You are on page 1of 6

MAAF KU PINTA (Rejab F.

I)
Tema :
Keinsafan akan membawa kebahagiaan. Fauzi tidak sedar bahawa bapa tirinya sayang kepadanya dan bersikap bertanggungjawab dalam menjaganya. Setelah tinggal di asrama yang agak jauh dari rumahnya, Fauzi mula berfikir. Dia dinasihati oleh kawannya dan guru Pendidikan Islamnya. Hasilnya, dia insaf.

Persoalan :
Kesan kebencian terhadap diri seseorang. Perasaan benci Fauzi terhadap bapa tirinya menyebabkan dia sering buruk sangka dan berdendam terhadap bapa tirinya itu.

Ketegasan dalam membentuk masa depan anak yang cemerlang.


Bapa tiri Fauzi tegas dalam mendidik Fauzi supaya Fauzi mempunyai masa depan yang cemerlang kelak. Permohonan maaf jika berbuat salah. Fauzi meminta maaf kepada bapa tirinya kerana berburuk sangka dan berdendam terhadap bapa tirinya itu. Keazaman untuk membalas budi. Fauzi berazam untuk membalas budi baik bapa tirnya yang berusaha untuk mendidiknya menjadi orang yang berguna.

Watak dan Perwatakan : Watak Utama : Fauzi


-

murid sekolah menengah dan tinggal di asrama sekolah di bandar. Mempunyai ayah tiri yang bernama Mokhtar.

Perwatakan
Aktif dan pintar dalam pelajaran dan sukan. Penyayang. Bertanggungjawab

Contoh / Huraian
Dia dijamin untuk tinggal di asrama oleh Cikgu Zainudin. Dia sangat sayang akan neneknya. Masalah dia dan bapa tirinya sering diceritakan kepada neneknya. Dia berazam untuk membela nasib hidup keluarga. Dia akan membantu adik-adiknya jika mereka memerlukan bantuan dalam hal pelajaran. Dia insaf apabila dinasihati oleh Syahir dan guru Pendidikan Islamnya.

Mudah berubah apabila menerima nasihat.

Watak Sampingan : Mokhtar - Suami ibu Fauzi iaitu Ramlah.

Ayah tiri kepada Fauzi. Contoh / Huraian Dia mahu Fauzi maju dalam pelajarannya. Dia menjaga Fauzi agar tidak leka dengan kawan serta memelihara sikapnya supaya tidak terlalu asyik menonton televisyen. Dia mahu Fauzi menonton siaran televisyen dengan perkara-perkara yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan.

Perwatakan Bersikap adil. Tegas dalam mendidik anak tirinya.

Watak Sampingan :

1) Syahir - Kawan rapat Fauzi semasa di asrama. - Dia mengambil berat terhadap diri Fauzi. - Ikhlas dalam memberikan pandangan dan nasihat kepada Fauzi. 2) Ramlah - Ibu kandung kepada Fauzi. - Kematian suami dan berkahwin dengan Mokhtar. - Seorang ibu yang penyayang dan bertanggungjawab. 3) Nenek Sapiah - Nenek kepada Fauzi. Dia tinggal di kampung. - Dia seorang yang penyayang dan mengambil berat terhadap Fauzi. 4) Cikgu Zainudin Guru yang bertanggungjawab dan baik hati. Prihatin terhadap permasalahan anak muridnya. Membantu Fauzi mendapatkan tempat di sekolah berasrama di bandar.

Plot

Binaan Plot a) Permulaan : Fauzi dan Syahir yang berada di asrama bersiap-siap untuk pulang ke kampung masing-masing. Fauzi lambat tidur kerana membayangkan rancangannya yang mahu dilaksanakan ketika di kampung kelak. b) Perkembangan : Fauzi mengimbas kembali konflik yang berlaku antara dirinya dan bapa tirinya. Dia teringat betapa terseksanya hidup di rumah sejak kemunculan ayah tirinya itu. Pada Fauzi, ayah tirinya bersikap terlalu tegas. Sebagai akibat terlalu marah, Fauzi telah berbohong dan memberitahu neneknya bahawa ayah tirinya bertindak menolaknya. Neneknya menyedari bahawa konflik antara Fauzi dan ayah tirnya tidak boleh dibiarkan. Lantaran itu, ibu Fauzi meminta pertolongan Cikgu Zainudin bagi membolehkan Fauzi mendapat tempat di sekolah berasrama di bandar. Di sekolah, Syahir dan guru Pendidikan Islamnya meberikan pandangan yang akhirnya telah menimbulkan keinsafan dalam diri Fauzi. c) Klimaks : Fauzi pulang ke kampung dengan azam baru. Dia meminta maaf kepada ayah tirinya. Fauzi juga menjelaskan kepada ibunya bahawa dahinya yang bejol dahulu itu bukanlah disebabkan oleh perbuatan ayah tirinya.

d) Peleraian :
Fauzi menjadi manusia baru dengan azam baru. Dia juga akan membantu ayah tirinya ke laut. Dia mahu membantu adik-adiknya dalam pelajaran.

Teknik Plot
a) Teknik pemerian. Ayahnya sudah lama meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah. Beberapa tahun kemudian ibunya berkahwin dengan ayah tirinya itu. Sejak itu dia tidak pernah berasa tenteram. Dia selalu memendam rasa apabila yah tirnya melarangnya daripada berbuat sesuatu atau memarahinya apabila dia keluar berjalan-jalan dengan kawan-kawannya. b) Teknik dialog. Hargailah kebaikan budi seseorang walaupun orang yang paling kita benci kerana di sebalik kebencian itu mungkin ada rahmatnya. Demikianlah kata-kata yang dilafazkan oleh guru Pendidikan Islamnya. c) Teknik saspens. Cuti persekolahan akhir tahun yang amat panjang itu perlu diisi dengan kegiatan berfaedah. Apakah yang akan dilakukannya selama lima minggu itu? Beberapa rancangan telah disenaraikan dalam fikirannya. Antara rancangan itu termasuklah suatu perkara yang amat kukuh dan padu, yang pasti akan disempurnakannya. d) Teknik imbas kembali. Itulah yang menyebabkannya terlantar di asrama kira-kira sepenggal yang lalu. Peristiwa yang berlaku masih berlegar-legar dalam ingatannya....... e) Teknik monolog. Benarkah kata-kata Syahir itu? Fauzi berkata sendiri. Benrakah bahawa diriku bertuah kerana mempunyai ayah tiri yang seperti itu? Apakah yang telah dibuat oleh ayah tiriku selain megarah dan melarang aku melakukan sesuatu? Fauzi meraba-raba mencari jawapannya sendiri.

Latar
Latar Masa Latar masa Waktu pagi Contoh / Huraian Fauzi mengayuh basikalnya menuju ke rumah neneknya kerana hanya kepada neneknyalah dia mengadukan hal.

Waktu malam

Fauzi tidak dibenarkan menonton televisyen. Dia hanya dibenarkan menonton rancangan yang mebosankannya seperti Berita.

Latar Tempat Latar tempat Di asrama sekolah di bandar. Di rumah Fauzi di kampung. Latar Masyarakat Latar masyarakat Masyarakat pelajara yang tinggal di asrama. Masyarakat keluarga Melayu di kampung. Contoh/ Huraian Fauzi dan Syahir tinggal di sekolah berasrama di bandar. Keluarga Fauzi tinggal di kampung dan melakukan kerja-kerja kampung seperti bersawah padi. Contoh/ Huraian Tempat yang diduduki oleh Fauzi sepenggal yang lalu sewaktu sesi persekolahan. Dia dan keluarganya menetap di situ.

Gaya Bahasa a) Personifikasi: fikirannya masih bermain dengan rancangan, peristiwa yang b) c) d) e) f)
berlaku masih berlegar-legar dalam ingatannya, daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh angin malam. Perbandingan: benjol sebesar telur ayam. Simile: mengangguk-anggukkan kepala seperti orang bodoh. Sinkope: ku, kau, mu. Repitisi: Aku mahu mengajarnya. Aku mahu mendidiknya. Kamu tidak suka aku berbuat begitu? soal ayah tirinya pula. Metafora: sinar ketenangan.

