Friday, August 15, 2008

KBSM SEJARAH Untuk Tingkatan 3 (PMR)
Format Kertas Penilaian Menengah Rendah (PMR) Sejarah 1. Kertas Penilaian Menengah Rendah Sejarah mengandungi 60 soalan objektif. 2. Soalan objektif dikemukakan dalam dua format, iaitu bentuk aneka pilihan dan bentuk aneka pelengkap. (Lihat jadual di bawah) 3. Setiap soalan mempunyai empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. 4. Anda diberikan 1 jam 15 minit untuk menjawab semua soalan. Kunci Mencapai Kecemerlangan Dalam Sejarah PMR 1. Calon-calon mesti membaca setiap soalan dengan teliti. Jangan terburu-buru untuk menjawab kerana berdasarkan satu fakta, berbagai jenis soalan mungkin dikemukakan. Calon mesti memahami apa kedendak soalan tersebut. 2. Salah satu daripada punca kelemahan calon dalam mata pelajaran sejarah ialah malas membaca. Calon lebih cenderung meneka soalan mana yang akan keluar dalam peperiksaan. Tanamkan sikap suka membaca kerana ini bukan sahaja penting dalam mata pelajaran sejarah tetapi berguna untuk diri sendiri. 3. Sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan, calon hendaklah membuat ulang kaji berdasarkan skop yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran. 4. Calon juga hendaklah rajin menjawab soalan latihan. Latih tubi seperti ini dapat membimbing dan melatih calon berfikir.

Tuesday, May 26, 2009
MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG

INGAT, HAFAZ DAN PRAKTIKKAN

1. Kejayaan saya di masa depan, ditentukan oleh tindakan saya sekarang , bukan prestasi saya masa lalu. 2. Kecemerlangan dan kesederhanaan atau kegagalan adalah pilihan saya. Ya, saya sendiri bukannya orang lain. 3. Saya boleh pilih untuk memalaskan diri atau merajinkan diri. Semuanya terletak ke atas saya.

4. Ibu bapa, guru dan kawan-kawan hanya boleh membantu, tetapi saya yang kena berusaha bersungguh-sungguh. 5. Sama ada saya mahu membuka pintu kecemerlangan seluasluasnya atau tidak, terletak ke atas diri saya sendiri. 6. Ramai pelajar gagal bukan sebab bodoh tapi sebab melakukan kerja bodoh. 7. Pilih kawan yang membantu bukan yang membantutkan anda. 8. Pelajar cemerlang mencari jalan, pelajar gagal mencari alasan. 9. Selagi aku berusaha, selagi itulah aku berpeluang untuk berjaya. 10. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Lagi banyak saya berkorban, maka lagi baiklah peluang saya untuk berjaya. 11. Biarlah sakit untuk mendisiplinkan diri daripada sakit menyesal. 12. Pelajar cemerlang ± Faham sepenuhnya Pelajar sederhana ± Faham sebahagian sahaja Pelajar lemah ± Banyak yang tak difahami 13. Perbezaan utama di antara pelajar cemerlang, sederhana dan lemah ialah DARJAH KEFAHAMAN sesuatu tajuk atau subjek yang dipelajari. 14. Rahsia kejayaan pelajar di sekolah: FAHAM APA YANG DIAJAR DI KELAS DAN APA YANG DIPELAJARI DI RUMAH. 15. Tidak ada pelajar BODOH, yang ada hanyalah pelajar yang FAHAM atau TAK FAHAM. Yang FAHAM pula, ada yang CEPAT FAHAM, ada yang LAMBAT FAHAM. 16. Lebih baik tidur awal dan lebih baik tidur di rumah, daripada tidur dalam kelas.

Maksud Hadith ³ Empat perkara yang aku takut berlaku ke atas ummatku´. Selagi kita dapat membayangkan bahawa kita boleh melakukan sesuatu. 20. 26. 21. kita mampu melakukannya selagi kita mempercayainya 100%. Minda adalah batasannya. Berikan tumpuan dan konsentrasi. KEPERCAYAAN ± Sesuatu perkara yang diterima sebagai benar. Ia mungkin benar. 22.JANGAN TIDUR DI DALAM KELAS. 18. ia mungkin karut ! Ia menjadi benar jika kita mempercayainya. I CAN DO IT) ± Meyakini bahawa tindakan yang akan diambil berupaya membuahkan hasil seperti yang diingini. Salah satu sebab pelajar gagal ± MEREKA SENDIRI TAK BERI PELUANG KEPADA DIRI MEREKA UNTUK BERJAYA. Saya mesti percaya bahawa saya akan berjaya jika saya mahu berjaya. 24.17.WALAUPUN SEBENARNYA IA PERKARA KARUT. SIKAP POSITIF (YES. TIDAK YAKIN AKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA DIRI SENDIRI. Pertama ± kuat makan Kedua ± Banyak tidur . Tukarkan IMPOSSIBLE atau I¶M POSSIBLE. Pelajar yang malas belajar bukan jadi malas sebab mereka sememangnya suka jadi malas. Salah satu punca ialah MEREKA TIDAK MEMPERCAYAI KEBOLEHAN ATAU KEMAMPUAN DIRI SENDIRI. SIKAP NEGATIF ( NO. 25. Kenapa ± MEREKA TIDAK PERCAYA. I CAN¶T DO IT) ± Meyakini bahawa tindakan yang diambil berkemungkinan tidak akan membuahkan hasil seperti yang diingini. 19. 23.

html Nak Baca Lagi. 2009 Tips-tips Mengulangkaji Sejarah PMR Setiap pelajar sudah tentu mempunyai strategi dan yang tersendiri untuk mengulangkaji pelajaran. kod .. format soalan.com/2007/07/siri-motivasi-3motivasi-pelajar. Biasanya strategi seseorang pelajar tidak serupa dengan strategi pelajar yang lain. pengalaman calon menduduki ujian atau peperiksaan yang lalu dan sebagainya. Teknik atau strategi yang terbaik ialah yang selesa. semula jadi dan anda fikir berkesan dengan cara anda! Oleh itu para pelajar hanya perlu membina strategi mengulangkaji pelajaran Sejarah berdasarkan kepada faktor-faktor tersebut. sesuai.. Berikut adalah beberapa panduan atau teknik mengulangkaji mata pelajaran Sejarah bagi membantu para calon PMR 2009 membuat persediaan rapi.(Usah bercakap banyak.blogspot. Posted by Cikgu Adie's at 10:22 PM 1 comments Labels: Tips Belajar Sejarah . DO IT. y Mengetahui topik-topik penting Calon perlu mengetahui beberapa maklumat penting mengenai topik-topik pelajaran Sejarah Tingkatan Satu.Ketiga ± Malas Keempat ± Lemah Keyakinan 27. Ia bergantung kepada keupayaan individu. Calon perlu mengetahui ciri-ciri utama soalan kertas Sejarah PMR termasuklah masa ujian. bertindak sekarang) Sumber Rujukan: http://disertasi. Tingkatan Dua dan Tingkatan Tiga semasa membuat ulangkaji. persekitaran.Skor A Wednesday. March 4. bilangan soalan. Don¶t just talk.

