P. 1
Kemahiran Bertutur, Mendengar, Membaca / Analisis Novel 'TIVI' - Bahasa Melayu 2

Kemahiran Bertutur, Mendengar, Membaca / Analisis Novel 'TIVI' - Bahasa Melayu 2

|Views: 1,770|Likes:
Published by Rabiah Wong

More info:

Published by: Rabiah Wong on Aug 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/13/2013

pdf

text

original

Faktor utama yang mempengaruhi pertuturan kanak-kanak ialah faktor

kecerdasan. Kecerdasan berkaitan otak yang sihat dan dapat berfungsi dengan

sempurna dalam memproduksi bahasa. Kanak-kanak yang cacat otaknya selalu

mempunyai pertuturan yang tidak sempurna. Kajian-kajian menunjukkan bahawa

kanak-kanak yang lembab bercakap didapati lebih lewat kecerdasannya berbanding

dengan kanak-kanak yang cepatbercakap. Ini membuktikan bahawa kanak-kanak yang

rendah tahap kecerdasannya akan mengalami kesukaran untuk bertutur dengan baik.

Bagi membantu kanak-kanak ini menguasai bahasa sama seperti kanak-kanak sebaya

mereka, pihak sekolah telah memberikan tanggungjawab tersebut kepada guru-guru

pemulihan.

Faktor kedua ialah faktor kesihatan yang bermaksud jika seseorang kanak-

kanak itu mendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan

terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan

4

untuk berfikir dan bercakap. Terdapat beberapa penyakit biological yang memberikan

kesan kepada keupayaan bertutur seseorang. Contohnya, jika terdapat kecacatan pada

pita suaram seseorang itu tidak boleh mengeluarkan bunyi bersuara dan kesannya

mereka tdak dapat bertutur. Hal ini termasuklah serangan penyakit pada tenggorok dan

paru-paru yang memberikan kesan kepada pertuturan kerana alat-alat ini berperanan

mengeluarkan bunyi bahasa. Kecacatan pada otak pula memberikan kesan kepada

kegagalan alat pertuturan berfungsi dengan baik atau proses fonologi tergganggu

sehingga menyebabkan kesukaran dalam penginterpretasian mesej dan seterusnya

penghasilan ujaran tertentu.

Selain itu ialah faktor fizikal yang mana pertuturan biasanya terhasil daripada

organ-organ vokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau

tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik.

Contohnya, seseorang manusia tidak dapat bertutur dengan baik jika terdapat

kerosakan pada alat pertuturannya. Masalah pada alat merujuk kepada ketidakupayaan

alat artikulasi seseorang berfungsi dengan baik bagi menuturkan ujaran. Kerosakan

pada alat artikulasi menyebabkan seseorang itu bisu atau gagap. Ini termasuklah

keadaan bibir yang sumbing dan rekahan pada lelangit. Keadaan ini member kesan

kepada aktiviti bertutur kanak-kanak tersebut. Lazimnya, mereka yang mengalami

masalah pendengaran juga turut mengalami masalah pertuturan. Bagi mereka yang

gagap dan sumbing, mereka masih boleh bertutur dan menyampaikan sesuatu kepada

orang lain dengan cara mereka sendiri. Bagi kanak-kanak yang bisu pula, mereka

ditempatkan di kelas khas bagi membolehkan mereka mempelajari dan menguasai

bahasa menggunakan bahasa isyarat.

Alat pendengaran juga memainkan peranan penting di dalam pertuturan

seseorang kanak-kanak. Masalah pada alat pendengaran merujuk kepada

ketidakupayaan alat pendengaranm iaitu telinga untuk mendengar sebarang bunyi atau

dalam istilah lain disebut sebagai pekak. Penyakit pekak berlaku kerana kerosakan

pada gegendang telinga yang berperanan penting dalam menerima dan menyerap

sebarang bunyi luaran. Kanak-kanak yang pekak sejak kecil lagi menyebabkan mereka

juga tidak boleh bertutur kerana tidak pernah mendengar bunyi bahasa. Justeru, kanak-

5

kanak sedemikian akan ditempatkan di tempat khas bagi membolehkan mereka

mempelajari dan menguasai bahasa menggunakan bahasa isyarat.

Keluarga turut memainkan peranan penting dalam penguasaan kemahiran

bertutur dalam kalangan kanak-kanak. Ibu bapa yang kerap bertutur dan berbual

dengan anak-anak mereka sejak kecil lagi dapat mempertingkat keupayaan bertutur

kanak-kanak. Pada masa yang sama, mereka dapat menambah perbendaharaan kata,

di samping mempelajari struktur bahasa dan tatabahasa yang betul. Kanak-kanak yang

bernasib baik sedemikian, akan lebih cepat menguasai kelancaran dan kefasihan dalam

pertuturan. Sebaliknya, kanak-kanak daripada latar belakang keluarga dan persekitaran

yang tidak mendorong ke arah interaksi dan komunikasi antara satu sama lain

menyebabkan aktiviti bertutur mereka terhad.

Di samping itu faktor taraf sosioekonomi iaitu kajian tentang penguasaan

bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak daripada keluarga atasan dan

pertengahan didapati boleh menguasai bahasa dengan lebih cepat dan lebih baik

daripada kanak-kanak keluarga bawahan. Sebagai contoh, ibu bapa yang mempunyai

tahap sosioekonomi yang tinggi mampu untuk menyediakan kemudahan Internet,

televisyen, buku-buku dan perisian pembelajaran bahasa untuk mempertingkat

keupayaan bertutur anak-anak mereka. Hal ini berbeza daripada kanak-kanak yang

mempunyai sosioekonomi rendah yang tidak terdedah dengan kemudahan sedemikian,

menyebabkan penguasaan kemahiran bertutur mereka berlaku mengikut

perkembangan yang biasa sahaja. Oleh itu, semakin tinggi taraf ekonomi sesebuah

keluarga, semakin tinggi pula taraf penguasaan bahasa ahli-ahli keluarganya.

Seterusnya ialah faktor jantina yang mana melalui kajian-kajian yang telah

dijalankan didapati kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-

kanak lelaki. Justeru, mereka lebih lancar bertutur berbanding dengan kanak-kanak

lelaki pada peringkat umur yang sama. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani

kanak-kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku

lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki. Namun demikian, pada tahap pertama

6

persekolahan, perbezaan jantina tidak lagi menampakkan kesan yang ketara dalam

penguasaan kemahiran bertutur antara mereka. Hal ini kerana penguasaan kemahiran

bertutur melalui aktiviti lisan di dalam bilik darjah dilaksanakan oleh guru secara

menyeluruh kepada semua murid, sama ada lelaki atau perempuan.

Akhir sekali ialah faktor dwibahasa iaitu kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh

bertutur lebih baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Kanak-kanak

yangmempelajari bahasa kedua sering menemui kesulitan. Ini kerana penguasaan

bahasa pertama atau bahasa ibunda selalu menggangu bahasa yang dipelajari itu.

Sistem nahu dan sebutan bahasa ibunda itu tidak sama dengan sistem bahasa sasaran

dan ini menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa

tersebut.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->