad dari segi bentuk dan status huruf (besar dan kecil). Hasil dapatan kajian berdasarkan data senarai semak (CI) menunjukkan bahawa kesemua peserta kajian menghadapi kerumitan dalam membezakan bentuk huruf yang hampir sama seperti b d, (letupan 2 bibir bersuara). Begitu juga kesukaran timbul pada mengecam huruf j (geseran lelangit keras) telah disebut sebagai g (letusan lelangit lembut) :(CI-PK2,PK3 dan PK4). Kebanyakan daripada mereka keliru dengan beberapa huruf konsonan seperti b, d dan g (PPK3 dan PPK4-S4). Di samping itu juga penyelidik dapat mengesan, terdapat eleman kurang keyakinan diri dan tidak pasti tentang abjad tertentu. Peserta kajian masih bergantung kepada hint yang diberikan guru

185 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

apabila mengecam huruf. Jika mereka tidak pasti untuk abjad j, mereka didapati teragak-agak untuk menyebutnya. Mereka mungkin akan menyebut g namun kesilapan itu tidak berani diambil risiko.

Kesukaran Keliru Bunyi Abjad Antara kesilapan membunyi/menyebut abjad adalah pada huruf geluncuran iaitu w akan disebut mterbalik (SSTB:PK1,) cara tulis w, (huruf letusan 2 bibir) iaitu p telah disebut sebagai d(SSTB:PK2, PK4). Peserta kajian PK 3 dan PK4 didapati sukar membunyikan bunyi sengauan nasal iaitu m dan n. Bunyi huruf tersebut telah dibunyikan sebagai e, Bunyi huruf s dan z (sisian) disebut sebagai s sahaja.

Kesukaran Membatang Suku kata KVKV Hasil dapatan data soal selidik temu bual menunjukkan bahawa hanya seorang peserta kajian sahaja daripada 4 orang peserta kajian yang dikaji agak baik dalam membatang suku kata terbuka KVKV. Jika ditinjau pada PK1, menunjukkan bahawa masalah timbul pada bunyi letupan dua bibir tidak bersuara iaitu pe, po dan pu (suku kata tertutup). Beliau didapati keliru pada suku kata KV kedua iaitu yang melibatkan vokal e. o dan ou. (CIII:PK1). Bila sampai huruf konsonan digandingkan dengan u, beliau ada masalah membatangkan. Daripada pemerhatian, penyelidik mengagak mungkin faktor bunyi u adalah uh dan bukan yu. Di sini jelas menunjukkan faktor lupaan turut menyumbang kepada kesukaran ini. Namun segala masalah ini dapat diatasi dengan cara guru memberikan lebih fokus dan latih tubi.

186 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

Masalah yang sama juga dihadapi oleh PK3 dan PK4. Bagi bunyi letupan dua bibir bersuara masalah wujud pada be dan bo telah disebut sebagai bu dan bi. Bagi bunyi letupan dua bibir tak bersuara pe telah disebut dengan po, Sementara itu tu telah dieja sebagai bu . PK3 didapati amat lemah mengeja dan membatang suku kata. Dia keliru pada huruf vokal e, o dan u. Bagi peserta kajian 4 pula, mempunyai masalah mengeja yang agak kronik. Beliau ada masalah tentang huruf vokal e dan i (CIII: C75). Bunyi geseran lelangit lembut tidak bersuara n tidak dapat dieja. Bagi huruf g telah dieja mengunakan huruf j (CIII:70) Peserta

kajian ini tidak dapat menumpukan perhatian berlajar dalam kadar yang panjang. Dia suka main main dalam kelas. Mengeja suku kata masih keliru dalam huruf KV i dan e. Hanya PK2 2- lebih baik penguasaan meengenal huruf. Suku kata terbuka seperti vokal a dan o agak mantap. Masalah timbul bila PK2 bertindak balas dengan bunyi letupan lelangit lembut g iaitu ge, go dan gu. Begitu juga dengan bunyi sengauan lelangit lembut bersuara, PK2 ada masalah dengan bunyi no dieja dan dibatangkan menjadi ni Bunyi geseran lelangit keras j iaitu je tidak dapat dieja dengan baik (CIII:C74).

