Professional Documents
Culture Documents
Oleh: Zafyed
Pengenalan
Guru merupakan tunjang dan pelaksana paling utama bagi menjayakan reformasi pendidikan selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara. Ornstein dan Miller (1980), guru diberi tanggungjawab oleh masyarakat untuk mendidik anak-anak ke arah kedewasaan. Realiti ini bermaksud bahawa guru sebagai agen sosial perlu dibentuk sebelum mereka dapat membentuk orang lain.
Justeru itu, perkembangan profesional guru tidak boleh diabaikan. Bantuan dan sokongan perlu diberi kepada guru-guru untuk mengekalkan mereka supaya sentiasa berada dalam keadaan yang kemaskini dengan iklim pendidikan. Namun hakikatnya, banyak perubahan yang telah berlaku dalam pendekatan pengajaran pembelajaran, tetapi masih ramai guru yang tidak mengetahui atau sengaja tidak mengetahui akan perubahan ini.
Bentuk-bentuk LDP
kelas dan kursus konferen bengkel mesyuarat staf kerja berkomuniti bacaan profesional konferen individual trip lapangan
perkhemahan pengalaman kerja pertukaran guru penyelidikan penulisan profesional kerja profesional Kesatuan pengalaman budaya
Kepentingan LDP
Memperbaiki prestasi kemahiran kerja secara kumpulan dan individu; Memperbanyakkan pengalaman seseorang guru untuk perkembangan kerjaya dan juga untuk tujuan naik pangkat; Membentuk pengetahuan profesional; Meningkatkan pendidikan guru secara peribadi; Menyediakan guru untuk menghadapi perubahan; dan Untuk menjelaskan dasar sekolah atau jabatan.
Perubahan Sikap Dan Keyakinan - Dalam satu kajian lain, Ecoff (1992) telah membentuk dan melaksanakan program LDP ke atas enam orang guru sekolah rendah yang mempunyai kadar putus asa yang tinggi kerana kurang pengetahuan dalam mengendalikan pelajar bermasalah. Setelah mengikuti program LDP, dapatan menunjukkan bahawa kadar putus asa mereka telah menurun. Mereka berasa lebih tenang dan lebih berminat untuk meneruskan usaha mereka dalam menangani masalah pendidikan pelajar bermasalah.
Syarat dan Kelayakan Am Pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun. Sijil SPM Ijazah/Diploma Perguruan/Sijil Perguruan Asas yang diiktiraf. Sedang berkhidmat dengan kerajaan Malaysia. Telah disahkan jawatan. Tidak mengikuti LDP lain atau PJJ. Tidak terlibat dalam aktiviti yang akan mengganggu kehadiran. Tidak dikenakan atau dalam proses tindakan tatatertib. Umur tidak lebih daripada 50 tahun.
Rumusan
Secara umumnya, program LDP yang dilaksanakan tertakluk kepada faktor-faktor tertentu untuk mempastikan keberkesanannya. Selain itu, daripada tinjauan ke atas penyelidikan pengkaji terdahulu, ratarata mereka bersependapat bahawa program LDP berkesan dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru