You are on page 1of 7

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK. PELANGAI KG.

JAWI-JAWI 28740 BENTONG PAHANG DARUL MAKMUR

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBGKALI KE 34 SK. PELANGAI KG JAWI-JAWI BENTONG 2010

TARIKH HARI MASA : KEHADIRAN:

: :

31 MAC 2010 RABU

2.45 PETANG

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29.

Munirah Binti Md. Isa Mohd zaipullah Bin Razali Norsidah Binti Isa Rohayu Binti Ismail Hamsinah Binti Bahudin Junaimah Binti Lamsah Zaharah Binti Omar Rusman Bin Ali Safri Bin Mohd Tahir Ayuwati Binti Nong Zali Fairus Bin Abu Bakar Zaiton Binti Sabarudin Siti Rosidah Binti Abdullah Sani Siti Rahmah Binti Shari Rugayah Binti Ayup Abdul Rahman Idris Adanan Bin Mohamed Yatim Salbiah Binti Manaf Abdullah Bin Lebar Mohd Saad Bin Mokhtar Norazirah Binti Kamaruzaman Saemah Binti Ibrahim Hazarina Binti Abdullah Soshira Fauziah Binti Ahmad Shamsol Bin Abdul Jamal Norliza Binti Sharif Ismail Bin Majid Jazam Bin Ismail Mohd Shuhairi Bin Abdul Rahman

30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50. 51. 52. 53. 54. 55. 56. 57. 58.

Mustafa Kamal Bin Abdul Talib Zamri Bin Muhiddin Johari Bin Baharin Rohani Binti Abdulah Azizah Binti Sharif Majidah Binti Ayob Rasidah Binti Baharudin Faziatun Mohd Ali Rohana Binti Hira Samsiah Binti Taib Normadiah Nor Hazlan Bin Mohd Harith Abdul Manan Bin Suratman Mohd Azdani Latif Mohd Zain Yazid Mohd Baharuddin Sukmawati Abdul Koris Bin Ishar Azman Zuhaida Binti Razali Nor Azman Ishar Norizan Binti Jamaluddin Mohd Alwi Mat Said Siti Mariam Binti Hj. Zakaria Hazman Bin Bazid Ahmad Kamaruddin Bin The Noraini Binti Ramli Norfaizah Binti Awang Shahbudin Nurul Huda Binti Ibrahim

59. 60. 61. 62. 63. 64. 65. 66. 67. 68.

Yusri Bin Saliman Suraina binti yahya Maimun Binti Kamaruddin Radin Nor Addin Bin Radin Salleh Radin Fatimahtun Bin R. Salleh Azahar Bin Idris Mohd Yusoff Bin Mohd Nasir Sabirin Bin A. Rashid Shamsuddin Rashid Farah Wahidah Binti Darus

69. 70. 71. 72. 73. 74. 75. 76. 77.

Hamidah Omar Mazinlina Binti Said Nurul Fariza Binti Adenan Nasrun Aidil Bin Tajuddin Haslina Binti Ibrahim Rosmainee Bin Abu Hassan Suhaimi Hamid Raden Nor Asikin Binti R. Salleh Zailatur Akmar Bin Majid

TURUT HADIR Tn. Hj. Shaharum Bin Mohamed (Guru Besar) AGENDA BIL 1. PERKARA 1.0 Ucapan YDP (En. Safri Bin Mohd. Tahir) 1.1 Mengucapkan terima kasih kepada guru besar, AJK PIBG, guru-guru dan semua yang hadir pada petang ini. 1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan mesyuarat agung pada kali ini. 1.3 Memaklumkan AJK PIBG telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun lepas dan mengharapkan sokongan daripada semua penjaga dalam menjayakan program yang telah dirancang untuk kepentingan anak-anak di sekolah ini, 1.4 Memaklumkan AJK PIBG telah merancang untuk mengadakan majlis kesyukuran atas kejayaan murid dan sekolah dalam UPSR 2009 yang telah mencapai keputusan yang amat cemerlang. 1.5 Mengharapkan semua yang hadir dapat menjayakan mesyuarat kali ini dengan sebaik mungkin. 2. 2.0 Ucapan Penasihat PIBG (Tn. Hj. Shaharum Bin Mohamed) 2.1 Menguccapakan terima kasih kepada AJK PIBG kerana telah berjaya mengadakan mesyuarat Agung Kali ke 34 ini. 2.2 Mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa penjaga ke sekolah untuk bermesyuarat dan mengharapkan mesyuarat ini akan berjalanakan dengan lancar. 2.3 Memaklumkan pihak sekolah cuba memberi didikan yang terbaik untuk murid-murid dan memaklumkan guru-guru telah menganggap

anak murid sebagai anak mereka sendiri. 2.4 Mengharapkan pihak ibu bapa tidak mengambil hati jika ada di antara anak mereka dimarahi atau didenda oleh guru demi kebaikan anak-anak tersebut. 2.5 Memaklumkan sekolah telah membuka satu kelas pendidikan khas dengan 2 guru yang telah dihantar oleh JPN Pahang dan terdapat 5 orang murid di kelas tersebut. 2.6 Memaklumkan pihak sekolah telah merancang pelbagai aktiviti terutamanya tahun enam dan mengharapkan ibu bapa penjaga tahun 6 memastikan anak jagaan mereka mengikuti setiap aktiviti yang telah dirancang. 2.6 Mengucapkan selamat bermesyuarat dan semoga mesyuarat kali ini memberi banyak kebaikan demi kepentingan bersama. 3 3.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 33 (En. Mohd Zaipullah Bin Razali) 3.1 Setiausaha memohon maaf atas beberapa kesilapan ejaan terutama ejaan nama dan memaklumkan butiran di muka surat 18 dan 19 adalah sama (kesalahan ulangan cetakan) 3.2 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat agung kali ke 33 yang bertarikh 11 April 2009 seperti di muka surat 11 hingga 18 pada buku mesyuarat dan mohon diterima. 3.3 En. Mohd Saad Bin Mokhtar mencadangkan minit mesyuarat agung kali ke 33 diterima dan disokong secara sebulat suara. 4. 4.0 Pembentangan Penyata Kewangan (En. Nasrun Aidil Bin Tajuddin) 4.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan PIBG yang Berakhir pada 31 Mac 2010 dan mohon diterima. 4.2 En. Mohd Alwi Bin Said mencadangkan penyata kewangan ini diterima dan disokong secara sebulat suara, 5. 5.0 Perbahasan Usul 5.1 Usul Pertama 5.1.1 En. Abdul Koris Bin Ishar mencadangkan PIBG memohon jejantas bagi kegunaan murid untuk melintas bagi mengelak kemalangan terutama ketika pergi dan balik sekolah. 5.1.2 En. Jazam meminta usul in dibahaskan supaya nampak rasional permohonan yang ingin dibuat. 5.1.3 En. Norhazlan memaklumkan usul ini baik tetapi ada cara lain yang lebih praktikal dan mengharapkan YDP dan PIBG

memohon lampu isyarat. Ini adalah kerana kawasan menunggu di hadapan sekolah agak sempit dan bahaya. Meminta ibu bapa dibenarkan masuk sehingga ke garisan kuning di dalam sekolah. 5.1.4 YDP menyatakan penggunaan lampu isyarat dilihat lebih praktikal. 5.1.5 En. Yusri mencadangkan PIBG memohon bonggol jalan dibina di hadapan sekolah daripada pihak JKR. 5.1.6 En. Rahman mencadangkan PIBG memohon line kuning zebra line ditebalkan dan meminta jasa baik En. Zamri (pekerja sekolah) untuk mengawal lalu lintas terutama ketika murid balik sekolah. 5.1.7 En. Mohd Zaipullah memaklumkan mencadangkan supaya jaga swasta sekolah mengawasi murid-murid untuk melintas jalan terutama ketika balik dari sekolah. Perkara ini akan dibawa berbincang dengan guru besar. 5.1.8 En. Koris meminta pihak PIBG memberi alasan yang munasabah untuk menolak usul ini. 5.1.9 En. Zaipullah memaklumkan jika usul ini diterima pihak AJK PIBG akan membuat surat permohonan kepada pihak yang berkenaan. 5.1.10 Guru Besar memaklumkan terdapat 3 orang jaga swasta. Pihak pengurusan syarikat tersebut telah bersetuju jaga digunakan untuk kerja mengawasi lalu lintas semasa murid datang dan balik ke sekolah. 5.1.11 En. Jazam mencadangkan usul ini diterima dan disokong secara sebulat suara. 5.2 Usul Kedua 5.2.1 En. Koris mencadangkan penambaikan kelas KAFA dari segi perabot dan keceriaan seperti kelas waktu pagi dan memaklumkan kerusi meja yang tidak mencukupi dan mengalami kerosakan termasuk juga papan hitam. 5.2.2 Guru besar menyatakan pihak sekolah berusaha menyelesaikan masalah tersebut secara berperingkat kerana masih menjalankan proses pelupusan perabot lama yang melibatkan masa. Meminta kerjasama daripada GPK 1 untuk memantau kerosakan papan hitam di kelas KAFA. Bagi keceriaan kelas KAFA pula diharapkan kerjasama daripada Guru KAFA untuk memastikannya. 5.2.3 En. Norhazlan mencadangkan usul ini diterima . menyatakan masalah kelas KAFA yang menyedihkan dan memerlukan kerjasama semua pihak. Mencadangkan satu gotong-royong

khas untuk menceriakan kelas KAFA. Mengharapkan guru KAFA dapat mengawasi murid-murid menjaga peralatan di dalam kelas. 5.2.4 En. Mustafa Kamal mencadangkan usul ini diterima dan mencadangkan kelas KAFA petang mengadakan perhimpunan untuk membuat teguran kepada semua murid-murid. 5.2.5 YDP memaklumkan kekurangan guru kelas KAFA dan akan berusaha untuk membuat perubahan untuk kelas KAFA. 5.2.6 Usul diterima secara sebulat suara. 5.3 Usul Tergempar 5.3.1 Pn. Junaimah telah membuat 3 cadangan, iaitu; i. Pintu pagar kecil di yang berhampiran kantin sekolah dibuka pada waktu balik. Ini bagi memudahkan penjaga menghantar makanan pada anak mereka. Memberi penekanan semula kepada pakaian murid semasa waktu kafa iaitu (baju kurung warna ungu bagi perempuan dan baju melayu lengkap warna ungu bagi lelaki) Kelas j-QAF murid lambat masuk disebabkan waktu zohor dan mohon ditambah waktu.

ii.

iii.

5.3.2 Guru besar memaklumkan pintu kecil akan dibuka bagi kegunaan penjaga menghantar makanan kepada anak mereka. 5.3.3 Pakaian KAFA warna ungu dan mengharapkan ibu bapa memastikan anak mereka mempunyai baju KAFA semasa kelas KAFA. 5.3.4 Ustazah Farah memaklumkan kelas j-QAF (tasmik) selama 1 jam. Murid membaca secara individu. Kelas tasmik bermula pada pukul 2.00 petang. Memang terdapat murid yang lewat masuk ke kelas telah diberi amaran. Memohon kerjasama penjaga untuk memastikan anak mereka masuk ke kelas tepat pada waktunya. 5.3.5 Pn. Junaimah memaklumkan waktu rehat murid untuk makan tidak mencukupi kerana murid keluar dari surau pada pukul 1.55 petang dan pukul 2.00 kelas tasmik bermula. 5.3.6 Guru besar mencadangkan masa tasmik dilewatkan. Iaitu pada pukul 2. 15 hingga 3.15 petang dan Kelas KAFA pada hari khamis akan bermula pada pukul 3.15 hingga 6.15 petang.

5.3.7 Muhamad Baharudin mengharapkan ibu bapa bersetuju dengan perubahan masa yang dimaklumkan oleh guru besar. Meminta papan kenyataan di pondok jaga di ubah ke pagar supaya lebih jelas untuk dilihat oleh penjaga. Mengharapkan waktu KAFA dibunyikan loceng sama seperti pada waktu pagi. Mengharapkan PIBG membuat permohonan kepada kontraktor jaga untuk menyumbangkan 4 kon. Memaklumkan fotostat yang tidak terang terutama yang melibatkan latihan murid. 5.3.8 Guru besar memaklumkan papan kenyataan aktiviti di pondok jaga akan diubah ke tempat yang lebih sesuai dan masalah fotostat yang kabur disebabkan oleh mesin yang rosak dan masalah ini telah diperbaiki dan memerlukan kos yang tinggi untuk memperbaiki mesin fotostat. 5.3.9 En. Koris mencadangkan usul tentang perubahan masa kelas j-QAF (tasmik) dan Kelas KAFA diterima dan disokong secara sebulat suara. 6.0 Hal-hal lain 6.1 Memaklumkan bahawa AJK PIBG tidak boleh menbuat cadangan minit yang lalu dan penyata kewangan diterima. 6.2 En. Mustapha Kamal menyatakan menu RMT tidak sama dengan makanan yang disediakan dan ingin mendapat maklumat tentang masa pengawasan guru. 6.3 Pn. Hamsinah (GPK HEM) memaklumkan terdapat perbezaan menu antara tahun 2009 dan 2010. Pengusaha kantin akan membuat permohonan dengan pihak sekolah jika terpaksa mengubah menu untuk RMT. Kualiti dan kuantiti makanan akan dipantau oleh guru yang bertugas. Waktu RMT adalah pada pukul 7.15 hingga pukul 7.30 pagi. Jika terdapat anak jagaan yang tidak mahu makan boleh dimaklumkan kepada pihak sekolah. 6.4 Guru besar memaklumkan ada menrima laporan terdapat ramai murid yang tidakmakan RMT 6.5 YDP mengharapkan pihak sekolah memaklumkan kepada pengusaha kantin supaya mengemas meja kantin terutama pada waktu KAFA. 6.6 En. Mohd Saad meminta penjaga dibenarkan masuk ke kawasan sekolah untuk menghantar atau mengambil anak mereka jika hari hujan. 6.7 Penjaga dibenarkan masuk untuk mengambil anak mereka jika hujan. Walaubagaimana pun kereta tidak dibenarkan masuk kerana kawasan sekolah yang sempit. 6.8 YDP mencadangkan supaya dipohan tempat menunggu atau tempat berteduh semasa ibu bapa menunggu anak mereka.

7.0 Ucapan Penangguhan 7.1 En. Jazam mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas kejayaan cemerlang 100 % UPSR tahun 2009. Begitu juga kerjasama semua pihak yang membuahkan kejayaan cemerlang ini 7.2 Guru besar mengucapkan terima kasih atas kerjsama yang diberikan oleh ibu bapa dalam mesyuarat kali ini. Mengharapkan kehadiran yang lebih ramai pada tahun ini memandangkan hanya 77 orang sahaja yang hadir pada tahun ini berbanding 84 pada tahun lepas. 7.3 YDP mengucapkan terima kasih kepada guru besar, AJK PIBG, guruguru dan semua ibu bapa yang memberi kerjasama sepanjang mesyuarat ini dijalankan. Menangguhkan mesyuarat pada pukul 6. 10 petang ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Pencatat Minit I ... (MUNIRAH BINTI MD ISA)

Pencatat Minit II (NURUL FARIZA BINTI ADENAN)

. (MOHD ZAIPULLAH BIN RAZALI) Setiausaha PIBG sesi 2009/11 Sk. Pelangai Kg. Jawi-jawi 28740 Bentong

(SAFRI BIN MOHD TAHIR) YDP PIBG sesi 2009/11 Sk. Pelangai Kg. Jawi-jawi 28740 Bentong

You might also like