P. 1
Skrip Majlis Penutup Mep 2010

Skrip Majlis Penutup Mep 2010

|Views: 799|Likes:
Published by Hanani Minhaj

More info:

Published by: Hanani Minhaj on Aug 22, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/05/2013

pdf

text

original

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS INDUKSI UMUM & KHUSUS KUMPULAN 1 SESI 2/2007

ISMA Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia, Datuk Nam Bin Marthinin, Ketua Pengarah Mara Dengan Diiringi Oleh Dif-Dif Jemputan Hadirin di minta untuk terus berdiri bagi menyanyikan Lagu MARA

HANANI Bismillahhirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berbahagia, Datuk Nam bin Marthinin, Ketua Pengarah Mara, Yang Berusaha, Tuan Haji Azmi bin Mohamad, Pengetua Ilham, Yang Berusaha, Encik Zainal Abidin bin Othman, Pengarah MARA Negeri Sembilan Yang Berusaha, Barisan Fasilitator, Encik Khairul Anuar bin Mohd Jais dan Puan Arbainah bt Jalani Penghulu dan Penghuluwati Serta Tuan-tuan dan Puan-puan, peserta Kursus Induksi Umum & Khusus Kump 1 Sesi 2/07 Burung pipit si burung bayan, Hinggap sebentar di pohon berangan, Selamat datang hadirin sekalian, Moga majlis menjadi kenangan. Gemersik berdendang alunan suara, Didendang si gadis di atas jambatan, Selamat datang pembuka bicara, Semoga majlis mendapat keberkatan

atas kesudian beliau untuk hadir ke majlis ini. Berlari lincah sianak rusa. .ISMA Syukur alhamdulillah. dari Kolej Profesional MARA Indera Mahkota untuk memimpin bacaan doa bagi memberkati majlis kita pada malam ini. Sesungguhnya kehadiran Yg Berbahagia Datuk. telah dihimpunkan bersama-sama selama 18 hari untuk Kursus Induksi Umum dan Khusus Kumpulan 1 bagi sesi kali ini. Dipersilakan. Terlebih dahulu. Tangan ditadah memohon keberkataan. Ketua Pengarah MARA. dengan izin Allah swt. Dengan ini majlis menjemput al-fadhil Ustaz Wan Mukhtar bin Wan Muda. maka dapat kita sama-sama berkumpul di dewan besar PNB ILHAM Resort pada malam ini untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kursus Induksi Umum dan Khusus bagi Kumpulan 1 sesi 2/2007. Datuk Nam bin Marthinin. seramai 99 orang pegawai MARA pelbagai jabatan dari seluruh negara. akan menjadikan majlis ini lebih berseri dan lebih bermakna. HANANI Berkicau merbah di pinggir hutan. Untuk makluman hadirin. Moga majlis dirahmati yang esa. majlis ingin mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia. (Bacaan Doa) Majlis mengucapkan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Wan Mukhtar bin Wan Muda.

majlis diteruskan lagi dengan menjemput En. Sesungguhnya. marilah makan sambil berhibur. Dengan dipersilakan. Zainol Bahri bin Othman selaku Penghulu kepada peserta Kursus Induksi Umum dan Khusus Kumpulan 1 pada kali ini untuk menyampaikan ucapan. Juadah yang lazat menjadi hidangan. moga hati turut terhibur. Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berbahagia Datuk. pelbagai persembahan menjadi dendangan. Dif-dif Kehormat serta tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk menjamu selera sambil menyaksikan persembahan multimedia yang telah disediakan. walau besar Stadium Bukit Jalil. besar lagi hajat kami Datuk… . Dipersilakan. Zainol Bahri bin Othman di atas ucapan beliau sebentar tadi. (Ucapan Penghulu) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Jemputlah semua menjamu selera.ISMA Bunga selasih di tengah bendang. (15 mins pause. Bersarang tempua di puncak ara. Sungguhlah lazat juadah dihidang. Wait for cue from Ina to begin) HANANI Terang bulan malam nan indah Berkicau merbah di pinggir hutan Juadah yang lazat dijamah sudah Kami disini dilupa jangan Hadirin hadirat yang dihormati.

(Ulaskan ucapan) HANANI Tanam nangka tumbuh kelapa.ISMA Baiklah. sekarang majlis dengan hormat takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Nam bin Marthinin. Budi tuan kami tak lupa. Ketua Pengarah MARA. tanpa membuang masa. Datuk. (pantun utk Datuk andai cuti ganti diberi) Bagi memeriahkan lagi majlis pada malam ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Dipersilakan. (ucapan Datuk Nam) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk. untuk menyampaikan ucapan perasmian penutupan. Terima Kasih Daun Keladi. Sudah terpaku di dalam hati. marilah sama-sama kita saksikan persembahan koir yang akan dipersenbahkan oleh wakil peserta wanita. . Terbit bunga indah berseri. atas ucapan itu tadi.

pihak AJK telah menganjurkan beberapa acara sukan yang telah disertai oleh para peserta. Pengetua Ilham. Yang Berusaha Tuan Haji Azmi bin Mohamad. Khairul Anuar bin Mohd Jais. Untuk makluman hadirin hadirat yang dihormati sekalian.ISMA Terima kasih atas persembahan itu tadi. sepanjang kursus ini berlangsung. Berikut diumumkan keputusan-keputusannya: 1) Bagi acara sukan futsal yang disertai peserta lelaki. gelaran naib juara disandang oleh APARTMENT 5061 Gelaran JOHAN menjadi milik APARTMENT 5091 3) Seterusnya bagi acara sukan kemuncak yang berlangsung pada hari Jumaat yang lepas iaitu acara EXPLORACE. untuk mempersilakan dan mengiringi. Dipersilakan.  Tempat ke-3 disandang oleh KUMP. 1 . 7  Naib Johan disandang oleh KUMP 12  JOHAN EXPLORACE adalah KUMP. pasukan yang telah berjaya muncul sebagai NAIB JOHAN adalah TERUBUK FC Manakala gelaran JOHAN FUTSAL dirangkul oleh PS UNITED 2) Bagi acara dart yang disertai oleh peserta wanita. Majlis dengan ini menjemput En. untuk menyampaikan hadiah kepada pasukan-pasukan yang telah berjaya muncul sebagai juara dalam acara-acara sukan tersebut.

. En. Disunting oleh Si anak dagang Kumpulan koir menyusul lagi..) Terima kasih atas persembahan itu tadi. Sebanyak 10 nombor gaji yang bertuah akan dicabut pada malam ini.. nombor bertuah yang bakal dicabut merupakan nombor gaji tuan-tuan dan puan-puan sekalian.HANANI Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yg. Berusaha Tuan Hj. Berusaha. Bunga sena di tepi perigi.. Dipersilakan. nani read another 5) Majlis mengucapkan terima kasih kepada En.. Zainal bin Othman kerana telah sudi untuk melakukan cabutan no bertuah itu tadi. Pengarah MARA Negeri Sembilan ke pentas bagi menyempurnakan acara ini. (Persembahan . Majlis dengan ini menjemput Puan Arbainah bt Jalani untuk mengiringi Yg...... Dipersilakan. Azmi bin Mohamad kerana sudi menyampaikan hadiah sebentar tadi.. Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian. Kepada yang bertuah no . Warisan dan Seroja lagu didendang Dengan ini dipersilakan kumpulan koir yang mewakili para peserta lelaki untuk membuat persembahan.. Siapa agaknya yang bertuah pada malam ini ya… No bertuah yang pertama bermula dengan no… (isma read 5. Zainal Abidin bin Othman. ISMA Kini tiba kita ke acara yang dinantikan ramai iaitu acara ‘Cabutan Nombor Bertuah’.

majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta kursus. Dengan segala hormatnya dipersilakan. tahniah diucapkan. untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia. Julai nanti… HANANI Kini tibalah kita ke kemuncak acara pada malam ini iaitu penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta disamping hadiah khas multimedia serta pengumuman untuk anugerah  Kumpulan Paling Aktif  Peserta Lelaki Terbaik  Peserta Wanita Terbaik Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah dan sijil ini. Mendahului acara adalah penyampaian anugerah khas. Khairul Anuar bin Mohd Jais untuk mengumumkan pemenangpemenang bagi setiap kategori tersebut. majlis menjemput ketua bagi mewakili setiap kumpulan untuk tampil ke pentas bagi menerima sijil dari Yang Berbahagia Datuk. no gaji anda masih bertuah. majlis mempersilakan Yang Berusaha. (pemenang diumumkan) ISMA Seterusnya.gajinya. Kepada yang lain. jangan bersedih hati. majlis menjemput En. Dengan ini. durian runtuh akan anda terima. Untuk itu. Datuk Nam bin Marthinin ke pentas. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan . Tuan Haji Azmi bin Mohamad. Dipersilakan.

Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 HANANI Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Nam bin Marthinin atas kesudian menyampaikan anugerah dan sijil itu tadi. dipersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Azmi bin Mohamad selaku Pengetua Ilham untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Datuk Nam bin Marthinin. jauhnya terbang dari seberang. ISMA Burung merpati terbang sekawan. (Penyampaian cenderamata) Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih Yang Berbahagia Datuk. . Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Dipersilakan. terima kasih hadirin sekalian. maafkan kami apa yang kurang.

Saya. memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur bicara dan terkasar bahasa. tumbuh merimbun di perdu jati. Ismanor Hilmi bagi pihak pengelola. terima kasih . HANANI + ISMA Kami akhiri majlis ini dengan lafaz Wabillahitaufikwalhidayah… Wassalamualikumwarahmatuaaliwabarakatuh… Sekian. Berpisah kita untuk sementara. jangan disimpan di dalam hati. Nur Hanani Minhaj dan saya. semoga kita jumpa lagi di lain ketika.HANANI Cantiknya mawar merah terserlah. kalaulah ada silap dan salah.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->