Nilai a) Kasih sayang. Ibu dan ayah tiri Fauzi amat menyayangi Fauzi. b) Keinsafan. Fauzi insaf akan kesalahannya selama ini yang bersangka
buruk terhadap segala tindakan ayah tirinya. menjadi orang yang berguna.

c) Kegigihan. Fauzi gigih belajar dan ayah tirinya gigih mendidiknya agar d) Sedia memaafkan. Ayah tiri Fauzi memaafkan segala kesalahan Fauzi
selama ini. e) Mengenang jasa. Fauzi mahu membalas segala jasa dan kebaikan ayah tirinya itu.

Pengajaran.

a) Kita mestilah bersedia memaafkan kesalahan orang lain. Contoh, bapa tiri b) Ibu bapa hendaklah mengambil tahu tentang perkembangan emosi
remaja. Contoh, ibu dan ayah tiri Fauzi sepatutnya memahami perasaan dan jiwa remaja seperti Fauzi. c) Kita hendaklah menyedari bahawa sikap tegas ibu bapa adalah untuk kebaikan diri. Contoh, Fauzi mula sedar tindakan bapa tirinya adalah untuk kebaikan dirinya. d) Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Contoh, Fauzi mahu membalas jasa dan kebaikan ayah tirinya terhadap dirinya. Fauzi memaafkan segala kesalahan Fauzi.

SINOPSIS Cerpen Maaf Ku Pinta (Rejab F.I)


Fauzi yang tinggal di asrama bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Dia membayangkan suatu rancangan yang akan dilakukannya ketika berada di kampung nanti. Dia perlu melaksanakan rancangannya itu. Fauzi berada di asrama bukanlah kerana dia cemerlang dalam pelajaran. Atau kerana dia anak daripada keluaraga yang miskin. Alasan dia berada di asrama adalah kerana dia berada dalm keadaan tertekan semasa berada di rumah.

Fauzi menganggap ayah tirinya bertindak tidak adil terhadapnya. Ayah tirinya mengawalnya secara terlalu keras. Fauzi merasakan bahawa ayah tirnya tidak sayang kepadanya. Dia membenci ayah tirinya. Pernah berlaku suatu peristiwa yang menyebabkan dahinya benjol. Fauzi bercerita kepada ibu dan neneknya bawa ayah tiriyalah yang bertindak kasar sehingga dia cedera sedemikian. Hasil bantuan Cikgu Zainudin, dia berjaya diterima bersekolah di sekolah berasrama di bandar. Semasa di asrama, ibu dan ayah tirinya selalu mengunjunginya. Keadaan ini menyebabkannya berasa insaf. Tambhan pula, dia mendapati rakan sebiliknya, Syahir tidak pernah dikunjugi oleh ayah kandung sendiri. Syahir mengatakan kepadanya bahawa dia beruntung. Selain Syahir, Fauzi juga terkesan dengan nasihat yang diberikan oleh guru Pendidikan Islamnya. Kata guru itu, kita mestilaah menghargai kebaikan budi seseorang. Fauzi berasa tidak sabar untuk pulang. Apabila dia sampai di kampungnya, dia disambut baik oleh keluarganya termasuklah ayah tirinya. Fauzi mulai merasakan kasih sayang ayah tirinya kepadanya. Dia menyesal atas sikapnya yang lepas, lalu bercerita bahawa benjol di dahinya dulu bukanlah kerana perbuatan ayah tirinya itu, dia sendiri yang merempuh tiang kerana takut kepada ayah tirinya. Dia meminta maaf kepada ayah tirinya. Rancangan yang hendak dilaksanakannya ialah membantu keluarga ke sawah, Jika ayah tirinya turun ke laut, dia akan turut ke laut. Dia juga akan membantu adik-adiknya jika mereka memerlukan bantuan dalam hal pelajaran. Fauzi ingin berbakti.

You might also like