P. 1
Bola Jaring-gerak Kaki

Bola Jaring-gerak Kaki

|Views: 2,590|Likes:
Published by Hanaterah Husin

More info:

Published by: Hanaterah Husin on Aug 22, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/28/2013

pdf

text

original

KEMAHIRAN ASAS: GERAK KAKI Sebelum seseorang dapat menganggap dirinya sebagai ahli sukan dalam apa juga

jenis sukan, dia harus didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas sukan yang diceburinya terlebih dahulu. Kemahiran asas merujuk kepada sebarang pergerakan yang dilakuan untuk bermain dengan lebih berjaya. Setiap sukan mempunyai kemahiran asasnya sendiri. Ada kemahiran yang mudah dipelajari, dan ada pula kemahiran yang memakan masa yang agak lama untuk dipelajari. Begitu juga dengan bola jaring yang tidak terkecuali daripada kemahiran-kemahiran yang khusus. Kemahiran asas amat penting diketahui oleh pemain. Jurulatih yang

bertanggungjawab mendedah serta mengajar kemahiran ini kepada pemainnya. Pemain hendaklah diberitahu sejak awal lagi tentang tujuan sesuatu kemahiran itu. Jika dari awal lagi pemain tidak didedahkan dengan betul segala kemahiran yang diperlukan, mungkin mereka akan mendapati sukar untuk mempelajari kemahiran itu apabila usianya meningkat. Satu lagi alasan ialah setiap kemahiran akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa dan ada pula yang diubahsuai mengikut peringkat dan tahap pencapaian pemain. Di samping menonjolkan kemahiran, jurulatih juga membuat pembetulan ke atas mana-mana kemahiran yang tidak dapat dilaksanakan dengan betul. Sukan bola jaring juga mempunyai kemahiran khusus yang perlu didedahkan kepada setiap pemain jika pemain benar-benar mahu berjaya dalam sukan ini. Semua kemahiran asas bola jaring ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kemahiran awalan (primary skills) dan kemahiran sekunder (secondary skills). Pembahagian ini adalah berdasarkan kepada bentuk dan jenis serta peringkat dipelajari pemain. Dalam kemahiran awalan terdapat tiga kemahiran yang harus didedahkan kepada pemain setelah mereka memilih untuk bermain bola jaring. Kemahiran itu adalah gerak kaki, menghantar dan menerima atau menangkap. Kemahiran sekunder pula merangkumi mengelak atau membebaskan diri, mengawal, menjaring dan membuat lambungan. Kita akan membincang satu persatu semua kemahiran ini dengan harapan pemain dapat mengetahui dan kemudiannya dapat memahirkan diri, dengan matlamat menjadi pemain yang lengkap dan berjaya.

GERAK KAKI Dalam peringkat permulaan pembelajaran bola jaring, kemahiran gerak kaki adalah kemahiran yang amat penting yang diharap semua pemain dapat memahirkan diri. Untuk mendapat kemahiran ini, seseorang pemain mestilah mampu berlari dengan pantas pada jarak yang berubah-ubah. Pemain harus mampu berlari dengan laju serta menukar haluan dengan serta-merta. Dalam permainan, pemain banyak menggunakan pergerakan kaki untuk bertindak. Kedudukan badan untuk membuat hantaran atau menerima bola, kebolehan untuk berhenti, menukarkan arah pergerakan, membebaskan diri daripada kawalan lawan, membuat hadangan, pelbagai gerakan pertahanan serta teknik dan kemahiran membuat jaringan, semuanya bergantung kepada gerak kaki yang kukuh dan serba boleh. Gerak kaki yang baik dan meyakinkan, sudah tentu akan menjamin keberkesanan permainan. Hasilnya permainan yang aik dan bermutu dapat dibuktikan. Pemain mungkin mampu mempamerkan penguasaan yang baik dalam kemahiran asas yang lain seperti menghantar dan menerima hantaran, tetapi dia tidak akan menjadi pemain yang baik dan berjaya sekiranya dia tidak menunjukkan gerak kaki yang baik, kemas dan licin. Biasanya dalam mengajar atau mempelajari kemahiran gerak kaki sebagai kemahiran asas bola jaring, ada baiknya jika kita bahagikan kemahiran ini kepada dua bahagian seperti di bawah: 1. Kemahiran gerak kaki umum. 2. Kemahiran gerak kaki khusus.

