You are on page 1of 273

MENGILHAM HARAPAN MENCIPTA MASA DEPAN: PENGALAMAN PEMBELAJARAN DI UKM

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd I

07-Oct-10 9:15:58 AM

Cetakan Pertama / First Printing, 2010 Hak Cipta / Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pusat Pembangunan Akademik terlebih dahulu. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from Centre for Academic Advancement. Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 UKM Bangi, Selangor D.E., MALAYSIA http://www.ukm.my/ppa e-mel: pghppa@ukm.my Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 UKM Bangi, Selangor D.E., MALAYSIA Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Cataloguing-in-Publication-Data

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan: Pengalaman Pembelajaran di UKM / disunting oleh: Salleh Amat, Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat, Zaharah Zainal ISBN 978-967-5048-99-9

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd Sec1:ii

07-Oct-10 9:16:26 AM

MENGILHAM HARAPAN MENCIPTA MASA DEPAN: PENGALAMAN PEMBELAJARAN DI UKM

PENYUNTING: SALLEH AMAT RIZA ATIQ ABDULLAH O.K RAHMAT ZAHARAH ZAINAL

Diterbitkan oleh Pusat Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia 2010

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd Sec1:iii

07-Oct-10 9:16:26 AM

iv

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

KANDUNGAN

Prakata Pendahuluan

vi vii Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh Membentuk Insan Kamil 1 Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin & Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat Orientasi Mengenali Universiti Khaidzir Hj. Ismail & Jumali Hj. Selamat Memahami Kepelbagaian Pelajar Hasnah Toran, Rosadah Abd. Majid & Manisah Mohd Ali Bimbingan Kemahiran Belajar Mohamed Amin Embi Penyeliaan Efektif Salleh Amat & Zuria Mahmud Bimbingan Penulisan Berkesan Ismail Sahid Perkembangan Pelajar dan Kompentensi Generik Kadderi Md. Desa Pengukuhan Pembelajaran Sity Daud & Rohaty Mohd. Majzub Sistem Sokongan Pembelajaran di UKM Abu Bakar Maidin, Cik Othman Abdullah & Salleh Amat Pencarian Maklumat Juhana Salim Perancangan Kerjaya Amla Mohd. Salleh & Salleh Amat 17

Bab 1

Bab 2

Bab 3

33

Bab 4 Bab 5 Bab 6 Bab 7 Bab 8

57 69 89 99 111

Bab 9

125

Bab 10

133

Bab 11

153

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd Sec1:iv

07-Oct-10 9:16:26 AM

Bab 12

Pembelajaran Menerusi Jaringan Industri Abdul Wahab Mohammad, Mohd Tusirin Hj. Mohd 173 Nor, Nur Haiqal Rawlins Abdullah & Siti Azura Abd. Rahim Pengantarabangsaan dan Mobiliti Pelajar Salina Abdul Samad Akademik Kolej Sebagai Entiti Pembelajaran Pelengkap Kepada Ekosistem Ilmu UKM Ruslin Amir, Kadderi Md. Desa & Anuar Ahmad Pemupukan Pemikiran Keusahawanan Norasmah Hj. Othman 189

Bab 13

Bab 14

201

Bab 15

211

Bab 16

Pelajar dalam Keterlibatan Universiti-Masyarakat 231 Ismail Bahari Graduasi dan Alumni Shaharuddin Ahmad & Koh Aik Khoon 241

Bab 17

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd Sec1:v

07-Oct-10 9:16:26 AM

vi

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

PRAKATA Pengalaman pembelajaran yang bermakna di institusi pengajian tinggi akan menjadikan seseorang pelajar itu lebih bersikap positif serta berupaya mempertingkat keyakinan diri untuk meneruskan kehidupannya. Pembelajaran yang bermakna ini seharusnya disokong oleh suatu sistem pembelajaran yang menyeluruh yang meliputi tenaga akademik, kemudahan prasarana, sistem sokongan serta sikap dan motivasi pelajar itu sendiri untuk menimba ilmu. Buku Mengilhamkan Harapan Mencipta Masa Depan: Pengalaman Pembelajaran di UKM ini adalah salah satu usaha Pusat Pembangunan Akademik, UKM bagi menyediakan suatu strategi pengalaman pembelajaran yang kondusif kepada para pelajar. Secara umumnya buku ini ditujukan kepada ahli akademik UKM sebagai satu bacaan asas bagi membantu para pelajar UKM memperoleh pengalaman pembelajaran yang positif sepanjang pengajian mereka di UKM. Ini bermakna tugas ahli akademik bukan hanya mengajar semata-mata tetapi juga berperanan untuk mengenali pelajar mereka dengan lebih dekat agar bimbingan dan sokongan dapat diberikan kepada para pelajar. Ini dapat dilakukan secara langsung melalui program-program tertentu atau diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Buku ini dimulakan dengan memahami konsep pembelajaran menyeluruh yang menerangkan suasana pembelajaran yang baik sehinggalah akhirnya berjaya melahirkan graduan yang unggul. Para pensyarah juga akan didedahkan dengan program Orientasi Mengenali Universiti (Minggu Mesra Pelajar) sebagai satu orientasi yang jalankan kepada pelajar untuk mengenali universiti. Bab Memahami Kepelbagaian Pelajar pula akan membincangkan kepentingan memahami kepelbagaian pelajar yang memerlukan keprihatinan tersendiri. Bab Bimbingan Kemahiran Belajar, Penyeliaan Efektif, Bimbingan Penulisan Berkesan akan membantu ahli akademik membimbing pelajar dengan lebih berkesan terutama dalam proses mentoran akademik ataupun dalam proses penyeliaan penyelidikan. Begitu juga bab Pengukuhan Pembelajaran dan Pencarian Maklumat akan membantu para pensyarah membimbing pelajar untuk memahami aspek pembelajaran serta strategi mendapatkan maklumat

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd Sec1:vi

07-Oct-10 9:16:26 AM

vii

yang berkesan. Bab Pemupukan Pemikiran Keusahawanan akan mendedahkan ahli akademik peri pentingnya menerapkan pemikiran keusahawanan dalam proses pengajaran di IPT. Para pensyarah juga berperanan membantu para pelajar menyediakan diri bagi memasuki alam pekerjaan. Untuk itu bab Perancangan Kerjaya, Pembelajaran Menerusi Jaringan Industri, Pengantarabangsaan dan Mobiliti Pelajar, Pelajar dalam Keterlibatan Universiti-Masyarakat serta Graduasi dan Alumni akan membincangkan strategi yang boleh digunakan oleh pensyarah bagai membantu pelajar keluar dari kepompong UKM sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan. Kami berharap agar buku ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada para ahli akademik membimbing para pelajar agar mereka mendapat suatu pengalaman pembelajaran yang positif sepanjang pengajian mereka di UKM. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penulis yang sudi berkongsi kepakaran dan pengalaman masing-masing dalam bentuk penulisan yang mudah dibaca ini. Begitu juga kepada semua kakitangan PPA yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan penerbitan buku ini.

Salleh Amat Riza Atiq OK Rahmat Zaharah Zainal Pusat Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd Sec1:vii

07-Oct-10 9:16:26 AM

viii

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

PENDAHULUAN Apabila kita melihat sebuah bangunan yang indah dan menarik, kita akan mengatakan arkitek yang merekabentuknya adalah handal. Tukang kayu, tukang simen dan tukang paip yang paling handal tidak akan dapat membina bangunan secantik itu jika mereka bekerja secara berasingan. Mereka memerlukan plan menyeluruh yang dilukis oleh seorang arkitek. Demikian juga halnya dengan pensyarah, pengurus kokurikulum, pengurus perpustakaan dan pegawai-pegawai lain bekerja secara berasingan dan tidak mempunyai plan yang menyeluruh tidak akan dapat membina insan kamil. Seperti merekabentuk sebuah rumah yang indah, demikian juga dengan pelajar yang memasuki UKM. Reka bentuk pengalaman pembelajaran yang menyeluruh perlu disediakan dengan sebaikbaiknya. Seperti reka bentuk rumah yang memerlukan setiap komponen direka bentuk dengan baik, demikian juga dengan pengalaman pembelajaran, setiap komponennya perlu direkabentuk dengan cermat. Apabila seorang pelajar memasuki UKM, dunia dalamannya, iaitu badan, akal, emosi dan rohani serta dunia luarannya, iaitu persekitarannya yang meliputi tempat tinggal, tempat kuliah, kehidupan bersosial dan politik perlu dibentuk. Ini memerlukan setiap orang yang bertanggungjawab menyediakan pembelajaran di UKM memberikan perhatian kepada reka bentuk pengalaman pembelajaran dari semua aspek kehidupan pelajar selama mereka di UKM. Bermula dari peringkat tertinggi yang menyediakan dasar-dasar dan garis panduan yang merupakan reka bentuk menyeluruh sehingga ke peringkat pensyarah yang menyediakan pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan dasar-dasar tersebut. Semua mereka mesti merekabentuk pengalaman pembelajaran yang kaya dan indah supaya setiap saat pelajar di UKM menjadi pengalaman pembelajaran amat bermakna dari segi badan, akal, emosi dan rohani pelajar berkenaan. Bukan sahaja pensyarah, malah pengurus asrama perlu merekabentuk pengalaman pembelajaran di kawasan asrama, Demikian juga halnya dengan ko-kurikulum, perpustakaan, pentadbir fakulti, pusat-pusat di canselori dan semua pegawai di UKM. Semua ruang di UKM dan sekitarnya, termasuk ruang maya, perlu dijadikan ruang pembelajaran yang kaya dengan pengalaman pembelajaran dalam perjalanan seseorang pelajar menerusi masa-masanya menjadi pelajar UKM. Sehubungan dengan ini pensyarah perlu kreatif dalam merekabentuk pengalaman pembelajaran melalui menyampaikan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd Sec1:viii

07-Oct-10 9:16:27 AM

ix

kursusnya kepada pelajar. Berbagai-bagai kaedah pengajaran perlu digunakan untuk memperkaya pengalaman pembelajaran yang boleh membina minda, sikap, kemahiran dan kerohanian pelajar. Demikian juga dengan pegawai-pegawai dan pengurus. Mereka perlu menjadi pereka bentuk pengalaman pembelajaran yang baik. Jika semua memainkan peranannya dengan baik, dengan izin Allah swt. semua graduan UKM akan menjadi insan kamil yang akan menjayakan misi dan visi UKM.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd Sec1:ix

07-Oct-10 9:16:27 AM

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd Sec1:x

07-Oct-10 9:16:27 AM

Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh

BAB 1 PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENYELURUH MEMBENTUK INSAN KAMIL


Sharifah Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin Riza Atiq Abdullah bin O.K. Rahmat

PENDAHULUAN Manusia banyak belajar dari persekitaran tempat ia berada. Keadaan masyarakat, ideologi yang menjadi anutan negaranya dan budaya sekelilingnya bukan sahaja membentuk pembelajarannya, bahkan membentuk sikap dan perangainya. Seorang yang membesar dalam masyarakat penyayang besar kemungkinan ia juga akan menjadi orang yang penyayang. Sebaliknya orang yang membesar dalam masyarakat yang ganas, besar kemungkinan akan menjadi ganas. Demikian juga halnya dengan keluarga. Seorang yang hidup dalam keluarga yang berpendidikan tinggi dan sentiasa bercakap hal-hal yang memerlukan pemikiran tinggi, besar kemungkinan akan menjadi orang yang berpendidikan tinggi. Sebaliknya seorang yang membesar dalam keluarga berpendidikan rendah dan hanya membincangkan perkara-perkara yang remeh-temeh, besar kemungkinan tidak akan mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan. Demikian juga halnya dengan universiti. Sesebuah universiti yang menjadikan seluruh ruang kampusnya tempat pembelajaran yang kaya akan menyebabkan pelajarnya, sama ada sedar atau tidak sedar, menimba ilmu, kemahiran dan sikap yang baik dengan banyaknya ketika mereka menjalani masa hidupnya di universiti berkenaan. Sebuah universiti yang banyak mengaturkan aktiviti kerjakerja kebajikan masyarakat akan melahirkan graduan yang bersikap

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 1

07-Oct-10 9:16:27 AM

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

penyayang. Demikian juga universiti yang banyak mengaturkan aktiviti dan membuka seluas-luas peluang kepada pelajarnya untuk membina sifat kepemimpinan akan melahirkan ramai pemimpin masa depan. Sebaliknya universiti yang hanya memberikan tumpuan kepada hal-hal akademik sahaja dan tidak mempedulikan persekitaran dan aktiviti pelajar di luar fakulti akan melahirkan graduan yang kaku. Di United Kingdom, kajian selidik mengenai persepsi pelajar mengenai pengalaman pembelajaran di universiti telah dijalankan oleh Time Higher Education. Kaji selidik adalah berasaskan kriteria berikut: Pensyarah berkualiti Staf yang suka menolong Kursus-kursus di struktur dengan baik Suasana kehidupan yang selesa Suasana bermasyarakat yang baik Keadaan alam sekitar kampus yang baik Aktiviti ko-kurikulum yang baik Kemudahan yang berkualiti tinggi Keperluan-keperluan asas tersedia dengan baik Persatuan pelajar yang baik Khidmat sokongan dan kebajikan yang baik Hubungan yang baik dengan pensyarah Kemudahan berpusat Hubungan industri yang akrab Tempat kediaman yang selesa Keselamatan yang terjamin Harga barang yang tidak mahal Wujud bimbingan akademik dalam kumpulan yang kecil Beban pembelajaran yang munasabah Kemudahan sukan yang baik Perpustakaan yang baik

Didapati universiti yang mendapat markah yang tinggi dalam kaji selidik ini adalah universiti yang melahirkan graduan yang mudah mendapat pekerjaan. Walaupun universiti itu masih baru dan terletak di tempat yang terpencil, universiti-universiti ini telah berjaya melahirkan graduan yang dicari oleh majikan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 2

07-Oct-10 9:16:27 AM

Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh

RUANG PEMBELAJARAN Cabaran yang dihadapi oleh graduan pada masa ini amat besar berbanding dengan 20 tahun yang lalu. Cabaran ini dijangka akan bertambah besar dan berat pada masa depan. Pembelajaran di dalam ruang kelas dan makmal tidak mencukupi untuk membekalkan pelajarpelajar untuk menghadapi cabaran ini (Walther, et al. 2009). Misalnya, pelajar kejuruteraan yang dibekalkan dengan pengetahuan teknikal sahaja tidak akan dapat memimpin sebuah syarikat menuju kejayaan, walaupun syarikat itu adalah syarikat kejuruteraan. Bagi tujuan ini, ia perlu memiliki kemahiran kepemimpinan, komunikasi, empati dan berbagai-bagai kemahiran lain. Semua ini tidak dapat diperoleh dari ruang kelas dan makmal sahaja. Semua ruang yang ada di universiti perlu dimanfaatkan sepenuhnya, termasuk ruang-ruang di luar kelas dan makmal di dalam fakulti seperti koridor dan ruang legar. Bahkan ruang maya juga mesti digunakan kerana pelajar-pelajar memberikan masa yang banyak dalam ruang ini. Ruang kolej kediaman, padang permainan dan bahkan ruangruang di sekitar universiti juga perlu dipergunakan secara maksimum dengan mereka bentuk aktiviti dan jadual yang baik.

Rajah1.1: Ruang-ruang Pengalaman Pembelajaran

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 3

07-Oct-10 9:16:27 AM

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

MEMPERKAYA PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALAM RUANG-RUANG DI UNIVERSITI Apabila seorang pelajar mendaftar sebagai pelajar dalam sebuah universiti, ia akan melalui pengalaman yang perlu dirancang supaya masa selama beberapa tahun yang dilaluinya menjadi pembelajaran yang mantap dari segi pengetahuan, kompetensi dan sikap. Setiap ruang yang dilaluinya mesti menjadi proses pembelajaran yang kaya sehingga apabila ia graduat, peningkatannya dari segi pengetahuan, kompetensi dan sikap berlaku dengan amat ketara seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

RUANG KOLEJ KEDIAMAN Ruang kolej kediaman adalah amat penting dalam universiti awam di Malaysia kerana inilah tempat yang pertama dikenali oleh pelajar sebelum memasuki ruang fakulti. Mereka disambut oleh pegawai dan pelajar-pelajar senior yang telah dipilih oleh pengurusan universiti. Pelajar-pelajar senior ini boleh bertindak sebagai mentor dengan memberikan sambutan mesra dan memberikan penerangan kepada pelajar-pelajar baru. Perkara ini amat penting supaya pelajar-pelajar baru merasakan mereka adalah sebahagian dari warga universiti. Perkara ini akan membentuk rasa bermasyarakat dan keyakinan diri untuk melalui kursus-kursus yang sukar dalam beberapa tahun mendatang dengan melihat senior mereka telah berjaya melaluinya. Perkara ini juga memberikan kebaikan kepada pelajar-pelajar senior kerana ini memberikan mereka pengalaman tanggungjawab sebagai contoh dan biasanya mereka mengambil tanggung jawab ini dengan bersungguh-sungguh. Perkara ini penting kerana apabila mereka mula-mula bekerja, mereka perlu mendapatkan mentor dan kemudian mereka perlu menjadi mentor selepas mereka berpengalaman bekerja (Gersting dan Young, 1999). Selepas beberapa minggu menetap di kampus, para pelajar akan biasa dengan kehidupan sebagai warga universiti. Jika suasana dan aktiviti di kolej kediaman tidak dirancang dengan baik, ia akan menjadi tempat tidur sahaja. Sebaliknya, jika persekitaran dan aktiviti dirancang dan dilaksanakan dengan baik, masa selama beberapa ribu jam di

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 4

07-Oct-10 9:16:27 AM

Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh

kolej kediaman akan menjadi pengalaman yang banyak memberikan pembelajaran kepada pelajar, terutama dari segi kemahiran insaniah dan sikap.

RUANG FAKULTI: KELAS, DEWAN KULIAH, MAKMAL, STUDIO DAN RUANG-RUANG LAIN Ruang fakulti juga amat penting kerana sebahagian besar masa pelajar semasa siang adalah di ruang-ruang dalam fakulti. Setiap pensyarah hendaklah memperkaya pengalaman pelajar dalam-dalam ruang ini supaya masa-masa yang dilalui oleh pelajar semasa beberapa tahun itu menjadi benar-benar bermanfaat, sama ada dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran, termasuk kemahiran insaniah dan pembentukan sikap. Hasil kajian soal selidik kepada pelajar-pelajar di Amerika Syarikat (NSSE, 2007) mendapati di antara aktiviti pembelajaran yang memberi impak besar dan pembelajaran yang mendalam kepada para pelajar ialah: Pembelajaran berasaskan projek yang mencakup beberapa kursus yang berlainan yang dijalankan secara berkumpulan Perbincangan dalam kumpulan Aktiviti di luar kelas

Sehubungan dengan ini, adalah lebih baik pensyarah-pensyarah mengurangkan bersyarah dan menambahkan masa untuk menyediakan projek yang baik kepada pelajar dan melakukan penyeliaan yang berkesan untuk menjalankan projek berkenaan. Dalam satu kajian jangka panjang mengenai jurutera yang cemerlang, didapati projek rekabentuk asas (Cornerstone projek) yang diperkenalkan pada tahun pertama banyak memberikan sumbangan. Dalam perlaksanaan projek tersebut yang dijalankan secara berkumpulan banyak ditekankan mengenai pembangunan kemahiran membina hubungan mesra, empati, membujuk, bekerja sama dan mencapai kesepakatan. Kelimalima kemahiran yang terbina dalam projek asas ini bertambah mantap ketika pelajar-pelajar menjalani tahun-tahun berikutnya dan didapati menjadi penyebab utama mereka menjadi bintang cemerlang dalam kerjaya mereka (Goleman,1998).

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 5

07-Oct-10 9:16:27 AM

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Pensyarah-pensyarah juga perlu memberikan persoalanpersoalan yang boleh menimbulkan perbincangan yang mendalam di kalangan pelajar. Dalam hal ini pensyarah-pensyarah perlu mencabar minda pelajar dengan masalah-masalah besar. Masalah besar akan menyebabkan pelajar memerah otak dan berbincang dengan mendalam untuk mencari penyelesaian. Apabila mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut, keyakinan diri mereka akan meningkat dan akan berani menghadapi masalah dan cabaran yang lebih besar. Kaedah ini telah digunakan oleh seorang guru yang terkenal di Amerika yang bernama Marva Collins (Robbins, 1991). Marva Collins telah ditempatkan di sekolah rendah dengan murid-murid yang mengalami dyslexic dan masalah pembelajaran yang dianggap oleh guru-guru sebagai pelajar yang tidak terajar. Marva Collins telah mengajar pelajar-pelajar ini dengan mengajak mereka membincangkan buku Shakespeare. Kawan-kawannya menganggap tindakan Marva sebagai sia-sia. Tetapi apa sebenarnya yang terjadi, pelajar-pelajar ini amat teruja dan gembira. Apa yang lebih penting ialah perbincangan seperti ini telah membina keyakinan diri pelajar ketika mereka masih kecil lagi. Hasil usaha Marva Collins telah terbukti selama berpuluh tahun. Kita boleh mendapatkan hasil kerja-kerjanya dengan mudah melalui internet. Satu lagi pengalaman pembelajaran yang penting ialah dalam program mentor-mentee. Program ini jika dijalankan dengan baik ia boleh memberikan impak yang besar kepada pelajar. Di samping menolong pelajar membina kemahiran insaniah, yang lebih penting lagi ialah memecahkan pemikiran yang menjadi pegangan pelajar yang menghambat kemajuannya. Pemikiran ini kemudian digantikan dengan pemikiran dan keyakinan yang boleh membawa pelajar terbang tinggi hingga ke ufuk yang tiada batas. Bagi tujuan ini pensyarahpensyarah perlu mempunyai kemahiran untuk menjadi mentor yang baik. Lawatan-lawatan ke luar kampus juga perlu diperbanyakkan supaya pelajar dapat melihat konteks kursus yang diambilnya. Dalam konteks yang sama, kapten industri juga boleh dijemput untuk memberikan kuliah dan ceramah. Kuliah mereka selama satu jam setiap semester sudah cukup untuk membuka pintu-pintu ufuk alam sebenar kepada pelajar di samping menunjukkan contoh seorang yang berjaya. Ruang-ruang lain di fakulti, seperti kawasan lapang di luar

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 6

07-Oct-10 9:16:27 AM

Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh

bangunan dan ruang-ruang legar juga perlu diperkaya dengan menyediakan tempat duduk yang membolehkan pelajar berbincangan dan memenuhi dinding-dinding dengan poster-poster yang menunjukkan hasil penyelidikan, inovasi dan rekacipta ahli-ahli akademik. Poster-poster ini amat penting untuk membiasakan pelajar dengan ilmu, inovasi dan rekacipta terkini. Satu hari nanti mungkin pelajar-pelajar ini akan menggunakan apa yang dilihatnya itu dalam pengkomersilan. Contohnya dapat dilihat dalam syarikat HoffmanLaRoche dari Swiss. Syarikat ini pada asalnya adalah syarikat kecil pembuat pewarna. Kemudian syarikat ini mempertaruhkan masa depannya pada penemuan vitamin di Universiti Zurich. Pada masa itu orang masih belum menerima kepentingan vitamin (Drucker, 1993). Hasilnya kita dapat lihat syarikat ini telah menjadi syarikat gergasi farmaseutikal. Mungkin satu hari nanti graduan UKM menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan menggunakan inovasi dan hasil penyelidikan yang dilihatnya di dinding-dinding fakulti. Aktiviti-aktiviti di atas bukan sahaja memberikan pengalaman pembelajaran ilmu yang berkesan, tetapi juga pembentukan sikapsikap yang unggul dan kemahiran-kemahiran insaniah yang amat diperlukan oleh pelajar untuk menjalani hidup mereka selepas keluar dari universiti. Bahkan sikap dan kemahiran insaniah adalah faktor yang amat besar menentukan kejayaan seseorang pada masa depan (University of St. Andrews, 2008). Oleh itu, fakulti sebagai pihak yang bertanggung jawab ke atas setiap program pengajian, perlu merekabentuk pengalaman pelajar-pelajarnya dengan cermat supaya pengalaman mereka selama beberapa tahun di fakulti benar-benar memberikan impak positif yang besar dan mendalam.

RUANG KO-KURIKULUM Ruang ini juga adalah ruang yang penting untuk membina kemahiran insaniah dengan berkesan. Melalui aktiviti ko-kurikulum pelajarpelajar akan lebih banyak bercampur gaul yang merentas kaum, jantina dan agama. Di fakulti, persatuan-persatuan yang menarik minat dalam bidang kursus-kursus masing-masing, seperti kelab robot, kelab alam sekitar dan berbagai-bagai kelab lagi perlu digalakkan. Pengalaman yang dilalui oleh pelajar melalui kelab-kelab ini akan membangunkan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 7

07-Oct-10 9:16:28 AM

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

kemahiran kepimpinan, bekerjasama, perhubungan mesra, empati dan bersepakat. Di peringkat universiti, aktiviti-aktiviti berpersatuan juga perlu diperbanyak dan digalakkan. Aktiviti-aktiviti ini akan meningkatkan keyakinan diri, kepimpinan dan empati para pelajar. Pertandinganpertandingan juga perlu diperbanyak untuk membina daya saing pelajar. Bagi memupuk inovasi dan keusahawanan, pertandingan inovasi dan keusahawanan perlu diadakan dan diperluaskan. Semua ini perlu diperbanyakkan dan dibuka seluas-luasnya agar semua pelajar terlibat. Bukankah kebanyakan pemimpin-pemimpin hari ini dahulunya adalah pelajar yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum?

RUANG PADANG PERMAINAN Aktiviti di padang permainan adalah amat penting bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan, tetapi juga kepada pembinaan kemahiran insaniah. Di antara kemahiran yang dapat dibentuk di padang permainan ialah semangat kerja berpasukan di samping jaringan hubungan yang luas yang merentas fakulti bahkan merentas universiti dan negara (UCLAN, 2007). Bahkan perlawanan di padang permainan boleh membina kemahiran mengenal pasti peluang-peluang dan memanfaatkan peluang tersebut secepat mungkin supaya sentiasa berada di hadapan. Bukankah ini sifat-sifat yang boleh membawa kejayaan bagi seseorang sama ada ia bekerja dengan satu organisasi atau menjadi usahawan? Oleh itu aktiviti padang permainan perlu dirancang supaya semua pelajar berbagai-bagai latar belakang dan kehendak boleh terlibat untuk membina kemahiran-kemahiran di atas.

RUANG INDUSTRI Ruang industri jauh berbeza dengan ruang-ruang di universiti. Kebanyakan majikan lebih suka mengambil bekerja orang yang tahu sedikit-sebanyak yang berkaitan dengan perniagaan seperti perjalanan syarikat dan isu-isu perniagaan. Di samping itu ruang industri boleh melatih pelajar untuk memperoleh kemahiran yang boleh membantu

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 8

07-Oct-10 9:16:28 AM

Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh

pembelajaran dan kerjayanya di kemudian hari seperti kemahiran menyelesaikan masalah, memahami dan interpretasi data yang banyak dan pemikiran ingin tahu di samping kemahiran komunikasi. Ruang industri juga boleh membina kemahiran dan keinginan untuk menjadi usahawan. Sesetengah syarikat menjadi besar dan berjaya tanpa melibatkan teknologi tinggi dan modal besar. Kita ambil contoh sebuah syarikat pembuat perabot pejabat di Amerika Syarikat, Herman Miller. Ia pada asalnya hanya membuat kerusi pejabat. Bila rekabentuk kerusinya menjadi laris, pembuat kerusi-kerusi lain juga membuat kerusi yang hampir serupa. Lalu ia membuat strategi daripada pembuat kerusi kepada pembuat dan penjual sistem perabot pejabat dengan tumpuan kepada hospital. Ia merekabentuk perabot yang menyeluruh bagi satu-satu perabot yang akan memberikan keselesaan dan menambahkan produktiviti. Dalam tempoh yang singkat syarikat ini telah menjadi sangat berjaya. Bukankah strategi keusahawanan seperti ini boleh menarik minat pelajar-pelajar kita? Mari kita lihat satu lagi contoh keusahawanan yang tidak memerlukan modal besar yang boleh menarik minat pelajar. Asalnya ia hanya membekalkan minyak pelincir bagi jentera-jentera pembinaan. Sudah tentu ia tidak mampu bersaing dengan pembuat dan pembekal minyak raksasa. Tetapi syarikat ini telah mendapati syarikat-syarikat pembinaan selalu mengalami kerugian akibat kerosakan jenterajenteranya yang disebabkan ketiadaan pengurusan penyelenggaraan yang baik. Lalu ia memberikan khidmat nasihat penyelenggaraan jentera. Hasilnya: Kini ia membekalkan setengah dari minyak pelincir jentera pembinaan di Amerika Syarikat. Kedua-dua syarikat ini bukan sahaja membekalkan barang tetapi juga memberikan nilai tinggi kepada barang yang dibekalkannya (Drucker, 1993). Jika pelajarpelajar kita melalui pengalaman latihan dalam industri yang berjaya dengan strategi keusahawanan seperti ini, mungkin ramai di antara mereka akan menjadi usahawan. Bagi mendapatkan manfaat maksimum, pelajar perlu diberi taklimat supaya mereka bukan sahaja melihat perkara-perkara yang berkaitan dengan kursus-kursus mereka tetapi juga perjalanan syarikat atau NGO, susunan organisasi, hubungan dengan pihak luar, sistem komunikasi, kaedah membuat keputusan dan strategi keusahawanan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 9

07-Oct-10 9:16:28 AM

10

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

RUANG MASYARAKAT Ruang masyarakat adalah ruang yang luas dan merupakan alam sebenar kehidupan pelajar. Keluarga, saudara mara, penduduk bandar bahkan masyarakat seluruh negara adalah ruang yang banyak memberikan peluang pembelajaran kepada pelajar. Pembelajaran di dalam kelas adalah terpisah dari konteks sebenar, manakala pembelajaran dalam masyarakat adalah konteks sebenar, langsung, tiada kekangan masa dan ia datang dengan mudah. Oleh itu jaringan masyarakat perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan dirancang dengan baik. Ketika merancang kegiatan jaringan masyarakat, perkara berikut mesti diperhatikan supaya proses pembelajaran itu berlaku secara optimum (Yip, 2009): Fokus perhatian hendaklah kepada pembelajaran, bukan aktiviti. Ini bermakna semua aktiviti yang dirancang adalah bermatlamatkan hasil pembelajaran yang ditetapkan lebih awal Ia hendaklah berkait rapat dengan kurikulum. Kaitan ini perlu mencakupi aspek-aspek berikut: o o pengembangan kurikulum memperkaya kurikulum yang membawa maksud mengaitkan kursus-kursus dalam kelas dengan bidang-bidang pengetahuan lain memperkuat keupayaan pembelajaran pelajar seperti aktiviti yang membina kemahiran menyelesaikan masalah dan kerja berpasukan

Pelajar yang berhubung dengan masyarakat akan dapat menjalankan kerja dengan baik dan bahkan boleh menjadi usahawan yang besar. Mari kita lihat seorang usahawan kecil di India. Usahawan ini telah membeli lesen untuk membuat basikal yang dilengkapkan dengan enjin kecil. Ia agak kecewa kerana basikal itu kurang mendapat sambutan. Tetapi enjin kecil yang dibuatnya mendapat banyak pesanan. Pada awalnya ia hendak menolak pesanan-pesanan itu tetapi setelah ia mendapat tahu bahawa enjin-enjin itu digunakan oleh petani untuk mengepam air di sawah dan ladang, ia segera mengubah enjinnya untuk menjadi mesin pam. Kini syarikatnya telah menjadi pembekal mesin pam kecil yang

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 10

07-Oct-10 9:16:28 AM

Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh

11

terbesar di dunia, mengeluarkan jutaan mesin pam (Drucker, 1993). Mungkin satu hari nanti graduan kita dapat melihat peluang-peluang keusahawanan dalam masyarakat dengan menggunakan hasil inovasi di UKM, lalu menjadi usahawan besar.

RUANG MAYA Sebahagian besar pelajar-pelajar universiti hari ini adalah generasi net. Mereka membesar dengan komputer dan meneroka ke seluruh dunia melalui internet. Kawan-kawan mereka dari berbagai-bagai latar belakang, berbagai-bagai bangsa dan dari berbagai negara. Mereka sentiasa berhubung, bertukar pengalaman, bertukar gambar bahkan menceritakan perkara-perkara yang terlalu peribadi dengan temanteman internet mereka. Pengetahuan mereka tidak terbatas. Mereka boleh mendapat apa juga maklumat dalam tempoh yang singkat melalui internet. Mereka kurang membaca surat khabar dan buku tetapi banyak membaca makalahmakalah dan berita dalam internet. Ini menyebabkan mereka tidak suka belajar secara berurutan dan mendengar syarahan. Ini dapat dilihat apabila mereka mendapat alat baru, mereka terus menggunakannya tanpa membaca buku panduan terlebih dahulu. Mereka hanya merujuk buku tersebut apabila mereka gagal menggunakan satu-satu fungsi alat tersebut. Terbukanya pintu maklumat dan pengetahuan dari alam maya ini juga menyebabkan pelajar-pelajar mempunyai banyak idea dan pendapat-pendapat berinovasi. Pensyarah boleh memanfaat kemahiran generasi net dengan mengembangkan lagi ruang-ruang pembelajaran yang ada di universiti ke alam maya (Albrecht, 2006). Berbagai cara boleh digunakan, seperti memperkaya kandungan sistem e-pembelajaran, memberikan tugasan yang memerlukan pencarian maklumat dan pengetahuan dari internet serta mendapatkan cadangan-cadangan berinovasi. Perkara ini amat penting bila kaedah pembelajaran berasaskan masalah (Problem Based Learning) digunakan. Bahkan pensyarah boleh membina pemikiran inovasi kepada pelajar-pelajarnya melalui bahan-bahan yang banyak didapati di internet dengan kaedah-kaedah berikut (Graham. 1994):

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 11

07-Oct-10 9:16:28 AM

12

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Sentiasa mempersoalkan andaian dan pemikiran asas para pelajar dengan menunjukkan contoh-contoh yang boleh didapati dari internet. Menggalakkan pelajar memikirkan perkara-perkara yang tidak masuk akal dengan menggalakkan mereka mencarinya dan petunjuk di alam maya. Sentiasa memikirkan perkara-perkara yang berlainan dengan pendapat umum dengan memberikan contoh-contoh yang boleh didapati dari internet Menimbulkan keraguan kepada amalan yang ada dengan menunjukkan amalan yang berbeza yang ditunjukkan dalam internet Berani mengeluarkan pendapat. Ramai pelajar yang kurang bercakap di dalam kelas tetapi berani mengeluarkan pandangan melalui internet seperti dalam Facebook, mailing list dan chat room. Ini perlu dimanfaatkan untuk mendapatkan pandangan yang kreatif dan berinovasi.

RUANG SENI DAN KEBUDAYAAN Ruang seni dan kebudayaan amat bermanfaat bukan sahaja untuk memperkuat jati diri dan saling memahami antara kaum dan bangsa, tetapi juga memperkaya pembangunan otak kanan. Oleh itu seni dan kebudayaan yang positif lagi membangun perlu diberi perhatian dan penerapan yang merentas semua ruang-ruang di UKM. Ini bermakna setiap pelajar UKM perlu diberikan kesempatan untuk menyerlahkan seni dan kebudayaannya yang positif lagi membangun.

RUANG PERPUSTAKAAN Perpustakaan adalah gerbang dan gedung tersimpannya ilmu yang menjadi tumpuan setiap pelajar. Ruang-ruang zikal dan maya perpustakaan mengandungi berjuta khazanah ilmu. Ia perlu mengandungi ilmu-ilmu yang terkehadapan yang amat diperlukan oleh pelajar sama ada untuk belajar, mengintegrasikan ilmu, mencipta ilmu baru atau mengaplikasi ilmu. Di samping itu ia perlu juga

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 12

07-Oct-10 9:16:28 AM

Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh

13

mengandungi bahan-bahan yang banyak untuk pelajar membangunkan sahsiah, sikap, kemahiran dan kerohanian. Ruang-ruang perpustakaan juga perlu menyediakan bahan-bahan yang boleh menanamkan minat, membangun pemikiran dan kemahiran keusahawanan berinovasi di kalangan pelajar.

RUANG PENGANTARABANGSAAN Misi UKM ialah untuk menjadi pusat ilmu terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan. Ini bermakna graduan UKM mesti berkemampuan untuk membawa Bahasa Melayu dan ilmu berjati diri kebangsaan ke seluruh dunia. Bagi tujuan ini, ruang-ruang di UKM perlu mewujudkan suasana antara bangsa supaya setiap pelajar dapat merasakan dan mendapat manfaat yang besar dari percampuran budaya dan adat resam. Fakulti-fakulti boleh memperkaya pengalaman pengantarabangsaan dengan mengadakan dan meningkatkan program mobiliti pelajar seperti berikut: Memperbanyak program ijazah berkembar dan program pertukaran pelajar dengan universiti-universiti di luar negara supaya beberapa pelajar UKM boleh melalui sebahagian dari pengalaman mereka di luar negara dan dalam masa yang sama menarik seramai mungkin pelajar luar negara ke kampus UKM. Menggalakkan pelajar-pelajar menjalani latihan industri, projek ilmiah atau sebahagian dari penyelidikan di luar negara. Mendapatkan seramai yang mungkin pelajar-pelajar antara bangsa, bukan sahaja di peringkat pasca siswazah tetapi juga pelajar sarjana muda; tertakluk kepada peraturan-peraturan UKM. Mengadakan program lawatan sambil belajar atau program bersama pelajar-pelajar di negara jiran. Menggalakkan pelajar-pelajar menyertai pertandinganpertandingan di peringkat antarabangsa.

Di samping itu, fakulti boleh memperkaya pengalaman pembelajaran dengan melantik seramai mungkin pensyarah antara bangsa mengikut peraturan-peraturan UKM.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 13

07-Oct-10 9:16:28 AM

14

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

RUANG KEUSAHAWANAN Keusahawanan berinovasi adalah amat penting untuk menjana ekonomi Malaysia di masa hadapan. Oleh itu setiap pelajar UKM perlu melalui pengalaman yang membentuk pemikiran dan kemahiran dalam keusahawanan yang berinovasi demi untuk melonjakkan pendapatan peribadi graduan di samping melonjakkan pengeluaran negara. Pengalaman keusahawanan berinovasi ini perlu diterapkan merentasi semua ruang yang ada di dalam UKM. Di antara perkaraperkara yang perlu dilakukan ialah: Keusahawanan berinovasi perlu sentiasa mendapat pengetahuan dan kemahiran baru. Oleh itu setiap pelajar UKM perlu dilatih supaya merasa bertanggungjawab untuk mendapat pengetahuan dan kemahiran baru sehingga ke akhir hayat. Keusahawanan berinovasi memerlukan pengetahuan dan kemahiran asas, seperti pengurusan keusahawanan dan strategi keusahawanan. Oleh itu setiap pelajar UKM perlu diberikan pengetahuan dan kemahiran asas ini. Keusahawanan berinovasi juga perlu sentiasa mempersoalkan kebiasaan-kebiasaan yang sedia ada untuk mendapatkan alternatif yang lebih baik. Budaya seperti ini perlu diwujudkan dalam semua ruang di UKM. Keusahawanan berinovasi juga perlu pendedahan kepada amalan keusahawanan di samping perkara-perkara baru sama ada dalam bidang ilmu, pengurusan, sains dan teknologi. Oleh itu pelajarpelajar perlu melalui pengalaman yang memberikan pendedahan yang besar dalam perkara ini.

Di samping perkara-perkara di atas, seorang usahawan memerlukan sifat-sifat keyakinan diri untuk meneroka perniagaan baru, bertanggungjawab, mampu memimpin, mengurus dan membina pasukan. Sifat-sifat ini perlu ditanamkan kepada setiap pelajar UKM.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 14

07-Oct-10 9:16:28 AM

Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh

15

KESIMPULAN Selepas pelajar melalui berbagai-bagai pengalaman yang direkabentuk khas dengan cermat, pelajar-pelajar akan menjadi graduan yang memiliki ilmu yang mantap, sikap yang ampuh dan kemahiran yang berketerampilan. Pelajar yang cemerlang dalam akademik, dalam masa yang sama mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, mesra, empati, mudah bekerja dalam pasukan dan cepat mencapai kata sepakat sudah tentu akan menjadi orang yang mampu memimpin dan membentuk masyarakat dinamis serta membawa jati diri kebangsaan di peringkat antarabangsa. Demikian juga graduan yang memiliki pemikiran dan sikap keusahawanan berinovasi akan mengembangkan lagi ekonomi dan bahkan membawa produk Malaysia ke pasaran antarabangsa. Bagi merealisasikan graduan yang cemerlang seperti ini, semua pensyarah dan semua pentadbir, di mana sahaja mereka bertugas perlu memastikan pengalaman yang dilalui oleh pelajar benar-benar bermanfaat dan memberikan nilai yang tinggi kepada pelajar. Pendeknya siang atau malam berdiri atau duduk berbaring atau bangun dan di dalam atau di luar bangunan adalah pengalaman pembelajaran yang kaya yang akan menjadikan pelajar UKM insan kamil yang unggul.

RUJUKAN Albrecht B. 2006. Enriching Student Experience Through Blended Learning. Educause Centre for Applied Research Buletin. Drucker P. F. 1993. Innovation and Entrepreneurship. Collins. New York Gersting J.L. dan Young F. H. 1999. Ideas for Enriching the Curriculum: Student Mentors. SIGCSE Bulletin. 31(4): 28-29 Goleman D. 1998. Working with Emotional Intelligence. Bantam Book. New York. 273-275 Graham, J. R. 1994. Seven keys to innovative thinking. HR Megazine. http://findarticles.com/p/articles/mi_m3495/is_n6_v39/ai_ 16097384/. [31 Januari 2010] NSSE. 2007. Experiences That Matter: Enhancing Student Learning and Success. Postsecondary Research School of Education,

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 15

07-Oct-10 9:16:28 AM

16

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Indiana University Bloomington Robbins A. 1991. Awaken the Giant Within. Free Press. New York. Times Higher Education. 2009. Happy to be here. http://www. timehighereducation.co.uk/story.asp?storycode=404989. [31 Januari 2010.] University of St Andrews, 2008. Student Experience Strategy. UCLAN. 2007. 2007 2012 Student Experience Strategy. University Of Central Lancashire Walther J., Kellam N., Radcliffe D, Boonchai C. 2009. Integrating Students Learning Experiences through Deliberate Reective Practice. 39th ASEE/IEEE Frontiers in Education Conference. San Antonio Yip S. Y.W. 2009. Life-Wide Learning: Extending, Enriching, Enabling. http://www.edb.gov.hk/FileManager/EN/Content_ 3810/2.8.4lwl_3e.doc. [6 November, 2009]

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 16

07-Oct-10 9:16:28 AM

Orientasi Mengenali Universiti

BAB 2 ORIENTASI MENGENALI UNIVERSITI


Khaidzir Haji Ismail Jumali Haji Selamat

PENDAHULUAN Minggu Mesra Pelajar juga dikenali dengan nama-nama lain seperti Minggu Orientasi, Minggu Haluan Siswa, Minggu Taaruf, Minggu Suaikenal, Minggu Mesra Mahasiswa dan berbagai lagi mengikut kesesuaian pusat pengajian tinggi masing-masing. Minggu Mesra Pelajar (MMP) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempunyai matlamat dan objektif yang lebih kurang sama dengan universitiuniversiti lain di negara ini. Kegiatan dan aktiviti MMP telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran untuk membentuk jati diri, keperibadian, sahsiah dan membina perenggu minda (mind-set) pelajar dengan kehidupan di kampus yang kadangkala begitu asing bagi sesetengah pelajar. Mereka memerlukan kesungguhan dan dedikasi yang tinggi bagi mencapai matlamat hidup sebagai seorang pelajar yang berjaya pada masa hadapan. MMP juga mengandungi elemen-elemen pendidikan yang menjadi teras pembangunan keintelektualan dan kemanusiaan yang diterapkan secara menyeluruh dan berterusan. MMP di UKM terletak di bawah kendalian Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan pelaksanaan programnya dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel). Pada kebiasaannya MMP dilaksanakan seminggu sebelum semester pertama pengkuliahan bermula iaitu pada akhir Jun hingga awal Julai. Jangkamasa program ini adalah lebih kurang seminggu yang dimuatkan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 17

07-Oct-10 9:16:29 AM

18

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

dengan pelbagai kegiatan yang mampu memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar. Banyak pihak yang terlibat semasa MMP berjalan antaranya ialah pihak Fakulti, Pusat Islam, Pusat Pengajian Umum (PPU), Pusat Perkembangan Pelajar (PPP), Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel), Bahagian Keselamatan, Kolej Kediaman dan Perpustakaan. Kesemua pihak yang terlibat mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelajar dan pihak yang berkepentingan yang berkonsepkan mesra pelajar. Aktiviti MMP merupakan sebahagian program pendidikan, maka kegiatan atau aktiviti yang dijalankan hendaklah mempunyai matlamat yang jelas, praktis dan realistik. Menyedari kegiatan MMP sebahagian daripada proses pendidikan maka program ini hendaklah dikendalikan oleh mereka yang berkelayakan, berkemahiran dan berpengalaman. Pengendalian yang berkesan amat penting bagi memastikan matlamat MMP tercapai. Matlamat MMP merangkumi tiga aspek utama iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Aspek kognitif menekankan soal penguasaan pengetahuan tentang UKM yang perlu difahami oleh setiap pelajar. Pengetahuan terhadap institusi penting dalam usaha merealisasikan dan melengkapkan Misi, Visi dan Falsafah dapat di fahami dan dihayati oleh setiap pelajar dan seluruh warga UKM. Bagi aspek afektif ia bertujuan menyemai perasaan kasih dan sayang serta rasa sepunya terhadap institusi. Perasaan seperti ini penting disuburkan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai nilai keinsanan yang tinggi, berbudi pekerti luhur, bersopan santun, mampu menghormati orang lain, jujur, bekerjasama, berhemah dan berakhlak mulia. Manakala aspek psikomotor diharapkan dapat menterjemahkan pengetahuan dan perasaan kasih sayang yang terbina melalui aktiviti yang dijalankan oleh pelajar. Penguasaan ketiga-tiga aspek ini dilihat mampu menyuburkan daya kreativiti dan inovasi, memantapkan keyakinan diri dan mematangkan pemikiran untuk menghadapi survival kehidupan seterusnya.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 18

07-Oct-10 9:16:29 AM

Orientasi Mengenali Universiti

19

Pelajar baru sedang mendaftar di Kolej Kediaman secara on-line

Apa kahabar Pak Chik? Sapaan YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 19

07-Oct-10 9:16:29 AM

20

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

OBJEKTIF MMP Dalam meneruskan kehidupan sebagai pelajar di universiti, setiap individu seharusnya sentiasa prihatin dengan keperluan dan kehendak semasa yang menekankan tentang kepentingan sesuatu aktiviti yang dijalankan. Bagi mencapai objektif MMP setiap bahagian atau cabang yang terlibat hendaklah memberikan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dalam merealisasikan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan. Setiap kegiatan, program atau aktiviti yang dirancang sewajarnya mengambilkira objektif MMP seperti berikut: Menggarap dan mengenalpasti bakat dan potensi pelajar Mencungkil bakat kepimpinan Memupuk kemesraan antara pelajar lama dan baru, staf dan warga UKM Dapat menggunakan secara optimum kemudahan di UKM dalam meningkatkan potensi diri pelajar Mendedahkan pelajar baru kepada sistem pembelajaran di UKM melalui buku panduan, taklimat, kegiatan atau aktiviti dan penerangan Mengadaptasikan penyesuaian diri, tempat tinggal, kuliah dan sistem pembelajaran Membina jatidiri dan integriti, personaliti unggul, kebolehpasaran dan perkembangan kompetensi generik melalui aktiviti pelajar Menyelesaikan urusan pendaftaran diri, penempatan kediaman dan pendaftaran kursus MMP sebagai satu proses pembangunan pelajar secara optimum

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 20

07-Oct-10 9:16:29 AM

Orientasi Mengenali Universiti

21

Tan Sri Naib Canselor sedang menyampaikan cenderahati kepada pelajar baru UKM sempena Minggu Mesra Pelajar

PERANAN AHLI AKADEMIK DALAM MENJAYAKAN MMP Memastikan aktiviti yang dijalankan selaras dengan objektif MMP Ahli akademik atau pensyarah hendaklah mengambil bahagian dalam MMP terutama aktiviti yang melibatkan bidang dan kemahiran tertentu. Misalnya, pidato yang dianjurkan hendaklah melibatkan ahli akademik dan kakitangan yang menguasai bidang komunikasi atau pengucapan awam. Melalui persembahan pada malam kebudayaan MMP bertujuan memperlihatkan bakat dan potensi para pelajar yang sewajarnya dihadiri oleh pensyarah untuk mengetahui dan mengenali pelajar tersebut di samping memberi sokongan dan dorongan dalam usaha membina perkembangan pelajar. Kehadiran dan penglibatan pensyarah bertujuan memastikan aktiviti yang dijalankan mampu memenuhi objektif MMP bersandarkan kepada soft skills atau kemahiran generik bagi membolehkan pelajar membina jatidiri dan meningkatkan kebolehpasaran dalam pekerjaan pada masa depan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 21

07-Oct-10 9:16:29 AM

22

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Memahami objektif dan memastikan pelaksanaan MMP tercapai sepenuhnya Menerusi objektif ini pelajar akan mengalami sendiri situasi dan proses menjana ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran, melatih untuk berdikari, mengembangkan bakat, minat dan potensi diri, meningkatkan kreativiti dan inovasi, meluaskan persepsi dan pandangan hidup serta mengisi masa lapang dengan kerja-kerja berfaedah. Para pelajar diharapkan dapat memberi sumbangan tenaga, idea dan buah kiran yang bernas, menyemai dan menyuburkan semangat kesukarelaan, menghayati dan mengamalkan budaya cemerlang serta menguji dan mempertingkatkan ciri-ciri kepimpinan. Pelaksanaan MMP juga dapat meningkatkan tahap ketabahan dan kecekalan untuk menghadapi masalah dan cabaran, mempertingkatkan ketahanan diri dan ketabahan jiwa serta memperkembangkan lagi kesejahteraan, ketenangan, kematangan, ketrampilan dan kecemerlangan diri pelajar. Menerusi aktiviti yang dijalankan diharapkan mampu membantu para pelajar melihat secara lebih dekat dan merasai MMP dalam situasi menggembirakan yang memberi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dalam hidupnya. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar Pensyarah juga bertanggungjawab dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar bagi membimbing pelajar yang masih baru dengan kehidupan kampus dan budaya universiti yang memerlukan pelajar sentiasa bersedia dalam menghadapi dunia akademik dan kegiatan kokurikulum yang semakin menarik. Gerak kerja dan kegiatan kokurikulum merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah yang perlu diterjemahkan melalui pengalaman secara realistik atau dalam situasi sebenar. Pensyarah turut berperanan untuk mengukuhkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar seiring dengan perkembangan psikomotor, afektif, sosialisasi dan kerohanian. Menerusi aktiviti yang dijalankan MMP diharapkan dapat memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menambah dan mengukuh serta mengamalkan pengetahuan, membina kemahiran dan menghayati nilai-nilai murni

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 22

07-Oct-10 9:16:29 AM

Orientasi Mengenali Universiti

23

dalam kehidupan. Menghadirkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti sepanjang MMP Adalah diharapkan agar setiap pensyarah dapat melibatkan diri secara langsung atau tidak dalam program MMP kerana peranan dan tanggungjawab utamanya bukan hanya untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran tertentu kepada pelajar, tetapi juga dapat melahirkan pelajar yang mempunyai kebolehpasaran dan memberi sumbangan ke arah kehidupan yang lebih harmonis bersatupadu, bertoleransi, berdisiplin, berdedikasi dan mempunyai sahsiah yang baik. Penglibatan pensyarah dalam MMP menjadi penting dalam usaha membantu pembentukkan diri dan sahsiah pelajar yang dapat menghayati dan mengamalkan prinsip permuafakatan serta mempunyai semangat kekitaan yang utuh. Selain itu, faktor yang boleh mempengaruhi kejayaan seseorang pelajar ialah sikap bekerjasama, memberi sokongan, bimbingan, panduan dan bantuan pensyarah yang sentiasa mendorong pelajarnya untuk melakukan penelitian, penyelidikan, penulisan dan penerbitan. Penyelidikan dan penelitian boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat sama ada melalui program pengajian, pusat, jabatan, fakulti, peringkat universiti atau agensi-agensi lain yang ada kaitannya dengan NIC universiti. Oleh itu, penglibatan pensyarah dalam MMP amat penting dalam memastikan objektif yang disasarkan tercapai. Menambahkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran Pensyarah adalah kelompok penting bagi membantu para pelajar dalam meneruskan kehidupan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pengajian dan kokurikulum serta membantu masa depan pelajar dengan suasana kehidupan yang lebih berjaya. Menerusi pelbagai kegiatan dan aktiviti yang dirancang dan dijalankan menjadi wadah pembinaan diri secara holistik yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek dengan menawarkan berbagai ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan yang berkonsepkan pendidikan dan pembangunan insan yang bersepadu. Unsur-unsur ini mengandungi elemen penting seperti intelek, disiplin, kendiri,

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 23

07-Oct-10 9:16:30 AM

24

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

kepimpinan, keusahawanan, kreativiti dan inovasi, kecintaan kepada alam sekitar, semangat kewarganegaraan dan kesetiaan kepada bangsa dan negara, kebudayaan, integrasi nasional dan semangat 1Malaysia yang dapat membantu pelajar menentukan hala tuju dan masa depan dalam kehidupan mereka. Bekerjasama dengan pihak pentadbiran UKM dalam menjayakan MMP Untuk memastikan pelajar dan pihak yang berkepentingan dengan UKM mendapat input yang betul, maka setiap tenaga pengajar perlu terlebih dahulu memahami peranan dan tanggungjawab pihak pentadbiran UKM dengan jelas. Melalui pemahaman ini diharapkan setiap ahli akademik memberi kerjasama erat semasa program MMP berjalan dan selepas program selesai supaya dapat membantu pelajar mengenali dengan lebih dekat pihak kepimpinan tertinggi UKM dan kakitangan pentadbirannya. Oleh itu, bagi memastikan objektif ini tercapai adalah digalakkan agar setiap bahagian dan cabang pelbagai peringkat di universiti mengambil peluang mengadakan promosi untuk meningkatkan nama bahagian dan organisasinya supaya dikenali dan mesra pelajar. Kerjasama dan hubungan mesra yang terjalin antara pelajar dengan pihak pentadbiran akan meningkatkan keberkesanan ikatan kedua-dua pihak. Sebagai pensyarah kita perlu memberi penerangan melalui interaksi, komunikasi dan berhubung antara satu sama lain untuk membina semangat bekerjasama serta mampu mengambil keputusan secara kolektif bagi mencapai matlamat bersama.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 24

07-Oct-10 9:16:30 AM

Orientasi Mengenali Universiti

25

Para tetamu kehormat sedang menyanyikan lagu Varsiti Kita sempena Majlis Ikrar MMP

Memastikan tiada unsur subversif dan perkauman sepanjang program dan aktiviti MMP Bagi menyemai dan menyuburkan semangat perpaduan di kalangan pelajar UKM yang berbilang kaum dan keturunan setiap aktiviti yang dijalankan hendaklah bebas daripada unsur subvesif dan perkauman yang menjadi penghalang dalam memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar yang baru menjejak kaki ke menara gading. Semangat perpaduan yang sudah terjalin di peringkat sekolah hendaklah diteruskan di peringkat pengajian tinggi. Penyuburan semangat perpaduan di kalangan pelajar dan tiadanya unsur subversif dan perkauman semasa program MMP adalah petanda yang cukup baik untuk menerapkan amalan bekerjasama, toleransi, kebebasan, memelihara keadilan, saling hormat-menghormati, hidup bermasyarakat, berkiran rasional, membina jatidiri dan menerapkan nilai integriti dalam kalangan pelajar. Sikap tidak peduli dengan orang lain boleh menggugat usaha memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Oleh itu, semua aktiviti dan kegiatan yang dijalankan hendaklah menjurus kepada kebajikan pelajar dengan menerapkan nilai-nilai kerjasama antara kaum seperti melalui kegiatan gotong-royong, program 1Malaysia, explorace dan lain-lain yang melibatkan berbagai kaum, keturunan, lapisan dan generasi.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 25

07-Oct-10 9:16:30 AM

26

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Sentimen perkauman dan unsur subversif hendaklah dielakkan dalam segala urusan bagi memastikan program MMP berjalan lancar dan mencapai matlamat. Menyemai semangat cinta kepada UKM Tidak kenal maka tidak cinta, begitulah bunyi perumpamaan Melayu yang menyelitkan maksud tersirat yang mempunyai falsafah disebalik kata-kata itu. Tugas yang boleh dimainkan oleh para pensyarah dalam menyemai semangat cintakan UKM amat diperlukan menerusi pemahaman dan penjelasan tentang sejarah awal penubuhannya dan peranan UKM dalam melahirkan graduan yang berkualiti dan seimbang. Di samping itu, UKM juga bertekad mengeluarkan graduan yang mempunyai pelbagai kemahiran yang tinggi dan berketrampilan serta mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. UKM telah diiktiraf sebagai universiti penyelidikan pada tahun 2006 dan usaha-usaha dijalankan untuk mengatur berbagai strategi merintis ke arah transformasi bagi mencapai kecemerlangan. Untuk memastikan hasrat cinta kepada UKM tercapai ia hendaklah dilaksanakan menerusi penyemaian rasa milik dan sepunya yang diterapkan dan disemai di peringkat awal pelajar mendaftar di UKM, bak kata pepatah Melayu Meluntur buluh biarlah daripada rebungnya. Menanamkan semangat patriotisme dan nasionalisme Semangat ini menggambarkan perasaan cinta kepada negara dan sanggup untuk mempertahankan tanah air daripada sebarang bentuk ancaman yang menggugat keamanan dan kesejahteraan negara. Semangat ini perlu dipupuk dengan menerapkan nilai-nilai mulia lagi murni sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjurus ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotisme dan nasionalisme di kalangan pelajar misalnya mengadakan hari bicara tokoh iaitu tokoh yang berjasa dan dapat mengangkat nama negara di persada antarabangsa, mengenang sejarah kemerdekaan negara, kembara merdeka, pertandingan pidato sejarah, memberi sumbangan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 26

07-Oct-10 9:16:30 AM

Orientasi Mengenali Universiti

27

kepada tabung pahlawan dan lain-lain lagi.

Pelajar-pelajar baru UKM sedang membaca ikrar sempena Majlis Ikrar MMP

Menerap, membina dan memupuk Kemahiran Generik dalam diri pelajar sejak peringkat awal pengajian Kompetensi generik merupakan satu konsep yang menarik minat ramai ketika ini kerana ianya dikaitkan dengan nilai kebolehpasaran seseorang dalam dunia pekerjaan. Ia merupakan trait peribadi yang menggambarkan sikap, kebolehan seseorang mengawal diri, memotivasikan diri, berkir secara kritis dan kreatif, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja sebagai satu pasukan dengan berkesan. Umumnya, kompetensi generik adalah satu kaedah untuk mengiktiraf dan menerapkan pelbagai jenis kemahiran dalam diri pelajar. UKM telah memperkenalkan Sistem Pengiktirafan Kompetensi Generik (SPKG) sebagai satu instrumen untuk membantu pelajar menguasai pelbagai kemahiran. Antara kemahiran generik yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar mengikut acuan UKM ialah kemahiran tanggungjawab sosial, menghargai alam sekitar, etika, moral dan profesionalisme, kerohanian, komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, kaedah saintik, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan autonomi dalam

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 27

07-Oct-10 9:16:30 AM

28

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

pembuatan keputusan, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran globalisasi, kemahiran keusahawanan dan kemahiran pengurusan. Elemen-elemen ini mampu untuk memperkembangkan kesejahteraan diri, ketangkasan jasmani, ketenangan dan kestabilan emosi, keluhuran rohani, ketrampilan intelek dan pembinaan personaliti unggul. Keupayaan pelajar untuk menguasai setiap komponen ini penting memandangkan ia dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran dan boleh menjadi pesaing dalam pasaran pekerjaan. Merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab atau tempat atau sumber yang betul kepada setiap permasalahan pelajar Sebarang permasalahan dan kekeliruan yang timbul di kalangan pelajar hendaklah dirujuk kepada pihak yang bertanggungjawab mengikut saluran yang betul dan tepat. Keupayaan berinteraksi antara pelajar dengan pensyarah dan sebaliknya adalah wadah paling sesuai untuk menyemarakkan rasa tanggungjawab bersama dalam menghadapi dan mengurangi permasalahan. Justeru, pensyarah adalah tempat yang paling sesuai untuk menjadi rujukan awal para pelajar bagi mengemukakan pelbagai permasalahan sama ada yang berbentuk akademik, pengajaran dan pembelajaran atau yang berbentuk peribadi yang memerlukan bantuan, sokongan dan dorongan untuk diselesaikan. Segala persoalan dan permasalahan perlu dirujuk kepada pihak yang betul dan bertanggungjawab seperti di peringkat kolej, pusat, fakulti atau Jabatan Perkhidmatan Pelajar yang menawarkan perkhidmatan kebajikan pelajar untuk mendapatkan khidmat nasihat melalui sesi perbincangan, perundingan dan kaunseling bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi. Membina jaringan antara pelajar, pensyarah dan pentadbiran UKM Untuk membina jaringan ini, ia dapat dipupuk melalui bidang akademik dan kokurikulum. Dalam bidang kokurikulum jaringan mampu direalisasikan melalui kegiatan berpersatuan atau kelab, kegiatan badan beruniform, kegiatan sukan dan permainan, kegiatan kebudayaan dan kesenian yang dapat membantu pelajar menguasai

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 28

07-Oct-10 9:16:30 AM

Orientasi Mengenali Universiti

29

kemahiran mengurus, mentadbir dan menjalankan aktiviti atau projek sesebuah persatuan dan bagaimana menjalankan aktiviti yang berkualiti sama ada di dalam kampus atau luar kampus. Melalui bidang akademik jaringan dapat dilaksanakan menerusi penyelidikan dan inovasi dengan melibatkan pelajar dan pensyarah dalam aktiviti seperti pembentangan kertas kerja, menyertai konvensyen, seminar, bengkel dan penerbitan (penulisan jurnal, pasca sidang, makalah dan penulisan ilmiah). Jaringan ini boleh juga dikembangkan bukan sahaja di dalam universiti tetapi juga di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui program mobiliti pelajar, program pertukaran pelajar dalam dan luar negara, penempatan pelajar dalam komuniti, penempatan pelajar dalam latihan industri, lawatan sambil belajar dan operasi khidmat masyarakat (OPKIM). Kegiatan ini boleh dilakukan melalui universiti-universiti yang telah membuat perjanjian persefahaman (LOI, MOU, dan MOA) dengan UKM. Membantu UKM dalam merealisasikan integrasi kaum menerusi program MMP seiring dengan konsep 1MalaysiaRakyat didahulukan, pencapaian diutamakan Integrasi kaum merupakan sesuatu yang ditagih untuk kepentingan semua kaum di negara ini bagi memastikan setiap rakyat dapat hidup dalam suasana aman dan damai. Dalam konteks ini setiap pelajar perlu diterapkan dengan nilai-nilai 1Malaysia yang mengandungi lapan nilai seperti yang dijelaskan oleh YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti untuk menyatupadukan rakyat dengan kiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Matlamat 1Malaysia bertujuan untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara, menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat untuk mencapai kemajuan negara. Matlamat ini akan tercapai berlandaskan tiga prinsip teras 1Malaysia iaitu prinsip penerimaan, prinsip kenegaraan dan prinsip keadilan sosial untuk memperkukuhkan perpaduan nasional. Melalui MMP para pelajar diharapkan dapat mengalami sendiri hakikat pentingnya perpaduan, bekerjasama, permuafakatan, semangat sepasukan dan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 29

07-Oct-10 9:16:30 AM

30

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

penerapan nilai-nilai kemanusiaan dan keinsanan yang luhur untuk merealisasikan integrasi kaum seiring dengan konsep 1Malaysia.

