You are on page 1of 43

1.

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Al-Quran adalah perkataan ataupun kata-kata daripada Allah SWT dalam bahasa Arab bersifat mujiz (ajaib) yang diturunkan atau diberikan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril, disampaikan kepada manusia secara tawatur. Pembacaannya adalah ibadah, bermula dengan Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Nas (Ammar, 2007). Al-Quran merupakan sumber utama dalam ajaran Islam. Ianya mengandungi penyelesaian terhadap permasalahan dalam kehidupan manusia seperti masalah rohani, jasmani, sosial, ekonomi dan politik dengan penyelesaian yang bijaksana (Ammar, 2007). Hal ini kerana, Al-Quran datang daripada Allah SWT yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Dalam konteks pendidikan di sekolah rendah mahupun menengah, Al-Quran merupakan suatu komponen utama bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Sehubungan dengan itu, semua murid sewajarnya mampu untuk menguasai bacaan Al-Quran dengan baik dan berkesan secara bertajwid, dan boleh menunaikan ibadah khusus dengan sempurna. Kemahiran membaca Al-Quran hendaklah dikuasai sejak dari peringkat sekolah rendah lagi. Hal ini kerana, kebolehan membaca Al-Quran yang mantap di peringkat sekolah rendah akan dibawa kepada peringkat yang lebih tinggi iaitu pada peringkat sekolah menengah dan juga peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT). Penekanan kepada kemahiran tersebut juga merupakan suatu usaha ke arah

pembentukan insan kamil dalam usaha membimbing manusia ke arah petunjuk Allah SWT (Mohamad Azmi, Maimunah & Nabiroh, 2001). Daripada Osman Bin Affan r.a. telah berkata, Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain. (Hadith Riwayat Bukhari) Melalui pengamatan pengkaji sepanjang menjalani praktikum Fasa III pada kali ini, mendapati bahawa responden daripada Tahun 2 Alpha mempunyai masalah berhubung kebolehan membaca Al-Quran secara bertajwid dengan betul. Secara umumnya, responden berkeupayaan untuk membaca Al-Quran dengan baik melalui kaedah talaqqi musyafahah dan tahsin Al-Quran dengan bimbingan guru. Kaedah Talaqqi musyafahah adalah kaedah yang yang sering kali digunakan dalam kemahiran tilawah Al-Quran di mana murid mengadap guru untuk memperbetulkan bacaan mereka. (Bahagian Pendidikan Guru, KPM : 2005). Namun begitu, apabila responden diminta untuk membaca Al-Quran secara individu mahupun kumpulan, pengkaji mendapati kualiti bacaannya masih berada pada tahap yang lemah serta masih belum menepati hukum tajwid dengan betul. Dalam pada masa yang sama, responden menyuarakan, beberapa keluhan seperti Ustaz, saya tak tahu nak baca ayat ni, Ustaz, saya boleh baca sikit-sikit saja, Ustaz, apa hukum yang ada dalam ayat ini., Ustaz, kalimah ni nak baca macam

mane, Ustaz, kalimah ni bace dengung ke., Ustaz, tolong baca bersamasama dengan saya. Pengkaji akan mendapati keluhan sebegini apabila cuba untuk menilai kebolehan responden dalam membaca Al-Quran dengan bertajwid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan terutamanya dalam memerhatikan hukumhukum yang telah diajarkan. Implikasinya, proses mengulang-ulang kembali bacaan ayat Al-Quran tersebut dilakukan oleh pengkaji dari semasa ke semasa sambil diikuti oleh responden secara individu mahupun kumpulan. Membaca Al-Quran dengan bertajwid adalah Fardhu Ain ke atas setiap pembacanya. Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Muzamil ayat 4 :

lP n 

k "

TT Q!WrWT nU!

DW

Zl !
Maksudnya :

Bacalah Al-Quran itu dengan tartil (bertajwid). (Surah Al-Muzamil ; 73:4) Tajwid dari segi bahasa bermaksud menggelokkan atau mencantikkan manakala dari segi istilah pula bermaksud suatu ilmu untuk mengetahui cara melafazkan huruf-huruf Al-Quran dengan betul. Selain itu tajwid juga ditakrifkan sebagai ilmu yang menerangkan hukum-hukum serta kaedah-kaedah yang mesti

diamalkan semasa membaca Al-Quran dengan menepati apa yang


3

diterima daripada Rasulullah SAW (Surur Shihabuddin An-Nadawi : 2008). Masalah pembacaan Al-Quran dengan tidak menepati hukum tajwid memberi kesan yang mendalam terhadap kualiti pembacaan dari segi kelancaran, kefasihan dan kebolehupayaan membunyikan hukum-hukum yang terdapat di dalam Al-Quran. Kesannya, solat yang dilakukan tidak sah dan segala ibadah yang dilakukan yang melibatkan bacaan Al-Quran adalah tidak sempurna. Hal ini juga membawa kesan kepada sikap malas dan tidak berminat untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT di samping tidak mempunyai pemahaman mengenai hukum-hukum yang terdapat di dalam AlQuran yang penuh dengan kemukjizatan.

1.1 Analisis Tinjauan Masalah Sepanjang tempoh praktikum pada kali ini, pengkaji dapat membuat beberapa analisis berkaitan masalah ini. Apa yang ingin diperincikan oleh pengkaji adalah peratusan mengenai pemerhatian awal, punca masalah, kesan dan cara mengatasinya. Pada pemerhatian awal, responden dapat dikategorikan oleh pengkaji kepada beberapa aspek berikut :-

i. ii. iii.

Kebolehan membaca Al-Quran Kefasihan membunyikan kalimah Al-Quran Kefahaman mengenai hukum tajwid (Hukum Nun Sakinah) (Rujuk Jadual 1)

Jadual 1 Hasil Pemerhatian Awal Berhubung Kebolehan Responden

(i) BIL NAMA YA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


LUKMANHADIF B. BASIR MUHAMMAD DANISH B. NORAFZHAN AINA NASUHA BT. ALI HANIES FARISHA BT. HAIRUL AZLI NUR ASYIQIN BT. AZNAN NUR AZLINDA BT. ZAINUDDIN NUR IZZATI FARIESHA BT. ANUAR NUR SYAZANA BT. SHAHROL AFFANDI NURUL NAJWA BT. MUHAMAD NIZAM SYAFIQAH HANA BT. SHAHROL NIZAM -

( ii ) YA
-

( iii ) YA
-

TIDAK

TIDAK

TIDAK

BILANGAN MURID PERATUSAN ( % )

8 80%

2 20%

6 60%

4 40%

4 40%

6 60%

Bagi aspek kebolehan membaca Al-Quran, sebanyak 20% responden yang memerlukan bimbingan secara berterusan dan terus daripada guru apabila membaca Al-Quran, manakala 80%

berkeupayaan membaca Al-Quran tanpa bimbingan daripada guru. Bagi golongan ini, guru hanya memerhatikan bacaan responden serta memperbetulkan sekiranya terdapat kesalahan dalam membaca AlQuran.
5

Bagi aspek kefasihan membunyikan kalimah Al-Quran, sebanyak 40% responden yang perlu diperbetulkan sebutan kalimah Al-Quran yang dibaca secara berulang kali dan sebanyak 60% responden dapat membunyikan kalimah Al-Quran dengan baik. Namun begitu, pada masa yang sama, terdapat beberapa kalimah yang dibaca memerlukan kepada bantuan guru untuk membunyikannya dengan lebih fasih dan lancar. Bagi aspek kefahaman mengenai hukum tajwid iaitu Hukum Nun Sakinah, sebanyak 40% responden yang mengetahui beberapa bahagian Hukum Nun Sakinah seperti Izhar Halqi, Idgham Maal Ghunnah, dan Idgham Bila Ghunnah. 60 % responden masih tidak memahami dan tidak mengetahui mengenai bahagian Hukum Nun Sakinah yang terdiri daripada lima hukum iaitu Izhar Halqi, Ikhfa Hakiki, Idgham Maal Ghunnah, Idgham Bila Ghunnah dan Iqlab. Responden tersebut memerlukan penerangan yang berulang kali daripada guru untuk memamahi Hukum Nun Sakinah ini. Antara punca yang telah dikenalpasti oleh pengkaji berhubung masalah ini ialah responden masih tidak dapat mengecam, membeza, dan mengkategorikan hukum Nun Sakinah dari segi huruf-huruf yang terlibat dan juga cara bacaannya. Responden masih terkeliru dengan kelompok huruf-huruf tertentu untuk dipadankan dengan bahagian Hukum Nun Sakinah yang lima. Kesannya, responden tidak mengetahui apa hukum yang terdapat di dalam ayat Al-Quran yang dibaca serta tidak dapat membunyikan kalimah tersebut dengan betul dan bertajwid. Hal ini
6

juga turut memberi kesan kepada kualiti bacaan mereka dalam membunyikan kalimah-kalimah Al-Quran semasa proses pengajaran dan pembelajaran khasnya dan pada waktu-waktu lain amnya. Maka, bagi meningkatkan kebolehupayaan responden

membaca dengan bertajwid, pengkaji banyak mengaplikasikan kaedah tikrar (ulangan) di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini merupakan suatu proses pembacaan atau mengingat sesuatu kemahiran secara berulang-ulang ((Bahagian Pendidikan Guru, KPM : 2005). Melalui kaedah ini, pengkaji akan membacakan ayat Al-Quran terlebih dahulu dan responden mendengar bacaan pengkaji. Pengkaji akan mengulang ayat bacaan sebanyak tiga kali kemudian diikuti oleh responden. Sekiranya masih terdapat kesalahan dalam membunyikan kalimah-kalimah tertentu, maka pengulangan dilakukan oleh pengkaji agar responden dapat mengikutinya dengan betul, fasih dan bertajwid. Selain itu, pengkaji juga menggunakan suatu inovasi yang diberi nama Grid Tajwid. Grid Tajwid ini digunakan oleh pengkaji di dalam langkah pengajaran dalam usaha membantu meningkatkan penguasaan Hukum Nun Sakinah di kalangan responden. Selain itu juga, penggunaan Grid Tajwid ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kefahaman responden untuk membaca ayat-ayat Al-Quran dengan betul dan bertajwid bagi memelihara kesucian Kalam Allah SWT.

1.2 Fokus Kajian


7

Fokus kajian pengkaji ialah untuk meningkatkan penguasaan Hukum Nun Sakinah Murid Tahun 2 Alpha dengan menggunakan Grid Tajwid. Penggunaan Grid Tajwid akan diaplikasikan di dalam langkah pengajaran dalam usaha untuk membantu responden mengetahui dan memahami susunan kelompok-kelompok huruf yang terdiri daripada beberapa bahagian Hukum Nun Sakinah.

Implikasinya, responden dapat mengetahui cara bacaan yang betul, fasih dan bertajwid bagi setiap bahagian Hukum Nun Sakinah yang terdapat di dalam Al-Quran.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2.1 Meningkatkan penguasaan Hukum Nun Sakinah Murid Tahun 2 Alpha. 2.2 Merancang tindakan untuk meningkatkan penguasaan Hukum Nun Sakinah Murid Tahun 2 Alpha. 2.3 Menilai kesan tindakan untuk meningkatkan penguasaan Hukum Nun Sakinah Murid Tahun 2 Alpha.

3.0 SOALAN KAJIAN 3.1 Apakah tindakan pengkaji untuk meningkatkan penguasaan Hukum Nun Sakinah Murid Tahun 2 Alpha? 3.2 Apakah tindakan yang dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan Hukum Nun Sakinah Murid Tahun 2 Alpha? 3.3 Apakah kesan tindakan untuk meningkatkan penguasaan Hukum Nun Sakinah Murid Tahun 2 Alpha?

4.0 KUMPULAN SASARAN Pengkaji telah memilih seramai 10 orang responden daripada murid Tahun 2 untuk menjalankan kajian ini. Mereka terdiri daripada 2 orang responden lelaki dan 8 orang responden perempuan yang beragama Islam dan berketurunan Melayu. Dalam mendapatkan maklumat awal responden, setiap daripada responden dikehendaki mengisi Borang Soal selidok Responden yang telah disediakan oleh pengkaji (Rujuk Lampiran 1).

Lampiran 1

Borang Soal Selidik Responden


BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 ITEM MAKLUMAT

Nama Jantina Agama Bangsa Nama bapa Pekerjaan bapa Nama ibu Pekerjaan Ibu Markah peperiksaan (%)

10 11

Bidang Al-Quran (%) Alamat rumah

Sila lengkapkan soalan dibawah. Segala maklumat anda adalah rahsia.

1. Adakah anda mengikuti Kelas Fardhu Ain (KAFA) anjuran sekolah? Jika Ya nyatakan waktu kelas tersebut.

YA

TIDAK

2. Adakah anda mengikuti kelas tambahan/tuisyen di luar kawasan sekolah?


Jika Ya nyatakan waktu kelas tersebut.

YA

TIDAK

3. Adakah anda mengikuti kelas mengaji Al-Quran di luar kawasan sekolah? Jika Ya nyatakan waktu kelas tersebut.

YA

TIDAK

4. Adakah anda minat membaca Al-Quran? Jika Ya nyatakan sebab. 10

YA

TIDAK

Merujuk kepada keputusan Ujian Pengesanan (1) Mac 2011 bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, kesemua responden memperolehi gred markah B (Baik) dan A (Cemerlang) dengan peratusan markah di antara 70% hingga 94%. Di dalam ujian tersebut, markah yang diperuntukkan bagi bidang Al-Quran adalah sebanyak 30%. Kesemua responden memperolehi markah di antara 24% hingga 30%. Dilihat dari sudut sosioekonomi, seramai 40% daripada bapa responden bekerja sebagai pemandu lori, 20 % sebagai petani dan setiap 10% daripada responden bekerja sebagai pegawai kastam, pengawal keselamatan, juruteknik elektirk dan peniaga. Bagi pekerjaan ibu responden pula, seramai 40% adalah surirumah sepenuh masa, 20% adalah guru, dan setiap 10% dripada responden adalah peniaga, tukang jahit baju, pembantu kantin dan pembantu kedai makan. Terdapat 2 orang daripada responden pengkaji yang merupakan anak kepada guru di sekolah tersebut. Di samping itu, seramai 90% daripada responden juga mengikuti Kelas Fardhu Ain (KAFA) yang diadakan di sekolah pada waktu petang bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Rabu. Selain itu juga, seramai 90% responden mengikuti kelas mengaji Al-Quran di kampung masingmasing. Setiap daripada responden mengaji Al-Quran pada setiap petang atau malam pada setiap hari. Daripada dapatan awal pengkaji juga, 100% daripada responden berminat untuk belajar membaca Al-Quran dengan alasan berasa seronok apabila membaca Al-Quran di samping berkeinginan untuk mendalami kaedah-kaedah yang betul dalam membaca Al-Quran dengan betul dan

11

bertajwid. Jadual kumpulan sasaran adalah seperti berikut :- (Rujuk Jadual 2)

12

Jadual 2 Kumpulan Sasaran Kajian

1 BILANGAN
PEREMPUAN

2 MELAYU BUDHA

3 MARKAH PENUH

4 BIDANG AL-QURAN

PEKERJAAN

TIDAK

TIDAK

HINDU

AYAH

IBU

LUKMANHADIF B. BASIR MUHAMMAD DANISH B. NORAFZHAN AINA NASUHA BT. ALI HANIES FARISHA BT. HAIRUL AZLI NUR ASYIQIN BT. AZNAN NUR AZLINDA BT. ZAINUDDIN NUR IZZATI FARIESHA BT. ANUAR NUR SYAZANA BT. SHAHROL AFFANDI

74% 76% 83% 84% 76% 80% 74% 94%

30% 30% 29% 27% 24% 26% 26% 30%

JURU TEKNIK ELEKTRIK PETANI PEMANDU LORI PETANI

PEMBANTU KANTIN SEKOLAH SURI RUMAH SURI RUMAH PEMBANTU KEDAI MAKAN SURI RUMAH SURI RUMAH GURU GURU

2 3 4 5 6 7 8

PEMANDU LORI PENGAWAL KESELAMATAN PEMANDU LORI PEGAWAI KASTAM

13

TIDAK
-

ISLAM

INDIA

CINA

YA

YA

YA

NAMA

LELAKI

9 10

NURUL NAJWA BT. MUHAMAD NIZAM SYAFIQAH HANA BT. SHAHROL NIZAM

70% 75%

28% 27%

PENIAGA

PENIAGA TUKANG JAHIT

PEMANDU LORI

JUMLAH PERATUSAN (%)

2 20%

8 80%

10 100%

0 0%

0 0%

10 100%

0 0%

0 0%

9 90%

1 10%

9 90%

1 10%

10 100%

0 0%

**CATATAN :1. JANTINA 2. AGAMA 3. KETURUNAN 4. KEPUTUSAN UJIAN PENGESANAN (1) MAC 2011 (%) MARKAH PENUH BIDANG AL-QURAN : ( 100%) : (30%)

5. MENGIKUTI KELAS FARDHU AIN (KAFA) ANJURAN SEKOLAH 6. MENGIKUTI KELAS MENGAJI AL-QURAN DI LUAR KAWASAN SEKOLAH 7. MINAT BELAJAR MEMBACA AL-QURAN
14

8. PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

8.1

Perancangan Langkah Tindakan Kajian pengkaji bermula dengan mengadakan ujian pra bacaan potongan-

potongan ayat Al-Quran yang mengandungi Hukum Nun Sakinah seperi Izhar halqi, Ikhfa Hakiki, Idgham Maal Ghunnah, Idgham Bila Ghunnah dan Iqlab. Dalam masa yang sama, pengkaji akan menilai bacaan responden melalui Senarai Semak Ujian Pra Bacaan Tilawah Al-Quran yang mengandungi empat skala yang berbeza iaitu I (tidak tepat), II (kurang tepat), III (tepat) dan IV (sangat tepat). Format senarai semak yang digunakan oleh pengkaji adalah berdasarkan daripada Kajian Kefahaman Tajwid yang telah dijalankan oleh Puan Rozaini binti Mamat pada tahun 2010 di bawah penyeliaan Open University of Malaysia (OUM). Beliau telah menjalankan kajian ini bagi murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Berembang seramai 30 orang responden. Beliau merupakan salah seorang guru mata pelajaran Pendidikan Islam yang telah berkhidmat selama 19 tahun bermula pada bulan Disember 1992. Selain itu juga, senarai semak yang digunakan oleh pengkaji telah disahkan oleh dua orang yang berpengalaman di dalam bidang Al-Quran. Antaranya ialah Puan Bderiah binti Wahab, Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Sekarang beliau masih berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sungai Berembang dan telah berkhidmat sebagai seorang guru bagi mata pelajaran Pendidikan Islam selama 33 tahun bermula pada tahun 1978. Selain itu, Encik Zaki bin Md Ratin juga telah mengesahkan senarai semak yang digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Beliau merupakan salah seorang Jurulatih Utama Pendidikan Islam bagi Negeri Perlis. Beliau juga telah
15

berkhidmat sebagai seorang guru Pendidikan Islam selama 19 tahun. Beliau telah dilantik sebagai Jurulatih Utama (JU) sejak tahun 1996. Di dalam senarai semak tersebut, pengkaji telah memilih 4 contoh potongan ayat bagi setiap bahagian Hukum Nun Sakinah iaitu Izhar Halqi, Ikhfa Hakiki, Idgham Maal Ghunnah, Idgham Bila Ghunnah dan Iqlab. (Rujuk Jadual 3)

16

Jadual 3 Senarai Semak Ujian Pra Bacaan Tilawah Al-Quran JUMLAH SKOR :

SENARAI SEMAK UJIAN PRA BACAAN TILAWAH AL-QURAN NAMA : _______________________________________________________________


SKOR PENCAPAIAN BIL CONTOH AYAT HUKUM TANDA I 1 II III IV

D  B $WT TT  d qU& nZ [ sP! sP! ^ )  [,Z   B $ 0   U

IZHAR HALQI

IKHFA HAKIKI

T Wr WT k    ;$ dT $ 0 [kT j  D U . O r rS Z 0 FS A n \TWT ? l[O B K$

IQLAB IDGHAM MA AL GHUNNAH IDGHAM BILA GHUNNAH IZHAR HALQI

17

0 S A n \T ES 4 ( dT$ 0 ^ 4T 1 ( U[ D U  $ j  B K$ 0  !W [B / Q; Kp   DS U! Y RQ; ( DS  dWT  G j
S IU 0  B[,U [ U!  $WT o n[\ B $  O ,P d o   _ kUWT
S ! U! DT  8S k   ^ $ U T p Q 

IKHFA HAKIKI

IQLAB

IDGHAM MA AL GHUNNAH

IDGHAM BILA GHUNNAH

10

11

IZHAR HALQI

12

IKHFA HAKIKI

13

IQLAB

18

14

15

16

17

18

19

20

$  ; ,U Q; Wr #S d P n  WS FWT 0   B j^ WT  "l [ YWT 0 FS  ) U ! [j< j H R4 3 3 nR  sP nU! 0UT B $ < [,  A  "d Wo   L B $ DS  U d 0 I ^ R5 RW<k [ Ol 0  P r B K$

IDGHAM MA AL GHUNNAH IDGHAM BILA GHUNNAH IZHAR HALQI

IKHFA HAKIKI

IQLAB

IDGHAM MA AL GHUNNAH IDGHAM BILA GHUNNAH

19

SKOR PENCAPAIAN :

SKOR I II III IV

PENERANGAN TIDAK TEPAT KURANG TEPAT TEPAT SANGAT TEPAT

SKOR MARKAH 1 2 3 4

20

Kajian diteruskan dengan menjalankan ujian pra tulisan (ujian kertas-pensel) mengenai Hukum Nun Sakinah. Jenis ujian yang digunakan adalah ujian objektif yang mempunyai items respons tetap. Tujuan pengujian ini adalah untuk mengesan hasil pembelajaran yang dapat dicapai oleh murid dan juga mengesan kemajuan yang telah diperoleh tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain serta mengesan kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid (Ahmad Mohd. Salleh : 2004). Di dalam ujian ini, pengkaji akan melihat tahap penguasaan awal responden mengenai Hukum Nun Sakinah. Ujian pra tulisan (ujian kertas-pensel) ini akan mengambil masa selama 30 minit yang akan dijalankan sebelum penerangan dan pengajaran mengenai Hukum Nun Sakinah menggunakan Grid Tajwid. (Lampiran 2 : Ujian Pra Tulisan)

21

Lampiran 2 Soalan Ujian Pra Tulisan (Ujian Kertas-Pensel)

(
.

) ____________________ :
.A

: : : : :
.

(1 (2 (3 (4 (5 .B

22

TT 

qU& D  B $WT (1 nZ [ sP!

( ) ( ) ( ) ( )

T

 ^

$ U

(2

( ) ( ) ( ) ( ) 0 [kT j $ ;$ dT (3 ( ) ( ) ( ) ( )

23

[j<

0 FS  ) U 3 nR  j H

YWT (4 R4 3

( ) ( ) ( ) ( )

sP! 0  

^ )  U B $

[,Z (5  

( ) ( )

( ) ( )

< [,  sP nU! 0UT (6 "d Wo  A  B $

( )

( ) ( ) ( )

 ; Q; Wr


24

,U (7 #S d

( ) ( ) ( ) ( ) 0   P n  WS ( ) ( ) ( ) FWT ( )
(8

S [  O ,P

U!  $WT (9 d o n[\

( )

( ) ( ) ( )

K$

RW<k

[

Ol 0  P

(10

( ) ( )

25

( ) ( )

Kajian ini dit

an lagi dengan memberi penerangan kepada responden

mengenai konsep Hukum Nun Sakinah. Mereka akan diajarkan mengenai kelompok kelompok huruf yang terlibat bagi setiap hukum seperti kelompok huruf Izhar Hal i kelompok huruf Ikhfa Hakiki kelompok huruf Idgham dan kelompok huruf Iqlab menggunakan Grid Taj id. Di samping itu, mereka juga akan diperjelaskan lagi mengenai cara bacaan yang betul dan bertaj id bagi setiap Hukum Nun Sakinah.

26

(R j

R j h 1)

Rajah 1 : Gri Tajwi Seterusnya, pengkaji akan menjalankan pula ujian pasca tulisan (ujian kertaspensel) kepada setiap responden yang terlibat. Ujian pasca tulisan ini akan dijalankan sejurus pengajaran menggunakan Grid Taj id dijalankan. Tempoh masa yang diperuntukkan bagi ujian pasca tulisan (ujian kertas -pensel) adalah selama 30 minit. Soalan yang digunakan pada ujian pasca tulisan (ujian kertas pensel) ini adalah sama bagi soalan pra tulisan (ujian kertas-pensel) yang mana telah dijalankan sebelum pengajaran menggunakan Grid Taj id dijalankan. Kajian ini akan diteruskan dengan ujian pasca bacaan potongan ayatayat AlQuran. Bagi ujian pasca bacaan ini, pengkaji akan menggunakan potongan -potongan ayat yang sama yang telah digunakan untuk ujian pra bacaan. Hal ini adalah bertujuan untuk melihat tahap penguasaan dan peningkatan responden yang jelas dan ketara di antara sebelum dan selepas pengajaran Hukum Nun Sakinah menggunakan Grid Taj id. Langkah terakhir ialah pengkaji akan melaksanakan temubual separa berstruktur untuk mengetahui perasaan murid dalam memahami Hu kum Nun Sakinah.
27

Temnubual ini bertujuan memberi maklum balas yang sah dan merekod segala maklum balas tersebut dengan jitu dan sempurna (Azizi Yahaya, Sharin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon Abdul Rahim Hamdan : 2010). Temubual ini merupakan salah satu cara untuk membantu pengkaji dalam menilai tahap kefahaman responden mengenai Hukum Nun Sakinah. Kesemua ujian yang dijalankan adalah di bawah pemerhatian dan pemantauan pengkaji sendiri. Kesemua perancangan langkah tindakan ini termasuklah ujian pra bacaan, ujian pra tulisan (ujian kertas-pensel), proses penerangan konsep Hukum Nun Sakinah, ujian pasca tulisan (ujian kertas-pensel), ujian pasca bacaan dan juga temubual akan dilaksanakan di makmal komputer sekolah. Hal ini kerana suasananya yang kondusif serta dapat mengelakkan daripada gangguan murid-murid lain yang tidak terlibat dalam kajian ini. Masa yang diambil untuk melaksanakan kesemua perancangan ini adalah pada waktu pengajaran Pendidikan Islam. Sekiranya masa yang dicadangkan tidak mencukupi, maka pengkaji akan meminta izin daripada guru mata pelajaran yang lain untuk mengambil sedikit daripada masa mereka bagi melaksanakan tindakan yang seterusnya. Perbincangan telah dilakukan dengan guru kelas dan beberapa orang guru mata pelajaran yang lain mengenai tempoh masa yang akan digunakan bagi menjalankan kajian ini dan kesemua mereka memberikan respons yang positif terhadap perkara ini. Kesemua perancangan langkah tindakan ini akan dianalisis oleh pengkaji sendiri. Jadual Umum Pelaksanaan Rancangan Tindakan (Jadual 4) dan Carta Alir Langkah Perancangan Tindakan (Jadual 5) adalah seperti di bawah :Jadual 4 Jadual Umum Perancangan Pelaksanaan Tindakan