KEMAHIRAN UMUM Pemain bola jaring dikehendaki bergerak di sekitar kawasan permainan sepanjang permainan. Jika dibandingkan dengan permainan hoki umpamanya, ruang atau kawasan pergerakan bola jaring adalah lebih kecil. Disebabkan saiz gelanggang yang kecil, tidak banyak larian pantas yang jauh diperlukan. Sebaliknya pemain akan bergerak secara pantas di dalam ruang yang terhad. Mereka akan berlari untuk bergerak, sama ada bentuk melonjak mendapatkan bola, ataupun berhenti dengan menukar arah, berhenti daripada menangkap bola dan mengelakkan kaki daripada menyentuh garisan. Ini bermakna pemain perlu menggunakan gerak kaki untuk setiap pergerakan dalam permianan. Berikut adalah beberapa peringkat gerak kaki yang dapat membantu pemain melakukan pergerakan selanjutnya dalam permainan bola jaring: 1. Imbangan Badan

Faktor penentu kepada gerak kaki yang berkesan ialah keseimbangan badan. Bagi mendapatkan gerak kai yang baik, pemain hendaklah memastikan supaya badan diimbangkan di atas kaki iaitu pada bebola kaki, lutut serta pergelangan kaki, sambil kaki dikangkangkan dan bersedia untuk bergerak ke mana-mana arah. Apabila badan pemain dapat diseimbangkan, pemain tidak menghadapi kesukaran dalam gerak kaki. 2. Corak Langkahan

Panjang langkah seseorang pemain semasa bergerak untuk menerima hantaran, atau balingan, adalah penting. Sebarang langkah yang terlalu panjang atau terlalu pendek akan mengganggu agerak kaki keseluruhannya. Dengan membuat langkahan yang tidak teratur boleh menjejaskan keseimbangan badan juga. Untuk mendapatkan bola, pemain iharus melonpat, terutamanya jika pemain lawan tinggi-tinggi.

Untuk membuat lompatan, pemain akan mempercepatkan lariannya serta memendekkan langkah bagi memastikan berat badan tertumpu kepada bahagian belakang tumit yang kemudian akan melompat. Untuk ini lutut hendaklah dibengkokkan sedikit, dan diikuti dengan satu tolakan kuat daripada gelanggang oleh keseluruhan badan, terutamanya kepala, yang dibantu oleh ayunan tangan untuk menghulur tangan menyambut bola. 3. Lonjakan Pemain bola jaring diharapkan dapat membuat lonjakan yang baik. Lonjakan ialah gerakan menolak badan dari tanah ke udara untuk mendapatkan bola yang ketinggiannya melebihi pemain. Oleh itu pemain digalakkan melompat untuk mendapatkan bola. Semua pergerakan ini memerlukan tindakan gerak kaki yang jitu. Menerusi gerakan melompat dan melonjak ini, pemain akan dapat menentukan kaki yang akan digunakan untuk melonjak. Begitu juga dengan kaki yang mendarat yang sesuai lagi berfaedah bagi mendapatkan pendaratan yang seimbang, dan pengawalan badan yang baik.

Rajah 4.1: Mendarat sebelah kaki selepas menangkap bola tinggi.

Rajah 4.2: Membuat lontaran dengan menggunakan sebelah kaki.

Rajah 4.3: Membuat lontaran daripada kedudukan kedua-dua belah kaki.

Rajah 4.4: Membuat jaringan gol daripada kedudukan dua belah kaki.

4. Pendaratan Pemain yang mampu melakukan lonjakan atau lompatan yang baik mudah membuat pendaratan tanpa sebarang masalah. Lompatan atau sebarang masalah. Lompatan atau lonjakan dilakukan sekiranya berat badan ditumpukan pada kaki yang mendarat dan kaki juga pantas mengubah kedudukan. Sebaiknya kaki yang mendarat membengkokkan lutut, yakni sebaik sahaja kaki mencecah tanah. Ini penting bagi mengelakkan pendaratan yang kurang sempurna yang tentunya akan menjejaskan keseimbangan pemain.

5. Menukar Arah Pemain yang bijak akan berusaha menukar arah dari semasa ke semasa, seboleh-bolehnya tanpa dapat dibaca atau diagak oleh lawan. Semasa membuat perubahan arah ini, pemain hendaklah memastikan beratnya terletak pada kaki yang akan mencengkam gelanggang yang dapat menahan momentum ke depan. Pemain kemudian akan melakukan tolakan yang agak kuat dengan kaki kanan ke arah pergerakan baru dengan menukarkan berat badan ke sisi kaki kanan itu. 6. Larian Pecut Pemain bola jaring banyak melakukan larian pecut yang pendek. Untuk melakukan larian pecut pemain perlu menumpukan berat badan ke atas bebola kaki. Badan hendaklah membongkok sedikit dan berada pada kedudukan bersedia untuk melakukan tolakan kuat ke arah yang dikehendaki. Pemain dikatakan berada dalam kedudukan yang lebih bersedia untuk melakukan sebarang bentuk pergerakan jika dia berlari dengan langkah yang pendek serta berat badannya pada kaki, sementara lutut dibengkokkan.