KESIMPULAN Minggu Mesra Pelajar (MMP) merupakan satu wadah yang sangat penting dalam menentukan masa depan pelajar UKM untuk memahami suasana pengajaran dan pembelajaran di universiti, kehidupan di dalam kampus dan menjalankan aktiviti berpersatuan bagi mengembangkan bakat serta ketrampilan diri sebagai seorang pemimpin pelajar. Melalui MMP kita berupaya membangunkan keupayaan berkir, membuka ruang pendapat dan membuat penilaian berasaskan budaya dan sistem nilai yang menjadi amalan sejak sekian lama. MMP mampu memberi sumbangan konstruktif dan positif kepada pembangunan keintelektualan dan kemanusiaan sekiranya MMP dapat dilaksanakan dengan terancang, sistematik dan mematuhi aturan peraturan yang telah ditetapkan. Menerusi program yang dijalankan MMP diharapkan dapat mentransformasikan mind-set, mensejahterakan pemikiran, persekitaran yang kondusif dan seimbang, membina celik akal dalam menentukan halatuju dan masa depan serta berupaya melahirkan pelajar yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dan mampu mencerdikkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

RUJUKAN Aminuddin Mohd. Yusoff dan Khaidzir Ismail. 2001. Integrasi Kaum di Kolej Kediaman UKM. Jurnal Personalia. Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. 2008. Selamat Datang Ke UKM. Bangi : Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM. Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. tt. Dokumen Undang-Undang, Tatacara dan Kaedah Pelaksanaan Kokurikulum di Sekolahsekolah. Seremban: JPNS Jabatan Penerangan Malaysia. 2009. 1Malaysia : Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan. Kuala Lumpur: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Deraf Buku Panduan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 30

07-Oct-10 9:16:31 AM

Orientasi Mengenali Universiti

31

Pelaksanaan Kokurikulum di Sekolah. Putrajaya. Ramlan Abdul Wahab. 2004. Panduan Pengurusan Kokurikulum di Sekolah. Kuala Lumpur : Banter Sdn. Bhd. Shahruddin Ahmad, Khaidzir Haji Ismail dan Jumali Haji Selamat. 2009. Mengurus Persatuan: Proses dan Kemahiran. Bangi: UKM Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabuddin. 2009. Membina Momentum Menatar Keunggulan: Ekosistem Ilmu UKM Sebagai Wahana. Bangi : Penerbit UKM.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 31

07-Oct-10 9:16:31 AM

32

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 32

07-Oct-10 9:16:31 AM

Memahami Kepelbagaian Pelajar

BAB 3 MEMAHAMI KEPELBAGAIAN PELAJAR


Hasnah Toran Rosadah Abd Majid Manisah Mohd. Ali

PENDAHULUAN Universiti sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi sudah pasti mempunyai pelajar yang datang daripada pelbagai latar belakang dan mempunyai ciri-ciri yang pelbagai. Sama ada disedari atau tidak, dan sama ada bersedia atau tidak, sebagai tenaga pengajar kita perlu berhadapan dengan pelajar yang mempunyai keperluan pembelajaran pelbagai. Kepelbagaian merujuk kepada perbezaan ciri-ciri mereka yang disumbangkan oleh banyak faktor sama ada daripada dalaman diri sendiri, atau berpunca daripada unsur luaran seperti persekitaran. Terdapat dua sebab yang menuntut keperluan untuk memahami ciriciri pelajar yang pelbagai dan seterusnya memberi perhatian terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran dengan mengambilkira kepelbagaian pelajar. Sebab yang pertama adalah agar prinsip keadilan serta ekuiti dalam pendidikan diberi perhatian yang sewajarnya. Keseluruhan sistem pendidikan perlu sensitif dan menyokong keperluan pembelajaran semua pelajar dan tidak hanya memudahkan segolongan pelajar sahaja manakala yang kurang bernasib baik, atau yang memerlukan sokongan pembelajaran unik seolah-olah dipinggirkan. Kedua, pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta sokongan pembelajaran yang sewajarnya, adalah penting untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar memastikan pencapaian potensi pelajar berlaku secara optimum.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 33

07-Oct-10 9:16:31 AM

34

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Banyak peramal yang memberi kesan terhadap pencapaian seseorang dalam pembelajarannya. Antaranya; tahap motivasi, aptitud, personaliti, kecerdasan, pengalaman, dan latar belakang sosio-budaya (Rohaty 2009). Kepelbagaian ciri individu adalah sesuatu yang perlu diraikan (we should embrace diversity) dan tidak wajar dianggap sesuatu yang membebankan lagi menyusahkan. Ini kerana kepelbagaian menambah dan memperkayakan pengalaman pembelajaran dikalangan pelajar dan semua yang terbabit. Setiap dari kita mampu mempelajari sesuatu yang baru dan bermanfaat dari mereka yang mempunyai pengalaman, kepercayaan serta perspektif yang berbeza dari apa yang telah sebati dalam diri kita sendiri. Sosialisasi dalam suasana yang positif menyediakan wadah pengalaman pembelajaran yang diperkayakan dengan ciri pelajar yang pelbagai. Selain itu pergaulan dengan mereka yang mempunyai ketidakmampuan sensori atau ketidakmampuan zikal mampu mencetuskan kesedaran dan mencambahkan nilai murni serta rasa bersyukur di atas kesempurnaan diri sendiri. Aspek-aspek keperluan pembelajaran unik untuk pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang pelbagai perlu disedari dan difahami agar pengajaran serta pembelajaran menjadi lebih bermakna dan berkesan, serta potensi pembelajaran setiap pelajar boleh dibangunkan secara optimum. Ini sekali gus diharap dapat mengelakkan fenomena tidak mencapai tahap (underachievement) dalam kalangan pelajar. Fenomena ini berlaku sekiranya pelajar yang dipertanggungjawabkan kepada kita untuk diajar, dibimbing, dan dididik, memperolehi pencapaian dalam pembelajaran yang kurang daripada kemampuan atau potensi mereka. Apabila keperluan pembelajaran pelajar tidak dipenuhi atau dalam erti kata lain mereka tidak menerima sokongan pembelajaran yang sewajarnya, dikhuatiri pelajar menghadapi kegagalan untuk mencapai kecemerlangan yang sepadan dengan kemampuan mereka. Kepelbagaian pelajar merujuk kepada ciri pelajar-pelajar yang berbeza antara sama lain, justeru tidak wajar untuk menganggap semua pelajar adalah sama. Perbezaan ini terjadi atas beberapa perkara antaranya kerana mereka berasal dari bangsa, etnik atau budaya yang pelbagai, berbeza gender, berlatarbelakangkan status sosio-ekonomi yang tidak sama, atau berkemungkinan mempunyai ciri unik seperti gaya pembelajaran tersendiri serta mempamerkan ciri-ciri khas atau ketidakupayaan tertentu. Semua latar belakang tersebut membuatkan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 34

07-Oct-10 9:16:31 AM

Memahami Kepelbagaian Pelajar

35

pengalaman pembelajaran yang telah dilalui sebelum ini berbeza antara satu sama lain. Kesan pengalaman yang berbeza menjadikan mereka yang terlibat unik dan berbeza. Apakah maksud ciri-ciri unik dalam kalangan pelajar? Terdapat pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) atau lebih baik sekiranya diubah maksud kepada yang lebih positif iaitu Orang Kelainan Upaya. Walaupun mereka mempunyai keupayaan mental yang melayakkan mereka diterima untuk menuntut di universiti, namun mereka mempunyai cabaran dalam salah satu atau kombinasi dalam keupayaan-keupayaan iaitu cabaran sensori, dan cabaran zikal. Ada yang tergolong dalam kategori bermasalah penglihatan, ada yang tergolong dalam kategori bermasalah pendengaran, dan ada pula yang tergolong dalam kategori cacat anggota. Dalam pada itu, ada juga yang tergolong dalam kategori bermasalah pembelajaran atau dengan kata lain mereka mempunyai masalah untuk mempelajari sesuatu secara yang biasa seperti yang dilakukan oleh pelajar-pelajar lain. Mereka menghadapi masalah untuk membaca atau menulis, yang kadang-kadang tergolong dalam kategori disleksia. Namun ini tidak bermakna mereka tidak mampu memahami apa yang diajar, kerana mereka hanya bermasalah untuk membaca dan menulis. Selain itu ada yang berhadapan dengan masalah kecelaruan tingkah laku dan emosi tahap ringan (Mild Emotional Behaviour Disorder-EBD). Contohnya seperti hiperaktiviti iaitu kurang kemampuan menahan tingkah laku justeru bertindak balas spontan (impulsive). Ada juga pelajar yang mengalami sindrom Asperger iaitu dalam kategori pelajar yang memaparkan tingkah laku gejala autisma ringan namun berkemampuan mental yang baik. Dalam pada itu terdapat juga sebilangan pelajar yang berisiko, yang kurang bermotivasi, berhadapan dengan masalah bahasa, keyakinan kendiri yang rendah, sentiasa merasa tidak puas hati, dan mengalami masalah sosio-emosi. Gaya pembelajaran yang berbeza turut menyumbang kepada keunikan pelajar. Golongan pelajar dalam kategori personaliti jenis N (Intuition) yang diukur dengan Indikator Jenis Personaliti Myer-Brigg (Myer-Briggs Type Indicator - MBTI) cenderung untuk memahami idea dan cetusan kemungkinan, berbanding golongan pelajar dalam kategori personaliti S (Sensing) yang sebaliknya pula cenderung untuk memahami fakta yang konkrit. Dalam pada itu terdapat pelajar yang

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 35

07-Oct-10 9:16:31 AM

36

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

berkecenderungan untuk menggunakan kemampuan pendengaran dalam proses pembelajarannya (auditory preference), manakala ada pula pelajar yang berkecenderungan untuk menggunakan kemampuan penglihatan untuk belajar (visual preference). Seterusnya ada pelajar yang memproses maklumat dengan lebih baik sekiranya maklumat dikaitkan dengan konteks (eld dependence cognitive style), manakala terdapat pula pelajar yang memproses maklumat tanpa perlu dikaitkan dengan konteks (field independence cognitive style).

PELAJAR DENGAN MASALAH FIZIKAL Kekurang upayaan zikal disebabkan oleh beberapa keadaan yang bersifat sementara atau bersifat tetap seperti mengalami serebral palsi, muscular disantropi, penyakit Parkinson, angin ahmar, kecederaan pada anggota badan yang menyukarkan pergerakan atau kecacatan zikal yang sedia ada seperti ketiadaan anggota badan yang lengkap. Keadaan-keadaan ini boleh dikaitkan dengan keadaan di mana pelajar mengalami kesukaran dalam pergerakan, imbangan dan koordinasi. Antara bentuk keadaan yang wujud dalam konteks kekurang upayaan zikal adalah seperti menggeletar, rasa lemah anggota badan, kawalan yang terhad pada anggota badan, tidak boleh duduk tegak dan anggota badan yang tidak seimbang dari segi ukuran atau tidak lengkap. Dalam beberapa segi, ada dalam kalangan mereka yang mengalami kecacatan zikal memerlukan penggunaan alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat atau crutches untuk membantu pergerakan mereka. Kesan kecacatan zikal terhadap pembelajaran pelajar di kampus biasanya berkisar kepada aspek akses kepada lokasi (bilik kuliah, makmal, perpustakaan, kolej kediaman dan lain-lain) dan akses kepada penyertaan dan penglibatan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar kampus seperti dalam kerja lapangan, lawatan atau praktikum. Berikut adalah beberapa tindakan yang dapat diambil oleh tenaga pengajar dalam menyediakan sokongan untuk pelajar-pelajar yang mempunyai masalah zikal: Memahami bahawa pelajar dengan masalah zikal mungkin mengambil masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 36

07-Oct-10 9:16:31 AM

Memahami Kepelbagaian Pelajar

37

pelajar-pelajar lain untuk tiba ke dewan kuliah atas masalah pengangkutan yang dihadapi Memindahkan bilik kuliah ke bilik yang mudah diakses contohnya seperti di tingkat bawah bangunan Membantu pelajar mendapatkan tempat duduk yang paling mudah diakses oleh mereka, terutamanya yang berkerusi roda Memahami bahawa pelajar tersebut mungkin mengambil masa yang lama apabila ke bilik air Berbincang dengan pelajar jika kursus memerlukan mereka untuk menjalani kerja luar

PELAJAR DENGAN MASALAH PENGLIHATAN Terma masalah penglihatan digunakan apabila berbincang tentang buta sepenuhnya, buta separa, atau pun rabun. Individu-individu yang mengalami buta sepenuhnya langsung tidak dapat melihat, maka untuk belajar, mereka memerlukan Braille dan lain-lain media bukan-visual. Individu-individu separa buta pula mempunyai masalah penglihatan sehinggakan memerlukan perkhidmatan pendidikan khas. Manakala individu-individu yang rabun pula merujuk kepada kecacatan penglihatan hingga mengakibatkan mereka tidak mampu membaca pada jarak penglihatan yang biasa, walaupun dengan menggunakan cermin mata ataupun kanta mata lekap. Untuk membaca, mereka yang rabun ini menggunakan kombinasi beberapa kaedah, seperti cahaya tambahan, saiz cetakan yang lebih besar dan kadang-kalanya Braille. Pelajar-pelajar yang mengalami masalah penglihatan berhadapan dengan halangan untuk menyertai aktiviti-aktiviti harian akibat persekitaran yang tidak memahami keperluan mereka. Sebuah kajian mengenai halangan yang dihadapi dan sokongan yang diterima oleh pelajar-pelajar kurang upaya di sebuah IPTA (Hasnah, Mohd Hana, Mohd Mokhtar & Norasuzaini 2009) mendapati bahawa di antara halangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar bermasalah penglihatan adalah:

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 37

07-Oct-10 9:16:31 AM

38

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Halangan

Penerangan Ketiadaan laluan bertanda Ketiadaan papan tanda khas Tangga tidak mempunyai railing Ketiadaan tempat melintas bertanda Ketiadaan maklumat untuk mengetahui ke mana arah tuju bas Pihak pengurusan tidak memahami masalah yang dihadapi. Contohnya, permintaan untuk menukar rakan sebilik tidak dilayan dan permohonan untuk tidak memindahkan barang pada setiap hujung semester tidak dipedulikan.

Prasarana zikal

Pengangkutan

Kemudahan tempat tinggal

Ketiadaan komputer yang mesra OKU Kemudahan mengakses Ketiadaan khidmat pembaca untuk membaca maklumat buku atau artikel yang tidak dicetak dalam tulisan Braille Ketiadaan pembaca untuk membaca buku teks dan rujukan yang tidak dicetak dalam Braille Tidak dapat mengakses nota kuliah yang kebanyakannya dalam bentuk powerpoint Memerlukan masa tambahan semasa menduduki peperiksaan Terdapat pensyarah yang tidak memahami dan tidak mesra-OKU Terdapat rakan yang tidak memahami keperluan mereka dan menganggap mereka sebagai beban apabila melibatkan kerja berkumpulan Terdapat staf sokongan yang tidak memahami keperluan mereka maka timbullah masalah komunikasi semasa berurusan dengan petugas di kaunter

Proses P & P

Persekitaran sosial

Terdapat beberapa perkara yang dapat dilakukan oleh tenaga pengajar dalam menyokong pelajar-pelajar bermasalah penglihatan dalam proses pembelajaran mereka. Berikut disenaraikan beberapa panduan untuk tenaga pengajar:

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 38

07-Oct-10 9:16:31 AM

Memahami Kepelbagaian Pelajar

39

Jika perlu, kenalkan diri anda pada awal perbualan dan beritahu pelajar itu apabila anda mahu keluar dari bilik Apabila memberi arahan, pastikan ianya jelas: sebutkan: kiri atau kanan, naik atau turun. Membenarkan pelajar untuk mengenal pasti kedudukan tempat yang paling sesuai dalam dewan kuliah/kelas supaya dia boleh melihat dan mendengar dengan jelas. Menjelaskan apa yang berlaku dalam kuliah/kelas, contohnya sebutkan bila anda memerlukan para pelajar untuk mengangkat tangan, menyatakan berapa banyak tangan yang diangkat dsb. Menyediakan struktur kursus dan senarai bacaan terlebih awal supaya pelajar sempat menukarkannya ke dalam Braille Menyediakan notis awal tentang jadual kelas dan/atau penukaran bilik. Membantu pelajar dalam melabel material makmal supaya senang untuk dikenal pasti. Membiasakan pelajar dengan kedudukan dalam kelas atau makmal, mencatat pintu keluar yang terdekat dan mengenal pasti peralatan kecemasan. Memastikan semua informasi visual seperti yang tertulis di overhead, papan tulis atau poster dihuraikan di dalam kuliah/ kelas. Kata kunci, konsep, dan idea utama dalam syarahan/pengajaran perlulah diberi penekanan secara lisan. Memberi penjelasan tentang terma teknikal yang baru diperkenalkan. Tugasan kelas tersedia dalam format elektronik yang membenarkan akses oleh komputer yang dilengkapi dengan voice synthesizers atau peralatan luaran Braille dan juga dijelaskan secara lisan di dalam kuliah/kelas. Membenarkan pelajar menggunakan pita rakaman atau sukarelawan untuk mengambil nota. Membenarkan pelajar menyentuh atau memanipulasi objek yang sedang diajar. Mengubahsuai tugasan, contohnya membenarkan rakan sekuliah menyediakan gambarajah yang diperlukan dalam tugasan Menyediakan format ujian alternatif seperti di dalam Braille Membincangkan terlebih dahulu tentang keperluan khas mengenai

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 39

07-Oct-10 9:16:31 AM

40

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

rombongan atau aktiviti-luar-kelas.

PELAJAR DENGAN MASALAH PENDENGARAN Pekak didenisikan sebagai kecacatan pendengaran yang teruk dan menyeluruh sehinggakan seseorang individu itu terhalang daripada mendengar sebarang bunyi samada dengan menggunakan alat bantu dengar atau pun tidak. Manakala masalah pendengaran pula adalah kecacatan dalam pendengaran secara separa, samada tetap atau pun sementara. Maka individu yang mengalami masalah pendengaran masih ada sisa pendengaran. Walau bagaimanapun, terma masalah pendengaran digunakan secara am apabila berbincang tentang golongan yang pekak dan bermasalah pendengaran. Seperti pelajar-pelajar yang mengalami masalah penglihatan, pelajar-pelajar yang mengalami masalah pendengaran juga berhadapan dengan halangan dalam menyertai aktiviti-aktiviti harian akibat persekitaran yang tidak memahami keperluan mereka. Dalam kajian yang sama mengenai halangan yang dihadapi dan sokongan yang diterima oleh pelajar-pelajar kurang upaya di sebuah IPTA (Hasnah, Mohd. Hana, Mohd. Mokhtar & Norasuzaini 2009), halangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar bermasalah pendengaran adalah:
Halangan Penerangan Ketiadaan jurubahasa isyarat untuk menterjemah kuliah dan tutorial untuk mereka Proses pengajaran dan pembelajaran Ketiadaan tutor bahasa dan pembaca pruf untuk tugasan yang perlu mereka siapkan Memerlukan masa tambahan semasa menduduki peperiksaan iaitu, 30 minit bagi setiap jam Sukar untuk mengakses maklumat terkini di Kemudahan mengakses kampus terutama sekali jika maklumat itu hanya maklumat dihebahkan secara lisan

bersambung...

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 40

07-Oct-10 9:16:31 AM

Memahami Kepelbagaian Pelajar

41

...sambungan Keselamatan Masalah ketika latihan kebakaran diadakan kerana mereka tidak boleh mendengar loceng kecemasan Terdapat pensyarah yang tidak memahami dan tidak mesra-OKU Terdapat rakan yang tidak memahami keperluan mereka dan menganggap mereka sebagai beban apabila melibatkan kerja berkumpulan Terdapat staf sokongan yang tidak memahami keperluan mereka maka timbullah masalah komunikasi semasa berurusan dengan petugas di kaunter

Persekitaran sosial

Demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar bermasalah pendengaran, terdapat beberapa panduan untuk tenaga pengajar, iaitu: Pastikan anda mendapat perhatian pelajar sebelum bercakap. Sentuhan ringan di bahu, lambaian tangan atau isyarat visual akan membantu Jika terdapat penterjemah bahasa isyarat hadir dalam kelas anda untuk membantu menterjemahkan bahasa isyarat, maka anda perlu memahami bahawa proses penterjemahan ke bahasa isyarat akan mengambil masa. Maka pelajar tersebut akan memerlukan lebih masa untuk menerima maklumat, bertanyakan soalan dan/ atau membuat komen Membenarkan pelajar memilih kedudukan dalam dewan kuliah/ kelas yang membantu beliau melihat pengajar, jurubahasa dan juga papan putih tanpa dengan jelas Memaklumkan terlebih dahulu perubahan jadual kelas dan/atau dewan kuliah/kelas Berdiri di mana anda tidak menghalang pemandangan papan putih Syarahan perlu diiringi dengan slaid powerpoint atau nota Kata kunci, konsep, dan idea utama dalam syarahan/pengajaran

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 41

07-Oct-10 9:16:32 AM

42

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

perlulah diberi penekanan secara visual Penjelasan tentang terma teknikal yang baru diperkenalkan haruslah ditambah dengan nota bercetak Menyediakan nota terlebih dahulu supaya pelajar dapat memberi tumpuan kepada syarahan dan bukannya membaca atau menyalin nota dan mengikuti syarahan pada masa yang sama Menggunakan bantuan visual sekerap mungkin, termasuklah sari kata pada video dan lem yang ditayangkan Menggunakan email atau pesanan ringkas dengan pelajar untuk perbincangan.

PELAJAR DENGAN MASALAH PEMBELAJARAN Masalah pembelajaran adalah suatu masalah yang terselindung atau tersembunyi yang disebabkan oleh kecelaruan sistem saraf menerima dan memproses maklumat. Di antara contoh masalah pembelajaran adalah disleksia, disgraa dan diskalkulia. Disleksia merupakan keadaan dimana individu berhadapan dengan kesukaran untuk membaca, mengeja dan menulis serta diiringi dengan masalah tumpuan, menyusun dan ingatan jangka pendek. Dyslexia International (2010) menegaskan disleksia bukanlah disebabkan oleh cara belajar yang salah, keadaan persekitaran yang tidak membantu pelajar berjaya, atau bukan juga kerana tiada motivasi untuk belajar. Berikut adalah di antara ciri-ciri pelajar yang bermasalah pembelajaran: Bermasalah dalam membaca dan menulis Sama cerdas dengan rakan pelajar lain tetapi bermasalah dalam tugasan dan kerja kursus Belajar dengan baik jika diberi penerangan secara lisan tetapi tidak boleh mengikuti arahan bertulis Boleh menyatakan sesuatu dengan baik secara lisan tetapi bermasalah untuk menyatakannya dalam bentuk bertulis, dan Tahu apa yang ingin diperkatakan tetapi sukar mencari perkataan yang sesuai untuk menerangkan perkara tersebut.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 42

07-Oct-10 9:16:32 AM

Memahami Kepelbagaian Pelajar

43

Disgraa merujuk kepada permasalahan dalam menyatakan buah kiran dalam bentuk bertulis dan atau dalam bentuk grak. Biasanya disgraa berkait rapat dengan bentuk tulisan tangan yang teruk. Tulisan individu yang mengalami disgraa sukar untuk dibaca, tidak kemas dan mengandungi kesilapan-kesilapan seperti penggunaan tanda baca yang tidak sesuai, ejaan yang tidak lengkap atau salah dan susun letak ayat yang tidak konvensional. Diskalkulia pula merujuk kepada permasalahan berkaitan matematik, di mana pelajar yang mengalami diskalkulia sering kali menunjukkan permasalahan berkaitan konsep matematik, konsep masa dan konsep turutan termasuk orientasi kiri dan kanan. Kecelaruan ini boleh dikesan apabila pelajar tidak dapat membuat pemprosesan matematik secara visual dan sukar untuk menyusun dan membuat turutan dalam perkiraan. Ini biasanya berlaku dalam situasi yang memerlukan pelajar mengingat formula matematik, namun mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan permasalahan yang dialami mereka. Dalam banyak keadaan, disgraa dan diskalkulia mungkin berlaku secara berasingan atau serentak dengan masalah pembelajaran lain seperti disleksia. Berikut adalah beberapa bentuk sokongan yang boleh disediakan oleh tenaga pengajar kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran: Menyediakan akomodasi semasa peperiksaan seperti membenarkan pelajar mengambil peperiksaan dengan lebihan masa atau pun menyediakan ruang peperiksaan yang lebih kondusif untuk mereka Memberikan mereka lebihan masa untuk menyiapkan tugasan kursus Membenarkan modikasi kepada tugasan kursus dengan membenarkan mereka menyiapkannya dalam mod yang berbeza contohnya tugasan disediakan dalam bentuk rakaman video dan bukan mod pen dan kertas Membenarkan mereka menggunakan alat rakaman untuk mengambil nota kuliah Menggalakkan mereka menggunakan perkhidmatan edit bahasa untuk tugasan mereka

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 43

07-Oct-10 9:16:32 AM

44

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

PELAJAR DENGAN MASALAH KESIHATAN Tidak kurang adanya pelajar yang mungkin mengalami permasalahan yang disebabkan oleh penyakit atau keadaan kesihatan. Dalam keadaan ini ada masanya pensyarah tidak mengetahui bahawa pelajar menghidap atau mengalami keadaan kesihatan yang boleh mengganggu proses pembelajaran pelajar. Antara permasalahan atau keadaan kesihatan yang mungkin wujud adalah sawan, diabetis, sakit jantung, asma, kanser, hepatitis dan berbagai jenis penyakit atau keadaan kesihatan lain. Beberapa perkara boleh membantu pensyarah mengenal pasti pelajar berkaitan terutamanya jika mereka kerap tidak hadir dalam jangka masa yang panjang, memerlukan masa dan tempoh tertentu untuk mendapatkan rawatan, kerap keletihan, kurang tumpuan semasa kuliah, bermasalah dalam pergerakan dan mungkin dalam penglihatan. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sekiranya pensyarah mempunyai pelajar dengan masalah kesihatan dalam kursus masing-masing, iaitu: Menerima pelajar seadanya dan memahami bentuk keperluan khas pelajar serta pelajar tidak dilihat sebagai berpenyakit Memahami bahawa pelajar mungkin tidak dapat menghadiri kuliah kerana mempunyai temujanji dengan doktor atau tidak sihat Memahami bahawa pelajar mungkin perlu mengambil ubat yang meninggalkan kesan negatif ke atas mereka Memahami bahawa keadaan kesihatan yang tidak baik menyebabkan pelajar memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyiapkan tugasan Menyediakan bentuk dan ruang yang sesuai untuk penaksiran terutama semasa peperiksaan seperti memohon bentuk kertas peperiksaan yang sesuai dengan pelajar dan ruang berasingan serta masa tambahan kepada Bahagian Pengurusan Akademik.

PELAJAR DENGAN MASALAH KESIHATAN MENTAL Kesihatan mental bukan sahaja bermaksud ketiadaan masalah mental.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 44

07-Oct-10 9:16:32 AM

Memahami Kepelbagaian Pelajar

45

Malah denisi kesihatan mental adalah lebih luas. Ianya didenisikan sebagai kesejahteraan hidup dimana setiap individu mampu mencapai potensi diri, menangani tekanan dalam kehidupan seharian, bekerja secara produktif dan menyumbang kepada masyarakat (World Health Organization, 2010). World Health Organization (WHO) juga menyatakan bahawa separuh daripada kecelaruan mental bermula sebelum usia 14 tahun. Ini bermakna golongan muda juga terdedah kepada kecelaruan mental. Mereka juga berhadapan dengan faktor-faktor sosial dan budaya yang mempunyai impak negatif ke atas kesihatan mental mereka seperti masalah keluarga, transisi kepada kehidupan kampus, toleransi kepada tekanan yang rendah, masalah kewangan dan sebagainya. Kajian yang dijalankan oleh American College Health Association dalam tahun 2008 mendapati bahawa 30% daripada pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara itu menghadapi tekanan yang hebat sehingga mereka mendapati sukar untuk berfungsi dan 49% daripada mereka mengalami anxieti. Tambahan lagi, 10% pelajar di sana juga melaporkan menerima diagnosis dan rawatan untuk depresi dan lebih daripada 6% terkir untuk membunuh diri. Masalah kesihatan mental boleh mendatangkan impak negatif ke atas zikal, emosi, kognitif dan hubungan interpersonal individu. Pelajar yang mengalami tekanan psikologi yang tinggi juga mengalami tahap anxieti yang tinggi apabila menduduki peperiksaan, tidak mempunyai sistem pembelajaran kendiri yang efektif, dan tidak mampu mengurus masa dengan berkesan. Mereka juga mempunyai masalah menaakul maklumat yang menjadi penghalang kepada kejayaan akademik mereka. Maka terdapat ramai antara mereka yang tidak mampu meneruskan pengajian mereka. Sebuah kajian oleh Kessler, Foster, Saunders & Stang (1995) mendapati seramai 4.9 juta pelajar IPT di Amerika Syarikat terpaksa berhenti pengajian disebabkan oleh kecelaruan psikiatri. Kecelaruan mental mencakupi julat masalah yang luas yang dan mempunyai simptom yang berbeza. Ciri-ciri bagi kecelaruan ini terdiri daripada kombinasi pemikiran, emosi, tingkah laku dan perhubungan dengan orang di sekeliling yang abnormal. Antara contoh kecelaruan mental adalah kecelaruan anxieti (anxiety disorder), kecelaruan kurang tumpuan dan hiperaktif (attention decit hyperactive disorder), kecelaruan bipolar (bipolar disorder), kemurungan (depression) dan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 45

07-Oct-10 9:16:32 AM

46

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

skizofrenia (schizophrenia) dan kecelaruan makan (eating disorder). Kebanyakan daripada kecelaruan-kecelaruan ini boleh dirawati dengan kombinasi terapi dan ubat-ubatan. Individu yang mengalami kecelaruan anxieti mudah merasa tegang, bimbang dan gangguan kiran yang berlaku secara berulangulang. Mereka juga mungkin mempunyai gejala-gejala zikal seperti berpeluh, gementar, pening kepala, denyutan jantung yang cepat dan peningkatan tekanan darah. Untuk menangani kebimbangan yang dialami, mereka menghindari situasi-situasi yang menimbulkan kebimbangan tersebut. Individu yang mengalami kecelaruan kurang tumpuan menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian pada tugasan dan menjalani rutin seharian. Adalah susah bagi mereka untuk duduk lama, berdiam diri, dan mengadaptasi diri menurut situasi. Mereka juga menghadapi kesukaran untuk membuat perancangan tentang aktiviti harian mereka dan seringkali mereka bertindak sebelum berkir. Kecelaruan bipolar merujuk kepada keadaan mental yang tidak stabil di mana emosi pesakitnya boleh berubah dengan tidak terduga, yakni mereka mungkin merasa teramat gembira pada suatu ketika dan berubah menjadi teramat murung secara mendadak. Mereka juga mungkin naik angin tanpa sebab. Perubahan mood yang kerap ini merumitkan hubungan mereka dengan orang-orang di sekeliling. Individu yang mengalami kemurungan kurang berminat dan tidak seronok dengan aktiviti-aktiviti seharian, mengalami perubahan berat badan yang signikan, mengalami insomnia atau tidur berlebihan, kekurangan tenaga, tidak mampu untuk memberi tumpuan, mempunyai esteem kendiri yang rendah dan rasa bersalah yang berlebihan serta sering memikirkan tentang kematian atau membunuh diri. Skizofrenia adalah sejenis kecelaruan psikologi di mana pesakitnya mengalami persepsi yang abnormal dan kekeliruan realiti. Individu yang mengalami skizofrenia mendengar bunyi dan suara-suara yang sebenarnya tidak wujud, mengalami paranoia dan delusi yang pelik serta pertuturan dan pemikiran yang tidak keruan. Ada juga yang berpakaian pelik, kurang menguruskan diri, sering menangis, kurang memberikan respons emosi, mendiamkan diri, dan hilang motivasi. Keadaan mereka ini mewujudkan impak yang negatif di dalam hubungan interpersonal dan kerjaya mereka. Individu yang mengalami gangguan makan biasanya mempunyai

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 46

07-Oct-10 9:16:32 AM

Memahami Kepelbagaian Pelajar

47

tabiat makan yang tidak normal yang bukan saja memudaratkan kesihatan mereka malah boleh mengancam nyawa. Mereka mengalami kebimbangan yang ekstrem mengenai berat badan mereka walau pun sebenarnya berat badan mereka adalah ideal. Terdapat tiga jenis kecelaruan makan iaitu Anorexia Nervosa, Bulimia Nervosa dan Berlebihan Makan. Terdapat beberapa panduan yang boleh dipraktikkan oleh tenaga pengajar bagi membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kesihatan mental untuk mencapai kemampuan optimal dalam pengajian mereka, iaitu: Memahami bahawa pelajar ini mungkin berasa tidak selesa mendedahkan secara terperinci tentang masalah mereka. Maka isu mereka perlulah ditangani dengan penuh sensitiviti Sedia berbincang tentang bagaimana masalah yang dialami mungkin mengganggu prestasi akademik pelajar dan apakah bantuan yang diperlukan Menggalakkan pelajar untuk membincangkan masalah mereka dengan kaunselor yang disediakan oleh pihak universiti Memahami bahawa pelajar-pelajar ini mungkin mengalami pening, letih, dan hilang ingatan akibat pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit mereka Semasa peperiksaan, mereka mungkin memerlukan masa tambahan dan/atau tempat peperiksaan yang senyap dan bebas gangguan Membenarkan mereka menggunakan pita perakam di dalam kelas Menimbangkan keperluan mereka untuk mendapatkan masa tambahan untuk menyiapkan tugasan mereka.

PELAJAR PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI Isu utama yang dihadapi oleh individu pintar cerdas dewasa adalah persekitaran yang tidak memahami, tidak menyokong, dan tidak membenarkan diri mereka merasa dihargai (Jacobsen 1999). Pelajar pintar cerdas mempamerkan ciri-ciri tingkah laku unik yang didasari oleh kemampuan mental yang tinggi. Mereka mempamerkan rasa

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 47

07-Oct-10 9:16:32 AM

48

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

ingin tahu yang menebal dan mempunyai daya saing yang tinggi. Mereka juga cekap dan berkemampuan untuk menangani cabaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Setiap individu perlu tahu dan sedar tentang keistimewaan yang dianugerahkan kepadanya agar dia menghargai dan menghormati keistimewaan tersebut. Menerima hakikat tentang keistimewaan diri bukanlah untuk dibanggakan, namun ia untuk diinsa dan disyukuri. Menginsa hakikat bahawa potensi dirinya yang istimewa perlu dibangunkan dan digunakan sebaik mungkin untuk kebaikan bersama sekali gus mencetus dan mencambahkan nilai patriotisma yang mendalam dalam hati sanubari pelajar pintar cerdas dewasa terbabit. Potensi manusia dan pintar cerdas boleh dilihat dalam perspektif potensi kognitif dan kecerdasan intelek. Rosadah, Noriah dan Melor (2009) mendenisikan kecerdasan sebagai kemampuan mental seseorang yang asalnya semula jadi (innate mental ability), dan individu yang cerdas akan mempamerkan tingkah laku yang pintar (smart). Antara perkara-perkara yang dikaitkan dengan pelajar yang mempunyai kecerdasan intelek yang tinggi ialah kesungguhan dalam menjalankan tugas, mementingkan integriti, lebih pantas menyiapkan tugasnya, cepat bosan, kewujudan mereka menaikkan piawai untuk rakan yang lain dan ini tidak disukai oleh rakan-rakan itu, mempunyai pendekatan yang luar biasa dalam melaksanakan sesuatu tugasan, kadang-kadang meminta tugasan tambahan yang boleh mencetuskan permusuhan. Dalam pada itu terdapat juga dalam kalangan pelajar berkenaan, mereka yang dianggap kompleks, keterlaluan mementingkan kesempurnaan (perfectionistic), mempunyai banyak perkara yang diminati dan mempunyai banyak kemampuan, amat berminat untuk memikirkan perkara yang bersifat paradoxikal, cenderung mencari makna kehidupan, sangat teruja untuk membincangkan idea-idea, dan ada masanya merasa diri amat berbeza dari orang lain (out of sync with others) apabila tidak dapat menerima pandangan umum sekali gus mempersoalkan peraturan dan kuasa autoriti. Proses perkembangan dari tahap asalnya berpotensi atau berbakat menjadi pintar cerdas yang terbukti cemerlang, berlaku dengan kadar yang pantas serta berkesan sekiranya wujud pemangkin positif di persekitaran dan dari dalam diri individu terbabit. Pemangkin di persekitaran (environmental catalyst) disumbangkan oleh faktor-

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 48

07-Oct-10 9:16:32 AM

Memahami Kepelbagaian Pelajar

49

faktor di sekeliling seperti keluarga, sekolah, mentor, masyarakat, dan komuniti. Kemahiran dan kecekapan seseorang menangani emosinya secara kendiri merujuk kepada pemangkin dalaman (intrapersonal catalyst). Potensi diri, dan elemen pemangkin dalaman serta luaran yang dijelaskan tadi, dianggap sumbangan faktor rezeki (chance factor), ia itu kebarangkalian baik dan buruk yang tidak dapat dikawal. Sistem pendidikan yang mesra pelajar wajar membuka peluang dan memberi ruang serta sokongan kepada pelajar untuk membangunkan potensi diri masing-masing tanpa rasa terancam. Terdapat pelajar yang mempunyai keistimewaan yang berganda. Mereka mempunyai potensi serta kecenderungan dalam lebih daripada satu aspek. Mereka yang pintar logik matematik misalnya kadang-kadang turut menyerlah dalam bidang muzik. Justeru perkara ini perlu disedari agar pelajar diberi peluang dan sokongan untuk membangunkan diri mereka secara holistik.

MENANGANI KEPERLUAN PEMBELAJARAN PELAJAR PINTAR CERDAS Perbincangan tentang keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas akan menyentuh tiga perkara utama iaitu; ciri-ciri tenaga pengajar yang mengajar pelajar pintar cerdas, penyesuaian kurikulum, dan pendekatan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar pintar cerdas. Adalah baik sekiranya tenaga pengajar untuk pelajar pintar cerdas mempunyai ciri-ciri yang sensitif kepada keperluan dan ciri pembelajaran pelajar pintar cerdas. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada tenaga pengajar untuk pelajar pintar cerdas ia lah; sentiasa bersedia dan terurus sekiranya dihujani oleh soalan-soalan yang kritis dan kreatif, mampu membimbing pelajar melakukan pemikiran aras tinggi semasa sesi pengajarannya, berupaya melontarkan soalan dari aras pemikiran yang tinggi, memodelkan kreativiti dalam penyelesaian masalah, memberi perhatian kepada proses dan juga produk pembelajaran, memberi ruang serta menggalak dan membimbing kajian atau penerokaan kendiri, mampu memberi inspirasi serta memotivasikan pelajar dan membuatkan mereka selesa untuk melakukan pembelajaran kendiri, ajar pelajar kemahiran menilai pembelajaran kendiri, dan membangunkan konsep kendiri yang positif dalam kalangan pelajar.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 49

07-Oct-10 9:16:32 AM

50

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Sebaik-baiknya tenaga pengajar ini juga seorang yang boleh dianggap cerdas dan pintar, bertenaga, minat terhadap perkembangan pelajarnya, empati dengan pelajarnya, meletakkan ekspektasi yang tinggi terhadap pelajar, serta memberi sokongan dan membantu pelajar mencapai ekspektasi itu. Pelajar pintar cerdas yang mempunyai keupayaan mental yang tinggi sudah tentu mendambakan cabaran pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan mental tersebut. Justeru, reka bentuk serta penyampaian kurikulum yang sesuai dengan keperluan pembelajaran golongan ini perlulah penuh bertenaga atau menepati apa yang disebut sebagai academic rigor. Kurikulum yang bertenaga merujuk kepada perancangan dan proses mencapai kecemerlangan yang lahir dari ekspektasi tinggi yang berterusan, oleh pengajar terhadap pelajarnya. Struktur dan sistem penyampaian kurikulum yang bertenaga mementingkan matlamat penguasaan isi kandungan kursus yang kompleks secara terperinci. Justeru, ia juga mementingkan sesi pengajaran yang padat, berkesan dan membuahkan pembelajaran yang bermakna. Hasil daripada semua ini, dapat dibuat perbandingan taraf kecemerlangan antara pelajar-pelajar kita yang cemerlang adakah sama dengan pelajar-pelajar cemerlang dari universiti-universiti lain. Sekiranya kandungan kursus dan penyampaiannya tidak mengendahkan academic rigor kita mungkin akan terpaksa mengalah dalam hal ini apabila pelajar-pelajar kita yang cemerlang sebenarnya tidak setanding dengan pelajar-pelajar cemerlang dari institusi lain. Perkara seumpama ini seandainya berlaku, boleh dianggap sebagai fenomena tidak mencapai tahap underachievement dalam kalangan pelajar kita yang berpotensi tinggi. Ini merujuk kepada fenomena di mana pelajar yang mempunyai keupayaan intelek yang tinggi namun mereka tidak mencapai tahap cemerlang dlam pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelajar pintar cerdas bukan sahaja perlu meraikan sifat ingin tahu dalam kalangan pelajar terbabit, malah sifat ingin tahu tersebut perlu dipupuk dan disuburkan dalam kalangan pelajar pintar cerdas berbakat. Justeru rangsang minda mereka untuk bertanya tentang; fenomena, andaian, prinsip dan prosedur. Dalam pada itu, bimbing dan cabar mereka untuk mencadangkan jawapan-jawapan yang mungkin, atau untuk seterusnya menguji cadangan jawapan mereka dengan melakukan eksperimen atau penyelidikan secara sistematik. Selain itu pendekatan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 50

07-Oct-10 9:16:32 AM

Memahami Kepelbagaian Pelajar

51

pendidikan berasaskan hasil (outcome based education), yang antara lain mementingkan kerja berpasukan dan peranan kepimpinan, merupakan antara pendekatan yang baik untuk pelajar pintar cerdas berbakat. Pendekatan ini menjadikan pembelajaran lebih bermakna apabila masalah yang perlu ditangani adalah masalah yang biasa dihadapi dalam kehidupan seharian. Selain itu, pendekatan sebegini boleh membantu perkembangan sosio-emosi dalam kalangan pelajar pintar cerdas, bagi menangani kekurangan dalam perkembangan tersebut yang kerap dialami oleh golongan pelajar terbabit. Kerja berpasukan menyediakan peluang untuk pelajar berinteraksi dan bekerjasama untuk satu tujuan yang disepakati. Ia merupakan wadah untuk pelajar memahami diri sendiri dan saling memahami antara satu sama lain. Antara perkara utama dalam membangunkan kurikulum dan menangani pembelajaran untuk pelajar pintar cerdas ialah tumpuan terhadap kemahiran berkir dan kreativiti. Enam Aras Taksonomi Bloom (Davis & Rimm, 2004) boleh dijadikan panduan untuk tujuan tersebut. Turutan aras pemikiran bermula dari yang paling asas; aras pengetahuan, diikuti oleh kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian. Bagi setiap aras pemikiran dicadangkan kata kunci untuk persoalan atau tingkah laku yang menggambarkan berlakunya pemikiran pada aras-aras tersebut. Selain itu, rangsangan pemikiran boleh dilakukan semasa pengajaran dengan pendekatan kaedah penyoalan Socrates. Kaedah tersebut menarik tumpuan pelajar berkir bagi; mengesahkan, menganalisa andaian, menyoal tentang sebab-musabab dan bukti, menganalisa pemikiran dan pandangan, menganalisa implikasi dan akibat, persoalan tentang soalan itu sendiri (Rujuk jadual 3.1). Walau bagaimanapun suasana sesi pengajaran dan pembelajaran perlu bersifat mesra pelajar dan tidak membuatkan pelajar merasa terancam untuk menjawab atau untuk bertanya soalan. Suara dan warna emosi di dalam sesi pengajaran pembelajaran tersebut perlulah ceria, tidak suram tapi meyakinkan dan menyokong aktiviti dialog soal jawab dan pembelajaran aktif. Bagi menggalakkan kreativiti, minda pelajar diasuh untuk berkir secara luwes, pantas memberi ide, pintar menghurai dan memperinci, sensitif dengan masalah yang perlu kepada penyelesaian pintar, mampu membayangkan dan memanipulasi imej dan ide dalam minda, pintar berkir secara analogi, pintar memahami makna baru serta implikasi

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 51

07-Oct-10 9:16:32 AM

52

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

dan aplikasinya (transformation), dan intuitif. Jadual 3.1 Taksonomi Penyoalan Socrates Contoh soalan untuk mengesahkan. Apakah maksud anda dengan ______________ ? Apakah poin utama anda? Boleh saudara beri contoh? Boleh saudara perjelaskan lagi? Bagaimana ______ dikaitkan dengan _______ ? Boleh saudari terangkan dengan penjelasan yang berbeza? Pada pandangan anda apakah isu utama di sini? Saudara sila rumuskan apa yang dinyatakan oleh kawan kita tadi? Contoh soalan menganalisa andaian. Apakah andaian saudara? Sebaliknya apakah yang kita boleh andaikan di sini? Anda nampaknya seperti mengandaikan ______. Sila beri justikasinya? Adakah ini kebiasaannya yang akan berlaku? Kenapakah andaian ini benar? Contoh soalan menyoal tentang sebab-musabab dan bukti. Bagaimana kita tahu ini? Adakah sebab yang dinyatakan itu memadai? Adakah anda mempunyai bukti kukuh untuk itu? Adakah anda punyai sebab untuk meragui buktinya? Bagaimana kita boleh tahu yang perkara itu benar? Apakah maklumat lain yang kita perlu tahu? Contoh soalan menganalisa pemikiran dan pandangan Kenapa kita memilih untuk mempunyai pandangan begini dan tidak sebaliknya? Ada sesiapa yang mempunyai pandangan yang berbeza? Kenapa? Bagaimana agaknya hujah mereka yang tidak setuju? Apakah alternatifnya? Bagaimanakah pandangan Ali dan Ahmad dikatakan sama? Contoh soalan menganalisa implikasi dan akibat. Sekiranya itu berlaku, apakah perkara lain yang turut terjejas?
bersambung...

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 52

07-Oct-10 9:16:32 AM

Memahami Kepelbagaian Pelajar

53

...sambungan

Adakah itu benar-benar akan berlaku sebagai akibat, atau itu satu kemungkinan? Kalau ini dan itu sebenarnya terjadi, seharusnya apakah perkara lain yang juga benar terjadi? Contoh soalan tentang soalan itu sendiri. Bagaimana kita boleh tahu tentang itu? Boleh sesiapa tolong jawab soalan ini? Adakah isu ini sama dengan _____? Apakah andaian dalam soalan ini? Kenapakah soalan ini penting? Adakah soalan ini memerlukan anda menilai sesuatu? Adakah kita setuju bahawa inilah persoalannya? Bagi menjawab soalan ini, apakah soalan yang kita perlu jawab dahulu?

MENYEDIAKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN INKLUSIF DI UKM Persekitaran pembelajaran inklusif bertujuan untuk meraikan dan melakukan adaptasi bagi memenuhi keperluan pembelajaran semua pelajar yang ada di kampus. Ia menerima hakikat bahawa pelajarpelajarnya mempunyai julat kepelbagaian keperluan pembelajaran yang lebar. Pendekatan inklusif mengelak dari mengelompokkan pelajar sebagai semua serupa dan memadai dengan pendekatan pengajaran yang tetap. Selain itu pengajaran perlu disediakan agar sesuai untuk semua pelajar. Justeru ia berpaksi kepada prinsip keluwesan dalam aspek-aspek; hasil pembelajaran, kaedah pengajaran, bahan pengajaran, dan penilaian. Bagi pelajar yang tidak dapat melihat misalnya perlu disediakan seorang pembaca yang akan membantu pelajar berkenaan membaca buku-buku rujukan. Apa yang penting pelajar berkenaan tidak terabai pembelajarannya akibat ketidakupayaan yang dialaminya. Kajian yang dijalankan mengenai pengalaman pelajar-pelajar di IPT menunjukkan bahawa tenaga pengajar kurang berpengetahuan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 53

07-Oct-10 9:16:33 AM

54

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

mengenai tanggungjawab mereka terhadap pelajar yang pelbagai, bagaimana untuk berkomunikasi dengan pelajar-pelajar ini dan bagaimana untuk menyediakan keperluan unik mereka (Wolanin & Steele, 2004). Hal ini menyebabkan tenaga pengajar mempunyai sikap yang negatif terhadap pelajar-pelajar yang berkeperluan khas. Sikap negatif ini menjadi halangan utama terhadap kejayaan pengajian mereka (Wolanin & Steele, 2004). Maka tenaga pengajar perlu dibantu untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai tanggung jawab mereka dalam mengajar dan menyelia pelajar-pelajar ini. Di antara kemahiran yang tenaga pengajar perlu ada untuk mengajar dan menyelia pelajarpelajar ini dengan berkesan adalah pengetahuan am mengenai pelbagai kepelbagaian pelajar-pelajar dan pelbagai keperluan khas mereka. Ini bukan bermaksud bahawa tenaga pengajar perlu untuk menjadi pakar dalam memenuhi keperluan-keperluan ini. Memadailah jika suatu komponen khusus mengenai kepelbagaian pelajar dan keperluan mereka dimasukkan ke dalam latihan dalam perkhidmatan bagi tenaga pengajar di sesebuah IPT. Sebuah unit juga perlu ditubuhkan untuk menyokong tenaga pengajar yang memerlukan bantuan samada dengan menyediakan maklumat mengenai kepelbagaian pelajar dan cara-cara memenuhi keperluan khas pelajar-pelajar ini.

KESIMPULAN Penekanan kepada Pendidikan untuk Semua (Education for all) yang dibangunkan oleh United Nations Educational, Scientic and Cultural Organization (UNESCO, 2010) menghasilkan peningkatan bilangan pelajar dengan keperluan khas dalam persekitaran pendidikan tinggi di negara ini. Peningkatan bilangan ini adalah memberangsangkan walaupun masih ada isu dan halangan yang wujud seperti pemahaman dan kesedaran para pensyarah dan kakitangan terhadap keperluan pelajar; dan kesesuaian infra struktur secara zikal dan bukan zikal berkaitan pembelajaran dan pengajaran. Untuk memberikan pengalaman yang bermakna dan optimum dalam konteks kehidupan pelajar dengan keperluan khas di institusi pengajian tinggi, pengetahuan, kesedaran, dan sokongan yang berkaitan perlu ada dalam kalangan semua warga di institusi pengajian tinggi termasuk pensyarah dan kakitangan sokongan, dan pelajar. Ini akan dapat

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 54

07-Oct-10 9:16:33 AM

Memahami Kepelbagaian Pelajar

55

membantu semua warga memahami hak serta keperluan-keperluan pelajar yang seterusnya dapat membantu dari segi perkembangan akademik dan sosio-emosi semua pelajar terutama pelajar dengan keperluan khas .

RUJUKAN Davis, G.A., Rimm, S.B. 2004. Education of the gifted and talented. 5th Ed. Boston: Allyn and Bacon. Dyslexia International. 2010 http://www.dyslexia-international.org/ [16 Februari 2010] Gagne, F. 1995. From giftedness to talent: A developmental model and its impact on the language of the eld. Roeper Review, Dec95, Vol. 18 Issue 2, p103-111. Hasnah Toran, Mohd Hana Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar & Norasuzaini Sujak. 2009. Sokongan dan halangan yang dihadapi pelajar-pelajar kurang upaya di sebuah Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Asean Journal of Teaching & Learning in Higher Education, Vol 1, No 2, 18-29. Jacobsen, M- E. 1999. Counseling gifted adults. Advanced Development; A journal on adult giftedness. Volume 8, http:// www.gifteddevelopment.com/ADJ/advol8.htm [9 Februari 2010] Kazdin A. E, 2000. Encyclopedia of psychology: 8 Volume Set. Amerika Syarikat: American Psychological Disorder. Kessler, R., Foster, C., Saunders, W, & Stang, P. 1995. Social consequences of psychiatric disorders, 1: Educational attainment. American Journal of Psychiatry, 152(7), 1026-1032. Rohaty Mohd Majzub. 2009. Understanding Learner Diversity. Dlm Ramlee Mustapha, Norzaini Azman, & Abdul Razaq Ahmad (pnyt.) Education for diverse learners. Serdang: UPM Press. Rosadah Abd Majid, Noriah Mohd Ishak, dan Melor Md Yunus. 2009. Kepintaran dan pintar cerdas berbakat: Denisi dan makna. Dlm. Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd Majid, Siti Fatimah Mohd Yassin (Penyunting). PERMATApintar: Pengalaman UKM (1932). Selangor: PST Enterprise. Sternberg, Robert J. 1999. Review of General Psychology. Vol 3(4), Dec 1999, 292-316 Streznewski, M. L. K. 1999. Gifted Grownups: The Mixed Blessings

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 55

07-Oct-10 9:16:33 AM

56

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

of Extraordinary Potential. Canada: John Wiley & Sons. The American College Health Association. 2008. Journal of American College Health Vol. 57, No.5, American College Health Association - National College Health Assessment Spring 2008 Reference Group Data Report. www.acha-ncha.org/docs/JACH_ March_2009_SP08_Ref_Grp.pdf [16 Februari 2010) United Nations Educational, Scientic and Cultural Organization. http://www.unesco.org/enefa [16 Februari 2010) World Health Organization. http://www.whoint/features/factles/ mental_health/en/index.html Wolanin, T.R., Steele, P.E. 2004. Higher Education Opportunities for Students with Disabilities: A primer for policymakers. Washington D.C: The Institute for Higher Education Policy

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 56

07-Oct-10 9:16:33 AM

Bimbingan Kemahiran Belajar

BAB 4 BIMBINGAN KEMAHIRAN BELAJAR


Mohamed Amin Embi PENGENALAN Salah satu kemahiran paling penting yang perlu dikuasai oleh pelajar UKM ialah kemahiran belajar kerana pembelajaran dalam pelbagai bentuk dan situasi bermula sebaik bermulanya pendaftaran program pengajian sehinggalah mereka bergraduat. Sebagai pensyarah, kita seharusnya memahami dan mendalami kemahiran belajar yang perlu kuasai oleh setiap pelajar UKM agar kita dapat membantu mengembangkan kemahiran-kemahiran ini dalam diri mereka sepanjang perjalanan mereka berada di UKM. Bab ini bertujuan memerihalkan pelbagai jenis kemahiran belajar yang penting sepanjang tempoh pengajian pelajar berada di UKM kepada pensyarah agar mereka dapat mengembangkannya kepada setiap pelajar kita. DEFINISI KEMAHIRAN BELAJAR Sebelum membincangkan dengan lebih mendalam tentang takrif kemahiran belajar, elok juga kalau kita teliti terlebih dahulu pengertian rangka kemahiran dan belajar. Menurut Kamus Dewan Bahasa, kemahiran boleh didenisikan sebagai kecekapan manakala belajar pula boleh ditakrifkan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui rangsangan-rangsangan, pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ deria, pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak, membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang sepadan dan perubahan tingkah laku. Kemahiran belajar pula biasanya didenisikan sebagai proses

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 57

07-Oct-10 9:16:33 AM

58

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

untuk memperoleh teknik belajar sama dengan adanya guru atau tanpa guru. Menurut Cofeld Moseley, Hall dan Ecclestone (2004), kemahiran belajar boleh juga diertikan sebagai gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperoleh hasil pembelajaran tertentu. Pengalaman kita sebagai pensyarah juga menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif lazimnya merupakan mereka yang mempunyai teknik belajar yang berkesan. Justeru itu, setiap pensyarah di UKM berperanan mengetengahkan kepada pelajar mereka pelbagai teknik kemahiran belajar yang efektif sepanjang tempoh pengajian mereka di UKM. KEPENTINGAN PENDEDAHAN KEMAHIRAN BELAJAR Pelbagai manfaat boleh diperoleh oleh pelajar UKM melalui penguasaan kemahiran belajar (Mohamed Amin, 2000; Kamarul Shukri & Mohamed Amin, 2010). Antara lain, pelajar akan dapat menggunakan celik akal untuk menyelesaikan masalah berkaitan pembelajaran yang wujud, mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan pembelajaran yang baru, membangkitkan kesediaan mereka terhadap isi pelajaran yang akan dipelajari, dan melatih mereka menggunakan persepsi dengan tepat untuk membina cara pemikiran yang rasional. Di samping itu, kemahiran belajar dapat menyediakan pelajar kemampuan belajar tanpa guru, membolehkan mereka membuat reeksi dan menilai tahap pembelajaran masing-masing serta membolehkan mereka mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam konteks yang berlainan. Teknik-teknik tertentu dalam kemahiran belajar juga dapat meningkatkan pemahaman dan pencapaian pelajar. KESAN PENGUASAAN KEMAHIRAN BELAJAR Pemerhatian umum bahawa penguasaan kemahiran belajar oleh individu pelajar akan memberi kesan yang positif kepada pencapaian mereka sememangnya mempunyai asas yang kukuh. Kemahiran belajar mampu meningkatkan keupayaan belajar dan keupayaan intelek seseorang pelajar. Melalui kemahiran belajar, seorang pelajar mampu belajar dengan cara yang efektif dan proses pembelajaran akan berterusan dalam diri pelajar tersebut. Kemahiran belajar juga biasanya dapat memupuk disiplin belajar di kalangan pelajar seperti

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 58

07-Oct-10 9:16:33 AM

Bimbingan Kemahiran Belajar

59

kemahiran mengurus masa yang melibatkan pelajar membuat jadual waktu belajar untuk pembahagian masa belajar. Perkara ini akan mendisiplinkan pelajar untuk belajar pada masa yang ditetapkan mengikut jadual waktu belajarnya. Pelajar juga akan dapat mengurus masa sehariannya dengan lebih berkesan. Pelajar juga akan dapat mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat dan dari masa ke semasa berupaya meningkatkan daya ingatan kesan daripada mempelajari kemahiran belajar yang betul dan efektif. Penguasaan kemahiran belajar juga akan dapat meningkatkan pencapaian akademik seseorang pelajar dan sekaligus mencapai matlamat pengajiannya di UKM. Pelbagai jenis kemahiran belajar yang dipelajari sepanjang tempoh pengajian mereka juga akan dapat meningkatkan pencapaian individu masing-masing dan membina budaya belajar yang berkesan dan proses pembelajaran sepanjang hayat. PERANAN PENSYARAH Sebagai pensyarah, kita berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada setiap anak didik kita. Dalam bilik kuliah, kita tidak terlepas menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar kita mengikut silibus yang telah ditetapkan dalam setiap program pengajian yang ditawarkan. Proses pengajaran melibatkan pelajar, bahan pengajaran dan kaedah pengajaran. Kita menentukan objektif pembelajaran dalam bilik kuliah dan menyediakan bahan pengajaran dengan menggunakan pelbagai aktiviti atau kaedah pengajaran yang sesuai. Bagi melicinkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah, kita biasanya membimbing pelajar dalam pelbagai aspek seperti membantu dalam mengembangkan potensi mereka, menyedari kelemahan atau kebolehan mereka dan memberi latihan untuk mempertingkatkan prestasi pembelajaran mereka. PERANAN PELAJAR Pelajar adalah individu yang menerima ilmu pengetahuan daripada pensyarah ketika pembelajaran dalam bilik kuliah. Mereka berperanan menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan oleh pensyarah. Dengan kata lain, pelajar perlu mendalami ilmu dan membuat persoalan yang berkaitan dengan isi kandungan yang disampaikan oleh pensyarah. Sebagai individu yang menerima ilmu pengetahuan, pelajar harus merancang pembelajaran dengan baik

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 59

07-Oct-10 9:16:33 AM

60

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

yakni mengurus bagaimana mereka dapat belajar yang berkesan agar dapat mengenal pasti kecenderungan gaya dan strategi pembelajaran mereka, sekaligus meningkatkan pencapaian mereka. Disamping itu, pelajar juga berperanan membuat reeksi kendiri dengan mengenal pasti kelemahan, kebolehan, atau persoalan yang ada dan membuat penilaian pencapaian. Dengan menguasai kemahiran belajar yang betul, pelajar dapat meningkatkan kemahiran belajar mereka dan ini akan memudahkan mereka untuk mendalami ilmu pengetahuan ketika proses pembelajaran berlaku. Cara ini akan membantu mereka mengamalkan cara belajar yang berkesan dan seterusnya dapat meningkatkan daya intelektual mereka. BAGAIMANA MENGEMBANGKAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR? Melalui program-program kecemerlangan akademik yang dianjurkan oleh pihak Fakulti dan Kolej, pelajar perlu diberi motivasi agar dapat meningkatkan kemahiran belajar masing-masing. Motivasi tersebut dapat membantu mereka memahami kepentingan dan kesan positif penguasaan kemahiran belajar terhadap pencapaian akademik mereka. Sebagai orang dewasa, setiap pelajar juga perlu mempunyai jadual waktu belajar sendiri bagi mengurus masa mereka dan masa untuk mengaplikasikan kemahiran belajar yang dipelajari. Secara tidak langsung, mereka dapat memanfaatkan masa dengan lebih berguna dan mendisiplinkan diri untuk belajar dengan lebih berkesan. JENIS KEMAHIRAN BELAJAR Berikut adalah beberapa kemahiran belajar yang boleh dikembangkan kepada pelajar sepanjang pengajian mereka di UKM: Kemahiran dalam proses belajar Ini melibatkan kemahiran membaca, memahami, mengingat dan mengaplikasi. Pelajar harus tahu dan mengamalkan langkah belajar berikut semasa belajar: Menerima dan mendaftar maklumat Memahami apa yang diterima Mengingat apa yang telah dipelajari

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 60

07-Oct-10 9:16:33 AM

Bimbingan Kemahiran Belajar

61

Mengaplikasi apa yang telah dipelajari

Kemahiran menguruskan masa Kemahiran ini adalah kemahiran menyediakan jadual waktu belajar. Pembelajaran cemerlang bergantung kepada masa yang diperlukan untuk belajar dan menguasai sesuatu isi kandungan mata pelajaran. Pelajar lemah memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu berbanding dengan pelajar cemerlang. Pelajar seharusnya boleh menyediakan jadual waktu belajar di kolej atau di rumah. Mereka yang lemah dalam sesuatu subjek juga harus memperuntukkan lebih masa belajar untuk mengulang kaji subjek tersebut. Kemahiran perpustakaan Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat yang dikehendaki. Kemahiran perpustakaan akan membolehkan mereka mencari maklumat yang dikehendaki di perpustakaan. Kemahiran perpustakaan melibatkan pengetahuan sistem klasikasi bahan rujukan, kemahiran dalam merujuk melalui kad katalog atau komputer serta mendapat bahan rujukan daripada rak-rak. Kemahiran memperoleh maklumat Ini melibatkan kemahiran mengenal pasti, mencari, mengakses, mengumpul, menganalisis dan menyimpan maklumat yang diperolehi. Huraian lanjut mengenai kemahiran ini akan dibincangkan dalam bab lain dalam buku ini. Kemahiran membaca Pelajar seharusnya dapat menguasai kemahiran membaca kerana ia akan membantu mereka memilih maklumat yang dikehendaki dan mengenal pasti idea utama atau idea yang penting. Secara umumnya, pelajar boleh didedahkan dengan teknik SQ3R yang merangkumi lima langkah berikut: Skim: Baca sepintas lalu. Question: Menyoal Read: Membaca Recite: Menyebut kembali Review: Menyemak untuk menyemak idea utama yang telah

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 61

07-Oct-10 9:16:33 AM

62

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

dicatatkan Kemahiran membuat nota Sebagai pensyarah kita sering meminta pelajar untuk menyalin nota semasa kuliah berjalan namun lazimnya mereka tidak didedahkan dengan teknik membuat nota yang efektif. Kemahiran ini penting untuk menguasai sesuatu maklumat dan membantu mereka membuat ulang kaji dengan cepat serta mengingat semula isi kandungan yang disampaikan semasa kuliah. Kemahiran mengambil nota bermakna pelajar mencatat maklumat ringkas dan penting sahaja menggunakan pelbagai cara seperti perkataan penting, singkatan, simbol, akronim, lakaran, dan pelbagai bentuk seperti objektif, jadual, carta aliran, gambar rajah Venn dan peta minda. Kemahiran berkir Kemahiran berkir termasuk proses menggunakan minda samada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan atau keputusan dan menyelesaikan masalah. Terdapat pelbagai kemahiran berkir yang boleh dikembangkan kepada pelajar seperti kemahiran berkir secara kreatif dan kritis serta membuat keputusan secara induktif dan deduktif. Kemahiran mengingat Lazimnya, ramai pelajar tidak dapat mengingati semula isi kandungan mata pelajaran yang telah dipelajari mereka untuk jangka masa yang panjang. Umum diketahui bahawa cara paling mudah untuk mengingat ialah melalui ulang kaji secara berstruktur. Namun, pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang pelbagai perlu didedahkan dengan teknik membuat ulang kaji yang berbeza. Kemahiran menulis Kemahiran menulis merupakan antara kemahiran belajar yang paling penting dikuasai oleh pelajar. Ini kerana dalam tempoh pengajian mereka, setiap pelajar tidak akan terlepas menyiapkan tugasan dalam bentuk penulisan akademik. Justeru, sebagai pensyarah, kita perlu membimbing pelajar agar dapat menghasilkan penulisan akademik yang baik dalam bidang pengkhususan masing-masing.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 62

07-Oct-10 9:16:33 AM

Bimbingan Kemahiran Belajar

63

Kemahiran mendengar Mendengar merupakan sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia yang melibatkan aktiviti kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Oleh kerana sebahagian besar isi kandungan program pengajian disampaikan dalam bilik kuliah, pelajar juga perlu didedahkan dengan teknik mendengar yang efektif. Kemahiran menjawab soalan peperiksaan Kemahiran menjawab soalan peperiksaan adalah penting untuk pelajar mendapat markah yang lebih tinggi dan memperoleh keputusan peperiksaan yang baik. Kemahiran ini merangkumi menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif dan subjektif. Sumber Internet tentang kemahiran belajar Terdapat pelbagai maklumat tentang Kemahiran Belajar yang boleh diperoleh dengan melayari Internet. Sebagai pensyarah, kita boleh menggunakan maklumat serta bahan-bahan ini untuk meningkatkan pengetahuan kita tentang kemahiran belajar yang boleh kita kembangkan dalam diri pelajar. Di samping itu, kita juga boleh menyalurkan maklumat ini kepada pelajar agar mereka boleh melayari sumber-sumber ini secara kendiri dan memanfaatkannya sebagai satu strategi ke arah pemantapan pembelajaran sepanjang hayat. Berikut adalah beberapa sumber Internet berkaitan dengan Kemahiran Belajar yang sesuai untuk pelajar UKM:

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 63

07-Oct-10 9:16:34 AM

64

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

How To Study.com (http://www.how-to-study.com/)

Education Atlas (http://www.educationatlas.com/study-skills.html)

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 64

07-Oct-10 9:16:34 AM

Bimbingan Kemahiran Belajar

65

Study Guide & Strategies (http://www.studygs.net/)

HowToStudy.org (http://www.howtostudy.org/resources.php)

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 65

07-Oct-10 9:16:34 AM

66

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Skills4Study (http://www.palgrave.com/skills4study/sitemap.asp)

KESIMPULAN Sebagai rumusan, dapatlah kita simpulkan bahawa sebagai pensyarah kita bukan sahaja berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar, namun, sepanjang tempoh pengajian mereka di UKM, kita juga bertanggungjawab mengembangkan pelbagai kemahiran belajar yang diperlukan oleh setiap pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka. Sebelum mereka bergraduat dari UKM, setiap pelajar UKM perlu dibekalkan dengan pelbagai teknik serta kemahiran belajar berkesan agar mereka boleh berfungsi sebagai pelajar sepanjang hayat atau life-long learners apabila meninggalkan menara gading ini nanti.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 66

07-Oct-10 9:16:34 AM

Bimbingan Kemahiran Belajar

67

RUJUKAN Cofeld, F., Moseley, D., Hall, E., Ecclestone, K. 2000. Learning styles and pedagogy in post-16 learning: A systematic and critical review. London: Learning and Skills Research Centre. Kamarul Shukri Mat The & Mohamed Amin Embi. 2010. Strategi pembelajaran bahasa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Mohamed Amin Embi. 2000. Language learning strategies: A Malaysian context. Bangi: Fakulti Pendidikan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 67

07-Oct-10 9:16:34 AM

68

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 68

07-Oct-10 9:16:34 AM

Penyeliaan Efektif

69

BAB 5 PENYELIAAN EFEKTIF


Salleh Amat Zuria Mahmud

PENDAHULUAN Penyeliaan di institusi pengajian tinggi (IPT) adalah satu bentuk bimbingan yang diberikan oleh seorang pensyarah kepada pelajar dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan, penulisan, serta latihan amalan professional sama ada di peringkat prasiswazah dan juga siswazah. Hubungan penyeliaan merupakan satu interaksi yang sangat istimewa untuk pensyarah. Ini dibuktikan dengan perasaan kepuasan dalam diri ahli akademik jika pelajar seliaannya berjaya bergraduat, apatah lagi dengan keputusan cemerlang. Ia juga merupakan satu kemahiran tahap tinggi kerana melibatkan kemahiran-kemahiran interpersonal seperti komunikasi berkesan, strategi penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Bab ini membincangkan strategi bimbingan penyeliaan yang baik yang berlaku dalam suasana yang positif dan menguntungkan kedua-dua pihak iaitu pelajar dan penyelia. Aspek yang dibincangkan ialah memahami diri anda sebagai penyelia, memahami pelajar yang diselia, dan proses penyeliaan yang berkesan. Sebagai seorang penyelia, anda berperanan membantu pelajar memperoleh suatu pengalaman yang positif sepanjang tempoh mereka mengikuti pengajian di UKM.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 69

07-Oct-10 9:16:34 AM

70

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

JENIS-JENIS PENYELIAAN Antara kegiatan penyeliaan di UKM termasuklah aktiviti latihan ilmiah, kertas projek, tesis, disertasi serta aktiviti praktikum. Penyeliaan Penulisan Latihan Ilmiah ialah untuk pelajar prasiswazah, manakala penyeliaan penyelidikan, penulisan tesis serta disertasi ialah untuk pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah. Bagi program-program yang melibatkan latihan amali dan professional, penyeliaan latihan industri serta praktikum pula dijalankan untuk kedua-dua peringkat pengajian. Buku Etika dan Tatatertib Akademik UKM mendenisikan penyeliaan sebagai proses memberi tunjuk ajar dan bimbingan akademik kepada pelajar bagi memantapkan ideanya untuk menghasilkan satu penulisan tesis yang baik dan berkualiti. Pusat pengajian Siswazah UKM (PPS) juga telah mengeluarkan satu buku garis panduan berkaitan penyeliaan di peringkat siswazah (Garis Panduan Penyeliaan Pelajar Siswazah 2004). Garis panduan ini juga boleh digunakan apabila menyelia pelajar di peringkat prasiswazah. Sebelum meneruskan perbincangan, cuba anda kirkan kembali pengalaman anda diselia semasa menuntut di institusi pengajian tinggi dahulu. Adakah anda mempunyai pengalaman yang manis atau sebaliknya? Adakah anda mempunyai hubungan yang baik dengan penyelia? Adakah penyelia anda bersifat terbuka dengan penyelidikan anda atau anda perlu mengikuti arahan yang diberikan semata-mata? Pengalaman pahit dan manis semasa anda diselia suatu masa dahulu boleh dijadikan sebagai panduan untuk anda menyelia pelajar di bawah seliaan anda sekarang. Mungkin gaya penyeliaan anda sekarang dipengaruhi bagaimana anda diselia suatu masa dahulu? Pengalaman yang positif adalah baik untuk diamalkan. Sebagai pensyarah generasi masa kini, sudah tiba masanya anda memikirkan strategi penyeliaan yang lebih berkesan agar penyeliaan itu nanti akan meninggalkan pengalaman positif bagi anda dan pelajar-pelajar yang bakal diselia.

PERANAN PENYELIA Seseorang penyelia bertanggungjawab untuk membantu pelajar di bawah seliaannya untuk menyelesaikan tugasan dalam proses

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 70

07-Oct-10 9:16:34 AM

Penyeliaan Efektif

71

pembelajaran. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT, 2009) melalui buku Modul Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Baru IPTA telah menegaskan bahawa penyelia berperanan untuk memberi motivasi dan bimbingan kepada pelajar di bawah seliaannya. Modul tersebut menegaskan, peranan penyelia adalah untuk: memberi tunjuk ajar termasuk mengarahkan pelajar kepada sumber yang relevan, mencungkil dan memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajar, mengesan kekuatan dan kelemahan, membetulkan kesalahan pelajar dengan serta-merta dan, memberi penghargaan kepada hasil kerja yang baik (KPT 2009, m.s 138).

Buku panduan penyeliaan pelajar siswazah yang dikeluarkan oleh PPS (UKM) juga menegaskan bahawa penyeliaan berkesan bukan hanya melibatkan proses penyeliaan semata-mata tetapi juga melibatkan pengetahuan tentang pelajar yang diselia, hubungan pelajar dengan penyelia serta kemudahan dan sokongan dalam proses penyeliaan itu sendiri. Oleh itu penyelia memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan tujuan utama pelajar itu diletakkan di bawah seliaan seseorang pensyarah dapat dipenuhi dengan cara yang baik dan berkesan.

PENYELIA SEBAGAI PEMBIMBING Jika anda seorang pelajar, apakah ciri-ciri yang ada pada seorang pensyarah atau penyelia yang menyebabkan anda ingin mendekati dan meminta bimbingan daripadanya? Seseorang yang akan membimbing orang lain perlu bertanyakan soalan-soalan berikut pada diri sendiri: Adakah anda mempunyai kriteria-kriteria seorang pendidik yang baik seperti berakhlak dan berbudi pekerti yang tinggi? Adakah anda seorang yang bertanggungjawab, berkiran positif terhadap sesuatu perkara?

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 71

07-Oct-10 9:16:35 AM

72

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Adakah anda seorang yang kreatif dalam menyampaikan maklumat, berkebolehan menyelesaikan masalah peribadi masalah orang lain, periang, sabar dan penyayang? Adakah anda menghormati budaya masyarakat, merancang, mengatur dan mengendalikan kehidupan sendiri dengan baik ?

Dalam kaunseling, sifat-sifat khusus seperti empati, menerima tanpa syarat, jujur dan kongruen, dan mesra dan penyayang adalah sangat penting dimiliki oleh kaunselor (Amla, Zuria, Salleh, 2009; Rogers, 1951). Empati dapat di takrif sebagai keupayaan kaunselor merasai apa yang dialami oleh klien. Menerima tanpa syarat pula menggambarkan bagaimana seseorang kaunselor itu menerima seseorang klien itu seadanya atau tidak memandang seorang atau membuat andaianandaian tertentu kepada klien yang datang meminta bantuan. Manakala sifat jujur membolehkan seorang kaunselor memberi bantu kepada klien dengan hati yang terbuka dan tidak berpura-pura semasa bersama klien. Oleh itu, sebagai seorang penyelia, anda juga sebenarnya adalah seorang pembimbing. Untuk membimbing anda seharusnya mempunyai sifat-sifat yang telah dinyatakan. Keupayaan mempengaruhi Sifat-sifat yang disebut di atas ialah asas kepada konsep yang lebih besar iaitu keupayaan mempengaruhi. Dalam proses penyeliaan, ahli akademik seharusnya berupaya mempengaruhi suasana di mana kejayaan sesuatu penyeliaan bukanlah terletak di tangan mereka sahaja. Mereka akan berjaya jika pelajar memberi kerjasama dalam proses penyeliaan tersebut. Pelajar siswazah yang memohon untuk diselia oleh anda, telah maklum tentang bidang kepakaran anda sebelum mereka memohon masuk ke universiti ini. Pelajar akan terus bekerja keras di bawah seliaan anda ataupun sebaliknya mereka akan menarik diri atau memohon menukar penyelia jika mendapati anda bukanlah penyelia hebat yang mereka kagumi sebelum ini. Antara ciri-ciri pengaruh interpersonal yang patut ada pada seorang penyelia dan pembimbing ialah: Menunjukkan minat yang tinggi terhadap projek yang sedang dijalankan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 72

07-Oct-10 9:16:35 AM

Penyeliaan Efektif

73

Mempamerkan dedikasi yang ikhlas untuk mencapai kualiti Menyalurkan bantuan dengan segera untuk menyelesaikan masalah Menyalurkan kepakaran dengan cara positif dan bukan merendahkan pelajar mahupun pensyarah lain Mencari dan memperkenalkan pakar-pakar lain untuk memberi idea yang dapat membantu Menerima cadangan dan maklum balas dengan positif Mengambil kira kepentingan pelajar dalam penyelidikan dan penulisan bersama

Walaupun pensyarah mempunyai pelbagai tugasan lain di universiti, di mata pelajar, pengiktirafan kepada penyelia mereka sebagai orang yang signikan dan berwibawa ialah jika penyelia tersebut memenuhi ciri-ciri di atas. Bayangkan apakah anggapan pelajar jika terpaksa pergi kepada pensyarah lain untuk bantuan dan bimbingan kerana penyelianya terlalu sibuk, tidak komited, tidak dapat dihubungi, tidak berminat ataupun tidak dapat berkomunikasi dengan berhemah. Alangkah ruginya jika pelajar seliaan anda bergraduat dengan pemikiran begini penyelia saya mungkin seorang yang terkenal di universiti, tetapi dia bukanlah orang yang penting dan mempengaruhi perjalanan hidup saya sebagai pelajar. Memahami pelajar Sejauh manakah anda mengenali pelajar anda? Apakah perbezaan yang ketara dari segi aspek psikologi bagi pelajar peringkat sarjana muda dan pelajar sarjana? Ahli psikologi telah membukitkan bahawa setiap manusia mempunyai perbezaan-perbezaan yang tersendiri sama ada dari segi zikal mahu pun psikologinya (Cavanaugh & Kail, 2007; Rosenberg & Kosslyn, 2007; Slavin, 1997). Walaupun mereka dalam umur yang sama tetapi perbezaan dari segi zikal dan psikologi tetap berbeza. Begitu juga sudah tentu ujud perbezaan dari segi psikologi antara pelajar siswazah dan pra siswazah. Norzaini (2009) menyatakan para pelajar dalam institusi pengajian tinggi adalah unik dan mereka membawa pelbagai jenis pengalaman dan motivasi ke dalam situasi pendidikan. Oleh itu sudah semestinya cara penyeliaan seseorang pensyarah harus berbeza apabila menyelia pelajar di bawah

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 73

07-Oct-10 9:16:35 AM

74

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

seliaannya. Ada pelajar yang mudah memahami apa yang dikehendaki oleh penyelia, mudah untuk belajar sendiri dan mungkin ada juga pelajar yang datang bertemu dengan penyelia dengan membawa pelbagai masalah peribadinya. Tahap kematangan Pelajar di peringkat prasiswazah secara umumnya adalah di peringkat awal remaja yang belum matang berbanding pelajar yang mengikuti pengajian peringat siswazah. Pelajar di peringkat sarjana pula akan membawa pengalaman bekerja mereka ke dalam institusi pendidikan tinggi. Ramai pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian peringkat sarjana telah pun berkeluarga. Malah ada juga yang telah berumur melebihi 40 tahun mengikuti pelbagai program di peringkat sarjana di universiti. Ada juga pegawai-pegawai yang menjawat jawatan tinggi di sektor awan dan swasta mengikuti kursus sarjana secara sambilan atau sepenuh masa. Sekiranya penyelia telah mengenali siapakah pelajar di bawah seliaannya maka proses penyeliaan akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Status ekonomi Bayangkan pula seorang pelajar yang anda selia adalah daripada golongan yang kurang berkemampuan. Pelajar tersebut terpaksa bekerja secara sambilan untuk menampung keperluan pembelajarannya di kampus. Mungkin pelajar tidak dapat berjumpa dengan penyelia kerana pelajar juga terpaksa bekerja pada masa yang ditetapkan untuk sesi penyeliaan. Pensyarah mungkin boleh berkata, itu bukan urusan saya, anda tidak hadir sesi penyeliaan bermakna anda akan gagal. Namun demikian sekiranya penyelia benar-benar memahami pelajar ini maka pensyarah boleh mencadangkan waktu-waktu lain yang bersesuaian dengan masa pelajar agar pelajar dapat berjumpa untuk penyeliaan. Lebih daripada itu pensyarah juga boleh memberi nasihat atau bimbingan kepada pelajar ini supaya tidak mengambil sikap sambil lewa terhadap pelajaran yang diikuti di universiti. Pensyarah juga boleh merujuk pelajar ini kepada pihak universiti atau kaunselor agar bantuan dapat diberikan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 74

07-Oct-10 9:16:35 AM

Penyeliaan Efektif

75

Gaya pembelajaran Pelajar di peringkat universiti mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dengan pelajar peringkat sekolah menengah. Corak pembelajaran di peringkat universiti bolehlah dikatakan sebagai pembelajaran dewasa. Antara corak pembelajaran dewasa yang dicadangkan oleh Knowles (1980) adalah seperti pembelajaran berasakan matlamat. Ini bermakna pelajar yang memasuki universiti ini telah mempunyai matlamat yang ingin dicapai. Peranan pensyarah pula lebih kepada pembimbing atau pemudah cara membantu pelajar mendapatkan apa yang diingini. Begitu juga pembelajaran dewasa ini bercorak praktikal atau penggunaan ilmu yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat maka adalah wajar pihak institusi pengajian tinggi menyediakan para pensyarah yang mampu berhadapan terutamanya dalam penyeliaan pelajar yang telah berpengalaman ini. Kepelbagaian budaya Kestabilan negara kita juga telah menarik minat pelajar-pelajar dari semua pelusuk dunia termasuk Asia Barat, Asia Tenggara, Asia Timur, Eropah, Timur Tengah, serta Benua Afrika. Kehadiran pelajar-pelajar antarabangsa memberi cabaran kepada penyelia dalam membina hubungan penyeliaan. Ini kerana terdapat perbezaan dalam berbahasa dan amalan budaya. Sering terdengar keluhan penyelia tentang sikap pelajar luar negara yang kurang sabar, atau kurang berbudi bahasa dalam proses penyeliaan. Keadaan ini terjadi kerana kita telah terdidik dengan amalan budaya Malaysia yang menghargai sikap lemah lembut, bersabar, menghormati orang lain, dan kita mengharap dan menjangka semua pelajar begitu. Sebagai seorang penyelia yang baik, anda perlu bersikap terbuka dan cuba memahami budaya pelajar yang pelbagai. Sekarang cuba kirkan kembali siapakah pelajar-pelajar di bawah seliaan anda. Adakah anda mempunyai masa yang cukup untuk mengenali mereka? Persoalan-persoalan ini akan membantu anda untuk memulakan strategi penyeliaan yang lebih berkesan. Mungkin ada pensyarah atau penyelia bimbang pelajar akan mengambil kesempatan sekiranya penyelia terlalu baik dengan para pelajar. Anda

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 75

07-Oct-10 9:16:35 AM

76

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

bagaimana?

MEMAHAMI ISU-ISU PELAJAR Selain daripada memahami pelajar di bawah seliaan anda, ada baiknya jika para pensyarah memahami serba sedikit isu-isu yang sering dihadapi oleh pelajar di universiti. Zuria (2009) menyatakan pelajar di universiti perlu membuat penyesuaian supaya mereka dapat menerima cara hidup di kampus. Tiga aspek yang dianggap penting ialah aspek penyesuaian akademik, sosial dan emosi (Zuria 2009, ms. 251-253). Penyesuaian akademik Cara pembelajaran di universiti agak berbeza dengan cara pembelajaran di sekolah. Pelajar universiti perlu mampu berdikari dalam mencari maklumat dan tidak terlalu bergantung kepada kuliah pensyarah sahaja. Pelajar perlu memproses maklumat tersebut pada tahap pembelajaran yang lebih tinggi dalam Blooms Taxonomy iaitu aplikasi, sintesis dan analisis. Selain itu, pelajar juga perlu mempunyai pelbagai kemahiran belajar, contohnya pelajar perlu berada di luar kuliah, atau bekerja dalam kumpulan. Oleh kerana pelajaran di universiti juga lebih mengkhusus kepada sesuatu bidang tertentu, pelajar perlu mempunyai minat terhadap bidang tersebut untuk berjaya. Jika pelajar berada dalam bidang yang tidak diminati, terdapat kemungkinan yang pelajar tersebut tidak bermotivasi untuk memberi tumpuan. Untuk berjaya, pelajar juga perlu membina disiplin diri dalam membahagikan masa, serta mempunyai kemahiran dalam cara belajar yang berkesan, persediaan menghadapi ujian, serta penyelesaian tugas pada masa yang ditetapkan. Penyesuaian sosial Salah satu perkara yang dianggap paling menarik bagi pelajar yang baru memulakan kehidupan di universiti ialah kebebasan dari kawalan keluarga. Sebelum memasuki universiti pelajar sentiasa berada di dalam kawalan keluarga dari aspek penjagaan diri sehinggalah pemilihan rakan, sebaliknya apabila berada di universiti pelajar

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 76

07-Oct-10 9:16:35 AM

Penyeliaan Efektif

77

membuat keputusan sendiri dalam segala hal. Kebebasan yang baru diperolehi ini jika tidak ditangani dengan betul, boleh menjadi cabaran yang amat besar sehingga pelajar boleh hilang punca. Pelajar yang tidak mempunyai nilai keluarga yang kukuh berkemungkinan bermasalah dalam memilih dan berhubung secara sihat dengan rakan dan pensyarah. Pemilihan rakan yang tidak sesuai personalitinya boleh menyebabkan pelajar sentiasa berkonik tentang pelbagai perkara sehingga mengganggu proses pembelajaran. Pelajar perlu bijak memilih aktiviti-aktiviti yang sihat dan mendatangkan faedah kepada dirinya. Kajian Zuria, Noriah & Shafrimen (2007) mendapati bahawa pelajar-pelajar lebih banyak berhadapan isu penyesuaian sosial berbanding isu-isu lain. Penyesuaian emosi Cabaran yang dihadapi oleh pelajar universiti boleh memberi impak kepada emosi jika tidak ditangani dengan baik. Antara perkara yang mengganggu emosi pelajar ialah kesunyian bila berjauhan dari keluarga, kerisauan apabila menghadapi peperiksaan, ketidakselesaan tinggal di asrama, ataupun keresahan apabila berkonik dengan seseorang. Kebolehan seseorang menangani emosi mempunyai hubungan dengan kesejahteraan diri. Pelajar yang datang dari latar belakang keluarga yang bermasalah menjadi lebih beremosi apabila berhadapan dengan cabaran-cabaran di kampus. Emosi-emosi negatif seperti risau, marah, takut, curiga, rasa rendah diri serta tidak berkeyakinan menjadi penghalang untuk pelajar mengambil risiko dalam persahabatan mahupun untuk terus maju dalam pembelajaran. Sebaliknya pelajar yang emosinya sejahtera dapat berhadapan dengan masalah dengan penuh keyakinan, menganggap masalah sebagai cabaran, dan melihat kesilapan sebagai peluang belajar. Pelajar ini dapat menerima kekurangan diri, dan akan tabah berusaha memperbaiki diri mereka. Strategi membimbing dan menyelia yang berkesan Pelajar sarjana dan pelajar doktor falsafah yang menulis tesis di UKM berhak mendapat sekurang-kurangnya 20 jam penyeliaan untuk satu semester. Ini bermakna jika dibahagikan dengan 14 minggu dalam

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 77

07-Oct-10 9:16:35 AM

78

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

satu semester, seorang pelajar berhak mendapat antara 30 minit sehingga satu jam penyeliaan seminggu. Secara umumnya penyeliaan dijalankan secara individu di mana pelajar berkenaan mendapat perhatian sepenuhnya dari pensyarah sepanjang waktu penyeliaan. Pada waktu inilah masa yang terbaik untuk pelajar melaporkan tentang perkembangan penyelidikannya, cabaran-cabaran yang dihadapi, bacaan terkini, dan penyelia pula mendengar, memerhati, meneliti hasil kerja pelajar, bertanyakan soalan-soalan membangun, serta memberi pandangan dan idea untuk melancarkan proses. Tidak salah juga bagi pensyarah jika sama-sama mencari maklumat terkini dalam internet semasa penyeliaan tersebut. Jika mereka sedang menulis satu artikel bersama, penyelia juga memeriksa penulisan pelajar dan membuat pembetulan-pembetulan yang perlu. Penyeliaan boleh juga dijalankan secara berkumpulan, sama ada untuk projek penyeliaan latihan ilmiah di peringkat pengajian prasiswazah mahupun tesis siswazah. Selain dari menjimatkan masa, penyeliaan secara berkumpulan ini memudahkan pensyarah untuk mengawal perkembangan penyelidikan di bawah tajuk yang sama. Bagi pihak pelajar pula, penyeliaan secara berkumpulan dapat melatih mereka berkongsi maklumat dan saling membantu antara satu sama lain. Ia juga boleh mengurangkan rasa takut dan bimbang apabila berhadapan dengan penyelia. Kaedah berkumpulan ini lebih sesuai dilakukan bagi pada peringkat permulaan bagi kumpulan pelajar siswazah. Ini dapat dilakukan dalam bentuk seminar atau perbincangan kumpulan. Pembinaan hubungan Aspek yang paling penting dalam proses penyeliaan ialah pembinaan hubungan yang baik antara penyelia dan pelajar yang diselia. Pensyarah harus mempunyai kemahiran interpersonal atau kemahiran berkomunikasi yang baik bagi memulakan penyeliaan. Komunikasi yang tidak berkesan boleh mengganggu kelewatan calon menyiapkan tesis serta boleh menggagalkan tesis tersebut (PPS, 2004). Zuria (2009) telah menyarankan enam strategi ataupun 6D dalam membimbing mentee yang boleh juga diaplikasikan dalam prose membimbing pelajar di bawah seliaan pensyarah untuk membina hubungan yang positif. Strategi 6D ini boleh diubahsuai untuk strategi

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 78

07-Oct-10 9:16:35 AM

Penyeliaan Efektif

79

penyeliaan. Strategi 6D tersebut adalah dekati, dengari, dasari, daya baiki, damping dan dokumenkan. Dekati merujuk kepada peranan pensyarah yang perlu menunjukkan sikap ingin membantu dan memulakan perbualan dan bermanis muka dengan pelajar di bawah seliaannya. Dengari ialah proses mendengar dengan aktif tanpa memberi penilaian terhadap apa yang disampaikan oleh pelajar. Dasari pula ialah proses melihat punca permasalahan dan cabaran. Bagi strategi daya baiki, penyelia boleh melihat kekuatan pelajar dan menggunakannya sebagai penyelesai masalah. Bagaimanapun, Zuria (2009) menyarankan jika mentor mendapati menteenya mempunyai masalah-masalah mental dan emosi yang dalam, mentor bolehlah merujuk mentee tersebut kepada unit kaunseling di universiti. Dalam proses penyeliaan pula pensyarah boleh mencadangkan pelajar yang mempunyai masalah peribadi yang teruk untuk menangguhkan pengajian atau berjumpa kaunselor dan cuba menyelesaikan isu-isu peribadi itu terlebih dahulu sebelum meneruskan penyeliaan akademik bersama pensyarah. Strategi dampingi pula boleh dikaitkan dengan kesediaan pensyarah untuk mengambil tahu tentang perkembangan pelajar di bawah seliaannya sepanjang pengajiannya. Sikap perhatian ini akan dapat menambahkan motivasi pelajar dan seterusnya mewujudkan suatu pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. Sejajar dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak PPS, adalah wajar setiap penyelia mendokumenkan segala maklumat yang berkaitan dengan penyeliaan dan pelajar di bawah seliaannya. Maklumat yang perlu disimpan dalam fail penyeliaan ialah nama, alamat, telefon, e-mail, gambar, dan perkembangan akademik. Dokumentasi ini membantu ahli akademik mengenali dengan lebih dekat pelajarnya dan perkara-perkara yang berlaku sepanjang proses penyeliaan. Terbuka Bagi menjalin hubungan yang baik seseorang perlu mempunyai sikap terbuka. Terbuka bermakna seseorang itu tidak mudah menilai seseorang dengan pelbagai sangkaan yang tidak menentu. Orang yang terbuka mudah menerima pandangan orang lain serta menerima seseorang individu seadanya. Sebagai seorang yang terbuka seseorang

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 79

07-Oct-10 9:16:35 AM

80

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

pensyarah perlu menerima pelajar yang diselianya dengan hati yang terbuka dan cuba memahami pelajar yang diselianya. Sebagai seorang penyelia, kita tidak seharusnya melabel pelajar kita seperti pemalas, suka memberi alasan, tidak bersungguh-sungguh atau pelbagai andaian negatif yang menghalang pembinaan hubungan yang positif. Jika benar pun andaian kita itu maka pelajar tersebut seharusnya dibantu dengan merujukkan pelajar tersebut kepada kaunselor. Dalam kaunseling keadaan ini lebih dikenali sebagai penerimaan tanpa syarat (Amla et al. 2009; Corey 2009; Ivey, Ivey, & Zalaquett 2009) Komunikasi berkesan Komunikasi berkesan melibatkan hubungan dua hala. Oleh itu dalam proses penyeliaan, penyelia dan pelajar perlu bertukar-tukar pandangan dan saling memahami antara satu sama lain. Ini bermakna pelajar tidak hanya menerima apa sahaja yang dinyatakan oleh penyelia. Komunikasi berhemah, menghormati, menghargai, dan mesra dapat membantu mengukuhkan hubungan antara penyelia dan pensyarah. Komunikasi yang berkesan membolehkan pelajar berasa selesa apabila bersama penyelianya. Pelajar akan merasa didengari, difahami, dan disokong dalam usaha-usahanya. Keadaan ini sudah tentunya akan membantu melicinkan proses penyeliaan kerana pelajar akan berasa kurang tekanan walaupun pelbagai kerja berkaitan projek atau penyelidikan perlu diselesaikan. Zuria (2009) menyatakan terdapat segolongan ahli akademik yang pakar dalam bidang mereka, tetapi amat lemah dalam cara berkomunikasi. Mereka lebih gemar memilih perkataan yang melukakan hati dan menggunakan nada suara yang tinggi sehingga menakutkan pelajar. Apabila pelajar berasa takut, sudah tentunya suasana penyeliaan juga tidak akan menyeronokkan. Akhirnya pelajar akan meminta untuk bertukar penyelia. Pelajar boleh ditegur tetapi perlulah dengan cara yang berhemah. Zuria (2009) menyatakan kebanyakan permintaan untuk menukar penyelia tesis ialah kerana kegagalan komunikasi antara penyelia dan pelajar. Bertolak ansur Konik antara penyelia dan pelajar boleh terjadi apabila mereka

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 80

07-Oct-10 9:16:35 AM

Penyeliaan Efektif

81

tidak mencapai persetujuan tentang hala tuju, skop, dan imitasi penyelidikan. Penyelia yang tidak bertolak ansur akan memaksa pelajar menjalankan kajian berkaitan bidang yang diminati penyelia sahaja. Pelajar pula berdegil mahu melakukan kajian yang selesa baginya, ataupun perlu menurut kemahuan penaja mereka. Sepatutnya isu ini diselesaikan sebelum pelajar ditawarkan tempat pengajian, di mana pelajar diminta menghantar usulan penyelidikan kepada panel penilai. Pelajar hanya patut diterima masuk jika fakulti mempunyai pakar yang dapat menyelia pelajar tersebut. Pertukaran penyelia atas pelbagai sebab (seperti konik personaliti, tajuk kajian, perbezaan pendapat) walaupun dibolehkan, akan menimbulkan masalah kepada pelajar sendiri, serta ahli-ahli fakulti yang terpaksa menerima pertambahan jumlah beban penyeliaan.

PENYELIAAN DAN ISU PERIBADI PELAJAR Peranan penyeliaan sememangnya lebih tertumpu pada penyeliaan yang berbentuk akademik dan berorientasikan penyelidikan atau projek yang dijalankan. Namun demikian penyelia juga seharusnya memberi sedikit ruang kepada pelajar di bawah seliaannya untuk berkongsi perkara-perkara peribadi yang boleh mengganggu proses penyeliaan. Sengai contohnya jika pelajar yang diselia telah kematian ahli keluarga, sudah tentunya sikap pelajar pada hari penyeliaan tidak begitu ceria dan muram. Begitu juga jika pelajar tidak dapat hadir oleh kerana sebab yang tidak dapat dielakkan. Maka pelajar perlu diberi peluang untuk berjumpa pada waktu yang lain. Pensyarah tidak perlu risau sekiranya pelajar memberikan pelbagai alasan untuk tidak dapat hadir pada masa penyeliaan atau tidak bersedia semasa penyeliaan. Pensyarah boleh membuat justikasi sama ada pelajar cuba menipu ataupun sebaliknya. Namun demikian jika hubungan antara penyelia dan pelajar adalah baik, isu-isu penipuan atau memberi pelbagai alasan dapat dielakkan. Tidak dinakan terdapat pelajar yang terlalu banyak memberi alasan mengapa mereka tidak maju dalam pelajaran atau penyelidikan. Pelajar perlu diingatkan bahawa pemilihan untuk belajar di universiti ini adalah pilihan pelajar itu sendiri. Pelajar sendiri tahu harapan atau jangkaan oleh pihak universiti apabila menyertai program yang ditawarkan. Secara tidak langsung, penyelia juga membantu

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 81

07-Oct-10 9:16:36 AM

82

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

pelajar untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. Persetujuan penyeliaan Persetujuan untuk menjalankan penyeliaan sebenarnya adalah suatu perjanjian antara pensyarah dan juga pelajar. Sebagai suatu perjanjian maka adalah wajar kedua-dua pihak menghormati dan akur akan perjanjian tersebut. Pertama sekali pensyarah dan pelajar perlu mengadakan satu jadual untuk penyeliaan. Kekerapan perjumpaan bergantung kepada kesesuaian masa pelajar dan pensyarah. Mungkin ada pensyarah yang menetapkan perjumpaan adalah dua kali seminggu ataupun seminggu sekali. Pelajar perlu dididik agar menghormati masa pensyarah. Ini bermakna pelajar tidak wajar datang berjumpa pensyarah pada bila-bila masa sahaja. Mereka perlu diberitahu bahawa pensyarah juga terlibat dalam pengajaran, penyelidikan, penyeliaan pelajar lain serta tugas-tugas pentadbiran. Mungkin anda pernah mendengar pelajar mengatakan terlalu sukar untuk berjumpa seseorang pensyarah tetapi pelajar sendiri tidak pernah membuat temu janji. Pada masa ini pensyarah dikehendaki menampalkan jadual waktu perjumpaan di pintu masing-masing agar pelajar boleh bertemu dan membuat temu janji. Ada ketikanya pensyarah tidak dapat memenuhi temu janji yang telah dirancangkan. Sebagai contohnya mungkin seorang pensyarah terlibat dalam mesyuarat di luar UKM ataupun mungkin terpaksa menghadiri mesyuarat yang tidak dijadualkan. Jika anda terpaksa menunda perjumpaan yang telah dijadualkan, maka adalah wajar anda menghubungi pelajar untuk memaklumkan perkara tersebut. Jika tidak sempat berbuat demikian, anda boleh meninggalkan nota memaklumkan yang anda tidak dapat berada di pejabat pada waktu yang telah ditetapkan. Jangan biarkan pelajar menunggu anda terlalu lama dan jangan pinda waktu perjumpaan dengan sewenang-wenangnya. Cuba anda bayangkan seorang pelajar siswazah yang datang dari jauh untuk mengadakan perbincangan dengan pensyarah tetapi tidak dapat bertemu dengan pensyarah seperti telah dipersetujui. Oleh itu adalah penting bagi pensyarah menyimpan nombor telefon dan e-mail pelajar. Ini tidak bermakna pensyarah memberi muka kepada pelajar. Mungkin ada juga pensyarah yang berkata, pelajar tidak harus dilayan dengan baik takut nanti kepala kita pula yang

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 82

07-Oct-10 9:16:36 AM

Penyeliaan Efektif

83

akan dipijaknya. Pensyarah tidak perlu bimbang untuk menghubungi pelajar jika tidak dapat memenuhi temu janji yang dipersetujui. Sebenarnya pelajar akan lebih menghormati pensyarah apabila pensyarah menghubungi pelajar untuk memaklumkan penangguhan perjumpaan. Penyelia atau pensyarah juga perlu menghormati hak pelajar yang diselianya. Inilah yang dikatakan seorang yang penyelia yang berhemah. Tempat penyeliaan juga adalah penting bagi memastikan suatu penyeliaan yang selesa dapat dijalankan. Secara umumnya penyeliaan wajar dijalankan di bilik pensyarah. Namun demikian penyeliaan juga boleh dijalankan di makmal atau di lapangan tempat penyelidikan dijalankan. Penyeliaan di hotel semasa persidangan atau di luar kawasan pejabat adalah tidak digalakkan kerana ia boleh menimbulkan tnah. Masalah tnah boleh dikurangkan sekiranya perjumpaan penyeliaan tersebut dapat dilakukan dengan lebih daripada seorang pelajar ataupun penyeliaan yang dilakukan secara berkumpulan. Memberi maklum balas Maklum balas adalah aspek yang sangat penting dalam proses penyeliaan. Penyelia adalah pakar dalam bidangnya maka adalah sangat mudah bagi penyelia untuk mengesan kekurangan atau kekuatan sesuatu penyelidikan atau penulisan. Adalah menjadi kewajipan seorang penyelia memberi teguran sama ada positif atau negatif terhadap tesis atau laporan projek yang dikemukakan. Ada pensyarah yang menyatakan bahawa seorang penyelia harus tegas dalam memberi teguran kepada pelajar. Ketegasan memang perlu ujud dalam proses penyeliaan. Apa yang penting ialah pensyarah atau penyelia tidak perlu menjatuhkan air muka atau maruah pelajar kerana tidak berpuas hati dengan apa yang dikemukakan oleh pelajar. Komen-komen negatif haruslah lebih menjurus kepada aspek kelemahan dalam tesis yang dikemukakan dan bukannya dalam bentuk serangan peribadi. Apabila memberi komen negatif penyelia harus menunjukkan kelemahan dalam aspek yang khusus. Sebagai contohnya penyelia boleh menyatakan bilangan responden yang tidak mencukupi atau analisa statistik yang tidak tepat bagi sesuatu persoalan kajian. Komen yang hendak diberikan biarlah secara berhemah. Contohnya, saya dapati bahagian tinjauan kepustakaan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 83

07-Oct-10 9:16:36 AM

84

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

masih boleh diperbaiki, dan bukannya terus membuang keluar atau membaling bahan yang dibawa oleh pelajar kerana anda tidak berpuas hati dengan kajian kepustakaan yang dikemukakan. Kata-kata kesat atau sindiran sinis tidak membantu dalam hubungan yang baik antara pensyarah dan penyelia. Ada juga penyelia yang menghalau pelajar keluar dari bilik kerana tidak berpuas hati dengan perkembangan penulisan yang dibawa oleh pelajar. Kata-kata seperti, awak jangan jumpa saya sehingga awak mendapatkan maklumat berkaitan perkara ini, perlulah dielakkan. Sebaliknya penyelia boleh memaklumkan kepada pelajar dengan berkata, saya harap anda dapat menambahkan maklumat dengan membaca aspek ini dengan lebih mendalam, selepas itu barulah kita bertemu semula. Jika hubungan yang tidak baik ujud antara penyelia dan pelajar maka proses penyeliaan dan pengalaman pembelajaran yang positif tidak akan berlaku kepada pelajar. Memberi komen negatif atau tidak bersetuju dalam pernyataan yang dikemukakan oleh pelajar dalam laporan yang dihantar adalah perkara biasa dalam proses penyeliaan. Namun demikian penyelia seharusnya dapat memberi maklum balas positif dan pujian sekiranya terdapat aspek yang didapati baik dalam penulisan yang dikemukakan. Seperti kebiasaannya, manusia lebih mudah melihat keburukan seseorang daripada melihat kebaikannya. Penyelia boleh menulis perkataanperkataan seperti, idea yang bagus, good point, permulaan yang baik, rujukan yang terkini, baik, well done, idea yang bagus tetapi terlalu panjang, sila kembangkan idea ini, dan sebagainya. Ungkapan-ungkapan ini akan memberi semangat dan motivasi kepada pelajar untuk berusaha dengan lebih baik lagi. Pelajar juga akan lebih menghormati penyelia jika penyelia menghormati pelajar.

ETIKA PENYELIAAN Walaupun garis panduan yang dikeluarkan oleh Pihak Pusat Pengajian Siswazah (PPS 2004) lebih tertumpu pada kod etika penyeliaan di peringkat siswazah, garis panduan itu juga boleh diguna pakai di peringkat pra siswazah. Pihak universiti juga sedang mengemaskinikan Buku Etika untuk kakitangan akademiknya yang secara jelas menerangkan ciri-ciri penyelia yang cemerlang.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 84

07-Oct-10 9:16:36 AM

Penyeliaan Efektif

85

CIRI-CIRI PENYELIA CEMERLANG Seseorang penyelia yang cemerlang seharusnya mempamerkan ciriciri berikut: Menunjukkan komitmen serta disiplin yang tinggi terhadap tugas penyeliaan yang diamanahkan kepadanya. Penyelia seharusnya adalah pakar dalam bidangnya dan selaras dengan bidang pelajar yang diselia. Menepati masa perjumpaan dengan pelajar. Walaupun terlalu sibuk, seseorang penyelia perlu meluangkan masa untuk pelajar di bawah seliaannya mengikut persetujuan antara pelajar dan penyelia. Berusaha memaklumkan kepada pelajar sekiranya tidak dapat memenuhi masa pertemuan yang telah dipersetujui. Sentiasa berinteraksi secara mesra dan profesional terhadap pelajar di bawah seliaannya Mempamerkan sikap prihatin terhadap pelajar semasa proses penyeliaan. Menggalakkan pelajar untuk berinteraksi secara positif semasa proses penyeliaan Melayan semua pelajar di bawah seliaannya secara saksama Memberi pujian serta teguran membina terhadap tugasan yang diajukan oleh pelajar Mengemaskinikan rekod penyeliaan pelajar dari masa ke semasa Memberi maklum balas kepada hasil kerja pelajar dalam tempoh masa yang bersesuaian. Sentiasa bersedia dan boleh menerima maklum balas daripada pelajar semasa perbincangan berkaitan dengan penyelidikan yang dijalankan Menghormati pandangan rakan sekerja dan tidak memburukkan rakan akademik lain terutamanya penyelia bersama. Tidak membincangkan masalah universiti atau masalah-masalah yang tidak berkaitan dengan akademik semasa proses penyeliaan. Memberikan sepenuh tumpuan semasa penyeliaan. Pensyarah atau penyelia tidak seharusnya membuat kerja lain semasa proses penyeliaan Menguasai kemahiran berkomunikasi yang berkesan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 85

07-Oct-10 9:16:36 AM

86

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Bersikap terbuka dan tidak mudah menilai seseorang Memberikan jumlah masa yang munasabah semasa proses penyeliaan. Menghormati pendapat dan pandangan daripada pelajar.

PENYELIAAN SECARA MAYA Selaras dengan perkembangan teknologi, corak penyeliaan juga berubah. Penggunaan teknologi terkini boleh membantu proses penyeliaan terutamanya pelajar yang berada di luar kampus atau yang mengikuti pendidikan jarak jauh. Institusi pendidikan yang menawarkan corak pembelajaran secara maya atau jarak jauh ini mungkin akan menjadi tarikan kepada individu yang mengikuti kursus sambilan, berada di luar kawasan kampus atau berada di luar negara. Di kampus kita sudah tentu ada pelajar yang mengikuti kursus tetapi berada di luar negara ataupun mereka yang mengikuti program secara sambilan dan hanya datang ke kampus seminggu atau sebulan sekali. Maka sudah tentu peluang-peluang untuk berinteraksi bersama penyelia secara maya adalah sangat membantu. Namun demikian sebelum memulakan corak penyeliaan secara maya ini, kedua-dua pihak iaitu pihak pelajar dan penyelia haruslah membuat persetujuan bagaimanakah penyeliaan secara maya ini dapat dijalankan. Sebagai permulaan, adakah anda membenarkan pelajar menghubungi anda melalui telefon jika mereka inginkan nasihat atau bimbingan berkaitan dengan sesuatu perkara. Adakah pelajar boleh menghubungi anda pada bila-bila masa atau anda telah menetapkan waktu-waktu tertentu yang membolehkan pelajar menghubungi anda di pejabat. Mungkin ada juga penyelia yang memberikan nombor telefon peribadi dan membenarkan pelajar menghubungi selepas waktu pejabat. Persetujuan antara penyelia dan pelajar juga adalah perlu sekiranya pelajar dibenarkan untuk menghantar dokumen melalui e-mail. Dengan cara ini pelajar tidak perlu menghantar dokumen secara bercetak. Ini kerana ada juga penyelia yang lebih suka memberi komen atau membuat pembetulan secara terus dalam dokumen yang dihantar oleh pelajar melalui e-mail dan seterusnya menghantar kembali dokumen yang telah diulas. Tidak dapat dinakan pensyarah atau penyelia yang lebih suka

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 86

07-Oct-10 9:16:36 AM

Penyeliaan Efektif

87

proses penyeliaan dilakukan secara bersemuka. Namun demikian penyeliaan secara maya ini boleh meningkatkan hubungan yang positif antara pelajar dan penyelia kerana penyelia memberi ruang untuk pelajar berinteraksi kerana kekangan masa dan jarak yang jauh. Antara program yang boleh digunakan bagi membantu penyeliaan secara maya adalah seperti yahoo messenger, skype dan juga facebook. Begitu juga penyelia boleh mewujudkan kumpulan perbincangan (group e-mail), forum, dan pelbagai bentuk interaksi lain yang boleh didapati secara percuma melalui internet. Sudah tentunya kaedah ini akan membantu pelajar yang berada jauh dari kampus. Namun demikian, penyelia perlulah tegas dalam membenarkan pelajar dalam menggunakan penyeliaan secara maya ini. Sebagai contohnya, sudah tentu tidak wajar sekiranya seorang pelajar menghantar dokumen setebal 50 muka surat melalui e-mail dan meminta maklum balas keesokan harinya. Begitu juga adalah tidak wajar jika pelajar memasuki laman chat pada bila-bila masa setelah mendapati penyelianya berstatus on line. Mungkin pada masa itu pensyarah menggunakan komputernya untuk tujuan lain selain daripada penyeliaan. Oleh itu penyelia boleh mengingatkan pelajar masa untuk penyeliaan yang telah dipersetujui. Sebenarnya dengan persetujuan ini kedua-dua pihak akan lebih menghormati antara satu sama lain dan privasi pensyarah tidak di ceroboh oleh pelajar kerana gara-gara penyeliaan secara maya. Para pelajar harus dididik untuk menghormati masa pensyarah dan tidak seharusnya membebankan pensyarah dengan mengharapkan pensyarah akan sentiasa melapangkan masa untuk mendapatkan bimbingan atau bantuan berkaitan dengan pengajiannya di universiti.

KESIMPULAN Secara keseluruhannya bab ini telah membincangkan strategi penyeliaan yang berkesan. Penyeliaan yang berkesan dapat membantu pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran yang positif sepanjang mengikuti pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara aspek yang penting dalam proses penyeliaan adalah hubungan yang positif antara penyelia dan pelajar. Perhubungan yang baik bukan hanya akan membantu pelajar menyelesaikan tesis, atau disertasi mereka

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 87

07-Oct-10 9:16:36 AM

88

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

dengan baik tetapi juga dapat membantu pelajar mempertingkat perkembangan diri serta membina keyakinan diri. Sebenarnya dalam proses penyeliaan ini pensyarah juga membantu pelajar untuk lebih bertanggungjawab dan membangunkan potensi diri pelajar itu sendiri. Proses penyeliaan membantu seorang pelajar berkembang dengan baik hasil daripada bimbingan yang diberikan oleh pensyarah.

RUJUKAN Amla Salleh, Zuria Mahmud, Salleh Amat. 2009. Bimbingan dan kaunseling sekolah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Cavanaugh, J.C. & Kail, R.V. 2007. Human development: A life span view. Thomson: Belmont, CA. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2005. Modul kursus asa pengajaran dan pembelajaran pensyarah baru IPTA. Shah Alam: Pusat Penerbit Universiti UITM (UPENA) Universiti Kebangsaan Malaysia. 2005. Etika dan tatatertib akademik (edisi ke-2). Bangi: Penerbit UKM Zrosenberg,R. S. & Kosslyn, S. M. 2007. Fundamentals of psychology in context. Pearson: Boston Slavin, R.E. (1997). Educational psychology: Theory and Practice. Needham Heights, MA.: Allyn & Bacon. Zuria Mahmud 2009. Bimbingan dan mentoran. Dalam Mohammed Amin Embi. Panduan pengajaran & pembelajaran berkesan. Pusat Pembangunan Akademik, UKM: Bangi Zuria Mahmud, Noriah Mohd Ishak, Shafrimen (2005), Penyesuaian akademik, sosial, dan emosi pelajar-pelajar di kampus. Jurnal Personalia, 429-435.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 88

07-Oct-10 9:16:36 AM

Bimbingan Penulisan Berkesan

BAB 6 BIMBINGAN PENULISAN BERKESAN


Ismail Sahid

PENDAHULUAN Sebagai seorang ahli akademik di universiti, selain mengajar, pensyarah juga terlibat dalam menjalankan penyelidikan. Usaha penyelidikan yang dijalankan oleh kakitangan akademik amat penting dalam usaha mencari dan menyelesaikan pelbagai masalah. Hasil kajian yang dijalankan tidak memberi banyak faedah dan dimanfaatkan sepenuhnya sekiranya disimpan dalam bentuk laporan sahaja. Hasil penemuan penyelidikan sepatutnya diwar-warkan melalui saluran tertentu kecuali jika hasil penyelidikan tersebut mempunyai kerahsiaan atau nilai komersil sehingga ianya perlu dipatenkan terlebih dahulu. Penerbitan akademik juga akan dapat menjadi panduan kepada penyelidik lain agar tidak mengulangi kajian yang sama tetapi sebaliknya mendalamikan lagi hasil kajian tersebut. Bagi kakitangan akademik, hasil kajian seringkali diterjemahkan dalam bentuk manuskrip yang diterbitkan dalam jurnal, prosiding, monograf dan sebagainya. Di antara medium yang paling penting ialah penerbitan dalam jurnal bertasyih dan berimpak tinggi. Bagaimanapun, bagi penemuan yang perlu dihebahkan segera, mungkin penerbitan melalui prosiding iaitu hasil kompilasi kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar, konferen dan simposium. Penerbitan dalam bentuk prosiding lebih cepat diterbitkan tetapi bergantung kepada kekerapan seminar atau konferen berkenaan dianjurkan. Sekiranya seminar atau konferen yang releven dengan penyelidikan tersebut tidak dianjurkan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 89

07-Oct-10 9:16:36 AM

90

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

dengan kerap, maka adalah lebih baik diterbitkan dalam jurnal. Manuskrip yang dihantar untuk penerbitan dalam jurnal akan melalui proses pentasyihan yang ketat. Oleh itu artikel yang diterbitkan dalam jurnal akan mendapat kredit yang lebih tinggi berbanding dalam prosiding. Pada masa kini, jurnal yang menjadi pilihan ahli akademik ialah jurnal yang mempunyai nilai impak tinggi atau diindeks sama ada dalam ISI atau Scopus. Ketika ini, penerbitan dalam jurnal bermutu telah diguna sebagai satu kriteria kecemerlangan akademik dalam pertimbangan bagi kenaikan pangkat. Bagi pelajar sarjana dan doktor falsafah di UKM dimestikan menerbit artikel dalam jurnal sebelum dipanggil untuk menghadiri peperiksaan lisan. Oleh yang demikian, pelajar perlu memahami cara menulis artikel untuk jurnal.

PEMILIHAN JURNAL Apa yang perlu dilakukan oleh seorang kakitangan akademik sebelum menerbitkan sesuatu manuskrip? Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memastikan dulu sama ada data yang ada mencukupi untuk diterbitkan. Sesuatu manuskrip hanya dianggap mencukupi untuk diterbitkan sekiranya satu kesimpulan dapat dibuat berdasarkan data beberapa kajian yang telah dilakukan. Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh penulis ialah mengenalpasti jurnal mana yang sesuai diterbitkan. Penulis perlu mendapatkan satu contoh jurnal atau panduan menulis untuk jurnal tersebut. Penulis terlebih dahulu penulis perlu memastikan artikel yang hendak dihantar berada dalam skop jurnal berkenaan. Di samping itu penulis perlu meneliti gaya penulisan dan format jurnal berkenaan. Penulis perlu meneliti cara menulis rujukan dalam teks dan bagaimana untuk menulis senarai rujukan. Ini disebabkan jurnal yang berlainan mempunyai cara penulisan rujukan yang berbeza. Terdapat jurnal yang rujukannya menggunakan sistem penomboran. Penggunaan tajuk kecil juga perlu diteliti kerana terdapat jurnal hanya membenarkan penggunaan sehingga dua sub tajuk sahaja. Demikian juga dengan penulisan Hasil dan Perbincangan, kerana terdapat jurnal yang bahagian Hasil ditulis secara berasingan daripada Perbincangan. Oleh yang demikian, contoh artikel yang sudah diterbitkan dalam jurnal bekenaan sangat membantu penulis yang pertama kali ingin

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 90

07-Oct-10 9:16:36 AM

Bimbingan Penulisan Berkesan

91

menghantar ke jurnal tersebut.

ELEMEN DALAM PENULISAN AKADEMIK Perkara berikut perlu ada dalam satu artikel untuk penerbitan, iaitu: Tajuk Abstrak Kata kunci Pendahuluan Hasil dan Perbincangan Kesimpulan Rujukan

Bagaimanapun format yang sebenar perlu dirujuk kepada panduan yang disediakan oleh setiap jurnal. Bagi penulisan tesis UKM, pelajar perlu memastikan mengikut buku Gaya UKM. Secara umum, penulisannya tidak banyak berbeza dengan cara menulis artikel untuk jurnal. Bezanya penulisan tesis lebih panjang dan ada beberapa aspek lain iaitu seperti Kajian Kepustakaan dan Lampiran boleh dimuatkan jika perlu. Tesis boleh berbentuk seperti beberapa artikel jurnal yang terdiri daripada beberapa kajian dan kemudiannya dijadikan seperti satu bab dengan tajuk yang khusus. Pada masa ini, kebanyakan tesis ditulis dalam cara sedemikian. Cara ini memudahkan pelajar apabila hendak menulis artikel jurnal. Pelajar hanya perlu menggubahsuai dan kemudian dihantar untuk penerbitan jurnal. Bagi tesis sarjana yang agak pendek, maka formatnya sama seperti menulis sebuah artikel. Misalnya, semua kaedah diletakkan dalam satu bab yang sama. Tajuk artikel/manuskrip Setiap artikel mesti mempunyai tajuk khusus. Tajuk yang ditulis akan memberi maklumat jelas tentang kandungan tesis/manuskrip berkenaan. Tajuk yang baik mestilah ringkas, padat dan memberi maklumat jelas tentang kandungan tesis/manuskrip .

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 91

07-Oct-10 9:16:36 AM

92

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Penulisan abstrak Ramai pelajar kurang jelas dalam penulisan abstrak. Abstrak merupakan ringkasan kepada kandungan artikel yang ditulis. Panjang sesuatu abstrak tertakluk kepada jurnal tertentu. Seseorang pembaca tidak perlu membaca keseluruhan artikel tetapi mencukupi dengan hanya membaca abstrak, maka pembaca tadi sudah mengetahui kandungan keseluruhan artikel tersebut. Apabila menulis abstrak untuk artikel atau tesis, maka ia perlu mempunyai empat perkara iaitu, tujuan, kaedah, hasil kajian dan kesimpulan. Mulai ayat dengan menyatakan tujuan kajian dilakukan. Tujuan ditulis dalam bentuk yang jelas dan ringkas, mungkin dua ayat sudah mencukupi. Selepas itu pelajar menulis sedikit kaedah kajian dijalankan dan jika kajian dilakukan di lapangan maka elok jika dinyatakan lokasi di mana kajian telah dijalankan. Jika pelajar menggunakan kaedah tertentu, maka disarankan ditulis peralatan khusus yang digunakan. Peralatan biasa seperti penimbang, pH meter tidak perlu ditulis. Sebahagian besar kandungan abstrak terdiri dariapada hasil kajian yang diperoleh. Maklumat tentang hasil boleh mencapai hingga 75% daripada keseluruhan abstrak. Pelajar akan memasukkan hasil-hasil yang signikan dalam abstrak. Di akhir bahagian abstrak perlu ada penutup atau kesimpulan. Pelajar perlu menulis kesimpulan dengan jelas berdasarkan kepada hasil kajian sahaja dan tidak membuat sebarang andaian di luar skop kajian. Teradapat beberapa kesilapan yang acapkali dibuat oleh pelajar iaitu misalnya menulis rujukan dan menulis dalam beberapa paragraph. Rujukan tidak boleh ditulis dalam abstrak walaupun ianya merupakan satu kaedah yang diambil dari pengarang lain. Kata kunci (key words) Untuk tujuan indeks, kebanyakan jurnal meminta diberikan katakunci. Jumlah perkataan katakunci tidak perlu banyak (5 sahaja atau bergantung kepada jurnal). Pelajar perlu memilih katakunci yang sesuai supaya artikel tadi mudah diakses oleh penyelidik lain. Bahagian pendahuluan (Introduction) Bagi penulisan kertas saintik, pelajar akan menulis bahagian

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 92

07-Oct-10 9:16:37 AM

Bimbingan Penulisan Berkesan

93

Pendahuluan selepas abstrak. Bagaimanapun bagi penulisan tesis, ramai di kalangan pelajar menulis Tinjauan Kepustakaan berasingan daripada bab Pendahuluan. Ramai di kalangan pelajar kurang pasti tentang apa yang patut ditulis dalam bahagian Pendahuluan. Bahagian ini lebih merupakan latar belakang berkaitan dengan kajian atau kandungan manuskrip atau tesis yang ditulis. Bagi penulisan tesis, bahagian Pendahuluan tidak perlu panjang iaitu kurang lebih 3 muka surat sudah mencukupi. Mengikut kelazimannya, dalam Pendahuluan mengandungi latar belakang projek, permasalah kajian dan tujuan kajian dijalankan. Untuk tujuan kajian boleh ditulis dalam poin, jelas dan tidak perlu panjang. Bagaimanapun untuk artikel jurnal, tidak perlu panjang dan tujuan ditulis di bahagian akhir dalam bentuk ayat bukan dalam bentuk poin.

TINJAUAN KEPUSTAKAAN Tinjauan kepustakaan bukan seperti menulis esei. Ianya perlu disokong dengan rujukan yang berkaitan. Dalam penulisan tesis, bab ini boleh ditulis dalam bab khusus tetapi ada juga kalangan pelajar yang menggabungkan maklumat bab pendahuluan. Jika pelajar memilih untuk menulis tinjauan kepustakaan secara tersendiri, maka bilangan muka surat seharusnya berpatutan tetapi tidak perlu terlalu panjang. Komponen yang perlu ada dalam bab ini ialah kajian-kajian lepas yang berkaitan yang perlu diselesaikan dan lompang yang perlu ditampung. Ramai di kalangan pelajar hanya menulis maklumat tentang kajian terdahulu tanpa membuat sebarang analisis berkaitan maklumat yang ditulis. Ramai pelajar yang menulis bahagian ini sama seperti esei tanpa memberikan rujukan yang sesuai. Bagi menggelakkan masalah ini, pelajar perlu memasukkan rujukan yang sesuai berkaitan kajian yang dijalankan. Rujukan yang ditulis mestilah merupakan rujukan terkini. Pada masa ini untuk memperoleh rujukan terkini agak mudah kerana banyak rujukan boleh didapati secara dalam talian. Pelajar perlu meneliti format jurnal tentang cara menulis rujukan sama ada menulis angka atau menulis nama penulis artikel. Demikian juga dengan urutan penulis artikel, jika terdapat beberapa rujukan dalam satu ayat.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 93

07-Oct-10 9:16:37 AM

94

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

BAHAN DAN KAEDAH Kaedah menerangkan proses yang dijalankan untuk meneliti tujuan kajian. Bahagian ini menerangkan tentang kaedah yang digunakan dalam kajian yang dijalankan yang membolehkan seseorang penyelidik lain mengulanginya jika menggunakan kaedah yang sama. Menulis kaedah kajian untuk tesis berbeza dengan artikel untuk jurnal. Kaedah untuk tesis ditulis lebih terperinci berbanding artikel untuk jurnal. Kaedah kajian yang ditulis untuk jurnal, tidak perlu ditulis secara terperinci tetapi boleh dengan hanya menulis rujukan sekiranya kaedah tersebut sudah diterima pakai ramai penyelidik lain. Apabila terdapat beberapa kajian yang dijalankan, maka pelajar dinasihatkan menulis ikut urutan dan diberikan sub-tajuk. Kadang kala terdapat kesilapan dilakukan oleh pelajar apabila menulis kaedah dengan menggunakan ayat arahan. Menulis dengan menggunakan ayat arahan sama seperti menulis panduan makmal. Oleh itu pelajar sepatutnya menulis dengan menggunakan ayat pasif. Pelajar boleh menyediakan carta alir atau skema untuk menerangkan tatacara kaedah yang dilakukan. Bagaimanapun, pelajar seharusnya menerangkan secara berayat berkaitan skema atau kaedah yang ditulis. Sekiranya melibatkan penulisan unit, maka gunakan unit metrik iaitu seperti cm, meter, kilogram dan sebagainya. Unit seperti ela, kaki dan ekar perlu dielakkan semasa menulis artikel akedemik. Pelajar sepatutnya menjarakkan sedikit antara angka dengan unit, misalnya 28 cm dan bukan 28cm. Bagaimanapun bagi unit suhu, misalnya 35C, penulisannya dirapatkan. Walaupun ianya nampak mudah tetapi ianya member kesan terhadap kualiti artikel. Bagi jenis kajian yang bersifat kuantitatif, yang memerlukan analisis statistik maka yang demikian perlulah dinyatakan bilangan sampel, replikasi dan jenis analisis yang digunakan. Bilangan sampel yang kecil menyebabkan kesilapan yang tinggi. Oleh itu bilangan replikat mesti sesuai bergantung kepada jenis kajian dijalankan.