Kesukaran Mengeja Suku kata KVKV Sebagai mana yang dijangkakan, kesemua perserta kajian didapati tidak mengalami masalah bagi mengeja perkataan ba + pa. Pola suku kata terbuka biasanya mudah dieja oleh murid KIA2M (CIV:C76). Bagi mengenalpasti bentuk kesukaran mengeja perkataan yang berdasarkan modul Selan Osni, penyelidik telah menjalankan kerja pemerhatian

187 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

berstruktur. Bagi perkataan to + di (letupan lelangit keras), kesemua peserta kajian tidak dapat mengejanya dengan betul. Bagi PK1, langsung tidak dapat mengeja perkataan tersebut. PK2 juga tidak dapat mengejanya. Bagi PK3, terdapat kekeliruan di mana to + di telah dieja dengan to + bi. Kekeliruan berlaku pada abjad b dan d. Bagi PK4, mampu mengeja tetapi memerlukan sedikit bantuan. Ini menunjukkan di samping faktor kekeliruan, faktor pengetahuan sedia ada juga (minuman todi) yang tidak ada dalam pengetahuan mereka juga menjadi punca kegagalan mengeja perkataan todi (CIV:C77).

Kesukaran Menulis Abjad Mereka hanya memberikan saiz huruf yang berbeza bagi menunjukkan sesuatu huruf sama ada kecil atau besar. Sebagai contoh : a (kecil) dan A (besar)-(BIV:B26) Kebolehan menulis abjad.

Melalui data pemerhatian didapati bagi huruf konsonan pula, kebanyakan peserta kajian dapat menulisnya dengan baik. Cuma ada beberapa huruf yang mereka masih lagi keliru. Antaranya adalah ditulis terbalik eg: abjad d ditulis sebagai b. Masalah kedua pula adalah hampir keseluruhan peserta kajian menjadikan saiz huruf bagi membezakan huruf kecil atau besar.(BIV:B33). Peserta kajian 3 dan 4 didapati masih lagi bermasalah dalam penulisan. Cara menulis huruf yang betul pun masih tidak dikuasai oleh pelajar. Ada yang menulis dengan gaya dan cara yang salah seperti q (hala ekor salah). (BIV:B43), begitu juga p ditulis dalam bentuk yang salah iaitu b. Justeru guru harus memainkan peranan yang. Daripada 4 orang peserta kajian kesemuanya mempunyai masalah penulisan daripada aspek :

188 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

i.

Bentuk huruf ditulis dengan betul tetapi salah arah sebagai contoh p ditulis sebagai b, y ditulis sebagai vdan sebagainya.

ii.

Keliru menulis huruf kecil dan besar. 3 daripada 4 peserta kajian menjadikan saiz sebagai pembeza huruf kecil dan besar. Menulis huruf dengan cara yang tidak betul. Contoh : huruf c, d dan s- ditulis secara terbalik.

iii.

Kesukaran Menulis Suku kata Terbuka KVKV Penyelidik telah menjalankan ujian latihan menulis perkataan KVKV kepada kesemua peserta kajian. Di samping itu pemerhatian juga dilakukan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh PK. Hasil dapatan yang beri menunjukkan bagi perkataan budi (bunyi letupan), PK1, PK2 dan PK3 didapati tiada masalah. Hanya pada PK4 menghadapi masalah tidak dapat menulis dengan betul di mana b ditulis sebagai d menjadi dubi. Terdapat kekeliruan menulis bentuk abjad hampir serupa (CV:C79-PK1). Kes yang sama juga berlaku pada perkataan duka PK1 tulis terbalik d ditulis sebagai b. Sementara itu PK2 menulis duka menjadi buka (CV:81:PK3). PK4 langsung tidak dapat menulis perkataan tersebut. Penyelidik mendapati bahawa di samping kekeliruan bentuk huruf, kesukaran menulis juga disebabkan oleh bahan rangsangan. Tiada gambar konkrit yang boleh menggambarkan duka menyebabkan PK4 langsung tidak mempunyai input untuk menulis perkataan tersebut. Bagi perkataan ma + ma (bunyi nasal), semua peserta kajian dapat menulisnya dengan betul kecuali PK4 telah menulisnya sebagai ma + na.