7. Membuat Putaran

Pemain dibenarkan membuat satu putaran badan apabila dia hendak memusing untuk menghantar bola. Semasa membuat putaran, pemain hendaklah memastikan bebola kaki yang akan mendarat akan terus berada di atas tanah. Sementara kaki yang satu lagi menggerakkan badan dengan tolakan yang pendek serta mengarah kedudukan yang dikehendaki.

1. Kaki kanan: Mendarat dan memutar 2. Kaki kiri: a. Melangkah b. Berat badan padanya c. Melontar bola

Rajah 4.5: Gerak kaki dalam mendarat dan memutar.

Rajah 4.6: Gerak kaki dalam mendarat dengan kedua-dua belah kaki, membaling sebelum mendarat semula pada sebelah kaki.

Pemain sebaliknya hendaklah membuat putaran badan ke arah yang terlebih dahulu dipandang. Manakala kedua-kedua belah kaki mesti menunjukkan arah yang bola akan dihantar. Sekiranya gerakan ini dilakukan dengan pantas dan tiba-tiba, memutarkan badan mungkin menjadi cara yang amat berkesan untuk mengelakkan pemain lawan yang mungkin akan cuba menghalang pemain yang mempunyai bola daripada membuat balingan atau hantaran. KEMAHIRAN KHUSUS Selain memahirkan diri dalam pergerakan kaki yang umum yang harus dilakukan oleh semua pemain mereka juga harus tahu pelbagai aspek yang lebih khusus berkaitan dengan kemahiran ini. Pemain hendaklah mematuhi segala peraturan dan undangundang dalam gerak kaki, yang banyak mengehadkan pemain ketika dia memegang bola. Biasanya selepas mendapatkan bola daripada kedudukan yang agak tinggi, pemain akan mendarat di atas mana ±mana satu kakinya, atau kedua-dua kakinya. Ini diikuti dengan perlakuan lain seterusnya. Bagi mana-mana kaki yang mendarat terdahulu disebut sebagai kaki mendarat, jika pendaratan dibuat pada kedua-dua belah kaki disebut sebagai kaki mendarat. Dalam aturan gerak kaki, sebarang kesalahan yang bersabit dengannya disebut sebagai stepping atau langkahan.

Pendaratan
Mendaratkan kaki selepas melompat atau melonjak untuk mendapatkan bola juga suatu gerakan penting dalam permainan bola jaring. Pendaratan kaki yang salah bukan sahaja dibatalkan pengadil, tetapi juga boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain berkenaan. Aturan yang umum untuk membuat pendaratan bagi sesuatu tangkapan atau balingan yang dilakukan pada tangan kanan, kaki yang mendarat haruslah kaki kanan, dan begitu juga jika tangan kiri yang membuat gerakan balingan atau tangkapan. Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk membuat pendaratan kaki, iaitu selepas menerima bola sama ada daripada hantaran rakan ataupun hasil daripada

hantaran pemain lawan. Pertama ialah mendarat dengan sebelah kaki, dan kedua ialah mendarat dengan dua belah kaki. 1. Mendarat Di Atas Sebelah Kaki Untuk membuat pendaratan cara ini, perkara berikut boleh dijadikan panduan.

a. Kaki yang akan mendarat bergantung kepada keselesaan seseorang pemain. Jika pemain memilih untuk mendarat pada kaki kanan, kaki kiri akan dibawa ke tanah, begitu juga sebaliknya. b. Untuk mengimbangkan badan, pemain hendaklah membalingkan bola sebelum kaki yang mula mendarat memijak semula ke tanah. c. Selepas menangkap bola, pemain akan mendarat pada sebelah kaki, dan melompat dari kaki yang sama ke kaki yang kedua. Pemain akan melompat semula untuk memulakan gerakan berikutnya. d. Selepas menangkap bola, pemain hendaklah mendarat di atas manamana sebelah kakinya, dan memijak serta melompat sebelum bola dilepaskan daripada pegangannya.

2. Mendarat Di Atas Dua Belah Kaki Pergerakan mendarat dilakukan selepas pemain mendapat bola sama ada yang dihantar oleh rakannya ataupun daripada hantaran lawan.

a. Pemain boleh mendarat di atas dua belah kaki, serta melangkah dengan sebelah kaki untuk membaling bola. b. Pemain mendarat di atas dua belah kaki secara serentak, dan terus melompat dengan kedua-dua kaki, tetapi hendaklah membaling bola sebelum mendarat semula. c. Pemain boleh menggunakan sebelah kaki sebagai paksi dan berputar beberapa kali. Akan tetapi jika kaki itu tertangkap, pemain harus membaling bola sebelum memijak ke tanah semula.