HASIL DAN PERBINCANGAN Bahagian ini amat penting kerana di bahagian ini dimuatkan dengan hasil penemuan kajian yang dijalankan. Hasil kajian diolah agar

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 94

07-Oct-10 9:16:37 AM

Bimbingan Penulisan Berkesan

95

pembaca mudah memahami hasil yang dibentangkan. Oleh itu, adalah lebih mudah kepada pembaca bagi memahami jika urutan penulisan ditulis sama seperti urutan yang ditulis dalam bahagian kaedah. Ayat yang tulis tidak terlalu panjang tetapi ianya mesti jelas. Oleh itu, data yang penting sahaja dijelaskan dan tidak perlu semua data diterangkan. Hasil kajian boleh dibentangkan dalam bentuk jadual, geraf garisan, histogram atau carta pie. Pelajar seharusnya tahu memilih dalam bentuk mana data harus dibentangkan. Jadual lebih banyak digunakan untuk membentangkan data. Min beberapa data dimasukkan dalam jadual dan bukannya data mentah. Geraf garisan mungkin lebih sesuai untuk menunjukkan perubahan yang berlaku. Misalnya kesan sesuatu faktor melawan masa atau kepekatan. Data juga boleh dinyatakan dalam bentuk histogram. Histogram lebih sesuai untuk menunjukkan kuantiti atau bilangan melawan sesuatu faktor yang berbeza. Sementara carta pie pula lebih sesuai untuk peratus. Setiap jadual atau rajah yang disediakan dalam teks perlukan tajuk. Tajuk jadual atau rajah mestilah cukup jelas dan boleh berdiri sendiri. Dengan hanya membaca tajuk jadual atau rajah, pembaca boleh memahami maksud jadual atau rajah tersebut. Setiap jadual atau rajah mesti dibincangkan dalam teks. Jika tidak maka jadual/ rajah tersebut tidak memberi apa-apa makna dimuatkan dalam artikel tersebut. Perbincangan hasil setiap jadual/rajah yang dibuat menurut urutan setiap jadual/rajah. Adalah menjadi kelaziman, iaitu tajuk jadual ditulis di atas sebaliknya rajah ditulis di bawah. Perbincangan ialah bahagian di mana anda membincang hasil penemuan dalam bahagian Hasil. Ianya dilakukan dengan mengenalpasti data yang menonjol dalam bahagian Hasil, dan seterusnya menerangkan dan memberi komen terhadap hasil tersebut. Hasil yang diperoleh seharusnya dibincangkan dengan membandingkannya dengan hasil yang pernah dilaporakan sebelum ini. Jika hasil yang diperoleh berbeza dengan jangkaan maka penulis patut menerangkan kenapa berlaku sedemikian. Berikan alasan yang munasabah bagi menyokongnya. Berikan juga rujukan yang sesuai bagi menyokong pernyataan yang diberikan. Jika penulis ingin menunjukkan gambar atau peta maka dimestikan ditulis skala atau atau pembesaran jika gambar tersebut merupakan gambar diambil dengan mikroskop. Ini bagi memudahkan pembaca

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 95

07-Oct-10 9:16:37 AM

96

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

menggambarkan saiz sebenar objek tersebut.

CARA PENULISAN RUJUKAN DALAM TEKS Anda perlu menulis sumber maklumat yang dinyatakan dalam teks. Penulisan rujukan dalam teks semestinya mengikut gaya jurnal yang hendak dihantar manuskrip tersebut. Elok dapatkan panduan penulisan bagi jurnal berkenaan sebelum mula menulis. Sekiranya terdapat beberapa rujukan maka seeloknya diteliti sama ada urutan rujukan berdasarkan kronologi atau abjad pengarang. Terdapat juga jurnal yang menggunakan nombor bukannya nama pengarang. Contoh: Satu pengarang: Hasil kajian ini didapati selari dengan laporan yang dibuat oleh Smith (2004) Peningkatan keasidan tanah melebihi pH8 menyebabkan peratus percambahan merosot (Smith 2004) Dua Pengarang: Prorocentrum minimum has also been responsible for shellsh kills in Japan and the Gulf of Mexico (Okaichi & Imatomi 1989; Steindinger & Tangen 1996). Untuk rujukan mengandungi dua nama, seeloknya dilihat sama ada digunakan tanda & atau `and. Sebagai penulis, kita seharusnya meneliti setiap gaya jurnal berkenaan sebelum menulis manuskrip supaya dapat menggelak kesilapan Tiga pengarang gunakan et al. dengan hanya menulis nama pengarang pertama sahaja. Pelajar tidak perlu menulis ketiga-tiga atau lebih nama pengarang artikel yang dirujuk. Bagaimanapun, harus diingat iaitu dalam rujukan, kesemua nama pengarang mesti ditulis mengikut urutan sama seperti artikel yang dirujuk Contoh: (Okaichi et al. 1989; Stoecker et al. 1979) Dalam contoh di atas ianya mengikut Gaya UKM yang mana ianya disusun mengikut abjad. Terdapat jurnal tertentu yang menyusun mengikut tahun.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 96

07-Oct-10 9:16:37 AM

Bimbingan Penulisan Berkesan

97

MENULIS KESIMPULAN Di bahagian akhir artikel, penulis perlu membuat kesimpulan berdasarkan penemuan yang diperoleh. Kesimpulan yang dibuat mestilah berdasar kajian yang dilakukan sahaja dan tidak membuat andaian berlebihan yang di luar skop kajian. Kesimpulan tidak perlu terlalu panjang. Ramai di kalangan pelajar yang menulis kesimpulan sama seperti menulis ringkasan hasil penemuan.

SENARAI RUJUKAN Semua artikel saintik perlu mempunyai senarai rujukan di akhir artikel. Satu perkara yang sangat penting ialah pelajar seharusnya memastikan bahawa rujukan yang dicatat dalam teks ditulis dalam Rujukan dan sebaliknya. Bagi memastikan tidak ada rujukan yang tertinggal maka semua rujukan perlu disemak dengan teliti. Cara bagaimana menulis rujukan perlu disemak dengan panduan penulisan jurnal berkenaan. Bagi memastikan semua maklumat yang ditulis merupakan fakta terkini, maka seboleh mungkin semua rujukan atau sebahagian besar rujukan tersebut mestilah juga merupakan rujukan terkini. Daripada rujukan yang tercatat akan menunjukkan penulis mengikuti perkembangan terkini dalam bidang ilmunya. Gaya penulisan senarai rujukan perlu mengikuti gaya jurnal berkaitan, iaitu dari segi susunan, susun atau nama pengarang dan sebagainya.

PROSES SEMAKAN Setelah selesai menulis dan sebelum menghantar kepada pengarang jurnal maka seelok-eloknya manuskrip tersebut dibaca oleh rakan yang dalam bidang yang sama atau hampir sama untuk melihat semula fakta, ejaan dan ayat. Jika manuskrip ditulis dalam bahasa Inggeris, proses semakan oleh mereka yang mahir dalam bahasa itu amat penting. Kesilapan nahu dan sebagainya boleh mencacatkan manuskrip dan boleh ditolak oleh sidang editor jurnal berkaitan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 97

07-Oct-10 9:16:37 AM

98

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

PLAGIARISME Dengan perkembangan teknologi sekarang ini, banyak bahan bacaan boleh diperoleh melalui internet. Ini mendorong banyak berlakunya plagiarisme dalam penulisan artikel. Ini tidak bererti kita menolak kemajuan teknologi. Penyalahangunaan teknologi ini kerap dilakukan oleh mereka yang tidak beretika. Mengambil maklumat sama ada data atau pernyataan tanpa menulis nama pengarang asal artikel boleh dianggap sebagai plagiarisme. Berlaku kejadian di mana pelajar mengambil 20 muka surat tanpa mengubah sebarang ayat dan tidak menulis nama pengarang artikel atau buku berkaitan. Ini dianggap sebagai plagiarisme walaupun satu ayat. Plagiarisme dianggap satu perbuatan tidak beretika dalam dunia akademik yang boleh ditamatkan pendaftaran sebagai pelajar jika yang melakukannya seorang pelajar. Oleh itu, elakkan daripada melakukan plagiarisme semasa menulis tesis atau artikel akademik.

KESIMPULAN Menulis artikel atau tesis memerlukan ketelitian dan fokus dan ketajaman pemikiran. Ianya memerlukan pengalaman terutama dalam pengolahan data. Penulis perlu menulis dan menekankan penemuan utama hasil kajian tersebut. Setiap maklumat yang ditulis perlu disokong dengan rujukan yang sesuai. Apa yang sangat penting ialah menggelakkan daripada melakukan plagiarism yang sangat dilarang dalam dunia akademik.

RUJUKAN: Holmes, D., Moody, P. & Dine D. 2006. Research Methods for the Bioscience. New Yok: Oxford University Press. Howard, K. & Sharp, J. A. 1983. The Management of a Student Research Project. Aldershot: Gower. Lebrun, Jean-Lue. 2007. Scietic Writing: A reader and Writers Guide. New Jersey: World Scientic. 223pp.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 98

07-Oct-10 9:16:37 AM

Perkembangan Pelajar Dan Kompetensi Generik

BAB 7 PERKEMBANGAN PELAJAR DAN KOMPETENSI GENERIK


Kadderi Md Desa

PENGENALAN Budaya akademik merupakan falsafah utama dalam penjanaan modal insan yang seimbang dari segi intelek, sosial, keterampilan dan sahsiah. Pembudayaan akademik merupakan teras untuk mencapai kecemerlangan (Kementerian Pengajian Tinggi, 2006). Universiti Kebangsaan Malaysia, dalam mengilhamkan harapan dan mencipta masa depan, bertanggungjawab ke arah membina jati diri Kebangsaan pelajar dan mengambil initiatif strategik dalam penyediaan pelajar untuk berperanan di arena global selari dengan pelan strategik Kementerian Pengajian Tinggi seperti di bawah; Meluas akses dan meningkatkan ekuiti Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran Memperteguh penyelidikan dan inovasi Memperkasa institusi pengajian tinggi Mempergiat pengantarabangsaan Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat Memperkukuh sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi

UKM merancang secara menyeluruh dan terkamir programprogram yang telah dirumuskan melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi dan Pelan Strategik Universiti Kebangsaan Malaysia. Sejak

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 99

07-Oct-10 9:16:37 AM

100

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

penubuhannya pada 18 Mei 1970, UKM telah meletakkan asas yang kukuh dan jelas mengenai misi, visi dan matlamatnya sehingga kini. Menjelang ulang tahun ke-40 penubuhannya, UKM telah melalui beberapa fasa penambahbaikan, penyelarasan dan pemantapan. Cabaran dan peluang telah meletakkan UKM pada landasan yang proaktif dan dinamik, untuk memperolehi momentum dan melonjak ke hadapan. Universiti telah bersedia untuk menghasilkan graduan yang berilmu dan berkeyakinan yang mempunyai jati diri kebangsaan di persada antarabangsa. Cabarannya kepada bakal graduan ialah mengguna sepenuhnya peluang sebagai pelajar UKM untuk melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan mengikut bidang masingmasing serta membangun dan mengembangkan potensi diri untuk kejayaan membina kerjaya dan membina negara bangsa menjadi lebih maju dan terkehadapan.

KEBOLEHPASARAN DAN KEBOLEHUSAHAWANAN Bakal graduan UKM, selain berilmu perlu melengkapi diri dengan berbagai kemahiran atau kompetensi asas. Kompetensi asas ini menjadi atribut atau trait peribadi seorang graduan dan ia menentukan kebolehpasaran seseorang. Kebolehpasaran adalah istilah yang sering diguna sebagai asas pengukur graduan universiti diterima oleh majikan atau industri untuk berkerja selepas mereka menamatkan pengajian. Selain kebolehpasaran, yang sama penting, kalau tidak lebih penting ialah kebolehusahawanan. Jika kebolehpasaran bermaksud berkerja dengan majikan, kebolehusahawanan berkait dengan atribut yang membolehkan bakal graduan mempunyai kekuatan dan kekentalan membina kerjaya sendiri, berinovatif menjadi majikan yang mampu membina kekayaan dan mewujudkan peluang pekerjaan. Dalam perspektif yang lain kebolehusahawanan ialah membina kekuatan dan kekentalan dalam ketahanan diri untuk mencapai target yang ditetapkan baik dalam sukan, akademik atau lain-lain bidang kompetitif yang diceburi sama seperti dalam perniagaan. Memperoleh ijazah yang baik adalah pasport kepada kebolehpasaran dan kebolehusahawan graduan. Graduan yang cemerlang perlu melengkapi kemahiran generik yang diperlukan. Atribut generik ini boleh dibangunkan dan dikembangkan oleh pelajar dengan menyertai

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 100

07-Oct-10 9:16:37 AM

Perkembangan Pelajar Dan Kompetensi Generik

101

aktiviti-aktiviti projek yang disediakan oleh universiti.

PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR Universiti Kebangsaan Malaysia, khususnya Pusat Perkembangan Pelajar meletakan premis pembangunan dan perkembangan pelajar dalam konteks yang boleh dikaitkan dengan peningkatan. Hakikatnya, setiap pelajar yang berpeluang ke UKM adalah golongan yang cemerlang akademiknya, dan telah mencapai tahap kompetensi tertentu. Ramai yang berbakat dan berpotensi untuk dikembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Rajah 7.1:

Premis Pembangunan Kompetensi Dan Perkembangan Bakat Pelajar (1) peringkat pembangunan untuk memulakan pencapaian kompetensi tertentu (2) perkembangan iaitu peningkatan bakat yang dapat diukur dan diiktiraf

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 101

07-Oct-10 9:16:37 AM

102

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Pada masa yang sama ramai juga yang belum memperoleh kompetensi tertentu yang diperlukan di pasaran global yang kompetitif, dan mereka perlu memulakan pembangunan kendiri untuk mencapai kompetensi yang diperlukan. Pembangunan dan perkembangan pelajar merupakan ungkapan yang menjelaskan peluang di UKM untuk pembangunan kompetensi pelajar dan seterusnya perkembangan bakat pelajar sepanjang pengajian di UKM. Rajah 7.1 menunjukkan hubungan antara pembangunan dan perkembangan pelajar yang dikaitkan dengan peningkatan pencapaian. Seterusnya peningkatan dalam pencapaian menjadi asas kepada pengiktirafan yang akan diberikan kepada pelajar.

GOVERNANS PERKEMBANGAN PELAJAR Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil langkah proaktif dan mengujudkan governans yang menggambarkan pengurusan perubahan yang jelas. Sesi 2007/2008 menyaksikan satu anjakan dasar yang begitu strategik telah dipelopori oleh UKM ke arah memantapkan bakal-bakal graduan UKM. Pendekatan komuniti keserakanan kolej (collegiate community) sebagai satu medan pembangunan dan pengembangan pelajar adalah baru yang bersamanya membawa peluang dan cabaran yang berlainan daripada sebelumnya. Buat pertama kali governans kolej akademik diwujudkan dan diletakkan di bawah Pusat Perkembangan Pelajar.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 102

07-Oct-10 9:16:38 AM

Perkembangan Pelajar Dan Kompetensi Generik

103

Rajah 7.2: Perancangan UKM Berpusatkan Pelajar (Petikan daripada Syarahan Naib Canselor 18 Jan 2008) Rajah 7.2 adalah untuk mengenal pasti lima entiti di UKM iaitu Fakulti, Institut dan Pusat, Pusat Perkembangan Pelajar (PPP), Pusat Pengajian Umum (PPU) dan Kolej Akademi. Unit Asas Universiti perlu melaksanakan tiga proses teras iaitu Pendidikan, Penyelidikan dan Khidmat Masyarakat. Kolej Kediaman diiktiraf sebagai entiti akademik dalam membina kompetensi generik pelajar. Dengan pengiktirafan sebagai Unit Asas Universiti dan juga sebagai komponen akademik dalam perkembangan kompetensi pelajar, kolej-kolej kediaman UKM adalah kolej akademi (Syarahan Naib Canselor, 2008) Pada tahun 2007, Majlis Pengetua juga diwujud dengan Naib Canselor sebagai pengerusi untuk membincangkan perkara-perkara dasar mengenai pembangunan pelajar melalui kolej akademik. Mulai tahun 2008 juga, Pengetua-pengetua kolej menjadi Ahli Mesyuarat Ketua-ketua Bahagian (MKB) di Universiti Kebangsaan Malaysia yang memberi penekanan kepada perancangan dasar pada peringkat tinggi universiti.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 103

07-Oct-10 9:16:38 AM

104

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Rajah 7.3: Perancangan pembangunan kompetensi dan perkembangan bakat pelajar dalam fasa membina asas (2007-2010) selaras pelan transformasi UKM Pelan transformasi Universiti Kebangsaan Malaysia yang dapat diringkaskan kepada empat fasa iaitu fasa membina asas, fasa memperoleh momentum, fasa melonjak ke taraf dunia dan fasa menjadi universiti premier dunia. Pusat Perkembangan Pelajar telah merancang selaras dengan pelan transformasi UKM. Dalam Rajah 7.3 iaitu fasa membina asas dari tahun 2007-2010 dapat dilihat beberapa langkah strategik seperti pengujudan Majlis Pengetua dan Bahagian Akademik Kolej sebagai sekretariat Majlis Pengetua dan Pusat Perkembangan Pelajar memperkenalkan konsep kompetensi generik dan seterusnya membangunkan Sistem Pengiktirafan Kompetensi Pelajar (SPKG). Rajah 7.3 juga menunjukkan pelaksanaan kokurikulum yang terawal dimulakan dan dikembangkan dengan sistem penawaran kursus kokurikulum sebagai kursus akademik yang mantap. UKM yang pertama menawarkan kursus akademik kokurikulum sehingga 8 kredit mulai sesi 2009/2010. Tahun 2010 bakal menyaksikan penyepaduan semua aktiviti

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 104

07-Oct-10 9:16:38 AM

Perkembangan Pelajar Dan Kompetensi Generik

105

pelajar sebagai aktiviti kokurikulum. Pelaksanaan kokurikulum akan diselaraskan dengan hasil pembelajaran kompetensi generik dan berdasarkan projek berkredit yang lebih holistik dan liberal.

KOMPETENSI GENERIK Universiti Kebangsaan Malaysia, melalui perancangan Pusat Perkembangan Pelajar, memperkenalkan konsep kompetensi generik pada tahun 2007. Kompetensi generik dari segi konsep dan hasrat pelaksanaan dapat dikelaskan bersama dengan kemahiran insaniah atau istilah yang lebih popular soft skills, merupakan atribut atau trait atau kompetensi asas (generik) yang perlu ada pada setiap individu yang ingin mencapai kejayaan. Kompetensi generik adalah kemahiran yang bila diperolehi melalui latihan dan lain-lain akan kekal bersama individu dan berpindah bersama individu jika berpindah kerjaya. Kerangka Kelayakan Malaysia menyatakan dengan jelas hasil pembelajaran program kepada lapan domain seperti di bawah sebagai asas kepada konsep kompetensi generik UKM. Penguasaan ilmu. Kemahiran praktikal (psikomotor). Kaedah saintik, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan autonomi dalam membuat keputusan. Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berkumpulan. Pengurusan maklumat dan kemahiran sepanjang hayat. Ciri-ciri peribadi, etika, perkongsian nilai dan profesionalisme. Tanggungjawab sosial dan akauntabiliti. Keusahawanan dan kemahiran pengurusan.

Di UKM lapan domain Kerangka Kelayakan Malaysia dikembangkan kepada 16 seperti yang disenaraikan di bawah: Pengurusan Ilmu Kemahiran Praktikal (psikomotor) Tanggungjawab Sosial Menghargai Alam Sekitar Etika, Moral dan Profesionalisme

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 105

07-Oct-10 9:16:38 AM

106

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Kerohanian Komunikasi Kepimpinan Kerja Berpasukan Kaedah Saintik, Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Autonomi dalam Pembuatan Keputusan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pembelajaran Sepanjang Hayat Kemahiran Globalisasi Kemahiran Keusahawanan Kemahiran Pengurusan Kepelbagaian Budaya

PROJEK BERKREDIT Hasil pembelajaran kompetensi generik dirancang untuk dicapai melalui pembangunan dan perkembangan pelajar yang terlibat dalam aktiviti projek berkredit bagi melengkapi 8 kredit kokurikulum yang diwajibkan.

Rajah 7.4: Pembangunan Dan Perkembangan Pelajar

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 106

07-Oct-10 9:16:38 AM

Perkembangan Pelajar Dan Kompetensi Generik

107

Rajah 7.4 menunjukkan melalui projek berkredit yang diselaraskan dengan hasil pembelajaran kompetensi generik akan dilaksanakan mengikut host Pusat Kebudayaan, Pusat Sukan, Pusat Keushawanan (dalam proses penubuhan*), kolej dan fakulti. Pusat Perkembangan Pelajar mengurus pelaksanaan projek berkredit dan hasil pembelajaran kompetensi melalui Sistem Pengiktirafan Kompetensi Generik yang dibangunkan oleh Pusat Perkembangan Pelajar dan Pusat Teknologi Maklumat. Semua projek pelajar adalah kokurikulum dan boleh diberikan kredit dengan syarat fokus diberikan kepada hasil pembelajaran kompetensi generik sepanjang tempoh pengajian. Fleksibiliti dalam mengendalikan projek kokurikulum diberikan kepada pelajar di mana pelajar memilih projek yang sesuai dengan keperluan melengkapi hasil pembelajaran kompetensi generik dan perkembangan bakat. Pengukuran pencapaian kokurikulum tidak berasaskan peperiksaan sebaliknya berdasarkan aktiviti projek, termasuk perancangan dan pelaksanaan, penglibatan, persediaan, latihan, dokumentasi dan lainlain.

Rajah 7.5: Hasil Pemelajaran Kompetensi Generik

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 107

07-Oct-10 9:16:38 AM

108

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Rajah 7.5 menunjukkan landasan inovasi dan keusahawanan boleh melibatkan projek yang dijalankan oleh pelajar Fakulti seperti robocon dan melalui kolej seperti Pertandingan Idea MDEC dan melibatkan beberapa aktiviti seperti seminar, pembentukan pasukan, sesi menghasilkan idea dan lain-lain seperti di atas. Program/Jabatan boleh mencadangkan projek untuk didaftarkan sebagai projek kokurikulum mengikut kesesuaian nic di Program/ Jabatan Fakulti masing-masing, seterusnya bertindak sebagai host kepada projek berkenaan. Sebagai contoh projek Robocon adalah nic untuk Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Kolej berkaitan pembangunan kendiri dan membina pasukan multidisiplin untuk inovasi, dan Pusat Kebudayaan dan Pusat Sukan berkaitan perkembangan bakat. Projek-projek berkredit kokurikulum tidak terhad dalam semester sahaja. Dalam kes seperti Projek Silang Budaya yang berkait kemahiran kepelbagaian budaya mungkin dapat dilaksanakan secara padat semasa cuti dalam masa 5 hari penuh yang setara 1 kredit. Seterusnya pendaftaran kursus dapat dilaksanakan dalam semester yang sesuai. LANDASAN (TRACK) UNTUK MEMBANGUN KOMPETENSI DAN BAKAT Pelaksanaan projek kokurikulum berkredit ke arah pencapaian hasil pembelajaran kompetensi generik akan mengikut landasan sama ada berkaitan perkembangan bakat atau pembangunan kendiri atau profesional. Terdapat 9 landasan atau track untuk projek-projek kokurikulum seperti senarai di bawah; Inovasi Keusahawanan Komunikasi Kepimpinan Khidmat Masyarakat Kepelbagaian Budaya Kebudayaan Sukan Alam Sekitar Badan Beruniform

Pelajar boleh memilih projek-projek mengikut landasan yang sesuai setelah selesai dan mengikut kursus pengenalan perkembangan pelajar.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 108

07-Oct-10 9:16:39 AM

Perkembangan Pelajar Dan Kompetensi Generik

109

SPKG (SISTEM PENGIKTIRAFAN KOMPETENSI GENERIK) Semasa kebolehpasaran pelajar dibincangkan, persoalan yang biasa ditimbulkan ialah kemahiran berkomunikasi terutama sekali dalam Bahasa Inggeris. Selain itu kepimpinan, kerja berpasukan, etika dan tanggungjawab, kebolehan membuat keputusan dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan isu kebolehusahawanan. Perkara yang dibincangkan sebenarnya berkaitan kompetensi generik dan SPKG pula diperkenalkan sebagai Sistem Penilaian Kompetensi Generik atas talian. Kompetensi Generik dan SPKG adalah dua aspek yang berbeza tetapi berkaitan. Sebelum SPKG dapat digunakan, konsep kompetensi generik itu perlu difahami terlebih dahulu. SPKG telah dicadangkan semula sebagai Sistem Pengiktirafan Kompetensi Generik. Penekanan sekarang ialah pengiktirafan kepada pelajar yang telah menunjukkan peningkatan. Dengan demikian pelajar yang berusaha mempertingkatkan kompetensi akan diberikan pengiktirafan, sama ada dalam bentuk sijil ataupun sisihan ijazah sebagai nilai tambah kepada ijazah mereka. Dalam konteks kompetensi generik (KG) dan pengiktirafan melalui Sistem Pengiktirafan Kompetensi Generik (SPKG) yang dibangunkan oleh UKM, selain penerapan melalui kursus-kursus fakulti, kolejkolej kediaman merupakan akademi yang, selain mengiktiraf, juga memberi latihan melalui aktiviti projek kolej ke arah perkembangan kompetensi generik pelajar.

KESIMPULAN Dalam usia 40 tahun UKM telah berjaya mengilham harapan mencipta masa depan. Harapan pelajar yang mula mendaftar di UKM dapat dipenuhi. UKM menyediakan segalanya untuk pelajar menimba ilmu

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 109

07-Oct-10 9:16:39 AM

110

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

dan membangun kompetensi dan mengembangkan bakat mereka. Dengan berfokus kepada pelajar, semua perancangan dan pelaksanaan tentunya akan menghasilkan graduan yang yakin, berketrampilan, berjatidiri kebangsaan yang sentiasa membawa kebanggaan UKM di persada antarabangsa.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 110

07-Oct-10 9:16:39 AM

Pengukuhan Pembelajaran

BAB 8 PENGUKUHAN PEMBELAJARAN


Sity Daud Rohaty Mohd. Majzub

PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran adalah dua aspek penting yang saling berhubung kait dalam pendidikan tinggi. Keberkesanan sesuatu pengajaran itu bergantung pada pelbagai faktor. Salah satu dari faktor yang dominan adalah pelajar itu sendiri. Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan pelajar, kurikulum yang disajikan serta iklim yang kondusif dalam bilik darjah. Pembelajaran berasaskan pelajar berasaskan prinsip dan pegangan bahawa pelajar itu penting Pelajar membawa sahsiah dan tret tertentu, pengalaman yang berbeza serta aras kecerdasan berbeza dalam suatu setting pengajaran dan pembelajaran. Input dari pelajar itu memberi gambaran kepada pensyarah serta seterusnya memberi data yang membantunya merancang dan melaksanakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran berasaskan pelajar berbeza dengan konsep pengajaran berdasarkan arahan guru. Dalam menjadikan pengajaran lebih humanistik, pembelajaran berasaskan keperluan pelajar itu perlu diawasi dan diteliti dengan bersungguh sungguh. Ini penting supaya kebajikan pelajar diambil kira dan potensi pelajar boleh diperkembangkan sepenuhnya. Konsep tersebut juga menunjukkan kita mengamalkan pendemokrasian pendidikan dengan memberi tumpuan kepada perbezaan pelajar dan keunikan mereka. Di pihak pengajaran, pensyarah akan menyampaikan ilmu dengan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 111

07-Oct-10 9:16:39 AM

112

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

cara yang tersendiri dengan harapan pelajar dapat mengikutinya dan berjaya melepasi penilaian yang telah ditetapkan. Manakala pembelajaran pula melibatkan komitmen pelajar untuk mendalami ilmu dan memperoleh kemahiran yang menjadi hasrat universiti. Bab ini akan fokus kepada pengukuhan pembelajaran sebagai usaha berterusan untuk menambah baik kualiti pembelajaran yang sedia ada. Salah satunya adalah dengan menonjolkan keperluan masa pembelajaran pelajar atau student learning time (SLT) dalam konteks pembelajaran berasaskan pelajar.

KENAPA SLT? SLT adalah masa pembelajaran berkesan sebagai ukuran kuantitatif bagi semua kegiatan pembelajaran pelajar untuk mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan bagi suatu program pengajian. Masa pembelajaran ini meliputi semua komponen kegiatan pembelajaran yang formal dan bukan-formal, iaitu jumlah masa yang diperlukan oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu komponen kurikulum. Dengan kata lain, jumlah jam bersemuka dengan pensyarah, pembelajaran terarah dan kegiatan kendiri lain yang berkaitan, semuanya ini dikira sebagai beban akademik pelajar. Beban akademik pelajar atau pengisian pembelajaran ini boleh dilihat dari pelbagai sudut. Ia boleh dikira sebagai 8 jam sehari atau 40 jam seminggu atau 670 jam/semester manakala secara nominal ia dikira sebagai 15-16 kredit/ semester (1 kredit bersamaan dengan 40 SLT per semester). Pembahagian SLT boleh memberi kesan kepada kualiti pencapaian pembelajaran pelajar. Ini kerana beban yang terlalu berat boleh menyebabkan prestasi pelajar menurun sekiranya mereka gagal mengurus masa dengan baik. Oleh itu, penting sekali pelajar menguasai teknik pengurusan masa bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan bagi sesuatu kursus yang didaftarkan. SLT boleh juga dijadikan satu instrument pengurusan masa. Terdapat komponen etika dan disiplin dalam usaha pembelajaran itu sendiri. Pelajar didedahkan dengan teknik pengurusan masa yang pintar melalui pembelajaran terarah dan kendiri yang sudah ditetapkan mengikut jumlah kredit yang berpatutan sesuai dengan kemampuan mereka. Pensyarah secara tidak langsung telah membantu pelajar

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 112

07-Oct-10 9:16:39 AM

Pengukuhan Pembelajaran

113

mengurus masa dengan baik dan cekap dengan mengambil kira semua aspek pembelajaran yang berkesan. Keutamaan telah diberikan kepada persediaan memahami kuliah dan menyelesaikan beberapa tugasan dan keperluan kursus yang diperlukan sebagai syarat lulus. SLT juga dapat memberi kemahiran membuat jadual kerja yang konsisten dengan kesediaan masa lapang masing-masing. Pelajar juga ada komitmen lain di luar kampus. Sebagai pelajar, mereka juga perlu bergiat aktif dalam persatuan dan khidmat komuniti yang dapat mendedahkan mereka kepada dunia luar. Adakalanya pelajar terlalu komited dengan aktiviti lain ini sehingga mereka mengambil banyak masa untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Di sini disiplin dalam pengurusan masa memerlukan kemahiran pelajar mengenal pasti keutamaan mereka supaya keterlibatan mereka dalam persatuan dan khidmat komuniti yang penting untuk pembinaan sahsiah tidak menjejaskan prestasi akademik mereka.

PENILAIAN SLT SLT (jam kredit notional) atau masa pembelajaran berkesan memerlukan penyampaian pembelajaran mix mode dan teknik PnP pelbagai yang boleh terdiri daripada kritik dan reeksi jurnal; esei dan tutorial; pembinaan modul dan poster; Website, ICT- based; kerja lapangan dan temu bual; project-oriented problem based learning (POPBL); problem-based learning (PBL); dan research (independent) based study. Beban pelajar bagi 5 kursus 3 kredit per semester adalah sekitar 600 SLT/semester, atau 42-43 SLT seminggu dengan mengambil kira tempoh perkuliahan selama 14 minggu. Kegiatan pembelajaran formal terdiri daripada kuliah (5 kursus x 2 jam = 10 jam), tutoran (5 kursus x 1 jam = 5 jam) dan makmal (2 jam) yang kesemuanya berjumlah 17 jam. Bakinya sebanyak 25 jam (42-17 jam) kalau dibahagikan kepada 5 hari dalam seminggu memberikan independent learning lebih kurang 5 jam sehari.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 113

07-Oct-10 9:16:39 AM

114

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Contoh SLT bagi satu kursus


Pembelajaran terarah /kendiri / bebas Jumlah Masa pembelajaran /kegiatan SLT (14 minggu) 42 jam / sem

Kegiatan Pembelajaran Bersemuka 1.Kuliah 2.Tutoran Pembelajaran Terarah 1. Bacaan Kuliah 2.Persediaan tutoran 3.Kerja lapangan 4.Penggunaan Perisian JUMLAH

Jam Bersemuka

2 jam 1 jam

3 jam /minggu

1 jam

1 jam

6 jam /minggu

84 jam / sem

2 jam

2 jam

3 jam / minggu

6 jam / minggu

9 jam / minggu

126 jam / sem

KEPERLUAN PELAJAR DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PELAJAR Seseorang pelajar di institusi pengajian tinggi mempunyai keperluan tertentu untuk berjaya dan seterusnya memperolehi ijazah. Universiti merupakan menara gading untuk membina pemikir pemikir negara. Sebagai pelajar, mahasiswa juga mempunyai keperluan dalam semua domain iaitu domain intelektual, jasmani, rohani, emosi dan sosial. Pencapaian pelajar adalah bergantung kepada interaksi semua domain tersebut walaupun fokus lebih menjurus kepada domain intelektual. Jika kita mengkaji aspek intelektualnya pelajar perlu cekap berkir secara kreatif dan kritis, berupaya membuat hipotesis dan ramalan serta dapat menyelesaikan masalah. Pelajar perlu cekap mengakses

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 114

07-Oct-10 9:16:39 AM

Pengukuhan Pembelajaran

115

pengetahuan serta mengaplikasikannya dalam konteks semasa. Pelajar perlu bersifat arahan kendiri dan berdikari dalam merancang dan memantau pembelajaran kendiri. Pelajar perlu membina ilmu baru dari penemuan kajian-kajian yang telah dilakukan. Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengamalkan paduan ilmu, amal dan iman pasti memerlukan mahasiswanya yang berupaya bertindak mengabung jalin ketiga domain tersebut. Namun, di samping aspek keperluan pelajar dari sudut kognitif intelektual, universiti juga menghadapi cabaran dengan wujudnya kepelbagaian pelajar yang perlu diambilkira untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang positif dan konstruktif. Pendidik perlu prihatin kepada isu kepelbagaian pelajar agar dapat memahami kesan kepelbagaian kepada hasil pembelajaran.

KEPELBAGAIAN PELAJAR Kepelbagaian pelajar merujuk kepada kelainan pelajar berdasarkan pelbagai faktor. Faktor faktor itu meliputi aras kecerdasan. gender, aptitud, minat, motivasi, stail belajar, latar belakang pendidikan, pengalaman serta status sosio-ekonomi ibu bapa. Di Universiti

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 115

07-Oct-10 9:16:39 AM

116

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

terdapat faktor-faktor tersebut seumpama aras kemasukan kognitif yang berbeza di mana ada pelajar yang lebih tinggi aras kecerdasan dan dikatakan lebih pintar. Ada pula peratus pelajar yang lemah dalam pembelajaran dan terkebelakang dalam pengajian. Taburan normal itu sentiasa wujud untuk menunjukkan kehadiran kepelbagaian (diversiti) tersebut. Pelajar juga berbeza dari segi sahsiah kerana ada pelajar yang mempunyai lokas kawalan diri ke dalam (internal locus of control) berbeza dengan pelajar yang mempunyai lokus kawalan keluar. Contohnya, kepelbagaian berdasarkan gender sering menunjukkan bahawa pelajar lelaki ketinggalan dari segi prestasi akademik. Pelajar perempuan dikatakan lebih berkerja kuat dan lebih berdedikasi dan sistematis. Pelajar perempuan dikatakan lebih selesa dengan sistem peperiksaan daripada lelaki yang bersifat lebih suka bergerak dan menggunakan otot-otot. Faktor kepelbagaian yang membincangkan perbezaan dari segi stail belajar juga ketara dan ini dikupas satu persatu seperti berikut: Dari aspek motivasi pula setiap pelajar dipengaruhi oleh keadaan emosinya masing-masing samada motivasi dalaman atau luaran. Pelajar yang mempunyai motivasi yang rendah dan esteem kendiri yang negatif mungkin tidak boleh memperolehi kejayaan yang tinggi berbanding dengan pelajar yang bermotivasi tinggi dan ada will power untuk memperolehi kejayaan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 116

07-Oct-10 9:16:40 AM

Pengukuhan Pembelajaran

117

PERBEZAAN BERDASARKAN MODALITI PEMBELAJARAN Terdapat tiga kategori stail atau modaliti pembelajaran iaitu: (a) modaliti auditori (b) visual (c) body kinesthetic. Pelajar yang cenderung kepada modaliti auditori suka mendengar dan selesa mendengar pita rakaman sebagai sumber pengajaran. Mereka lebih memberi perhatian kepada suara nada dan tempo guru. Mereka kurang suka membaca dan tidak berapa suka melihat produk visual. Pelajar yang cenderung kepada modaliti visual lebih berminat kepada melihat gambar-gambar, rajah, carta dan buku-buku dengan ilustrasi yang menarik. Mereka selalu menggunakan imej visual untuk belajar. Pelajar yang cenderung kepada modaliti badan atau kinestetik pula suka menggunakan otot-otot dan suka pergerakan .Mereka suka sesuatu projek yang melibatkan mobiliti. Mereka tidak boleh duduk diam tetapi mereka suka bergerak, menari, melaksanakan sesuatu dengan menggunakan tangan dan kaki.

PERBEZAAN BERDASARKAN STAIL KOGNITIF Pelajar juga boleh berbeza berdasarkan stail kognitif. Terdapat tiga kategori stail kognitif iaitu (a) stail berdikari (b) stail bergantung

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 117

07-Oct-10 9:16:40 AM

118

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

(dependent) dan (c) stail kollobratif. Stail kognitif yang bersifat bergantung (dependent) berlaku bila pelajar tiada maklumat dalam pembelajaran dan bergantung kepada guru untuk bimbingan. Pelajar tersebut perlukan banyak latihan berstruktur, arahan guru dan peneguhan dari guru. Guru di sini merupakan pakar dalam subjek atau kursus tersebut. Stail kognitif yang bersifat berdikari (independent) berlaku bila seseorang pelajar ada pengetahuan asas. Pelajar boleh mencari atau mengakses maklumat kursus dengan sendiri tanpa di arah atau dibimbing. Pensyarah perlu memberi maklum balas dan mendengar dengan baik, iaitu pensyarah berperanan sebagai fasilitator. Stail kognitif yang bersifat kolobratif (berkerjasama) berlaku bila pelajar mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan dan ingin kongsinya dengan pensyarah. Dalam konteks ini pelajar dan pensyarah merupakan pembelajar yang berinteraksi dan bertukar kiran. Implikasi stail belajar yang digambarkan ini sudah pasti mempengaruhi cara belajar pelajar dan interaksi pelajar dengan pensyarah . Selain itu, stail kognitif yang kerap juga dibicarakan adalah pelajar yang bersifat (a) analitis dan (b) global. Pelajar dengan stail analitis memproses maklumat secara sekwential dan lojik. Mereka suka fakta dan butiran dalam sesuatu subjek yang diajar. Mereka menyusun fakta secara sistematis. Mereka bersifat kritikal bila membaca sesuatu rencana. Pelajar global pula merupakan pelajar yang lebih suka melihat keseluruhan sesuatu masalah atau cerita. Mereka memproses maklumat secara subjektif dan melihat pola sesuatu. Mereka suka melihat matlamat sesuatu program dan ingin mengetahui hasil atau produk yang tergambar di akhir sesuatu program. Perbezaan pelajar juga boleh disebabkan oleh kepelbagaian kecerdasan seperti yang bincangkan seterusnya.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 118

07-Oct-10 9:16:40 AM

Pengukuhan Pembelajaran

119

PERBEZAAN BERDASARKAN KEPELBAGAIAN KECERDASAN Pelajar berbeza dari segi kecerdasan mereka yang diukur melalui kecenderungan mereka kepada suatu kecerdasan. Howard Gardner yang memperkenalkan konsep kepelbagaian kecerdasan menyatakan terdapat lapan jenis kecerdasan. Kelapan jenis kecerdasan memang terdapat pada seseorang individu tetapi dalam darjah yang berbeza. Kecerdasan ini mempengaruhi bagaimana seseorang pelajar belajar. Jika seseorang pendidik ingin melihat kejayaan pelajarnya maka perhatian perlu diberikan kepada orientasi kecerdasan mereka. .Dengan berbuat demikian pendidik tersebut mengamalkan pengajaran berpusatkan pelajar. Kelapan jenis kecerdasan tersebut dikupas saperti berikut: Kecerdasan Verbal Linguistik - Pelajar yang tinggi skornya dalam kecerdasan verbal inguistik memiliki kecenderungan untuk menulis, membaca dan mendengar. Mereka cekap berkomunikasi dan bertutur dengan baik Kecerdasan Lojiko-matematik - Pelajar yang memiliki kecerdasan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 119

07-Oct-10 9:16:40 AM

120

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

lojiko-matematik yang tinggi suka kepada angka angka, polapola, data numerikal, penyelesaian masalah kaedah saintik dan penaakulan Kecerdasan Ruang - Pelajar yang memiliki kecerdasan ruang yang tinggi suka kepada bentuk, warna, imej dan lukisan Kecerdasan Kinestetik Badan - Pelajar yang memiliki kecerdasan kinestetik badan yang tinggi suka aktiviti yang memerlukan kekuatan, ketangkasan, keluwesan dan koordinasi tangan mata; Kecerdasan Muzikal - Pelajar yang memiliki skor tinggi dalam kecerdasan muzikal suka mendengar muzik, tempo, melodi dan ritma Kecerdasan antaraperibadi - Pelajar yang memiliki kecerdasan antara peribadi yang tinggi cenderung dan suka berkerja dalam kumpulan dan cekap memahami perasaan orang lain dan mahir berkomunikasi Kecerdasan intra-peribadi - Pelajar yang tinggi skornya dalam intra-peribadinya mengetahui kekuatan dan kelemahan dirinya dan membina matlamat dan aspirasinya sendiri. Mereka mahir membuat reeksi kendiri, mempunyai disiplin kendiri dan tenang menghadapi situasi yang mencabar. Mereka mempunyai pengetahuan meta-kognitif yang jelas dan membantu mereka dalam pembelajaran; dan Kecerdasan naturalistik - Pelajar yang mempunyai skor tinggi dalam kecerdasan naturalistik suka mengenalpasti dan mengklassikasi objek yang hidup dan semula jadi. Mereka berminat menganalisa situasi ekoloji dalam persekitaran.

Implikasi applikasi kecerdasan pelbagai yang dipopularkan oleh Howard Gardner ini adalah pendidik perlu mengenal pelajarnya secara lebih dekat serta memahami kecenderungan pelajar mereka. Jika pendidik tahu mengenai jenis kecerdasan seseorang, maka pendidik boleh memberi tugasan atau projek yang sesuai berdasarkan kekuatan kecerdasan pelajarnya.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 120

07-Oct-10 9:16:40 AM

Pengukuhan Pembelajaran

121

PRINSIP PENGAJARAN BERASASKAN PELAJAR Beberapa prinsip telah dikemukakan bagi mengambil kira perbezaan pelajar ini. Pendidik wajib mengenalpasti dan memadankan stail belajar pelajar dengan tugasan atau tugasan yang diberikan. Jika modaliti pelajar adalah visual maka tugasan yang diberi perlulah lebih banyak bahan bacaan. Pensyarah perlu menyediakan bahan untuk pilihan.

Pendidik perlu berkongsi maklumat tentang perbezaan antara pelajar dalam kuliah. Ini kerana bukan semua pelajar sedar adanya perbezaan individu dalam kumpulan yang besar. Pendidik perlu menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran. Tujuannya supaya tidak wujud suasana yang membosankan pelajar. Tugasan perlu diubah untuk menambat minat pelajar. Ini bermaksud selain tugasan bertulis seperti esei, pendidik perlu melaksanakan projek, lawatan dan pembinaan modul pembelajaran Pendidik perlu merancang aktiviti kumpulan supaya pelajar dapat berinteraksi di antara satu dengan lain serta memberi peneguhan kepada rakan sebaya. Pengajaran rakan sebaya (peer teaching) amat digalakkan kerana mereka boleh berkongsi maklumat dan menyelesaikan masalah. Pelajar juga boleh merasa empowered

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 121

07-Oct-10 9:16:40 AM

122

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

dalam urusan pembelajaran. Pendidik perlu menentukan kemahiran dalam kursus yang releven dan sesuai dengan aras kecerdasan pelajar tersebut. Ini bagi memastikan pelajar pintar memperolehi stimulasi yang mencabar dan menarik .Pelajar yang tidak begitu cerdas pula perlu bimbingan dan tugasan pemulihan dan sokongan moral dari pensyarah mereka. Pensyarah boleh merancang satu kontrak bersama pelajar untuk melakar milestone perkembangan pelajar hingga mereka berjaya. Proses ini akan melibatkan analisis tugas yang diperincikan dengan rapi berserta sistem ganjaran yang dicadangkan. Pendidik perlu membekalkan satu repertoire strategi berkir dan menaakul untuk memperolehi hasil matlamat pembelajaran yang kompleks. Oleh kerana pembelajaran adalah berasaskan pengaruh sosial maka interaksi konstruktif perlu diwujudkan antara pelajar dengan rakan serta dengan malim sarjana.

KESIMPULAN Perbezaan individu merupakan suatu senario yang lazim dijumpai dalam setting pembelajaran termasuk Universiti. Perbezaan yang timbul dari kepelbagaian ini perlu difahami secara lebih mendalam untuk menggalakkan pengajaran yang bersifat student-centered. Universiti perlu (a) melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran dari aspek membuat keputusan tentang apa yang perlu dipelajari (b) menghargai setiap keunikan pelajar (c) menghormati perspektif unik setiap pelajar (d) menghormati perbezaan latar belakang setiap pelajar (seperti minat dan pengalaman) dan (e) menganggap pelajar sebagai rakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Akhir kata, dalam memenuhi SLT, pelajar perlu diberi ruang untuk menerokai dunia akademia dalam suasana yang bukan saja kondusif tetapi juga mesrapelajar. Selain pembelajaran dalam kelas, aktiviti kokurikulum dan sukan lasak juga mampu menarik minat pelajar untuk meneroka dunia luar yang menanti mereka selepas tamat pengajian.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 122

07-Oct-10 9:16:41 AM

Pengukuhan Pembelajaran

123

RUJUKAN Bloom, B.S. (ed). 1968. Taxonomy of educational objectives: The Classication of educational goals. New York: Longman Dunn, R, Dunn, K & Price, G.E. (2000). Learning Styles Inventory Manual. Lawrence K.S: Price systems Gardner, H. 1983. Frames of Mind: The theory of multiple intelligences. New York: Basic Books Slavin, R. 2003. Educational Psychology. Ally & Bacon: Boston. Wood, J. 2002. Adapting instructions to accommodate students in inclusive settings. Merill Prentice: Ohio Zimmerman, B.J. & Schunk, D.H. (Eds). Self-regulated learning and academic achievement: Theory, research and practice. Mahwah: New Jersey.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 123

07-Oct-10 9:16:41 AM

124

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 124

07-Oct-10 9:16:41 AM

Sistem Sokongan Pembelajaran di UKM

BAB 9 SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN DI UKM


Abu Bakar Maidin Cik Othman Abdullah Salleh Amat

PENDAHULUAN Perpustakaan dan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar adalah antara aspek yang penting bagi menjamin kecemerlangan pembelajaran pelajar di sesebuah institusi pengajian tinggi. Perpustakaan menyediakan segala kemudahan berkaitan dengan bahan bacaan dan juga sumber utama pencarian maklumat kepada pelajar. Pelajar yang cemerlang pula bukan hanya cemerlang dari segi akademik tetapi juga sihat dari segi sahsiah dan perkembangan dirinya. Oleh itu perkhidmatan kaunseling juga disediakan oleh pihak UKM bagi memastikan pelajar mendapat sokongan dari aspek moral dan psikologinya.

PERPUSTAKAAN UKM Perpustakaan UKM terdiri daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) dan cabang-cabangnya, iaitu Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA), Perpustakaan Undang-Undang (PUU), Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL) dan Perpustakaan Pusat Perubatan UKM (PPPUKM). Perpustakaan mempunyai koleksi yang mantap dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti. Sehingga 31 Disember 2009, buku dan jurnal berjilid, buku-e, jurnal-

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 125

07-Oct-10 9:16:41 AM

126

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

e dan pangkalan data dalam talian (PDT) serta salinan bahan media adalah 1,873,051 seperti di Jadual 9.1.

Jadual 9.1 Statistik Koleksi Perpustakaan: Bahan Bercetak, Elektronik dan Media
Perpustakaan Buku & Jurnal Berjilid (naskhah) 712,672 52,148 78,787 130,102 67,940 1,041,649 Buku-e Jurnale& PDT 11,814 4,015 279 8,050 24,158 Bahan Media (salinan) 341,718 20,228 6,016 128 20,491 388,581 Jumlah Bahan

PTSL PATMA PUU PDAL PPPUKM Jumlah

417,411 50 1,202 418,663

1,483,615 72,376 88,868 130,509 97,683 1,873,051

JUMLAH BESAR = 1,873,051

Antara pangkalan data dalam talian yang dilanggan oleh Perpustakaan UKM adalah seperti Science Direct, Proquest Dissertations & Thesis Fulltext, Lexis-Nexis, ISI-Web of Science, Scopus, Sci-Finder Scholar, JSTOR, Oxford Journals, Cambridge University Journals, Education Full Text, IEEE, Ovid Medline, Ebscohost, Journal Citation Reports, Springer The Link dan Springer e-Books. Pelanggan boleh mengakses buku-e, jurnal-e dan tesis-e melalui pangkalan-pangkalan data tersebut. Bagi memudahkan pencarian maklumat di perpustakaan ini, beberapa sistem telah disediakan untuk digunakan pelanggan seperti berikut: Katalog Awam Dalam Talian (GEMILANG)

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 126

07-Oct-10 9:16:41 AM

Sistem Sokongan Pembelajaran di UKM

127

Koleksi Digital UKM Pangkalan Data Dalam Talian (Jurnal Elektronik) Portal e-Jurnal Portal Perpustakaan Pusat Perubatan UKM e-Repositori Penerbitan Sistem e-Prints PTSL

Perpustakaan Tun Seri Lanang, sebagai Perpustakaan Induk juga mempunyai pelbagai koleksi yang terdiri daripada: Koleksi Am Koleksi Arab & Tamadun Islam Koleksi Arkib Koleksi Khas Koleksi Dokumen Koleksi Jurnal Koleksi Asia Tenggara Koleksi IKON Koleksi Media Koleksi Tanda Merah Koleksi Sudut Bacaan Ringan Koleksi Haram Koleksi Pasca Siswazah Koleksi Rujukan Koleksi Pilih Simpan

Perpustakaan juga menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggannya seperti pinjaman dan pemulangan bahan, pembaharuan pinjaman, pembekalan bahan penerbitan dari dalam dan luar negara, perkhidmatan pakej maklumat, kelas kemahiran maklumat, khidmat nasihat dan perkhidmatan bibliometrik. Kemudahan yang disediakan pula adalah sebanyak 2,575 tempat duduk dalam perpustakaan, lebih 200 komputer untuk mengakses jurnal elektronik, penaipan dan Internet, komputer katalog awam dalam talian (GEMILANG), kemudahan WIFI, mesin pinjaman dan pemulangan layan diri, bilik-bilik karel, perkhidmatan fotokopi, bilikbilik tayangan, bilik-bilik perbincangan, ruang baca 24 jam, ruang membaca akhbar harian, lokar dan laman web perpustakaan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 127

07-Oct-10 9:16:41 AM

128

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Kursus kemahiran maklumat Kursus kemahiran maklumat adalah program perkhidmatan bimbingan dan pendidikan kepada pelanggan perpustakaan. Matlamat utama adalah untuk membina kemahiran mengakses pelbagai bahan dan sumber maklumat secara berkesan serta membimbing pelanggan supaya mampu mengguna bahan dan perkhidmatan Perpustakaan dengan cekap, berkesan dan berdikari. Kursus ini diadakan secara berterusan. Secara khususnya kursus kemahiran maklumat ini adalah bertujuan untuk: Memberi pendedahan kepada pelanggan Perpustakaan cara menggunakan perkhidmatan, kemudahan dan koleksi Perpustakaan. Memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan. Berupaya mengenal pasti dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber bercetak dan elektronik. Membina keyakinan diri dalam memperolehi ilmu dan maklumat untuk pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Membina kemahiran untuk membuat ulasan kepustakaan/ penyelidikan perpustakaan dalam bidang kajian. Membina kemahiran untuk membuat sebutan (citation) bagi setiap bahan yang dirujuk. Membina budaya pendidikan sepanjang hayat.

Pelbagai modul kemahiran pencarian maklumat telah disediakan bagi memenuhi keperluan pelbagai pihak. I a melibatkan program-program kepada pelajar baru pra siswazah, pelajar baru pasca siswazah (Lulusan UKM), pelajar baru pasca siswazah (Bukan lulusan UKM), pensyarah baru dan juga para pelawat. Begitu juga modul khusus disediakan bagi membimbing pelajar dan pengguna perpustakaan mengakses sumber rujukan secara amali. Antara kursus yang dirancangkan khas bagi tujuan ini adalah seperti: Kursus Kemahiran Maklumat OPAC (GEMILANG) Kursus Kemahiran Maklumat Digital: OPAC, Pangkalan Data Dalam Talian dan Koleksi Digital UKM

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 128

07-Oct-10 9:16:41 AM

Sistem Sokongan Pembelajaran di UKM

129

Kursus Kemahiran Maklumat Internet Kursus Kemahiran Maklumat Koleksi Digital UKM (KDUKM) Kursus Kemahiran Maklumat Pangkalan Data Dalam Talian (PDT) Kursus Kemahiran Maklumat Tesis Kursus Kemahiran Membuat Petikan (Gaya UKM) Kursus Kemahiran Perisian Bibliogra (EndNotes)

Modul khusus bagi membimbing pelanggan perpustakaan untuk mendapatkan maklumat berdasarkan disiplin pengajian dengan kaedah yang berkesan juga disediakan oleh pihak. perpustakaan. Modul ini melibatkan kursus-kursus seperti di bawah: Kursus Kemahiran Maklumat Sains Sosial Kursus Kemahiran Maklumat Ekonomi dan Pengurusan Kursus Kemahiran Maklumat Sains dan Teknologi Kursus Kemahiran Maklumat Teknologi Maklumat Kejuruteraan Kursus Kemahiran Maklumat Islam Kursus Kemahiran Maklumat Pendidikan Kursus Kemahiran Maklumat Perubatan Kursus Kemahiran Maklumat Undang-Undang Kursus Sumber Maklumat Undang-Undang (Elektronik) Kursus Sumber Maklumat Undang-Undang (Bercetak)

dan

Para pengguna terutamanya para pelajar boleh mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kemudahan perpustakaan ini dengan menemui para pegawai perpustakaan yang sememangnya sentiasa bersedia memberikan bantuan yang diperlukan.

PERKHIDMATAN KAUNSELING DI UKM Kaunseling adalah satu proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri sendiri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga adalah proses pertemuan interaksi bersemuka antara

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 129

07-Oct-10 9:16:41 AM

130

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

seorang kaunselor dengan klien yang boleh mengakibatkan berlaku perubahan pada diri klien. Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti runding cara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga. Masyarakat hari ini perlu sedar bahawa kaunseling bukanlah hanya kepada individu yang bermasalah semata-mata tetapi juga kepada semua insan. Ini adalah kerana, melalui proses kaunseling banyak yang boleh dipelajari dan difahami. Tidak kira tua atau muda, kecil atau besar, semua individu sepatutnya sedar akan hal ini. Namun begitu, masih terdapat stigma di dalam masyarakat kita kini, bahawa setiap orang yang menemui kaunselor itu gila atau bermasalah. Sebenarnya, semua orang mempunyai masalah sama ada mereka sedari atau tidak. Disebabkan hal inilah, kaunseling dilihat sebagai sebuah entiti penting dalam masyarakat bagi memainkan peranannya yang tersendiri bagi membantu kesejahteraan semua. Unit kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan satu unit di bawah Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) yang memberikan perkhidmatan membantu pelajar dalam pertumbuhan dan perkembangan diri melalui pendekatan kaunseling dan psikologi tanpa mengira bangsa, kaum, asal, keturunan, status dan juga kepercayaan. Unit ini telah lama dibentuk di UKM dan memainkan peranannya tersendiri dalam membantu pelajar. Unit kaunseling merupakan salah satu sistem sokongan yang menjadi nadi dan tulang belakang kepada Universiti memandangkan ianya akan dapat membantu dalam memberikan kesan dan impak ke atas sesuatu isu atau permasalahan. Kaunseling merupakan salah satu bidang tugas utama yang dilaksanakan oleh Pegawai-pegawai Psikologi di Unit Kaunseling ini selain daripada beberapa aktiviti dan program lain. Perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan kepada pelajar meliputi kaunseling individu, kaunseling kelompok, kaunseling keluarga, kaunseling kerjaya dan juga kaunseling pasangan. Setakat ini, sambutan yang

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 130

07-Oct-10 9:16:42 AM

Sistem Sokongan Pembelajaran di UKM

131

diberikan oleh warga UKM masih kurang memberangsangkan, namun begitu terdapat juga banyak pihak yang telah mula memandang dan melihat betapa pentingnya sesi kaunseling ini ke atas individu yang memerlukan. Kebanyakan sesi kaunseling yang dijalankan di unit ini terdiri daripada sesi kaunseling yang datang secara sukarela ataupun sesi yang dirujuk oleh pihak ketiga. Pihak ketiga yang dimaksudkan di sini adalah seperti Ketua Jabatan, Dekan, Pensyarah atau lain-lain pihak yang merasakan seseorang itu perlu untuk berjumpa dengan pegawai psikologi. Sebagai contoh, seorang pensyarah boleh merujuk pelajarnya yang berdepan dengan sesuatu masalah sehingga menjejaskan pelajarannya dan juga kehidupan seharian. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan perkhidmatan ini secara terus daripada pegawai psikologi ataupun kaunselor yang terlatih daripada unit ini. Kesemua kaunselor mempunyai lessen dan perakuan amalan yang sah dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia. Para pelajar tidak perlu gusar dalam mendapatkan perkhidmatan kaunseling di unit ini kerana setiap perkara yang dibincangkan adalah sulit dan rahsia. Seseorang kaunselor itu terikat kepada etika dan etika kerahsiaan merupakan satu aspek yang amat penting dan utama. Oleh itu, semua rahsia anda akan selamat di tangan kami. Jenis permasalahan yang biasanya dibawa oleh klien adalah berkenaan dengan isu akademik, peribadi, kerjaya, keluarga, kesihatan, emosi, tingkah laku dan pelbagai lagi. Setiap permasalahan mempunyai jalan penyelesaiannya yang tersendiri, oleh itu seseorang klien tidak perlu takut untuk berjumpa dengan pegawai-pegawai psikologi terlibat. Dalam menangani isu-isu ini, terdapat pelbagai langkah dan teknik yang digunakan seperti penggunaan alat ujian psikologi atau inventori yang digunakan untuk mengenal pasti permasalahan klien. Pengujian psikologi juga merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan di Unit Kaunseling UKM ini. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan perkhidmatan ini untuk mengenali diri melalui Ujian Personaliti, Ujian Kerjaya dan juga Ujian Kecerdasan Emosi. Ujianujian psikologi ini beleh membantu para pelajar mengenali kekuatan dan kelemahan diri masing-masing dan seterusnya dapat membantu memperbaiki perkembangan sahsiah diri pelajar dengan mengikuti program-program kaunseling yang dirancangkan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 131

07-Oct-10 9:16:42 AM

132

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Antara program yang pernah dijalankan oleh Unit Kaunseling adalah Program Cakna Akademik, Program Dunia Baru, Peningkatan Prestasi, Peningkatan Kendiri dan beberapa program lain lagi. Program yang dijalankan ini bertujuan untuk membantu pelajar daripada pelbagai aspek terutamanya dalam kehidupan seharian mereka di Universiti. Sebagai contoh, Program Dunia Baru diadakan ketika pelajarpelajar Tahun Satu baru mendaftar dan tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada kehidupan sebagai seorang pelajar dan bagaimana proses penyesuaian diri itu perlu dilakukan. Program ini turut membantu pelajar mencari hala tuju mereka di dalam Universiti dan sebagai satu bimbingan supaya tidak tersasar kelak.

KESIMPULAN Perpustakaan UKM sentiasa berusaha memantapkan perkhidmatan, kemudahan dan prasarana zikal dengan disokong oleh teknologi terkini dalam mengisi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Kepelbagaian koleksi yang dibangunkan dari segi format bahan dan disiplin pengajian sentiasa seiring dengan perkembangan program akademik universiti. Sebagai sebuah perpustakaan universiti yang berwibawa, Perpustakaan UKM sentiasa beriltizam untuk meningkatkan mutu perkhidmatan selaras dengan perkembangan semasa. Dari segi kaunseling pula masih ramai pelajar yang tidak faham peranan kaunselor itu sendiri. Sebagai orang yang lebih hampir dengan para pelajar dan lebih mengenali pelajar, para pensyarah boleh membantu pelajar yang berhadapan dengan pelbagai masalah dengan merujukkan atau mencadangkan pelajar yang bermasalah menemui kaunselor pelajar di Unit Kaunseling, Universiti Kebangsaan Malaysia.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 132

07-Oct-10 9:16:42 AM

Pencarian Maklumat

BAB 10 PENCARIAN MAKLUMAT


Juhana Salim

PENGENALAN Kemahiran Pencarian Maklumat merupakan kemahiran yang perlu diperoleh oleh pelajar bagi memudah pelajar pada peringkat Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan mencari dan mendapatkan maklumat dengan betul dan berkesan dalam sesuatu subjek. Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang mempunyai potensi untuk digunakan dalam membantu membuat tugasan, perancangan, menyelesaikan masalah, mendapatkan idea baru bagi membuat perubahan yang dinamik ke arah memajukan masyarakat khususnya. Bagi berjaya mengesan maklumat untuk menepati keperluan, adalah penting untuk mengetahui secara umum dari mana datangnya maklumat tertentu dan bagaimana ia diorganisasikan dalam bidang ilmu yang sedang dicari. Pelajar harus menyedari pelbagai sumber maklumat yang ada serta jenis/ciri kandungannya. Sehubungan dengan keperluan merujuk pelbagai sumber maklumat, pengetahuan tentang sumber maklumat dan strategi mencari maklumat adalah penting jika kita ingin menjadi seorang yang mahir menggunakan maklumat. Pengetahuan ini adalah untuk membezakan jenis sumber maklumat yang ada yang mana bukan hanya terhad kepada sumber tradisional seperti bahan bercetak dan terbitan berkala malah meliputi sumber elektronik seperti sumber web, pangkalan data dan laman web. Pengetahuan tentang sumber maklumat juga penting dalam proses pencarian maklumat supaya individu tidak hanya tertumpu kepada satu sumber sahaja. Selain itu, dengan mempunyai pengetahuan berkaitan sumber maklumat,

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 133

07-Oct-10 9:16:42 AM

134

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

kita dengan mudah dapat mengetahui latar belakang maklumat yang dicari. Bab ini menjelaskan dengan terperinci bagaimana maklumat boleh didapati daripada pelbagai sumber sama ada dalam perpustakaan atau di luar perpustakaan seperti buku, jurnal, agensi kerajaan, persidangan, media massa, laporan penyelidikan, tesis, pangkalan data elektronik, CD-ROM dan dokumen web. Setiap jenis sumber maklumat ini mempunyai kelainan dari segi jenis maklumatnya dan menjadi pelengkap antara satu sama lain. Justeru itu, untuk proses pencarian maklumat yang berkesan, bentuk dan format perlu digunakan sebaik mungkin untuk dimanfaatkan sepenuhnya.

