You are on page 1of 2

TUTIRIAL Kelebihan dan Kelemahan Ujian Objektif Ujian objektif mempunyai beberapa kelebihan dan di antaranya ialah: a) Ujian

ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih tepat. b) Ia bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan dari segi pemarkahan tersebut terjamin. c) Tidak menggalakkan penipuan. d) Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi. e) Ia boleh diskor dengan tepat. f) Ia juga boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orangorang yang terlatih. g) Pemeriksaan boleh dipercayai. h) Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan kefasihan bahasa. i) Ia dapat mengukur proses mental yang tinggi. j) Ia memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas. k) Ia dapat menyumbang kepada cara pengumpulan item yang baik. Di samping kelebihan dan kebaikkannya ini, terdapat juga kelemahan-kelemahan pada ujian objektif ini: a) Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sentisis idea-idea dan melahirkannya secara sepadu. b) Ada kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka. c) Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir. d) Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya. Banyak tenaga yang digunakan. e) Ia tidak dapat mengukur keaslian.

Kelebihan dan kelemahan Ujian Subjektif Seperti ujian objektif, ujian jenis subjektif juga mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah: a) Ia boleh dibina dengan mudah. Bilangan soalan yang dibina sedikit. b) Ujian jenis ini berupaya mengurangkan tekaan jawapan. c) Ia berupaya memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehannya. Mereka boleh memilih aspek-aspek pembelajaran yang paling penting dan wajar, mereka boleh mengelolakan pengetahuannya, mereka boleh mengemukakan pendapat dan sikapnya, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian. d) Membolehkan calon-calon menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka menghampiri situasi sebenar. e) Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar. f) Berguna untuk menggelakkan pemikiran pembelajaran pada peringkat atau proses mental yang tinggi. g) Ia mempunyai potensi untuk mengukur keaslian h) Tidak menggunakan masa yang banyak untukmenyediakannya. Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ujian ini memperlihatkan: a) Nilai potensi diagnostik yang rendah b) Ia cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz karangan dan menuliskannya dalam ujian itu. c) Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orangyang terlatih. d) Pemeriksaan kurang boleh dipercayai. e) Tidak dapat menyumbang kepada sample isi yang luas. f) Ia memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa memeriksanya. Ia mahal dan membosankan. g) Tidak bebas daripada artikulasi lisan. Ia memerlukan kefasihan berbahas.

You might also like