Beri keutamaan kepada topik-topik penting yang menjadi minat anda dahulu. Jangan panik atau gementar jika calon belum mengulangkaji keseluruhan topik tersebut sepenuhnya. soalan Sejarah PMR dan KBSM tidak begitu membebankan pelajar dengan begitu banyak tarikh yang perlu diingat atau dihafal. Memadailah dengan mengingat atau menghafal tarikh penting atau kurun itu sahaja. dan yang kemudian dikemudiankan. y Pertarikhan dalam mata pelajaran Sejarah Peristiwa dan fakta Sejarah memang tidak boleh dipisahkan dengan tarikh. y Mengulangkaji secara sistematik dan kronologi Peristiwa dan fakta sejarah biasanya disusun mengikut kronologi. Perlu diingat. Calon akan mengulangkaji dengan cekap dan seimbang bagi setiap topik untuk memperoleh hasil yang maksimum. Anda juga boleh membuat ulangkaji dan tumpuan yang lebih kepada topik-topik yang agak sukar dan mencabar dan mengurangkan penekanan kepada topik yang anda fikir lebih mudah dikuasai. Calon-calon perlu mengulangkaji tajuk-tajuk yang mempunyai fakta dan peristiwa yang terlalu padat mengikut susunan iaitu yang dahulu didahulukan. Lihat jadual yang disertakan di bawah ini sebagai panduan. Buat ulangkaji dengan penuh minat dan ketekunan kerana minat dan ketekunan akan menyebabkan pembelajaran anda akan lebih tersusun! Dengan cara ini anda akan mengulangkaji topik-topik yang lebih sukar dan mencabar tanpa rasa bosan atau terpaksa.kertas. Jika tarikh . Ini untuk mengelakkan kekeliruan bagi mengingat fakta dan peristiwa penting. Kemudian diikuti dengan topik-topik yang lain. Selalunya topik-topik penting akan diberi tumpuan semasa membuat ulangkaji. topik-topik penting yang kerap dikemukakan dalam peperiksaan dan sebagainya.

faktor-faktor yang menyebabkan termeterainya sesuati perjanjian. Dato' Onn bin Jaafar. y Mengkaji perjanjian penting Terdapat banyak perjanjian penting yang memberi kesan kepada perkembangan sejarah politik. pertengahan atau akhir kurun tersebut. Setiap satu perjanjian mempunyai sebab mengapa ia dimetrikan. Fokuskan kejayaan utama dan sumbangan mereka kepada negara. Walau bagaimanapun bacalah juga butirbutir peribadi mereka. Malah lebih hebat lagi ia memberi implikasi yang bukan sedikit kepada negara kita. pendidikan. y Bersedia dengan soalan berbentuk stimulus . Cuba fahami setiap perjanjian-perjanjian penting. Antaranya ialah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 atau Perjanjian London 1824. ekonomi dan sosial negara kita. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. cuba ingati peristiwa penting pada awal. Contoh perjanjian-perjanjian yang popular dan sering dikemukakan dalam peperiksaan PMR ialah: o o o o o o Perjanjian Inggeris . Tun Abdul Razak bin Hussein. Ibrahim Yaakob. isi-isi perjanjian dan kesan selepas perjanjian tersebut ditandatangani. Dr Burhanuddin Al Helmi. y Sumbangan tokoh-tokoh penting tanah air Cuba ulang kaji juga mengenai biografi tokoh-tokoh penting negara seperti Maharaja Abu Bakar.Belanda 1824 Perjanjian Burney 1826 Perjanjian Pangkor 1874 Perjanjian Persekutuan 1896 Perjanjian Bangkok 1909 Perjanjian Persekutuan 1966 dan lain-lain. latar belakang dan gambar foto mereka yang terdapat di dalam buku teks untuk memudahkan pelajar mengecam wajah tokoh-tokoh tersebut. Setiap perjanjian juga mempunyai syarat-syarat atau isi yang berbeza dengan perjanjian yang lain. Ishak Haji Muhammad dan sebagainya.itu kurang penting.

membaca sambil mencatat nota Cara pertama memakan masa lebih-lebih lagi kalau buku rujukan terlalu tebal dan pelajar mungkin mengalami kesusahan untuk menghabiskannya. lebih yakin. senarai dan sebagainya. gambar foto. Oleh itu pelajar perlu bersedia sejak awal lagi. y Membuat nota Pelajaran Sejarah tidak pernah membebankan pelajar dengan sesuatu yang terlalu mencabar hingga susah dicapai oleh kebanyakan pelajar. situasi. Pelajar yang asyik membaca tetapi masih kabur dan tidak memahami topik yang dibaca perlu mengambil langkah berikut: . Mengetahui . lebih bersemangat dan meramal bentuk atau format soalan akan datang. pelajar memahami sesuatu peristiwa sejarah itu sendiri. maklumat peristiwa. petikan.Para pelajar diminta membiasakan diri dengan soalan berbentuk peta. carta. Apa yang penting. y Ulang kaji soalan lalu Calon PMR yang gemar menjawab soalan-soalan PMR Sejarah yang lalu akan lebih bersedia. pernyataan. dialog. Pelajar yang telah membiasakan diri dengan bentuk soalan seperti ini semasa membuat ulangkaji akan lebih menguasai sesuatu tajuk dengan cepat dan cekap. Cara ini menjimatkan masa dan tenaga kerana pelajar yang kurang memahami sesuatu maklumat penting akan membaca teks asal semasa mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan. gambarajah. puisi. ilustrasi. graf. perbilangan jadual.menggariskan fakta yang dianggap penting . Teknik kedua juga lebih berkesan asalkan pelajar tidak terlalu cenderung untuk menggaris sehingga semua perkataan di dalam teks turut digaris! Cara ketiga paling berkesan kerana nota yang dibuat adalah ringkas dan dianggap penting.membaca teks buku rujukan .

Apa yang penting ialah para pelajar harus mencuba dan terus mencuba latihan yang dibuat sendiri tanpa . Dengan cara inilah calon dapat membaiki kelemahan dan membaiki kelemahan tersebut semasa membuat ulangkaji. Ini diakui ramai guru-guru Sejarah kerana Lembaga Peperiksaan sendiri sering mengeluarkan laporan analisis jawapan caloncalon PMR beberapa tahun lalu pada setiap tahun. Lebih baik meneka daripada tidak menjawab langsung! y Membuat latihan sendiri Selalulah mencuba membuat latihan sendiri di rumah semasa membuat ulangkaji untuk menilai kelemahan diri sendiri di samping membuat latihan atau ujian yang diberikan oleh guru Sejarah anda di kelas. Jika soalan ramalan yang anda jawab itu keluar. y Meneka jawapan dalam peperiksaan Boleh. Daripada analisis laporan tersebut para guru boleh mengetahui kelemahan yang dilakukan oleh setiap calon tahun lepas. Ia memberi gambaran bagaimana sesuatu soalan dikemukakan. anggaplah ia kebetulan atau sebagai bonus sahaja. bilangannya. Jadi jangan terlalu percaya kepada soalan ramalan hingga tidak mahu mengulangkaji pelajaran. Soalan ramalan digunakan untuk membuat latihan dan menguji keupayaan calon sahaja. taburannya dan kekerapan setiap topik disoal.contoh-contoh soalan tahun lepas sangat berguna kepada calon. Ini disebabkan soalan ramalan memang diragui ketepatannya. Bagaimanapun anda harus meneka secara bijak iaitu dengan membuat pilihan yang anda pasti betul dan membuang pilihan yang sudah pasti salah. y Soalan ramalan Guna soalan ramalan bukan untuk meneka atau meramal soalan yang akan keluar. Kemudian pilih jawapan yang paling tepat sehaja daripada pilihan jawapan yang tinggal. jika calon tidak pernah menduga atau calon benar-benar tidak tahu soalan dan mengganggu jawapan yang dikemukakan.

y Minat terhadap mata pelajaran Sejarah Minat merupakan pendorong kuat yang dapat menggalakkan ke arah kejayaan bagi merangsang calon untuk terus belajar. mata pelajaran Sejarah amat penting untuk membolehkan anda mencapai citacita tersebut. Kebiasaan menjawab sesuatu latihan akan menjadikan seseorang pelajar menjadi mahir dalam topik yang disoal atau dikemukakan. Antaranya anda perlu mengingati nama-nama tokoh (negarawan) sebagaimana anda mengingati nama-nama jaguh sukan negara. Ingat. Anda juga boleh memgembangkan aspek-aspek yang digemari atau disukai dalam kehidupan pelajar dengan mata pelajaran Sejarah. Seterusnya. Sebenarnya. ada beberapa cara yang boleh membantu calon meminati pelajaran Sejarah. mengunjungi pameran bercorak sejarah dan membuat . y Habiskan ulang kaji sebelum bulan Ogos Anda mesti menghabiskan ulangkaji topik-topik penting mata pelajaran Sejarah sebelum atau pada bulan Ogos untuk memudahkan anda membuat latihan pelajaran lain juga. calon perlu mengasah kemahiran sendiri dengan menjawab soalan peperiksaan yang banyak demi kejayaan dan kecemerlangan pencapaian semua mata pelajaran yang diambil dengan seimbang. Ia bukan sahaja memudahkan pelajar mengingat sesuatu fakta sejarah bahkan sentiasa berusaha untuk menjawab soalan yang lebih mencabar. Jadi. pelajar harus mengisi masa yang terluang untuk membuat ulangkaji.perasaan jemu atau terpaksa! Akhirnya. Jika pelajar mengamalkannya maka pelajar kurang menghadapi masalah dalam pelajaran tersebut. untuk memperkembangkan minat terhadap pelajaran Sejarah. anda perlu meluangkan masa menonton filem-filem sejarah. Pelajaran lain juga perlu masa belajar yang seimbang. Calon bukan berhadapan dengan kertas mata pelajaran Sejarah sahaja. ia akan menjadi satu kebiasaan belajar yang berkesan. Sekiranya anda ingin menjadi seorang peguam.