KEMAHIRAN MAKLUMAT Perkembangan teknologi maklumat telah menyebabkan maklumat berkembang berlipat ganda dan perkembangan tersebut telah mengubah cara maklumat dijana, disimpan dan dicapai. Bagi memastikan pelajar dapat manfaat daripada ledakan maklumat yang mampu membantu dalam penjanaan idea baru, inovatif, menyelesaikan masalah serta mencapai lain-lain objektif, pelajar mesti memperolehi pengetahuan dan kemahiran berhubung segala aspek dalam kemahiran maklumat. Kemahiran maklumat ditakrifkan sebagai kemahiran yang berkaitan dengan proses kognitif manusia seperti kemahiran berkir secara kritis, kreatif dan analitikal yang membolehkan individu mengenalpasti keperluan maklumat, memformulasikan persoalan berdasarkan keperluan maklumat, menjana strategi pencarian dan mengakses, menilai, menggunakan dan mengorganisasikan maklumat serta mempersembahkan atau menyampaikan maklumat. Kemahiran menjana strategi pencarian dan mengakses pelbagai sumber maklumat sebahagiannya melibatkan kemahiran yang berkaitan dengan mengesan sumber maklumat dalam perpustakaan serta maklumat elektronik seperti perkhidmatan elektronik atau pangkalan dan INTERNET. Kemahiran maklumat lazimnya dikaitkan dengan kemahiran dan penggunaan maklumat bukan sahaja konvensional atau maklumat yang berasal dari media cetak tetapi termasuk media elektronik.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 134

07-Oct-10 9:16:42 AM

Pencarian Maklumat

135

PENCARIAN MAKLUMAT Pencarian bermaksud menyediakan kepada pembaca satu pandangan yang menyeluruh tentang julat sistem carian dan jenis maklumat yang boleh dicapai. Halaman web dalam Internet selalunya menyediakan capaian ke beberapa sumber maklumat yang berjulat tempatan dan jarak jauh. Kebanyakan halaman web menyediakan beberapa ciri tempatan termasuk penjelasan tentang isu semasa dalam sesuatu komuniti. Terdapat jenis pencarian maklumat yang dikategorikan sebagai pencarian maklumat secara am yang menggunakan enjin carian. Sebagai contoh, pencari maklumat yang bercadang untuk pergi bercuti ke Alice Springs boleh membuat pencarian am melalui Internet dengan menggunakan enjin carian Google dan menaip Alice Springs. Jenis pencarian yang lazim di kalangan pelajar adalah pencarian buku tertentu di perpustakaan. Pelajar biasanya mengakses katalog perpustakaan dalam talian atau Online Public Access Catalogue (OPAC) untuk mengesan buku yang diperlukan. Carian menggunakan OPAC boleh dilakukan melalui tajuk buku, pengarang, kata kunci, subjek dan sebagainya. Satu lagi jenis pencarian maklumat adalah pencarian artikel atau laporan dan kertas kerja persidangan yang diterbitkan dalam jurnal atau prosiding elektronik. Menjelang awal 1998, dianggarkan sebanyak 4,000 jurnal akademik elektronik atau jurnal penerbitan dalam pelbagai subjek boleh didapati menerusi pangkalan data dan melalui Internet. Dalam pencarian maklumat jenis artikel atau laporan, sumber maklumat yang hendak dicari adalah melalui subjek, contohnya: Pendidikan dwi-bahasa di Kanada. Pencari maklumat lazimnya membuat keputusan untuk menggunakan ERIC, sumber pangkalan data pendidikan yang merangkumi 800,000 buku-buku rujukan, artikel dalam jurnal, tesis, prosiding seminar, laporan penyelidikan dan lain-lain yang diterbitkan sejak 1966. Proses awal pencarian maklumat Adalah penting untuk pelajar mempelajari langkah-langkah yang berkaitan dengan proses awal dalam pencarian maklumat. Langkah paling awal yang pelajar perlu buat adalah untuk mengenal pasti keperluan maklumat yang betul-betul tepat. Jika tidak, pencarian maklumat akan bermula dengan arahan yang tidak jelas, dan keputusan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 135

07-Oct-10 9:16:42 AM

136

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

carian yang relevan juga mungkin akan tercicir, ditambah pula dengan maklumat yang tidak relevan turut dikumpulkan. Langkah seterusnya dalam proses pencarian maklumat ialah menukar keperluan maklumat kepada satu atau lebih konsep. Sebagai contoh, pencari mungkin mahu mencari maklumat tentang Ethical And Social Implications Of Computer Networking atau Implikasi rangkaian komputer atau Internet terhadap masyarakat dari segi sosial dan etika. Setiap konsep ini boleh ditukarkan kepada satu atau lebih istilah untuk dimasukkan dalam pertanyaan pencarian maklumat. Contohnya, Computer dan Internet adalah sinonim dengan konsep: Computer networking. Sesetengah sumber maklumat di indeks menggunakan bahasa sebenar yang dijumpai di dalamnya. Pengguna mesti memikirkan juga semua istilah yang boleh digunakan dalam sumber yang dapat mewakili sesuatu konsep. Kegagalan berbuat demikian akan menghasilkan beberapa maklumat yang tidak dapat dicapai. Kenal pasti sumber pencarian maklumat Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang mempunyai potensi untuk digunakan dalam membantu pelajar menyelesaikan masalah serta mendapatkan idea baru bagi menyiapkan tugasan/projek dan membuat perancangan pembelajaran yang sesuai. Bagi berjaya mengesan maklumat untuk menepati keperluan, adalah penting untuk mengetahui secara umum dari mana datangnya maklumat tertentu dan bagaimana ia diorganisasikan dalam bidang ilmu yang sedang dicari. Pelajar harus menyedari pelbagai sumber maklumat yang ada, serta jenis/ciri kandungannya. Sehubungan dengan keperluan merujuk pelbagi sumber maklumat, pengetahuan tentang sumber maklumat dan strategi mencari maklumat adalah penting jika kita ingin menjadi seorang yang mahir menggunakan maklumat. Antara sumber maklumat yang boleh dirujuk bagi menyokong pembelajaran dan pengajaran adalah: Ensiklopedia am kandungan ensiklopedia meliputi hampir kesemua pengetahuan manusia tetapi diberikan dalam bentuk ringkasan. Penyenaraian yang begini dapat membantu dalam menganalisa aspek yang berbeza bagi tajuk yang dipilih. Ensiklopedia khusus meliputi aspek pengetahuan bagi sesuatu

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 136

07-Oct-10 9:16:42 AM

Pencarian Maklumat

137

tajuk yang tertentu. Hasil pencarian membolehkan mengenal pasti beberapa aspek dari sudut pandangan, teori atau hujah yang berbeza. Pangkalan data jurnal majalah/akhbar/persidangan pencarian melalui pangkalan data sumber maklumat seperti jurnal/majalah/ akhbar/persidangan/tesis/paten akan mengemukakan senarai penulisan dan teks penuh bahan dari sumber-sumber berkenaan yang meliputi tajuk anda. Buku rujukan khusus buku rujukan khusus menumpukan perhatian kepada tajuk-tajuk umum. Internet internet dapat memudahkan dalam mengenalpasti tajuk yang dipilih kerana internet bukan sahaja mempunyai banyak maklumat tetapi maklumat yang terdapat di dalamnya merupakan maklumat yang terkini. Selain itu, penggunaan enjin pencarian dapat membantu dalam melayari laman-laman yang ada.

Sumber maklumat juga boleh dikategorikan kepada sumber primer, sekunder dan sumber tertiari. Sesuatu sumber primer ialah bahan atau maklumat asal yang tidak di tafsir oleh orang lain dan kadang-kadang sumber primer sukar diperolehi kerana sukar dikesan. Sumber primer seperti tesis, disertasi, laporan teknikal, kertas seminar atau prosiding persidangan tidak diindeks secara meluas dan ini menyebabkan sumber berkenaan sukar dikesan. Contoh sumber primer yang diterbitkan adalah: terbitan berkala/terbitan bersiri/jurnal, laporan penyelidikan, penerbitan kerajaan/penerbitan rasmi, paten, piawaian, disertasi/tesis (jika diterbitkan sebagai artikel atau buku) dan prosiding persidangan. Contoh sumber primer yang tidak diterbitkan pula meliputi: kertas kerja, fail syarikat, fail peribadi, surat-menyurat, diari/memo, buku nota, laporan makmal, temuramah, rakaman radio, lukisan, pemerhatian, laporan penyelidikan/teknikal yang terhad edarannya dan latihan ilmiah/tesis/disertasi. Sumber sekunder pula mengandungi maklumat yang dikumpul daripada berbagai sumber primer yang telah di tafsir oleh pengumpul. Contoh sumber sekunder adalah buku, terbitan berkala/terbitan bersiri/ jurnal (yang memberi laporan tentang perkembangan sumber primer), perkhidmatan indeks dan abstrak, ulasan (reviews), asas (ensiklopedia, kamus/glosari/istilah), buku panduan (handbooks), jadual, formula dan pangkalan data. Sumber sekunder biasanya melibatkan penganalisan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 137

07-Oct-10 9:16:42 AM

138

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

kritis. Sumber tertiari dapat membantu mengesan sumber primer dan sumber sekunder. Contoh sumber tertiari adalah seperti: buku tahunan, direktori, bibliogra kepada bibliogra, panduan kepada penerbitan (Guides to the literatures), panduan kepada perpustakaan, panduan kepada sumber maklumat, panduan kepada organisasi dan senarai-senarai (lists).Dalam pencarian maklumat, terdapat pelbagai alat atau sumber maklumat yang boleh digunakan seperti pangkalan data, ensiklopedia, CD-ROM, Pangkalan Data Dalaman, Pangkalan Data Dalam Talian dan Internet. Semua sumber maklumat ini dapat memberikan hasil pencarian yang memuaskan sekiranya seseorang itu benar-benar mahir dalam pencarian dan mempunyai strategi pencarian yang baik.

LAMAN WEB PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG Pelajar sering menghadapi masalah mengesan maklumat dalam bidang masing-masing kerana banyak maklumat yang dicapai melalui enjin gelintar memberi hasil carian yang tidak relevan dan tidak ilmiah. Sebaliknya kita boleh menggunakan Katalog dalam talian, tapak khusus, Gateway, Direktori dan berbagai jenis enjin carian bagi memudahkan kita mencari maklumat. Tapak khusus yang amat berguna kepada pelajar adalah laman perpustakaan sesebuah universiti. Bagi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, laman web Perpustakaan Tun Seri Lanang boleh diakses melalui alamat berikut: http://pkukmweb.ukm.my/~library/ . Laman web PTSL mengandungi maklumat seperti Katalog Gemilang, pangkalan data, E-Journal, perpustakaan Digital, E-Book dan sebagainya.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 138

07-Oct-10 9:16:42 AM

Pencarian Maklumat

139

Rajah 10.1: Antaramuka Utama Laman Perpustakaan Tun Seri Lanang

Rajah 10.1 menunjukkan antaramuka utama Laman web Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL). Melalui laman utama PTSL, pelajar boleh mencari pelbagai sumber maklumat seperti buku, jurnal, persidangan, akhbar, laporan teknikal, penyelidikan karya akademik dan lain-lain lagi bahan ilmiah yang amat berguna dalam pembelajaran. Jadual 10.1 menyenarai url laman yang boleh dicapai pelajar untuk mencari pelbagai jenis sumber maklumat. Contohnya, jika pelajar ingin mencari buku, pelajar boleh melayari Katalog Gemilang di http://gemilang. ukm.my/ , Koleksi Digital di http://ptsldigital.ukm.my/,e-Repository http://pkukmweb.ukm.my/~library/buku_e.htm , Koleksi Dokumen dan Koleksi Arkib. Bagi mencari artikel jurnal dan persidangan, pelajar boleh melayari Pangkalan Data di http://pkukmweb.ukm. my/~library/elec.htm, e-Journal http://www.ezplib.ukm.my/login, Koleksi Digital di http://ptsldigital.ukm.my/, e-Repository http:// pkukmweb.ukm.my/~library/buku_e.htm . Bagi memudahkan pelajar mempelajari cara mengesan sumber maklumat melalui pautan yang disediakan dalam laman utama PTSL, pelajar boleh mengikuti latihan kendiri yang disediakan di: www.ftsm.ukm.my/tp/js.htm.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 139

07-Oct-10 9:16:42 AM

140

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Jadual 10.1 Ringkasan Laman Berguna Untuk Membantu Pencarian Sumber Maklumat Di PTSL

Buku Katalog Gemilang http://gemilang. ukm.my/ Koleksi Digital http://ptsldigital. ukm.my/ Pangkalan Data http:// pkukmweb.ukm. my/~library/ elec.htm e-Journal http://www. ezplib.ukm.my/ login e-Repository http:// pkukmweb.ukm. my/~library/ buku_e.htm Malaysia Thesis Online http:// eresources. perpun.net.my/ portal/index.php Koleksi Dokumen Koleksi Media Koleksi Arkib/Karya Akademik /

Jurnal

Persidangan

Persidangan dalam negara

Laporan Penyelidikan

Thesis

/ /

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 140

07-Oct-10 9:16:43 AM

Pencarian Maklumat

141

STRATEGI DAN TEKNIK PENCARIAN Dalam mempelajari cara mengakses daripada Pangkalan data atau sumber dalam talian, pelajar perlu mempelajari beberapa strategi dan teknik pencarian bagi membolehkan pelajar mengesan sumber maklumat yang menepati kehendak pelajar. Strategi yang pertama adalah mengenalpasti pangkalan data yang sesuai digunakan. Apabila pelajar paut kepada http://pkukmweb. ukm.my/~library/elec.htm, pelajar boleh mengenalpasti pangkalan data dengan mudah kerana pangkalan data dalam laman tersebut distruktur mengikut subjek. Rajah 10.2 menunjukkan bahagian yang menyenarai pangkalan data dalam bidang Komputer/Kejuruteraan. Selain daripada mengakses pangkalan data dalam sesuatu bidang, pelajar boleh mengakses pangkalan data yang tersenarai di bahagian General. Pangkalan data yang tersenarai dalam kategori general/ Various subject boleh diakses oleh semua pelajar kerana pangkalan data berkenaan meliputi semua bidang/subjek. Antara pangkalan data yang boleh diakses oleh pelajar adalah seperti: Ebscohost, Isi Web Of Science, Jstor, Proquest Dissertations & Theses Fulltext, Science Direct dan Springerlink.

Rajah 10.2: Contoh senarai pangkalan data dalam bidang Komputer/Kejuruteraan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 141

07-Oct-10 9:16:43 AM

142

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Teknik Pencarian Elektronik Perkara yang penting dalam katalog atas talian dan pangkalan data adalah pencarian kata kunci. Pencarian kata kunci membenarkan pengguna melaksana pencarian berdasarkan satu perkataan, frasa atau gabungan perkataan dan frasa. Pelajar boleh melawati laman berikut untuk mempelajari beberapa teknik mengesan sumber elektronik : http://telecollege.dcccd.edu/library/Module2 /Periodicals/srchtech. htm#interactive tutorial . Pencarian kata kunci Antara ciri penting bagi katalog atas talian dan pangkalan data elektronik adalah pencarian kata kunci (keyword search). Pencarian kata kunci membolehkan pengguna untuk mencari menggunakan satu perkataan, frasa, atau kombinasi perkataan dan frasa seperti contoh: penyalahgunaan dadah atau penyalahgunaan dadah dan atlet. Pencarian Frasa Teknik pencarian frasa boleh diguna untuk mencari maklumat yang melibatkan penggunaan lebih daripada satu perkataan atau nama khas seperti contoh berikut: World Health Organisation, Usman Awang, Afrmative Action, K-ekonomi dan Religious Cult. Rajah 10.3 menunjukkan bagaimana pencarian frasa boleh digunakan apabila mencari sumber maklumat daripada Pangkalan Data OvidSP.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 142

07-Oct-10 9:16:43 AM

Pencarian Maklumat

143

Rajah 10.3: Contoh teknik pencarian frasa Pencarian mengguna teknik Boolean Logik Boolean merupakan sebuah strategi kueri untuk mencari pangkalan data elektronik. Carian Boolean membenarkan pengguna untuk menggabungkan dua atau lebih istilah carian dengan mengguna operator and, or, not, dan kadang kala near apabila mencari maklumat menggunakan pangkalan data atau lain-lain kemudahan sumber maklumat elektronik. Operator Boolean membenarkan pengguna untuk memperluas atau menghad carian dengan menentukan hubungan istilah dicari. Kurungan boleh diguna untuk operasi turutan dan kumpulan perkataan. Logik Boolean and memerlukan semua istilah muncul dalam rekod. Operator Boolean and membolehkan kita untuk mengecilkan carian sebagai contoh: Children AND Internet. Rajah 10.4 menunjukkan bagaimana Boolean and boleh diguna dalam mencari sumber daripada pangkalan data Ebsco.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 143

07-Oct-10 9:16:43 AM

144

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Rajah 10.4: Contoh pencarian mengguna penghubung AND daripada Ebsco Logik Boolean not menyingkir istilah dan mencapai bahan yang istilah pertama adalah dikehendaki tetapi bukan istilah kedua atau ketiga. Gunakan not untuk menyingkir perkataan atau frasa dari pencarian anda. (Nota: sesetengah pangkalan data menggunakan and not.) Sebagai contoh: Children and Internet not pornography (lihat rajah 10.5)

Rajah 10.5: Contoh Boolean and not dalam pencarian menggunakan pangkalan data Ebsco

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 144

07-Oct-10 9:16:43 AM

Pencarian Maklumat

145

Logik Boolean or mencapai rekod di antara istilah. Operator Boolean or boleh digunakan untuk memperluaskan carian. Sebagai contoh: teens or youth. Rajah 10.6 menunjukkan bagaimana Boolean or boleh diguna dalam mencari sumber daripada pangkalan data Ebscohost serta menunjukkan artikel yang mempunyai perkataan german measles atau (or ) rubella.

Rajah 10.6 : Pencarian Boolean or

Teknik kata akar (truncation search) Teknik kata akar atau Truncation membolehkan pencarian dengan memasukkan sebahagian istilah carian diikuti dengan simbol (kebiasaannya adalah *, kadang kala ? atau $), untuk mencari variasi hasil carian dari segi ejaan bermula dari simbol tersebut. Penggunaan simbol pemangkasan membenarkan anda memendekkan atau memotong istilah carian anda. Contohnya: femini* - mencapai feminine, feminism, feminism, feminist dan lain-lain. theat* - mencapai bahan mengenai theater atau theatre (ejaan alternatif)

PENCARIAN MAKLUMAT MELALUI INTERNET Internet merupakan salah satu kemudahan maklumat dan dianggap sebagai sebuah gedung maklumat yang luas dan interaktif. Walaupun

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 145

07-Oct-10 9:16:43 AM

146

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Internet merupakan sumber maklumat elektronik yang amat berguna, seseorang individu harus mengetahui cara dan teknik mendapatkan maklumat yang betul, strategik dan menjimat masa supaya pelajar boleh memperolehi maklumat yang dikehendaki sahaja. Jumlah yang terlalu banyak sambil disertakan dengan sumber yang tidak perlu, menyebabkan pengguna seringkali gagal dan kecewa untuk mencari maklumat yang relevan (Anstending, L. et al. 1997). Secara keseluruhannya masalah berkaitan pencarian maklumat melalui Internet akan dapat dikurangkan menerusi teknik tertentu. Menggunakan sumber khas berkaitan akademik dan penyelidikan Di Internet terdapat sumber khusus yang memang tersedia untuk objektif berkaitan akademik dan penyelidikan dan seringkali dikenali kerana reputasi yang baik terutama di kalangan pengguna Internet yang ingin mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kursus masing-masing. Dengan menggunakan Sumber Pengkhususan seperti ini, pengguna akan lebih terfokus kepada maklumat penting sahaja tanpa perlu dibebani dengan sumber yang tidak relevan dan sukar untuk diurus. Namun kaedah ini lebih tertumpu kepada pengguna yang sudah sedia mengetahui mengenai lokasi tapak (sites) sumber tersebut dan perlu menggunakan bantuan Direktori atau Enjin Carian jika tidak mengetahui mengenai kewujudannya. Di antara sumber berunsurkan akademik dan penyelidikan yang seringkali digunakan adalah Tapak sumber Citeseer untuk bidang Sains Komputer, ERIC untuk Pendidikan, PADAT untuk Tamadun Melayu, Open text pinstripe untuk bisnes dan sebagainya. Alamat URL dari sumber tersebut boleh diperolehi dari individu penting seperti pensyarah, pakar subjek berkaitan atau ahli perpustakaan kerana golongan ini seringkali mempunyai senarai sumber rujukan yang berunsurkan akademik termasuk dari Internet. Kaedah carian menggunakan direktori Direktori adalah perkhidmatan yang memberikan kumpulan pautan (links) kepada sumber dari Internet yang telahpun dikumpulkan dan disusun mengikut kategori tertentu. Direktori disusun dan dikategori

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 146

07-Oct-10 9:16:44 AM

Pencarian Maklumat

147

oleh editor dalam lapangan subjek masing-masing dan dikemaskini dengan lebih kerap walaupun bilangannya agak kecil jika dibandingkan dengan dokumen yang dapat dicapai oleh Enjin Carian. Perkhidmatan Direktori sesuai digunakan untuk mencari sumber maklumat yang dicadangkan oleh pakar-pakar tertentu kerana telah melalui proses penilaian terlebih dahulu sebelum disenaraikan di dalam Direktori. Direktori boleh diakses dalam dua kaedah iaitu menerusi kaedah browsing dan carian menggunakan Kata Kunci. Menerusi kaedah browsing, setiap kategori dikumpulkan dari satu subjek besar hingga ke subjek yang lebih spesik sehingga pengguna bertemu dengan tajuk yang diperlukan. Kaedah carian menggunakan Kata Kunci pula menyediakan fungsi carian yang agak berbeza dengan kaedah carian Enjin Carian biasa. Kaedah carian Direktori juga tidak terlalu spesik kerana tidak memerlukan proses pemadanan antara kata kunci dengan setiap perkataan di dalam dokumen yang dijumpai sebaliknya proses carian hanya melibatkan kategori subjek dan penerangan ringkas (description) yang dibuat oleh editor direktori. Direktori dibahagikan kepada dua jenis iaitu Direktori berunsur akademik dan profesional seperti Infomine (url: http://infomine.ucr.edu) dan direktori berunsur portal komersial seperti Yahoo (Cohen, L. 2002). Kaedah carian menggunakan enjin meta-carian Engin carian meta adalah alatan carian yang tidak mempunyai pangkalan data maklumatnya sendiri sebaliknya, membuat pencarian ke enjin gelintar yang lain kerana mencari dalam banyak pangkalan data akan membuatkan keputusan pencarian lebih komprehensif tetapi memakan masa untuk memperolehinya. Enjin Meta-Carian seperti Surfwax yang berfungsi untuk mencari dokumen Internet yang berkaitan dengan perkara-perkara penting seperti penyelidikan dan sesuai digunakan oleh para akademik yang menggunakan Internet sebagai sumber maklumat dalam penyelidikan masing-masing. Vivisimo (url: http://vivisimo.com) dan Ixquick pula berguna dan mampu menyokong carian yang kompleks, menyatukan hasil carian dengan baik dan mengelakkan kewujudan hasil carian yang sama dan memberikan ciri-ciri yang unik seperti intelligent ranking atau pengkelompokan subjek.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 147

07-Oct-10 9:16:44 AM

148

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Kaedah carian menggunakan sumber deep web Deep Web merupakan kandungan maklumat di dalam suatu pangkalan data yang boleh diakses secara terus tetapi gagal dikesan menggunakan Enjin Carian biasa menyebabkan ia turut mendapat gelaran Deep web. Menurut Brightplanet (2004), Deep Web dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 500 kali lebih besar berbanding surface web biasa yang boleh dicapai menerusi kaedah enjin carian biasa (Lihat rajah 10.7). Deep Web boleh digunakan jika pengguna memerlukan maklumat yang terkandung di dalam pangkalan data seperti fail multimedia, senarai e-mel, data geogra, statistik data, fail imej dan fail berformat Adobe Acrobat (.pdf). Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengakses Laman Deep Web ini iaitu menggunakan Direktori, Enjin Carian dan Tapak Khas untuk Deep Web berkenaan. Kaedah paling mudah adalah menggunakan Tapak Khas yang mengumpulkan pautan kepada Pangkalan Data Deep Web yang terdapat di Internet seperti www.scienceresearch.com dan Deep web Directory. Pengguna juga boleh menggunakan Enjin Carian menerusi Kata Kunci Khas dengan tambahan perkataan database (Rajah 10.7) selepas kata kunci subjek asas contohnya war database.

Rajah 10.7: Sumber Deepweb (Brightplanet 2004 Gateway Gateway merupakan laman yang menyenaraikan laman web, pangkalan data dan sumber maklumat dalam sesuatu bidang perkara. Pelajar boleh menjimat masa mencari maklumat melalui Internet dengan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 148

07-Oct-10 9:16:44 AM

Pencarian Maklumat

149

mengenal pasti Gateway subjek dalam bidang pengkhususan masingmasing. Gateway sebenarnya merupakan kunci kepada banyak lagi sumber dalam talian dalam sesuatu bidang seperti Gateway to Digital Libraries & Searchable Databases (url: http://www.ftsm.ukm.my/ diglib)( Rajah 10.8) dan Gateway khusus dalam sesuatu bidang seperti Information resources for Biosciences (rajah 10.9)

Rajah 10.8: Gateway to digital libraries & searchable databases

Rajah 10.9: Laman University Cardiff yang menyediakan pautan kepada gateway

SUMBER RUJUKAN BERASASKAN WEB Sumber rujukan adalah sejenis sumber maklumat yang boleh dirujuk

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 149

07-Oct-10 9:16:44 AM

150

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

untuk mendapat keterangan yang lebih lanjut mengenai sesuatu perkara seperti: Sumber rujukan Kamus, Ensiklopedia, Almanac dan Buku Panduan Laman Utama PTSL menyediakan pautan sumber Rujukan (di sebelah kanan laman). Pengguna boleh melayari sumber rujukan ini bagi membantu mengesan maklumat lanjut yang dikehendaki. Sumber rujukan berasaskan web seperti dalam bidang sel dan biologi molecular memudahkan pelajar mengesan maklumat makmal penyelidikan, kajian yang sedang dilaksanakan dan sebagainya. Contohnya, laman Current Research member (Rajah 10.10) pautan kepada makmal penyelidikan dalam sesuatu bidang. Pelajar yang berminat boleh teliti dan pilih bidang berkenaan dan akan dipautkan kepada laman yang mengandungi maklumat lanjut tentang kajian yang sedang dilaksanakan makmal berkenaan.

Rajah 10.10: Current research: sumber rujukan biologi

KESIMPULAN Penciptaan baru telah menambahkan gedung ilmu dan melipatgandakan maklumat. Jumlah ilmu yang bertambah dua kali ganda setiap lima tahun mengakibatkan ledakan maklumat menjadi lebih kompleks. Oleh itu adalah diharapkan perkara-perkara yang dijelaskan tentang sumber-sumber maklumat, strategi dan proses pencarian maklumat

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 150

07-Oct-10 9:16:44 AM

Pencarian Maklumat

151

yang cekap dan berkesan dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Analisis daripada kajian-kajian lepas mengenai penggunaan kemudahan Internet menunjukkan pengguna perlu memperoleh pengetahuan tentang teknologi Internet serta kemudahan-kemudahannya termasuk kaedah mengguna engin carian dan teknik yang strategik bagi membolehkan pengguna mendapatkan maklumat yang diperlukan sahaja.

RUJUKAN Anstending, L. et. al. 1997. Searching the Internet in a writing class. Annual Meeting of the 48th Conference on College Composition and Communication. Phoenix, Arizona. Barker, J. 2001. Finding Information on the Internet: A Tutorial Style Sheets for Citing Internet & Electronic Resources. http://www.lib. berkeley.edu/teachinglib/guide/internet/style.html [12 Oktober 2005] Brightplanet. 2000. Brightplanet: Web is Bigger Than We Thought http://www.brightplanet.com/news/press_12_21.asp [10 Disember 2006] California Media & Library Educators Association. 1994. From Library Skills to Information Literacy: A handbook for the 21st Century. Colorado: Hi Willow Research and Publishing. Cohen L. 2002. Understanding the World Wide Web. http://library. albany.edu/internet/www.html [10 Disember 2006] Developing Information Literate Graduates: Prompts for Good Practice. http://www.t.qut.edu.au/Infosys/bruce/init/prompts. html http://wwwgseis.ucla.edu/ERIC/digests/dig9606.html Grix, J. & Watkins, G. 2010. Information Skills: Finding and using the right sources. Hampshire:Macmillan Publishers. Information Literacy Search Strategies, Tools and Resources Internet Systems Consortium. 2004. Internet Domain Survey. http:// www.isc.org/index.pl?/ops/ds/reports/2004-01 [12 Januari 2004] Juhana Salim, Junaidah Mohamed Kassim & Azizah Jaafar. 2010. Kemahiran Maklumat & Komunikasi: Teori dan Amalan. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 151

07-Oct-10 9:16:44 AM

152

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

McKenzie, J. 1996. Making WEB Meaning. Educational Leadership 3 (1996): 30-32. Search Engine Watch. 2003. Search Engine Showdown: review of Yahoo Directory. http://searchengineshowdown.com/dir/yahoo/ review.html [1 Mei 2010] Taylor, D. The literature review: a few tips on conducting it. http:// www.utoronto.ca/writing/litrev.html [1 Mei 2010]

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 152

07-Oct-10 9:16:44 AM

Perancangan Kerjaya

BAB 11 PERANCANGAN KERJAYA


Amla Mohd. Salleh Salleh Amat PENDAHULUAN Pernah anda bertanya kepada pelajar mengapa mereka mengikuti kursus program yang mereka sertai sekarang. Adakah mereka benarbenar berminat dengan kursus atau program yang disertai? Mungkin anda pernah mendengar pelajar mengeluh kerana mereka tidak berminat dengan kursus yang ditawarkan tetapi terpaksa menyertainya kerana hanya program daripada universiti ini sahaja yang menawarkan tempat kepada mereka. Sekiranya pelajar mendapat kursus yang dihajati maka motivasi untuk mereka belajar bolehlah dianggap tinggi. Sebaliknya jika mereka tidak mendapat kursus yang dipohon, maka pengubahsuaian terhadap minat dan perancangan kerjaya masa hadapan mereka adalah wajar diberi perhatian oleh para kaunselor dan pensyarah sendiri. Para kaunselor atau pegawai hal ehwal pelajar di universiti boleh membekalkan maklumat berkaitan kerjaya kepada para pelajar secara langsung atau tidak langsung. Namun demikian tidak semua pelajar akan berjumpa kaunselor atau mengikuti program-program berkaitan kerjaya yang dianjurkan oleh pihak universiti ini. Biasanya para pelajar tidak memberikan penekanan terhadap aspek kerjaya ini sehinggalah mereka berada pada tahun akhir. Ada juga pelajar yang tidak merancangkan hala tuju kerjaya mereka sepanjang berada di universiti. Oleh itu para pensyarah boleh membekalkan pelajar dengan maklumat kerjaya serta membantu pelajar membuat persediaan menghadapi alam pekerjaan semasa mereka berada di universiti. Kuliah-kuliah yang disampaikan boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian terutamanya apabila memasuki alam pekerjaan. Pegangan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 153

07-Oct-10 9:16:44 AM

154

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian secara automatik telah berlalu. Aspek kesedaran kerjaya dan persediaan memasuki alam pekerjaan adalah satu pengalaman pembelajaran yang penting bagi para pelajar semasa mengikuti program atau pengajian di universiti. Dalam masa yang sama, para pensyarah perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan isu-isu kerjaya agar para pensyarah dapat membekalkan maklumat serta membantu para pelajar membuat perancangan kerjaya dengan baik. Bab ini membincangkan aspek kerjaya secara umum dan juga perancangan kerjaya selaras dengan dunia pekerjaan hari ini. Pensyarah akan didedahkan peri pentingnya peranan mereka dalam membantu para pelajar agar pelajar lebih bersedia memasuki alam pekerjaan. Konsep perkembangan kerjaya, sumber maklumat kerja, perancangan kerjaya serta aspek teori yang menerangkan hubungan antara personaliti dan persekitaran pekerjaan juga akan dibincangkan. SENARIO SEMASA Isu-isu berkaitan dengan kerjaya atau pekerjaan bukan hanya dibincangkan di peringkat pengajian tinggi tetapi juga telah bermula di peringkat sekolah rendah dan menengah lagi. Masalah pengangguran atau ketidakselarasan antara kursus yang diikuti semasa di universiti dengan pekerjaan yang dipilih sering menjadi perbincangan dalam kalangan para graduan, ibu bapa dan juga masyarakat. Para graduan dan ibu bapa khususnya masih beranggapan bahawa apabila seseorang itu berjaya mendapat segulung ijazah maka mereka akan ditawarkan pekerjaan yang sejajar dengan kursus yang diikuti semasa di universiti atau institusi pengajian tinggi. Usaha untuk bekerja sendiri atau sikap keusahawanan seolah-olah tidak ujud dalam pemikiran para graduan selepas tamat pengajian di universiti. Masyarakat masih berkiran bahawa universiti harus bertanggungjawab untuk memastikan para graduan mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian kelak. Seolah-olah universiti adalah satu institusi yang menyediakan pekerjaan kepada para graduan. Hakikatnya, mencari pekerjaan pada abad ini adalah lebih mencabar kerana pekerjaan sudah banyak berubah dari segi jumlah, struktur, keperluan dan bentuk. Perkembangan teknologi maklumat sebagai satu keajaiban menjadikan kemahiran bekerja menjadi semakin kompleks. Ada sesetengah individu dengan mudah mendapat pekerjaan atau bertukar-tukar pekerjaan sedangkan individu lain amat sukar untuk mendapat pekerjaan. Ada juga individu yang tidak memilih apa juga

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 154

07-Oct-10 9:16:45 AM

Perancangan Kerjaya

155

pekerjaan yang ditawarkan walaupun pekerjaan yang dipilih tidak berkaitan dengan kursus atau program yang diikutinya semasa di universiti. Peluang-peluang pekerjaan juga semakin bertambah tetapi persaingan untuk mendapat sesuatu pekerjaan itu juga bertambah. Hanya mereka yang memenuhi kehendak majikan akan berjaya dipilih. Pelbagai faktor perlu diberi perhatian dalam memilih sesuatu pekerjaan. Faktor-faktor kemahiran sosial terutamanya kebolehan berkomunikasi, kreativiti dan kepimpinan perlu diberi keutamaan. Kelayakan akademik bukalah satu-satunya faktor yang diberi perhatian oleh majikan apabila menerima pekerja baru. Secara umumnya kebolehpasaran graduan di Malaysia boleh dianggap sebagai rendah. Kelemahan dalam kemahiran insaniah terutamanya kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris adalah antara punca mengapa para graduan gagal mendapat pekerjaan yang dihajati. Sebenarnya ramai dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi yang mengikuti pengajian yang tidak selaras dengan cita-cita asal mereka. Ini berlaku mungkin kerana mereka tidak mendapat program yang dipohon atau kerana pemilihan yang tidak selaras dengan pencapaian akademik yang diperlukan. Ada juga yang tidak mendapat maklumat yang lengkap berkaitan dengan program yang ditawarkan (Odebunmi 1983; Suradi Salim 1996). Kejahilan tentang kerjaya juga berpunca dari kurang pendedahan kepada maklumat kerjaya (Oii Kak Ha, 1988; Paridah Romly, 2001). Mereka yang kurang maklumat akan memilih sesuatu kerjaya atau mengikuti kursus di universiti kerana mengikut kehendak keluarga, rakan atau hanya berpandukan kepada keputusan peperiksaan semat-mata. Faktor minat dan personaliti mereka tidak diambil kira. Kebanyakan pelajar tidak tahu kemahiran yang diperlukan dalam persekitaran pekerjaan, tidak tahu apa pekerjaan yang wujud, di mana lokasi pekerjaan yang ada dan tidak tahu di mana maklumat pekerjaan boleh diperoleh. Malah mereka juga tidak tahu apa yang mereka sendiri minati dan keupayaan diri sendiri yang berkaitan dengan pekerjaan yang hendak diikuti. Kelemahan ini menyebabkan pelajarpelajar tidak mempunyai kuasa menentukan masa depan mereka dan membiarkan nasib menentukannya. Justeru pengajian yang dipilih selalunya tidak berkaitan, kemahiran yang diperlukan tidak dikuasai, kemahiran yang dikuasai tidak sesuai dengan kerja yang dilakukan. Ini menimbulkan pelbagai isu baik di pihak pekerja mahupun di pihak yang menawarkan pekerjaan. Majikan sering melaporkan bahawa pekerja yang baru tamat pengajian universiti tidak mempunyai persediaan yang cukup

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 155

07-Oct-10 9:16:45 AM

156

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

dan tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan. Kesedaran kerjaya adalah salah satu elemen penting dalam aspek perancangan dan pemilihan kerjaya dalam kalangan para pelajar. Akibat dari tahap kesedaran yang rendah pada umumnya pelajarpelajar ini menghadapi masalah tidak boleh membuat keputusan kerjaya yang baik (Lee Har Bee, 1999). Pelajar di peringkat pengajian tinggi harus didedahkan dengan maklumat yang menyeluruh berkaitan dengan peluang-peluang kerjaya yang ujud pada masa ini. Pendedahan ini akan dapat membantu individu memuat keputusan yang tepat berdasarkan maklumat yang terkini dan mencukupi. Sidek (2001) menyatakan bahawa seseorang individu tidak dapat membuat keputusan yang baik disebabkan oleh ketidakpastian semasa membuat perancangan kerjaya dengan baik. Oleh itu bagai para pelajar yang sedang mengikuti program pengajian di universiti, satu persediaan memasuki alam pekerjaan perlu dirancang agar mereka lebih bersedia apabila tamat pengajian kelak. Para pensyarah boleh membantu para pelajar membuat perancangan tersebut sama ada secara langsung atau tidak secara langsung. MEMAHAMI KERJAYA Apabila kita bercakap mengenai kerjaya, kita akan memikirkan perkara yang berkaitan dengan pekerjaan. Kerjaya dapat didenisikan sebagai satu siri pekerjaan yang dilalui oleh seseorang. Secara umumnya ramai juga individu yang bertukar-tukar pekerjaan sebelum mereka kekal dengan sesuatu pekerjaan itu sehingga mereka bersara (Capuzzi & Stauffer, 2006; Sharf, 2006, Tolbert, 1994). Oleh itu bertukar-tukar pekerjaan sebelum kekal dalam sesuatu pekerjaan adalah perkara biasa. Namun demikian ada juga individu yang kekal dengan pekerjaannya yang sama daripada awal sehinggalah bersara. Perkembangan ekonomi yang memberangsangkan membuka pelbagai peluang pekerjaan kepada graduan. Sebaliknya jika ekonomi merudum, peluang-peluang pekerjaan juga akan terjejas. Walaupun peluang pekerjaan yang banyak, persoalan yang timbul ialah adakah pekerjaan yang ditawarkan itu bersesuaian dengan ijazah yang dimiliki oleh graduan. Ada sesetengah pekerjaan tidak memerlukan ijazah atau sijil yang khusus. Malahan ada juga pekerjaan yang hanya memerlukan kemahiran atau pengalaman bekerja. Sebagai contohnya majikan sebuah kedai membaiki komputer mungkin hanya memerlukan seorang juru teknik yang mempunyai sijil dalam membaiki komputer dan bukannya seorang yang berkelulusan ijazah dalam bidang komputer

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 156

07-Oct-10 9:16:45 AM

Perancangan Kerjaya

157

bagi kerja-kerja membaiki komputer. Begitu juga seorang pengurus jualan kereta tidak memerlukan seorang yang berkelulusan sarjana muda perniagaan sebagai juru jual di syarikat mereka. Pengurus sebuah syarikat bahan kimia pula mungkin memerlukan seorang ahli kimia bagi memasarkan produk mereka. Oleh itu walaupun bilangan pekerjaan adalah banyak, kesesuaian pekerjaan itu dengan apa yang dikehendaki oleh pihak majikan juga perlu di ambil kira. Tambahan pula kebanyakan organisasi menyediakan latihan berkaitan bidang yang dikehendaki setelah individu diambil bekerja dalam organisasi mereka. Amla, Salleh dan Zuria (2009) menegaskan memahami aliran dan perkembangan pasaran buruh tempatan adalah penting dalam merancang kerjaya. Konsep kerjaya mencakupi aspek kemahiran, kecekapan, minat, keupayaan menghadapi cabaran-cabaran pekerjaan, kepuasan kerja serta konsep-kendiri seseorang itu sendiri. Kerjaya juga dianggap berkait rapat dengan identiti seseorang. Perkembangan ini menuntut pelajar-pelajar membuat pilihan pada peringkat awal agar kerjaya yang diceburi dapat membangunkan dirinya dan menyumbang kepada masyarakat. Keupayaan seseorang membuat keputusan kerjaya serta membina laluan kerjayanya pada peringkat awal dapat mencerahkan peluang untuk mendapat pekerjaan dan memungkinkan dia mendapat pekerjaan yang diminatinya, sesuai dengan jiwanya serta kemahiran yang dikuasainya. Mereka yang gagal merancang kerjaya mungkin gagal mendapat pekerjaan atau mungkin mendapat pekerjaan yang tidak disukai atau dibencinya. Akibat dari memilih kerjaya yang tidak sesuai dengan kebolehan dan minat maka seseorang itu akan menjadi tidak produktif dan akan sering bertukar kerja (Holland, 1985). Untuk merancang kerjaya pelajar-pelajar perlu mempunyai maklumat berkaitan dirinya dan juga maklumat kerjaya. Maklumat diri yang dimaksudkan adalah seperti minat, bakat, serta kekuatan dan kelemahan diri seseorang. Sementara maklumat kerjaya pula meliputi jenis pekerjaan, spesikasi tugas, kemahiran-kemahiran khusus yang diperlukan, serta peluang-peluang untuk memajukan diri dalam kerjaya yang bakal diceburi. Mereka yang mempunyai maklumat ini dianggap sebagai mempunyai kesedaran kerjaya. Selain daripada itu para pelajar juga perlu menguasai kemahiran-kemahiran penting dalam proses mencari kerja, seperti menyediakan resume, menulis surat permohonan, serta kemahiran menghadiri temu duga.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 157

07-Oct-10 9:16:45 AM

158

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

PERKEMBANGAN KERJAYA Konsep perkembangan kerjaya tidak banyak difahami walaupun ianya adalah sebahagian dari perkembangan sahsiah seseorang. Oleh itu, tidak banyak program-program pendidikan yang mengambil kira aspek perkembangan kerjaya dalam kalangan pelajar. Perkembangan kerjaya ialah satu proses perkembangan sahsiah yang menjurus kepada pembentukan kerjaya seseorang yang berlaku sepanjang hayat. Ia tidak lagi terbatas kepada perkembangan satu jangka masa tertentu sahaja. Perkembangan kerjaya yang berlaku adalah satu proses yang berterusan dan berperingkat-peringkat bermula sejak lahir hingga ke akhir hayat. Setiap peringkat menunjukkan perkembangan atau peningkatan dalam kematangan berbanding tahap sebelumnya (Super, 1980). Salah satu tahap yang dianggap penting ialah tahap penerokaan yang lebih ditujukan kepada para remaja. Ia dianggap penting kerana seorang remaja akan mula memikirkan masa depannya secara aktif walaupun ia boleh dianggap sebagai bersifat sementara. Tugas ini dilakukan berasaskan sumber-sumber maklumat, pilihanpilihan pekerjaan yang ada, minat yang diketahui, serta nilai yang telah dipupuk dalam diri remaja tadi terhadap sesuatu pekerjaan yang dikehendaki. Remaja pada peringkat ini dikatakan mempunyai perasaan tidak pasti atau keliru terhadap perancangan kerjayanya. Keadaan ini biasanya berpunca daripada kekaburan, kekurangan maklumat, kurang memahami peranan yang akan dilakukan, serta akibat perubahan biologi seseorang (Stertzer & Stone, 1992). Ini akan mendorong seseorang untuk mencari maklumat diri dan pekerjaan dalam bentuk mencari, menguji, menyiasat, mencuba dan berakhir dengan peningkatan maklumat dan pengubahsuaian dan perkembangan konsep kendiri. Akhirnya remaja pada peringkat ini akan lebih menguasai maklumatmaklumat asas yang berkaitan dengan sesuatu pekerjaan. Peningkatan dalam penguasaan maklumat tersebut akan membina keyakinan diri serta mengembangkan potensi kerjayanya. Dari tugas meneroka dan membuat pertimbangan, remaja akan melalui fasa peralihan di mana seseorang itu sudah bersedia untuk membuat keputusan tentang kerjayanya dan memilih latihan dan pendidikan yang berkaitan untuk melayakkan dirinya memasuki pekerjaan yang dirancang. Remaja peringkat ini mula menunjukkan aktiviti dan minat dalam perkara-perkara tertentu sahaja. Pada peringkat ini seseorang pelajar seharusnya sudah memikirkan satu atau dua jenis pekerjaan dan akhirnya membuat keputusan untuk

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 158

07-Oct-10 9:16:45 AM

Perancangan Kerjaya

159

memasuki latihan yang berkaitan. Pada peringkat ini ia sangat berkait dengan pengajian yang pelajar ikuti di universiti. Perbezaan tahap kematangan kerjaya ditentukan oleh beberapa faktor seperti faktor kesedaran kerjaya, pengetahuan tentang pekerjaan serta keupayaan membuat perancangan kerjaya. Kematangan kerjaya akan membantu menentukan kejayaan kerjaya seseorang (Zunker, 2002). Individu yang kurang kematangan kerjayanya akan sentiasa kabur atau kurang pasti akan masa hadapannya. Oleh itu tidak hairanlah jika kita akan berjumpa dengan pelajar yang masih tidak tahu apa yang hendak dilakukannya apabila tamat pengajian kelak walaupun mereka sedang berada pada tahun akhir. MINAT KERJAYA Secara umumnya setiap corak pekerjaan memerlukan pola personaliti tertentu. Sebagai contohnya seorang juru jual seharusnya mempunyai personaliti suka bercampur dengan orang ramai dan mampu berkomunikasi di khalayak ramai. Seorang artis pula seharusnya seorang yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Begitu juga seorang pegawai tentera seharusnya mempunyai daya tahan yang tinggi dari segi zikal dan mental. Oleh itu perkembangan kerjaya juga dapat difahami dengan melihat pola-pola personaliti kerjaya dan pola persekitaran kerjaya serta interaksi antara kedua-dua faktor tersebut (Holland, 1985). Model personaliti kerjaya yang diutarakan oleh Holland mengemukakan enam jenis personaliti yang dikenali sebagai Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Konvensional (K), atau ringkasnya RIASEK. Persekitaran tempat individu bekerja juga boleh dikategorikan mengikut salah satu daripada enam model persekitaran yang sama jenis dengan personaliti iaitu: Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Konvensional (K). Setiap jenis persekitaran kerjaya menyediakan persekitaran bagi pekerja dari personaliti-personaliti yang dinyatakan. Persekitaran Artistik umpamanya menyediakan persekitaran yang sesuai dengan mereka yang memiliki personaliti Artistik. Dengan itu, seseorang itu akan mencari persekitaran kerja yang sesuai dengan ciri-ciri personalitinya. Setiap jenis personaliti mempunyai ciri-ciri yang berlainan. Secara ringkas ciri personaliti dan persekitaran dapat

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 159

07-Oct-10 9:16:45 AM

160

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

digambarkan seperti berikut: Personaliti Realistik bercirikan aktiviti konkrit dan zikal, bersifat materialistik, stabil dan tidak sosial. Persekitaran Realistik memupuk kemahiran teknikal yang berorientasi mudah dan nyata. Contoh persekitaran realistik ialah seperti kerja-kerja bengkel motor, kerja di lapangan industri dan pembuatan. Sementara personaliti Investigatif cenderung menggunakan daya intelek dengan aktiviti bersifat abstrak dan saintik, penghasilan sesuatu yang asli tetapi tidak bersifat sosial. Persekitaran Investigatif juga memupuk kecekapan dan pencapaian sains dan penyelidikan yang bersifat kompleks dan abstrak. Contoh persekitaran ini adalah seperti pusat-pusat penyelidikan. Personaliti Artistik cenderung kepada hasil seni, bebas, beremosi dan bersifat asli. Persekitaran jenis ini memupuk kecekapan dan pencapaian bersifat seni, bebas, dan tidak konvensional. Personaliti jenis ini sesuai bekerja di studio-studio yang menghasilkan hasil seni, muzik, drama serta aktiviti-aktiviti lain yang bersifat artistik. Mereka yang bersifat Sosial pula cenderung menggunakan kemahiran-kemahiran perhubungan antara individu serta aktivitiaktiviti yang ada kaitan dengan khidmat masyarakat. Mereka memupuk kecekapan perhubungan interpersonal, melatih, merawat, mendidik serta aktiviti lain yang lebih berorientasikan tolak ansur. Persekitaran seperti sekolah, institusi pengajian, khidmat masyarakat dan sosial adalah antara persekitaran kerja yang sesuai untuk personaliti jenis ini. Mereka yang berada dalam kategori Enterprising cenderung melakukan kerjaya yang mencabar, pandai memujuk, petah, yakin pada diri, mempunyai daya kepimpinan dan sedia mengambil risiko. Persekitaran Enterprising memupuk kecekapan memujuk, memanipulasi orang lain untuk diri dan organisasi serta mementingkan kuasa, kedudukan dan tanggungjawab. Pekerjaan yang sesuai ialah seperti bidang politik dan perniagaan. Mereka yang bersifat Konvensional memilih kegiatan yang direstui masyarakat; stereotaip, sistematik, akur, cermat, tekun dan teratur. Secara umumnya mereka yang bersifat konvensional suka bekerja dengan nombor dan data. Antara contoh kerjaya dalam persekitaran ini adalah seperti juruaudit, perkeranian, jurujual insurans, kerani bank, penilai harta dan kerja-kerja seharian yang berbentuk rutin.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 160

07-Oct-10 9:16:45 AM

Perancangan Kerjaya

161

Walaupun setiap jenis personaliti mempunyai sifat-sifat tertentu dan berbeza dengan yang lain seperti yang telah dinyatakan, namun terdapat pula sifat- sifat sepunya antara jenis personaliti. Contoh sifat pendiam yang menggambarkan jenis personaliti Realistik juga dimiliki oleh mereka yang berpersonaliti Investigatif dan mereka yang berpersonaliti Konvensional. Demikian juga dengan sifat kreatif yang menggambarkan jenis Investigatif juga turut dimiliki oleh jenis Artistik. Darjah persamaan dan perbezaan sifat-sifat pada jenis-jenis personaliti ini bergantung kepada jarak kedudukan satu-satu personaliti dari personaliti yang berkaitan. Kedudukan keenam-enam jenis personaliti R I A S E K adalah dalam bentuk segi enam (Rajah 11.1). Dengan itu kedudukan Realistik dan Investigatif adalah berdekatan, sementara kedudukan Realistik dengan kedudukan Artistik pula berjauhan dan Realistik dengan Sosial pula adalah bertentangan. Semakin hampir kedudukan jenis personaliti, semakin tinggi kemungkinan adanya beberapa sifat yang sama dan semakin jauh kedudukan semakin kurang kemungkinan wujudnya persamaan. Sementara itu kedudukan yang bertentangan pula diandaikan tidak mempunyai persamaan langsung. Secara umumnya seseorang itu akan memiliki gabungan sifat-sifat dari dua atau tiga jenis personaliti. Contohnya seseorang itu mungkin mempunyai sifat-sifat Realistik di samping sifat-sifat Investigatif dan Artistik. Sifat-sifat ini membentuk pola personaliti seseorang. Setiap individu mempunyai personaliti, minat, bakat dan kebolehan yang berbeza.

Rajah 11.1: Model persekitaran - individu (Holland, 1985)

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 161

07-Oct-10 9:16:45 AM

162

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Seseorang individu akan mencari persekitaran yang sesuai atau kongruen dengan personalitinya. Seseorang yang mempunyai pola personaliti Sosial-Enterprisisng-Konvensional (SEK) akan secara aktif mencari persekitaran SEK. Individu yang mempunyai jenis pola personaliti SEK akan bergiat cergas apabila berada dalam pola persekitaran SEK, kerana persekitaran seperti ini menyediakan peluang dan ganjaran yang diperlukan oleh individu tersebut. Sebaliknya apabila individu yang sama ditempatkan di dalam persekitaran yang berbeza dengan personalitinya, maka keadaan yang tidak kongruen akan berlaku. Ini disebabkan oleh persekitaran yang berbeza itu akan menyediakan peluang dan ganjaran yang ada tidak diperlukan oleh individu berkenaan. Individu yang berpersonaliti SEK lebih cenderung terhadap kerja-kerja yang berkaitan dengan orang seperti membantu, mendidik dan sebagainya. Keadaan yang kongruen antara personaliti dengan persekitaran kerja menjadikan seseorang itu bermotivasi dalam pekerjaannya kerana persekitaran tersebut memberi peluang untuk menampilkan kemahiran dan minat yang berkaitan dengan keperluan kerja. Keadaan ini juga mendorong seseorang itu berusaha membuat penyesuaian yang berkesan dengan persekitaran kerjanya. Jelasnya, apabila dia berhadapan dengan situasi yang mencabar, yang menimbulkan kekecewaan atau konik, dia dapat mengambil tindakan yang berkesan untuk mengurangkan tekanan tersebut dan merasa satu kepuasan dalam dirinya (Crites, 1981). Perasaan berjaya menghadapi cabaran dalam kerja dan melaksanakan tugas dengan baik adalah ganjaran intrinsik disampang ganjaran ekstrinsik seperti upah, kenaikan pangkat dan lain-lain yang mendorong seseorang untuk kekal dan terus berjaya dalam satu-satu pekerjaan. Individu-individu yang dalam persekitaran yang tidak kongruen dengan personalitinya pula akan berusaha untuk menukarkan persekitarannya atau bertukar kerja (Holland, 1985). Ini bererti individu itu akan berusaha untuk mengubah persekitaran supaya menjadi lebih kongruen dengan dirinya, ataupun meninggalkan persekitaran tersebut dan mencari persekitaran baru yang lebih sesuai (Spokane, 1985). Keadaan ini biasa berlaku kepada mereka yang baru memasuki alam pekerjaan. Pada peringkat permulaan seseorang itu akan memilih apa sahaja pekerjaan yang ditawarkan jika tidak mendapat pekerjaan yang dipilihnya. Namun demikian individu itu akan sentiasa berusaha untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 162

07-Oct-10 9:16:45 AM

Perancangan Kerjaya

163

minat dan kelulusan di dimilikinya. PERANAN PENSYARAH DALAM MEMBANTU PELAJAR DALAM ISU BERKAITAN KERJAYA Bagaimanakah seorang pensyarah dapat membantu para pelajar meningkatkan pengetahuan mereka berkaitan dengan perancangan kerjaya? Adakah pensyarah berperanan membantu pelajar membuat persediaan untuk memasuki alam pekerjaan setelah mereka tamat pengajian kelak? Perkara ini boleh dilakukan semasa kuliah dan tutorial dijalankan. Oleh sebab seseorang pensyarah juga secara umumnya akan menyelia atau membimbing beberapa orang pelajar secara individu, pensyarah juga boleh membincangkan aspek kerjaya semasa proses penyeliaan tersebut. Bimbingan kerjaya semasa kuliah Sebenarnya penerangan berkaitan isu kerjaya boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung semasa proses pengajaran. Ia boleh dibuat secara langsung apabila pensyarah mengambil sedikit masa untuk menerangkan sesuatu pekerjaan kepada pelajar. Secara tidak langsung pula boleh dilakukan dengan cara menerapkan aspek kerjaya semasa proses pengajaran atau tutorial. Aktiviti ini tidak perlu mengambil masa yang lama. Masa yang diperlukan adalah antara lima hingga lapan minit sahaja. Sebagai contohnya sebelum memulakan kuliah pensyarah boleh menggalakkan perbincangan umum berkaitan sesuatu pekerjaan. Sebagai contohnya pensyarah meminta pelajar membayangkan suatu jenis pekerjaan, bayangkan pada pagi ini anda adalah seorang yang berjawatan besar, dan anda saya jemput ke dewan kuliah ini untuk berkongsi pengalaman anda semasa di universiti. Apakah pekerjaan yang akan anda sandang pada ketika itu?. Ataupun pensyarah boleh meminta pelajar berbincang secara berpasangan dengan rakan di sebelah berkaitan jenis pekerjaan yang baru diiklankan dalam akhbar baru-baru ini. Cuba kaitkan apa yang hendak disampaikan dengan pekerjaan yang dinyatakan oleh pelajar. Sebagai contohnya jika anda mengajar subjek yang berkaitan dengan kimia. Anda boleh bertanya kepada pelajar beberapa soalan untuk perbincangan di permulaan kuliah seperti; siapakah yang terlibat dalam penghasilan bahan-bahan kima yang kita gunakan hari ini , adakah anda tahu nama pembekal bahan kima yang kita

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 163

07-Oct-10 9:16:45 AM

164

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

gunakan hari ini dan adakah anda tahu jawatan-jawatan yang ada dalam sebuah syarikat yang mengeluarkan bahan-bahan kima yang kita gunakan. Dengan cara ini pelajar akan lebih berminat untuk mengetahui bukan sahaja kandungan berkaitan dengan subjek yang hendak dipelajari tetapi juga pelajar mendapat sedikit maklumat berkaitan dengan kerjaya seorang ahli kimia. Sebenarnya pensyarah boleh memainkan peranan yang penting dalam menambah pengetahuan pelajar dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kerjaya semasa mereka mengajar. Pensyarah juga boleh bertanya kepada para pelajar adakah mereka benar-benar berminat untuk mengikut kursus yang disertai sekarang. Pensyarah juga boleh mengingatkan para pelajar bahawa mereka boleh memilih pekerjaan yang mungkin tidak memerlukan ilmu pengetahuan dalam bidang yang disertai di universiti sekarang. Namun demikian ilmu yang dipelajari boleh membantu seseorang itu memperbaiki diri atau menjadi kelebihan kepadanya. Sebagai contohnya, seorang doktor yang bernama Sanjay Gupta juga adalah seorang wartawan di salah sebuah syarikat penyiaran terbesar di dunia. Ilmu perubatan yang dikuasainya membantu beliau menjadi seorang wartawan yang mampu mengupas perkara-perkara yang berkaitan dengan perubatan semasa menjalankan tugas di lapangan atau mengendalikan sesuatu topik berkaitan perubatan. Begitu juga dengan seseorang yang mengikuti kursus kimia tetapi boleh juga menjadi seorang jurujual. Sudah tentunya individu tadi mempunyai kelebihan jika terlibat dalam bidang berkaitan penjualan bahan kimia. Individu yang mempunyai pengetahuan dalam bidang kimia akan lebih mudah memberi penerangan berkaitan bahan kimia yang hendak dijual berbanding dengan juru jual yang tidak mempelajari ilmu kima dengan lebih mendalam. Bimbingan semasa penyeliaan dan mentoran Berbeza dengan penerapan semasa kuliah, perjumpaan secara individu semasa program penyeliaan dan mentoran akan memberi peluang yang lebih banyak kepada para pensyarah untuk membantu pelajar memahami konsep kerjaya serta membantu perancangan kerjaya mereka. Pensyarah boleh bertanya apakah minat serta citacita pelajar di bawah seliaan mereka. Berilah sedikit masa untuk pelajar memikirkan perancangan kerjaya mereka sebelum memulakan perbincangan berkaitan dengan perkara akademik. Sekiranya pelajar pada tahun pertama, pensyarah bolehlah bertanya mengapa pelajar memilih kursus yang diikuti sekarang. Mungkin ada pelajar yang

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 164

07-Oct-10 9:16:46 AM

Perancangan Kerjaya

165

tidak pasti jawapannya kerana hanya itulah program yang ditawarkan kepada mereka. Lebih buruk lagi bila pelajar menyatakan mereka tidak memilih kursus yang ditawarkan. Di sinilah pensyarah perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik agar pelajar tidak merasa kecewa dengan kursus yang diikuti. Pensyarah boleh memberi penerangan keistimewaan kursus yang diikuti serta menerangkan bahawa proses pemilihan ke program-program di universiti melibatkan persaingan-persaingan yang hebat. Pensyarah juga boleh merujukkan klien ini kepada pihak yang berkemahiran iaitu kaunselor bagi membantu pelajar mendapatkan kaunseling kerjaya secara profesional. Apa yang penting ialah pelajar di bimbing daripada awal pengajian mereka berkaitan dengan isu-isu kerjaya. Ada banyak kes yang menunjukkan pelajar bertukar program kerana mereka tidak memilih atau tidak meminati kursus yang ditawarkan kepada mereka. Namun oleh kerana tiada pilihan lain, mereka terpaksa juga mengikuti kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti atau Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Jika tidak dibimbing pelajar akan merasa kecewa dan kurang bermotivasi kerana berada dalam kursus atau institusi pengajian yang tidak tepat dengan minat kerjaya mereka. Namun demikian jika pensyarah dapat membantu dan membimbing mereka, berkemungkinan besar para pelajar akan cuba memahami kekuatan dan kebaikan untuk masa hadapan kursus yang mereka ikuti sekarang. Ini akan dapat menimbulkan motivasi kepada pelajar untuk mendalami bidang baru yang mungkin akan menjadi keseronokan kepada pelajar itu sendiri. KERJAYA DAN KEMAHIRAN SOSIAL Kegagalan seseorang itu mendapat pekerjaan bukan hanya kerana kelemahan dalam bidang akademik tetapi juga kerana kelemahan seseorang calon itu dalam kemahiran sosial atau kemahiran insaniahnya. Kajian menunjukkan graduan tempatan masih lemah dalam aspek komunikasi yang menyebabkan pihak majikan tidak dapat menerima pencari kerja ini bekerja di syarikat mereka. Sebenarnya kemahiran insaniah adalah antara isu yang sering diperkatakan dalam kalangan para pemimpin dan juga para pendidik di institusi pengajian tinggi. Malah aspek kemahiran insaniah ini adalah sebahagian daripada agenda kerajaan bagi melahirkan graduan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa, selaras dengan keperluan yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (Salleh, Zuria, Mohd. Mokhtar, 2008).

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 165

07-Oct-10 9:16:46 AM

166

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Para graduan perlu disedarkan bahawa ijazah yang mereka miliki bukanlah penentu kepada mereka untuk mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajian. Majikan mempunyai calon yang sangat ramai untuk menjawat sesuatu jawatan. Persaingan bagi menjawat sesuatu jawatan adalah sangat terhad dan sengit. Para majikan akan melihat kepada keistimewaan atau kekuatan seseorang calon, terutamanya kemahiran insaniah atau kemahiran sosial seseorang calon dalam mengisi jawatan yang diiklankan. Oleh itu kemahiran-kemahiran insaniah ini adalah sangat penting bagi individu yang sedang mencari pekerjaan dewasa ini selain daripada pencapaian akademik yang baik (Australian National Training Authority, 2003; Ismail et al. 2008; Radin Umar, 2008; Salleh, Zuria & Mohd. Mokhtar, 2008). Oleh itu untuk menjadi graduan yang cemerlang, seseorang pelajar bukan hanya berjaya mendapat markah yang baik dalam peperiksaan tetapi juga perlu memiliki kemahiran insaniah terutamanya kecekapan berkomunikasi yang baik, mempunyai gaya kepimpinan serta mempunyai jaringan yang luas dengan pihak-pihak industri di luar institusi pengajian tinggi mereka. Selain daripada mengharapkan bekerja dengan kerajaan ataupun swasta, para pelajar institusi pengajian tinggi juga didedahkan dengan kemahiran keusahawanan agar mereka mempunyai cita-cita untuk memulakan perniagaan sendiri setelah tamat pengajian kelak. Kemahiran keusahawanan melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko, kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan (KPT, 2006). Oleh itu aktiviti-aktiviti pembelajaran tidak hanya tertumpu kepada kaedah kuliah semata-mata tetapi perlu melibatkan aktiviti seperti perbincangan kumpulan, pembentangan, lawatan, kerja lapangan dan juga pelbagai kaedah pengajaran yang lain. SUMBER MAKLUMAT KERJAYA Sebagai seorang pensyarah yang ingin membantu pelajar, pengetahuan mengenai sumber maklumat kerjaya adalah sangat penting. Pensyarah seharusnya mempunyai pengetahuan yang terkini berkaitan sumber kerjaya dalam bidangnya. Selain daripada itu pensyarah juga perlu memahami aspek personaliti dan persekitaran kerjaya seperti yang telah dibincangkan. Amla, Zuria dan Ramlee (2008) menegaskan peri pentingnya mengenali personaliti diri kerana minat dan kebolehan bekerja setiap orang adalah berbeza-beza. Begitu juga keadaan tempat kerja yang berbeza-beza memerlukan seseorang pencari kerja

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 166

07-Oct-10 9:16:46 AM

Perancangan Kerjaya

167

menyediakan diri agar tidak terperanjat dengan persekitaran kerjaya yang diceburi. Sebagai contohnya seorang jurutera tidak semestinya bekerja dalam sebuah bilik berhawa dingin sepanjang hari. Ada ketikanya seorang jurutera terpaksa turun ke lapangan untuk membuat pemeriksaan atau sebagainya. Maklumat-maklumat berkaitan sesuatu kerjaya ini perlu dikongsi bersama pelajar. Cuba anda tanya pelajar anda mengapa mereka memilih kursus yang disertai di universiti sekarang. Pelbagai jawapan akan diberikan oleh para pelajar. Kepada mereka yang memang berminat atau memang memilih kursus yang ditawarkan sudah tentunya tidak akan menimbulkan masalah kepada pelajar. Namun demikian bagaimana pula dengan mereka yang tidak berminat mengikuti kursus yang disertai sekarang. Mungkin jawapan berikut akan anda terima; saya tidak pasti mengapa saya memilih kursus ini, ini adalah pilihan terakhir saya, saya sebenarnya tidak memilih pun kursus ini, sebenarnya saya ikut kawan saya semasa memohon dahulu. Mereka yang memberi jawapan yang negatif tadi mungkin tidak mempunyai maklumat berkaitan dengan kursus yang hendak diikuti. Pelbagai sumber maklumat berkaitan dengan kerjaya boleh diperoleh dengan pantas oleh para pelajar sebelum mereka memilih sesuatu kursus. Gibson dan Mitchell (1999) dan Isaacson dan Brown (2000) menegaskan untuk mendapatkan maklumat, seseorang itu perlu tahu sumbernya. Antara sumber yang biasa adalah seperti media massa, laman web dan internet, taklimat kerjaya, lawatan kerjaya, serta maklumat daripada kaunselor. Begitu juga apabila pelajar ingin mencari pekerjaan setelah tamat pengajian kelak, mereka perlu mendapatkan maklumat berkaitan dengan sesuatu pekerjaan dengan lebih baik agar dapat memahami keperluan-keperluan sesuatu pekerjaan yang dipohon. Maklumat berkaitan dengan kerjaya ini boleh diperoleh dengan mudahnya melalui laman-laman web syarikat yang menawarkan pekerjaan. Peluang-peluang pekerjaan juga di iklankan dalam media massa. Biasanya maklumat seperti kelulusan yang diperlukan, bidang tugas, peluang-peluang latihan serta proses pengambilan akan dimaklumkan kepada pemohon. Para pelajar juga digalakkan untuk membuat lawatan ke organisasi yang menawarkan pekerjaan tadi. Pelajar boleh juga membaca prospektus organisasi yang berkenaan. Pensyarah juga boleh menggalakkan para pelajar untuk menghadiri pameran-pameran kerjaya yang dianjurkan oleh universiti ataupun agensi-agensi swasta. Sebagai aktiviti sampingan dalam kelas, anda boleh meminta pelajar menulis dari manakah mereka boleh mendapat maklumat

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 167

07-Oct-10 9:16:46 AM

168

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

berkaitan sesuatu pekerjaan. Setelah itu pelajar diminta berkongsi maklumat yang diperoleh bersama tiga atau empat orang pelajar dalam satu kumpulan. Sebenarnya aktiviti ini boleh menambahkan motivasi pelajar untuk belajar serta menambahkan maklumat berkaitan kerjaya kepada pelajar. KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN Seperti yang telah dinyatakan, ramai para graduan masih memikirkan untuk makan gaji berbanding dengan bekerja sendiri. Menyedari hakikat itu kementerian pengajian tinggi menekankan peri pentingnya para graduan mempunyai sikap keusahawanan agar mereka tidak bergantung kepada bekerja dengan kerajaan ataupun swasta. Oleh itu kemahiran keusahawanan perlu diterapkan dalam kurikulum pengajaran di institusi pengajian tinggi. Secara khususnya kemahiran keusahawanan ini menyedarkan para pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan berinovasi bagi meneroka peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan. Para pelajar di institusi pengajian tinggi juga perlu didedahkan peluang-peluang untuk bekerja sendiri. Kemahiran keusahawanan ini boleh diterapkan secara tidak langsung dalam proses pengajaran walaupun subjek yang diajar tidak berkaitan dengan perniagaan secara langsung. Sebagai contohnya pelajar yang belajar dalam bidang pertanian tidak hanya memikirkan untuk bekerja dengan kementerian pertanian atau bekerja di ladangladang milik syarikat swasta setelah tamat pengajian. Mereka boleh memikirkan bagaimana memulakan pertanian secara kecil-kecilan untuk menjana pendapatan. Pensyarah boleh menjalankan aktiviti perbincangan dalam kuliah bagi mendapatkan pendapat pelajar bagaimana untuk memulakan perniagaan sendiri. Para pensyarah juga perlu tahu serba sedikit kemudahankemudahan atau peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan berkaitan dengan bidang keusahawanan ataupun individu-individu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan setelah tamat pengajian di universiti. Pengalaman jutawan perisian komputer, Bill Gates, boleh dijadikan satu contoh yang terbaik di mana beliau tidak menamatkan pengajiannya tetapi mengambil individu yang memiliki pelbagai ijazah untuk bekerja dalam syarikat miliknya. Begitu juga dengan papan iklan yang terpapar di lebuh raya yang tertera perkataan berikut: Pertanian adalah perniagaan boleh dijadikan satu contoh untuk memupuk sikap keusahawanan dalam kalangan pelajar. Pensyarah juga boleh menjemput pelajar yang telah berjaya bekerja sendiri untuk

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 168

07-Oct-10 9:16:46 AM

Perancangan Kerjaya

169

berkongsi pengalaman mereka semasa kuliah. Pelajar perlu disedarkan wujudnya pelbagai usaha untuk membantu pelajar bekerja sendiri selepas tamat pengajian. Kerajaan telah mewujudkan pelbagai tabung atau kemudahan kewangan serta pelbagai kursus bagi membantu pelajar memulakan perniagaan sendiri. Antaranya ialah Tabung Usahawan Siswazah, Tabung Industri Bumiputera, dan Tabung Usahawan Kecil yang semuanya bertujuan membantu usahawan kecil dan sederhana. Begitu juga pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan pelbagai latihan keusahawanan bagi membantu mereka yang berminat dalam perniagaan. Di Universiti Kebangsaan sendiri pelajar telah didedahkan dengan sikap keusahawanan secara praktikal melalui peluang menjalankan perniagaan di Teres Eko Niaga UKM yang diselaraskan oleh Pusat Perkembangan Pelajar. Secara keseluruhannya, para pensyarah tidak hanya menyampaikan ilmu pengetahuan berkaitan dengan bidangnya semata-mata tetapi juga dapat menyedarkan para pelajar peluangpeluang kepada mereka untuk bekerja sendiri serta menjadi seorang usahawan suatu masa kelak. KESIMPULAN Perancangan kerjaya yang terancang dan teratur adalah perlu bagi semua pelajar di institusi pengajian tinggi agar mereka bersedia memasuki alam pekerjaan setelah tamat pengajian. Pelajar yang tamat pengajian boleh bekerja sendiri, bekerja dengan orang lain ataupun meneruskan pengajian ke peringkat siswazah. Secara umumnya pihak kaunselor dan juga para pegawai di bahagian hal ehwal pelajar memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar merancang kerjaya mereka. Namun demikian para pensyarah juga boleh memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar membuat perancangan kerjaya mereka. Maklumat kerjaya boleh disampaikan kepada pelajar semasa kuliah ataupun semasa penyeliaan individu. Pelajar akan lebih bermotivasi sekiranya pensyarah dapat mengaitkan apa yang dipelajari dalam kelas dengan dunia pekerjaan yang bakal mereka tempuhi. Para pensyarah perlu memahami serba sedikit aspek personaliti dan persekitaran pekerjaan seperti mana yang telah dibincangkan. Begitu juga pensyarah perlu mengetahui sumber-sumber berkaitan dengan pasaran kerjaya terutamanya yang berkaitan dengan bidang masing-masing. Adalah diharapkan agar penerangan yang diberikan dapat membantu para pelajar lebih bersedia untuk memasuki alam pekerjaan. Para pensyarah juga boleh merujukkan kepada kaunselor

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 169

07-Oct-10 9:16:46 AM

170

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

terlatih di universiti jika terdapat pelajar yang memerlukan bantuan yang mendalam agar bantuan yang lebih sistematik dapat diberikan kepada mereka melalui kaunseling kerjaya.

RUJUKAN Amla Salleh, Zuria Mahmud & Salleh Amat. 2009. Bimbingan dan kaunseling sekolah (Ed. Kedua). Penerbit UKM: Bangi. Amla Salleh, Zuria Mahmud & Ramlee Mustapha. 2008. Mengenal Potensi Kerjaya. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Bakti. Australian National Training Authority, 2003. Tourism Training Australia. Sydney NSW 2001. Capuzzi. D & Stauffer. M. 2006 Career Counseling: Foundations, Perspectives, and Applications. Boston: Pearson. Crites, J.O. 1981. Career Counselling: Models, Methods, and Materials. New York: McGraw Hill. Gibson, Robert L. And Marianne and H. Mitchell. 1999. Introduction to counseling and guidance Upper Saddle River, New Jersey Columbus , Ohio. Holland, J. L. 1985. Making vocational choice: A theory of vocational personalities and work environment. Englewood Cliffs, N.J: Prentice Hall. Isaacson, L.E. & Brown, D. 2000. Career information, Career Counseling, and Career Development (7th. Edt.). Singapore; Allyn and Bacon Ismail Ibrahim, Mohd. Taib Dora, Mohd. Fauzi Kamarudin, Izaidin Abd. Majid, Nooraini Sulaiman & Zulkii Hussin. 2008. Pembangunan modal insan menerusi pendekatan kemahiran insaniah. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke 6, 4350. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM KPT 2006. Modul pembangunan kemahiran insaniah (soft skills) untuk institusi pengajian tinggi Malaysia. Penerbit UPM: Serdang Lee Har Bee. 1999. Career Indecision Among Form 4 Students And Its Relationship With Academic Achievement. Tesis Sarjana, Universiti Malaya. Odebunmi, Akin. 1983. Factors responsible for career choice among samples Nigerian teenagers in Bendel State of Nigeria. Laporan ERIC document reproduction of services. No. ED 240366. Oii Kok Ha. (1988) Kesedaran kerjaya di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah rendah: Satu kajian di Sekolah Menengah Jalan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 170

07-Oct-10 9:16:46 AM

Perancangan Kerjaya

171

Bukit, Kajang, Selangor. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan. (Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia). Paridah Romly. 2001. Tahap kesedaran merancang kerjaya di kalangan pelajar Sekolah Menengah Daerah Petaling Jaya dan Daerah Hulu Langat, Negeri Selangor. Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia. Radin Umar Radin Sohadi. 2008. Teaching and learning at higher learning institutions. Kertas kerja dibentangkan di Higher Education Seminar. Anjuran AKEPT, KPT. Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. 16 -17 July, 2008 Salleh Amat, Zuria Mahmud, Mohd. Mokhtar Tahar. 2008. Persepsi pelajar IPTA terhadap konsep dan penekanan aspek kemahiran insaniah. Prosiding Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008(NASDEC 2008) Sharf R. S. 2006. Theories of Psychotherapy and Counseling : Concepts and Cases. Brooks / Cole Cengage Learning: Belmont, USA. Shertzer, B & Stone, S.C. 1992. Asas-asas Bimbingan (Terj. Amla & Puteh). DBP Kuala Lumpur Sidek Mohd. Noah. 2001. Perkembangan Kerjaya. Teori dan Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Spokane, A.R. 1985. A review of research on person-environment congruence in Hollands theory of careers. Journal of Vocational Behavior 26: 306-343. Super, D.E. 1980. A Life-Span, life Space Approach to Career Development. Journal of Vocational Behavior, 16:282-298 Suradi Salim. 1996. Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Tolbert. J. 1994. Athens on Trial: The Antidemocratic Tradition in Western Thought. Princeton University Press Zunker V G. 2002. Career counseling: applied concepts of life planning (6th ed). Pacic Grove CA: Book/ Cole.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 171

07-Oct-10 9:16:46 AM

172

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 172

07-Oct-10 9:16:46 AM

Pembelajaran Menerusi Jaringan Industri

BAB 12 PEMBELAJARAN MENERUSI JARINGAN INDUSTRI


Abdul Wahab Mohammad Mohd Tusirin Hj. Mohd Nor Nur Haiqal Rawlins Abdullah Siti Azura Abd Rahim

PENGENALAN Keterlibatan industri dalam pengalaman pembelajaran di universiti merupakan satu faktor yang amat penting dalam memastikan graduan yang dihasilkan oleh universiti diterima oleh industri. Mungkin 20-25 tahun yang lepas, faktor ini tidak begitu penting kerana graduan yang dikeluarkan di universiti sentiasa mendapat pekerjaan terutamanya dalam sektor kerajaan dan hanya sebahagian kecil sahaja yang bekerja di industri. Namun dalam era globalisasi yang sungguh mencabar ini, graduan tidak lagi boleh mengharapkan kerajaan untuk menyediakan pekerjaan dan ini bermakna industrilah yang akan menjadi sasaran utama para pencari pekerjaan. Di UKM, keterlibatan industri telah menjadi satu agenda yang utama untuk portfolio Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM). Portfolio ini diwujudkan pada tahun 2007 dan di bawah portfolio ini terdapat Pejabat Hubungan Industri (PHI), Pejabat Hubungan Universiti - Masyarakat (PHUM) dan Yayasan Canselor (YC). PHI merupakan nadi penghubung kepada kegiatan-kegiatan hubungan UKM-industri yang merentasi aktivitiaktiviti pendidikan dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi serta khidmat. Hubungan industri di UKM tidak terhad kepada PHI sahaja, malahan pelbagai Fakulti/Institut/Pusat turut memainkan peranan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 173

07-Oct-10 9:16:46 AM

174

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

yang penting dalam memastikan agenda hubungan industri menjadi satu agenda yang diberi keutamaan di UKM. Hubungan universiti-industri terjalin sebaik sahaja universiti ditubuhkan. Ini kerana industrilah yang akan memanfaatkan hasil utama keluaran universiti, iaitu para graduan dan ilmu pengetahuan atau sesuatu penemuan baru yang dijana menerusi penyelidikan. Industri di sini harus ditakrifkan sebagai pelanggan universiti pada keseluruhannya, iaitu termasuk pihak swasta, badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Merekalah yang akan menggunakan hasil keluaran universiti demi mencapai matlamat masing-masing. Dengan takrifan ini, maka kita akan faham betapa pentingnya fungsi universiti terhadap kelestarian, pembangunan dan kesejahteraan industri, pelanggan utama universiti. Disamping itu, dengan takrifan ini juga, pihak industri akan faham betapa pentingnya penglibatan mereka kepada kaedah pembelajaran di universiti dengan memberi input dan kerjasama yang sewajarnya supaya hasil keluaran universiti sesuai dengan apa yang mereka harapkan. Pastinya matlamat badan-badan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta akan mempunyai matlamat masing-masing yang berbeza-beza. Badan-badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan hanya akan terlibat dalam industri perkhidmatan. Dengan itu matlamat mereka akan tertumpu kepada kesejahteraan manusia dan alam sekitar termasuk alam ora dan fauna. Walau pun mereka harus mempunyai matlamat dari aspek kewangan, di mana wang yang cukup harus diperolehi untuk membiayai operasi, keuntungan tidak harus menjadi matlamat mereka. Berbeza pula dengan syarikat-syarikat perniagaan swasta. Keuntungan menjadi matlamat utama disamping matlamat-matlamat lain. Tiada keuntungan, tiada perniagaan. Keuntungan ini boleh didapati dari pelbagai jenis industri, termasuk industri perkhidmatan, kewangan, pembuatan, pertanian, perlombongan dan sebagainya. Walau bagaimana pun, sekarang banyak syarikat-syarikat swasta yang mengamalkan matlamat tiga penjuru; iaitu matlamat kemanusiaan, matlamat alam sekitar dan matlamat keuntungan. 3P objectives; People, Planet, Prot. Ini berlaku kerana ada pihak swasta mula sedar betapa pentingnya sumber manusia dan alam sekitar tempat mereka hidup untuk menjana keuntungan. Tanpa manusia yang padan dan alam sekitar yang lestari, matlamat untuk mengembangkan perniagaan dan seterusnya

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 174

07-Oct-10 9:16:46 AM

Pembelajaran Menerusi Jaringan Industri

175

keuntungan, secara jangka panjang, mungkin tidak akan tercapai. Sekarang pihak universiti haruslah sensitif kepada matlamat-matlamat pihak industri dan seterusnya menyesuaikan kaedah pembelajaran yang sesuai mengikut kehendak industri. Ahli akademik dan kakitangan yang berkaitan mempunyai peranan yang penting dalam hal ini. Pihak industri telah terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran di universiti menerusi program latihan industri atau latihan ilmiah. Latihan ini telah bermula sejak mula program prasiswazah, terutama program ikhtisas seperti kejuruteraan, pendidikan dan undang-undang dimana pelajar diwajibkan untuk menjalaninya. Ada program-program lain yang bukan ikhtisas, pelajar tidak wajibkan tetapi digalakkan untuk menjalani latihan ilmiah. Dalam program ini pelajar akan didedahkan kepada suasana sebenar industri supaya mereka dapat merasai apa yang diharapkan oleh industri dan mengkaitkan apa yang dipelajari dalam bilik kuliah dengan aplikasi dalam industri. Di samping latihan industri dan latihan ilmiah, industri telah juga terlibat dalam pembelajaran di universiti menerusi seminar dan bengkel yang dianjurkan bersama dengan industri untuk pelajar. Biasanya seminar dan bengkel seperti ini ditumpukan kepada pembelajaran softskill seperti kebolehan berkomunikasi, menjalani temuduga, bergaul dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan industri dan secara langsung atau tidak langsung memberi input terhadap pembelajaran di universiti ialah aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan, karnival kerjaya, pertandingan, perundingan dan perkhidmatan lain yang melibatkan pelajar. Disamping kegiatankegiatan tersebut di atas pihak industri telah juga terlibat dalam pembelajaran menerusi khidmat nasihat mereka sebagai penasihat kurikulum. Dalam bab ini kegiatan yang disebut di atas akan diterangkan lebih terperinci, terutama dari aspek perlaksanaan dan keberkesanannya. Akan disentuh juga cadangan bagaimana hubungan antara universiti dan industri dapat sahaja dieratkan lagi, dan hubungan yang lebih bermakna dalam aspek pembelajaran supaya kebolehpasaran graduan UKM dapat dipertingkatkan. Para ahli akademik dan kakitangan sokongan mempunyai peranan penting dalam hal ini. Oleh itu kefahaman berkenaan rangkaian industri-universiti harus didalami bagi membentuk sekitaran pembelajaran yang memberi manfaat

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 175

07-Oct-10 9:16:47 AM

176

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

kepada kedua belah pihak.

KAITAN MATLAMAT UNIVERSITI DAN INDUSTRI/ MATLAMAT JARINGAN UNIVERSITI-INDUSTRI Secara umumnya matlamat universiti adalah untuk mengeluarkan graduan yang mempunyai ilmu pengetahuan, sikap dan ketrampilan yang dikehendaki oleh industri. Sikap dan ketrampilan ini termasuklah kebolehan berkomunikasi, berkiran kritikal, mampu menjadi pemimpin dan juga ahli pasukan yang baik, berdaya saing dan pelbagai lagi kemahiran generik. Di samping itu universiti juga berhasrat menjana ilmu dan produk baru menerusi penyelidikan dan inovasi yang seterusnya boleh diguna pakai oleh industri. Di pihak industri, matlamat yang unggul adalah 3 serangkai iaitu untuk meningkatkan (i) kesejahteraan manusia, (ii) kelestarian planet, dan (iii) pengembangan keuntungan. Inilah konsep yang seringkali diucapkan dengan label 3P (People, Planet and Prot). Melihat kepada kedua-dua matlamat universiti dan industri ini, maka adalah amat wajar jaringan universiti-industri dipertingkatkan untuk membolehkan kedua-dua pihak mencapai matlamat tersebut. universiti amat memerlukan industri untuk mendapatkan input dalam pelbagai aspek aktiviti yang dijalankan manakala industri memerlukan universiti untuk mendapatkan bakal pekerja yang berkebolehan dan juga ilmu-ilmu baru yang boleh digunakan untuk mengembangkan syarikat dalam dunia yang semakin mencabar ini.

PERLAKSANAAN JARINGAN Dalam tempoh 40 tahun penubuhan UKM, jaringan UKM-industri telah menjadi semakin kukuh. Terdapat penglibatan yang luas oleh industri dalam pelbagai aspek aktiviti di UKM. Ia boleh dirangkumkan dalam tiga kategori teras UKM iaitu (i) pendidikan dan pembelajaran, (ii) penyelidikan, inovasi dan perundingan, dan (iii) khidmat. Jadual 12.1 menunjukkan jenis-jenis aktiviti jaringan dan pembabitan industri dalam setiap kategori. Contoh-contoh akan diberikan dalam seksyen seterusnya untuk membolehkan gambaran yang lebih jelas mengenai

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 176

07-Oct-10 9:16:47 AM

Pembelajaran Menerusi Jaringan Industri

177

kepelbagaian dan keuntungan yang diperolehi oleh kedua-dua belah pihak melalui jaringan UKM-industri ini. Jadual 12.1 Jenis-jenis aktiviti jaringan dan pembabitan industri
Kategori Pendidikan dan Pembelajaran Khidmat Jenis-jenis aktiviti jaringan Latihan industri/ilmiah Penasihat kurikulum Penceramah jemputan Penilai projek Projek penyelidikan bersama Projek perundingan Pengkomersilan produk-produk UKM Seminar dan bengkel untuk industri Aktiviti pelajar o Penyertaan dalam pertandingan o Bengkel berkaitan karier Aktiviti khidmat masyarakat Anugerah anjuran industri

Penyelidikan, Inovasi, dan Perundingan

Pendidikan dan Pembelajaran Latihan industri/ilmiah Latihan industri/ilmiah merupakan peluang pertama untuk pelajarpelajar UKM berinteraksi dengan industri. Buat masa sekarang hampir semua program di UKM mewajibkan pelajar-pelajar di tahun dua atau tiga pengajian menjalani latihan industri/ilmiah sekurang-kurangnya selama 10 minggu dipelbagai industri, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan. Pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga untuk pelajar dimana mereka berpeluang untuk mengaplikasi apa yang telah dipelajari di tempat kerja yang mungkin menjadi bakal majikan mereka selepas tamat pengajian. Jadual 12.2 menyenaraikan sebahagian syarikat-syarikat utama, NGO dan agensi kerajaan yang telah mengambil pelajar UKM untuk menjalani latihan industri semasa Sesi 2008/2009 lepas.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 177

07-Oct-10 9:16:47 AM

178

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Jadual 12.2 Senarai syarikat-syarikat utama, NGO dan agensi kerajaan yang telah mengambil pelajar UKM untuk menjalani latihan industri
Jenis Penempatan Contoh-contoh Senarai syarikat/NGO/Agensi kerajaan Exxonmobil (M) Sdn Bhd Digi Telecommunication Sdn Bhd Sime Darby Medical Center Subang Jaya Gleneagles Hospital (KL) Sdn Bhd Agro Bank Star Publication (Malaysia) Bhd Media Prima Sdn Bhd Brunsel Construction Sdn Bhd Motorola Technology Sdn Bhd Shell (Malaysia) Intel Microelectronics (M) Sdn Bhd Biro Bantuan Guaman Malaysia Jabatan Kerja Raya Malaysia Radio TV Malaysia Agensi Nuklear Malaysia MARDI Kastam DiRaja Malaysia Jabatan Hal-ehwal Orang Asli

Industri

Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Agensi Kerajaan

Latihan industri/ilmiah juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah sikap dan ketrampilan masing-masing melalui interaksi dengan masyarakat luar UKM. Oleh itu adalah tidak menghairankan apabila pelajar-pelajar yang kembali ke UKM selepas latihan industri/ ilmiah menunjukkan keyakinan yang tinggi, boleh berkomunikasi dengan baik dan peningkatan dalam kemahiran-kemahiran generik yang lain.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 178

07-Oct-10 9:16:47 AM

Pembelajaran Menerusi Jaringan Industri

179

Penasihat kurikulum Kebanyakan program pengajian di UKM juga telah mula mendapatkan pandangan dari pihak-pihak berkepentingan seperti industri untuk memberi maklumbalas terhadap kurikulum pengajian. Badan-badan profesional seperti Lembaga Jurutera Malaysia dan juga Lembaga Akreditasi Negara (LAN) telah menjadikan satu syarat untuk akreditasi supaya setiap program melantik Panel Penasihat Industri yang antara tujuannya supaya: Memberi pandangan mengenai ciri-ciri graduan yang diperlukan Menilai kurikulum program supaya dapat menghasilkan graduan yang mempunyai ciri-ciri sedemikian Memberi pandangan mengenai proses pembelajaran secara keseluruhan supaya ianya menjadi lebih efektif Mengambil bahagian dalam proses pembelajaran melalui sumbangan sebagai penceramah industri/masyarakat dan penilai projek-projek pelajar. Memberi maklumbalas terhadap penilaian hasil pembelajaran yang dijalankan oleh program/jabatan sebagai sebahagian dari proses pembaikan kualiti berterusan (CQI).

Jadual 12.3 menunjukkan contoh-contoh syarikat yang terlibat sebagai panel penasihat industri di beberapa fakulti di UKM.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 179

07-Oct-10 9:16:47 AM

180

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Jadual 12.3 Contoh Wakil Syarikat Yang Menjadi Ahli Dalam Panel Penasihat Industri
Bil Fakulti Syarikat terlibat dalam Panel Penasihat Industri Jurutera Prunding Zaaba Sdn Bhd GAMUDA Bhd TNB Research Sdn Bhd Sime Darby Plantation Sdn Bhd Yayasan Budi Penyayang Malaysia BERNAMA SME Bank Bhd JPA Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MDEC Berjaya Capital Bhd Pharmaniaga Manufacturing Bhd Persatuan Farmasi Malaysia Ain Medicare Kementerian Kesihatan Malaysia Persatuan Doktor Pergigian Malaysia Inneon Technology Exxonmobil Exploration & Production Maaysia Inc Dewina Holdings Sdn Bhd Malaysian Biotechnology Corp.

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

4 5

Fakulti Farmasi Fakulti Pergigian

Fakulti Sains dan Teknologi

Penceramah jemputan Selain dari itu pihak industri juga sering dijemput sebagai penceramah jemputan secara berkala untuk mencurahkan ilmu dan pengalaman masing-masing kepada pelajar dan pensyarah. Pelajar-pelajar dapat membandingkan apa yang dipelajari di bilik kuliah dengan apa yang dipraktikkan di industri melalui syarahan-syarahan jemputan seperti ini.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 180

07-Oct-10 9:16:47 AM

Pembelajaran Menerusi Jaringan Industri

181

Rakan atau penilai projek Di dalam setiap program, pelajar-pelajar juga perlu menjalankan pelbagai projek di dalam kursus ataupun projek tahun akhir. UKM sangat menggalakkan supaya projek-projek ini dilakukan dengan kerjasama industri. Sebagai contoh industri boleh menawarkan tajuktajuk penyelidikan tahun akhir untuk dilakukan oleh pelajar dan ini memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai perkembangan terkini dalam penyelidikan dan inovasi di industri. Di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, pelajar-pelajar yang melalui program keusahawanan telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat industri kecil dan sederhana untuk sama-sama membantu meningkatkan perolehan dan pendapatan syarikat-syarikat tersebut. Usaha ini telah mendapat perhatian dari SME Corporation yang telah menjadikannya satu contoh bagaimana untuk menerapkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar. Selain dari itu, pakar-pakar dari industri seringkali dijemput untuk menjadi penilai semasa pelajar membuat pembentangan projek tersebut. Seringkali maklumbalas yang diberikan oleh pakar-pakar industri ini bersifat praktikal dan relevan kepada apa yang berlaku di industri. Sebagai contoh, di Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, projek-projek rekabentuk tahun akhir akan diadili oleh jurutera-jurutera dari Petronas. Sumbangan jurutera-jurutera tersebut memberi pendedahan yang bermakna kepada pelajar kerana projek yang dilakukan pelajar seperti mendapat pengiktirafan dari pengamal dari industri sendiri. Penyelidikan, inovasi, dan perundingan Penyelidikan dan inovasi Penyelidikan dan Inovasi juga adalah aktiviti teras UKM. Hasil penyelidikan dan inovasi seharusnya perlu dimanfaatkan oleh industri dan juga masyarakat demi untuk meningkatkan hasil kekayaan negara. Oleh itu penyertaan industri dalam turut sama menjayakan penyelidikan amat perlu dipertingkatkan. Jadual 12.4 menunjukkan beberapa contoh projek penyelidikan yang dijalankan bersama dengan industri dalam beberapa bidang yang pelbagai.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 181

07-Oct-10 9:16:47 AM

182

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Tajuk projek Feasibility Study on a Method for Detecting Tumor Marker & Diagnostic Kit Thereof Malaysia Adolescent Multiple Intelligence Test (MAMIT), MyMICA and E-MILE Biosensor : A Biodevice for Environmental Monitoring

Penyelidik UKM Prof Dr Azimahtol Hariah Lope Pihie Prof Datin Dr Siti Rahayah Arifn Prof Dr Musa Prof Dr Lee Yoke Heng

Rakan industri Xnergen Sdn Bhd

MIMOS Bhd

Puncak Niaga Rrapids Labs Sdn Bhd HASUMI International Research Foundation (Japan) RADMIX Solution Sdn Bhd

Collaboration Research & Development on Cancer Therapy

Prof Dr S. Fadilah A. Wahid

Design of Intelligent Universal Surveillance System

Prof Dr Aini Hussain

Jadual 12.4 Contoh projek-projek penyelidikan yang dijalankan bersama industri Perundingan UKM melalui Syarikat UKM Pakarunding telah lama menawarkan perkhidmatan perundingan kepada industri dengan menggunakan kepakaran yang ada di kalangan tenaga akademik UKM. Melalui projek perundingan, tenaga akademik dapat meningkatkan pengalaman dalam bidang masing-masing dan ini digunakan untuk menjadikan pengajaran menjadi lebih menarik dan tidak hanya bergantung kepada apa yang ada di dalam buku teks sahaja. Jadual 12.5 menyenaraikan beberapa contoh perundingan yang telah dijalankan oleh warga akademik UKM.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 182

07-Oct-10 9:16:47 AM

Pembelajaran Menerusi Jaringan Industri

183

Jadual 12.5 Contoh projek-projek perundingan yang dijalankan


Tajuk projek Ground Water Resource Study of Kg. Baharu, Hulu Cheka Area, Jerantut, Pahang DEIA Study for Coastal Reclamation Activity for Melaka Oil Storage Terminal at Pulau Besar, Melaka Geological Study for the Proposed Tunnel Tunnel Alignment at Kelang Gate Dam for Development Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) Shoreline Management Plan for Iskandar Malaysia Rakan industri Koperasi Al-Barru Jerantut Bhd Pristine Oil Capital Sdn Bhd

Ahmad Zaki Resources Sdn Bhd

Iskandar Regional Development Authority Unit Perancang Ekonomi Johor

Kajian Prol Belia Bermasalah di Johor

Khidmat Seminar dan bengkel untuk industri Untuk memastikan masyarakat luar terutamanya industri memperoleh manfaat dari ilmu yang ada di kalangan tenaga akademik UKM, seminar dan bengkel seringkali diadakan bagi tujuan tersebut. Aktiviti pelajar Penyertaan dalam pertandingan Pihak industri juga sering menganjurkan pelbagai jenis pertandingan yang bertujuan untuk mencungkil idea-idea baru di kalangan pelajarpelajar IPTA. Pelajar-pelajar UKM turut mengambil bahagian dalam pertandingan seperti ini dan telah berjaya menggondol beberapa hadiah utama seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 12.6.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 183

07-Oct-10 9:16:47 AM

184

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Jadual 12.6 Penyertaan pelajar UKM dalam pertandingan yang dianjur industri
Bil Pertandingan Pencapaian UKM Group : Les Anges compised of Ms Nor Faizah Zainal Arifn (TESL), Anthony Yan Kong Loy (FST) and Jerry Lee Lin Jian (FST) has came up 1st in Malaysias league and represented Malaysia to the international competition at Paris

LOreal Brandstorm 2008

DiGi Deep Green Challenge for Change 2009

2 kumpulan pelajar (7 pelajar/ kumpulan) telah berjaya mara ke peringkat akhir

Bengkel berkaitan karier Untuk meningkatkan pengetahuan pelajar-pelajar UKM mengenai karier mereka selepas menjadi graduan, pelbagai aktiviti bengkel dan seminar telah diadakan. Di samping itu karnival kerjaya juga turut dianjurkan di mana pelbagai pihak industri mengadakan sesi temubual bersama pelajar untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh menyertai syarikat masing-masing selepas menjadi graduan. Senarai bengkel, seminar dan hari kerjaya yang telah dianjurkan dalam tempoh dua tahun lepas ditunjukkan dalam Jadual 12.7.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 184

07-Oct-10 9:16:48 AM

Pembelajaran Menerusi Jaringan Industri

185

Jadual 12.7 Senarai aktiviti berkaitan kerjaya yang telah dianjurkan dalam tempoh dua tahun lepas
Bil Jenis Aktiviti Tarikh 5 - 6 Jan. 2008 12 15 Feb. 2008 31 Mac 3 Apr. 2008 12 14 Mei 2008 22 -24 Julai 2008 17 -19 Okt. 2008 14 15 Feb 2009 21 22 Mac 2009 Program Seminar Kerjaya Hari Kerjaya ke-25 Seminar Getting to Know You di Bangkok Seminar Getting to Know You di Bangkok Navigate Your Career Karnival Kerjaya Kebangsaan Program Peningkatan Kebolehpasaran Pelajar Siri Februari Program Peningkatan Kebolehpasaran Pelajar Siri Mac Industri Terlibat 7 agensi swasta 51 agensi swasta dan kerajaan Double-A

Double-A MISC Bhd 121 agensi swasta dan kerajaan 8 agensi swasta 8 agensi swasta bersambung...

Seminar Kerjaya

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 185

07-Oct-10 9:16:48 AM

186

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

...sambungan 13 Mac 2008 22 Ogos 2008 16 Okt 2008 25 Feb. 2009 Taklimat Kerjaya 13 Mac 2009 27 Mac 2009 1 April 2009 25 Julai 2009 8 Ogos 2009 10 Ogos 2009 Career Talk Clinique Roadshow & Grooming Workshop Eh! Roadshow Taklimat Kerjaya Exxonmobil Clinique MYC IOI Corp. Bhd Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd SIDC TNS Global HSBC Bank Malaysia Bhd SIDC PETRONAS

Taklimat Kerjaya

Taklimat Kerjaya Taklimat Kerjaya Taklimat Kerjaya Taklimat Kerjaya Taklimat Kerjaya

Aktiviti khidmat masyarakat Industri juga memainkan peranan aktif terutamanya dalam menaja program-program bercorak aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelajar. Salah satu contoh menarik adalah penglibatan UEM dalam Projek UKM-UEM Micro-Controller Mentoring. Dalam projek ini, pelajar-pelajar universiti yang terdiri dari pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) berganding bahu dalam melatih pelajar-pelajar sekolah untuk membina aktiviti berdasarkan penggunaan micro-controller. Aktiviti seperti ini bukan sahaja membantu meningkatkan kompetensi pelajar universiti tetapi juga menyemarakkan sifat inovatif pelajar-pelajar di peringkat sekolah lagi.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 186

07-Oct-10 9:16:48 AM

Pembelajaran Menerusi Jaringan Industri

187

Hadiah/Anugerah anjuran industri Terdapat pelbagai anugerah termasuk biasiswa yang diberikan oleh industri sebagai inisiatif kepada pelajar-pelajar UKM untuk lebih cemerlang dalam pengajian mereka. Antara anugerah dan biasiswa yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar UKM disenaraikan dalam Jadual 12.8. Ini juga merupakan satu pengiktirafan industri kepada pelajar-pelajar UKM.

Jadual 12.8 Hadiah/Anugerah yang diberikan oleh industri


Fakulti Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan Hadiah/Anugerah Hadiah Tan Sri Halim Saad Hadiah Kejuruteraan Wan Mat Saman Jurutera Perunding Zaaba Hadiah Reka Bentuk Petronas Hadiah Exxonmobil Hadiah Ranhill Bersekutu Hadiah Emkay Hadiah PERWAJA Hadiah Golden Hope Hadiah Gamuda Berhad Hadiah Rahmat Hadiah Reka Bentuk Sime Darby Technology Center Hadiah Telekom Hadiah Silterra Hadiah Istructe UK Malaysia Division Hadiah Razzaz Al-Jazari Hadiah Buku Psikiatri Janssen Cilag Hadiah Buku Anestesiologi Esmaron Hadiah Buku Mohd Azman Hadiah Oculus Boston Gp Hadiah Essilor Hadiah Vizmec Hadiah Buku Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. bersambung...

Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina

Fakulti Perubatan

Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 187

07-Oct-10 9:16:48 AM

188

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

...sambungan Fakulti UndangUndang Fakulti Farmasi Hadiah Dastra Group Of Companies Hadiah Sharifah, CP Yeap & Co. Hadiah Tun Azmi Foundation Hadiah Pharmaniaga Hadiah UCB Pharma

KESIMPULAN Hubungan antara UKM dan industri telah bermula pada awal pembangunan UKM dan telah banyak memberi manfaat dari aspek pembelajaran; penyelidikan dan pembangunan, kebolehpasaran pelajar, pengkomersilan ilmu dan hasil penyelidikan. Sudah semestinya hubungan UKM-industri perlu ditingkatkan lagi dan menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan pelajar dan juga tenaga akademik. Pengalaman bersama industri telah banyak membantu pelajar meningkatkan kemahiran generik mereka supaya lebih berdaya saing dan diterima dengan baik oleh pasaran kerja.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 188

07-Oct-10 9:16:48 AM

Pengantarabangsaan dan Mobiliti Pelajar

BAB 13 PENGANTARABANGSAAN DAN MOBILITI PELAJAR Salina Abdul Samad


PENDAHULUAN Dalam era globalisasi, pengantarabangsaan merupakan elemen penting kepada setiap IPTA dan ianya melibatkan aktiviti mengantarabangsakan semua aspek penting di dalam sesebuah universiti tersebut. Aspek yang dimaksudkan ialah aspek pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan. Semua aspek ini perlu bergerak seiring dan saling berkaitan dalam pembentukan aktiviti pengantarabangsaan yang sentiasa berkembang. Elemen pengantarabangsaan begitu penting dalam usaha membentuk sebuah universiti bertaraf global seperti digariskan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2007). Namun, cabaran pengantarabangsaan kepada UKM adalah lebih besar berbanding IPTA yang lain di Malaysia kerana UKM berhasrat untuk menjadi universiti bertaraf dunia dan pada masa yang sama mengekalkan identiti kebangsaan. Namun, situasi tersebut tidak menjadi penghalang kepada permulaan langkah pengantarabangsaan oleh UKM malah ciri-ciri unik yang wujud dalam gagasan Jatidiri Kebangsaan dan usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu diambilkira dan bakal diketengahkan kepada masyarakat antarabangsa.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 189

07-Oct-10 9:16:48 AM

190

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

AKTIVITI PENGANTARABANGSAAN Dengan semua kerjasama Pusat Tanggungjawab (PTJ), aktiviti pengantarabangsaan dapat dijalankan dan diperkembangkan sekaligus mencernakan budaya pengantarabangsaan di kalangan warga universiti secara menyeluruh. Aktiviti-aktiviti pengantarabangsaan termasuk menerima lawatan dan jaringan, menganjurkan seminar dan persidangan, dan juga mewujudkan jaringan program mobiliti di kalangan pelajar. Lawatan dan jaringan Pihak universiti seringkali menerima kunjungan daripada insitusiinstitusi luar negara. Kunjungan ini dilihat sebagai pemangkin kepada jalinan rapat dalam hubungan kerjasama antara UKM dengan institusiinstitusi tersebut. Dalam tempoh seminggu akan adanya sekurang-kurangnya satu

Siri Lawatan dari institusi luar negara ke UKM.

atau dua sesi lawatan dari institusi luar negara ke UKM. Pejabat Hubungan Antarabangsa akan mengendalikan kunjungan yang datang dengan kerjasama PTJ tertentu berdasarkan agenda lawatan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 190

07-Oct-10 9:16:48 AM

Pengantarabangsaan dan Mobiliti Pelajar

191

yang dirangka sepanjang lawatan. Kebiasaannya, kunjungan yang dilakukan akan melibatkan sesi perbincangan antara pihak universiti dengan tetamu berkenaan. Kedua-dua pihak akan diberi penerangan tentang universiti masing-masing, bertukar idea dan pendapat serta yang paling penting dapat berbincang tentang keupayaan universiti dan kepentingan dalam usaha kerjasama antara dua institusi pengajian tinggi ini. Institusi-institusi yang datang melawat ke kampus ini rata-ratanya datang dari benua Asia dan Eropah, tidak ketinggalan dari Amerika Syarikat. Lawatan ini juga tidak semestinya tertumpu kepada para pensyarah dan kakitangan universiti, malah bagi sesetengah lawatan didedahkan kepada para pelajar yang berminat untuk mengetahui tentang universiti berkenaan dalam konteks pembelajaran dan penyelidikan. Mereka akan diberi penerangan yang secukupnya sebagai pendedahan awal terhadap minat pembelajaran mereka di luar negara.

Majlis Syarahan Harvard Ezra F. Vogel Malaysia/Singapore Initiative Public Lecture Series

Tambahan pula, majlis syarahan perdana seperti Public Lecture

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 191

07-Oct-10 9:16:48 AM

192

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

atau Noble Lecture memberi peluang keemasan kepada warga universiti terutama pelajar kerana pihak universiti menjemput tokoh akademik dari luar negara untuk memberi syarahan khas. Sebagai contoh, UKM mengundang profesor-profesor tersohor dari Harvard University untuk memberi syarahan dalam program Harvard Ezra F. Vogel Malaysia/Singapore Initiative Public Lecture Series yang dianjurkan dua kali setahun. Perjanjian persefahaman Hampir kesemua universiti yang mengadakan kunjungan ke sini menyatakan hasrat untuk mengikat hubungan dalam pelbagai aspek dengan UKM. Oleh yang demikian, UKM dan universiti tersebut akan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU), Memorandum Perjanjian (MoA) atau Surat Hasrat (LoI) setelah mendapat persetujuan kedua-dua pihak universiti. Jenis memorandum juga bergantung kepada kehendak universiti asing yang merujuk kepada minat dan usahasama dalam bidang pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan. Lebih 200 MoU, MoA dan LoI telah dimeterai di antara UKM dengan institusi luar negara. Rekod ini memberi gambaran yang sangat bagus dalam meningkatkan hubungan dua hala antara UKM dengan universiti luar negara di mana hubungan ini sangat dialualukan oleh kedua-dua negara dalam pembangunan sektor pendidikan masing-masing. Dengan adanya pemeteraian sebegini, ianya telah merujuk kepada salah satu objektif dalam Pelan Tindakan Pengantarabangsaan (Universiti Kebangsaan Malaysia, 2009) untuk meningkatkan jaringan kerjasama strategik dengan institusi luar negara dalam program pengajian dan penyelidikan. Namun begitu, universiti masih berusaha untuk memantapkan lagi jaringan ini dengan mengikat memorandum dengan universiti luar negara yang lain dan memperkasakan jaringan yang ada dengan mempelbagaikan aktiviti dua hala. Sebagai contoh, UKM dan beberapa universiti luar negara mewujudkan program pengajian double degree atau split degree yang melibatkan pelajar kedua-dua universiti terbabit. Sebagai contoh, di Fakulti Kejuruteraan, program double degree yang mendapat kerjasama University Duisburg Essen, Jerman telah ditawarkan kepada sebilangan pelajar di fakulti berkenaan sejak tahun 2002.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 192

07-Oct-10 9:16:49 AM

Pengantarabangsaan dan Mobiliti Pelajar

193

Di samping itu, UKM juga telah mewujudkan laman web inventori sebagai salah satu platform terbaik dalam proses mengetengahkan aktiviti pengantarabangsaan, jaringan sedia ada dan peluang baru untuk menjalankan aktiviti pengantarabangsaan. Seminar dan persidangan Aktiviti seminar dan persidangan antarabangsa juga memainkan peranan penting dalam membantu menguatkan hubungan dan jaringan yang terjalin antara UKM dan universiti-universiti luar negara. Aktiviti-aktiviti sebegini memberi peluang kepada para penyelidik dan juga pelajar untuk berkongsi pendapat dan idea dalam perspektif keberkesanan penyelidikan. Keadaan ini menunjukkan usaha ke arah menyerlahkan citra UKM di persada antarabangsa yang sudah sekian lama digerakkan. UKM juga memainkan peranan penting dalam persatuan jaringan universiti antarabangsa. Jaringan yang dimaksudkan seperti ASEAN University Network (AUN), The Association of Commenwealth Universities (ACU), University Mobility in Asia and the Pasic (UMAP) dan Association of Universities of Asia and the Pasic (AUAP) dan banyak lagi. Penglibatan UKM bukan sahaja dilihat sebagai menghadiri kegiatan sebegitu di luar negara sahaja, malah UKM juga berusaha menjayakan aktiviti seminar atau persidangan antarabangsa di dalam negara. Sebagai contoh, UKM telah menganjurkan Mesyuarat Lembaga AUAP ke-27, kesemua ahli lembaga persatuan tersebut telah hadir untuk membincangkan aktiviti-aktiviti persatuan. Dalam masa yang sama, wakil-wakil universiti luar negara diberi penerangan tentang UKM melalui video korporat dan bahan artikel di samping dibawa melawat ke lokasi menarik universiti. Para perwakilan juga didedahkan dengan kaedah promosi keunikan UKM melalui pelaksanaan Projek Bahasa Melayu dan Jati Diri Kebangsaan yang bermatlamat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di luar negara secara berperingkat.

MOBILITI PELAJAR

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 193

07-Oct-10 9:16:49 AM

194

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Program mobiliti pelajar diwujudkan untuk menyokong objektif meningkatkan jaringan kerjasama strategik dengan institusi luar negara. Program ini melibatkan pelajar yang berpeluang merasai suasana pembelajaran dan penyelidikan di luar negara di samping meningkatkan keberkesanan proses perkongsian budaya pembelajaran antara dua institusi pendidikan yang terlibat. Terdapat dua jenis program mobiliti iaitu mobiliti inbound dan mobiliti outbound. Kedua-dua jenis program mobiliti ini sudah dijadikan program tahunan universiti. Mobiliti Inbound merupakan aktiviti perkongsian ilmu yang menggabungkan pelajar dalam dan luar negara untuk mengalami proses pembelajaran dan penyelidikan di UKM. Program ini dikenali sebagai UKM-Global Student Mobility Patnerships yang dikendalikan oleh Pejabat Hubungan Antarabangsa dengan

Program Mobiliti Inbound UKM-Global Student Mobility Patnerships.

kerjasama Fakulti Sains & Teknologi (FST), Institut Alam Sekitar & Pembangunan (LESTARI) dan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK). Dua kursus ditawarkan kepada para peserta iaitu Kelestarian Warisan Tropika dan Masyarakat Pribumi. Separuh daripada jumlah peserta akan dijemput khas dari universiti-universiti luar negara untuk menyertai program sekaligus diberi peluang berinteraksi dengan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 194

07-Oct-10 9:16:49 AM

Pengantarabangsaan dan Mobiliti Pelajar

195

pelajar tempatan dalam bentuk berkumpulan dalam tempoh sebulan. Mereka semua akan menjalani aktiviti kuliah dan kerja lapangan secara bersama di lokasi menarik seluruh Malaysia. Kemudian, mereka akan membentangkan hasil kajian di hadapan para penyelia projek. Mobiliti Outbound pula berbentuk pembelajaran pelajar tempatan di luar negara dan akan memilih pelajar UKM mengikut kriteria tertentu berdasarkan sokongan Fakulti atau Institut sebelum dihantar ke universiti luar negara pilihan mereka. Universiti-universiti berkenaan mempunyai hubungan strategik dengan UKM, contohnya mempunyai MoU atau MoA dengan UKM. Pelajar terpilih akan menjalani proses pembelajaran di universiti luar negara berkenaan dalam tempoh 3 minggu hingga 2 semester. Program ini juga diuruskan oleh Pejabat Hubungan Antarabangsa. Program mobiliti ini melibatkan pemindahan kredit untuk pelajar prasiswazah sekaligus penilaian akan dilakukan terhadap pembelajaran mereka. Untuk pelajar siswazah, sangkutan untuk melakukan penyelidikan ditekankan. Terdapat satu lagi jenis mobiliti yang seakan sama dengan Mobiliti Outbound, tetapi ianya tidak menerapkan konsep akademik. Program tersebut dijalankan dengan kerjasama Pusat Perkembangan Pelajar (PPP), di mana ianya melibatkan pelajar dalam komuniti persatuan. Mereka akan mengambil peluang tersebut untuk menjalankan aktiviti berbentuk non-academic sebagai contoh menjalankan kajian berpersatuan terhadap budaya masyarakat luar negara dan meninjau sistem kerajaan di negara tersebut. Kebiasaannya tempoh seminggu sahaja diperlukan oleh kumpulan pelajar ini untuk melengkapkan aktiviti mereka di luar negara. Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) juga melaksanakan program mobiliti pelajar. Sebagai contoh, PKP dengan kerjasama Pusat Pengajian Umum (PPU) menganjurkan program Bahasa Inggeris secara intensif untuk pelajar-pelajar dari universiti di Korea Selatan dan Jepun. Secara keseluruhannya, program-program mobiliti ini memberi impak yang besar kepada kebanyakan pelajar, tidak kira dari dalam atau luar negara. Budaya perkongsian ilmu menerusi pembelajaran dan penyelidikan merentasi persempadanan global menjadikan program ini menjadi pilihan pelajar untuk memperkembangkan cara dan teknik belajar bersama rakan pelajar luar negara mengikut kesesuaian kandungan program pengajian. Program ini juga dapat menarik minat pelajar luar negara belajar ke Malaysia dan pada masa yang sama

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 195

07-Oct-10 9:16:49 AM

196

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

pelajar tempatan boleh berinteraksi dengan mereka.

PERSEKITARAN ANTARABANGSA Meskipun universiti ini bercirikan kebangsaan, namun dari semasa ke semasa universiti ini sentiasa mewujudkan suasana yang mesra dengan warganya. Warganya pula semakin bertambah dengan adanya pelajar dan kakitangan antarabangsa di kampus ini. Maka, pihak universiti sedang sedaya upaya mencipta persekitaran yang bercirikan kebangsaan dan juga memberi keselesaan berkonsepkan pengantarabangsaan. Warga antarabangsa Sebagai salah satu universiti penyelidikan di Malaysia, UKM sudah memperlihatkan peningkatan terhadap peratusan pelajar pasca siswazah yang juga terdiri daripada pelajar antarabangsa. Peratusan dalam konteks tersebut menjadi salah satu faktor kepada agenda universiti penyelidikan yang mahukan pembelajaran dan penyelidikan berada dalam peringkat lebih tinggi merentasi sempadan global dalam mencapai matlamatnya. Mengikut statistik tahun 2009, Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) telah menerima seramai 959 orang pelajar peringkat sarjana dari luar negara pada tahun tersebut, di mana mereka datang daripada 37 buah negara. Selain Indonesia yang menjadi negara luar yang mempunyai pelajar terbanyak di UKM, negara-negara dari Asia Selatan dan Timur Tengah menunjukkan bilangan yang banyak, antaranya Iran, Iraq, Jordan, Bangladesh, Libya, Sudan dan Yaman. Jumlah pelajar antarabangsa dalam peringkat doktor falsafah juga lebih kurang sama dengan jumlah pelajar antarabangsa dalam peringkat sarjana, di mana seramai 953 orang pelajar luar negara berdaftar dan belajar di UKM pada tahun yang sama. Statistik terkini ini juga menunjukkan negara-negara yang sama memonopoli jumlah pelajar antarabangsa di UKM. Keadaan ini menggambarkan pelajar dari negara-negara tertentu memilih UKM sebagai pusat ilmu yang sesuai dengan pembelajaran dan pengajaran mereka supaya ilmu yang diperolehi dapat dipraktikkan di negara asal mereka kelak.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 196

07-Oct-10 9:16:49 AM

Pengantarabangsaan dan Mobiliti Pelajar

197

Pada peringkat prasiswazah, UKM juga mempunyai pelajar luar negara untuk belajar di sini. Pada tahun 2009 terdapat 180 orang pelajar antarabangsa, di mana kebanyakannya terdiri daripada warganegara Indonesia dan China dan mereka menjadi pelajar dalam peringkat ijazah sarjanamuda bersama semua pelajar tempatan. UKM juga telah menerima beberapa individu sebagai tenaga pengajar dari luar negara. Seramai 53 orang luar negara berkhidmat di universiti kebangsaan ini berdasarkan kepada statistik tahun 2009 (http://www.ukm.my/pha.html). Mereka datang dari 8 buah negara dan berkhidmat sebagai Profesor, Profesor Madya, pensyarah, felo utama dan felo di Fakulti dan juga Institut. Tambahan pula, terdapat sebilangan post-doc antarabangsa yang berkhidmat di UKM di samping UKM juga menerima kunjungan daripada beberapa profesor dan pensyarah pelawat luar negara. Kemudahan dan prasarana Pihak universiti juga tidak ketinggalan berusaha meningkatkan prasarana dan kemudahan bertaraf antarabangsa di kampus sedia ada ini. Berikutan bilangan pelajar antarabangsa agak tinggi dan dijangka akan meningkat dari tahun ke tahun, maka UKM sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan pelajar-pelajar ini untuk mencipta suasana persekitaran yang mesra. Kewujudan portal dan laman web yang mesra pengguna terutama kepada warga luar negara membolehkan mereka pantas mengetahui tentang UKM kerana portal berkenaan memaparkan kelebihan UKM di samping melaporkan segala aktiviti pengantarabangsaan. Laman web universiti juga telah diubahsuai menjadi dwibahasa pilihan bagi memudahkan dari segi pemahaman untuk warga antarabangsa melayarinya. Realitinya, mungkin ada sesetengah pelajar mahupun kakitangan antarabangsa di UKM tidak menghadapi masalah berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia kerana ada di kalangan mereka mempelajari subjek Bahasa Malaysia. Usaha ini dilihat sebagai pendekatan kepada Pelan Transformasi UKM sebagai Universiti Terunggul, di mana keunikan bahasa kebangsaan dimartabatkan sebagai bahasa ilmu boleh diterapkan terhadap golongan pelajar dan staf kakitangan antarabangsa. Selain itu, sebuah pusat eka-hentian juga diwujudkan di UKM

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 197

07-Oct-10 9:16:49 AM

198

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel), Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) dan Pejabat Hubungan Antarabangsa. Dengan adanya lokasi yang bertindak sebagai one stop centre ini, urusan perkhidmatan yang melibatkan pelajar antarabangsa yang rata-ratanya kurang faham dengan sistem perkhidmatan di kampus ini. Kemudahan pengangkutan dan penginapan juga mengambilkira kehadiran mereka di mana Kolej Ibu Zain diiktiraf sebagai sebuah kolej antarabangsa. Selain daripada itu, Kolej Burhanuddin Helmi dan Kolej Dato Onn juga bertindak sebagai tempat penginapan pelajar antarabangsa terutama mereka yang datang untuk program mobiliti. Persekitaran antarabangsa ini juga tidak tertumpu di dalam negara sahaja, malah sekarang UKM dalam usaha mewujudkan Pejabat Antarabangsa di luar negara iaitu di University Duisburg Essen, Jerman. Selain itu, pihak universiti akan mewujudkan cawangan Pejabat Alumni UKM di luar negara, seperti yang sudah dirasmikan di Indonesia pada tahun lepas. Dengan adanya cawangan sebegini, usaha promosi dan perjalanan aktiviti di luar negara dapat berjalan dengan lancar di samping dapat membantu menyerlahkan citra UKM di persada antarabangsa. Selama ini, pihak universiti juga tidak melupakan jasa dan bakti individu atau organisasi yang bertungkus lumus membuka peluang kepada pelajar mengembangkan ilmu dengan cara merentasi sempadan dan budaya serta untuk menjayakan aspirasi pengantarabangsaan UKM. Hasil usaha ini dihargai melalui penganjuran majlis keraian pelajar dan staf kakitangan antarabangsa serta kewujudan insentif dalam bentuk Anugerah Khas Kualiti kategori Pengantarabangsaan. Coretan penganugerahan ini juga tidak terhenti di dalam negara apabila ramai dari kalangan warga universiti mencipta nama di luar negara, tidak kira dalam bidang penyelidikan atau kepimpinan. Sebagai contoh, sudah ramai ahli akademik universiti memenangi pelbagai anugerah peringkat antarabangsa dan tidak ketinggalan anak didik UKM yang berjaya mencipta nama di negara asing melalui penyelidikan dan bakat kebolehan diri dalam bidang tertentu.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 198

07-Oct-10 9:16:49 AM

Pengantarabangsaan dan Mobiliti Pelajar

199

KESIMPULAN Skop pengantarabangsaan bukan bidang baru bagi UKM. Malah, universiti bercorak kebangsaan ini sudah lama mengamalkan budaya pengantarabangsaan melalui pelbagai aktiviti pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan dengan rakan universiti di rantau Asia Tenggara pada mulanya. Kemudian, ianya berkembang sehingga sekarang, lalu membolehkan usaha memperkasakan lagi skop pengantarabangsaan ini. Pelan Tindakan Pengantarabangsaan UKM juga telah dibentuk untuk meningkatkan lagi program pengantarabangsaan dengan pemantauan yang dilakukan bagi memastikan perjalanan aktiviti berada di landasan yang betul. Usaha-usaha pengantarabangsaan yang dilihat bakal melonjakkan nama UKM dan juga warga universiti yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah di mata dunia. Diharapkan usaha dan kerjasama antara UKM dengan universiti-universiti terkemuka luar negara dapat diteruskan untuk memberi pengalaman berharga kepada warga universiti supaya sentiasa dapat mengembangkan ilmu dan berkongsi keunikan universiti bercirikan kebangsaan yang mencipta nama di persada antarabangsa.

RUJUKAN Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2007. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Fasa 1 (2007-2010). Putrajaya. Pejabat Hubungan Antarabangsa UKM. http://www.ukm.my/pha. html [15 Februari 2010] Universiti Kebangsaan Malaysia, Jaringan. http://www.ukm.my/ portal/jaringan.html [15 Februari 2010] Universiti Kebangsaan Malaysia. 2007. Pelan Strategik UKM Perspektif 2006-2010. Bangi, Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2009. Pelan Tindakan Pengantarabangsaan 2009-2010. Bangi,

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 199

07-Oct-10 9:16:49 AM

200

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 200

07-Oct-10 9:16:49 AM

Akademik Kolej Sebagai Entiti Pembelajaran

BAB 14 AKADEMIK KOLEJ SEBAGAI ENTITI PEMBELAJARAN PELENGKAP KEPADA EKOSISTEM ILMU UKM
Ruslin Amir Kadderi Md. Desa Anuar Ahmad

PENDAHULUAN Konsep Kolej mula diperkenalkan pada tahun 1998 bagi menggantikan nama kamsis daripada konsep asal kampung siswa. Perubahan nama ini dilakukan kerana KAMSIS dilihat hanya melambangkan suasana persekitaran yang tertumpu kepada penginapan semata-mata. Selari dengan imej sebuah penempatan pelajar, kamsis tidak diharapkan atau dirancang ketika itu tidak menitikberatkan fungsi akademik sedangkan dua pertiga masa pelajar di universiti adalah di kolej. Ini bermakna terdapat masa senggang yang panjang dan tidak dirancang untuk pembelajaran secara menyeluruh kepada pelajar. Dalam erti kata lain pelajar bertanggungjawab untuk merancang masa senggang mereka tanpa kawalan pengurusan universiti khususnya kamsis di mana mereka menginap selagi mereka tidak melanggar peraturan kolej atau universiti.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 201

07-Oct-10 9:16:49 AM

202

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Pendaftaran Pelajar Baru di Kolej kediaman Sehingga akhir dekad 1990an, pencapaian akademik yang tinggi di peringkat universiti bukanlah satu syarat untuk mendapat pekerjaan. Apabila bilangan IPTA dan IPTS bertambah banyak, terdapat persaingan yang sengit antara graduan untuk mendapat pekerjaan dalam pasaran kerja yang semakin menguncup. Para majikan mula menetapkan pelbagai syarat dan tahap pencapaian serta kemahiran generic (soft skills) bagi mereka yang memohon pekerjaan. Penarafan yang tinggi ini bukan sahaja di pihak swasta tetapi juga oleh kerajaan di mana pelajar yang mendapat PNGK kurang dari 3.0 tidak dipanggil untuk temu duga. Keadaan ini dilihat sebagai satu cabaran baru bagi semua IPT yang ada. Di UKM hasrat pengurusan tertinggi adalah untuk melahirkan a perfect gentleman and lady dengan segala kriteria yang diingini oleh majikan. Kolej kediaman kini dilihat sebagai pelengkap kepada fakulti untuk menyediakan satu keadaan yang disebut sebagai `a total learning experience. Perubahan peranan ini perlu dihayati oleh warga kolej dan tenaga akademik khasnya pensyarah. Atas iltizam ini kolej kini lebih dikenali sebagai akademi kolej. Perubahan status ini memerlukan kefahaman, sokongan dan keazaman semua pihak termasuklah para pensyarah.

KESAN KAMPUNG SISWA DAN PEMBELAJARAN Suasana tenang dan damai yang ada di kamsis satu ketika dahulu hanya berfungsi sebagai tempat tinggal dan tempat pelajar untuk menjalankan ulang kaji sendirian, menyiapkan tugasan dan menjalankan aktiviti

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 202

07-Oct-10 9:16:50 AM

Akademik Kolej Sebagai Entiti Pembelajaran

203

riadah serta program-program anjuran kolej.

Sebahagian dari aktiviti di kolej Penyertaan pelajar di peringkat kolej kediaman didapati berkesan dalam usaha membantu perkembangan sosial dan kemahiran mereka. Bagaimanapun, terdapat kekurangan dari segi rancangan atau program yang di bentuk atau di struktur khusus untuk membantu pelajar mencapai tahap tertinggi dalam bidang akademik. Segregasi peranan fakulti dan kolej sebenarnya membataskan peranan pensyarah dan fakulti dalam membentuk individu pelajar yang bersifat holistik dan terpelajar dalam bidang yang diceburi. Tidak terdapat kesinambungan antara ilmu yang dipelajari di bilik kuliah dengan kehidupan di luar khasnya di kolej kediaman. Ini dijelaskan dalam Rajah 14.1.

Kemudahan tempat tinggal Riadah Aktiviti kelab/persatuan pelajar Lawatan

Akademik Kuliah Tutorial Amali Penyelidikan

Kolej kediaman

Fakulti

Rajah 14.1: Segregasi peranan kolej dan fakulti

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 203

07-Oct-10 9:16:51 AM

204

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Prestasi pelajar juga tidak dapat dipantau oleh pentadbiran kolej dan felo-felo penghuni kerana ia lebih bersifat akademik. Oleh demikian pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran tidak dapat dibantu di kolej. Pengurusan Kolej juga tidak ada hubungan secara langsung dengan fakulti serta para pensyarah. Sebelum ini pensyarah hanya dilantik sebagai felo kehormat yang hadir pada majlis-majlis rasmi atas jemputan.

Jamuan Akhir Tahun KOLEJ KEDIAMAN SEBAGAI ENTITI PEMBELAJARAN BARU Model kolej kediaman terbahagi kepada dua iaitu model penempatan pelajar berasaskan perumahan atau model penempatan dan pembelajaran. Dalam model yang pertama tumpuan pemberi khidmat adalah kepada keperluan tempat tinggal sementara dalam model kedua, kolej mempunyai peranan tambahan iaitu dalam pembangunan akademi pelajar. Dalam konteks UKM, istilah akademik kolej

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 204

07-Oct-10 9:16:52 AM

Akademik Kolej Sebagai Entiti Pembelajaran

205

membawa pengertian bahawa kolej kini lebih terlibat dalam pembelajaran menyeluruh pelajar dari segi akademik dan kemahiran generik. Ini bermakna kolej mempunyai peranan yang lebih luas dalam meningkatkan prestasi pelajar. Perubahan fungsi ini berupaya dilaksanakan kerana kolej kini ada: PPSM setiap kolej ada bilik khusus yang dimuatkan dengan buku-buku, komputer, mesin pencetak, perkhidmatan fotokopi, majalah, akhbar dan bahan bacaan. Pelajar yang perlu membuat rujukan atau berbincang boleh menggunakan kemudahan yang ada. Jaringan internet - kolej kediaman kini telah dilengkapi dengan jaringan internet sama ada dari pusat komputer atau operasi swasta. Kemudahan ini telah digunakan oleh pelajar dengan meluas. Pelantikan pegawai seranta perpustakaan di kolej mulai tahun 2009, Perpustakaan Tun Sri Lanang telah mengambil langkah proaktif dengan melantik dua orang pegawai untuk berkhidmat sebagai penasihat kepada jawatankuasa bilik sumber kolej. Felo akademik, felo dan senior pengurusan universiti telah meluluskan jawatan pensyarah/ tutor akademik yang ditempatkan di kolej kediaman. Mereka berperanan untuk membimbing pelajar dalam bidang akademik khasnya dalam program English Speaking Zone. Bilik dan ruang untuk pelajar berbincang - setiap kolej mempunyai pusat kemudahan yang boleh diubahsuai untuk menjadi pusat aktiviti pembelajaran lanjutan. Pelajar biasanya membuat ulang kaji atau bekerja sendirian di bilik masing-masing. Kewujudan bilik dan ruang-ruang pembelajaran membolehkan mereka belajar secara berkumpulan. English Speaking Zone mulai April 2008 kolej kediaman telah diisytiharkan sebagai English Speaking Zone. Ini bermakna penggunaan bahasa Inggeris di kolej diperluaskan dalam majlismajlis atau acara kolej dengan tujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 205

07-Oct-10 9:16:52 AM

206

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

PERKEMBANGAN DAN HALATUJU KONSEP AKADEMIK KOLEJ DI UKM Bermula pada tahun 2006 sesuai dengan usaha tranformasi kolej kediaman beberapa perkara baru telah diperkenalkan. Antara yang paling utama ialah penubuhan satu bahagian baru di Pusat Perkembangan Pelajar yang dinamakan Akademik Kolej. Tujuan utama penubuhan akademik kolej adalah untuk membina hubungan antara fakulti dan kolej kediaman dari segi kegiatan pelajar. Secara khusus akademik kolej dipertanggungjawabkan untuk menjadi pemudah cara kepada kolej kediaman membina aktiviti-aktiviti pelajar yang secara langsung dapat meningkatkan pembangunan pelajar. Peranan institusi felo diperkemas sebagai entiti utama kolej akademik. Setiap orang felo bukan sahaja bertanggungjawab menjaga kebajikan pelajar tetapi juga bertanggungjawab untuk terlibat sebagai pembimbing dan penilai kepada aktiviti pelajar di kolej kediaman. Menjadi satu keperluan untuk bahagian akademik kolej merancang, menentukan bentuk serta kaedah yang paling efektif untuk membangunkan pelajar di peringkat kolej. Sebagai permulaan semua aktiviti pelajar di kolej kediaman telah dipetakan kembali agar sejajar dengan komponen utama perkembangan pelajar yang di kenali sebagai kemahiran generik. Semua pelajar didedahkan kepada 15 kemahiran utama kemahiran generik dan secara langsung kolej kediaman bertanggungjawab membangunkan lapan kemahiran generik utama.

TRANSFORMASI KOLEJ KEDIAMAN KEPADA EKOSISTEM ILMU Jadual 14.1 menunjukkan satu visi transformasi kolej kediaman dari tempat tinggal kepada satu paradigma baru iaitu kolej sebagai entiti pembelajaran atau kolej dalam ekosistem ilmu. Transformasi ini melibatkan beberapa aspek seperti falsafah tempat belajar, tugas pensyarah, lokasi pembelajaran serta bentuk dan format penilaian pelajar.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 206

07-Oct-10 9:16:53 AM

Akademik Kolej Sebagai Entiti Pembelajaran

207

Jadual 14.1 Keadaan semasa dan bentuk perubahan masa hadapan


Keadaan semasa Ekosistem ilmu berpusat di fakulti dan perpustakaan Tugas pensyarah terbatas hanya di dewan kuliah, bilik tutorial dan makmal Aktiviti pembelajaran berpusat di bilik kuliah Pelajar dinilai berdasarkan aktiviti pembelajaran di fakulti sahaja Bilangan pensyarah yang terlibat dengan aktiviti kolej sangat sedikit Prestasi pelajar hanya diketahui di akhir semester Masa hadapan Ekosistem ilmu diperluas ke kolejkolej kediaman Pensyarah hadir di kolej-kolej kediaman untuk pengajaran informal Aktiviti pembelajaran boleh di panjangkan ke kolej kediaman Pelajar boleh dinilai berdasarkan aktiviti pembelajaran di fakulti dan di kolej-kolej kediaman Lebih ramai pensyarah terlibat dengan aktiviti kolej Prestasi pelajar dapat diakses dari semasa ke semasa oleh pentadbir kolej dan felo

APA YANG PENSYARAH BOLEH BANTU? Selaras dengan perubahan peranan kolej sebagai satu entiti pembelajaran para pensyarah perlu melihat kolej sebagai satu kesinambungan antara proses pengajaran dan pembelajaran dan di fakulti dengan aktiviti pembelajaran di kolej. Ini bermakna pensyarah boleh merancang aktiviti-aktiviti yang bersifat akademik. Antaranya ialah tugasan berkelompok mengikut kolej, kajian lapangan di sekitar kolej kediaman, projek bersama pentadbiran kolej. Pensyarah juga boleh merancang penilaian kursus dengan memfokus kepada kemahiran-kemahiran tertentu.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 207

07-Oct-10 9:16:53 AM

208

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Menjadi felo penasihat, felo akademik, penceramah jemputan Kepakaran yang ada pada pensyarah dapat dimanafaat apabila adanya perancangan yang baik dengan melibatkan pensyarah di kolej kediaman. Pensyarah boleh memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajaran di kolej dengan menjadi felo penasihat, ahli kehormat persatuan atau kelab atau memberikan siri ceramah berkala di kolej-kolej. Kehadiran pensyarah dalam suasana yang informal dan mesra di kolej merupakan pengalaman pembelajaran yang baru dan menyeronokkan. Mengambil bahagian yang lebih aktif dalam pembangunan kolej Pensyarah-pensyarah dalam bidang yang pelbagai boleh digembelingkan sebagai satu pasukan konsultasi dalam pembangunan kolej khasnya dalam usaha-usaha mewujudkan kampus hijau dan kelestarian alam sekitar. Ini juga akan menyokong untuk menjadikan universiti sebagai ekosistem ilmu. Mengadakan kolaborasi dan konsultasi kepada program akademi kolej Terdapat banyak ruang dan peluang untuk pensyarah mengadakan kolaborasi dan konsultasi dengan kolej-kolej kediaman. Pelajar perlukan sumbangan idea serta sokongan para tenaga akademik di dalam melaksanakan aktiviti mereka di kolej.

STRATEGI PELAKSANAAN DAN CABARAN YANG BAKAL DI HADAPI Untuk melaksanakan transformasi ini terdapat beberapa strategi yang perlu diikuti; Membuat dasar atau polisi di mana penilaian kursus berfokus kepada aktiviti hands on bertempat di luar bilik kuliah Mengubah persepsi konvensional bahawa pembelajaran hanya berlaku dalam bilik kuliah atau makmal semata-mata

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 208

07-Oct-10 9:16:53 AM

Akademik Kolej Sebagai Entiti Pembelajaran

209

Memberikan pengiktirafan kepada pensyarah yang melaksanakan aktiviti tutoran atau pembelajaran di kolej-kolej kediaman Mengadakan kursus-kursus kepada pensyarah khasnya dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kerja lapangan Mengalih fokus pembelajaran yang bersifat content based kepada application based Mengenal pasti dan menambah prasarana di kolej kediaman bagi membolehkan aktiviti pembelajaran secara kumpulan dapat dijalankan.

Dalam usaha mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran yang sekian lama berfokus di fakulti terdapat beberapa cabaran yang dikenal pasti; Perubahan sikap dalam kalangan pensyarah dan pelajar Kesanggupan pensyarah untuk hadir ke kolej kediaman yang selama ini dilihat sebagai tempat tinggal pelajar Menyediakan satu bentuk pengajaran yang berbentuk aplikasi pengetahuan yang bersifat hands on Penilaian yang berorientasikan content knowledge digabung dengan penilaian berasaskan kepada practical knowledge.

KESIMPULAN Berdasarkan tulisan di atas adalah diharapkan pensyarah dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyambungkan budaya akademik ke kolej kediaman. Oleh kerana lebih 95 peratus pelajar tinggal di kolej kediaman maka ini memerlukan sumbangan pensyarah untuk meningkatkan budaya tersebut. Pelaksanaan Ekosistem ilmu di UKM hanya akan berjaya apabila komponen budaya ilmu di kolej kediaman dapat dipertingkatkan, khususnya dalam kalangan pelajar dengan bantuan dari para pensyarah.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 209

07-Oct-10 9:16:53 AM

210

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

RUJUKAN Buku Peraturan Khas Kolej. t.t Unit Perumahan Pelajar. UKM. Laporan Kajian Pengesanan Graduan UKM Tahun. 2006. Pejabat Perhubungan Alumni UKM. Pelan Transformasi UKM. http://transformasi.ukm.my. [20 April 2006] Oxford University Colleges and Halls. Oxford University web site. http://www.ox.ac.uk/colleges/. [6 March 2010.]

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 210

07-Oct-10 9:16:53 AM

Pemupukan Pemikiran Keusahawanan

BAB 15 PEMUPUKAN PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN


Norasmah Hj Othman

PENGENALAN Pembangunan modal insan berkualiti merupakan elemen kritikal dan teras kepada pembangunan Negara. Pembangunan ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek sains dan teknologi serta keupayaan keusahawanan. Usaha ini boleh dilaksanakan melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat. Malah ia telah menjadi salah satu fokus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) (Malaysia 2006). Perkara yang sama juga telah dinyatakan dengan jelas dalam visi universiti apabila ia menekankan kepada usaha melahirkan masyarakat yang dinamis, berilmu dan berakhlak mulia. Dengan memiliki visi ini, maka diharap graduan yang berjaya dikeluarkan oleh universiti adalah seseorang yang memiliki daya tahan dan daya saing yang tinggi. Persoalannya sekarang, bagaimana dan apakah cara yang perlu dilakukan oleh pihak universiti bagi merealisasikan visi, wawasan dan falsafah universiti tercapai? Jika telah dilaksanakan, apakah usaha ini sudah mencukupi? Sehingga kini, persoalan demi persoalan telah diutarakan berkaitan hal tersebut. Ini jelas dalam ucapan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Tan Sri Dato Dr. Sharipah Hapsah Shahabudin dalam syarahan perdana beliau pada 17 April 2009 juga banyak mengutarakan persoalan mengenai hala tuju universiti. Di mana universiti sekarang? Apakah usaha kita untuk terus maju?

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 211

07-Oct-10 9:16:53 AM

212

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Apakah status graduan kita? Adakah kesemua graduan kita diterima di luar dan seterusnya? Persoalan ini amat penting terutama dalam keadaan ekonomi yang masih tidak stabil sepenuhnya. Apa yang dikehendaki oleh pihak universiti ialah graduan yang dilahirkan oleh UKM mestilah graduan yang berketrampilan serta memiliki keyakinan diri yang tinggi. Apa yang dimaksudkan di sini ialah mereka tidak terlalu mendambakan kepada kerja makan gaji. Apabila tamat pengajian selain kerja makan gaji, mereka akan juga berikhtiar untuk mencari pendapatan dengan mengguna atau memasarkan kemahiran yang dimiliki. Sikap sebegini hanya boleh dimiliki jika pihak universiti berusaha melahirkan seorang graduan yang memiliki pemikiran ala-keusahawanan.

PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN Apakah pemikiran keusahawanan? Sebelum membincangkan pengertian mengenai pemikiran keusahawanan, satu perkara perlu diketahui terlebih dahulu. Perkara tersebut ialah konsep pemikiran. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep pemikiran? Secara ringkasnya, konsep pemikiran telah didenisikan dengan pelbagai pengertian. Antaranya Kamus Dewan (2005) telah mengistilahkan pemikiran sebagai perihal berkir menggunakan akal bagi menyelesaikan sesuatu, mempertimbangkan (dalam ingatan). Ruggiero (2004) pula berpendapat pemikiran ialah sebarang aktiviti mental yang membantu memformulasi atau menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan, atau memenuhi keinginan untuk memahami. Ia merupakan suatu pencarian jawapan dan pencapaian makna. Philips (1997) pula menegaskan bahawa pemikiran merupakan proses yang menghasilkan tingkah laku dan sikap seseorang terhadap sesuatu perkara. Umumnya, corak pemikiran ini berupaya mempengaruhi tindakan seseorang dalam membuat sesuatu pilihan atau keputusan dalam kehidupan seharian. Pilihan atau keputusan yang dibuat adalah hasil daripada corak pemikiran yang dimiliki. Secara umumnya, terdapat ramai sarjana atau tokoh dalam bidang sains pemikiran yang secara tidak langsung telah memberi banyak pengertian berkaitan pemikiran. Sebagai contoh, pada abad ke-19, pemikiran didenisikan sebagai rangkaian idea yang saling

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 212

07-Oct-10 9:16:53 AM

Pemupukan Pemikiran Keusahawanan

213

disepadukan. Selain daripada itu, berikut adalah beberapa denisi pemikiran yang telah berjaya dikumpul. Aktiviti berkir ialah daya usaha mengorganisasikan pengalaman dan tingkah laku yang dilaksanakan secara sengaja (Dewey 1921). Pemikiran sebagai perilaku menyelesaikan masalah (Dewey 1933). Pemikiran juga dilihat sebagai proses kompleks yang melibatkan proses mental dalam menentukan tingkah laku individu (Bourue, Ekstrand dan Dominiwski 1971 dalam Norasmah 2002). Pemikiran adalah proses penerimaan rangsangan-rangsangan luar oleh minda melalui deria-deria yang kemudiannya diproses dan digunakan (Costa 1985). Pemikiran ialah aktiviti mental di mana pengetahuan diperoleh dan diolah melalui penaakulan (Presseisen 1987). Pengolahan proses-proses mental dalam minda dengan tujuan menyelesaikan masalah (Nickerson 1987). Berkir adalah mental yang membantu kita mencari arah atau menyelesaikan masalah, membuat keputusan, memenuhi kehendak pemahaman iaitu mencari jawapan dan mencari makna jawapan itu (Ruggiero 1991). Berdasarkan denisi di atas, terbukti terdapat kepelbagaian persepsi atau pendapat mengenai konsep pemikiran. Oleh itu, kajian mengenai konsep pemikiran terus dilaksanakan kerana peranannya yang berupaya mempengaruhi kecekapan dan kewibawaan seseorang dalam melakukan sesuatu tindakan atau tugasan. Ia juga merujuk kepada kebolehan seseorang untuk mencipta gagasan-gagasan dan pengertian-pengertian, berhujah, menilai dan membuat keputusan. Pemikir yang baik mampu mengeluarkan idea-idea yang lebih baik berbanding pemikir yang lemah. Mereka menjadi lebih mendalam dalam menggunakan pelbagai penemuan teknik yang membolehkan mereka menemui lebih banyak idea. Setelah mendenisikan dengan panjang lebar mengenai konsep pemikiran, sekarang persoalan seterusnya ialah berkaitan dengan konsep keusahawanan. Apakah pengertian tentang konsep keusahawanan? Yang pasti, konsep keusahawanan juga mempunyai pengertian yang pelbagai. Sebagai contoh, Timmons dan Spinelli

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 213

07-Oct-10 9:16:53 AM

214

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

(2004) mendenisikannya sebagai tindakan kreatif manusia dalam membangunkan sesuatu yang bernilai daripada tiada kepada ada. Drucker (1998) berpendapat konsep keusahawanan sebagai proses menghasilkan sesuatu yang baru dari segi nilai dengan memperuntukkan masa dan tumpuan, serta tenaga yang diperlukan, menanggung bersamanya risiko kewangan, psikik, sosial dan memperoleh ganjaran daripada usaha tersebut dalam bentuk kewangan dan kepuasan serta kebebasan diri. Oleh kerana kepelbagaian ini, banyak kajian telah dilaksanakan untuk mengenal pasti pengertian sebenar konsep keusahawanan. Menurut Norasmah (2002), antara kajian tersebut adalah kajian oleh Say (1803), Schumpeter (1910), Knight (1920), Penrose (1960), Liebenstein (1968) dan Long (1983) di mana akhirnya mereka telah merumuskan bahawa konsep keusahawanan adalah berkaitan dengan tiga faktor iaitu faktor risiko dan ketidakpastian, kreativiti serta kecekapan mengurus. Faktor ini merupakan perkara-perkara penting yang perlu dimiliki oleh setiap orang jika seseorang ingin berjaya. Ini adalah kerana keusahawanan menuntut seseorang agar mempunyai komitmen tinggi dalam apa sahaja urusan yang diceburi bagi tujuan memastikan sesebuah organisasi beroleh kejayaan. Konsep keusahawanan memerlukan seseorang melakukan aktiviti pengurusan dengan cepat dan pantas serta esien dan efektif untuk merebut peluangpeluang yang ada. Sepertimana yang dinyatakan oleh McMullan dan Long (1990), usahawan adalah pemimpin berautonomi di mana usahawan sebagai pemilik dan pengurus organisasi yang mempunyai kuasa sepenuhnya dalam membuat semua keputusan perniagaan. Sebagai kesimpulan, McGrath dalam Sabri (2002) telah merumuskan bahawa orang yang berjaya dalam apa-apa bidang selalunya seorang yang berani berdepan dengan risiko dan ketidakpastian, seorang yang kreatif dan inovatif serta seorang yang berpandangan jauh. Malah pendapat ini juga turut disokong oleh Tan Sri Dato Mohd Ali Hashim, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation dalam bukunya yang bertajuk Membujur Lalu apabila beliau menekankan kepada perlunya sikap dan semangat keusahawanan dalam diri seseorang jika ingin berjaya dalam segala bidang yang diceburi tanpa mengira di mana berada. Apa yang jelas, pemikiran keusahawanan merupakan satu keperluan yang harus dimiliki oleh seseorang jika ingin berjaya. Ini adalah kerana

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 214

07-Oct-10 9:16:53 AM

Pemupukan Pemikiran Keusahawanan

215

keusahawanan bukan sahaja bertujuan untuk melahirkan individu yang akan bergiat dalam aktiviti perniagaan dan keusahawanan, malah yang lebih penting untuk memupuk dan melahirkan individu yang memiliki pemikiran keusahawanan. Individu yang mempunyai gaya pemikiran keusahawanan adalah individu yang inovatif, kreatif dan bijak mengambil peluang yang ada untuk diperkembangkan. Sehubungan itu, sekiranya seseorang berhasrat untuk menjadi pengurus yang berjaya maka ia mesti mengubah pemikirannya supaya sama atau mirip dengan pemikiran seorang usahawan berjaya. Penyataan ini juga disokong oleh Aspatore (2004) apabila beliau juga menegaskan bahawa pemikiran keusahawanan berkisar tentang bagaimana seseorang mengenal pasti peluang-peluang yang ada dan memahami bagaimana serta bila masa yang tepat untuk menanam modal (mengambil tindakan) ke atas sesuatu peluang. Ini menunjukkan bahawa untuk menjadi seorang usahawan bukanlah mudah kerana ia bukan suatu perkara yang boleh diwarisi dalam masa yang singkat. Banyak masa diperlukan untuk melatih diri menggunakan bakat dan pengalaman bagi melihat peluang-peluang yang mana tidak dapat dilihat oleh orang lain. Menurut beliau lagi, dengan mempelajari bagaimana untuk berkir seperti seorang usahawan, seseorang itu akan mampu meletakkan dirinya dalam keadaan bersedia untuk memanfaatkan peluang-peluang yang dibina.

MODEL PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN Model pemikiran keusahawanan dapat dilihat melalui pelbagai perspektif. Sebagai contoh Cunningham dan Lischeron (1991) menjelaskan bahawa terdapat enam model pemikiran keusahawanan yang meliputi kajian manusia istimewa, kajian ciri psikologi, kajian klasik, kajian pengurusan, kajian kepimpinan dan kajian intrapreneur. Ia berfungsi menghurai tentang pemikiran keusahawanan yang dilihat dari sudut yang berbeza mengikut dimensi ilmu dan bidang kajian masing-masing. Ringkasan model boleh dirujuk pada Jadual 15.1.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 215

07-Oct-10 9:16:53 AM

216

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Jadual 15.1 Ringkasan model pemikiran keusahawanan


Model Pengkajian 1. Kajian Manusia Istimewa Fokus dan Matlamat Mempunyai 6 sense dan kelebihan yang tersedia. Mempunyai nilai, sikap, keinginan yang unik Tingkah laku dan Kemahiran Yakin diri, tekal bertenaga Nilai diri, pengambil risiko dan keinginan untuk pencapaian Inovasi, kreativiti dan penemuan Perancang pengeluaran, gunatenaga, modal dan kewangan Motivasi, pengarahan dan kepimpinan Peka terhadap peluang dan memaksimakan pengurusan

Situasi

Peringkat permulaan Peringkat permulaan dan pertumbuhan awal Peringkat permulaan dan pertumbuhan awal Pertumbuhan awal dan kematangan

2. Kajian Ciri Psikologi

3. Kajian Klasik

Fokus utama ciri usahawan ialah inovasi Usahawan adalah pembentuk organisasi yang mengurus dan menanggung risiko Usahawan adalah pemimpin dan mempunyai gaya kepimpinan Kemahiran digunakan dalam organisasi kompleks dan pembangunan

4. Kajian Pengurusan

5. Kajian Kepimpinan

Pertumbuhan awal dan kematangan

6. Kajian Intrapreneur

Kematangan dan perubahan

Sumber: Diterjemahkan daripada Cunningham dan Lischeron (1991)

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 216

07-Oct-10 9:16:53 AM

Pemupukan Pemikiran Keusahawanan

217

KEPENTINGAN PEMIKIRAN ALA-KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR Sebuah negara akan menjadi maju dan makmur jika mereka memiliki peratusan usahawan yang tinggi. Kenyataan ini telah banyak kali disebut oleh pelbagai pihak sama ada pihak akademik, pihak usahawan sendiri mahupun dalam kalangan orang politik. Ini adalah kerana usahawan adalah sumber yang memberi pendapatan kepada sesebuah negara. Namun adalah mustahil semua orang akan menjadi usahawan kerana tidak semua orang berupaya serta berkebolehan untuk menjadi seorang usahawan. Untuk itu, setiap rakyat mempunyai peranan yang berbeza. Ada yang berperanan sebagai pemberi sumber (usahawan), ada yang bertindak sebagai pengurus (intrapreneur) dan ada yang bertindak sebagai pelaksana. Namun untuk berjaya, kita perlu berkir seperti seorang usahawan. Sepertimana yang dinyatakan oleh Mark Twain; Thinking Like a Successful Entrepreneur. I was seldom able to see an opportunity until it had ceased to be one. Berkir seperti seorang usahawan ini dikenali sebagai intrapreneur atau usahawan dalaman. Konsep ini perlu difahami oleh semua orang termasuk tenaga pengajar di IPT. Ini adalah kerana tenaga pengajar di IPT memainkan peranan utama dalam membentuk generasi masa depan negara. Jika betul acuan pembentukan ini, maka baiklah hasilnya dan jika sebaliknya, maka gagallah negara dalam memiliki generasi masa depan yang cemerlang. Kepentingan dalam membentuk pemikiran alakeusahawanan dalam kalangan pelajar ini amat jelas apabila saranan demi saranan telah dibuat oleh individu-individu yang berjaya dalam kerjaya mereka. Antara individu yang berjaya dan bukan usahawan tetapi seorang yang memiliki pemikiran ala-keusahawanan adalah Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation iaitu Tan Sri Dato Mohd Ali Hashim. Beliau sering mengatakan bahawa tidak ada satu organisasi korporat yang boleh tumbuh dan berkembang dengan pesat, berjaya dan cemerlang dan seterusnya menjamin masa depan dan kelangsungannya tanpa terdapatnya keupayaan bisnes yang cekap dan berkesan serta daya keusahawanan yang handal dan kesinambungan khasnya di peringkat pengurusan dan kepimpinan. Pendapat ini juga selari dengan kenyataan Abdullah dan Ainon (2001) di mana menurut mereka, seorang berjaya ialah seorang yang memiliki corak pemikiran ala-keusahawanan. Ini adalah kerana

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 217

07-Oct-10 9:16:54 AM

218

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

keupayaan individu tersebut dalam menghasilkan idea baru, konsep baru dan tanggapan baru terhadap sesuatu perkara, mengutamakan cara lain dalam melihat sesuatu yang sedang dikirkan, memberi fokus kepada usaha hendak mengubah idea yang ada pada masa kini, mencari cara baru bagi menggantikan penyelesaian yang sedang digunakan sekarang, tidak berpuas hati dengan jawapan yang digunakan sekarang, sengaja menghasilkan idea-idea yang dapat memeranjatkan kiran-kiran biasa, menganggap idea yang baik tidak perlu kelihatan logik pada awalnya dan sentiasa menumpukan perhatian kepada kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Menurut Azlena dan Munir (2004), corak pemikiran yang berupaya menghasilkan idea-idea kreatif ini jarang sekali dapat dihasilkan dalam sekelip mata. Bagi mereka, untuk mendapatkan idea yang baik, seseorang perlu terbitkan sebanyak idea yang mungkin. Idea-idea yang diterbitkan tidak perlu kelihatan logik atau masuk akal pada awalnya. Apa yang penting adalah kita tidak berhenti berkir selepas idea pertama dihasilkan. Jika kita berpuas hati dengan hanya menerbitkan satu idea bagi menyelesaikan sesuatu masalah, kita menutup kemungkinan masalah-masalah itu dapat diselesaikan dengan cara-cara yang lain yang lebih baik. Individu yang tidak tergesa-gesa menyelesaikan sesuatu masalah dapat menghasilkan jalan penyelesaian yang lebih kreatif. Kenyataan di atas disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Amabile et al. (2002) apabila mereka menyatakan bahawa pekerja yang memperuntukkan lebih masa bagi aktiviti penerokaan menghasilkan kerja yang dinilai oleh pakar sebagai lebih kreatif. Kajian Levitt (2003) juga menunjukkan bahawa idea tidak akan berguna sehinggalah ia digunakan di mana bukti nilai sesuatu idea ialah implementasinya. Oleh kerana keistimewaan ini maka individu yang memiliki pemikiran alakeusahawanan akan menjadi pilihan majikan dan menjadi aset kepada organisasi kerana mereka mampu memenuhi keperluan organisasi serta meningkatkan kecekapan sedia ada. Dengan ini akan dapat memberikan nilai tambah kepada organisasi. Menurut Kechrananta dan Baker (1996), usahawan dalaman sangat diperlukan oleh organisasi kesan daripada tekanan pesaing untuk organisasi menghasilkan keluaran yang lebih berdaya saing dan juga bagi mengatasi kelemahan kaedah pengurusan korporat antarabangsa, pengecilan saiz korporat

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 218

07-Oct-10 9:16:54 AM

Pemupukan Pemikiran Keusahawanan

219

dan keperluan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan juga mendesak organisasi mengambil atau membentuk pekerja yang memiliki ciri-ciri usahawan. Sehubungan itu, setiap individu digalakkan untuk memiliki pemikiran yang bercorak keusahawanan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah mereka mempunyai pemikiran seperti seorang usahawan iaitu sentiasa berusaha, tidak mengenal erti putus asa, berani dalam menghadapi segala rintangan dalam usaha mencapai sesuatu matlamat. Som dan Mohd Dahlan (1998) ada mengatakan bahawa pemikiran ialah proses seseorang menggunakan minda mereka untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai idea atau ciptaan dalam membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta diikuti dengan reeksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. Menurut Higdon (2005) mereka yang memiliki pemikiran keusahawanan berupaya berkir di tahap yang tinggi dan kompleks. Mereka memiliki kesabaran dalam mempelajari sesuatu perkara baru, mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah yang kabur dan kompleks dengan berkesan. Che Ani dan Mohd Amin (2002) menegaskan bahawa seseorang yang memiliki pemikiran alakeusahawanan akan juga bertindak seperti seorang usahawan. Mereka akan membuat kajian dengan teliti sebelum membuat sesuatu keputusan, membuat perancangan berasaskan fakta dan situasi semasa, menggunakan segala pengalaman yang ada, bijak menggunakan kesemua sumber sokongan dan nasihat pakar, membuat analisis SWOT terhadap sesuatu projek atau perkara yang ingin dilaksanakan supaya setiap langkah yang dilaksanakan dapat dijayakan dengan lancar, seterusnya berjaya meminimumkan kebarangkalian untuk menghadapi kegagalan. Malah Norasmah dan Hariyati (2006) juga berpendapat bahawa seseorang yang memiliki pemikiran ala-keusahawanan berupaya menjulang sesebuah institusi atau organisasi mahupun sebuah negara ke mercu kejayaan dan kecemerlangan. Ini adalah kerana mereka memiliki ciri-ciri seperti seorang usahawan. Persoalannya sekarang, apakah ciri-ciri keusahawanan ini? Bagaimanakah ciri-ciri keusahawanan ataupun kadang-kadang dikenali juga sebagai nilai keusahawanan diterap atau dipupuk ke dalam diri pelajar agar mereka memiliki gaya seorang intrapreneur.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 219

07-Oct-10 9:16:54 AM

220

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN Apakah yang dimaksudkan dengan ciri-ciri keusahawanan? Umumnya banyak mendenisikan ciri-ciri sebagai tingkah laku seseorang atau sifat tertentu pada sesuatu, yang dapat membezakannya daripada yang lain (Kamus Dewan 2005). Ini bermakna apabila ciri-ciri keusahawanan diperkatakan, ia bermaksud tingkah laku seseorang yang mirip kepada tingkah laku seorang usahawan. Ciri-ciri keusahawanan ini amat penting dimiliki oleh seseorang individu jika mereka ingin beroleh kecemerlangan. Ciri-ciri keusahawanan ini adalah seperti sifat-sifat kreatif, inovatif (Drucker 1986), bermotivasi, bertenaga, bertanggungjawab, komited dengan tugas, tabah, ingin mendapatkan kecemerlangan (McClelland 1961), memiliki kawalan dalaman diri yang tinggi (Rotter 1966), sensitif dengan perubahan persekitaran berkaitan dengan peluang (Caird 1988) dan juga berani berdepan dengan risiko. Zimmerer dan Scarborough (1996) mengatakan bahawa jika seseorang itu memiliki ciri-ciri keusahawanan seperti kreatif dan inovatif, seseorang itu berupaya mencipta dan mengubahsuai sesuatu barangan yang berguna untuk masyarakat. Yep (1989) pula menegaskan bahawa seseorang individu yang kreatif selalunya berupaya mencapai kemajuan lebih cepat daripada orang lain kerana keupayaannya menyelesaikan sesuatu masalah dengan bijak. Selain daripada ciri-ciri di atas, Barjoyai (2000) pula memperkatakan bahawa satu lagi ciri-ciri usahawan yang perlu dimiliki untuk berjaya ialah pemikiran yang kreatif. Pemikiran kreatif boleh menyumbang kepada pewujudan idea baru yang menjadi asas kepada kejayaan sesebuah organisasi ataupun perniagaan. Idea baru ini dinamakan perubahan dan pembaharuan yang diwujudkan berbeza dari sedia ada. Sebenarnya ciri-ciri keusahawanan ini terlalu banyak. Mengikut Zaidatol Akmaliah (1997), terdapat 42 ciri-ciri keusahawanan sementara Chek Pit Chow (2002) pula terdapat 5 ciri-ciri usahawan. Bagaimanapun secara keseluruhannya ciri-ciri keusahawanan yang perlu dimiliki untuk berjaya dirumuskan seperti dalam Jadual 2.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 220

07-Oct-10 9:16:54 AM

Pemupukan Pemikiran Keusahawanan

221

Jadual 15.2 Ciri-Ciri Keusahawanan


Ciri atau nilai keusahawanan Menanggung risiko Suka kepada autoriti formal Berinovasi dan berinisiatif Keperluan kepada tanggungjawab Suka kepada autoriti formal Mengambil risiko, keperluan kepada pencapaian Bercita-cita, keperluan kebebasan, tanggungjawab, berkeyakinan diri Dorongan, hubungan kemanusiaan, kemampuan berkomunikasi, pengetahuan teknik Mengambil risiko, berdikari, membuat kebajikan, kepimpinan Bermotifkan kuasa, prestasi menurun dalam tertekan Keperluan kepada pencapaian dan autonomi, agresif, inovatif, berdikari Keperluan kepada kuasa Lokus kawalan dalaman Keperluan kepada pencapaian Berorientasikan nilai peribadi Dorongan, keyakinan diri, berorientasikan tujuan, pengambilan risiko sederhana, kreatif dan inovatif Pengkaji Mill Weber Schumpeter Sutton Hartman McClelland Davids Tahun 1848 1917 1934 1954 1959 1962 1963

Pickle

1964

Litzinger Schrage Hornaday & Aboud Winter Borland Liles Gasse Timmons

1965 1971 1971 1973 1974 1974 1977 1978

bersambung...

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 221

07-Oct-10 9:16:54 AM

222

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

...sambungan Risiko yang boleh dihitung, sentiasa tidak puas hati, tidak mempunyai kompleks diri, dinamis, inovatif, dipercayai, tabah Berhemah, dipercayai, yakin diri dan rajin Kecenderungan mengambil risiko Pencapaian, dominan, autonomi, lokus kawalan dalaman Bertanggungjawab, yakin diri, mengambil risiko sederhana Berorientasi pertumbuhan, kebebasan dan kemahiran Lokus kawalan dalaman, inovasi, harga diri Yakin diri tinggi, risiko sederhana, berorientasikan tugas, kepimpinan, inovatif, kreatif, berorientasi masa depan Bertenaga, bercita-cita, berkiran positif, berautonomi, tinggi, harga diri, dominan, berdaya tahan Keperluan kepada pencapaian, kecenderungan menanggung risiko, toleransi terhadap kekaburan, gelagat jenis A Inovasi, lokus kawalan dalaman, pencapaian diri dan harga diri Kawalan dalaman, mengambil risiko, inovasi, berorientasi perubahan, tekal, pemimpin bervisi, mampu mengurus perubahan

Ahmad

1979

OBonon Brockous Mescond & Montanari Welsh & White Dunkelberg & Cooper Welsh & Young

1979 1980 1981 1981 1982 1982

Meredith et al.

1982

Sexton & Bowman

1984

Begley & Byod

1986

Robinson et al.

1991

Hisrisch

1992

bersambung...

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 222

07-Oct-10 9:16:54 AM

Pemupukan Pemikiran Keusahawanan

223

...sambungan Kebolehan menanggung risiko, keinginan untuk bersaing, kebolehan mengendalikan tekanan, bekerja kerana seronok, berupaya menyelesaikan masalah, berorientasikan matlamat, komited terhadap kerjaya dan optimistik Bermotivasi, berani ambil risiko, tenaga kerja yang kuat, kreatif dan produktif Yakin terhadap keputusan yang dibuat, keazaman dan ketabahan yang tinggi Keperluan pencapaian yang tinggi, berani menanggung risiko, berupaya menyelesaikan masalah, bertenaga, berkeyakinan, berorientasikan matlamat, berwawasan, bertanggungjawab dan inovatif Lokus kawalan dalaman yang tinggi, keperluan pencapaian yang tinggi, berdikari, sanggup menanggung risiko Bertanggungjawab, bertenaga, yakin diri, kreatif, inovatif, berkepimpinan, ingin berjaya Mempunyai visi, pembuat keputusan, pelaku, komited, berdedikasi Berorientasikan pencapaian, kewaspadaan, keazaman, kepercayaan kepada orang lain, eksibel, integriti Pengetahuan tentang fungsi kerjaya, pembentukan matlamat, perancangan, penyelesaian masalah, kawalan dalaman diri, penilaian diri, faktor kawalan luar, boleh dikawal oleh sesuatu

Gibb

1992

Leonard Yong

1993

Moorman & Halloran

1993

Hutt

1994

Zaharuddin

1995

Zaidatol Akmaliah

1997

Bygrave Nadram & Samson

2004 2006

Norasmah et al.

2007

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 223

07-Oct-10 9:16:54 AM

224

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Berdasarkan Jadual 15.2 didapati ciri dan nilai keusahawanan amatlah banyak. Namun, kesemua ciri-ciri ini membawa kepada kecemerlangan seseorang. Ini bermakna setiap individu yang ingin cemerlang dalam kehidupan sama ada bekerja makan gaji ataupun tidak, mereka perlu memiliki ciri-ciri ini. Dengan adanya ciri-ciri tersebut, seseorang itu akan menjadi seorang yang tabah, bervisi, berwawasan, dan sentiasa mencari kecemerlangan. Dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan tersebut, mereka akan merangka strategi sama ada strategi jangka pendek mahupun jangka panjang. Inilah yang dikatakan pemikiran ala-keusahawanan. Berikutan dengan keupayaannya yang boleh membawa seseorang ke mercu kejayaan, maka kerajaan sentiasa memberi penekanan terhadap pemupukan ciri-ciri keusahawanan ini ke dalam diri generasi muda melalui sistem pendidikan di Malaysia. Antara institusi yang disarankan adalah institut pengajian tinggi (IPT). IPT berperanan untuk membentuk serta melahirkan seorang individu yang memiliki keterampilan yang baik, daya saing dan daya tahan yang kuat. Mereka bukan sahaja boleh bersaing di peringkat tempatan tetapi juga di arena global. Kajian Charney dan Libecap (2002) dalam Mohd Salleh (2002) mengenai kesan program pembangunan keusahawanan terhadap pelajar-pelajar di IPT mendapati bahawa program pembangunan keusahawanan memang berjaya: Menghasilkan individu (pelajar) yang serba boleh; Meningkatkan bilangan pembentukan teroka baru; Meningkatkan kemungkinan seseorang (graduan) yang bekerja sendiri; Menarik sumbangan kewangan yang besar daripada sektor swasta; Meningkatkan kemampuan pekerja menghasilkan pertumbuhan jualan; Menghasilkan pemimpin perniagaan dan pemimpin industri yang berjaya; Meningkatkan kemampuan (pelajar) untuk mencipta kekayaan; Menghasilkan juara inovasi (champion of innovation); dan Menghasilkan peluang yang lebih besar dalam arus perkembangan teknologi

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 224

07-Oct-10 9:16:54 AM

Pemupukan Pemikiran Keusahawanan

225

Pemupukan pemikiran keusahawanan dalam kalangan pelajar Pemikiran keusahawanan adalah pemikiran yang berupaya menjulang sesebuah institusi ke mercu kejayaan dan kecemerlangan jika diamalkan oleh para pengurusnya. Pemikiran keusahawanan mampu mendorong seseorang mengenal pasti kekuatan yang ada pada institusi yang diterajui dan seterusnya menggunakan kekuatan tersebut sebagai peluang yang sekaligus dimanafaat untuk mengatasi kelemahan yang sedia ada. Memiliki pemikiran yang tajam, keluasan ilmu dan tahap kebijaksanaan yang tinggi sepertimana yang dimiliki oleh seorang usahawan berjaya adalah merupakan satu keperluan. Malah saranan ini telah diseru sejak berzaman lagi. Sepertimana ungkapan yang terdapat dalam sejarah Melayu (Mohd Ali 1996, muka surat xxxv): Maka segala orang Melaka pun terkejut mendengar bunyi meriam itu, katanya, Apa bunyi ini seperti guruh?...Maka peluru meriam itu pun datang mengenai segala orang Malayu; ada yang putus lehernya, ada yang putus pinggangnya, ada yang putus pahanya, ada yang pecah kepalanya; makin bertambah-tambah hairanlah orang Melaka melihat peluru bedil itu, katanya, Apa nama senjata bulat-bulat ini? Mana tajamnya ia maka ia membunuh ini? Untuk melahirkan seseorang yang memiliki pemikiran alakeusahawanan, pelbagai strategi perlu direncana sama ada untuk jangka panjang mahupun jangka pendek. Penglibatan aktif tenaga pengajar, kakitangan sokongan dan pihak pentadbir amat diperlukan agar segala perancangan yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan baik. Jika salah satu daripada mereka tidak memberi kerjasama dalam perancangan ini maka keberkesanan usaha pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar sukar dilaksanakan. Seterusnya perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh setiap tenaga pengajar ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dipraktikkan mereka dalam proses pengajaran. Untuk memupuk pemikiran ala-keusahawanan dalam diri seseorang pelajar, kaedah pengajaran yang digunakan mestilah yang berorientasikan kepada pelajar. Pembelajaran mengunakan kaedah kuliah ataupun berpusatkan kepada pensyarah sebaiknya dikurangkan. Banyak kajian sama ada dalam mahupun luar negara sentiasa menegaskan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 225

07-Oct-10 9:16:54 AM

226

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

pelajar. Ini adalah kerana melalui kaedah ini, pelajar bukan sahaja mengetahui ilmu berkaitan apa yang dipelajari tetapi pelajar juga dapat menghayati bidang tersebut. Pelajar juga akhirnya akan dilatih untuk menyelesaikan apa-apa sahaja permasalahan yang dihadapi mereka. Akibatnya pelajar menjadi matang dan akhirnya memiliki ciri-ciri keusahawanan yang mendorong kepada pembentukan pemikiran alakeusahawanan. Menurut Mohd Salleh (2007) kaedah yang sesuai untuk memupuk budaya keusahawanan atau sekaligus membentuk pemikiran alakeusahawanan dalam kalangan pelajar adalah kaedah-kaedah yang mempunyai ciri-ciri berikut, pelajar perlu belajar antara satu sama lain, belajar dengan mempraktikkannya, belajar daripada pertukaran pendapat dan perbincangan serta pengalaman, belajar daripada penemuan (dengan panduan), belajar daripada reaksi pelanggan dan jaringan keusahawanan, industri atau pihak berkepentingan, belajar dalam keadaan eksibel dan persekitaran tidak rasmi, belajar di bawah tekanan untuk mencapai matlamat, belajar dengan meminjam idea orang lain dan menambah nilai, belajar daripada kesilapan dan belajar melalui penyelesaian masalah. Kaedah pembelajaran yang tidak sesuai digunakan adalah kaedah di mana pelajar atau mahasiswi hanya bertindak sebagai pendengar, belajar daripada teks bertulis, daripada pensyarah sebagai pakar, belajar dalam keadaan tersusun dan berjadual atau tidak kreatif atau inovatif dan nota. Kesemua kaedah ini adalah kaedah pembelajaran berpusatkan kepada pensyarah. Ini bermakna setiap kali proses P&P berjalan, pelajar akan diberikan tanggungjawab untuk mencari sendiri maklumat-maklumat yang diperlukan. Mereka pelu menyelesaikan masalah-masalah yang diberikan sebagai tugasan oleh pensyarah dan perlu digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dalam pencarian maklumat. Pensyarah juga digalakkan untuk menghantar pelajar menjalani aktiviti luar yang berkaitan dengan P&P mereka. Sementara sebagai pengawalan, pensyarah perlu mendapatkan laporan mereka setiap minggu agar mereka tidak keluar daripada sasaran. Apa yang jelas, kaedah-kaedah yang disyorkan di atas jika dilaksanakan oleh pensyarah mampu menjadikan seseorang pelajar mempunyai keyakinan diri yang tinggi, bertanggungjawab, berani mengambil tugas yang telah diamanahkan, tidak gentar terhadap sebarang kesulitan dan sentiasa positif terhadap apa-apa sahaja yang

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 226

07-Oct-10 9:16:54 AM

Pemupukan Pemikiran Keusahawanan

227

dihadapi mereka. Ini corak pemikiran yang diperlukan ke dalam diri seorang pelajar dan mahasiswi iaitu berani. Dengan sikap dan corak pemikiran inilah yang berupaya membawa mereka kepada kecemerlangan di masa depan, tidak mudah takut kepada sebarang cabaran.

KESIMPULAN Semua organisasi yang berjaya dan cemerlang pastinya sudah bekerja keras di dalam aspek-aspek pengurusan penting. Organisasi yang cemerlang handal dalam menangani perkara-perkara pokok. Mereka tidak akan mengizinkan kecanggihan peralatan teknologi mengenepikan daya pemikiran dari kalangan anggota mereka. Kepandaian pula tidak terus dibiarkan mengongkong kebijaksanaan. Analisis-analisis yang dibuat tidak akan terus digunakan untuk menghalangi kecenderungan bertindak. Bahkan kesemua teguran dan ulasan akan digunakan bagi tujuan penambahbaikan. Sehubungan itu, menurut Baron & Shane (2005) bagi menghasilkan ramai usahawan dalaman, persekitaran dalaman organisasi yang kondusif perlu diwujudkan. Persekitaran ini dapat menggalakkan idea-idea baru dan eksperimentasi, menghapuskan halangan bagi mendapatkan peluang, menyediakan kemudahan mendapat sumber, menggalakkan kerja berpasukan serta mendapat sokongan daripada pihak pengurusan atasan. Selain itu, pensyarah juga diminta agar banyak menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar dan bukan kepada pensyarah. Metod pengajaran berpusatkan kepada pelajar yang disarankan untuk digunakan adalah seperti kaedah penyelesaian masalah, kajian kes, kajian lapangan, kaedah berasaskan pengalaman dan kaedah-kaedah lain yang memerlukan penglibatan aktif pelajar. Sementara pensyarah hanya bertindak sebagai pembimbing atau penunjuk arah agar tugasan yang dilaksanakan pelajar tidak tersasar.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 227

07-Oct-10 9:16:55 AM

228

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

RUJUKAN Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2001. Kursus berkir untuk kolej dan universiti. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distribution Sdn. Bhd. Amabile, T., Constance, N. & Kramer, S. 2002. Creativity under the gun. Harvard Business Review. Ogos 2002. Asparote. 2004. Entrepreneurial thinking. www.ExpertMagazine.com [21 Julai 2006] Azlena Zainal & Munir Shuib. 2004. Meningkatkan potensi minda. Bentong, Pahang: PTS Publication & Distribution Sdn. Bhd. Barjoyai Bardai. 2000. Keusahawanan dan perniagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Baron, R.A. & Shane, S.A. 2005. Entrepreneurship: a process perspective. Canada: Thomson South Western. Caird, S. 1988. A review of methods of measuring enterprising attributes. Durham: Durham University Business School. Chek Pit Chow. 2002. Ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan. Kertas Projek Sarjana Pendididkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Costa, A. 1985. Assessing growth in thinking abilities dalam A.L. Costa (Ed.). Cunningham, J.B. & Lischeron, J. 1991. Dening entrepreneurship. Journal of Small Business Management, 29: 45-59. Dewey, J. 1921. How we think. Boston: D.C. Heath Dewey, J. 1933. How We Think: A Restatement of the Relation of Reective Thinking to the Educative Process. Boston: D.C. Heath & Company. Drucker, P. 1986. Innovation and entrepreneurship. New York: Harper & Row, Publisher, Inc. Drucker, P.F. 1998. Peter Drucker on the the profession of management. Boston, MA: Harvard Business School Publishing. Higdon, L.J. 2005. Liberal education and entrepreneurial mindset a 21 century approach. http://www.aacu.org/liberaleducation/le- wi05/ le. Kamus Dewan. 2005. Ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kencharananta, N. & Baker, H.G. 1996. Value orientation of entrepreneurs and professional managers in Thailand. Proceeding

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 228

07-Oct-10 9:16:55 AM

Pemupukan Pemikiran Keusahawanan

229

of 77th ENDEC World Conference on Entrepreneurship, hlm. 617 - 626. Knight, F.H. 1920. Risk, uncertainty and prot. New York: Houghton Mifn Co. Leibenstein, H. 1968. Entrepreneurship and development. American Economic Review. Levitt, t. 2003. Creativity is not enough. US: Harvard Business School Press. Long, Wayne. 1983. The meaning of entrepreneurship. American Journal of Small Business, 8(2): 47. ABI/INFORM Global database. Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. McClelland, D.C. 1961. The achieving society. New York: The Free Press. McMullan & Long. 1990. Developing new ventures: the entrepreneur option. New York: Harcourt Brace Jovanovich. Mohd Ali Hj. Hashim. 1996. Membujur lalu ... satu pengalaman orang Melayu dalam pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd. Mohd Salleh Hj Din. 2002. Pembangunan keusahawanan: cabaran kepada pendidikan tinggi. Siri Syarahan Pengukuhan Profesor. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Mohd Salleh Hj. Din. 2007. Pembelajaran keusahawanan di IPT: satu cabaran. Kertas kerja dibentangkan di Bengkel Pelaksanaan Modul Keusahawanan di IPTA, Crown Princess Plaza, Kuala Lumpur, 27 Feb. Nickerson, R.S. 1987. Why teach thinking? Dlm. Baron, J.B. & Sternberg, R.J. (pnyt.). Teaching thinking skills: theory and practice, hlm. 27-37. New York: W.H. Freeman & Company. Norasmah Othman. 2002. Keberkesanan program keusahawanan remaja di sekolah menengah. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan. Universiti Putra Malaysia. Norasmah Othman & Hariyati Ab Wahid. 2006. Ciri-ciri keusahawanan dan cara pemikiran keusahawanan pengetua. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 16 (1) ISSN 1511-4147: 13 - 38. Penrose, E. T. 1960. The growth of the rm a case study: the Hercules powder company. Business History Review, 34: 1 23. Phillips, J.A. 1997. Pengajaran dan kemahiran berkir, teori dan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 229

07-Oct-10 9:16:55 AM

230

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. Presseisen, B. Z. 1987. Thinking skills throughout the curriculum: a conceptual design. Bloomington, IN: Pi Lambda Theta. Rotter, J.B. 1966. Generalised expectancies for internal vs external control of reinforcement. Psychological Monographs. 80(609). Ruggiero, V.R. 2004. The art of thinking a guide to critical nad creative thought. Ed. ke-7. United States: Pearson Education Inc. Sabri Hj. Hussin. 2002. Pengenalan kepada perniagaan: mengurus perniagaan dalam perspektif Malaysia. Singapore: Thomson Learning. Say, J.B. 1803. Traite d economie politique.Paris. Schumpeter, J.A. 1910: Uber das Wesen der Wirtschaftskrisen [On the essence of economic crises], Zeitschrift fur Volkswirtschaft, Sozialpolitik und Verwaltung, 19: 271 - 325. Som Hj Nor & Mohd Dahalan Ramli. 1998. Kemahiran berkir secara kritis dan kreatif (KBKK). Kuala Lumpur: Longman, Malaysia. Timmons, J. A. & Spinelli, S. 2004. New venture creation: entrepreneurship for the 21-st century. Ed. ke-6. New York: McGraw Hill/ Irwin. Yep Putih. 1989. Keusahawanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. 1997. Keusahawanan dan motivasi diri. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Zimmerer, T.W. & Scarborough, N.M. 1996. Entrepreneurship and new venture formation. New Jersey: Prentice Hall.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 230

07-Oct-10 9:16:55 AM

Pelajar Dalam Keterlibatan Universiti-Masyarakat

BAB 16 PELAJAR DALAM KETERLIBATAN UNIVERSITI-MASYARAKAT


Ismail Bahari PENGENALAN Tanggungjawab sosial bukanlah sesuatu yang baru kepada warga universiti malahan ia merupakan satu obligasi universiti-masyarakat. Universiti menjalankan pelbagai jenis inisiatif dan aktiviti dengan harapan untuk mempertingkatkan, memperkasakan dan mensejahterakan masyarakat. Sebagai sebuah universiti penyelidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sangat menekankan pentingnya keterlibatan masyarakat oleh staf dan pelajarnya. Keterlibatan masyarakat dilihat bukan sahaja sebagai sumbangan universiti kepada masyarakat tetapi juga sebagai sumbangan masyarakat kepada menyediakan pelajar sebagai rakyat dan pemimpin masa depan yang holistik. Dengan erti kata lain keterlibatan universitimasyarakat juga boleh dan perlu dilihat sebagai satu perkongsian yang menguntungkan masyarakat, pelajar dan pembangunan akademia. UKM berhasrat untuk mewujudkan berbagai platform dan kaedah bagi memastikan penglibatan semua pelajar dalam masyarakat. UKM juga berhasrat untuk memastikan apa sahaja keterlibatan masyarakat yang disumbangkan pelajar adalah yang berimpak tinggi kepada masyarakat dan juga pelajar. Sebaik-baiknya setiap inisiatif dan aktiviti tersebut menjanjikan kelestarian pelaksanaannya kerana permasalahan yang dihadapi masyarakat umumnya melibatkan sistem permasalahan yang kompleks dan memerlukan pendekatan sistem yang memakan masa yang lama. Keterlibatan pelajar UKM dalam masyarakat tidak dapat dinakan kepentingannya. Walau pun UKM menyediakan bermacam-macam platform dan kaedah yang membolehkan pelajar memberikan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 231

07-Oct-10 9:16:55 AM

232

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

khidmat kepada masyarakat, penglibatan dan kejayaan mereka kurang visibilitinya. Akibatnya keterlibatan masyarakat hanya dikaitkan dengan khidmat masyarakat yang dijalankan oleh segelintir pelajar melalui projek kemasyarakatan yang mempunyai impak yang kurang daripada yang sepatutnya. Keadaan ini berlaku kerana beberapa sebab yang mempunyai root cause atau penyebab akar yang sama, iaitu kefahaman terhadap keterlibatan masyarakat itu sendiri. Bab ini memberikan maklumat utama keterlibatan masyarakat yang dirasakan perlu difahami oleh pelajar dan juga pensyarah untuk membolehkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan kemanusiaan dengan lebih menyeluruh dan berkesan lagi. KETERLIBATAN UNIVERSITI-MASYARAKAT Sebelum melibatkan diri dalam masyarakat, seseorang harus jelas mengenai dimensi konsep masyarakat itu dan keterlibatannya. Pemahaman ini membolehkan inisiatif, strategi dan pelaksanaan keterlibatan masyarakat disasarkan dengan lebih tepat. Sebagai permulaan seseorang itu harus jelas bahawa terdapat perbezaan di antara khidmat masyarakat dan keterlibatan masyarakat. Secara kasar khidmat masyarakat memerlukan aktiviti yang melibatkan dan menguntungkan masyarakat secara langsung, kebaikan dan keuntungan kepada yang menjalankan khidmat masyarakat itu jarang ditekankan. Khidmat masyarakat juga lebih menekankan output dan outcome aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan. Sebaliknya keterlibatan masyarakat menekankan kepada proses dan hasilnya. Kebaikan dan keuntungan kepada yang memberikan khidmat juga ditekankan. Platform keterlibatan masyarakat UKM Pelajar UKM boleh terlibat dalam keterlibatan masyarakat melalui dua platform utama melalui: Program Kemasyarakatan Anjuran Pihak Luar UKM Program Kemasyarakatan Anjuran UKM

Program kemasyarakatan anjuran pihak luar UKM Pogram ini dilakukan secara sukarela oleh pelajar sendiri dan tidak melibatkan UKM. Program ini juga adalah atas inisiatif dan usaha

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 232

07-Oct-10 9:16:55 AM

Pelajar Dalam Keterlibatan Universiti-Masyarakat

233

pelajar tersebut dan biasanya tidak menerima mahupun mengharap kredit akademik. Antara contoh program ini termasuklah penglibatan pelajar dalam khidmat masyarakat anjuran badan-badan NGO seperti rumah anak-anak yatim dan warga emas. Keterlibatan pelajar dengan program kemasyarakatan anjuran pihak luar mungkin dapat diberikan nilai berdasarkan kompetensi generik. Apa yang perlu pelajar lakukan adalah melaporkan aktiviti yang mereka terlibat kepada pihak Pusat Perkembangan Pelajar (PPP). PPP adalah pusat yang bertanggungjawab memberi nilai kompetensi generik pelajar. Program kemasyarakatan anjuran UKM Program ini dianjurkan oleh pihak universiti/fakulti atau Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) dan dibahagikan kepada jenis-jenis seperti berikut: Khidmat pembelajaran @ service learning Ko-kurikulum dan kerja amal Penyelidikan Tindakan Berteraskan Masyarakat @ CommunityBased Action Research.

Khidmat pembelajaran atau service learning Program atau modul khidmat pembelajaran adalah modul pengajian yang memerlukan pelajar mengamalkan ilmu yang dipelajari di universiti melalui keterlibatan mereka secara langsung dengan masyarakat. Penglibatan ini adalah melalui program kurikulum akademik keterlibatan masyarakat yang formal, berstruktur, lengkap dengan pembentangan dan perbincangan program serta impaknya. Kredit diberikan kepada pelajar yang mendaftar dan melengkapkan modul ini. Sebagai contoh modul khidmat pembelajaran ini termasuklah modul yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan, dan Fakulti Sains & Kesihatan Bersekutu yang mengkehendaki pelajarnya mengamalkan apa yang dipelajari untuk memperkukuhkan ilmu yang diperolehi sambil membantu meningkatkan kesihatan masyarakat. Contoh-contoh aktiviti yang dikategorikan sebagai khidmat pembelajaran termasuklah: amali klinikal praktikum berteraskan masyarakat

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 233

07-Oct-10 9:16:55 AM

234

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

pendidikan berteraskan komuniti projek inovatif untuk komuniti internship pelajar berteraskan keterlibatan masyarakat, dan sebagainya.

Ko-kurikulum dan kerja amal Kecemerlangan pelajar tidak terhad kepada pencapaian akademik semata-mata. Kecemerlangan mereka diukur daripada kemampuan mereka menggunakan ilmu yang dipelajari untuk memanfaatkan diri, masyarakat dan negara. Oleh itu, setiap pelajar didedahkan kepada aktiviti yang boleh menjadikan mereka insan yang holistik. Untuk itu UKM menekankan pentingnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang mampu meningkatkan kemahiran generik para pelajar. Program ko-kurikulum merangkumi aktiviti persatuan dan pasukan beruniform. Antara contoh persatuan-persatuan di UKM termasuklah, persatuan pelajar, persatuan berteraskan fakulti, kesenian dan anak negeri. Pasukan beruniform universiti pula terdiri daripada pasukan Bulan Sabit Merah, PALAPES dan SUKSIS. Setiap persatuan dan pasukan beruniform ini mempunyai fungsi dan tugas teras tersendiri mengikut objektif penubuhannya. Setiap persatuan dan pasukan beruniform berobjektifkan pembangunan modal insan ahlinya melalui disiplin persatuan dan pasukan berkaitan. Umumnya setiap persatuan dan pasukan ini berfokuskan pembangunan modal insan yang mampu memimpin dan menyumbang kepada kesejahteraan bangsa dan negara. Disamping menjalankan aktiviti teras persatuan dan pasukan, terdapat juga persatuan dan pasukan yang mempertingkatkan sumbangan mereka kepada masyarakat melalui aktiviti kerja amal. Paling popular di antara kerja amal ini ialah melalui Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM). Secara tradisional OPKIM menekan usaha untuk menanam sikap menjiwai masyarakat melalui aktiviti interaksi pelajar-masyarakat. OPKIM biasanya menekan impak jangka pendek kerana aktiviti yang dijalankan adalah dalam satu jangkamasa yang singkat (sekitar seminggu) . Penyelidikan tindakan berteraskan masyarakat atau communitybased action research Program kemasyarakatan anjuran UKM boleh juga dilakukan melalui aktiviti penyelidikan. Penyelidikan ini bersifat penyelidikan tindakan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 234

07-Oct-10 9:16:55 AM

Pelajar Dalam Keterlibatan Universiti-Masyarakat

235

berteraskan masyarakat atau Community-based action research. Dalam penyelidikan begini masyarakat bukan setakat menjadi sampel kajian secara tinjauan atau survey tetapi turut merasai perubahan yang ingin dibawa dalam penyelidikan tersebut. Penyelidikan bersifat intervensi dan aplikasi inovasi tergolong dalam penyelidikan tindakan berteraskan masyarakat. Penglibatan pelajar dalam aktiviti penyelidikan begini sangat menguntungkan pelajar juga kerana dapat mengaplikasikan penyelidikannya secara langsung. KEBAIKAN KETERLIBATAN MASYARAKAT KEPADA PELAJAR Jika dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, penglibatan pelajar dalam keterlibatan masyarakat sebenarnya bersifat perkongsian sinergistik antara pelajar-masyarakat-universiti yang membawa kebaikan kepada semua yang terlibat. Tidak kira program dan jenis keterlibatan masyarakat yang diceburinya, setiap pelajar pasti merasakan bahawa usaha dan sumbangan mereka itu memberikan kesan yang mendalam kepada diri sendiri. Antara kesan penting ini termasuklah: peningkatkan kerelevanan pendidikan mereka akibat mengamalkan kandungan akademik kepada suasana sebenar peningkatan kemahiran kepimpinan peningkatan pengalaman mengamalkan konsep-konsep dalam bilik darjah ke dalam masyarakat mempelajari pengetahuan dan menghayati pengalaman daripada masyarakat membolehkan mereka melihat dan menyusun kerjaya membantu membangunkan perasaan kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial meningkatkan kemahiran bekerja dan berkomunikasi dengan masyarakat membantu meningkatkan jaringan dalam masyarakat dan sebagainya.

