You are on page 1of 7

Karangan PMR 2010: Cara-cara Menjadi Pengguna Bijak

Kenaikan harga barangan di pasaran pada masa sekarang begitu ketara. Sebagai pengguna kita perlu bijak berbelanja supaya kewangan kita dapat diurus dengan baik. Bincangkan cara-cara untuk menjadi seorang pengguna yang bijak. Masalah kenaikan harga barangan sememangnya begitu ketara pada masa kini terutama di kawasan urbanisasi. Sebagai pengguna kita perlu memiliki sifat-sifat pengguna yang bijak untuk berupaya mengharungi kehidupan sebegini. Maka, kita mempunyai kuasa untuk menentukan barangan itu perlu atau sebaliknya dalam menjalani kehidupan harian itu. Pengguna mestilah berjimat cermat untuk menjadi pengguna yang bijak. Kita hanya perlu membeli barangan yang benar-benar perlu dan tidak membazir. Pada masa yang sama barangan yang boleh digunakan semula janganlah dibuang dengan begitu sahaja. Jelaslah, amalan berjimat cermat juga merupakan satu amalan yang mulia yang harus dimiliki oleh semua pengguna. Selain itu, pengguna boleh mengamalkan amalan menabung sejak muda. Sikap menabung ini boleh menjadi satu kaedah simpanan pada hari depan yang turut boleh dimanfaatkan oleh anak-anak terutama ketika mereka ingin melanjutkan pelajaran mereka kelak. Menabung memberikan satu jaminan kehidupan yang lebih baik kepada pengguna kerana kehidupan ini suka diduga masa depannya. Malah, pengguna yang bijak tidak akan berbelanja di kawasan-kawasan mewah. Biasanya barangan yang dijual di kawasan mewah lebih mahal harganya bukan kerana kualiti tetapi kerana faktor kawasan, suasana dan sewa kedai yang lebih tinggi menyebabkan kos barang menjadi mahal. Sebenarnya, semua barang hampir serupa sahaja kualitinya tetapi harga yang dijual berbeza-beza mengikut kawasan tertentu. Berkaitan dengan tidak membeli di kawasan mewah ialah pengguna tidak harus mengutamakan jenama sahaja. Sikap terlalu mengutamakan jenamalah yang membawa pengguna berbelanja besar. Konsep hidup sederhana dan tidak mementingkan aspek kebendaan membolehkan kehidupan pengguna lebih selesa dan tenang tanpa sebarang masalah kewangan pula. Kesimpulannya, masalah kenaikan harga barang ini boleh diatasi jika pengguna menggunakan akal fikiran ketika berbelanja. Semua perbelanjaan yang dirancang akan mampu memberikan lebih banyak manfaat kepada pengguna. Sikap penggunalah yang menentukan kejayaan mereka dalam mengharungi kemelut kenaikan harga barang.

CONTOH 12-KARANGAN PENDAPAT


Sikap berbelanja adalah suatu perbuatan yang akan merugikan seseorang. Huraikan caracara untuk menjadi pengguna yang bijak. Acap kali kita memperdebatkan tentang isu bagaimana untuk menjadi seorang pengguna yang bijak. Hal ini kerana kita mempunyai pelbagai pilihan dalam memilih sesuatu barangan. Jika kita tersilap memilih, kita akan membazirkan wang ringgit kerana membeli barangan tersebut. Justeru, terdapat pelbagai langkah yang boleh dipraktikkan oleh kita untuk menjadi pengguna yang bijak dalam berbelanja. Antara langkah yang boleh diamalkan adalah dengan memastikan barang yang dibeli oleh kita berkualiti tinggi. Hal ini berlaku demikian kerana produk yang berkualiti tinggi membolehkan pengguna menggunakan secara berterusan untuk jangka masa yang panjang. Untuk membeli barangan yang berkualiti, kita hendaklah memastikan barangan tersebut mempunyai jenama yang dikenali kerana kualitinya yang baik, harga yang berpatutan,berada dalam keadaan yang baik dan mempunyai jaminan daripada pengeluarnya,bak kata pepatah,Alah membeli menang memakai. Tamsilnya, barangan elektrik mestilah mempunyai cap SIRIM bagi memenuhi standard piawaian Malaysia.Oleh itu, kita haruslah membeli barangan yang berkualiti supaya dapat menjamin keselamatan dan keselesaan kita semasa menggunakan barangan tersebut. Selain itu, kita juga perlulah membuat perancangan terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu barangan. Hal ini berlaku demikian kerana perancangan ini penting untuk mengelakkan kita daripada berbelanja melebihi pendapatan yang kita ada, bak kata pepatah, Ukur baju di badan sendiri. Justeru, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran dan dapat menyimpan sebahagian daripada pendapatan kita untuk tabungan.Lantaran itu, kita haruslah membuat senarai barangan yang hendak kita beli terlebih dahulu sebelum berbelanja. Oleh itu, setiap pengguna haruslah merancang secara teliti barangan yang hendak dibeli untuk menjadi pengguna yang bijak berbelanja. Dalam pada itu, kita juga terlebih dahulu perlu memastikan tarikh luput sesuatu barangan sebelum membelinya, persis kata mutiara Berfikir sebelum bertindak. Hal ini berlaku demikian kerana terdapat sebilangan kecil peniaga yang ingin mengaut keuntungan yang besar tanpa memikirkan keselamatan dan kesihatan pengguna. Kesan daripada itu, kita tidak akan tertipu dan boleh mengambil tindakan ke atas peniaga tersebut. Tamsilnya, apabila sesuatu barangan sudah hampir tamat tempoh, para peniaga akan cuba melariskan stok mereka dengan mengadakan promosi atau jualan murah. Oleh itu, kita haruslah memeriksa tarikh luput sesuatu barangan supaya tidak tertipu semasa membelinya. Konklusinya, dapat dirumuskan bahawa terdapat pelbagai cara untuk menjadi seorang pengguna yang bijak dan rasional. Dengan demikian, para pengguna perlulah mengetahui hak-hak kepenggunaan seperti hak mendapat ganti rugi, hak mendapatkan maklumat dan hak bersuara bagi mengelakkan kita mudah terpedaya dengan amalan negatif yang seringkali dipraktikkan oleh sebilangan kecil peniaga. Jika kita mengamalkan prinsip pengguna yang bijak, sudah tentu sikap boros dalam diri akan dapat kita kawal. Jelaslah,

bahawa seorang pengguna yang bijak tidak akan mudah terpedaya dengan pujuk rayu peniaga dan juga hawa nafsu semata-mata. 380 patah perkataan

Karangan Kepentingan Amalan Berjimat Cermat


Posted: February 19, 2011 by twoohiok in Uncategorized

6 Dasawarsa ini, negara kita telah dilanda oleh gelombang inflasi secara global. Setiap pengguna tidak dapat melepaskan diri daripada kepompong inflasi. Sehubungan dengan itu, segenap masyarakat diseru supaya mengimplementasikan amalan berjimat cermat dalam rutin hidup mereka untuk menghadapi keperitan itu. Semua ajaran agama mengajar penganutnya agar berjimat cermat dan tidak membazir dalam kehidupan. Filosofer Laotze berkata, Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan. Hal ini memanifestasikan bahawa betapa pentingnya amalan berjimat cermat dalam kehidupan sehari-harian kita. Seperti pepatah , malang tidak berbau, iaitu manusia tidak dapat menduga segala bencana atau kecemasan yang terdiri daripada menghidap penyakit, kemalangan , kebakaran dan sebagainya. Ketika berlakunya sesuatu kecemasan, wang sering menjadi faktor utama untuk kita menyelesaikan banyak masalah. Di manakah kita dapat memperoleh jumlah wang yang banyak untuk menghadapi sesuatu yang tidak diingini, terutama menjalani pembedahan? Adakah kita perlu menghulurkan tangan untuk meminta bantuan? Sebaliknya segala masalah dapat dikekang atau diminimumkan jika kita dapat berjimat cermat dan sentiasa bertabung dalam kehidupan sehari-harian. Kita perlu sentiasa mengingati peribahasa Melayu, Sediakan payung sebelum hujan. Tuntasnya, amalan berjimat cermat merupakan tindakan berjaga-jaga untuk membuat persediaan sebelum berlakunya sesuatu kecemasan kerana panas tidak sampai ke petang. Tidak dapat dinafikan bahawa amalan berjimat cermat merupakan mangkin yang efektif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Hal ini demikian kerana manusia sedang mengeksploitasikan sumber alam semaksimumnya tanpa memikirkan akibat yang bakal dihadapi. Jika manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan berjimat cermat dari segi makanan, penggunaan bekalan air dan elektrik serta kertas dan lain-lain lagi, kita sedang menuju ke arah menyelamatkan bumi kita daripada mengalami kemusnahan. Gara-gara manusia mengejar kemewahan hidup dan bersikap boros, banyak khazanah alam telah diteroka terutamanya bahan galian dan hutan. Bayangkan suatu hari nanti, manusia terpaksa bunuh membunuh dan berperang kerana merebut bekalan air. Bak kata peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna dan jangan terhantuk baru tengadah, kita perlu berjimat cermat dalam penggunaan setiap benda sebagai langkah mencintai alam kita.

Saban hari isu ceti haram atau along sering menghiasi dada akhbar sehingga mangsa tersebut membunuh diri malah membunuh sekeluarga kerana tidak larat lagi menghadapi penganiayaan along yang bermaharajalela. Ketika mengamati berita ini, kita dapat mengetahui bahawa mangsa berkenaan tidak mahir mengurus pendapatan mereka. Lazimnya mereka tidak bersikap ukur baju pada badan sendiri tetapi membesarkan kerak nasi dalam perbelanjaan. Walhasil, mereka sentiasa berhutang keliling pinggang. Sebaliknya jika kita sentiasa berbelanja secara hemat tanpa boros, kita pasti dapat menyimpan wang yang berlebihan dalam simpanan bank atau melabur dalam skim amanah saham untuk keperluan masa depan. Ternyata amalan berjimat cermat berupaya menguruskan perbelanjaan secara teliti bagai menarik rambut dalam tepung daripada berhutang Bukan itu sahaja, amalan berjimat turut menjamin masa depan yang lebih cerah. Setiap umat perlu pandai merancang masa depan mereka sejak kecil lagi. Kita perlu berjimat cermat dalam segala perbelanjaan kita dan menyimpan wang untuk kegunaan masa kelak kita. Bak kata peribahasa, ikut hati mati, ikut rasa binasa, jika kita berbelanja berdasarkan nafsu, pendapatan kita akan habis pada hujung bulan. Bagaimana kita dapat merancang masa tua setelah pencen? Bagaimanakah kita dapat membayar kos pendidikan anak kita. Jika kita dapat menjimatkan setiap perbelanjaan yang tidak diperlukan, nescaya kita dapat menyimpan sejumlah wang dalam tabung. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Wang yang dijimatkan itu dapat dirancang demi masa depan yang lebih cerah. Oleh itu ketika berbelanja, kita perlu mengingati peribahasa, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Natijahnya / Akhirulkalam, amalan berjimat cermat merupakan nilai murni yang diajarkan oleh setiap agama di dunia ini. Berpaksikan amalan ini, kita dapat hidup dengan kesederhanaan tanpa membazir. Sehubungan dengan itu, kehidupan kita akan lebih harmoni, sentosa dan bahagia sehingga mewujudkan masyarakat sakinat.

Usaha-usaha untuk melahirkan pengguna yang bijak


Posted: September 14, 2010 by twoohiok in Uncategorized

2 Ketika negara kita melangkah ke arah pembangunan fizikal yang pesat, ilmu kepenggunaan dalam kalangan rakyat Malaysia masih berada di takuk yang lama dan tidak mengalami anjakan paradigma. Walhasilnya, pengguna kita sering menjadi mangsa kepada peniaga yang tidak bertanggungjawab lagi licik. Lebih-lebih lagi, segelintir peniaga kita sanggup menangguk di air keruh terhadap pengguna kita ketika negara kita dilanda tsunami kewangan. Apabila peniaga kita meraih keuntungan yang bagai tikus jatuh ke gudang beras, pengguna yang tidak berdosa turut menjadi mangsa dalam gelombang inflasi. Sesungguhnya, rakyat Malaysia perlu dilengkapi dengan ilmu kepenggunaan supaya menjadi pengguna yang bijak. Untuk melahirkan pengguna yang bijak, media massa memainkan peranan yang signifikan. Sama ada pihak media elektronik seperti televisyen atau pihak media cetak terutama akhbar perlu menerapkan pengetahuan atau hak-hak pengguna kepada khalayak ramai. Hal ini demikian kerana media massa mempunyai pengaruh yang besar kepada masyarakat kita. Dengan bantuan media, pengguna akan mengetahui cara-cara yang berkesan untuk menuntut hak mereka daripada dimanipulasikan oleh peniaga. Sehubungan dengan itu, pihak media harus menyiarkan iklan, rencana, wawancara, forum dan ceramah tentang hak pengguna. Lantaran, suri ramah tangga yang merupakan golongan pengguna yang terbesar turut mendapat pengetahuan tentang ilmu kepenggunaan dan tidak seperti katak di bawah tempurung. Badan-badan NGO perlu bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengadakan Kempen Pengguna Yang Bijak. Dalam konteks ini, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) perlu memikul amanah untuk mengadakan kempen tersebut dari semasa ke semasa supaya orang ramai benar-benar mengetahui hak mereka sebagai pengguna. Aktiviti tentang ceramah, pameran, forum, persidangan, pertandingan koir, peraduan melukis poster dan menulis esei tentang hak pengguna harus diadakan bersempena dengan kempen tersebut. Khalayak ramai akan mengetahui cara untuk menuntut pampasan ketika membeli barangan atau mendapat perkhidmatan yang tidak bermutu. Orang ramai juga diberitahu tentang cara untuk membuat aduan ketika menghadapi penyelewengan peniaga seperti menaikkan harga dengan sesuka hati, menjual barangan yang telah lapuk tarik, menjual barangan yang tidak selamat atau mengancam kesihatan mereka. Keyakinan perlu diberikan kepada pengguna supaya berani menuntut hak mereka, dengan prinsip berani kerana benar. Selain itu, kurikulum dan kokurikulum tentang ilmu kepenggunaan di sekolah adalah pendekatan yang ampuh untuk melahirkan pengguna muda yang bijak. Kata orang tuatua, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lantas, ilmu kepenggunaan perlu disuntik kepada sanubari pelajar kita ketika masih di bangku sekolah. Melalui mata

pelajaran Kemahiran Hidup, pelajar telah disalurkan pengetahuan tentang hak-hak pengguna. Di samping itu, semua sekolah juga digalakkan supaya menubuhkan Kelab Pengguna kepada remaja yang berusia setahun jagung dan berdarah setampuk pinang. Pelbagai aktiviti boleh dianjurkan seperti perbahasan, pidato, perbicaraan mahkamah pengguna dan sebagainya. Tindakan ini amat penting supaya anak muda kita akan menjadi jauhari yang mengenal manikam, iaitu menjadi pengguna yang bijak. Garagaranya ketika melangkah ke kedewasaan, golongan tersebut dapat menggunakan kuasa pengguna daripada terus ditindas oleh pengguna yang tamak dan tidak beramanah. Walaupun hak pengguna telah dimaktubkan dalam perundangan negara kita, tetapi pengguna yang kedangkalan pengetahuan sering menjadi mangsa dalam dunia perniagaan yang hanya mengutamakan riba dan terus mengabaikan etika mereka. Rentetan daripada itu, pengguna kita harus bijak berbelanja tanpa diheret oleh pemiutang akibat hutang keliling pinggang. Pengguna harus sentiasa membanding harga di premis yang berbeza sebelum membeli belah. Pengguna harus membeli barangan dengan keperluan dan bukan berdasarkan nafsu. Ketika berbelanja, pengguna dinasihati supaya menyediakan belanjawan dan senarai barangan yang perlu dibeli. Pendekatan ini sungguh mustahak agar kita tidak berbelanja secara berlebihan terutamanya menghadapi jualan megah, jualan murah dan promosi yang istimewa. Ingatlah peribahasa, mulut disuap pisang, buntut dikaitkan onak. Jangan kita mudah terpengaruh oleh pujukan jurujual yang berbahasa manis. Eloklah kita meminimumkan penggunaan kad kredit supaya tidak membeli barangan mewah yang tidak berguna. Natijahnya pengguna yang bijak perlu sentiasa mengukur baju pada badan sendiri tanpa berbelanja secara berlebihan sehingga berhutang kepada ceti haram atau ceti halal, iaitu syarikat kad kredit. Bak kata peribahasa, alah membeli menang memakai harus dihayati oleh umat sejagat. Setiap pengguna harus mementingkan kualiti barangan yang dibeli. Misalnya, ketika membeli sesuatu benda, kita perlu memperoleh maklumat tentang produk itu dan mengkaji kandungannya , tarikh lupuk serta fungsi penggunaan. Barangan yang disahihkan oleh SIRIM atau ISO (Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa) sepatutnya menjadi pilihan kita. Pengguna yang bijak harus mengutamakan faktor keselamatan, kesihatan dan mesra alam terhadap sesuatu produk. Tamsilnya kita tidak akan membeli sesuatu produk yang boleh menjejaskan kualiti alam sekitar seperti pakaian kulit binatang liar, alat penghawa dingin yang mengeluarkan CFC dan sebagainya kerana kita juga pengguna alam sekitar. Dengan kata lain pengguna yang bijak perlu menitikberatkan kualiti barangan yang tahan lama, selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar. Secara tuntasnya, pengguna yang bijak perlu mengetahui hak asasi pengguna dan ilmu kepenggunaan. Pengguna bertanggungjawab untuk membela nasib sendiri. Pengguna harus berani bersuara dan bertindak ketika dianiayai oleh peniaga yang berniat jahat. Kempen Konsumen Kebangsaan, yang dianjurkan oleh FOMCA, dengan tema, Perubahan Bermula Dengan Saya harus dihayati oleh setiap pengguna. Hak Asas Pengguna

1 Hak untuk keperluan asas

2 Hak membuat pilihan 3 Hak untuk mendapatkan maklumat 4 Hak untuk pampasan 5 Hak untuk barangan dan perkhidmatan yang selamat 6 Hak untuk bersuara (pandangan) 7 Hak untuk pendidikan kepenggunaan 8 Hak untuk hidup dalam persekitaran yang kondusif kepada kesihatan yang baik

You might also like