Latihan gerak kaki

Permainan bola jaring memerlukan pergerakan yang banyak, seperti permulaan, berhenti, memecut, menukar arah gerakan sama ada ke kiri, ke kanan, ke belakang ataupun ke hadapan semula. Untuk itu pemain harus mengikuti pelbagai gerak kaki.

Rajah 4.7: Latihan larian mengikut kelajuan a. Larian perlahan b. Larian sederhana laju c. Larian pantas / pecut

Rajah 4.8 :Latihan larian mengikut arah

Latihan larian ulang-alik

a) Larian mengikut kelajuan

Pemain akan membuat larian pelbagai kelajuan atau kederasan. Ini dilakukan dengan larian kederasan yang sederhana, diikuti dengan larian pecut, dan kembali dengan larian sederhana. Ulang beberapa kali. Gelanggang bola jaring boleh digunakan untuk latihan ini.

b) Larian mengikut arah

Pemain akan membuat larian dalam satu arah, kemudian mereka akan menukar arah yang lain dan diikuti dengan pelbagai arah yang lain sama ada ke kiri, ke kanan, ke pepenjuru, ke belakang dan kembali ke depan semula. Kelajuan juga hendaklah pada kelajuan yang sama.

c) Larian terhenti

Pemain akan membuat larian di dalam kawasan gelanggang permainan. Apabila jurulatih meniupkan wisel atau memberikan isyarat lain, semua pemain dikehendaki berhenti dengan serta merta.

d) Larian pecut

Pemain akan membuat larian pecut ke satu garisan atau penanda pada jarak 10 atau 20 meter, kemudian akan berhenti serta-merta. Pemain yang gagal berhenti serta-merta boleh dikenakan denda.

Rajah 4.9 : Latihan larian dan melompat melepasi garisan

e) Larian ulang- alik

Pemain akan berlari dari satu garisan atau penanda ke satu garisan atau penanda ke satu garisan atau penanda yang lain. Caranya ialah dengan berlari ke garisan lalu menyentuh garisan itu serta memusing dan berlari kembali ke garisan awal tadi. Pemain boleh membuat larian pecut atau larian sederhana.

f) Larian pendaratan

Pemain membuat larian di dalam kawasan permainan. Selepas 5 meter, pemain hendaklah melompat dan mendarat di atas kaki kanan, diikuti dengan larian pada jarak yang sama lalu melompat dan mendarat pada kaki kiri pula. Selepas itu, pemain akan berlari semula pada jarak yang sama dan membuat lompatan dan mendarat di atas kedua-dua belah kaki.

Rajah 4.10 : Latihan larian pelbagai arah

g) Larian dan lompatan melepasi garisan

Pemain membuat larian dari hujung gelanggang dengan melompat apabila melepasi setiap garisan, dan kemudian mendarat mengikut keselesaan sendiri tanpa menjejaskan keseimbangan badan. h) Larian pelbagai arah

Pemain dikehendaki berlari dalam arah seperti di dalam rajah 4.10. Jurulatih boleh menetapkan jarak dan kelajuan yang boleh dipatuhi.

i) Latihan lonjakan

i.

Pemain membuat lonjakan daripada sebelah kaki, lalu mendarat pada kaki yang satu lagi.

ii.

Pemain membuat lonjakan daripada satu kaki dan mendarat dengan kaki yang sama.

iii.

Pemain membuat lonjakan menggunakan kedua-dua belah kaki, lalu mendarat juga dengan kedua-dua kaki.

iv.

Pemain membuat lonjakan daripada dua belah kaki lalu mendarat pada sebelah kaki.

MASALAH DALAM GERAK KAKI

Walaupun kemahiran gerak kaki merupakan kemahiran asas yang terpenting dalam permainan bola jaring, tetapi ada kalanya pemain gagal melakukannya dengan baik. Ini sudah tentu akan menjejaskan gerakan selanjutnya, malah sering pula dipersalahkan oleh pengadil.Lazimnya terdapat beberapa kelemahan yang sering berlaku dalam gerak kaki pemain.

KELEMAHAN Pemain tidak dapat membuat larian mengikut kelajuan yang dikehendaki. Pemain tidak dapat menguasai lompatan dan pendaratan dengan baik. Pemain gagal membuat lompatan mengikut ketinggian yang sepatutnya. Pemain tidak dapat mengawal keseimbangan badan semasa mendarat.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->