189 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

RUMUSAN DAN CADANGAN Kajian ini juga dilakukan bagi meninjau bentuk-bentuk kesukaran membaca dan menulis dalam kalangan murid KIA2M. Dapatan juga menunjukkan bahawa antara masalah yang dominan adalah kekeliruan dan tidak konsisten.

Masalah Penguasaan Asas Kemahiran 2M Faktor SES yang rendah ini juga membawa kepada munculnya satu lagi subfaktor penyebab kegagalan menguasai 2M iaitu genetik Penyelidik mendapati kebanyakan peserta kajian jika ada mempunyai abang atau kakak yang sebelumnya. Para peserta kajian juga didapati lebih mahir dalam menghafal sama ada membaca atau mengeja daripada menguasai kemahiran tersebut dengan memahaminya. Para peserta kajian KIA2M ini juga mempunyai sikap yang telalu bergantung dependent kepada guru KIA2M dan juga rakan-rakan. Mereka ini seolah-olah mempunyai masalah inferiority complex atau rendah diri yang menjadikan mereka seolah-olah takut untuk mencuba untuk membaca atau menulis. pernah dimasukkan ke kelas KIA2M

Tahap Penguasaan Membaca dan Menulis Murid KIA2M Namun jika dirujuk kepada kerangka teori Model Tollman (1996), mengatakan bahawa ada elemen sifat terpendam (kebolehan membaca dan menulis) dalam murid yang mesti dicungkil keluar oleh guru dalam proses pembelajaran murid KIA2M ini. Motivasi positif amat perlu diberikan terlebih dahulu sebelum pengajaran sebenar dilakukan kepada murid lemah membaca dan menulis ini. Kegagalan murid KIA2M

190 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

membaca dan menulis ini lebih menumpu kepada menggabung suku kata kedua tertutup KVKV.

Bentuk Kesukaran Membaca Murid KIA2M Membincangkan tentang masalah kekeliruan ini, murid KIA2M didapati keliru mengenal abjad yang mempunyai bentuk hampir sama bentuk. Huruf a, c, dan g akan mendatangkan kekeliruan bagi murid KIA2M untuk membezakannya. Begitu juga dengan bentuk huruf berganding seperti b d, u w dan sebagainya.Penyelidik juga mendapati murid KIA2M juga menghadapi kesukaran dalam membunyikan huruf-huruf tertentu. Peserta kajian menghadapi kesukaran menyebut huruf s dan z. Kedua-duanya disebut sebagai s sahaja. Begitu juga dengan huruf g telah disebut sebagai huruf j. Dapatan di atas menunjukkan bahawa memang timbul masalah

kesukaran daripada aspek membunyikan huruf dan suku kata. Perkara ini akan mempengaruhi kebolehan mengeja murid KIA2M. Di samping itu, ada dalam kalangan murid KIA2M menghadapi masalah telo atau pelat Ada segelintir murid KIA2M begitu sukar menyebut r. Sebagai contoh lori disebut loli, jari disebut jali. Faktor telo atau pelat ini ini akan mempengaruhi kemahiran membaca dalam kalangan murid KIA2M.

Kesukaran Asas Menulis dalam Kalangan Murid KI2M Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya kesukaran menulis dalam kalangan murid KIA2M ini dapat di dikategorikan seperti berikut;

191 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

Tulis Huruf Secara Terbalik Kebanyakan peserta kajian menghadapi masalah menulis huruf terbalik. Bentuk huruf yang paling ketara ialah s, c, b dan d. Huruf-huruf yang mempunyai bentuk yang hampir serupa juga menjadi faktor penyebab ia ditulis secara terbalik.

Menulis Secara Tidak Normal Sebagai contoh ramai dalam kalangan peserta kajian menulis huruf s, c, f, j dan sebagainya secara lain daripada

kebiasaannya. Justeru guru perlu mengajar teknik penulisan abjad secara formal.

