1.

0

BONEKA

Boneka adalah tiruan dari bentuk manusia dan termasuk juga tiruan dari bentuk binatang. Jadi sebenarnya boneka merupakan salah satu model perbandingan. Sekalipun demikian, kerana boneka dalam penampilannya memiliki karakteristik yang khusus, maka ada perbahasan yang dilakukan semata-mata untuk membahaskan tentang boneka ini sahaja. Dalam penggunaan boneka pula, guru boleh memanfaatkan boneka ini sebagai salah satu media pembelajaran dengan cara dimainkan dalam sandiwara boneka.

penggunaan boneka sebagai bahan bantu mengajar menjadi semakin popular dan banyak digunakan di Sekolah Dasar dan Sekolah Lanjutan di Amerika. Boneka bisa dikatakan salah satu mainan yang paling tua. . permainan jelangkung. Sejak tahun 1940-an. Boneka. namun kebanyakan boneka ditujukan sebagai mainan untuk anak-anak. animals.Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam. senduk. and miniatures) Boneka merupakan model dari manusia. serta tokoh-tokoh fiksi. Walau bagaimanapun. bentuk. seni pembuatan boneka sangat tua dan sangat popular serta lebih tinggi ahlinya dibandingkan di Amerika. sudu. haiwan. sihir ataupun upacara pemanggilan roh. Namun fungsi. 1. namun terkadang digunakan untuk fungsi fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat gaib ataupun mistik misalnya berupa upacara upacara ritual keagamaan pada zaman dulu. Boneka jenis ini diperbuat daripada peralatan sebenar seperti garfu. maupun bahan pembuatnya ternyata berbeda sekali antara dulu dan sekarang. Biasanya perkakas ini tidak digunakan lagi kerana reka bentuknya telah ketinggalan zaman. Umumnya boneka dibuat sebagai mainan anak-anak. Boneka juga boleh dihasilkan untuk dekorasi atau koleksi untuk anak yang sudah besar atau orang dewasa. Seringkali boneka ditemukan pada makam-makam kuno atau situs-situs sejarah maupun prasejarah. Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Di Eropah. Salah satu daripadanya ialah boneka daripada peralatan sebenar. karena pada zaman Yunani.1 CIRI-CIRI DAN KRITERIA BONEKA Terdapat lapan jenis boneka yang sesuai untuk digunakan guru semasa proses pengajaran dijalankan. atau yang menyerupai manusia contohnya Pinocchio atau haiwan. cawan dan bahan-bahan sebagainya. terutama anak perempuan. terutamanya manusia atau hewan. jenis-jenis boneka ini boleh dibahagikan mengikut cara menyediakan dan menggunakannya. dan miniature (dolls.

Jenis boneka yang seterusnya ialah boneka sarung tangan atau boneka ³glove´. Boneka jenis ini mudah dikendalikan denan bahagian jari-jari tangan berfungsi menggerakkan bukaan mulut boneka seiring dengan gerak mulut penggunanya. Untuk menghasilkan reka bentuk yang mudah pula. bola pingpong. Ini bagi mendatang rasa kepada murid berdasarkan pemerhatian mereka tentang bagaimana keadaan hidupan itu sebenarnya kerana binaannya menyerupai yang sebenar. iaitu daripada bahagian kepala hingga ke bahagian kaki atau ekornya. hidung dan mulut menggunakan µMarker Pen High Performance¶ agar tahan lama dan tidak mudah hilang. Boneka jenis ini mempunyai bentuk tiga dimensi yang boleh digantung menggunakan benang atau dilekatkan di atas tapak yang sederhana besar saiznya. Alat-alat yang hendak digunakan akan dihiaskan dengan menggunakan cat minyak dan tali terpakai untuk menggambarkan raut wajah yang dikehendaki mengikut watak yang sesuai. guli. guru hendaklah mengelakkan mengguna perkakas yang sudah rosak teruk seperti rosak pecah yang teruk dan tajam dan sebagainya. Cara pembuatannya pula adalah daripada jahitan kain yang dimasukkan kapas atau kekabu supaya menyerupai bentuk haiwan sebenar. Boneka jenis ini mudah dikendalikan dan sesuai digunakan untuk murid-murid yang lemah dan terhad pergerakannya. Boneka ini juga diperbuat daripada karung kertas nipis atau sarung kaki yang diubahsuai menjadi bahagian kepala sesuatu watak tertentu. Untuk keselamatan muridmurid. Boneka penuh pula ialah sejenis boneka yang lengkap denagn aggota tubuh badannya. Manakala benang dan kain baldu dijahit menyerupai sepasang telinga. misai dan rambut. Bentuk ini biasanya terdiri daripada bahagian kepala dan badan sahaja. kain baldu dan kertas keras boleh digunakan untuk membina bahagian mata. Boneka ini akan dikawal sepenuhnya oleh tangan yang mendiami bahagian dalam boneka berkenaan. guru bolehlah melukis mata.bentuk yang kecil atau warnanya pudarkerana dimakan hari. . Pelbagai jenis alatan boleh digunakan seperti manik. Alat-alat ini kemudiannya dihias dengan acuan cat minyak dan tali terpakai untuk menggambarkaraut wajah yang sesuai. Mata boneka ini pula diperbuat daripada butang baju atau mata tiruan yang ada dijual di kedai-kedai terpilih.

Jika ketiadaan tirai. ular sawa. boneka wayang kulit diperbuat daripada kulit. Tok dalang akan bertindak sebagai pencerita di belakang pentas sambil mengerakkan watak-watak mengikut jalan ceritanya. . Situasi ini mampumeningkatkan keyakinan guru bersuara berdasarkan jalan cerita yang telah dirancang. brown paper´ atau sarung kaki wanita. buaya dan sebagainya. lut sinar dan kertas tebal. tirai atau kotak yang menjadi pelindung tadi. Boneka tongkat pula berbentuk lengkap dan mempunyai pemegang seperti kayu. Boneka seterusnya ialah boneka jari yang akan dikendalikan dengan menggunakan jari-jari tangan penggunanya. Bagi memudahkan proses mengendalikan alatan secara berkesan. boneka naga.Boneka kosong di tengah memerlukan tirai yang berperanan melindungi bahagian muka dan kepala penggunanya. Biasanya boneka ini kecil saiznya dan bahagian yang boleh digerakkan hanya terhad kepada bahagian kepala dan tangannya sahaja. Pergerakkan bagi boneka ini juga terhad dan mempunyai reka bentuk silinder yang berongga untuk menutup jari. Selain itu. iaitu menggunakan beberapa jari untuk menggerakkannya. Sebuah pentas yang dibina daripada sehelai kain putih dan lampu suluh atau mentol lampu diperlukan semasa persembahan wayang kulit ini. guru boleh menggunakan peralatan alternative lain seperti kotak.reka bentuknya pula dicipta berdasarkan watak-watak tertentu yang berasaskan cerita dalam sastera lama. kelawar. buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Bahan-bahannya pula bolehlah menggunakan kertas ³sugar paper. Sebagai contoh. Bentuk boneka ini mempunyai penggunaan yang terhad dan digunakan di dalam kelas prasekolah atau tadika-tadika untuk aktiviti bercerita dengan kanak-kanak. sebuah kerusi diperlukan sebagai tempat duduk guru dibelakang tabir. kepingan polisterin dan sebagainya. Boneka ini mudah dikendalikan. rotan. bebrapa jenis burung yang mempunyai sayap yang panjang dan sebagainya. plastic. Contoh bagi haiwan yang sesuai digunakan ialah rama-rama. Bonek ini menggunakan konsep wayang kulit tetapi berbentuk tiga dimensi. Boneka jenis ini amat sesuai untuk haiwan yang mempunyai kepala dan ekor yang panjang. Boneka seperti ini biasanya nipis dan berbentuk dua dimensi.

Pelbagai corak. Boneka yang terakhir ialah topeng muka yang diperbuat menggunakan teknik tampalan kertas surat khabar lama pada belon yang kemudiannya dipotong kepada dua bahagian. boneka sarung tangan. guru hendaklah memberi . Teknik ini adalah antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana pergerakan boneka dan dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan menghiburkan. aksesori tambahan seperti manik. Untuk menghasilkan bentuk topeng muka yang lebih menarik. 1. boneka yang dibuat oleh murid sendiri adalah lebih bermakna kepada mereka. Namun. Guru boleh menyediakan berbagai-bagai jenis boneka seperti boneka kayu. Kayu kawalan boleh terdiri daripada sebatang kayu yang melintang atau tegak.2 KAEDAH DAN TEKNIK Teknik Boneka dikenali juga sebagai teknik patung atau ³puppet´. Ada kanak-kanak berkeperluan khas yang pendiam tetapi akhirnya mahu bercakap setelah gurunya menggunakan boneka untuk bercakap dengannya dan dia juga menggunakan boneka untuk menjawab soalan guru tadi. Bagi mencapai objektif pengajaran lisan. warna dan bentuk topeng boleh dihasilkan berdasarkan tujuan penggunaannya. boneka piring dan sebagainya. Bentuk boneka jenis ini memerlukan sedikit kemahiran untuk mengawal pergerakan tali kerana agak kompleks dan sukar dikendalikan. Asas operasinya memerlukan tangan untuk mengawal kayu-kayu dan tali berkenaan. benang bulu dan bola pong boleh digunakan.Boneka tali akan digeraklakonkan dengan menggunakan taki atau benang dan berbentuk gantung yang akan dikawal oleh sejumlah tali yang diikat pada kayu yang dikawal sepenuhnya oleh penggunanya. boneka tali. Kerja-kerja menampal kertas putih dilakukan dengan cermat supaya cebisan kertas surat khabar lama tidak tanggal.

terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasih tersebut. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. 2. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Ada ikan telapia sepat. keli.0 CERITA KANAK YANG DIPILIH Burung Bangau Dengan Seekor Ketam Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Manakala di dalam tasih hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Selain daripada ikan. .peluang muridnya bercakap atau berlakon dengan menggunakan boneka sesama mereka. kelah. Salah seekornya adalah burung bangau. haruan dan bermacam-macam ikan lagi.

Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasih ini.ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Katak mengangguk. tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain. Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Kadang. "Awak manalah tahu." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasih begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada.kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Jawab katak. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut.Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menagkap ikan yang datang berhampiran dengannya. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. . aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. hujan pun sudah lama tidak turun"." "Apa yang merunsingkan kamu. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaanya. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah".

Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau . Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang.Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas. Begitulah perbuatanya sehingga sampai kepada giliran ketam. kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masingmasing. ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Apabila tiba di tasik. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua..ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis. tetapi ikanikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya. sambil merayu minta di lepaskan. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau. Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.

.mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucapkan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.

bangau mendapat satu idea yang sangat dahsyat. Sehingga sampai kepada giliran ketam. Dia telah menipu si katak dengan memberitahu bahawa kawasan tempat tinggal meraka akan dilanda kemarau yang berpanjangan. sekalian penghuni tasik pun berkumpul bagi membincangkan masalah ini. Dalam masa yang sangat singkat.1 SINOPSIS Cerita ini megisahkan tentang seekor bangau yang sanggup menipu rakanrakannya bagi memastikan perutnya kenyang. Si katak sangat mempercayai si bangau dan memberitahu sekalian makhluk didalam tasik itu tentang kemarau yang akan melanda. Satu hari. Disebabkan bangau semakin tua. dia terpaksa memikirkan cara yang mudah bagi mendapatkan ikan daripada dalam tasik itu. Bagi memastikan rancangannya Berjaya. bangau telah memberikan idea tentang tasik yong konon-kononnya wujud tidak berapa jauh dari situ dan dia bersetuju untuk memindahkan haiwan-haiwan disitu seekor demi seekor dengan alasan bahawa bangau sudah tua dan tidak larat.2. . segala penipuan telah terbongkar dan ketam telah Berjaya membunuh bangau dengan menyepit leher bangau dan menyelamatkan rakan-rakannya yang lain.

Ada ikan tilapia. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasik tersebut. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. keli. Selain daripada ikan. Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan.3 CERITA YANG TELAH DISUNTING Burung Bangau Dengan Seekor Ketam Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. kelah. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menangkap ikan yang datang berhampiran dengannya. haruan dan bermacam-macam ikan lagi.2. ikan sepat.2 WATAK Pencerita Burung Bangau Katak Ikan Haruan Si Ketam : : : : : Aisyah Syazwan Redwan Aisyah Nazri 2. Manakala di dalam tasik hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. . Salah seekornya adalah burung bangau.

Burung bangau mendapat satu idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasik begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Kebetulan seekor katak yang berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya Katak : (ingin tahu) Kenapakah aku melihat akhir-akhir ini kamu asyik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau? Bangau Katak : Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasik ini. Tiba-tiba kedengaran suara seekor ikan haruan bertanya kepada bangau. Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati. Katak mengangguk-ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata Bangau : (risau dan gelisah) Kalau beginilah keadaanya.Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah. aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain. Bangau : Kamu manalah tahu. Haruan : Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua? . Kadang-kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. : (kehairanan) Apa yang merunsingkan kamu. aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Kamu lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje. hujan pun sudah lama tidak turun. Ia tidak lagi sekuat dahulu untuk menangkap ikan.

ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Bangau : Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam. ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut. : Apakah cadangan tersebut? (haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya). Setelah ikan yang dibawanya habis dimakan. Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Ketam : Bolehkah engkau membawa kami ke sana? (sampuk ketam yang berada di situ) Bangau : Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu. Melihat keadaan tersebut ketam berasa sangat cemas dan curiga.Bangau Haruan : Aku ada satu cadangan. tetapi ikan-ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata. Begitulah perbuatannya sehingga sampai kepada giliran ketam. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut. Ketam : (berkata ketam di dalam hatinya) Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau. tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju. . aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang.

Bangau : (Tolonglah ketam. Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau. Aku tidak boleh untuk bernafas ni. Maafkanlah aku. Ketam : Aku tidak mahu melepaskannya. . Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau pun mati di situ juga. Engkau telah menipu kawan-kawan kita yang mempercayai engkau. kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing. Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Mereka mengucapkan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.Ketam : Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engkau membawa aku di sini? Bangau : (tergelak kuat) Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku. Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Aku berjanji akan menghantar engkau pulang ke kolam tapi tolonglah wahai ketam lepaskan leherku ini. Apabila tiba di tasik.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful