P. 1
tentang-solat

tentang-solat

|Views: 56|Likes:
Published by kilugusan

More info:

Published by: kilugusan on Aug 22, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/22/2011

pdf

text

original

Bab Solat

[rukun solat] [sunat hai'ah & ab'adh] [solat berjemaah] [masbuq] [istikhlaf] [sujud sahwi] [sujud sajadah] [solat qasar & jama'] [solat jumaat] [solat sunat] [solat khauf]

Takrif solat: Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu. Firman Allah swt:

"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut : 45) Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isya'. Syarat wajib solat: 1. Islam 2. Baligh 3. Berakal Syarat sah solat: 1. Suci badan dari dua hadas. 2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya. 3. Menutup aurat. 4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya) 5. Yakin masuk waktu solat. (nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ianya tidak menepati syarat sah solat)

Perkara-perkara yang membatalkan solat: 1. Keluar/kedatangan hadas. 2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit, atau tertawa. 3. Makan/minum walau sedikit. 4. Melakukan gerakan di luar gerakan solat tiga kali berturut-turut (mutawaliyat). 5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah). 6. Terkena najis yang tidak dimaafkan. 7. Beralih arah dari qiblat dengan sengaja. 8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup. 9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain. 10. Meninggalkan rukun solat. Waktu-waktu Solat Fardhu: Waktu-waktu yang telah ditetapkan untuk menunaikan solat ialah seperti berikut: 1. Solat Subuh - bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang diperuntukkan kira-kira 2 jam. 2. Solat Zuhur - bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga bayang melebihi separuh panjangnya. 3. Solat Asar - bermula selepas berakhirnya waktu solat Zuhur sehinggalah matahari terbenam. 4. Solat Maghrib - bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat. 5. Solat Isya' - bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya. Perbuatan sunat sebelum solat: 1. Azan - ertinya memberitahu, dan pada syarak adalah perkataan tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu. 2. Iqamah. 3. Bersugi - ertinya membersihkan mulut dan gigi dengan alatan bersugi. Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab: 1. Selepas solat subuh sehingga naik matahari. 2. Ketika naik matahari sehingga sekadar segalah. 3. Ketika matahari di tengah-tengah langit.

4. Selepas solat asar sehingga masuk matahari atau matahari terbenam. 5. Ketika masuk matahari. [kembali ke atas]

Rukun Solat Rukun solat ada 13: 1. Niat. 2. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama). 3. Berdiri bagi yang mampu. 4. Membaca surah Al-fatihah. 5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru). 6. Iktidal dengan tama'ninah. 7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah. 8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. 9. Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud. 10. Duduk dalam Tasyahhud akhir. 11. Selawat kepada Nabi Muhammad saw dalam Tasyahhud Akhir. 12. Membaca salam 13. Tertib. Huraian rukun solat: 1. Niat: niat dilafazkan di dalam hati. Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat. Niat solat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratulihram iaitu tatkala ia mengata Allahu-Akbar. Umpamanya, untuk solat Zuhur, maka seseorang itu akan bertakbiratul-ihram dan lalu hatinya berkata:

Sahaja aku solat Fardhu Zuhur, empat rakaat, tunai, kerana Allah Taala

sebagainya). Namun begitu adalah lebih baik untuk menghadirkan kesemuanya di dalam hati. Jika seseorang makmum tidak berniat menjadi makmum ketika takbiratul-ihram dalam sembahyang (selain daripada fardhu Jumaat). Niat "Empat Rakaat". dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang. Bagi sembahyang Qasar (memendekkan solat fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat). Maka bagi seseorang yang hendak solat Qasar perlulah berniat sekurang-kurangnya: "Sahaja aku sembahyang Fardhu Zuhur Qasar." . Adapun niat menjadi imam ("Imaman") atau makmum ("Makmuman/Makmumatan") ketika takbiratul-ihram hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja. contohnya ketika rukuk. maka tidaklah sah sembahyang Jumaat seseorang itu. adalah makruh hukumnya jika seseorang itu berterusan dengan sengaja mengikuti imam dengan tanpa berniat menjadi makmum. Ta'arrudh dan Ta'yin ialah niat Qasar. iaitu Qasad ("Sahaja aku solat"). Namun begitu. Ta'arrudh (Fardhu) dan Ta'yin (Zuhur.Nota: tidak semua perkara dalam niat seperti contoh di atas adalah perkaraperkara yang dituntut dalam perbuatan niat. tidaklah terbatal sembahyangnya ataupun sembahyang makmumnya. atau ketika manamana rukun yang lain. "Tunai" atau "Kerana Allah Ta'ala" adalah tidak disyaratkan. Oleh itu. niat "Sahaja aku solat Fardhu Zuhur" sudah mencukupi syarat sebagai niat. bahkan hanya sunat hukumnya. Perkara yang dituntut dalam niat ada 3. tetapi pada sembahyang lain tidaklah disyaratkan dan hanya sunat hukumnya. Jika tidak diniatkan menjadi imam atau makmum ketika takbiratul-ihram untuk sembahyang Jumaat. perkara-perkara yang manjadi tuntutan ketika takbiratul-ihram selain Qasad. Imam yang tidak berniat menjadi imam ketika takbiratul-ihram.

menelentang . baring mengiring. sunat gerhana bulan. dan pergerakan tangannya tidak melebihi tiga kali pergerakan. kerana kedua-dua sembahyang tersebut hanya ada qabliyah sahaja dan tiada ba'diyah (iaitu tidak ada solat sunat Rawatib selepas Subuh dan Asar). Maghrib dan Isya' sahaja. Perkataan Allahu-Akbar itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain. iaitu mengucapkan Allahu-Akbar untuk memulakan solat." Adapun sembahyang sunat Subuh dan Asar tidaklah disyaratkan niat qabliyah. Was-was adalah berpunca dari bisikan syaitan. Sebutan kalimah Allahu-Akbar itu diwajarkan agar tidak melebihi daripada empat belas harakat (tujuh alif). dan seseorang yang ditimpa was-was ini perlulah banyak berzikir. Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbiratul-ihram satu perkara sahaja iaitu Qasad. 2.Bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yang mempunyai sebab. dan sebagainya). dan pergerakan tangan yang berkali-kali. kerana semua ini akan menjejaskan kesahihan dan kesempurnaan solat. Ini tertentu kepada sembahyang sunat Zuhur. ke kanan atau ke kiri hingga tidak dapat dinamakan sebagai berdiri maka hukum solat itu tidak sah. iaitu Qasad ("Sahaja aku sembahyang") dan Ta'yin (sunat Hari Raya Adha. Nota: sebutan Allahu-Akbar yang teramat panjang ketika niat. sebaiknya zikir "Laa-Ilaha-Illallah. seperti dinyatakan dalam niat: "Sahaja aku solat Sunat Zuhur qabliyah/ba'diyah" atau "Sahaja aku solat Sunat Sebelum/Selepas Zuhur. Sekiranya seseorang itu berdiri tetapi condong ke hadapan. ke belakang. Umpamanya seseorang hanya perlu berniat: "Sahaja aku sembahyang"." 3. Dituntut juga dalam perkara niat ini ialah menentukan qabliyah (sebelum) dan ba'diyah (selepas) dalam sembahyang sunat Rawatib. Takbiratul-Ihram. adalah disebabkan oleh was-was atau berterusan tidak kepastian sama ada apa yang dilakukanya itu telah sempurna atau belum. maka wajiblah disertakan di dalam niat hanya dua perkara. Berdiri bagi orang yang berkuasa. Sekiranya tidak mampu berdiri maka bolehlah dilakukan solat secara duduk.

Sekurang-kurangnya rukuk ialah membongkokkan belakangnya sampai dua tangan di atas dua kepala lutut." 6. Dua tapak tangan 3. Anggota sujud ada 7: 1. Dahi yang berlapik dengan songkok dengan sengaja tanpa sebab adalah tidak sah solatnya." 7. 5. dan dahi itu mestilah tidak berlapik dengan sesuatu. berserta tama'ninah. Untuk solat sunat dibolehkan sembahyang secara duduk. Iktidal: Ertinya berdiri tegak semula selepas rukuk. namun tidak digalakkan. Sekiranya terpaksa seperti dahi dibalut kerana luka dan sebagainya. Mazhab Syafi'e mewajibkan rukun al-Fatihah untuk makmum dalam solat berjemaah. Dahi 2. Membaca al-Fatihah: pada tiap-tiap rakaat dengan memelihara segala makhraj dan tajwid fatihah. Doa tasbih ketika iktidal ialah: "Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya. Rukuk.atau secara mana yang termampu. 4. maka tidaklah wajib dibuka. Doa tasbih ketika rukuk ialah: "Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya." Kemudian disambung pula dengan bacaan: "Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji. dan anggotaanggota berat kemudian berhenti. Sujud ialah meletakkan dahi di atas tempat sujud. Dua perut jari kaki Doa ketika sujud ialah: . berserta tama'ninah. disertai dengan tama'ninah iaitu berhenti sebentar sekadar lama bacaan Subhanallah. Dua lutut 4.

angkatlah darjatku. Bacaan tahiyyat akhir adalah seperti berikut: "Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. rahmatilah daku. Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga baginda yang mulia. sekiranya seseorang itu mengangkat dari sujud kerana tujuan lain. Membaca tahiyyat akhir juga hendaklah dipelihara segala bacaan di dalamnya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Duduk antara dua sujud merupakan rukun pendek maka tidak wajar dilama-lamakan. kayakan daku. sihatkanlah aku dan maafkanlah aku. berilah aku hidayah. Oleh itu. maka hendaklah ia kembali sujud semula. umpamanya mengelakkan daripada binatang. Duduk di antara dua sujud berserta tama'ninah."Maha suci Allah yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya" 8. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Doa tasbih ketika sujud ialah: "Ya Allah ampunilah daku. Tahiyyat/Tasyahud akhir. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga . Mengangkat kepala dan badan untuk duduk di antara dua sujud ini mestilah mengandungi tujuan. rezekikanlah aku." 9. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

3. Selawat ke atas Nabi Muhammad s. 10. Doa iftitah ialah: . (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan) 2." 12. Salam pertama: Sekurang-kurang salam ialah "Assalamu'alaikum" bermaksud "salam sejahtera ke atas kamu. Membaca doa tawujud/iftitah. sekurang-kurangnya. Sunat Ab'adh Sunat Hai'ah ada 15 perkara: 1." nota: ungkapan "sayyidina" di dalam contoh di atas hanyalah sunat hukumnya dan tidak mengapa jika ditinggalkan.Muhammad seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. [kembali ke atas] Sunat Hai'ah & Ab'adh Perkara-perkara sunat semasa solat ada dua: 1.a. Solat yang tertinggal ketertiban rukunrukunnya dikira tidak sah. 11. Tertib ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengkemudiankan yang kemudian. ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. ketika rukuk. Duduk ketika tahiyyat akhir. Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat." 13. Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia. Tertib. Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram. Sunat Hai'ah 2. "Allahummasolli 'ala Muhammad.w.

Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari kesemuanya 13. Membaca tasbih ketika rukuk 10. Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri 14. Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir 15. Membaca amin selepas fatihah 7. hidupku. Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk 12. Tahiyyat awal. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Doa tahiyyat awal ialah: . dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Kuhadapkan mukaku. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyakbanyaknya. Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat (jahar) pada masa-masa yang ditentukan. Dan dengan demikian aku ditugaskan."Allah Maha Besar sebesar-besarnya. aku cenderung lagi berserah kepada Allah. dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam." 4. ibadatku. dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam. Membaca tasbih ketika sujud 11. Sesungguhnya sembahyangku. kepada yang menjadikan langit dan bumi. 6. Membaca tasbih ketika rukuk 9. Membaca surah al-Quran di rakaat pertama dan kedua selepas bacaan al-Fatihah 8. Salam yang kedua Sunat Ab'adh ada 7 perkara: 1. Membaca A'uzubillah 5.

tunjukkanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau tunjukkan. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan. Doa qunut waktu subuh dan pada solat witir." 2. Sesungguhnya hanya Engkau sajalah yang menetapkan. Doa qunut ialah: "Ya Allah. Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpinkan. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Berkatlah hendaknya untuk apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku."Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan . Duduk Tahiyat 4. Selawat didalam Tahiyat awal 3. Jauhkan aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.

dan keluarganya dan sahabatsahabatnya. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Tetapi bagi sembahyang Jumaat. Berdiri semasa qunut 7. [kembali ke atas] Solat Berjemaah Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang. manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat mua'akad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. dan Maha Tinggi Engkau. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah. atau secara beramai-ramai. oh Tuhan. solat sunat tarawih dan solat sunat witir. telah memberi berkat Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperoleh pimpinanMu. 2. kecuali bagi . ia wajib dikerjakan secara berjemaah. solat hari raya. manakala tertinggal sunat hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi. Maka hanya untuk Engkau tetapkan. Syarat-syarat sah solat berjemaah: 1. dan tidak diwajibkan bagi solat-solat yang lain)." 5.sesuatu selain daripada Engkau. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam. dengan diketuai seorang imam. Aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Nabi yang buta-huruf. Dirahmati Allah jugalah kiranya Muhammad. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. 3. Berniat mengikut/menjadi imam (untuk solat Jumaat sahaja. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyyat akhir. dan diberiNya kesejahteraan. maka disunatkan ia sujud sahwi. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu. Sabda Nabi SAW: "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim) Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Sekiranya tertinggal sunat Ab'adh. Selawat di dalam qunut 6. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum.

apabila baik pembacaannya maka pahala untuk dirinya dan untuk mereka (makmum) dan jika rosak pembacaannya maka dosanya ialah di atas dirinya sendiri. maka imam disyaratkan maju ke hadapan atau makmum yang pertama berundur belakang (tidak melebihi tiga langkah) ke saf bersama makmum kedua. misalnya sama-sama solat Zuhur. Semasa berniat. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan. Terdapat sabda Rasulullah s. 6. [kembali ke atas] Masbuq . Solat seseorang itu tetap sah walaupun tidak berniat menjadi imam/makmum. 4.” Dalam solat berjemaah bersama satu makmum. maka makmum itu kedudukannya di sisi kanan imam. Antara syarat untuk menjadi imam: * Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum. Tidaj mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang. 8. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum.w yang bermaksud: “Imam ialah yang menanggung pembacaan. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya. lalu disertai pula seorang lagi makmum. dan makmum pertama sedang berdiri di tepi kanan imam. sekurang-kurangnya di takat tumit.makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain. seseorang itu disunatkan menambah perkataan makmuman (makmum lelaki).a. 5. 7. dan bukannya atas mereka (makmum). * Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain. makmumatan (makmum perempuan). imaman (imam lelaki) atau imamatan (imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan. asalkan tidak terkehadapan ataupun sebaris dengan imam. Sekiranya hanya ada satu makmum dalam solat berjemaah. jamak dan sebagainya. * Imam itu sudah mumaiyiz. melainkan ketika solat Jumaat. Solat makmum harus sama dengan solat imam. Jumaat. qasar.

Setelah solat berakhir dan imam memberi salam. maka ia telah mendapat satu rakaat. Contoh: apabila seseorang makmum memasuki solat jemaah. Jika makmum tidak sempat menyempurnakan rukuk. Jika makmum itu duduk dengan sengaja dan tahu akan tegahannya maka batallah sembahyang itu. maka makmum ditegah duduk kerana duduk itu mengikut imam. tidaklah ia perlu membaca doa dalam tahiyyat akhir kerana doa tahiyyat itu disunatkan hanya untuk orang yang bertasyahhud akhir.R. atau makmum memasuki solat sesudah imam rukuk (iaitu semasa sujud."(H. Sekiranya makmum sempat mengikuti rukuk imam dengan sempurna (sekadar dapat menyentuh lutut) sebelum imam bangun untuk iktidal. . Makmum yang masbuq itu juga diperbolehkan duduk iftirasy seperti di dalam rakaat kedua. maka makmum itu perlulah bangun dan menyelesaikan solatnya dengan menambah rakaat yang tertinggal. dikira makmum sudah mendapat rakaat ("muwafiq"). Sekiranya makmum hanya sempat masbuq di tahiyyat akhir. Dari hadis di atas. hendaklah ikut sujud dan janganlah kamu hitung itu satu rakat. Barangsiapa yang mendapati rukuk bersama imam. lalu ia takbiratulihram dan mendapati imam sedang rukuk. Jika makmum sedang takbir lalu imam memberi salam. Sabda Rasulullah saw: "Apabila seseorang diantara kamu datang (untuk) solat sewaktu kami sujud. dan imam telahpun selesai solatnya. atau duduk tahiyyat dan sebagainya) maka tidaklah dikira ia mendapat rakaat itu ("masbuq"). maka difahamilah bahawa orang yang mendapatkan rukuk dianggap telah mendapatkan satu rakaat. Abu Daud). maka perlu makmum mengikuti rukuk imam itu dengan tanpa wajib menyelesaikan rukun fatihah.Masbuq ialah apabila makmum ketinggalan dalam solat berjemaah. biarpun tanpa sempat menyempurnakan rukun fatihahnya.

adalah diharuskan bagi salah seorang makmum menggantikannya. Jika imam itu diganti oleh makmum yang kurang fasih dalam bacaan fatihah (ummiyan). atau orang bisu. disebabkan keuzuran imam pertama itu. maka dikira ia mendapat solat Jumaat itu dan hanya perlu menyelesaikan jumlah dua rakaat sahaja. maka ia dikira solat Zuhur dan perlulah menyempurnakan jumlah empat rakaat. kerana ia tidak sah menjadi imam. (nota sampingan: makmum saf pertama di belakang imam adalah juga bertanggungjawab untuk menegur imam di kala kesilapan bacaan atau perbuatan solat. sekurang-kurangnya beralih ke kirinya jika tiada luang kosong untuk ia mundur. Disyaratkan juga imam itu diganti oleh makmum yang berada di saf pertama betulbetul di belakang imam. atau orang yang tidak jelas bacaannya seperti mendengungkan pada tempat yang tidak dengung serta mengubah bacaan. makmum masbuq mestilah berqunut sekali lagi untuk dirinya di rakaat keduanya meskipun ia telah berqunut bersama imam di awal sembahyang tadi.Dalam solat Subuh.") Imam yang keluar itu hendaklah keluar dengan tertib. sekiranya makmum sempat mendapat rakaat kedua dengan ia sempat rukuk bersama imam. atau biarpun dengan tiada sebab. maka tidak sah sembahyang makmum yang lain jika mengikutinya. Tetapi sekiranya makmum tidak sempat rukuk dalam rakaat terakhir solat Jumaat. [kembali ke atas] Istikhlaf Istikhlaf bererti imam digantikan oleh salah seorang daripada makmumnya (lalu menjadi imam) bagi menyempurnakan sembahyang mereka. dengan isyarat bacaan "Subhanallah. Disyaratkan bagi makmum yang menggantikan imam itu adalah pengganti (khalifah/mustakhlif) yang sah menjadi imam kepada jemaah yang lain. Dalam solat Jumaat pula. Jika imam keluar daripada sembahyangnya disebabkan berhadas. Kemudian makmum yang .

