You are on page 1of 2

Sekiranya tirai sejarah disingkap, dadah pada mulanya sebagai ubat untuk menyembuhkan atau mengurangkan kesan-kesan penyakit

kronik. Penemuan dadah sebagai penawar mujarab kepada penyakit telah membuka lembaran baru dalam sejarah perubatan kerana penyakit seperti batuk dapat disembuhkan hanya dengan penggunaan dadah. Kendatipun demikian, dadah, sekiranya diambil dalam kuantiti yang berlebihan dan tidak terkawal, pasti akan menghadirkan kebinasaan kepada bangsa dan negara. Selaras dengan isu yang diutarakan, ibu bapa harus memainkan peranan yang dominan. Mereka seharusnya tidak bersikap materialistic dan patut meluangkan masa untuk anak-anak. Mereka perlu menunjukkan teladan yang baik untuk anak-anak mereka dan tidak bersikap bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Tindakan ibu bapa meluangkan masa bersama-sama dengan anak akan menyebabkan anak berasa selamat dan tidak akan menbcuba atau terjerumus ke lembah dadah. Mereka akan berasa gembira di samping keluarga tersayang dan tidak akan keluar mencari keseronokan lalu terjebak dalam pergaulan yang tidak senonoh. Selain itu, ibu bapa juga boleh memainkan peranan dengan memantau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa harus memastikan anak mereka bergaul dengan rakan-rakan yang berfikiran positif dan bukannya dengan rakan yang telah menjaddi hamba dadah. Jika mereka bergaul dengan rakan yang negatif, sudah tentu mereka akan terpengaruh bak kata pepatah, ibarat masuk ke kedai arak, jika tidak meminumnya sekalipun baunya tetap terpalit. Oleh hal yang demikian ibu bapa harus mendidik anak mereka sejak kecil lagi agar bijak menilai antara kaca dan permata sup aya anak mereka tahu akan bahan penagihan dadah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan yang dominan dan mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah penagihan dadah dalam kalangan remaja. Jika ditinjau dari skop yang lain, masyarakat juga memikul tanggungjawab mencegah masakah dadah dalam kalangan remaja. Pengawasan terhadap aktiviti-aktiviti remaja terutamanya lelaki harus dilakukan pada setiap masa. Walaupun terdapat pepatah Melayu mengatakan jangan menjaga tepi kain orang tetapi pengecualian harus dibenarkan jika berurusan dengan masalah sosial terutama dengan musuh nombor satu negara. Kebiasaannya, remaja yang menagih dadah akan mencari tempat yang sunyi untuk dijadikan kubu bagi melepaskan keinginan mereka. Jika kelibat remaja seperti ini dikesan masyarakat di kawasan tersebut wajar bertindak segera agar nasi tidak menjadi bubur. Oleh sebab itu, masyarakat harus berganding bahu dengan pihak polis dan badan-badan pertubuhan antidadah seperti PEMADAM bagi menangani masalah ini. Sokongan moral dan juga sumbangan kudrat amat digalakkan bagi

menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh kerajaaan. Izharn ya, usaha masyarakat dalam memberi kerjasama terhadap pihak penguatkuasa merupakan penawar yang mujarab bagi memerangi penagihan dadah dalam kalangan remaja. Sejajar dengan persoalan yang dibangkitkan, pihak kerajaan turut memainkan peranan dominan dalam usaha mengatasi masalah penagihan najis dadah dalam kalangan remaja. Kempen Antidadah dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia sayugia dianjurkan secara holistic di seluruh negara. Semua sekolah khususnya sekolah menengah wajar menganjurkan pelbagai aktiviti seperti melukis poster, ceramah serta kuiz bersempena dengan kempen tersebut. Kesedaran bahawa dadah itu musuh nombor satu negara haruslah disuntik dalam sanubari setiap pelajar. Pelajar harus dididik tentang kesan buruk akibat ketagihan dadah dan cara untuk mengelakkan diri daripada terjerumus dalam kancah dadah. Selain itu, pihak sekolah harus mengetatkan peraturan sekolah. Pelajar yang ditangkap menagih dadah tidak wajar dipandang enteng dan perlu dikenakan hukuman yang berat seperti dibuang sekolah dan didakwa oleh pihak polis. Khidmat kaunseling juga perlu disediakan untuk remaja yang disyaki menagih dadah untuk membimbing mereka semua ke arah jalan yang sebenar. Hal ini demikian kerana kebanyakan penagih dada berasal h daripada keluarga yang porak peranda. Izharnya, peranan pihak kerajaan khususnya pihak sekolah jelas diperlihatkan dalam usaha untuk membendung gejala najis dadah yang menular dalam kalangan muda mudi. Secara tuntasnya, semua pihak seperti masyarakat, ibu bapa dan pihak kerajaan patut bergerak sederap, senada dan setempo mengalun rentak tari mengikut gendang yang dipalu untuk membasmi kemelut ini hingga ke akar umbinya. Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing patut dihindari dalam sanubari semua lapisan masyarakat . Seperkara lagi, masyarakat haruslah menggembleng tenaga bagi meminimumkan impak penagihan najis dadah dalam kalangan remaja yang disifatkan sebagai pelapis generasi dan pemimpin warisan pada masa yang akan datang. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara akan menjadi hambar semata-mata dan sinonim dengan peribahasa indah khabar dari rupa. Kita perlu ingat bahawa dadah merupakan musuh utama di negara kita. Dengan dadah, remaja tidak dapat merealisasikan Wawasan 2020 dan konsep Satu Malaysia. Untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya seiringan dengan cabaran keempat Wawasan 2020, dadah haruslah dibasmi agar Malaysia dapat menghasilkan pemimpin yang bakal membanggakan seluruh komuniti Malaysia dan seterusnya bergemerlapan di pentas sejagat.

You might also like