28

ASPE Tempat Pelaksanaan Kajian Masa

PE ERANGAN Makmal komputer sekolah Waktu P&P Pendidikan Islam ( waktu pengajaran yang lain sekiranya perlu)

Kumpulan Sasaran Instrument Penilaian

10 orang Ujian pra bacaan dan pasca bacaan Ujian kertas-pensel Temubual separa berstruktur

Pengkaji

Jasmahazrin bin Abd Ghani

Jadual 5 Carta Alir Langkah Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Tinjauan masalah melalui temubual dengan guru mata pelajaran

Mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh murid

Pemilihan responden untuk melaksanakan kajian tindakan

Penerangan mengenai konsep Hukum Nun Sakinah menggunakan Grid Tajwid

Ujian pra tulisan (ujian kertas-pensel) (tempoh masa 30 minit)

Ujian pra bacaan (10 minit bagi setiap responden)

Ujian pasca tulisan (ujian kertas-pensel) (tempoh masa 30 minit)

Ujian pasca bacaan (10 minit bagi setiap respoden)

Temubual dengan setiap daripada responden

29

8.2

Perancangan Cara Mengumpul Data 8.2.1 Ujian Pra Bacaan dan Pasca Bacaan Pengkaji menggunakan ujian pra bacaan dan ujian pasca bacaan bagi menilai kebolehan murid dalam memahami Hukum Nun Sakinah. Ujian ini digunakan bertujuan membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas rawatan atau program intervensi dijalankan. Jika keputusan ujian pasca menunjukkan peningkatan berbanding ujian pra, maka objektif kajian tercapai. Kedua-dua set soalan yang digunakan oleh pengkaji di dalam ujian pra dan pasca adalah sama agar dapat melihat dan menilai tahap pencapaian responden dengan lebih jelas dan ketara. Selain itu juga, suasana peperiksaan kedua-dua ujian juga mestilah tidak jauh berbeza dan dijalankan di tempat yang sama bagi kedua-duanya.

8.2.2 Ujian Pra Tulisan dan Pasca Tulisan (Ujian Kertas-Pensel) Pengkaji juga menggunakan ujian kertaspensel dalam menjalankan kajian ini. Ujian kerta-pensel melibatkan kemahiran penggunaan perkataan

30

dalam bahasa. Setiap daripada responden perlu menguasai kemahiran membaca arahan dan kefahaman soalan serta kemahiran menulis dengan menggunakan alat tulis. Ujian ini juga sangat sesuai digunakan untuk menguji kefahaman dan penguasaan kemahiran, khasnya dalam bidang kognitif. Ujian jenis ini juga bukan sahaja sesuai ditadbirkan secara ramai, tetapi juga boleh digunakan untuk menguji bidang secara meluas (Mook Soon Sang : 2009). Pengkaji menggunakan salah satu jenis ujian kertas-pensel iaitu ujian obejktif. Pada amnya, ujian objektif ini boleh disediakan dalam dua bentuk iaitu item respons bebas dan juga item respons tetap (Mook Soon Sang : 2009). Dalam kajian ini, soalan yang dibina memerlukan responden memilih jawapan daripada beberapa gerak balas yang diberikan di bawah setiap soalan. Pengkaji menggunakan bentuk ujian objektif kerana ianya mempunyai ciri utama iaitu setiap item yang disoal hanya menguji satu perkara yang spesifik. Hal ini bersesuai dengan tahap responden yang masih berada pada tahun dua. Selain itu juga, melalui ujian objektif ini juga, ianya dapat ditadbir dan dijawab dalam masa yang singkat (Mook Soon sang : 2009). Masa yang diperuntukkan bagi ujian pra dan pasca tulisan ini adalah selama 30 minit. Ujian pasca tulisan akan dijalankan selepas penerangn dan pengajaran mengenai Hukum Nun Sakinah menggunakan Grid Tajwid dilaksanakan. Soalan yang digunakan bagi ujian pra tulisan dan ujian pasca tulisan adalah soalan yang sama.

8.2.3 Temubual

31

Instrumen temubual juga akan digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Temubual yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk mendapat maklum balas daripada responden-responden mengenai pemahaman mereka tentang Hukum Nun Sakinah. Mengikut perancangan, temubual separa berstruktur ini akan dijalankan selepas daripada responden menjawab soalan ujian pasca tulisan (ujian kertas-pensel). Soalan-soalan temubual separa berstruktur ini telah disediakan oleh pengkaji bagi melihat hasil daripada langkah-langkah tindakan yang telah dilakukan dalam usaha meningkatkan penguasaan Hukum Nun Sakinah di kalangan responden yang terlibat. Soalan temubual ini juga telah disahkan oleh Puan Bderiah binti Wahab iaitu Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan juga Encik zaki bin Md Ratin iaitu salah seorang Jurulatih Utama Pendidikan Islam bagi Negeri Perlis. Contoh soalan temubual separa berstruktur adalah seperti berikut di dalam Jadual 6 :-

32

Jadual 6 Soalan Temubual Separa Berstruktur SOALAN 1) Adakah kamu minat / suka belajar membaca Al-Quran? Ya / Tidak? Kenapa? JAWAPAN MURID

2) Adakah kamu dapat memahami apa itu Hukum Nun Sakinah? Ya / Tidak?

3) Adakah penggunaan Grid Tajwid dapat membantu anda mengkategorikan Hukum Nun Sakinah? Ya / Tidak?
33

Kenapa? Sebutkan 3 huruf bagi hukumhukum yang anda tahu?

4) Bolehkah kamu membaca Al-Quran dengan bertajwid (Hukum Nun Sakinah) pada masa hadapan? Ya / Tidak? Kenapa? Anda yakin dengan jawapan anda? Setiap soalan yang dibentuk berdasarkan kepada tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :1) Soalan 1 dibentuk untuk mendapatkan respons daripada responden tentang minat mereka terhadap pembelajaran Al-Quran. 2) Soalan 2 dibentuk untuk mendapatkan pandangan responden terhadap kefahaman mereka mengenai Hukum Nun Sakinah selepas mendapat penerangan menggunakan Grid Tajwid. Adakah mereka memahaminya dengan jelas ataupun masih terdapat kekeliruan. 3) Soalan 3 pula dibentuk untuk mengetahui adakah penggunaan Grid Tajwid membantu pemahaman responden mengenai Hukum Nun Sakinah sekaligus dapat mengkategorikan kelompok-kelompok huruf yang terlibat di dalam Hukum Nun Sakinah. 4) Soalan 4 dibentuk untuk menguji tahap keyakinan responden terhadap pembacaan Al-Quran dengan bertajwid terutamanya dalam

34

membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai Hukum Nun Sakinah pada masa hadapan.

8.3

Perancangan Cara Menganalisis Data 8.3.1 Ujian Pra Bacaan dan Pasca Bacaan Bagi mengumpul data menggunakan ujian pra dan pasca ini, pengkaji akan melihat kepada perbezaan jumlah markah responden yang diperolehi pada ujian pra dan ujian pasca. Markah yang diperolehi oleh responden akan dicatatkan oleh pengkaji di dalam bentuk peratusan. Hal ini kerana, responden yang terlibat di dalam kajian ini hanyalah 10 orang sahaja. Sekiranya responden melebihi 30 orang di dalam sesuatu kajian, maka nilai yang diperolehi amat sesuai diletakkan dalam bentuk min dan sisihan piawai. Perbezaan markah ini dapat menunjukkan tahap kefahaman mereka sebelum dan selepas rawatan atau progran intervensi dilakukan. Bagi instrumen ini, sekiranya jumlah skor ujian pasca menunjukkan nilai yang lebih tinggi berbanding jumlah skor ujian pra, maka hal ini menunjukkan bahawa objektif kajian ini tercapai. Jika jumlah skor ujian pasca berkurangan daripada jumlah skor ujian pra, maka hal ini menunjukkan bahawa responden masih belum memahami hukum Nun Sakinah dan tidak dapat mengaplikasikan kaedah penggunaan Grid Tajwid dalam menyebut kalimah-kalimah yang mengandungi Hukum Nun Sakinah dengan betul dan bertajwid. Pencapaian responden akan dicatatkan menggunakan Jadual 7 seperti di bawah :-

35

36

Jadual 7 Jadual Pencapaian Ujian Pra Bacaan dan Pasca Bacaan


JUMLAH SKOR (%) UJIAN PASCA BACAAN

PERATUSAN

PERATUSAN

JUMLAH SKOR BIL NAMA PRA BACAAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

PERBEZAAN (%) (PASCA-PRA)

PERATUSAN

LUKMANHADIF B. BASIR MUHAMMAD DANISH B. NORAFZHAN AINA NASUHA BT. ALI HANIES FARISHA BT. HAIRUL AZLI NUR ASYIQIN BT. AZNAN NUR AZLINDA BT. ZAINUDDIN NUR IZZATI FARIESHA BT. ANUAR NUR SYAZANA BT. SHAHROL AFFANDI NURUL NAJWA BT. MUHAMAD NIZAM SYAFIQAH HANA BT. SHAHROL NIZAM

37

(%)

8.3.2 Ujian Pra Tulisan dan Pasca Tulisan (Ujian Kertas-Pensel) Bagi ujian kertas pensel ini, cara untuk menganalisis markah responden adalah melalui pertambahan markah yang diperolehi untuk setiap soalan yang telah dijawab. Bagi soalan pertama iaitu mewarnakan huruf-huruf mengikut hukum-hukum tertentu, markah yang diperuntukan adalah sebanyak 27. Bagi soalan kedua pula, soalan yang diperuntukkan adalah sebanyak 10 soalan dan 2 markah diperuntukkan untuk setiap soalan. Maka, jumlah markah yang diperolehi oleh responden bagi soalan 1 dan 2 akan diletakkan dalam bentuk peratusan bagi memperolehi tahap pencapaian responden terhadap penguasaan mereka dalam Hukum Nun Sakinah. Pengkaji menggunakan nilai peratusan dalam menghitung markah yang diperolehi oleh responden. Hal ini kerana, bilangan responden yang terlibat di dalam kajian ini hanyalah 10 orang sahaja. Sekiranya responden melebihi 30 orang di dalam sesuatu kajian, maka nilai yang diperolehi amat sesuai diletakkan dalam bentuk min dan sisihan piawai. Pencapaian responden akan dicatatkan menggunakan Jadual 8 seperti di bawah :-

38

Jadual 8 Jadual Pencapaian Ujian Pra Tulisan dan Pasca Tulisan (Ujian Kertas-Pensel)

PERATUSAN

PERATUSAN

JUMLAH UJIAN BIL NAMA PRA TULISAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

JUMLAH UJIAN (%) PASCA TULISAN

PERBEZAAN (%) (PASCA-PRA)

PERATUSAN

LUKMANHADIF B. BASIR MUHAMMAD DANISH B. NORAFZHAN AINA NASUHA BT. ALI HANIES FARISHA BT. HAIRUL AZLI NUR ASYIQIN BT. AZNAN NUR AZLINDA BT. ZAINUDDIN NUR IZZATI FARIESHA BT. ANUAR NUR SYAZANA BT. SHAHROL AFFANDI NURUL NAJWA BT. MUHAMAD NIZAM SYAFIQAH HANA BT. SHAHROL NIZAM

39

(%)

8.3.3

Temubual Pengkaji akan merekodkan proses temubual bersama responden melalui catatan yang akan dicatatkan pada lembaran temubual seperti yang terdapat pada Jadual 6. Melalui temubual ini, pengkaji akan cuba mendapatkan reaksi dan perasaan responden terhadap kajian ini. Selain mencatat, pengkaji juga akan merekodkan perbualan tersebut menggunakan pita rakaman supaya data yang penting tidak terlepas pandang. Penggunaan pita rakaman ini merupakan sumber penting dalam menentukan kesahihan dan kebolehpercayaan data yang diperolehi.

40

9. PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

9.1 BIL 1 2 3 4

Jadual Pelaksanaan PERKARA TARIKH 14-18 MAC 2011 21-25 MAC 2011 1-4 MAC 2011 7-10 MAC 2011 CATATAN Melalui amalan refleksi pengajaran -

Perbincangan tajuk kajian tindakan Penyediaan kertas cadangan Temubual dengan guru Pemerhatian terhadap murid semasa P&P guru sedang dijalankan Pemprosesan maklumat daripada temubual dan pemerhatian Pemilihan responden yang terlibat Ujian pra bacaan ayat Al-Quran

5 6 7

11 MAC 2011 22 MAC 2011 3 OGOS 2011

10 minit bagi setiap responden 30 minit tempoh masa ujian 60 minit bagi satu sesi pengajaran 30 minit selepas

Ujian pra tulisan (Ujian kertas-pensel) Pemprosesan data ujian pra bacaan dan ujian pra tulisan (Ujian kertas-pensel) Pengajaran menggunakan Grid Tajwid

4 OGOS 2011

5 OGOS 2011

10

8 OGOS 2011

11

Ujian pasca tulisan (Ujian kertas-pensil)

8 OGOS 2011

sesi pengajaran dijalankan

12

Pemprosesan data ujian pasca tulisan (Ujian kertas-pensel) Ujian pasca bacaan ayat Al-Quran

9 OGOS 2011

10 minit bagi setiap responden

13

11 OGOS 2011

41

14 15 16

Pemprosesan data ujian pasca bacaan Penulisan laporan kajian Membentang laporan kajian

12 OGOS 2011 15-9 SEPTEMBER 2011 19 -20 SEPTEMBER 2011

20 minit bagi setiap pembentangan

9.2 BIL

Kos Kajian JENIS ALATAN / BAHAN Kertas A4 KOS

1 (2 rim x RM 12.90) Kos percetakan 2 (Ink pencetak dan fotostat bahan) 3 Kos pembinaan Grid Tajwid Penjilidan Buku 5 (5 x RM 30.00) JUMLAH

RM 25.80

RM 100.00

RM 60.00

RM 150.00

RM 335.80

42

10. SENARAI RUJUKAN

Ahmad Mohd. Salleh. (2004). Kursus Perguruan Lepas Ijazah : Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan kaedah Pengajaran Pembelajaran. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ammar Fadzil (2007) Anatomi AL-Quran : Mengenal Ilmu, Sejarah dan Kandungan Al -Quran. Selangor : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abrul Rahim Hamdan. (2010). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Mohammad Azmi Mohamad, Maimunah Ismail, Nabiroh Kassim. (2001). Penguasaan Bacaan Al-Quran Di Kalangan Pelajar Islam Semester 3 Institut Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Forum Penyelidikan Pendidikan Institut Bahasa Melayu Malaysia Kuala Lumpur, Bil. 8 (ISSN : 1511-7431), 45-58. Mok Soon Sang. (2009). Siri Pengajian Profesional : Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor : Penerbitan Multinedia Sdn. Bhd. Surur Shihabuddin An-Nadawi. (2008). Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs An Asim Melalui Toriq Asy-Syatibiyyah. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd. (2000), Panduan Penyelidikan Edisi 2000 : Bahagian Pendidikan Guru. (2008), Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. Putrajaya : Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya

43

You might also like