maka sah penggantian tersebut di mana-mana rakaat pun kerana mustakhlif itu mengikuti tertib imam sebelumnya dan tidak membawa kepada percanggahan. kerana mustakhlif (pengganti) itu sudah dalam kedudukan imam yang awal. . Sekiranya didapati tiada sesiapa yang maju menggantikan imam. Jika imam keluar daripada jemaah sedangkan makmum telahpun lanjut melakukan satu rukun. Jika berlaku percanggahan dalam tertib. Cara Istikhlaf Dalam Sembahyang Apabila seorang mustakhlif menggantikan imam dalam sembahyang yang sama atau bilangan rakaat yang sama. dan terus masuk menjadi imam). maka menurut pendapat Imam Nawawi dan jumhur ulama adalah diharuskan istikhlaf dengan syarat mustakhlif tersebut menggantikan imam pada rakaat pertama. Tidak disyaratkan ke atas makmum dalam istikhlaf untuk berniat lagi untuk menjadi makmum. juga dengan tidak lebih dari dua pergerakan langkah. maka makmum diperbolehkan mufaraqah (berpisah) dari berjemaah dan meneruskan solat bersendirian. maka tidaklah diharuskan istikhlaf. Juga ditegah penggantiannya jika makmum tersebut diam terlalu lama dengan kadar berlalunya satu rukun. maka ditegah penggantiannya selepas itu. Tempatnya yang kosong di saf hendaklah pula diisi oleh makmum lain.mengganti imam itu hendaklah pula maju ke hadapan dengan tidak lebih dari dua pergerakan langkah. dan dia (pengganti) itu akan bangun berdiri bagi rakaatnya yang pertama sedangkan makmum yang lainnya duduk tahiyyat awal (atau tahiyyat akhir) di rakaat mereka. atau rakaat ketiga (pada sembahyang yang empat rakaat) kerana tidak akan bercanggah dengan tertib makmum yang mengikutinya. Adapun jika diganti oleh seorang yang di luar sembahyang (mustakhlif bukan daripada kalangan makmum. sama ada rukun fi‘li (perbuatan) atau rukun qauli (percakapan). Istikhlaf hendaklah dilakukan dengan serta-merta. Contohnya ialah apabila seorang yang di luar sembahyang mengganti imam pada rakaat kedua atau rakaat terakhir. sama ada di sebelah atau di belakang.

Sebagai contoh. Makmum-makmum masbuq yang bangkit semula untuk menyempurnakan sembahyang mereka setelah sempurna solat berjemaah adalah diperbolehlah kepada salah seorang daripada mereka yang masbuq itu untuk maju ke hadapan menjadi imam dan makmum masbuq yang lain itu boleh mengikutinya. Istikhlaf sebegini adalah diharuskan kecuali dalam sembahyang Jumaat kerana tidak harus mendirikan lagi sembahyang Jumaat selepas selesai dikerjakannya. jika makmum yang masbuq pada rakaat kedua dalam sembahyang subuh. sebagaimana perbuatannya jika imam belum keluar daripada jemaah. Jika ia tidak menghadiri khutbah maka dia tidak diharuskan mengganti imam itu. maka tidak . ataupun duduk menunggu mustakhlif itu dan memberi salam bersama-samanya. adalah diharuskan menggantikannya jika mustakhlif itu juga turut menghadiri khutbah. Jika imam keluar daripada sembahyang selepas mengangkat takbiratul ihram pada rakaat pertama sembahyang Jumaat dan sebelum rukuk di rakaat kedua. Para jemaah yang mengikuti mustakhlif yang masbuq tersebut ada dua pilihan pada tahiyyat akhir tadi iaitu sama ada berniat mufaraqah (berpisah daripada imam) dan terus memberi salam. lalu berqunut lagi pada rakaat keduanya itu bagi dirinya sendiri sahaja (doa qunut bersendirian dan bukan qunut berjemaah). adalah harus dia diganti oleh mustakhlif yang bersama imam sebelum imam keluar daripada jemaah itu. Jika ia tidak bersama imam sebelum dia keluar daripada sembahyang. duduk dan bertasyahud biarpun pada asalnya dia baru melakukan satu rakaat. Selepas itu baharulah mustakhlif yang masbuq itu bangkit semula (tanpa salam) untuk menggenapkan solat dua rakaatnya. maka makmum yang menggantikan itu hendaklah menjaga tertib imam pertama dengan menyambung perbuatan sebagaimana yang perlu dilakukan di dalam rakaat kedua dalam sembahyang subuh iaitu berqunut. Istikhlaf Dalam Sembahyang Jumaat Apabila imam keluar selepas membaca dua khutbah dan sebelum mengangkat takbiratul ihram bagi sembahyang Jumaat. kerana mustakhlif itu dikira tergolong dalam ahli Jumaat.Jika makmum yang masbuq menggantikan imam yang keluar daripada jemaah hendaklah dia menjaga tertib imam tersebut. kemudian imam itu berhadas lalu diganti oleh makmum yang masbuq itu.

Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam. dan kerana ragu-ragu. antara memberi salam dengan niat mufaraqah atau makmum menunggu mustakhlif dan memberi salam bersamanya. Akan tetapi hendaklah mustakhlif itu menjaga tertib imam yang awal. Akan tetapi jika mustakhlif itu bersama imam sebelum imam keluar daripada jemaah tetapi dia tidak bersama imam sebelum rukuk pada rakaat kedua (mustakhlif masbuq). Manakala jika imam itu keluar selepas rukuk dalam rakaat kedua sembahyang Jumaat." Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan.diharuskan ia mengimamkan sembahyang itu kerana dia tidak tergolong dalam ahli Jumaat. Doa sujud sahwi adalah seperti berikut: Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa. Cara ini adalah yang lebih afdhal dilakukan. dan hukumnya adalah sunat. Manakala makmum yang mengikutinya ada dua pilihan. Makmum yang bersembahyang Jumaat diharuskan pula mengikuti mustakhlif yang difardhukan ke atasnya sembahyang Zuhur itu. imam tidak harus diganti oleh mustakhlif yang tidak bersama imam sebelum dia keluar daripada jemaah. [kembali ke atas] Sujud Sahwi Sahwi bermaksud lupa sesuatu. ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa. kerana kekurangan. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat. . maka difardhukan ke atas mustakhlif itu sembahyang Zuhur.

maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan Barangsiapa. lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh. maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dan ia perlulah meneruskan solat seolah-olahnya di rakaat yang sebelum itu. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham. Pada kedua-dua hal ini. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal. makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak). dan ia teringat ketika belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya.1. maka dia perlu sujud sahwi. atau hanya 50-50 pasti). dan sebagainya. atau lebih 50% pasti). maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini. lalu sujud sahwi sebelum salam. maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi. Kemudian menutupi kekurangan tersebut. Misalnya. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk. . umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat. maka ia wajib segera kembali kepada rukun yang tertinggal itu. Sekiranya dia teringat dan sedang pula berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya. maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. iaitu jumlah rakaat yang sedikit. umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. dan tidak condong pada salah satunya (dzan. 2. kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam. wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya. c.Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja. maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya. sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam. atau sujud. Namun. justeru terlupa. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang. dan kembali meneruskan solat dari situ. Keraguan ada dua jenis: 1. Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi 1. 2.

Daripada Abu Hurairah r. maka perlu pula melakukan salam sekali lagi. • Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya. 4. dan Sujud Sajadah atau sujud Tilawah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Qur'an sama ada di dalam solat ataupun di luar solat. "Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud. maka batallah solatnya. Sekiranya imam terlupa sujud sahwi. maka dia . • Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya. kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut.Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja. 3. lalu dia sujud. lalu sujud sahwi selepas salam. dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama. maka sunat ab'adh itu gugur. akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam. maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi. Katanya.Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam.w. maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut. • Jika ketinggalan kerana lupa. [kembali ke atas] Sujud Sajadah/Tilawah Tilawah ertinya bacaan. maka syaitan jatuh sambil menangis.a. Rasulullah s.a.2. katanya.Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi. 5. makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam. telah bersabda: Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah. dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya.

Surah 53 (An-Najm) Ayat 62 14." (HR Bukhari) Ayat-ayat sujud sajadah ialah: 1. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21 15. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50 4. Tetapi barangsiapa bersujud. dibacanya surah berkenaan.a. Dari Umar r. dia lalu turun dan sujud. lalu mendapat syurga. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19 Nota: Perlu dinyatakan bahawa bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 menurut Syafi'iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60 9. dia telah melakukan yang benar. lalu apabila sampai pada ayat sajdah dia berkata: "Wahai manusia. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15 11.sujud. Pada hari Jumaat berikutnya. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206 2. Aku disuruh sujud. tapi ayat yang disunatkan untuk sujud syukur (keterangan sujud syukur akan menyusul selanjutnya). maka dia tidak mendapat dosa. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 8. . Surah 19 (Maryam) Ayat 58 6. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38 13. tetapi aku menolak maka untukku neraka. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18 7. Surah 27 (An Naml) Ayat 26 10. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15 3. maka ketika sampai pada ayat sajadah. Bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 pula menurut madzhab Syafi'iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah.: Pada suatu hari Jumaat. sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Surah 38 (Shaad) Ayat 24 12. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109 5. atau sunat yang amat digalakkan." (HR Al-Bukhari dan Muslim) Hukum sujud sajadah adalah sunat mu'akad. dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar.

Bacaan doa yang sunat dibaca ketika sujud ialah: Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya. ." Cara melakukan sujud sajadah di dalam solat ialah terus bersujud (tanpa niat. adalah sunat hukumnya bagi makmum melakukan sujud tilawah selepas selesai salam dengan syarat jarak di antara sujud dan salam itu tidak lama. pada kebiasaannya pada ayat-ayat itu ada ditandakan dengan garis atau di penghujung ayat itu ditandakan simbol dengan tertulis perkataan sajadah. dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Bercanggah dari mengikuti imam akan menyebabkan solat makmum itu batal. Adalah tidak perlu mengangkat tangan ketika naik dari sujud. Di dalam solat berjemaah. maka teruslah rukuk selepas berdiri sebentar apabila bangun dari sujud. Walau bagaimanapun bagi sembahyang yang dibaca dengan suara perlahan. Sekiranya bacaan surah itu telahpun tamat. Adalah sunat bertakbir "Allah-Akbar" sebelum turun dari qiam untuk melakukan sujud sajadah. sebaik-baik Pencipta. sujud tilawah itu sunat dibuat oleh imam setelah dia selesai menunaikan sembahyang supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan makmum. dan membaca doa sujud sajadah di dalam sujud. Maha memberkati Allah. Akan tetapi. makmum wajib mengikuti imam sama ada imam itu melakukan sujud sajadah ataupun tidak. umpamanya solat Zuhur. Disunatkan juga agar bertakbir apabila naik dari sujud. dan tanpa mengangkat tangan) sebaik sahaja selepas membaca ayat sajadah. lalu kembali berdiri dan meneruskan bacaan selanjutnya.Untuk mengenali ayat-ayat sajadah itu di dalam al-Qur'an.

apabila seseorang itu sedang berdiri.Rukun sujud sajadah di luar solat ialah: 1. namun berwuduk itu adalah lebih afdal. lalu sujud. menutup aurat. atau terhindar daripada malapetaka. dan sebagainya). Namun begitu. Adalah tidak perlu untuk seseorang itu bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) apabila hendak melakukan sujud sajadah di luar solat. dan salam. Nota sampingan: Sujud Syukur Sujud Syukur adalah perbuatan sujud ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah. Sujud sajadah di luar solat adalah disunatkan kepada pembaca dan juga pendengar bacaan ayat sajadah. dan tidak berjangka waktu yang lama antara bacaan ayat sajadah dan perbuatan sujud. maka perlulah dia bertakbiratul-ihram di kala qiam. Syarat sah sujud sajadah di luar solat adalah sama seperti syarat solat (suci dari hadas besar dan kecil. Niat . Takbiratul-ihram 3. . mengadap kiblat. Disunatkan bacaan takbir "Allahu-Akbar" (selepas daripada Takbiratul-ihram) ketika hendak sujud. Salam. asalkan tidak terlampau lama masa yang terluput di antaranya. dan disunatkan juga bertakbir apabila bangun dari sujud sebelum salam. Sujud 4. maka bolehlah ditangguhkan sujud sajadah itu hingga ketika dia boleh. dan sujud si pendengar itu tidak tergantung sama ada pembaca (qari) itu turut sujud atau tidak.iaitu "Sahaja aku sujud sajadah kerana Allah Ta'ala" 2. Tidak perlu berwuduk untuk sujud sajadah ketika di luar solat. duduk. Sekiranya seseorang itu mendengar bacaan ayat sajadah dan tidak berupaya untuk sujud sajadah (umpamanya sedang memandu).

Hukum sujud syukur adalah sunat. [kembali ke atas] Solat Qasar & Jama' Maksud solat qasar bagi orang yang musafir ialah memendekkan atau meringkaskan solat fardhu yang empat rakaat (Zuhur. Syarat-syarat solat qasar: 1. disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur. atau Maghrib dengan Isya’ dalam satu waktu yang sama. Orang yang musafir yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang diharuskan solat qasar. iaitu menghimpunkan solat Zuhur dengan Asar. Solat qasar itu merupakan satu kelonggaran yang dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja. Perjalanannya hendaklah tidak kurang daripada dua marhalah. Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. dan perlu ditunaikan dengan sempurna seperti biasa. Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat. Cara sujud syukur dan syarat sujud syukur adalah sama seperti sujud sajadah di luar solat. Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam (sempurna ). 4. Asar dan Isya’) menjadi dua rakaat sahaja. 6. Di samping melaksanakan sujud syukur. Sekiranya seseorang itu melakukan sujud syukur di dalam solat. Jika sekiranya tempat yang dituju itu . 2. dan hanya dilakukan di luar solat. Tidak dibolehkan qasar solat qada’ bagi solat yang ditinggalkan semasa musafir apabila telah tiba di dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di masih dalam musafir. dan Isya’ sahaja. harus juga solat jama'. 5. Asar. Maksud solat jama' ialah menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. 3. Solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan. sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua. maka batallah solatnya. Solat Subuh tidak boleh dijamakkan. Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram. Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat Zohor. dan dilaksanakan secara tunai.

Jama' Takkhir. kerana batal solat jamaknya apabila ia jadi mukim di antara dua solat itu. Solat Jama' Taqdim: Jama' Taqdim dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor. Hendaklah berkekalan musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul-ihram solat kedua. Solat Jama' terbahagi kepada dua: 1. 8. Dinamakan solat ini Jama' Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama. sebelum . Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar. Jama' Taqdim 2. 2. maka tidak boleh qasar. Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat. Syarat-syarat Jama' Taqdim: 1. Hendaklah berniat Jama' Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama (umpamanya berniat Jama' Takkhir untuk solat Zuhur bersama solat Asar. Solat Jama' Takkhir: Jama' Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar. Hendaklah diniatkan jama' pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram. kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar atau Isya’ yang dikira solat kedua. 4. 7. Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib. 3. atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. atau solat Maghrib dan solat Isya’ pada waktu Maghrib. Hendaklah berturut-turut (mu'alat) antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf. Dinamakan solat ini Jama' Takkhir kerana solat pertama yang telah tamat waktunya itu dibawa ke solat yang kedua. Syarat-syarat Jama' Takkhir: 1.tidak tentu. ertinya mendirikan dahulu solat Zuhur atau Maghrib yang dikira solat yang pertama.

. dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada’. Solat jama' dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara jama' dan qasar. Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar. Jika ia tidak tahu ke mana hendak diarahkan perjalanannya itu. kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi. Perjalanan seseorang musafir hendaklah tentu dan ia tahu ke mana arah tujuannya. maka bolehlah solat jama' dan qasar. maka baginya lebih afdal mengerjakan solat jamak dan qasar. Akhir musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi. Huraian pengertian musafir: Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah (60 batu). untuk berhati-hati. Solat jama' dan qasar ini adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir. maka tidak boleh jama'/qasar. senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.tamat waktu Zuhur). Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan. Tapi. maka putuslah safarnya. Jika perjalanannya melebihi 90 batu. tapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari. maka selesailah solat jama' dan qasarnya. Apabila seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari. Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua. Jadi. 2. sama ada melalui sungai. maka ia diharuskan jama' dan qasar sehingga 18 hari. eloklah dikira dari 60 batu. Jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua. parit. sekiranya ia hendak berhenti di situ selama tiga hari. Orang yang musafir kurang dari tiga marhalah (90 batu) maka afdal solat sebagaimana biasa. Apabila seseorang itu sudah sampai ke kawasan permulaan ia bertolak tadi.

Baligh . Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti di pertengahan solat pertama atau di pertengahan solat kedua.tidak wajib ke atas hamba abdi.tidak diwajibkan untuk orang perempuan. iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu. 4. kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki." . di antara kedua solat. Sihat . 6." . jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]. Lelaki .Kemudahan solat jama' (jama' sahaja) juga diberikan kepada ahli karyah yang ingin mengerjakan solat berjemaah apabila hujan lebat dan kampung itu merupakan satu kawasan yang biasa lecah dan becak lalu tidak kemampuan untuk datang berjemaah.tidak wajib bagi orang yang gila. 7. . 3. dan dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah. Merdeka .tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan. anak-anak. perempuan. 5. Syarat wajib solat Jumaat: 1. Bermastautin atau bermukim .tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh. Islam . yang demikian adalah baik bagi kamu. dan pada salam solat pertama.Riwayat Abu Dawud & Hakim Solat Jumaat itu hukumnya Fardhu Ain. maka segeralah kamu pergi [ke masjid] untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]. 2.tidak wajib bagi orang kafir. dan orang yang sakit.Al Jumu'ah: 9 Sabda Rasulullah SAW: "Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah. Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat.tidak wajib bagi orang yang musafir. Berakal . dengan syarat ada hujan pada awal kedua-dua solat. [kembali ke atas] Solat Jumaat Solat Jumaat ialah solat dua rakaat yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zuhur.

Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah. Didahului dengan dua khutbah." 3. badan dan tempat. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat. Didirikan didalam waktu Zuhur. padang dan sebagainya. Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab. Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Allahamdulillah". 6. Diikuti dengan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu. maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar." 4. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua." Syarat sah Khutbah Jumaat: 1. 4. 8. antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat. Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat. 4. dewan. tapi paling elok pada khutbah yang pertama. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian. 9. 3. Rukun-rukun khutbah Jumaat: 1. 2. 5. 5. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah di tetapkan seperti masjid. Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki.Syarat sah solat Jumaat: 1. tidak sah jika orang perempuan. Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam bahasa Melayu. 2. 2. 7. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami . Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua. 3.

Memotong kuku. 10. 10. Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat: 1. 7. Memakai wangi-wangian. mencabut atau mengunting bulu [ketiak. mereka hanya perlu bersolat Zuhur seperti biasa: 1. 4. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik. 2.bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah. membaca Al Quran dan bersalawat atas Nabi. Oleh itu pembaca digalakkan merujuk kepada ahli agama tempatan tentang perbezaan cara dan yang mana lebih digemari pembaca. Memperbanyakkan berzikir.Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir. nota: solat sunat. Solat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid. 4. Sunat Rawatib .Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya. . ada pelbagai cara. 3. umpamanya solat sunat hajat. 5. Takut dizalimi . Hujan . Sakit . Memotong. Bersegera pergi ke masjid. 9. 6. Berniat iktikaf. Terdapat 16 jenis solat sunat: 1. hidung. 8. Bersugi. Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat. Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat. [kembali ke atas] Solat Sunat Perlaksanaan solat-solat sunat amat digalakkan selain dari solat-solat fardhu.solat sunat mengiringi solat fardhu.Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid. misai]. Mandi sunat hari Jumaat. 2.Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi. Solat sunat rawatib ada dua jenis: Sunat "Qabliyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan sebelum solat wajib. Musafir . terutama ketika hendak berangkat ke Masjid. 3.

solat sunat tanpa sebab dan tidak ditentukan waktunya.solat selepas solat Isyak.) Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat. 9. Sunat Tahiyyatul Masjid . dengan satu salam jika dikerjakan pada siang hari. 9 atau 11 rakaat.solat untuk memohon keampunan setelah menginsafi perbuatan mungkar. dan 2 rakaat sebelum solat Isya'. 10 kali tasbih ketika rukuk. 7. apabila kita menghadapi dua pilihan. dan selepas tahiyyat akhir di rakaat terakhir sebelum salam.solat selepas mengerjakan wuduk. 12. Solat tasbih ada empat rakaat. dan dengan dua salam jika dikerjakan pada malam hari. 10. 7. 10 tasbih ketika sujud kedua. Sebaiknya dikerjakan pada 2/3 malam terakhir. dan Sunat "Ba’diyyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan setelah solat fardhu. 10 tasbih ketika sujud pertama. Sunat Mutlaq . Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah. dan takbir lima kali pada rakat kedua. 13. 2. Sunat Musafir . dan waktu-waktunya ialah: 2 atau 4 rakaat sesudah solat Zuhur. dan 10 tasbih ketika duduk sebelum qiam di rakaat pertama dan ketiga (atau 10 tasbih selepas tahiyyat awal di rakaat kedua. 2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar. 6. Sunat Tarawih .solat pada lewat tengah malam selepas bangun dari tidur. juga tidak dibatasi jumlah rakaatnya. . Sunat Hajat .solat ketika memasuki masjid. sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam). Sunat Istikharah . Sunat Tasbih . 5. kebiasaannya dirangkaikan dengan solat sunat tarawih. 3. Sunat Dhuha .dan waktu-waktunya ialah: 2 rakaat sebelum solat Subuh.solat untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan. 14. Sunat Wuduk . 5.solat yang mengandungi 300 tasbih. 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud. dan dianjurkan sekurangkurangnya dikerjakan sekali seumur hidup. 4. dan mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama. Bilangan rakaatnya ialah 1. 10 tasbih ketika iktidal. 11. 2 rakaat sebelum solat Zuhur. Sunat Tahajjud . 2 rakaat sesudah solat Maghrib dan 2 rakaat sesudah solat Isya'. Sunat Taubat .solat selepas solat Isyak pada bulan Ramadan.solat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya. Sunat Hari Raya . 8.solat pada hari raya Aidilfitri dan AidilAdha. atau ragu dalam mengambil keputusan.solat sebelum keluar untuk bermusafir. Sunat Witir . 3.solat untuk meminta petunjuk yang baik.

solat sunat yang dikerjakan untuk memohon hujan. [kembali ke atas] Solat Khauf Solat khauf (atau solat ketakutan) ialah solat yang ditunaikan dalam keadaan suasana peperangan dengan pihak musuh.w. Pada khutbah pertama hendaklah membaca istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua 7 kali. "bahkan yang dimaksudkan dengan khauf oleh mereka bukan semata –mata takut kepada serangan musuh malah termasuk juga khauf (takut)dari ancaman kebakaran dan juga binatang–binatang buas dan lain–lain lagi daripada ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan dan kehancuran. Solat ini juga diiringi dengan dua khutbah selepas solat. 16. Tiga hari sebelum solat istisqa' segenap penduduk diwajarkan berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman serta dianjurkan beramal soleh. Solat khauf adalah kemudahan yang tidak terdapat dan tidak boleh dilaksanakan di dalam sembahyang–sembahyang yang lain. Sunat Khusuf (Gerhana) . Ulamak–ulamak fiqah juga telah bersepakat tentang adanya ketetapan syarak mengenai solat khauf ini. Pada hari keempat semua penduduk termasuk yang lemah akan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk solat istisqa’." Cara–cara menunaikan solat khauf dapat simpulkan kepada dua keadaan: Sebelum tercetus peperangan (situasi berjaga-jaga) Terdapat dua cara yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.15.t mengikut keadaan kedudukan arah musuh: 1) Musuh berada di arah qiblat Syarat solat khauf dalam keadaan sebegini ialah: .solat sunat sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Sunat Istisqa' (Minta Hujan) .

manakala kumpulan yang kedua pula terus berdiri(dalam keadaan iktidal) untuk menjaga pertahanan. kumpulan yang pertama akan bersembahyang bersamanya manakala kumpulan yang kedua akan kekal mengawasi keadaan. 2) Musuh tidak di arah qiblat Cara solat khauf dalam situasi ini pula adalah seperti berikut: Imam akan membahagikan tentera kepada dua kumpulan. imam akan rukuk diikuti dengan kumpulan yang kedua sahaja akan turut bersama–sama dengan imam. Imam akan bersembahyang bersama dengan kedua-dua kumpulan sehingga kepada rukuk di rakaat yang pertama. barulah mereka akan menyempurnakan rakaat yang kedua secara bersendirian dan mendapatkan imam di tahiyyat akhir (yang mana imam hendaklah menunggu kumpulan pertama dengan memanjang doa)kemudian imam akan memberi salam bersama-sama dengan kedua-dua kumpulan tersebut. Setelah imam dan bahagian pertama bangkit untuk rakaat yang kedua. mengikut jumlah yang munasabah di mata imam.a) Bilangan tentara Islam itu lebih banyak b) Tidak dikhuatiri tentera musuh mampu membuat serangan hendap ketika sembahyang berlangsung c) Bilangan tentera islam itu dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian (iaitu lebih daripada 6 orang) Cara solat khauf dalam situasi sebegini adalah seperti berikut: Imam perlu membahagikan batalion tentera kepada dua kumpulan. Seterusnya dua kumpulan akan membuat saf di belakang imam. manakala kumpulan yang pertama tadi akan tetap berdiri (iktidal) sehinggalah imam dan kumpulan yang kedua sampai ke tahiyyat akhir. Pada rakaat ini. Imam pada permulaannya akan solat bersama kumpulan yang pertama untuk rakaat yang pertama sekiranya sembahyang dua rakaat atau . kalau-kalau ada gerakan baru atau serangan dari pihak musuh. bahagian kedua pula akan turun menyempurnakan rakaat pertama secara bersendirian hinggalah mereka mendapatkan imam semula pada rakaat yang kedua. kemudian hanya kumpulan pertama sahaja yang akan turut rukuk bersama imam. dan setiap kumpulan sekurang-kurangnya tiga orang. setiap kumpulan boleh terdiri daripada beberapa saf.

Manakala kempulan yang kedua pula akan memulakan sembahyang bersama imam (yang mana imam sedang berada di rakaatnya) hinggalah sampai ke tahiyyat akhir (bagi imam). Dalam pada ketika ini kita dibenarkan untuk melakukan gerakan-gerakan yang berkaitan dengan peperangan seperti memancung. Ketika peperangan sedang meletus Sekiranya peperangan tercetus dengan dahsyatnya.sembahyang qasar. menikam. dan di sini imam akan memanjangkan doa dalam tahiyyat akhir bagi menunggu kumpulan kedua menyempurnakan baki rakaat mereka masing-masing sehinggalah mereka juga sampai di tahiyyat akhir dan imam akan memberi salam bersama-sama dengan mereka. dan waktu sembahyang hampir ke penghujungnya sedangkan pihak musuh pula tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menghentikan serangan dan keadaan juga seolah-olah tidak memberikan peluang untuk bersembahyang khauf secara berjamaah dengan imam. Kumpulan pertama akan mendapat kelebihan (fadhilat) takbirratul-ihram bersama-sama dangan imam. Perkara-perkara yang membatalkan Solat Khauf: 1) Terbatal wudu’ ketika dalam sembahyang 2) Menjerit dan melaung (sekiranya tidak diperlukan) 3) Gerakan-gerakan yang banyak yang tiada kaitan dengan peperangan 4) Darah yang banyak (kecuali terpaksa atau darurat. manakala kumpulan kedua pula mendapat kelebihan memberi salam bersama-sama imam. kemudian bergerak manggantikan tempat kumpulan kedua yang tadinya mengawasi keadaan. menembak. Sesudah itu imam akan bangkit untuk rakaat seterusnya dan berdiri bagi menunggu kedatangan kumpulan yang kedua. dan dua rakaat pertama sekiranya sembahyang genap (empat rakaat). Adapun kumpulan pertama akan niat berpisah dengan imam (niat mufaraqah) dan menamatkan sembahyang masingmasing secara bersendirian. di sisi mazhab Syafie. dan sebagainya dan dimaafkan untuk tidak mengadap qiblat. darah yang banyak tidak menjejaskan sembahyang di sisi mazhab Maliki) [kembali ke atas] . maka di waktu ini kita disuruh untuk bersembahyang dengan isyarat hati sahaja tanpa melibatkan rukun-rukun fi'li (perbuatan).

namun. Tambahan/pembetulan terkini: Oktober 2006 Kredit kepada: http://www.com .html Iraz Syamil Mohd Zahari emzadii@hotmail. sekiranya ingin bertanya penulis. Juga terima kasih kepada semua yang menyuarakan sokongan dan perangsang dalam penulisan bab solat ini. 3) perhargaan kepada RZ atas teguran dalam solat sunat tasbih.geocities.Nota: 1) pengunjung amat disyorkan merujuk kepada ustaz/ustazah tempatan sekiranya mempunyai kemusykilan dalam perihal bab solat ini.com/capitolhill/6163/solat.com (dan bukan di guestbook!) 2) terima kasih kepada semua pengunjung atas teguran huraian/ejaan. hantarkan email kepada emzadii@hotmail.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->