Skor A . Posted by Cikgu Adie's at 7:57 PM 0 comments Labels: Tips Belajar Sejarah .perkaitan pendidikan Sejarah dengan kehidupan pelajar. kegemaran dan kemajuan saling dipadankan dengan cita-cita akan membantu kecemerlangan. anda dapat membayangkan fakta sejarah agama Islam adalah agama rasmi negara kita. Contohnya bila anda melihat Masjid Negara.. Minat boleh dibina dengan mencari serta memperkembangkan aspek yang digemari atau disukai.tm.. Minat. Minat membantu anda memaksa diri untuk berjaya ! Dipetik dari: http://www. Begitu juga dengan melihat gambar bangunan Parlimen. Ingat! y y y y Sesuatu subjek yang diminati lebih mudah diingati. Dengan melawat Tugu Negara anda pernah mempelajari pahlawan kita yang terkorban kerana melawan komunis semasa darurat dan sebagainya.net. anda boleh membuat interpretasi negara kita mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen.my/edu/tmsol/pmr/sejarah/sejarah140.htm Semoga Berjaya !!! Nak Baca Lagi.

Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No. Masa rehat selepas makan malam (baca rencana akhbar) 20. Masa menonton tv (melukis rajah/peta/tulis formula Nak Baca Lagi.. Masa berada dalam bas (baca kad nota) 18. Masa terbangun di tengah malam (belajar seperti No.. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku) 15. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa) 5. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat) 11. Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat) 14. Posted by Cikgu Adie's at 11:35 PM 1 comments Labels: Tips Belajar Sejarah . Masa sarapan pagi (baca selembar dua suratkhabar) 8.. Masa berjalan pulang (tanya diri pasal sifir) 17.Skor A Friday. Masa sebelum tidur. Masa bercermin (lekatkan nota penting dekat cermin) 7.masa berbaring sebelum tidur (menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam) 2. Masa sampai awal pagi ke sekolah (ulangkaji harian/cepat) 13. 2008 . Masa berjalan ke sekolah (tanya diri pasal sifir/formula) 12.1) 3.4) 6. August 15. Masa sebelum pulang (lewatkan pulang buat kerja rumah) 16. Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota atau bayangkan) 10. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah) 19.Tips Pelajar Cemerlang 1. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri-sifir dan formula) 9. Masa bangun tidur subuh/pagi (bayangkan pelajaran semalam) 4.

Ulangi kajian ini dari masa ke semasa kerana tajuk-tajuk itu sangat bermakna dalam peperiksaanc) baca tajuk-tajuk kecil dan rumusan dalam bab itu Calon PMR dapat memahami buku ini ditulis mengikut Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah SMR. peta konsep. Kaedah yang digunakan ialah kaedah SQ3R : Tinjau. tujuan buku ditulis dan calon tahu persediaan yang diperlukan untuk mengulangkaji buku inib) calon kemudian mengkahi jadual isi kandungan buku teks ini secara kasar. aplikasi ICT dalam pendidikan dan teknik µbelajar cara belajar¶ bagi membantu calon PMR menguasai kandungan buku teks). Di samping itu guru perlu memahami ilmu Bantu dalam Sejarah seperti Kemahiran Pemikiran Sejarah. Struktur buku teks yang dibahagikan kepada (pengenalan. Tinjau Prinsip pertama tinjau adalah langkah untuk calon mendapat gambaran keseluruhan apa yang hendak dikaji dengan terperinci. Susunan bab dan tajuk mengikut tema 5 dan 6. Panggil Kembali dan Lihat Semula. Objektif terpilih bagi setiap bab (bagi membolehkan guru menggunakan buku teks secara maksimum) 1. Pustaka Ilmu. Tanya. Tinjauan buku boleh dibuat dengan cara: a) membaca mukadimah (preface) buku teks. takrif kata. uji minda dan ujian dan penilaian) 1.2. Tema 5 : Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan Tanah Air Tema 6 : Pembentukan Persekutuan MalaysiaTema 5 dan 6 ini pula dibahagikan kepada 7 bab iaitu: Bab 1 : Pendudukan Jepun di Tanah Melayu Bab 2 : Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu Bab 3 : Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat Bab 4 : Kerjasama Antara kaum Ke Arah Kemerdekaan Bab 5 : Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 . klik net. teks teras. Tanya. Baca. Dengan membaca µpreface¶ atau pengenalan calon akan tahu susunan buku. pembahagian bab.3. Guru dan calon PMR perlu memahami tiga perkara berikut sebelum membuat pembacaan dan mengulangkaji pelajaran iaitu: 1. Tingkatan III. Bagi membantu calon PMR menggunakan buku teks ini pula. Kaedah SQ3R : Tinjau. objektif pembelajaran bab.Strategi Belajar Sejarah Menggunakan Buku Teks STRATEGI BELAJAR SEJARAH MENGGUNAKAN BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 3 Membaca untuk memahami dan mengingati isi kandungan dan fakta buku teks Sejarah Tingkatan III merupakan cabaran utama kepada guru dan calon PMR. penulis berusaha menghidangkan kaedah yang sudah dikaji dan diuji berkesan kepada calon. Panggil Kembali dan Lihat Semula. Baca. Strategi penggunaan buku teks Tingkatan III (guru sewajarnya menggunakan Buku Panduan Guru yang disediakan agar pengajaran lebih berkesan.1. grafik.

calon mesti memanggil kembali secara lisan ataupun menulis fakta di atas kertas. Ini termasuklah graf. illustrasi dan sebagainya. Membaca Apabila membaca. Panggil Kembali Semasa membaca teks tersebut. Ramai calon lebih mengingati jawapan daripada apa yang mereka tanya daripada apa yang mereka pelajari. apa bila dan mana memberi jawapan kepada fakta sejarah. baca semuanya. Pertanyaan begini mesti dibiasakan semasa membaca. foto. logo. rajah. TanyaKebanyakan perkara yang paling diingati dalam dunia ini ialah jawapan daripada pertanyaan. jadual. carta. Lihat Semula . Tujuannya ia memberitahu calon apa yang dia belum ingat dan fakta yang sudah diingat. gambar. jadual. Secara amnya soalan yang perlu dikemukakan oleh calon ialah: Apa ? = Peristiwa Sejarah Siapa ? = Tokoh dalam Sejarah Bila ? = Pertarikhan dalam Sejarah Di mana ? = Lokasi atau tempat kejadian Mengapa ? = Peyebaban dalam Sejarah Bagaimana ? = Kronologi dalam Sejarah Jawapan kepada siapa. carta masa. Soalan menyebabkan calon berfikir. peta dan statistik untuk menjelaskan kandungan Klik Net ± ICT merujuk laman web yang memberi penerangan lanjut kepada guru dan murid untuk melayarinya secara penerokaan Uji Minda ± membantu guru dan murid mengingati fakta asas sebelum berpindah bab Ujian dan Penilaian ± membantu menilai sejauhmana guru dan murid memahami kandungan keseluruhan bab itu.Bab 6 : Perubahan Pentadbiran ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sarawak dan Sabah Bab 7: Malaysia yang Berdaulat Peta Konsep ± merupakan intipati bagi setiap bab bagi memberikan gambaran yang menyeluruh Teks Teras ± setiap bab mempunyai topik dan subtopik yang mengandungi huraian bagi tajuk bab itu Pustaka Ilmu ± murid dan guru boleh merujuk maklumat tambahan untuk menambah ilmu pengetahuan Takrif Kata ± menjelaskan sesuatu konsep atau istilah yang kurang difahami oleh calonGrafik ± terdapat gambar. Semua calon mesti berusaha untuk memahaminya semasa proses membaca.

Membaca dan menghafal fakta sahaja tidak mencukupi untuk menguasai kemahiran Sejarah. puisi. (hlm : 104). µBaju Hijau¶.Lihat semula ialah proses untuk mengetahui dan mengesahkan apa yang calon telah baca dan memahaminya. maka calon sukar memahami isi kandungan keseluruhan bab itu. µkegiatan PKM¶ (hlm : 88). (hlm : 95). µPertemuan Baling¶. µGerakan Kelaparan¶. dan µCommunity Liaison Committee¶ (CLC) . serantau dan antarabangsa 7 Ikhtibar / nilai murni peristiwa sejarah Buku Teks Sejarah Tingkatan III memberi penekanan kepada aspek pengetahuan sejarah. µPerintah Berkurung¶ (hlm : 100). Calon lebih menguasai isi kandungan buku teks jika lebih berusaha mengenalpasti istilah atau konsep yang digunakan di dalam buku teks. µKawasan Putih¶. Rujuk takrif kata yang disediakan. peribahasa. gambar rajah. Makna dan Istilah Calon PMR perlu memahami konsep dan istilah penting dalam pelajaran Sejarah. µMin Yuen¶. Calon PMR perlu rajin membaca buku teks dan mengulangkaji soalan kandungan buku teks berdasarkan aspek-aspek berikut: Fokus Kandungan Buku Teks Dalam Setiap Bab 1 Konsep / istilah sejarah 2 Sebab / faktor peristiwa sejarah / tujuan3 Kesan peristiwa sejarah 3 Kronologi / urutan peristiwa 4 Tokoh dalam sejarah 5 Perjanjian penting dalam sejarah 6 Organisasi / pertubuhan/ parti politik /institusi/tempatan. Calon PMR perlu mengetahui jenis dan stail soalan yang sering dikemukakan dalam peperiksaan. Jika calon tidak memahami istilah yang digunakan pengarang. Calon perlu membiasakan diri dengan kehendak soalan dalam kertas Sejarah PMR. Bagi menguji kemahiran calon menggunakan fakta sejarah. Calon perlu membaca dengan pantas dan pastikan tidak ada bahan yang tertinggal dari bacaan. senarai. Calon PMR perlu memahami sesuatu makna atau maksud . Misalnya sesuatu istilah atau konsep itu dicetak secara bold atau dicondongkan. (hlm : 94). Calon PMR perlu memahami sesuatu idea sejarah dan berusaha untuk menguasainya. Konsep terbentuk daripada perkataan atau idea yang perlu dijelaskan dengan contoh yang sesuai. µimperialis¶ (hlm : 87). Terdapat pelbagai cara untuk mengetahui istilah sejarah dalam buku ini. µPerang Saraf¶ (hlm : 98). ( 1 ) Mengenalpasti Definisi. µHome Guard¶. µkader¶. peta. Teknik Mengenalpasti Kandungan Buku Teks Berdasarkan Kehendak Soalan PMR Dalam rencana ini calon PMR diberi pendedahan tentang fokus soalan sejarah PMR. jadual. Contohnya takrif kata µfeudal¶. kemahiran sejarah dan nilai dalam sejarah. rajah. µKampung Baru¶. µKawasan Hitam¶. µSpecial Constable¶ (hlm : 93). petikan. pernyataan. maklumat dan sebagainya turut disertakan. µRancangan Briggs¶. Sejarah mengandungi banyak idea dan konsep yang perlu dikuasai. Konsep amat penting untuk membantu calon PMR menggambarkan peristiwa sejarah. Pengetahuan sejarah amat penting untuk menjawab soalan sejarah.

kesan dan implikasi sesuatu peristiwa Sejarah. faktor. ( 2 ) Mengenalpasti Sumbangan atau Peranan Tokoh Calon PMR perlu mengulangkaji biografi tokoh penting tanahair. Contohnya sebab pengisytiharan darurat dan kesannya. PETA. MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) Force 136 (MPAJA). Calon perlu mengenalpasti semua faktor tersebut. Buat pengelompokan. Sejarah merujuk kepada tanggapan umum seperti sebab yang mendorong penyebaran agama Islam dalam Kerajaan Melayu Melaka dan kesannya. Misalnya Sir Harold Briggs. Malayan Races Liberation Army (MRLA). Soalan tokoh berfokus kepada kejayaan dan sumbangan utama tokoh kepada negara kita. Tunku Abdul Rahman. Malayan Chinese Association (MCA). Ibrahim Yaacob. Ini kerana manusia merupakan isu utama dalam pergolakan Sejarah. pengelasan dan penzamanan setiap tokoh. Calon perlu memilih sesuatu tajuk pelajaran Sejarah seperti sebab. Ishak Haji Muhammad dan lain-lain. Baca serba sedikit butir penting latar belakang. UMNO dan sebagainya. Sir Henry Gurney. Pemetaan konsep memberi gambaran menyeluruh dan menunjukkan pertalian antara satu fakta dengan fakta yang lain. Sir Gerald Templer. AWAS. Ahmad Boestamam. Sir Edward Gent. Kajian tokoh sangat penting untuk menghargai perjuangan dan pengorbanan mereka pada masa lampau. Terdapat banyak soalan mengenai tokoh sejarah yang dikemukakan dalam Kertas Sejarah PMR. Jika seseorang tokoh mempunyai terlalu banyak sumbangan. ( 4 ) Mengenalpasti Pertubuhan Politik dan Bukan Politik Terdapat soalan mengenai organisasi setempat seperti Parti Komunis Malaya (PKM). lihat sumbangannya yang paling besar kepada negara kita. pendidikan dan teliti gambar foto atau illustrasi mereka (jika ada) untuk memudahkan kita membuat pengecaman. PKMM. Oleh sebab itu calon PMR perlu didedahkan dengan maklumat tokoh penting yang menceritakan tentang kepimpinan dan ketokohan mereka yang ditonjolkan dalam pelajaran Sejarah. sebab . Pentafsiran yang tidak tepat terhadap fakta atau pemahaman yang terpesong terhadap sesuatu konsep sejarah menyebabkan calon memilih pilihan jawapan yang tidak tepat. Calon perlu memahami latar belakang penubuhan. Dato¶ Onn bin Jaafar. Dr Burhanuddin alHelmy. Satu cara yang mudah untuk memahami aspek ini ialah melalui peta konsep.perkataan tertentu untuk memahami sesuatu konsep Sejarah. Lihat persamaan dan perbezaan corak perjuangan mereka pada setiap zaman. sebab pembentukan Persekutuan 1896 dan kesannya. Kajian tentang tokoh amat penting dalam Sejarah. ( 3 ) Mengenalpasti Penyebaban atau Kesan Peristiwa Sejarah Sejarah tidak boleh dipisahkan dengan sebab (penyebaban) dan akibat (kesan) sesuatu peristiwa. Fakta Sejarah mempunyai kaitan dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat yang membantu menghuraikan sesuatu konsep. PERAM. Tun Abdul Razak bin Hussein.

Jika tarikh sukar diingati. Nilai politik. pertengahan atau di akhir sesuatu kurun. Apabila seseorang calon mengulangkaji sesuatu perjanjian. Nilai Murni dan Ikhtibar Dalam Sejarah Mata pelajaran Sejarah penting untuk memupuk nilai bagi membentuk warga negara yang bertanggungjawab. Soalan ini menggalakkan calon PMR berfikir dan membuat keputusan sendiri berdasarkan fakta Sejarah yang dipelajari. Jika perjanjian tersebut memberi kesan yang besar kepada sejarah tanahair maka lebih kerap pula disoal dalam peperiksaan. Soalan Sejarah PMR mengemukakan soalan nilai dan ikhtibar daripada peristiwa bersejarah. Contohnya: µPenubuhan pasukan µHome Guard¶ telah meniupkan semangat yang berkobar-kobar di kalangan rakyat untuk mempertahankan negara. Tanpa tarikh sesuatu peristiwa sukar dibuktikan sebagai bersejarah. ( 6 ) Mengenalpasti Unsur Patriotisme. Kesanggupan dan keberianian orang Melayu melawan pengganas secara berhadapan amat mengagumkan Pesuruhjaya Tinggi British pada masa itu. Berikut ialah beberapa contoh perjanjian yang kerap ditanya dalam soalan Sejarah PMR. pastikan calon meneliti a) Tahun perjanjian itu ditandatangani b) Sebab ia ditandatangani c) Pihak yang menandatangani perjanjian itu d) Syarat penting atau isi penting sesuatu perjanjian dan e) Kesan sesuatu perjanjian kepada persejarahan negara Selain itu terdapat satu aspek lagi yang tidak kurang pentingnya untuk diberi perhatian iaitu tempoh masa atau periodasi atau penzamanan dalam Sejarah. Ingat tarikh bagi peristiwa penting sahaja. Setiap perjanjian mempunyai sebab mengapa ia dimetrikan. matlamat penubuhan. sumbangan dan impaknya kepada sejarah negara. Peristiwa dan fakta Sejarah tidak boleh dipisahkan daripada tarikh. cuba ingat peristiwa tersebut sama ada berlaku di awal. sosial dan intelektual yang terdapat dalam pendidikan Sejarah mampu mencorakkan perkembangan personaliti dan karisma seseorang murid. Tetapi perlu diingatkan bahawa. Kertas Sejarah PMR tidak pernah membebankan calon PMR dengan soalan berkaitan tarikh. ekonomi dan sosial negara kita. politik. ekonomi. tokoh yang terlibat. Memang diakui umum terdapat banyak tarikh dalam Sejarah.penubuhan. Setiap perjanjian juga mempunyai syarat yang berbeza dengan perjanjian lain. ( 5 ) Mengenalpasti Perjanjian Penting Dalam Sejarah. Terdapat banyak perjanjian penting yang memberikan kesan kepada perkembangan sejarah. Kebenarannya sudah tentu dipersoalkan sebagaimana cerita mitos dan legenda.¶ .

penulis berusaha menghidangkan kaedah yang sudah dikaji dan diuji berkesan kepada calon. sintesis dan menilai.Skor A Strategi Berkesan Belajar Sejarah Membaca untuk memahami dan mengingati isi kandungan dan fakta buku teks Sejarah Tingkatan III merupakan cabaran utama kepada guru dan calon PMR.1. teks teras. Meskipun ada soalan nilai-nilai murni dan semangat patriotisme. calon mesti menguasai fakta sejarah di dalam buku teks kerana hampir keseluruhan soalan Kertas Sejarah PMR berpandukan buku teks. Objektif terpilih bagi setiap bab (bagi membolehkan guru menggunakan buku teks secara maksimum) 1. Pustaka Ilmu. Tinjauan buku boleh dibuat dengan cara: a) membaca mukadimah (preface) buku teks. grafik. Strategi penggunaan buku teks Tingkatan III (guru sewajarnya menggunakan Buku Panduan Guru yang disediakan agar pengajaran lebih berkesan.3.Tujuan penting peperiksaan ialah untuk mendapatkan maklumat pencapaian calon. tujuan buku ditulis dan calon tahu persediaan yang diperlukan untuk mengulangkaji buku ini b) calon kemudian mengkahi jadual isi kandungan buku teks ini secara kasar. Bagi membantu calon PMR menggunakan buku teks ini pula. analisis. Kategori soalan yang dikemukakan meliputi pengetahuan. Baca. kefahaman. Posted by Cikgu Adie's at 9:29 AM 0 comments Labels: Tips Belajar Sejarah . objektif pembelajaran bab. Di samping itu guru perlu memahami ilmu Bantu dalam Sejarah seperti Kemahiran Pemikiran Sejarah. Nak Baca Lagi. Tinjau Prinsip pertama tinjau adalah langkah untuk calon mendapat gambaran keseluruhan apa yang hendak dikaji dengan terperinci. Sebagai latihan dan persediaan peperiksaan PMR 2005. pembahagian bab. Baca. Kaedah yang digunakan ialah kaedah SQ3R : Tinjau. Tingkatan Dua dan Buku Teks Sejarah Tingkatan Tiga. aplikasi. Ulangi kajian ini dari masa ke semasa kerana tajuk-tajuk itu sangat bermakna dalam peperiksaan . uji minda dan ujian dan penilaian) 1. Dengan membaca µpreface¶ atau pengenalan calon akan tahu susunan buku. Panggil Kembali dan Lihat Semula. Kaedah SQ3R : Tinjau. Tanya. peta konsep. Struktur buku teks yang dibahagikan kepada (pengenalan. takrif kata..2. Panggil Kembali dan Lihat Semula. klik net. Tanya. aplikasi ICT dalam pendidikan dan teknik µbelajar cara belajar¶ bagi membantu calon PMR menguasai kandungan buku teks). calon diminta merujuk buku teks Sejarah Tingkatan Satu. Guru dan calon PMR perlu memahami tiga perkara berikut sebelum membuat pembacaan dan mengulangkaji pelajaran iaitu: 1..

logo. foto. Tingkatan III. jadual. Tema 5 : Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan Tanah Air Tema 6 : Pembentukan Persekutuan Malaysia Tema 5 dan 6 ini pula dibahagikan kepada 7 bab iaitu: Bab 1 : Pendudukan Jepun di Tanah Melayu Bab 2 : Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu Bab 3 : Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat Bab 4 : Kerjasama Antara kaum Ke Arah Kemerdekaan Bab 5 : Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957 Bab 6 : Perubahan Pentadbiran ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sarawak dan Sabah Bab 7: Malaysia yang Berdaulat Peta Konsep ± merupakan intipati bagi setiap bab bagi memberikan gambaran yang menyeluruh Teks Teras ± setiap bab mempunyai topik dan subtopik yang mengandungi huraian bagi tajuk bab itu Pustaka Ilmu ± murid dan guru boleh merujuk maklumat tambahan untuk menambah ilmu pengetahuan Takrif Kata ± menjelaskan sesuatu konsep atau istilah yang kurang difahami oleh calon Grafik ± terdapat gambar.c) baca tajuk-tajuk kecil dan rumusan dalam bab itu Calon PMR dapat memahami buku ini ditulis mengikut Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah SMR. rajah. peta dan statistik untuk menjelaskan kandungan Klik Net ± ICT merujuk laman web yang memberi penerangan lanjut kepada guru dan murid untuk melayarinya secara penerokaan Uji Minda ± membantu guru dan murid mengingati fakta asas sebelum berpindah bab Ujian dan Penilaian ± membantu menilai sejauhmana guru dan murid memahami kandungan keseluruhan bab itu. Susunan bab dan tajuk mengikut tema 5 dan 6. Tanya . carta masa.

Ini termasuklah graf. Ramai calon lebih mengingati jawapan daripada apa yang mereka tanya daripada apa yang mereka pelajari. Calon perlu membaca dengan pantas dan pastikan tidak ada bahan yang tertinggal dari bacaan. Membaca dan menghafal fakta sahaja tidak mencukupi untuk menguasai kemahiran Sejarah. jadual. Calon PMR perlu rajin membaca buku teks dan mengulangkaji soalan kandungan buku teks berdasarkan aspek-aspek berikut: Fokus Kandungan Buku Teks Dalam Setiap Bab . Teknik Mengenalpasti Kandungan Buku Teks Berdasarkan Kehendak Soalan PMR Dalam rencana ini calon PMR diberi pendedahan tentang fokus soalan sejarah PMR. carta. Tujuannya ia memberitahu calon apa yang dia belum ingat dan fakta yang sudah diingat. calon mesti memanggil kembali secara lisan ataupun menulis fakta di atas kertas. gambar.Kebanyakan perkara yang paling diingati dalam dunia ini ialah jawapan daripada pertanyaan. baca semuanya. Lihat Semula Lihat semula ialah proses untuk mengetahui dan mengesahkan apa yang calon telah baca dan memahaminya. Membaca Apabila membaca. Panggil Kembali Semasa membaca teks tersebut. Calon PMR perlu mengetahui jenis dan stail soalan yang sering dikemukakan dalam peperiksaan. Soalan menyebabkan calon berfikir. Secara amnya soalan yang perlu dikemukakan oleh calon ialah: Apa ? = Peristiwa Sejarah Siapa ? = Tokoh dalam Sejarah Bila ? = Pertarikhan dalam Sejarah Di mana ? = Lokasi atau tempat kejadian Mengapa ? = Peyebaban dalam Sejarah Bagaimana ? = Kronologi dalam Sejarah Jawapan kepada siapa. illustrasi dan sebagainya. Calon perlu membiasakan diri dengan kehendak soalan dalam kertas Sejarah PMR. apa bila dan mana memberi jawapan kepada fakta sejarah. Semua calon mesti berusaha untuk memahaminya semasa proses membaca. Pertanyaan begini mesti dibiasakan semasa membaca.

dan µCommunity Liaison Committee¶ (CLC) .1. Konsep amat penting untuk membantu calon PMR menggambarkan peristiwa sejarah. Contohnya takrif kata µfeudal¶. µBaju Hijau¶. µHome Guard¶. Sejarah mengandungi banyak idea dan konsep yang perlu dikuasai. Terdapat pelbagai cara untuk mengetahui istilah sejarah dalam buku ini. puisi. (hlm : 104). Kajian tentang tokoh amat penting dalam Sejarah. Pengetahuan sejarah amat penting untuk menjawab soalan sejarah. maka calon sukar memahami isi kandungan keseluruhan bab itu. µPertemuan Baling¶. Tokoh dalam sejarah 5. Ikhtibar / nilai murni peristiwa sejarah Buku Teks Sejarah Tingkatan III memberi penekanan kepada aspek pengetahuan sejarah. Calon PMR perlu memahami sesuatu makna atau maksud perkataan tertentu untuk memahami sesuatu konsep Sejarah. µkegiatan PKM¶ (hlm : 88). ( 1 ) Mengenalpasti Definisi. Ini kerana manusia merupakan isu utama dalam pergolakan Sejarah. maklumat dan sebagainya turut disertakan. µKawasan Hitam¶. µKampung Baru¶. Calon lebih menguasai isi kandungan buku teks jika lebih berusaha mengenalpasti istilah atau konsep yang digunakan di dalam buku teks. jadual. kemahiran sejarah dan nilai dalam sejarah. Perjanjian penting dalam sejarah 6. petikan. Makna dan Istilah Calon PMR perlu memahami konsep dan istilah penting dalam pelajaran Sejarah. (hlm : 94). peribahasa. Jika calon tidak memahami istilah yang digunakan pengarang. µPerintah Berkurung¶ (hlm : 100). Pentafsiran yang tidak tepat terhadap fakta atau pemahaman yang terpesong terhadap sesuatu konsep sejarah menyebabkan calon memilih pilihan jawapan yang tidak tepat. Misalnya sesuatu istilah atau konsep itu dicetak secara bold atau dicondongkan. Terdapat banyak soalan mengenai tokoh sejarah yang dikemukakan dalam Kertas Sejarah PMR. Fakta Sejarah mempunyai kaitan dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat yang membantu menghuraikan sesuatu konsep. Kronologi / urutan peristiwa 4. Konsep terbentuk daripada perkataan atau idea yang perlu dijelaskan dengan contoh yang sesuai. µPerang Saraf¶ (hlm : 98). ( 2 ) Mengenalpasti Sumbangan atau Peranan Tokoh Calon PMR perlu mengulangkaji biografi tokoh penting tanahair. Konsep / istilah sejarah 2. µGerakan Kelaparan¶. Oleh sebab itu calon PMR perlu didedahkan dengan maklumat tokoh penting yang . serantau dan antarabangsa 7. µKawasan Putih¶. µimperialis¶ (hlm : 87). µMin Yuen¶. Rujuk takrif kata yang disediakan. µRancangan Briggs¶. Bagi menguji kemahiran calon menggunakan fakta sejarah. (hlm : 95). pernyataan. µSpecial Constable¶ (hlm : 93). µkader¶. rajah. Organisasi / pertubuhan/ parti politik /institusi/tempatan. senarai. gambar rajah. Kesan peristiwa sejarah 3. Sebab / faktor peristiwa sejarah / tujuan 3. peta. Calon PMR perlu memahami sesuatu idea sejarah dan berusaha untuk menguasainya.

Setiap perjanjian juga mempunyai syarat yang berbeza dengan perjanjian lain. Dato¶ Onn bin Jaafar. UMNO dan sebagainya. pastikan calon meneliti a) Tahun perjanjian itu ditandatangani b) Sebab ia ditandatangani c) Pihak yang menandatangani perjanjian itu d) Syarat penting atau isi penting sesuatu perjanjian dan e) Kesan sesuatu perjanjian kepada persejarahan negara . Ahmad Boestamam. Misalnya Sir Harold Briggs. Sir Gerald Templer. Kajian tokoh sangat penting untuk menghargai perjuangan dan pengorbanan mereka pada masa lampau. Jika perjanjian tersebut memberi kesan yang besar kepada sejarah tanahair maka lebih kerap pula disoal dalam peperiksaan. Sejarah merujuk kepada tanggapan umum seperti sebab yang mendorong penyebaran agama Islam dalam Kerajaan Melayu Melaka dan kesannya. Calon perlu memilih sesuatu tajuk pelajaran Sejarah seperti sebab. Malayan Races Liberation Army (MRLA). ( 5 ) Mengenalpasti Perjanjian Penting Dalam Sejarah. Baca serba sedikit butir penting latar belakang. kesan dan implikasi sesuatu peristiwa Sejarah. Calon perlu mengenalpasti semua faktor tersebut. Contohnya sebab pengisytiharan darurat dan kesannya. Malayan Chinese Association (MCA). Pemetaan konsep memberi gambaran menyeluruh dan menunjukkan pertalian antara satu fakta dengan fakta yang lain. Sir Henry Gurney. pendidikan dan teliti gambar foto atau illustrasi mereka (jika ada) untuk memudahkan kita membuat pengecaman. PERAM. PKMM. ( 4 ) Mengenalpasti Pertubuhan Politik dan Bukan Politik Terdapat soalan mengenai organisasi setempat seperti Parti Komunis Malaya (PKM). Ibrahim Yaacob. Terdapat banyak perjanjian penting yang memberikan kesan kepada perkembangan sejarah. Setiap perjanjian mempunyai sebab mengapa ia dimetrikan. politik. Calon perlu memahami latar belakang penubuhan. MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) Force 136 (MPAJA). sebab pembentukan Persekutuan 1896 dan kesannya. Buat pengelompokan. Jika seseorang tokoh mempunyai terlalu banyak sumbangan. lihat sumbangannya yang paling besar kepada negara kita. sumbangan dan impaknya kepada sejarah negara. sebab penubuhan. tokoh yang terlibat. Sir Edward Gent. ekonomi dan sosial negara kita. Tun Abdul Razak bin Hussein. AWAS. Soalan tokoh berfokus kepada kejayaan dan sumbangan utama tokoh kepada negara kita. Satu cara yang mudah untuk memahami aspek ini ialah melalui peta konsep. PETA.menceritakan tentang kepimpinan dan ketokohan mereka yang ditonjolkan dalam pelajaran Sejarah. faktor. Apabila seseorang calon mengulangkaji sesuatu perjanjian. matlamat penubuhan. Tunku Abdul Rahman. Ishak Haji Muhammad dan lain-lain. Lihat persamaan dan perbezaan corak perjuangan mereka pada setiap zaman. ( 3 ) Mengenalpasti Penyebaban atau Kesan Peristiwa Sejarah Sejarah tidak boleh dipisahkan dengan sebab (penyebaban) dan akibat (kesan) sesuatu peristiwa. Dr Burhanuddin al-Helmy. pengelasan dan penzamanan setiap tokoh.

Kemahiran ini digunakan oleh guru dan murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. aplikasi. pertengahan atau di akhir sesuatu kurun. Soalan Sejarah PMR mengemukakan soalan nilai dan ikhtibar daripada peristiwa bersejarah. Jika tarikh sukar diingati. Yang disediakan dalam latihan. Meskipun ada soalan nilai-nilai murni dan semangat patriotisme. Soalan ini menggalakkan calon PMR berfikir dan membuat keputusan sendiri berdasarkan fakta Sejarah yang dipelajari. Kertas Sejarah PMR tidak pernah membebankan calon PMR dengan soalan berkaitan tarikh. cuba ingat peristiwa tersebut sama ada berlaku di awal. kefahaman. Pemikiran Kritis adalah pemikiran yang mahir dan bertanggungjawab memudahkan proses memberi pendapat. Tetapi perlu diingatkan bahawa. Nilai Murni dan Ikhtibar Dalam Sejarah Mata pelajaran Sejarah penting untuk memupuk nilai bagi membentuk warga negara yang bertanggungjawab. Kemahiran Berfikir digunakan dalam semua soalan Sejarah PMR.¶ Tujuan penting peperiksaan ialah untuk mendapatkan maklumat pencapaian calon. Berikut ialah beberapa contoh perjanjian yang kerap ditanya dalam soalan Sejarah PMR. membuat anggaran. ekonomi. Kategori soalan yang dikemukakan meliputi pengetahuan. ( 6 ) Mengenalpasti Unsur Patriotisme. Memang diakui umum terdapat banyak tarikh dalam Sejarah. Ingat tarikh bagi peristiwa penting sahaja. Tanpa tarikh sesuatu peristiwa sukar dibuktikan sebagai bersejarah. Akhir kata. calon mesti menguasai fakta sejarah di dalam buku teks kerana hampir keseluruhan soalan Kertas Sejarah PMR berpandukan buku teks. Contohnya: µPenubuhan pasukan µHome Guard¶ telah meniupkan semangat yang berkobar-kobar di kalangan rakyat untuk mempertahankan negara. Peristiwa dan fakta Sejarah tidak boleh dipisahkan daripada tarikh. Selamat Belajar. Soalan Kemahiran Berfikir Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberikan banyak penekanan terhadap aspek Kemahiran Berfikir dalam semua mata pelajaran pada semua peringkat di sekolah.Selain itu terdapat satu aspek lagi yang tidak kurang pentingnya untuk diberi perhatian iaitu tempoh masa atau periodasi atau penzamanan dalam Sejarah. sosial dan intelektual yang terdapat dalam pendidikan Sejarah mampu mencorakkan perkembangan personaliti dan karisma seseorang murid. membuat kesimpulan atau keputusan dengan bijak secara kreatif melalui menjana minda. Kemahiran Berfikir merupakan asas dalam strategi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. calon diminta merujuk buku teks Sejarah Tingkatan Satu. Kebenarannya sudah tentu dipersoalkan sebagaimana cerita mitos dan legenda. Sila jawab Latihan Sejarah PMR berikut dan bandingkan jawapan calon dengan jawapan berdasarkan rujukan buku teks yang diberi. Nilai politik. Dalam soalan Sejarah. Kesanggupan dan keberianian orang Melayu melawan pengganas secara berhadapan amat mengagumkan Pesuruhjaya Tinggi British pada masa itu. Kemahiran Berfikir digunakan secara bersepadu dalam Buku Panduan Guru (BPG) untuk memandu guru dan murid memahami kandungan Buku Teks Sejarah Tingkatan III. Sebagai latihan dan persediaan peperiksaan PMR 2005. Tingkatan Dua dan Buku Teks Sejarah Tingkatan Tiga. . sintesis dan menilai. analisis.

Mencirikan ± mengenalpasti kriteria seperti ciri. Membuat rumusan ± membuat pernyataan berdasarkan pemerhatian yang lengkap viii. Membuat urutan ± menyusun maklumat fakta sejarah mengikut kronologi iv. menghubungkaitkan dan frasa lain yang memberikan makna yang sama. 94 ± 103. sifat dan konsep sejarah ii. membezakan. membandingkan.perkataan tertentu digunakan seperti mencirikan. Meramal ± menjangkakan sesuatu peristiwa berdasarkan pengalaman yang lalu atau situasi terkini Contoh : Lihat kandungan teks di hlm. Persamaan dan Perbezaaan Antara rancangan Briggs dengan Perang Saraf Persamaan (a) Membanteras kegiatan pengganas komunis di Tanah Melayu (b) Dilaksanakan semasa Darurat di Tanah Melayu (c) Berjaya mencapai matlamat Rancangan Briggs Perbezaan Perang Saraf (a) 1950 Tarikh (a) 1951 (b) Sir Harold Rowdon Briggs Pengasas (b) Sir Gerald Templer (c) Menghalang bekalan makanan dan ubatan supaya tidak jatuh ketangan pengganas komunis Matlamat penubuhan (c) Menawan hati dan fikiran rakyat supaya menyokong kerajaan membanteras pengganas komunis Menguntungkan kaum bukan Melayu ± penempatan setinggan Cina secara bersistematik Rumusan Menguntungkan kaum bukan Melayu ± Pemberian pelonggaran syarat kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu (a) Menyoal punca sesuatu kejadian atau peristiwa sejarah . Menghubungkait ± membuat perkaitan dalam sesuatu peristiwa ix. Membanding dan membeza ± mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri sesuatu peristiwa sejarah iii. Antara soalan Kemahiran Berfikir dalam Sejarah PMR i. Menilai ± membuat pertimbangan dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti vii. Menganalisis ± memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat v. Mengesan kecondongan ± mengesan pandangan berdasarkan fakta sejarah yang sedia ada vi.

matlamat dan tugas sesuatu perkara atau organisasi Antara berikut yang manakah tugas Hakim Mahkamah Anak Negeri semasa Syarikat Borneo Utara British memerintah Sabah pada abad ke-19? I Mengendalikan hukum adat II Mengendalikan orang tempatan III Menyelaraskan undang-undang Barat IV Mengendalikan undang-undang sivil A I dan II C III dan IV B II dan III D I dan IV (d) Menyoal mengenai sumbangan tokoh Sir Gerald Templer Apakah sumbangan tokoh di atas dalam sejarah Tanah Melayu? I Memupuk perpaduan kaum II Menentang ancaman komunis III Menentang gagasan Malayan Union IV Menyokong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu A I dan II B II dan III . Apakah kesan peristiwa tersebut kepada kerajaan Perak? I Perak menjadi jajahan Siam II Sultan Perak dipaksa turun takhta III Perak menghantar bunga emas ke Siam setiap tahun IV Perak membenarkan Siam memonopoli perdagangan bijih timah A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV (c) Menyoal mengenai ciri-ciri.Pada tahun 1910 George Maxwell dilantik sebagai Penasihat British di Kedah. Apakah puca konflik antara beliau dengan anggota Majlis Mesyuarat Negeri Kedah? A Beliau menyingkirkan Tunku Mahmud B Beliau memperkenalkan budaya Barat C Beliau menubuhkan jawatankuasa pentadbiran D Tunku Mahmud enggan menerima Penasihat British (b) Menyoal mengenai kesan sesuatu peristiwa sejarah Pada tahun 1819 Siam mengarahkan Kedah menyerang Perak.

Aplikasi aras dalam HSP 9. tokoh. Kepentingan subjek 7. Respon murid terhadap bahan yang ditulis ± korelasi 6.C III dan IV D I dan IV (e) Menyoal mengenai perjanjian penting dalam sejarah Pada tahun 1879 ± 1909 British menandatangani beberapa penjanjian dengan Siam. Kepentingan penulisan 3. Aspek penting dalam buku teks 8. Mengapa? A Memelihara kedaulatan Siam B Membantu mengukuhkan pertahanan Siam C Menghalang campur tangan kuasa Barat lain D Menghalang peperangan antara Siam dengan Kedah (f) Menyoal sesuatu peristiwa sejarah secara langsung Apakah isu hangat dalam Persidangan Durbar Kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903? A Kehilangan kuasa Residen B Kemerdekaan Tanah Melayu C Pengenalan syarat kerakyatan D Pemusatan kuasa ditangan Residen Jeneral (g) Menyoal persamaan atau perbezaan sesuatu peristiwa. Isu-isu semasa dan penyelesaian 10. Apakah persamaan pertubuhan di atas? A Menyertai gerakan antipenyerahan B Menggubal perlembagaan Malaysia C Menentang pembentukan persekutuan Malaysia D Muncul selepas pengumuman pembentukan Malaysia PENGGUNAAN BPG DAN BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN III SECARA BERSEPADU 1. Strategi penggunaan buku teks .Guru mesti menguasai ilmu pedagogi Sejarah yang mantap seperti Kemahiran Pemikiran . organisasi. Latar belakang penulis (biografi) 2. Pengalaman penulis (semasa menulis buku ini) 4. · UNKO · USNO · Pasok Momogun. Sumber yang dirujuk 5. judul karya sastera atau perkaitan sejarah.

Kekerapan mengulangkaji adalah kunci kepada kefahaman kerana ia mengatasi proses lupa! Ingat! Lupa berlaku disebabkan oleh maklumat yang diterima tidak diulangi dan diulangkaji.. ketahanan mental dan usaha yang konsisten..KPS merangkumi beberapa kemahiran seperti a) memahami kronologi b) meneroka bukti c) membuat interpretasi d) membuat imaginasi e) membuat rasionalisasi . gemar meramal soalan dan tidak mengetahui teknik menjawab soalan dengan betul. Ramai calon PMR tidak menggunakan masa luang yang ada. Posted by Cikgu Adie's at 9:26 AM 0 comments Labels: Tips Belajar Sejarah . Cerita arnab dan kura-kura memberi banyak pengajaran berkaitan dengan penggunaan masa. Pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran 13. Teori Kecerdasan Pelbagai dan kemahiran ICT .Sejarah (KPS). Ingat! Belajar Sejarah yang berkesan ialah melalui proses ulang dan kaji. iaitu maklumat yang dibaca dimasukkan ke dalam minda secara tersusun dan konsisten. Contoh P & P bagi topik tertentu µmicro teaching¶ Nak Baca Lagi.Lebih malang lagi ada calon tidak berusaha membuat persediaan (tidak mengulangkaji) sebelum menjawab soalan latihan yang diberi oleh guru. Semak tajuk yang belum diulangkaji dan tajuk yang belum diulangkaji. Dalam kisah itu. Mengapa guru mesti menggunakan buku teks sebagai teras ? 12. Calon perlu menghabiskan 3 jam sehari atau sekurang-kurangnya sejam bagi mana-mana tajuk Sejarah tersebut. Di samping melakukan secara konsisten calon perlu membuat latihan untuk meningkatkan kecekapan. ramai calon PMR membuat latihan secara sambaleweng dan tidak sepenuh hati. Pada peringkat sejarah PMR. Kemahiran Berkir. Antaranya ialah tidak mengulangkaji secara konsisten. Sukatan pelajaran Tingkatan Tiga lebih ringan! Calon boleh merujuk guru Sejarah pada bila-bila masa jika menghadapi masalah pemahaman terhadap sesuatu tajuk. Calon perlu menyedari bahawa latihan di kelas. Sang Arnab yang mempunyai kekuatan berlari dengan pantas telah dikalahkan oleh Sang Kura-Kura yang berjalan lambat tetapi konsisten. di pusat tuisyen dan di rumah bertujuan memberi kefahaman tentang sesuatu topik. . Cara belajar Sejarah yang berkesan ialah melalui proses yang sistematik.Contoh yang dipilih : mana-mana bab dalam buku teks Sejarah Tingkatan III 11. Pengurusan dan pembahagian masa dalam pengajaran 14. Namun begitu. kandungan sukatan pelajaran Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua adalah menarik dan ringan.KPS bertujuan mencapai tiga perkara dasar iaitu a) penjelasan sejarah b) pemahaman sejarah dan c) empati . Apakah ciri keistimewaan Buku Teks Sejarah Tingkatan III ? 15. kurang membuat latihan.Skor A Kesilapan Pelajar dan Cara Mengatasi Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh calon ketika belajar Sejarah. Sebenarnya istilah µtiada mood¶ atau µada mood¶ tidak harus wujud dalam mengulangkaji pelajaran.

Ini baik untuk mendorong anda bersemangat dan meminati pelajaran Sejarah. calon perlu kerap membaca dan mengulangkaji untuk mengingat fakta Sejarah. Sekiranya soalan yang diramal itu tidak keluar sudah tentulah anda yang keluar! Saya mengesyorkan calon PMR mengulangkaji bab yang mudah dahulu dikuti bab yang lebih sukar secara konsisten. Setiap tahun. maklumat dan telah menguasai semua tajuk dalam buku teks Sejarah. menulis nota peta minda. pilih jawapan yang betul dengan memotong pilihan jawapan yang tidak munasabah atau meragukan melalui kaedah peyingkiran . Calon perlu mempunyai pengetahuan.Janganlah mengharapkan keputusan yang cemerlang. Salah satu kelemahan calon PMR ialah menjawab soalan aneka pilihan dan aneka pelengkap dengan teknik yang cepat. penggunaan teknik mnemonik untuk tajuk yang membosankan dan sebagainya. soalan ramalan hanya merupakan soalan yang perlu diberi penekanan. Calon harus menguasai bab yang awal dahulu sebelum bab yang kemudian. Tetapi terdapat ramai calon PMR yang belum bersedia. Terdapat pelbagai teknik pembelajaran Sejarah seperti menyenaraikan isi kandungan. * Pastikan bahawa anda membaca semua soalan dengan teliti. Bagi calon PMR yang telah bersedia awal. Walau apa pun anda perlu menghadiri kelas pada setiap hari. sekiranya kekerapan anda mengulangkaji boleh dihitung dengan jari. Sebenarnya mereka sudah bersedia menghadapi apa jua jenis soalan yang meliputi pelbagai tajuk. Saya ulangi. tepat dan betul. * Tandakan jawapan anda dengan jelas di tempat yang disediakan sebaik sahaja setiap so alan dibaca * Tinggalkan dahulu soalan susah atau tidak pasti jawapannya. Tindakan ini sangat berbahaya. Ramai calon PMR mengulangkaji mengikut bab yang mereka sukai sahaja. soalan ramalan dikeluarkan oleh pelbagai sumber. Mereka menggadaikan masa depan dengan bergantung kepada soalan ramalan semata-mata. teknik perbincangan. Kegagalan anda mengikuti sesuatu tajuk akan mengganggu kefahaman anda terhadap tajuk tersebut. Kesemua teknik adalah berkesan dan baik jika bersesuaian dengan cara anda belajar. * Bagi soalan susah atau anda tidak pasti dengan jawapannya. Fahamkan betul-betul sebelum menjawab * Jawab semua soalan yang anda pasti atau yakin tentang jawapannya terlebih dahulu sebagai strategi memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya. Namun begitu topik dalam Sejarah mempunyai kesinambungan iaitu ditulis dari bab yang mudah kepada bab yang susah. Secara umum calon perlu menjawab soalan objektif menggunakan kaedah berikut.

pilih jawapan yang anda fikir lebih tepat dan munasabah Nak Baca Lagi. Posted by Cikgu Adie's at 9:22 AM 0 comments ..* Singkirkan pilihan jawapan yang tidak munasabah atau meragukan anda * Jika tinggal dua jawapan..

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful