You are on page 1of 5

KAJIAN TEMPATAN

B L O G I N I A K A N M E M PA M E R K A N S E G A L A A K T I V I T I
P E M B E L A J A R A N M U R I D YA N G B E R A S A S K A N P R O J E K .

T E M A : M E N G E N A L N E G A R A K I TA
Tema ini membincangkan lokasi Malaysia di Asia Tenggara, Benua Asia dan
di dunia. Malaysia terletak di Garisan Khatulistiwa beriklim panas dan
lembab sepanjang tahun. Murid juga didedahkan dengan kawasan zon
iklim dunia bagi melengkapkan pengetahuan mereka tentang iklim dunia.
Dari aspek fizikal, negara kita mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang
mempunyai kepentingan tertentu. Di samping itu, murid juga dapat
mengetahui tentang tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar serta
habitatnya.

T E M A : S E J A R A H N E G A R A K I TA
Tema ini membincangkan sejarah negara kita bermula dengan sejarah
pengasasan Kesultanan Melayu Melaka dan kegemilangannya sehinggalah
kedatangan kuasa luar. Disamping itu, tema ini turut menjelaskan sejarah
awal Sabah dan Sarawak. Dalam tema ini, kita akan mengetahui tentang
zaman penjajahan yang merangkumi kedatangan kuasa luar dan
penentangan penduduk tempatan terhadap penjajah.

T H U R S D A Y, M AY 8 , 2 0 0 8

PROJEK KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5

Kajian Tempatan
Tahun : 5
Tema : Sejarah Negara Kita
Topik : Kesultanan Melayu Melaka
___________________________
PERANCANGAN UNIT
Dalam rancangan ini murid akan memainkan peranan sebagai pengkaji
sejarah yang bertugas untuk mengkaji Sejarah Kesultanan Melayu Melaka.
Kumpulan pengkaji sejarah ini akan dibahagikan kepada beberapa
kumpulan yang memainkan peranan utama yang berlainan. Yang penting
penyelidikan yang dibuat oleh kumpulan pengkaji sejarah ini adalah untuk
menyedarkan kepada orang ramai tentang peranan masyarakat dahulu
menubuhkan kerajaan. Antara peranan kumpulan pengkaji sejarah ini ialah
mencari maklumat tentang latar belakang Parameswara dan memahami
bagaimana Melaka mendapat nama. Disamping itu juga, kumpulan pengkaji
sejarah turut mencatat rekod zaman kegemilangan Melaka seperti
pentadbiran, perdagangan, penyebaran Agama Islam dan perbandingan
pentadbiran Melaka dengan pentadbiran masa kini. Pengkaji sejarah juga
perlu melakar peta-peta tertentu berdasarkan bidang kajian yang dilakukan
supaya pengkajian tersebut lebih bersistematik. Sebagai langkah yang
lebih baik para pengkaji ini cuba memasukkan elemen multimedia dalam
hasil kajian mereka seperti rakaman video dan audio untuk menceritakan
kembali perihal pengasas Kesultanan Melayu Melaka dan bagaimana
Melaka mendapat nama. Maklumat-maklumat yang lain akan dibuat dalam
bentuk persembahan power point dan templet di mana diakhir kajian ini
segala hasil kerja akan dipaparkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru
sempena Hari Kokurikulum peringkat sekolah.

A) Pengasasan Melaka
Subtopik 1 : Latar Belakang Parameswara

1. Murid dapat menceritakan kembali latar belakang Parameswara sebagai


pengasas Melaka.
2. Menjelaskan sebab Parameswara melarikan diri dari Palembang.
3. Menyatakan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.

Subtopik 2 : Melaka Mendapat Nama

1. Menceritakan peristiwa pembukaan Melaka


2. Menjelaskan sebab yang mendorong Parameswara mengasas Melaka

B) Kegemilangan Melaka
Subtopik 1 : Pentadbiran Yang Sistematik.

1. Murid dapat menyatakan gelaran jawatan Pembesar Berempat.


2. Menyatakan peranan Sultan dan Pembesar Berempat.

Subtopik 2 : Tokoh-Tokoh Kesultanan Melayu Melaka.

1. Murid dapat menyenaraikan tokoh-tokoh dan sumbangan pada zaman


Kesultanan Melayu
Melaka.
Subtopik 3 : Perbandingan Pentadbiran Melaka dengan Pentadbiran Masa
Kini.
1. Murid dapat membandingkan dan membezakan struktur pentadbiran
Kesultanan Melayu
Melaka dan struktur pentadbiran negara Malaysia kini.

Subtopik 4 : Melaka Sebagai Pusat Perdagangan.


1. Murid dapat menerangkan Melaka sebagai pusat perdagangan.
2. Murid dapat menceritakan aktiviti-aktiviti perniagaan di Melaka.

Subtopik 5 : Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam.

1. Murid dapat menyatakan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dan


pusat perdagangan.

Subtopik 6 : Melaka Sebagai Pusat Kegiatan Ilmu


1. Murid dapat menyatakan peranan istana sebagai pusat kegiatan ilmu
2. Menyenaraikan aktiviti keilmuan yang dijalankan di istana.
3. Menyatakan golongan yang mendapat faedah daripada kegiatan ilmu di
istana

C) Perluasan Kuasa
Subtopik 1 : Cara Perluasan Kerajaan Melaka

1. Murid dapat menyatakan cara-cara perluasan kuasa.


2. Murid menyenaraikan negeri jajahan takluk.
3. Menyatakan secara ringkas sebab-sebab perluasan kuasa.

Subtopik 2 : Kebijaksanaan Pemimpin

1. Murid dapat menyatakan peranan pemimpin dalam perluasan tanah


jajahan.

D) Kedatangan Kuasa Luar


Subtopik 1 : Tujuan Kedatangan

1. Murid dapat menamakan kuasa-kuasa luar yang datang ke Melaka.


2. Menerangkan latar belakang kuasa luar
3. Menyatakan cara kedatangan kuasa luar ke Melaka.

E) Kemerosotan Kesultanan Melayu Melaka


Subtopik 1 : Faktor Kemerosotan Kesultanan Melayu Melaka
P O S T E D B Y S K . K E RU N A I AT 1 0 : 2 0 A M 0 C O M M E N T S

Subscribe to: Posts (Atom)

SEARCH MAP
Spots
list
nÂ&d...

RAHSIA MINDA
1. Penerangan Yang Jelas. Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak
cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa
yang patut mereka lakukan. Guru sepatutnya memberikan sedikit masa
untuk menjelaskan perkara berikut:
a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting ?
b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan ?
c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.

BLOG ARCHIVE

• May (1)

You might also like