Menulis Huruf Besar dan Kecil Huruf f ditulis dengan saiz yang besar untuk huruf besar dan f bersaiz kecil untuk huruf kecil. Mereka terpengaruh dengan huruf tertentu seperti huruf c, s, p dan sebagainya yang menggunakan faktor saiz sebagai pembeza antara huruf kecil dan besar.

IMPLIKASI DAN CADANGAN HASIL KAJIAN Berdasarkan hasil kajian ini, maka penyelidik mendapati bahawa beberapa usaha positif perlu dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut. Antaranya adalah : Guru perlu membina rappo yang baik dengan murid KIA2M. Mereka ini tergolong dalam kelompok atas pagar Mereka berkemampuan membaca dan menulis tetapi dengan bantuan. Hasil temu bual dengan guru KIA2M dan murid KIA2M, penyelidik mendapati pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif dan

192 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

berkesan jika guru menggunakan kaedah latih tubi. Dorongan dan motivasi yang berterusan juga diperlukan bagi mengatasi masalah membaca dan menulis KIA2M. Bahan bantu mengajar (BBM) juga menjadi elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran murid KIA2M. Mereka juga perlu disediakan dengan kemudahan sebagaimana yang diberikan kepada bilik P&P pemulihan khas. Guru KIA2M juga perlu diberikan cukup masa untuk memberikan lebih tumpuan kepada penyediaan BBM dan input bagi pengajaran KIA2M. Pihak Bahagian Pendidikan Guru juga perlu menganjurkan lebih banyak kursus untuk guru KIA2M. Pihak ibu bapa juga perlu sentiasa memberikan dorongan dengan mengambil berat tentang perkembangan anak-anak mereka yang terlibat dengan program KIA2M. Sebagai kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa adalah penting semua pihak memainkan peranan bagi membantu murid KIA2M menguasai masalah membaca dan menulis. Program KIA2M tidak boleh diserahkan semata-mata kepada guru KIA2M. Ia merupakan suatu program yang perlu dilaksanakan secara sistematik oleh semua pihak.Keberkesanan pengajaran KIA2M akan dapat menyelamatkan ramai murid yang lemah membaca dan menulis daripada terus tercicir daripada arus perdana sistem pelajaran global.

RUJUKAN
Abu Bakar Nordin (1992). Ke Arah Negara Maju dan Inspirasi Kepada Kurikulum Sekolah, Seminar Kurikulum Kebangsaan 1, Kuala Lumpur : Universiti Malaya. American Federation of Teachers (2001). http:www.aft.org/edissues/index.htm. Azman Wan Chik (1989). Kesilapan Penggunaan Bahasa Melayu oleh Muridmurid Melayu. Dalam Abdullah Hassan (Ed), Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

193 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA2M

Charlotte J Bolling (2008),Reading Success In The Intervension Classroom. Washington : Winter 2008. Vol 52 Iss.2; Pg 58. Molly M Menzies (2007),Early Intervention In Reading:From research to practice.Austin : Vol. 29. Iss.2 pg 67. Gumperz, J.J & Gumperz J, (1988). Language and The Communication of Social Identity. Open University Press. Gardner, H. (1991), Multiples Intelegences:The Theory In Practice. Basic Books: New York. Jorgensen, D (1989), Exploring Topics of Consequence In Early Reading Childrens.Boston : Allyn and Bacon. Kamaruddin Abdullah (2000). KOMSAS dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Masalah Penguasaan Membaca dan Menulis dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah. : Pusat Perkembangan Kurikulum. L.R. Gay, Peter Airasian (2003). Educational Research : Competencies for Analysis And Aplications (7th Editions). New Jersey, Pearson Educations Inc. Michael D. Mayers (1997). Qualitative Research : An Information System, MISQ Discovery:New York. Marohaini Yusoff (2001). Penyelidikan Kualitatif : Pengalaman Kerja Lapangan Kajian Universiti Malaya:Kuala Lumpur. Salehudin Ahmad (2005). Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Tahun 1 di Sekolah Menengah Agama negeri Melaka Seminar Penyelidikan Pendidikan, IPBA : Kuala Lumpur. Tolmann J. (1996). Purposive Behaviorism In Theory of The Children DELMAR Thomson Learning, Inc.

194 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

You might also like