Secara ringkas, keterlibatan pelajar bukan hanya dapat memakmurkan dan menceriakan masyarakat tetapi juga menjadikan pengajian mereka di universiti lebih relevan. Proses yang dilalui mereka juga akan meningkatkan kemahiran generik mereka yang sangat diperlukan untuk membolehkan mereka menghadapi dunia

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 235

07-Oct-10 9:16:55 AM

236

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

pekerjaan dan masyarakat dengan jayanya. Tidak lupa juga kepekaan mereka terhadap permasalahan masyarakat, cara mereka menangani permasalah tersebut dan kejayaan mereka menyelesaikan masalah itu sedikit sebanyak akan dapat meningkatkan citra dan nama baik universiti. Akibat kebaikan yang dibawa oleh program keterlibatan masyarakat ini maka universiti telah dan sedang melaksanakan berbagai pendekatan untuk mempertingkatkan visibiliti program ini. Antara pendekatan ini termasuklah: memberikan akreditasi berbentuk kredit kursus memberi anugerah dan hadiah kecemerlangan keterlibatan masyarakat.

Pemberian kredit kursus dan anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan pelajar dan juga menjadikan usaha murni mereka sebagai contoh ikutan pelajar lain. Anugerah dan hadiah juga memberi pengiktirafan kepada universiti kerana berjaya melahirkan pelajar holistik yang cemerlang dalam bidang akademik, kemasyarakatan dan kemanusiaan. Melalui cara ini lebih ramai sukarelawan pelajar dapat diwujudkan. SIAPAKAH YANG BOLEH MELIBATKAN DIRI DALAM KETERLIBATAN MASYARKAT? Semua pelajar mampu dan boleh terlibat dalam aktiviti keterlibatan masyarakat. Berdasarkan jumlah dan keluwesan program dan jenis keterlibatan masyarakat yang sedia ada di UKM, serta kebaikan yang boleh didapati daripada keterlibatan ini maka tidak ada sebab mengapa penglibatan pelajar dalam khidmat masyarakat itu terhad. Pelajar boleh menyumbang kepada masyarakat samada secara sukarela atau melalui program kurikulum keterlibatan masyarakat yang dilaksanakan oleh fakulti masing-masing, Pusat Perkembangan Pelajar dan Pejabat Hubungan Universiti-Masyarakat. MASA PELAJAR MELIBATKAN DIRI DALAM KETERLIBATAN MASYARAKAT Pelajar boleh terlibat dalam aktiviti keterlibatan masyarakat pada bilabila masa semasa dalam pengajian mereka. Bagi yang berminat dalam

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 236

07-Oct-10 9:16:55 AM

Pelajar Dalam Keterlibatan Universiti-Masyarakat

237

aktiviti sukarelawan bantuan kemanusiaan bencana alam, penglibatan mereka tidak berjadual kerana ia bergantung kepada bila mana bencana berlaku. Sebaliknya mereka yang ingin memberikan khidmat bantuan dalam keadaan biasa, aktiviti mereka boleh dijadualkan. Bagi yang berminat menghulurkan bantuan berjadual universiti menyediakan berbagai-bagai keluwesan program dan jenis keterlibatan masyarakat (seperti yang dijelaskan di atas). Ini boleh dilaksanakan oleh mereka di peringkat pengajian pra-siswazah dan pasca-siswazah. DI MANA DAN BAGAIMANA PELAJAR BOLEH MELIBATKAN DIRI DALAM KETERLIBATAN MASYARAKAT Universiti Kebangsaan Malaysia menyediakan berbagai cara untuk membolehkan seramai mungkin pelajar melibatkan diri mereka dalam aktiviti berkaitan dengan keterlibatan masyarakat. Antara Pejabat Tanggungjawab yang boleh membantu termasuk: Pejabat Hubungan Universiti Masyarakat (PHUM) Pejabat Hubungan Universiti Masyarakat (PHUM), sebuah pejabat di bawah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, mempermudahcarakan berbagai projek penyelidikan tindakan berteraskan masyarakat, projek pembangunan masyarakat serta projek sukarelawan bantuan kemanusiaan. PHUM turut menyediakan portal atas talian khas yang diberi nama Community-Academic Reciprocity Engagement System (CARES) untuk membolehkan siapa sahaja staf dan pelajar UKM yang ingin mendaftar diri mereka sebagai sukarelawan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Di samping itu, PHUM dengan kerjasama PPP, Pusat Perubatan UKM dan MERCY Malaysia akan membangunkan Briged Bantuan Bencana Alam dan Medical Aid Group for Humanitarian Relief Operation (MAGHRO) yang membolehkan pelajar dan staf sama-sama berkhidmat dalam pasukan bantuan bencana alam UKM. Pusat Perkembangan Pelajar Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) melalui bahagian Persatuan dan Pengantarabangsaan Pelajar kerap menjalankan operasi khidmat masyarakat (misalnya OPKIM).

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 237

07-Oct-10 9:16:56 AM

238

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Kolej-Kolej Kolej-kolej kediaman UKM melalui aktiviti JAKSA dan persatuanpersatuan ada mengadakan aktiviti khidmat masyarakat dari masa ke masa. Pusat Sukan dan Unit Kebudayaan Pelajar yang ingin menyumbang khidmat kemasyarakat melalui kesenian dan sukan boleh melakukannya melalui Pusat Sukan dan Unit Kebudayaan UKM. Seperti PPP, Pusat Sukan dan Unit Kebudayaan terletak di bawah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Fakulti Fakulti menyediakan modul khidmat pembelajaran atau service learning. Modul ini membolehkan pelajar mengamalkan ilmu yang dipelajarinya di dalam bilik kuliah dan makmal. Fakulti dengan kerjasama pejabat Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM) juga menyediakan internships dan projek community outreach Pusat Kecemerlangan Pusat Kecemerlangan, seperti Solar Energy Research Institute (SERI), Ekologi Marin (EKOMAR) dan sebagainya turut menyediakan peluang penglibatan pelajar siswazah dalam mengaplikasikan inovasi yang dihasilkan untuk masyarakat. KESIMPULAN Universiti bertanggungjawab membentuk dan melahirkan pemimpin masa depan yang bukan sahaja cemerlang dari segi pencapaian akademiknya tetapi juga kemurnian hati dan tingkah laku untuk membela nasib bangsa dan negara. Banyak inisiatif, program dan aktiviti disediakan oleh universiti untuk membolehkan pelajar melibatkan diri dalam inisiatif keterlibatan masyarakat. Kepelbagaian dan keluwesan platform, program dan jenis keterlibatan masyarakat yang disediakan universiti membolehkan setiap pelajar meningkatkan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 238

07-Oct-10 9:16:56 AM

Pelajar Dalam Keterlibatan Universiti-Masyarakat

239

kompetensi generik mereka serta mewujudkan jaringan penting dengan masyarakat luar. Kesemua ini diharap dapat merealisasikan usaha mengilhamkan harapan mereka untuk mencipta masa depan insan yang mampu berjasa kepada nusa dan bangsa.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 239

07-Oct-10 9:16:56 AM

240

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 240

07-Oct-10 9:16:56 AM

Graduasi Dan Alumni

BAB 17 GRADUASI DAN ALUMNI


Shaharuddin Ahmad Koh Aik Khoon

PENDAHULUAN Alumni adalah satu istilah yang digunapakai bagi merujuk kepada bekas pelajar atau penuntut di sesebuah institusi pengajian. Secara automatik apabila seseorang tamat pengajian ia akan dikenali sebagai alumni kepada tempat beliau memperolehi ilmu dan pengalaman belajar. Bagi pusat-pusat pengajian tinggi yang telah lama ditubuhkan seperti UM, UKM, USM, UiTM, UPM dan sebagainya, telah diwujudkan pertubuhan alumni bagi mengumpulkan dan menyatukan semula bekas-bekas penuntut atas beberapa tujuan dan di antaranya termasuklah mengimbau kembali detik-detik manis semasa menuntut di pusat pengajian dengan mengadakan perhimpunan sempena dengan perayaan-perayaan penting (Calvert 1987). Di pihak universiti pula, diwujudkan pejabat alumni yang bertanggungjawab kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Secara rasminya, Pejabat Perhubungan Alumni ditubuhkan pada 1 Jun 2006. Tujuannya adalah membina jalinan hubungan strategik yang berterusan antara UKM dengan Alumni, menggembeleng modal sosial alumni bagi aktiviti pendidikan, penyelidikan dan khidmat masyarakat, membantu universiti dalam menjana kewangan dan membantu mempromosi universiti terutamanya kemasukan pelajar-pelajar baru baik di peringkat prasiswazah mahupun siswazah. Di samping itu, tidak ketinggalan juga berperanan menjadi pemudahcara program yang melibatkan aktiviti alumni UKM.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 241

07-Oct-10 9:16:56 AM

242

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Sejak perasmian penubuhan UKM pada 18 Mei 1970, seramai 131,259 graduan telah dilahirkan oleh UKM. Di awal penubuhan, bangunan Maktab Perguruan Lembah Pantai dan Kolej Islam Petaling Jaya telah dijadikan sebagai kampus sementara UKM. Ketika itu UKM mempunyai tiga fakulti iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam. Kolej Islam Petaling Jaya telah menempatkan Fakulti Pengajian Islam. Oleh kerana asrama amat terhad iaitu hanya ada dua buah, maka ramailah pelajar yang tinggal di luar asrama dengan menyewa rumah di sekitar Bangsar dan Petaling Jaya. Di Bangar, Asrama Yayasan Pelajar MARA (AYPM) menjadi tempat tumpuan pelajar universiti, termasuklah pelajar UKM. Selepas tiga tahun penubuhan, UKM menambah satu lagi fakulti iaitu Fakulti Perubatan yang menjadikan Hospital Besar Kuala Lumpur sebagai pusat pengajiannya. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni sekarang iaitu Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Mohamad Abdul Razak adalah salah seorang pelajar kumpulan pertama Fakulti Perubatan UKM. Sistem pembelajaran UKM ketika itu adalah empat tahun pengajian iaitu 3 + 1. Ini bermaksud pelajar perlu menghabiskan pengajian selama tiga tahun bagi melayakkan seseorang pelajar memperolehi ijazah sarjanamuda (tanpa kepujian). Sekiranya keputusan memuaskan pelajar akan meneruskan pengajian ke tahun kepujian untuk tempoh setahun lagi. Bagaimanapun, seseorang pelajar itu boleh terus berhenti selepas tahun tiga dengan hanya memperolehi ijazah sarjanamuda sahaja sekiranya ia ingin berbuat demikian. Justeru, ada juga dalam kalangan rakan-rakan yang berhenti selepas tahun tiga dan mendapatkan pekerjaan sedangkan kami meneruskan pengajian ke tahun ke empat. Selain itu, sistem pengajian dahulu adalah menggunakan sistem penggal iaitu pada satu-satu sesi ada tiga penggal, penggal pertama, penggal kedua dan penggal ketiga. Setiap penggal pelajar perlu menghadiri kuliah selama 10 minggu dan berehat sebelum memasuki penggal berikutnya. Rata-rata semua kursus mengadakan peperiksaan akhir di penghujung penggal ketiga. Bagaimanapun sebelum UKM berpindah ke kampus tetap di Bangi pada tahun 1978, sistem pembelajaran mula berubah iaitu menggunakan sistem dua semester di mana peperiksaan diadakan pada setiap penghujung semester. Kursus semester pertama yang perlu diambil oleh pelajar adalah berbeza daripada kursus pada

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 242

07-Oct-10 9:16:56 AM

Graduasi Dan Alumni

243

semester kedua. Setiap semester ada 15 minggu dan cuti sebulan sebelum memasuki semester kedua. Dengan sistem semester ini, kursus mula menggunakan sistem unit dan seseorang pelajar perlu mengambil jumlah unit tertentu untuk mendapatkan ijazah. Malahan, untuk menamatkan pengajian, sistem empat tahun diperkenalkan dan tidak lagi menggunakan sistem 3 + 1. Di kampus Bangi ini UKM mengorak langkah lagi dengan membuka beberapa lagi fakulti baru bagi menampung keperluan pasaran pekerjaan negara seperti Fakulti Undang-undang, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Pendidikan. Mengimbau kembali sistem pembelajaran ketika itu khasnya Fakulti Sastera, pada tahun pertama seseorang pelajar perlu mengambil kursus daripada tiga jabatan. Pada tahun kedua, pelajar perlu mengambil hanya dua jabatan sahaja, terutamanya dua jabatan yang mendapat markah tertinggi. Sistem mengkhusus kepada dua jabatan dikekalkan bagi tahun ketiga. Sekiranya pelajar dapat meneruskan pengajian ke tahun ke empat maka ia perlu mengkhusus hanya kepada satu jabatan sahaja. Oleh itu sistem pembelajaran masa itu adalah mengamalkan sistem 3 + 2 + 1. Satu kekuatan UKM yang dapat dipertahankan sehingga ke hari ini ialah di tahun akhir semua pelajar perlu membuat latihan ilmiah sebagai satu syarat mendapatkan ijazah sarjanamuda dengan kepujian. Latihan ilmiah ini amat berfaedah kepada pelajar kerana melatih pelajar membuat penyelidikan, menganalisis data, menulis laporan dan kertas kerja. Oleh itu, pengalaman ini amat berfaedah dan boleh menjadi aset penting apabila mereka bekerja baik dengan agensi kerajaan mahupun swasta. Selain itu, sistem pembelajaran ketika itu tidaklah mengamalkan sistem pemberian kredit atau menggunakan unit sebaliknya menggunakan sistem gred, A F, yang diberi kepada kursus yang di ambil oleh setiap pelajar untuk mendapatkan sekeping ijazah. Komponennya adalah kursus wajib jabatan dan kursus wajib universiti. Pelajar perlu lulus semula kursus yang diambil dan sekiranya gagal mereka perlu mengulang semula kertas tersebut. Ijazah sarjanamuda ketika itu dibahagikan kepada empat iaitu kepujian kelas pertama, kepujian kelas kedua atas, kepujian kelas kedua bawah dan ijazah sarjanamuda tanpa kepujian. Aktiviti ko-kurikulum ketika itu amat terbatas kerana UKM baru ditubuhkan dan tidak ramai pelajar. Persatuan Pelajar UKM (PMUKM)

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 243

07-Oct-10 9:16:56 AM

244

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

adalah satu-satunya tempat merancang aktiviti persatuan pelajar ketika itu di samping Pertubuhan Pelajar Luar Asrama atau OMLA. Ketika itu tidak ada PALAPES, SUKSIS, persatuan anak negeri dan sebagainya. Melalui PMUKM dan OMLA inilah aktiviti-aktiviti dijalankan seperti khidmat masyarakat, sukan, kerja-kerja amal dan sebagainya. Boleh dikatakan setiap penghujung sesi pengajian akan diadakan aktiviti khidmat masyarakat sehingga ke Sarawak dan Sabah. Umumnya, pelajar adalah bebas bersuara dan memberikan pendapat. Tempat-tempat seperti di hadapan bangunan perpustakaan, dataran, bilik-bilik kuliah besar dijadikan tempat mengadakan syarahan umum oleh pelajar yang aktif berpidato baik dalam kalangan yang menyokong kerajaan mahupun yang menentang kerajaan. Pendek kata, ketika itu kehidupan pelajar di kampus amat berbeza dengan suasana semasa di sekolah menengah yang amat dirasai oleh pelajar. Saya kira satu kejutaan budaya dirasai oleh hampir semua pelajar. Begitu juga pengisian minggu orientasi yang amat berbeza dengan masa kini di mana rata-rata pelajar baru akan terasa takut apabila bertemu dengan pelajar senior. Masa inilah peluang terbaik pelajar senior terutamanya yang lelaki berusaha mencari jodoh dengan merapatkan diri dengan pelajar perempuan yang baru masuk yang kadang kala bertindak sebagai protector kepada mereka. Pengalaman menuntut dan belajar di UKM ini menjadi aset kepada alumni UKM yang telah berjaya pada hari ini. Kejayaan alumni UKM ini bukan sahaja di bidang akademik malahan dalam semua bilang yang ada seperti bidang keusahawanan, pentadbiran, perbankan, politik dan sebagainya. Sesuatu yang perlu dibanggakan ialah UKM menggunakan seratus peratus pembelajaran dalam Bahasa Melayu dan telah terbukti bahawa bahasa ini mampu menghasilkan graduan yang berjaya dalam semua bidang kerjaya setanding dengan bahasa Inggeris. Sungguhpun UKM baru berusia 40 tahun, namun penglibatan alumni UKM dalam pelbagai pekerjaan dalam sektor awam dan juga swasta begitu menyerlah dan ketara. Dalam bidang politik, misalnya, Menteri Kesihatan masa kini iaitu Y.Bhg Dato Sri Liow Tiong Lai adalah alumni UKM. Dalam bidang akademik, dua alumni UKM menjawat jawatan Naib Canselor iaitu Y.Bhg. Tan Sri Nordin Kardi, di UUM manakala Y.Bhg Prof Dr. Aziz Deraman menjadi Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kejayaan alumni

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 244

07-Oct-10 9:16:56 AM

Graduasi Dan Alumni

245

UKM juga menyerlah dalam bidang pentadbiran awam seperti Y.Bhg. Tan Sri Alimuddin Hj Mohd Dom sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg Datuk Norhayati Sulaiman sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Y.Bhg. Datuk Mohd Shukri Abdull sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Y.Bhg. DatoSri Hj Ibrahim Jaapar sebagai Ketua Pengarah Kastam Malaysia. Dalam bidang keusahawanan terdapat juga nama-nama besar alumni UKM seperti Y.Bhg. Dato Dr Zainuddin Wazir sebagai Pengerusi Synergy Farm (M) Sdn Bhd dan Board of Director, Allianze College of Medical Sciences (ACMS), Y.Bhg Dato Sri Edmund Santhara sebagai Executive Director, Masterskill University College of Health Sciences dan Y.Bhg. Dato Wira Mohd Syukri Yazid sebagai Presiden, Kolej PTPL dan MSU. Terdapat juga Alumni UKM yang terkenal dalam bidang korporat dan kerja-kerja kemasyarakatan. Nama-nama besar seperti Y.Bhg. Dato Azmi Abdullah sebagai Pengarah Urusan SME Bank, Y.Bhg. Datuk Seri Wong Chun Wai, Group Chief Star Publications dan Y.Bhg. Tan Sri Dr. Jemilah Mohamood, sebagai bekas Presiden Mercy Malaysia dan sekarang menjawat jawatan Chief of the Humanitarian Response Branch dibawah United Nations Population Fund (UNFPA) yang berpengkalan di New York. Bagi mengimbau kembali sejarah pembelajaran alumni UKM terutamanya alumni di awal-awal penubuhan UKM, marilah samasama kita mengikuti perjalanan hidup beberapa orang alumni yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing yang dapat dimuatkan di bab ini. Oleh kerana ruang yang terbatas saya tidak dapat memuatkan kesemua sejarah alumni UKM yang berjaya dalam bidang yang masing-masing ceburi. Coretan sejarah ini hanya akan melakarkan pengalaman enam orang alumni yang menempa nama dalam bidang masing-masing iaitu Prof. Dato Dr. Shaharuddin Ahmad, Prof. Madya Dr. Koh Aik Khoon, Prof. Dr. Aziz bin Deraman, Dato Dr. Amran Kasimin, Dato Sri Ibrahim Jaapar dan Dato Sri Edmund Santhara.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 245

07-Oct-10 9:16:56 AM

246

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

CORETAN SEJARAH PERJALANAN ALUMNI UKM Prof. Dato Dr. Shaharuddin Ahmad Sekitar jam 11 pagi, 25 April 1972 bersamaan dengan hari Selasa bapa dan sepupu saya datang dari Kuala Lipis, Pahang membawa berita yang saya diterima masuk ke UKM bagi sesi pengajian 1972/73. Ketika itu saya sedang mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Jalan Kuantan dan menyewa rumah kepunyaan Allahyaharamah Mak Iti, seorang juruhebah radio terkenal pada masa itu. Saya amat bersyukur kerana usaha saya untuk menjejakkan kaki ke universiti akhirnya menjadi kenyataan. Rakan sekelas saya di Maktab Perguruan Harian, Mohd Shahrin Mohd Salleh juga mendapat tempat di UKM. Atas tindakan tidak sengaja kami belajar sambil lewa di maktab tersebut dan telah mengundang sindiran daripada beberapa tenaga pengajar. Tanggal 22 Mei 1972 bersamaan hari Isnin saya mula menjejakkan kaki ke kampus sementara UKM di Jalan Pantai Baru iaitu dahulunya bangunan Maktab Perguruan. Pada tarikh tersebut saya mendaftar masuk tahun pertama di Fakulti Sastera dengan nombor pendaftaran pelajar 00948. Di UKM saya bertemu rakan-rakan sedarjah dan juga senior semasa belajar di Sekolah Menengah Aminuddin Baki dahulu. Dengan itu saya tidaklah merasa kekok dan sukar untuk menguruskan pendaftaran masuk dan kursus-kursus yang perlu diambil semasa di tahun pertama. Pada tanggal 25 Mei 1972 iaitu hari Khamis secara rasmi saya menjadi pelajar UKM yang baru kerana melafazkan ikrar pelajar di Oditorium UKM. Hari pertama mengikuti kuliah, saya dapati agak sukar mencatat apa yang dikuliahkan oleh pensyarah-pensyarah. Keadaan ini berlaku kerana kaedah pengajaran yang berbeza antara di tingkatan enam dengan di universiti. Ketika itu, kebanyakan pensyarah hanya memberikan fakta-fakta penting tentang tajuk-tajuk yang dikuliahkan. Huraian dan penerangan selanjutnya perlulah pelajar merujuk di perpustakaan berasaskan bahan-bahan rujukan yang dikemukakan oleh pensyarah-pensyarah. Pengalaman ini menjadikan pelajar berdikari untuk menimba ilmu dengan bantuan pensyarah-pensyarah. Saya rasa ini yang membezakan cara belajar dahulu dengan sekarang yang mana pelajar sekarang lebih banyak bergantung kepada pensyarah untuk menimba ilmu.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 246

07-Oct-10 9:16:56 AM

Graduasi Dan Alumni

247

Pengalaman menjalankan kerja-kerja lapangan bersama-sama rakan sekursus meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Selama empat tahun belajar, setiap tahun pelajar geogra akan menjalankan kerja lapangan mengikut topik yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Kerja lapangan ini memberi kesan yang mendalam bukan sahaja yang berkaitan dengan ilmu kemahiran kerja berpasukan tetapi juga pengetahuan dan kaedah kepimpinan, menyelesaikan masalah dan lain-lain kemahiran insaniah. Kelas tutorial juga amat berkesan dalam membina keyakinan dan pelbagai kemahiran insaniah pelajar. Kesemua pengalaman inilah yang memberikan saya keyakinan untuk terus menuntut ilmu selagi kesihatan dan kemampuan mengizinkan. Di samping itu, keyakinan bekerja sendiri dan berdisiplin menjadi nadi utama semasa menuntut di tahun empat. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang geogra zikal, di tahun keempat saya telah memilih tajuk berkaitan dengan pencemaran udara di bawah penyeliaan En. Mohd Sham Mohd Sani (Prof. Emeritus Dato Dr. Sham Sani kemudiannya menjadi Naib Canselor UKM dari tahun 1993 hingga 1998). Tugasan mengumpul data di lapangan selama tiga bulan amat mencabar kerana terpaksa memanjat bangunan tinggi, berada di kawasan taman rekreasi, kawasan kilang dan sebagainya. Kerja ini perlu kesabaran, kejujuran, yakin diri dan ketekunan. Cabaran tidak hanya setakat mengumpulkan data tetapi juga pada menganalisis data dan penulisan tesis. Sekiranya tidak pandai membahagikan masa sudah pasti tesis tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh jabatan ketika itu. Semua ini telah saya lalui dengan penuh disiplin dan saya berbangga kerana menjadi salah seorang yang dapat menyelesaikan tesis sebelum tempoh penyerahan berakhir. Inilah pengalaman yang saya rasa menjadikan saya berjaya dalam kerjaya saya masa kini. UKM ketika itu tidak menghalang pelajar untuk bergiat dalam aktiviti luaran. Saya kira ini adalah aktiviti ko-kurikulum yang mana ketika itu tidak ada ditawarkan secara rasmi oleh UKM. Oleh itu, saya juga turut bergiat dalam Persatuan Pelajar walaupun tidaklah memegang jawatan penting. Saya menjadi ahli jawatankuasa biro sukan sebagai timbalan ketua olahraga. Penglibatan saya dengan persatuan ini memberi banyak pengalaman berurusan dengan pihak luar. Dengan itu, serba sedikit protokol berurusan dengan pegawaipegawai dapat dipelajari dan dimanfaatkan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 247

07-Oct-10 9:16:56 AM

248

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Akhirnya, pengalaman belajar di UKM selama empat tahun amat membantu kerjaya saya masa kini. Biarpun ditawarkan kerja sebagai seorang pegawai dengan Pahang Tenggara (DARA) selepas tamat pengajian di UKM, namun saya tetap memilih bekerja dengan UKM sebagai tutor. Kemudiannya, melanjutkan pelajaran ke England bagi mendapatkan ijazah sarjana falsafah dan kedoktoran. Kini saya berterima kasih kepada UKM kerana terus berkhidmat dengan UKM sebagai profesor dan Pengarah di Pejabat Perhubungan Alumni. Sesungguhnya, saya berbangga kerana UKM kini menjadi pilihan ramai pelajar dan diiktiraf sebagai salah sebuah universiti penyelidikan di Malaysia. Prof. Madya Dr. Koh Aik Khoon Pada bulan April 1970, saya menerima surat tawaran masuk universiti dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada masa itu saya sedang mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim di Johor Baharu. Saya merasa gembira kerana dapat masuk universiti tetapi khuatir juga dari mana sumber kewangan untuk membiayai yuran pengajian. Saya berbincang dengan kawankawan di kolej dan mereka menasihatkan supaya saya tinggalkan kolej dan masuk universiti. Suatu hari saya bertanya kepada seorang pensyarah di kolej tentang hal ini dan beliau berkata sekiranya saya lepaskan peluang keemasan itu, saya akan menyesal di kemudian hari. Maka dengan hati yang berat terpaksalah saya tinggalkan kolej dan mula membuat persediaan untuk menempuh alam baru iaitu alam pengajian tinggi. Surat tawaran yang ditandatangani oleh pendaftar masa itu, Encik Abdullah Salleh masih saya simpan dengan baiknya. Ia merupakan pasport ke suatu lembaran hidup yang lebih ceria dan cerah. Encik Abdullah Salleh (dianugerahkan gelaran Tun pada tahun 2002) baik orangnya. Beliau faham kedudukan saya dan beliau berjanji mendapatkan biasiswa untuk saya. Akhirnya saya mendapat dermasiswa persekutuan yang bernilai RM1,750 setahun dan cukuplah untuk yuran pengajian dan sara hidup. Saya terhutang budi kepada Tun. Prof. Dato Dr. Sukiman Sarmani adalah rakan sekelas saya pada masa itu. Beliau adalah di antara segelintir pelajar yang berpeluang membuat PhD ke luar negara pada tahun 1974. Rezeki beliau bertambah baik

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 248

07-Oct-10 9:16:56 AM

Graduasi Dan Alumni

249

kerana pensyarah yang menguruskan pengajiannya ke Britain ialah Dr. Noramly Muslim dan Allahyarham Dr. Ghazali Abdul Rahman. Mereka tidak sampai hati mendengar kata orang bahawa UKM adalah universiti atap dan ingin membuktikan ketokohan graduannya. Sukiman berjaya memperoleh PhD dari University of Reading pada tahun 1977, suatu pencapaian yang membanggakan hasil pembelajaran yang diperolehi dari UKM yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Di awal penubuhan UKM ramai juga pelajar daripada aliran sekolah Inggeris (termasuk saya) dan kami belajar sains dalam bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah. Kebanyakan istilah dalam Bahasa Melayu adalah asing kepada kami. Contohnya Catalyst dalam bahasa Inggeris adalah Mangkin dalam Bahasa Melayu. Seorang pensyarah muda yang mengajar mata pelajaran zik nampak struggle dengan pengistilahan. Satu peristiwa yang masih saya ingati ialah seorang pelajar Melayu memberitahu saya Orang Melayu tidak faham Melayu. Kebanyakan pensyarah sains pada masa itu datangnya dari Indonesia. Mereka memang arif dalam subjeknya tetapi ramai pelajar tidak dapat menangkap apa yang pensyarah Indonesia cuba sampaikan. Keadaan ini berlaku mungkin bahasa Indonesia yang digunakan bagi menyampaikan kuliah sukar difahami. Bagaimanapun, oleh kerana ketekunan kami belajar, sistem pembelajaran ini tidak mengganggu kami berjaya. Pada tahun 1970, semua pelajar baik lelaki mahupun perempuan ditempatkan di asrama (nama asrama telah di tukar ke kamsis kemudiannya kolej dan kini akademik kolej). Asrama mungkin sering dikelirukan dengan asmara. Di kesempatan yang ada pelajar turut mengadakan parti di asrama. Bagaimanapun, hanya mereka yang ada partner dibenarkan menyertainya. Bagi mereka yang tiada pasangan hanya boleh pandang dari luar. Kasihan! Ada segelintir pelajar ketika itu yang mampu memiliki kereta dan mereka itu adalah bekas guru. Mereka digelar Mahasistua. Pada penghujung minggu, mereka pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga. Pelajar yang masih membujang suka mengusik mereka balik kampung untuk bercucuk tanam. Nakal betul budak-budak itu. Raya Puasa pada tahun 1970 kami mengunjungi orang besar termasuk Allahyarham Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Ismail. Pada masa itu, Allahyarham Tun Abdul Razak tinggal

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 249

07-Oct-10 9:16:57 AM

250

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

di Seri Aman. Apabila kami sampai di sana, beliau serta Tun Rahah menyambut kami. Kami beramah mesra dengan Tun dan Tun Rahah. Sebelum kami bertolak kami bergambar dengan Allahyarham Tun dan Tun Rahah. Semasa menunggu jurugambar klik, Tun tanya sama ada jurugambar itu dari Pahang. Kami senyum dan tidak menjawab. Seterusnya Allahyarham menyambung dengan mengatakan Orang Pahang pandai tembak. Tun nampak serius wajahnya tetapi pandai juga bergurau. Kami juga mengunjungi rumah Allahyarham Tun Hussein Onn yang terletak berdekatan dengan Bangunan KWSP, Jalan Gasing. Pada masa itu, tapak tetap UKM masih belum ditentukan. Seorang pelajar dalam rombongan kami bertanya sama ada tapak UKM akan berada di Johor. Tun hanya senyum dan tidak menjawab. Pada masa itu Allahyarham Tun Hussein Onn adalah Menteri Pelajaran Malaysia. Beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 1976 apabila Tun Canselor pertama yang disayangi telah meninggal dunia di London. Oleh sebab UKM dan UM terletak berdekatan pada masa itu, banyak aktiviti diadakan bersama-sama termasuklah berdemonstrasi. Kebanyakan demonstrasi tidak melibatkan pelajar dari aliran sains kerana mereka terpaksa menjalankan kerja-kerja makmal di samping kuliah dan kerana itu kekurangan dengan masa lapang. Pada suatu hari, apabila Dr. Noramly sedang mengajar, seorang pelajar yang terlibat dalam demonstrasi masuk ke kelas dan memohon Dr. Noramly membenarkan pelajar-pelajarnya terlibat sama dengan demonstrasi. Bagaimanapun, Dr. Noramly memberitahu beliau bahawa anak muridnya datang ke universiti adalah untuk memperolehi masa depan yang lebih cerah dan bukannya untuk berdemonstrasi. Beliau bertanya pelajar tersebut adakah dengan terlibat dengan demonstrasi tersebut akan menjamin masa depan yang baik? Pelajar tersebut tidak dapat menjawab dan terus berundur dari kelas tersebut. Inilah masa awal UKM yang sememangnya penuh dengan ujian dan cabaran. Ada yang mempertikaikan sama ada Bahasa Melayu mampu atau tidak menjadi bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi. Ada juga yang mempersoalkan kebolehpasaran graduan UKM. Semua persoalan tersebut telah terjawab dan salah satu pencapaian UKM ialah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Inilah UKM yang kita kenali dan yang kita sayangi. Saya sebagai

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 250

07-Oct-10 9:16:57 AM

Graduasi Dan Alumni

251

produk pertama UKM amat berbangga dengan pencapaian yang telah saya capai selama empat tahun belajar. Tanpa pengalaman yang luas belajar di UKM tidak mungkin saya berada di jawatan saya sekarang sebagai professor madya dan Timbalan Pengarah di Pejabat Perhubungan Alumni. Sungguhpun saya asalnya daripada aliran Inggeris, namun Bahasa Melayu yang digunakan di UKM hingga ke hari ini terbukti menjadi bahasa akademik yang patut disanjungi oleh semua bangsa di Malaysia. Prof. Dr. Aziz bin Deraman Mendapat keputusan sederhana (agregat 14) dalam peperiksaan SPM Sekolah Menengah Sains Pahang pada awal tahun 1977 merupakan saat yang manis, apa lagi dimaklumkan oleh pengetua sebagai pelajar terbaik aliran Melayu. Tawaran bidang kejuruteraan di UTM telah saya tolak untuk memasuki program Matrikulasi UKM di Sekolah Alam Shah yang pada masa itu menjadi sebutan dan idaman pelajar. Dengan keputusan peperiksaan matrikulasi yang agak baik, UKM telah menawarkan program perubatan pada tahun 1978. Namun demikian, bersama hampir 30 orang rakan lain, permohonan telah dibuat untuk bertukar program kepada bidang Sains Komputer setelah 2 minggu menyertai program perubatan (sejumlah hampir 30 orang pelajar bidang lain telah bertukar kepada program perubatan). Pertukaran ini dibuat berdasarkan citarasa dan dorongan diri sendiri terutama sekali apabila memikirkan bidang kerjaya di masa hadapan. Dengan nombor matrik 6096, saya telah memulakan pengajian bidang sains komputer bersama 16 orang pelajar lain sebagai pelajar kumpulan keempat. Pada tahun pertama, perkuliahan meliputi pelbagai subjek termasuk komputer, matematik, statistik, elektronik, zik, kimia industri dan subjek kenegaraan Islam. Saya berpeluang mengenali ramai pensyarah pada masa itu termasuklah Kasmiran Jumari, Idris Jayes, Ramli Jaya, Najib Rafee, Izzah, Rashid, Fauzi dan beberapa lagi. Namun mentor utama saya tentulah pensyarah sains komputer yang ulung iaitu Abdul Razak Hamdan (sekarang Prof. Dr.). Kepelbagaian subjek yang diambil telah membuatkan saya dan rakan-rakan mempunyai kenalan yang ramai sama ada rakan pelajar dan rakan pensyarah daripada bidang lain (antaranya Lokman Saim (Prof. Dato Dr.); Shukri Ab. Yajid (Prof. Dato.); Hasif (Mejar

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 251

07-Oct-10 9:16:57 AM

252

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Jeneral (B) Dato Dr.). Saya percaya pada masa itu kami juga terpaksa membina kematangan dengan segera maklumlah bidang sains komputer merupakan bidang yang amat baru tanpa makmal komputer kecuali mesin komputer IBM-1130 yang digunakan oleh UKM untuk memproses gaji. Menjalani kehidupan sebagai pelajar pada masa itu agak menarik kerana mungkin kelas kami yang agak kecil seramai 16 orang dengan 13 orang pelajar Melayu dan 3 orang pelajar cina. Dari jumlah tersebut hanya terdapat 2 orang pelajar perempuan. Saya mempunyai kumpulan studi kecil seramai lima orang iaitu Sabri (JPA), Tumen (Usahawan), Mod Noor (MAMPU), Md Shah (Pos Malaysia). Konsep pengajian berkumpulan yang sangat diikitiraf oleh pensyarah-pensyarah pada masa itu amat membantu menjadikan masa kami di UKM sebagai masa-masa yang indah. Konsep kerjasama yang tulus ikhlas antara kami juga menjadikan saat yang sukar untuk saya lalui pada tahun 1981 bertukar menjadi amat mudah. Pada masa itu saya terlibat dalam kemalangan motorsikal dan terpaksa berehat selama 2-3 bulan. Pada masa inilah rakan-rakan telah menyalin nota kuliah mengguna kertas karbon dan ada yang memohon pensyarah supaya memberi masa cukup untuk tujuan menyalin nota (perkhidmatan fotokopi ada, tetapi amat mahal dan kami tak mampu). Dengan kaedah kuliah jarak jauh (berehat di kampung) dengan bantuan rakan-rakan saya akhirnya berjaya mendapat keputusan yang amat baik pada semester berkenaan (agaknya saya banyak membaca dan kurang melepak-lepak!!!). Pensyarah kami juga agak muda dan mudah untuk memahami jiwa pelajar pada masa itu. Berbanding dengan keadaan sekarang, dirasakan kami telah dilayan oleh pensyarah pada masa itu lebih sebagai rakan. Suasana yang kondusif pada masa itu membolehkan kami memilih kegiatan mengikut kesukaan masing-masing. Dengan beberapa orang rakan senior kami telah menubuhkan Persatuan Komputer UKM (PKUKM) yang telah bergiat cergas menganjurkan persidangan di peringkat kebangsaan. Keupayaan kami pada masa itu dirasakan amat hebat maklumlah pelajar menjadi penganjur dengan menjemput pensyarah dan pegawai kanan kerajaan dan swasta sebagai pembentang dan peserta. Kepada rakan lain yang berminat dalam politik pelajar pula, mereka amat aktif dalam persatuan pelajar peringkat fakulti. Bagaimanapun, apa yang penting pada masa itu adalah pelajar amat menghormati hak serta privasi rakan lain walaupun hubungan dengan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 252

07-Oct-10 9:16:57 AM

Graduasi Dan Alumni

253

pihak-pihak luar kampus sentiasa ada. Secara keseluruhannya, saya merasakan suasana pembelajaran yang disediakan oleh UKM pada masa itu telah memberi kekuatan kepada pelajar untuk berusaha keras bagi mencapai kejayaan. Dengan kemudahan pembelajaran yang amat terhad, kami berupaya menguruskan masa kami dengan secukupnya. Kebergantungan kepada kemudahan universiti amat kurang dan kebanyakan kami lebih suka berdikari termasuklah dalam penggunaan pengangkutan dan kemudahan perpustakaan. Beberapa perkara yang diamalkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran di UKM dahulu memungkinkan saya membina kematangan yang baik untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi sekarang. Antara yang saya boleh senaraikan adalah sebagai berikut: Saling hormat menghormati dan kepercayaan antara pelajar pensyarah Menjalani proses pembelajaran secara tegas dan serius (konsep susah-susah dahulu, senang-senang kemudian diamalkan oleh pensyarah) Kebebasan pelajar dalam menentukan apa yang perlu dilakukan oleh mereka terutama dalam aktiviti bukan akademik (kokurikulum) Pergaulan antara pelajar dan pensyarah agak baik dan telus Semangat pelajar untuk berjaya tinggi (dan amat takut untuk gagal).

Akhirnya, saya masih merasakan bahawa kejayaan saya sehingga menjawat jawatan Naib Canselor, Universiti Malaysia Terengganu hari ini adalah hasil latihan keras para pensyarah mendidik dan membentuk pelajar untuk terus berjaya dan mengharumkan nama UKM, bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Dato Dr. Amran Kasimin Empat tahun berada di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Syariah dan subjek Sains Umum yang diwajibkan ke atas setiap pelajar tahun pertama universiti yang diajar oleh pensyarah berwibawa boleh dianggap sebagai aset

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 253

07-Oct-10 9:16:57 AM

254

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

penting kepada saya. Penggunaan Bahasa Melayu di universiti sering melahirkan tanda tanya masa depan yang kurang jelas, apatah lagi tahun pengajian mengambil masa 4 tahun, padahal Universiti Malaya hanya memerlukan 3 tahun sahaja. Bagaimanapun, semuanya ini mengajar dan mendidik saya untuk memastikan segala kecelaruan dan ketidakyakinan yang mengasak dalam pemikiran itu tidak benar. Segala-galanya mengajar agar merancang setiap sesuatu itu dengan lebih tabah dan rapi, yang akhirnya mencetuskan rasa bangga kepada UKM daripada seorang pelajarnya yang ulung. Kesukaran belajar di UKM ketika itu adalah berfokus kepada kurangnya bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Melayu. Keadaan ini melatih pelajar-pelajar banyak berusaha dengan lebih gigih dan berdikari. Masa-masa yang terluang perlu dimanfaatkan menterjemah bahan-bahan daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu untuk kepentingan bersama. Membentuk dan membina jatidiri bukanlah mudah ketika itu. Bagaimanapun, dengan bantuan pensyarahpensyarah, saya dan rakan-rakan mengharungi dengan tabah dan tidak menoleh ke belakang dalam usaha membentuk jatidiri yang di bawa hingga ke hari ini. Selepas belajar di UKM saya di terima pula menjadi tutor dan kemudiannya sebagai pensyarah. Tiga puluh tahun menjadi Pensyarah UKM bukan masa yang sedikit. Pensyarah yang baik tidak akan mempertikai karya pensyarah yang lain, menyatakan artikelnya tidak ilmiah, lebih-lebih lagi sekiranya pensyarah berkenaan hanya melirik bangga dengan sajak-sajak batu. Untuk membentuk tulisan ilmiah yang bermutu dan dapat dimanfaatkan, dan masa yang dilalui bukan dengan cara mematikan semangat seseorang, lebih-lebih lagi sekiranya ia berada di jabatan yang sama atau seorang pensyarah muda. Belajar daripada pengalaman inilah menjadikan saya lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan dan pandangan agak tidak menyinggung dan menyakiti orang lain terutamanya rakan-rakan sepejabat. Sungguhpun ketika itu pelajar UKM hampir kesemuanya pelajar Melayu, namun ada sebilangannya pelajar kaum Cina dan India. Disinilah mula wujud bibit-bibit kerjasama antara kaum yang membentuk warganegara Malaysia. Kerjasama yang dipupuk berasaskan kelas, kerja lapangan, tutorial dan aktiviti-aktiviti kokurikulum pelajar termasuklah khidmat masyarakat. Pengalaman inilah saya bawa semasa saya menjadi ahli wakil rakyat. Sesungguhnya

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 254

07-Oct-10 9:16:57 AM

Graduasi Dan Alumni

255

pengalaman yang amat berguna ini tidak mungkin dapat dipelajari dan dipraktikkan sekiranya saya tidak menuntut sehingga bergelar alumni UKM. Daripada pengalaman sebagai seorang pensyarah dan menunjukkan keprihatinan sesama rakan serta menghormati orang yang lebih berkuasa maka saya diminta menjadi calon wakil rakyat. Biarpun tempoh menjadi ADUN hanya satu penggal, namun pengajaran yang diraih hanya 5 tahun itu menjadi pengalaman tambahan kepada diri saya. Pengalaman ini tidak diperolehi di UKM atau diajar oleh pensyarah-pensyarah di universiti biarpun setelah mengambil masa 30 tahun. Pengalaman menjadi salah seorang pelajar pelopor di Fakulti Pengajian Islam membawa saya melihat betapa pentingnya didikan agama di samping didikan ilmu sekular agar bangsa tidak diperkotak katikkan oleh orang lain. Justeru, latar belakang didikan agama mesti disertai dengan ketamadunan sesuatu bangsa. Orang-orang Barat kurang penekanan agama namun mereka memiliki civilization yang membentuk masyarakat, membolehkan mereka lebih menepati janji, menghargai masa, lebih bersifat telus amanah dan menyayangi bangsa berbanding dengan negara-negara Islam yang padat dengan teori-teori agama yang sering diwar-warkan melalui khutbah, namun dalam masa yang sama mereka lebih mementingkan diri dan taasub bangsa menyingkirkan kepentingan agama. Pengalaman menjadi pelajar UKM selama empat tahun dan pensyarah 30 tahun banyak pengalaman yang dikumpul yang berkait dengan persoalan govenan. Kepimpinan mesti arif ke arah mana kepimpinannya, sama ada ia melibatkan sebuah negara, atau yang lebih kecil iaitu universiti yang hendak dibawa. Jangan jadikan perancangan pembelajaran itu ad-hoc, atau trial and error, jauh sekali jangan sampai berlaku lambakan graduan dalam bidang-bidang tertentu. Ilmu agama, sekular dan pengalaman mendidik di UKM menjadikan saya sedar betapa mentadbir dan memerintah bukanlah sesuatu yang mudah dan senang dilaksanakan sekiranya hanya mementingkan diri sendiri. Dalam konteks yang lebih besar iaitu sebuah negara seperti Malaysia yang pernah dijajah oleh barat, mereka telah melaksanakan dasar devide and rule, ke atas Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, menyebabkan masalah agama terletak di bawah raja-raja, iaitu kerajaan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 255

07-Oct-10 9:16:57 AM

256

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

negeri. Natijah daripadanya, orang yang bukan Islam mempunyai kekebalan di sisi undang-undang syarak, lahir ketidakseragaman pelaksanaan agama, dan lain-lain masalah menyebabkan mahkamah syariah itu mahkamah second class pada pandangan sesetengah orang. Segala-galanya berpunca daripada kesilapan diri sendiri, yang tidak mudah diperbetulkan, yang tidak sewajarnya dibiarkan begitu sahaja. Sesungguhnya, Allah S.W.T tidak mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu mengubah nasibnya sendiri. Universiti bukan segala-galanya, namun ia adalah asas kelahiran kemantapan diri, tempat untuk rujukan, mampu membezakan yang hak dan yang batil, juga wadah mempelajari tingkah laku manusia. Inilah pengalaman, panduan dan pegangan yang saya perolehi sebagai seorang pelajar dan pensyarah di universiti yang sama iaitu UKM. Sesungguhnya, kelayakan memiliki segulung ijazah hakikatnya bergantung kepada kejayaan seseorang ketika berada di tengah-tengah masyarakat. Itulah kebenaran hidup yang mesti dilalui oleh setiap individu. Dato Sri Ibrahim Jaapar Dengan berbekalkan 2 Prinsipal dan 2 Subsidiari, saya telah ditawarkan terlebih dahulu untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur pada awal tahun 1972 dalam pengkhususan Matematik dan Geogra. Setelah mengikuti pengajian selama beberapa bulan, UKM, selaku universiti pilihan pertama saya, telah menawarkan tempat kepada saya bagi mengikuti program ijazah sarjanamuda sastera pada bulan Julai 1972. Pengalaman selama beberapa bulan sebagai pelatih guru telah memberi kekuatan kepada saya untuk berdikari dan memfokuskan kerjaya saya pada masa hadapan. Geogra, Sejarah dan Pengajian Melayu (yang di peringkat awalnya telah ditolak oleh Dekan) merupakan subjek yang diambil pada tahun pertama pengajian saya di UKM. Melalui sistem pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan melalui pengalaman terutamanya dalam subjek Geogra dan Sejarah, ianya telah memberi impak yang besar ke atas pembangunan pembentukan pemikiran diri saya sebagai seorang pelajar. Oleh kerana tawaran biasiswa yang diperolehi dari JPA adalah kategori terbuka, minda saya telah terbuka untuk bertukar

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 256

07-Oct-10 9:16:57 AM

Graduasi Dan Alumni

257

bidang pembelajaran daripada yang menumpukan ke arah kerjaya dalam bidang pendidikan ke arah perkhidmatan awam. Kejayaan yang diperolehi di dalam peperiksaan di tahun satu dan tahun kedua, telah menyebabkan saya membuat keputusan untuk mengkhususkan pengajian saya dalam bidang Sejarah. Dari situlah bermulanya perkenalan saya dengan rakan-rakan seperjuangan seperti Tan Sri Alimudin (kini KSU Kementerian Pendidikan) dan Prof. Dato Dr. Shaharuddin Ahmad. Melalui pensyarah-pensyarah seperti Prof. Dr. Chandran, Prof. Emeritus Dato Dr. Sham Sani, Prof. Dato Dr. Zainal Abidin Abd. Wahid, Prof. Emeritus Tan Sri Dato Dr. Khoo Kay Kim serta penyelia tugasan tesis saya iaitu Prof. Dr. Shahrin (kalau tak silap saya) telah membina diri saya sebagai seorang yang lebih independent dalam memberikan apa jua pendapat dan pandangan. Pengalaman menyediakan tesis dalam bidang sejarah yang lebih kepada pendekatan kerja lapangan (kajian terus dengan masyarakat) telah memberi kesedaran kepada saya untuk membangun dan memajukan bangsa. Manakala pengalaman duduk serumah bersamasama rakan dari berlainan universiti, negeri asal dan daripada bidang pengajian yang berbeza memberi impak kepada saya dari segi keterbukaan minda yang lebih luas dan tahap tolak ansur yang tinggi. Kebebasan bersuara pelajar melalui aktiviti speaker corner (banyak masa dihabiskan di speaker corner di UM) mendorong saya untuk mempelajari gaya-gaya kepimpinan dalam masyarakat kampus. Berasaskan kepada suasana pendidikan yang terbuka, berprogram dan mementingkan pemikiran dan pandangan yang terbuka, UKM telah membentuk diri saya menjadi satu personaliti yang turut terbuka. Ini ditambahkan lagi dengan cara dan corak kehidupan sebagai anak kampung yang lebih melihat masyarakat kampung sebagai satu komponen yang boleh maju ke hadapan. Unsur-unsur ini telah menjadi teras kepada siasah diri apabila saya menjawat jawatan dalam sektor awam yang bermatlamatkan perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Pengalaman berkongsi pandangan dengan pensyarah-pensyarah tersohor di UKM atas prinsip berkongsi ilmu dan win-win situation (walaupun ada sesetengah pensyarah yang masih berkiblatkan kepada his own stand and principles) sebenarnya tidak banyak mempengaruhi saya kerana prinsip keterbukaan yang saya amalkan. Sistem coaching and mentoring semasa menyediakan tesis turut memberi impak yang besar kepada keperibadian saya semasa melangkah ke dunia pekerjaan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 257

07-Oct-10 9:16:57 AM

258

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

di sektor awam. Selepas tamat pengajian pada tahun 1976, saya memulakan karier sebagai seorang guru sementara di Melaka. Selepas beberapa bulan, saya telah ditawarkan untuk berkhidmat di sektor awam selaku Penolong Penguasa Kastam di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (kini Jabatan Kastam Diraja Malaysia) di mana penempatan pertama saya adalah di Johor Bahru pada bulan Julai 1977. Karier saya di sektor awam berkembang dengan agak baik di mana saya mula mengalami proses kenaikan pangkat pada tahun 1982 ke gred A24 / A12 selaku Penguasa Kanan Kastam dan seterusnya ke jawatanjawatan yang lebih tinggi sehinggalah memegang jawatan yang terakhir sebelum bersara pada 26 Mei 2008 selaku Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan). Dalam tempoh perkhidmatan, saya telah bertugas di beberapa buah negeri seperti Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kuala Lumpur, Sabah dan Ibu Pejabat. Sesungguhnya saya amat bersyukur kepada Allah di atas rezeki yang dimurahkan kepada saya. Selepas dua bulan bersara, saya telah dilantik semula sebagai Penasihat Kastam dan seterusnya pada 3 Oktober 2008 saya telah diberi amanah dan kepercayaan oleh Kerajaan untuk menerajui Jabatan Kastam Diraja Malaysia selaku Ketua Pengarah Kastam dengan gred Turus III secara kontrak untuk tempoh 2 tahun. Semasa dalam perkhidmatan, saya telah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Webster University, St. Louis Missouri, USA dalam bidang Human Resource Development. Atas keperihatinan pihak stakeholder juga saya telah dipilih untuk menerima beberapa pingat dan darjah kebesaran negeri seperti Ahli Setia Darjah Kinabalu (A.S.D.K), Darjah Seri Melaka (D.S.M), Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato, Darjah Sultan Ahmad Shah (D.S.A.P) yang membawa gelaran Dato, Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran Dato Wira dan akhir sekali Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) yang membawa gelaran Dato Sri. Kejayaan dalam kerjaya dan pengiktirafan yang diterima ini bukan sahaja didorong oleh keberkesanan sistem pembelajaran yang diterima dari UKM, tetapi pada masa yang sama juga diperkukuhkan oleh sistem memperkasakan diri sendiri ke dalam masyarakat yang memberi kesan dan keinsafan serta kekuatan jatidiri sebagai penjawat awam bagi menerajui jabatan yang memberi sumbangan hasil dalam

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 258

07-Oct-10 9:16:57 AM

Graduasi Dan Alumni

259

bentuk cukai tidak langsung yang terbesar kepada negara. Terima kasih saya ucapkan kepada UKM di atas segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diterima dan selamat menyambut Ulang Tahun Yang Ke-40. Kalaulah tidak kerana UKM tidak mungkin saya kini berada di mercu kejayaan yang diharapkan oleh diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Saya juga mengharapkan Bahasa Melayu akan terus dimartabatkan sebagai bahasa pengantar di UKM. Sebagai salah seorang alumni UKM terawal, saya akan terus memberikan sokongan dan sumbangan demi kejayaan UKM. Dato Sri Edmund Santhara Pengalaman di UKM adalah di antara titik-titik kehidupan yang saya lalui yang mana kini apabila dicantumkan menjadikan ia satu pengalaman yang banyak memberi pengajaran yang amat bernilai bagi saya. Pengalaman pahit manis sewaktu bergelar pelajar di UKM saya jadikan ingatan serta panduan untuk saya terus cekal membina kehidupan yang lebih bermakna. Walaupun hasrat saya untuk mengikuti pengajian dalam bidang perundangan di UKM tidak menjadi kenyataan, namun disebaliknya peluang yang diberikan kepada saya untuk mengikuti pengajian di Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) UKM ada hikmahnya. Peluang yang diberikan itu saya ambil dan menjadikannya sebagai peluang keemasan untuk saya bergelar pelajar. Ketidaksampaian hasrat saya belajar di Fakulti Undang-Undang telah saya jadikan sebagai cabaran dan bukannya satu kekecewaan. Dengan tekad dan semangat sedemikian itu, segala cabaran kehidupan yang saya lalui di UKM kini membentuk personaliti yang dinamik pada diri saya untuk terus berusaha dan cemerlang dalam apa jua lapangan yang saya ceburi. Ilmu yang saya pelajari dan perolehi daripada pensyarah-pensyarah yang ikhlas mencurahkan ilmu tidak akan saya persia-siakan. Malahan, ilmu yang dikuasai menjadi bekal paling berguna untuk saya menerokai dan seterusnya menguasai dunia perniagaan sekarang. Terima kasih tidak terhingga saya kepada semua pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP). Ramai pensyarah yang masih saya ingat dan amat saya sanjungi terutamanya, Prof. Madya Dr. Nik Rahimah Nik Yacob yang ketika itu merupakan Ketua

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 259

07-Oct-10 9:16:57 AM

260

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Jabatan Pemasaran di FPP yang saya anggap sebagai mentor saya. Masih kuat di ingatan saya kepada Prof. Dr. Barjoyai Bardai yang mengajar saya subjek CA1111 iaitu Prinsip Asas Perniagaan. Selain itu, Prof. Madya Siti Maimun yang mengajar saya kursus Strategi Korporat yang saya amat minati dan sungguh berguna dalam saya menempuh alam perniagaan masa kini. Pesanan mereka menjadi kata-kata semangat untuk saya terus maju dan wajah-wajah mereka kini terus menjadi mentor serta penyokong kuat untuk saya terus cemerlang. UKM memberi peluang untuk saya menguji sifat serta kebolehan saya untuk memimpin. Kenangan yang amat manis bagi saya apabila UKM merangkul pingat EMAS dalam permainan catur di Kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan saya pada ketika itu adalah Presiden Kelab Catur dan juga Ketua Jurulatih Catur UKM. Saya juga sempat bersama pasukan PALAPES UKM walaupun terpaksa meninggalkan aktiviti PALAPES selepas 3 tahun. Keadaan ini berlaku kerana saya terpaksa menumpukan kepada pelajaran dalam usaha saya menamatkan pengajian lebih awal iaitu dalam masa 3 tahun sahaja dan memperbaiki PNGK bagi memperolehi ijazah Kepujian Kelas Dua Atas. Bagaimanapun, aktiviti PALAPES sebagai kursus ko-kurikulum mengajar saya erti perjuangan dan saya berjuang untuk memastikan saya berjaya di medan peperangan di bidang akademik. Saya menimba pengalaman yang banyak bagi membina jati diri saya yang kini terus berpegang kepada prinsip Fight till the last bullet dan never say give up. Pengalaman memimpin kumpulan pelajar melalui penglibatan saya di dalam persatuan dan di Majlis Perwakilan Pelajar kini memberi keyakinan diri untuk memimpin sebuah organisasi yang besar seperti Masterskill Education Group Berhad yang saya pimpin sekarang. Sesungguhnya pengalaman itu tidaklah saya sia-siakan. Semasa menjadi JAKSA di Kamsis Ibrahim Yaakob banyak mengajar saya dalam membezakan antara konsep persefahaman dengan toleransi. Ianya nyata dua perkataan yang jauh berbeza dari segi maknanya. Rakan-rakan sewaktu di kampus adalah keluarga kepada saya, tidak kira bangsa mahupun agama. Semangat gagasan 1Malaysia telah lama dipupuk sebagai cara hidup warga UKM sejak dulu lagi. Pelajar pelbagai keturunan dan agama bersama-sama belajar dan mengharungi kehidupan sebagai pelajar dalam suasana dan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 260

07-Oct-10 9:16:58 AM

Graduasi Dan Alumni

261

semangat kekeluargaan. Kami memahami antara satu sama lain dan bantu membantu sesama sendiri untuk memastikan kehidupan kami selesa dan seterusnya meninggalkan UKM dengan segulung ijazah untuk meneruskan cabaran hidup di dunia yang lebih mencabar. Kini, saya dan rakan-rakan terus akrab dan menjadi pendokong kepada semangat gagasan 1Malaysia yang telah tersemai di dalam jiwa kami semasa masih menjadi warga UKM. Semangat kekeluargaan dan kesatuan itu kini menjadi teras keharmonian dalam kalangan komuniti Masterskill Education Group Berhad yang saya pimpin sekarang. Terima kasih saya ucapkan kepada UKM atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba ilmu yang amat berharga serta mendapatkan pengalaman yang tidak ternilai sehingga menjadikan saya seorang insan yang berilmu dan berpengetahuan dan terus mengecap kejayaan demi kejayaan hasil daripada kecekalan yang dibina sewaktu bergelar pelajar.

KESIMPULAN Pengalaman-pengalaman alumni UKM yang telah dipaparkan ini memberikan sedikit sebanyak gambaran betapa sukarnya belajar di UKM di awal-awal penubuhannya dahulu. Pertamanya, bahan-bahan rujukan yang hampir 100 peratus dalam bahasa Inggeris membuatkan pelajar perlu bertungkus lumus menyiapkan nota, menyediakan tugasan-tugasan dan sebagainya sekiranya ingin memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kadangkala bahan-bahan perlu diperolehi daripada perpustakaan Universiti Malaya kerana tidak terdapat di perpustakaan UKM sendiri. Keduanya, pelajar-pelajar juga perlu menggunakan kemudahankemudahan yang agak terbatas kerana keluasan kampus yang terbatas. Ketika itu hanya ada satu dewan kuliah besar (ODT) dan dua dewan kuliah yang sederhana yang digunakan untuk kuliah-kuliah. Bilik kecil juga digunakan untuk kuliah, tutorial dan sebagainya sekiranya jumlah pelajar yang kecil. Selepas kira-kira tiga ke empat tahun penubuhan UKM, beberapa bangunan perumahan yang terletak bersebelahan dengan kampus sementara telah disewa oleh UKM bagi menempatkan beberapa buah jabatan dan fakulti. Makmal juga tidak banyak bezanya daripada makmal di sekolah menengah dengan

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 261

07-Oct-10 9:16:58 AM

262

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

kelengkapan yang sederhana. Selain itu, kelengkapan sukan juga tidaklah dapat dibanggakan kerana amat terbatas seperti padang bola, tenis, badminton dan lain-lainnya. Bagaimanapun, pelajar ketika itu mampu menunjukkan kecemerlangan yang boleh dibanggakan dalam bidang sukan. Ketiganya, pelajar ketika itu terpaksa berhadapan dengan tohmahan yang mengatakan UKM adalah universiti kelas kedua. Oleh itu, mereka yang memasuki UKM ketika itu dianggap sebagai mahasiwa yang tidak mendapat tempat di Univerisiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. Tambahan pula, majoriti pelajar yang memasuki UKM ketika itu adalah dari aliran Melayu. Tohmahan ini amat dirasai oleh pelajar dan mahasiswi ketika itu. Bagaimanapun, atas daya usaha, ketekunan dan semangat kebangsaan yang tinggi pelajar mampu mengatasi segala-galanya dengan penuh semangat dan keyakinan yang tinggi. Biarpun pelbagai kesukaran dihadapi oleh pelajar ketika itu, namun pengalaman yang dilalui dan ditimba semasa belajar di UKM memberi seribu pengalaman yang berharga yang akhirnya menjadikan alumni UKM berjaya dalam bidang-bidang yang diceburi. Oleh itu, alumni UKM bukan sahaja berjaya dalam bidang pendidikan, malahan dalam apa juga bidang yang diceburi seperti politik, keusahawanan, perbankan, pentadbiran dan sebagainya. Kebanyakan alumni bersetuju bahawa pengalaman yang amat penting yang diperolehi daripada UKM adalah kaedah belajar berkumpulan, sering berbincang dengan pensyarah dan sentiasa membuat rujukan di perpustakaan. Di samping itu, suasana pembelajaran yang baik yang disediakan oleh UKM turut menjadi sebahagian daripada punca kejayaan alumni. Keadaan ini telah menyediakan satu persekitaran yang kondusif bagi pelajar belajar secara bebas demi kejayaan masa depan. Sungguhpun bahasa pengantar di UKM adalah Bahasa Melayu, namun ia tidak menghalang pelajar mencapai kejayaan yang membanggakan. Keterbatasan bahan rujukan dalam Bahasa Melayu bukanlah menjadi halangan besar kepada pelajar tetapi terus menjadi pendorong agar pelajar berusaha dengan lebih gigih dan tekun. Oleh itu, UKM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar perlu diteruskan dan pertahankan.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 262

07-Oct-10 9:16:58 AM

Graduasi Dan Alumni

263

RUJUKAN Calvert, S.L. 1987 Alumni Continuing Education. London: Collier Macmillan Publishers Editor [2009]. Prol 1: Prof. Dr. Aziz bin Deraman. Senadi, Bil. 1. 14 15 Koh Aik Khoon. 2009. Unforgettable chaaracters among our 1970 science cohort. Senadi, Bil. 2. 6 7. Pertubuhan Alumni UKM. 2005. UKM: Pengiktirafan Kecemerlangan. UKM A Tribute to Excellence. Kuala Lumpur. Tastax Raya Press Sdn. Bhd. Pertubuhan Alumni UKM 2007. UKM: Pengiktirafan Kecemerlangan II.Bandar Baru Bangi. Fairpark Corporation Sdn. Bhd.

mengilhamkan harapan mencipta masa depan.indd 263

07-Oct-10 9:16:58 AM

You might also like