You are on page 1of 38

1

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

SUSUNAN PERJALANAN UPACARA PERASMIAN KEJOHANAN


1. TETAMU SAMPAI DUDUK DI SOFA KHEMAH UTAMA (ALUAN PENGERUSI MAJLIS) 2. DOA KEJOHANAN 3. DIJEMPUT NAIK KE ATAS PENTAS TABIK HORMAT 4. PERARAKAN MASUK BENDERA BERWARNA 5. PERARAKAN MASUK KONTINJEN DAN UNIT BERUNIFORM 6. PERARAKAN MASUK BENDERA KEJOHANAN OLEH KRS 7. PERASMIAN PEMBUKAAN 8. MENAIKKAN BENDERA KEJOHANAN

9. OLAHRGAWAN (
SETIAP RUMAH TAMPIL KE HADAPAN 10. IKRAR KEJOHANAN

) DIIRINGI PEMBAWA BENDERA

11. GIMIK KEJOHANAN ( Melepaskan Burung )


12. PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA TETAMU PERASMIAN PEMBUKAAN 13. TETAMU PERASMI DUDUK 14. PERARAKAN KELUAR KONTINJEN 15. TETAMU MENYAKSIKAN ACARA KEJOHANAN OLAHRAGA.

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE-18 2010

SKRIP PENGACARAAN
-UMUM KETIBAAN TETAMU UTAMA Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Puan Hajah Salmah bt Ishak Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah. Diiringi oleh Yang Berusaha Tuan Haji Johari bin Jaafar Penolong Kanan Ko Kurikulum Sek Men Keb Agama Kedah

1-

ALUAN PENGERUSI

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Yang Berusaha Puan Hajah Salmah bt Ishak Pengetua Sek Men Keb Agama Kedah Yang Berusaha Tuan ................................. Yang diPertua Persatuan Ibu bapa dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah,

Penolong-Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan, Ahli-ahli JAwatankuasa PIBG Para tetamu jemputan Ahli-ahli jawatan kuasa dan pegawai kejohanan Atlit-atlit yang mengambil bahagian

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

Hadirin dan hadirat sekalian Selamat datang diucapkan ke KEJOHANAN Balapan dan Padang SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KEDAH KALI KE-19 BAGI TAHUN 2011 yang diadakan di Stadium Darulaman,Alor Setar, Kedah. Semoga dengan kehadiran semua pastinya akan menyemarakkan lagi semangat kesukanan di kalangan para atlet yang mewakili pasukan rumah sukan masing-masing.

5
2- DOA KEJOHANAN

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

Bagi memberkati Kejohanan kita pada petang ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Al-Fadhil Ustaz doa. Majlis mempersilakan. (Bacaan Doa) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz. Nik Amran bin Nik Mat untuk melafazkan

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

3- PERASMI MENERIMA TABIK HORMAT Upacara perasmian pembukaan kejohanan dimulakan dengan perarakan lintas hormat oleh kontinjen-kontinjen. Sebelum itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Hajah Salmah bt Ishak Pengetua SMK Agama Kedah dengan diiringi oleh Yang Berusaha Tuan Haji Johari bin Jaafar untuk ke pentas bagi menerima Tabik Hormat , Majlis mempersilakan. ( Muzik dimainkan , PK mengiringi Tuan Pengetua sehingga ke pentas. Juruacara mengumumkan perarakan masuk kontinjen ) 4- PERARAKAN MASUK KONTINJEN-KONTINJEN

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

i. Pembawa bendera berwarna Mendahului perarakan perbarisan adalah pembawa-pembawa bendera warna warni mewakili rumah-rumah sukan yang akan bertanding dalam kejohanan kali ini. Bendera berwarna hijau mewakili rumah Marikh, warna merah mewakili rumah Zuhal, warna kuning mewakili rumah Utarid dan warna biru mewakili rumah Zuhrah.

ii. Pengawas Putera Menyusul di belakang adalah kontinjen Pengawas lelaki .

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

Langkah tersusun lagak perwira. Api semangat terus membara. Diketuai oleh Mohd Badrul Hisyam bin Nasir. . Motto mereka ialahTingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. iii. Zuhal Putera Mara ke hadapan ialah kontinjen Zuhal Di bawah satu nama mereka bernaung, Di bawah satu motto mereka bertarung, Kontijen ini diketuai oleh Wan Mohd Rafiq Danial b Wan Mohd Nawawi

iv. Zurah Putera Seterusnya kontinjen Zurah yang dipimpin oleh

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

Mohd Hafiy Naim b Ismail Melangkah dengan penuh keazaman dan keyakinan dengan motto mereka pantang menyerah kalah. v. Marikh Putera Mara ke hadapan ialah Kontijen Marikh putera melangkah segak dan kemas. Kontinjen yang dipimpin oleh .................................. Menggalas moto pasukan bersatu teguh, Marikh terus kukuh.

vi. Utarid Putera

10

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

Menyusul ialah kontingen Utarid putera dengan semangat berpasukan diketuai oleh ......................................

vii. Kadet Polis Putera Mara ke hadapan ialah kontingen Kadet Polis Putera. Penuh keikhlasan dalam apa jua kerja, kelihatan segak bergaya Dipimpin oleh ............................................................................ dengan motto Mesra, Cepat, Betul

viii. KRS Putera Kontinjen seterusnya ialah Kadet Remaja Sekolah Putera yang dipimpin oleh Staf Sarjan Kadet Mohd Saiful Nizam b Mansor Motto mereka " Berilmu, Beriman, Beramal".

11

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

ix. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Menyusul ialah Kontinjen Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dengan langkah penuh yakin, bersedia memberi bantuan bila-bila masa sahaja. Kontingen diterajui oleh .

12
x. Pengawas Puteri

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

Kontinjen berikutnya ialah kontingen Pengawas Puteri dipimpin oleh Noor Shahirah Yusof , segak, kemas dan bergaya. dengan motto mereka Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. xi. Zuhal Puteri Menyusul ialah Kontinjen Zuhal Puteri dengan warna ceria ini dipimpin oleh Norliyana Izzati bt Mohd Nazri. Menggalas motto pasukan Di bawah satu nama kami bernaung, di bawah satu bumbung kami bertarung, berikrar untuk lebih membara.

13
xii. Zuhrah Puteri

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

Seterusnya melangkah kemas ialah Zuhrah Puteri dengan membawa kekuatan bagi memburu kemenangan. Kontingen diketuai oleh Nur Iffah bt Abu Bakar dengan bermottokan Kemenangan dalam genggaman.

xiii. Marikh Puteri Berbekalkan semangat dan keyakinan untuk bergelar juara, kontinjen Marikh Puteri bersama-sama membawa menggalas motto pasukan No pain, No gain. Dipimpin oleh Shuhada bt Abd Munir.

14

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

xiv. Utarid Puteri Mara ke hadapan ialah pasukan Utarid Puteri. Segak dan kemas berpakaian seragam lengkap menggalas motto Everlasting Champion. Dipimpin oleh Khairun Izzah bt Zaman Suri. xv. Kadet Polis Puteri Mara ke hadapan ialah kontingen Kadet Polis Puteri. Penuh keikhlasan dalam apa jua kerja, kelihatan segak bergaya Dipimpin oleh Najihah bt Abd Nasir dengan motto Mesra, Cepat, Betul .

15
xvi. Puteri Islam

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

Sederap melangkah ke hadapan ialah kontingen Puteri Islam Sekolah. Segak bergaya penuh feminine melambangkan keikhlasan dan kesucian. Dipimpin oleh Iman bt Md Yusuf dengan motto No retreat, No Surrender. xvii. Kadet Remaja Sekolah Puteri Kontijen yang juga hebat, kemas dan berdisiplin dengan berunifom Lengkap ialah kontingen Kadet Remaja Sekolah Puteri. Mempunyai semangat keberanian dan sanggup menghadapi cabaran dan rintangan. Kontinjen ini dipimpin oleh Nur Atikah bt Zulkaffly dengan motto mereka Ilmu, Iman dan Amal. (pause) Tunggu sehingga pasukan perbarisan terakhir selesai berkumpul di padang.

16

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

5. PERARAKAN MASUK BENDERA KEJOHANAN Sekarang Bendera Kejohanan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah diarak masuk . Bendera yang melambangkan semangat kesukanan ini dijulang penuh semangat kesukanan oleh wira-wira pilihan dari Kadet Remaja Sekolah untuk dikibarkan sepanjang kejohanan ini berlangsung. Wira-wira ini terdiri daripada :Staf Sarjan Kadet Cik Mohd Saiful nizam b Abd Mansor Sarjan Kadet Mohd Fareed b Mohd Fauzee Sarjan Kadet Mohd Fikri b Md Shuib Sarjan Kadet Muhd Shahir Arif b Shahrizan -(pelajar tunggu di tiang bendera)-

17
6. PERASMIAN

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha Tuan Pengetua untuk mengistiharkan perasmian pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah kali ke 19. Majlis mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

18

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

7. MENAIKKAN BENDERA KEJOHANAN

Hadirin sekalian, kini, bendera Kejohanan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah kali ke 19 akan dinaikkan dan akan berkibar sepanjang kejohanan berlangsung.

19

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

8. IKRAR KEJOHANAN Majlis diteruskan dengan menjemput Mohd Hafiy Naim b Ismail untuk mengetuai Ikrar Kejohanan diiringi Pembawa Bendera Kejohanan. Majlis seterusnya mempersilakan Tuan Pengetua untuk melepaskan sebanyak 19 ekor burung sebagai simbolik Kejohanan Balapan Dan Padang kali ke-19. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

20

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

9. TETAMU DUDUK MENYAKSIKAN ACARA KEJOHANAN

Majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Pen Kanan Ko Kurikulum untuk mengiringi ini. Majlis mempersilakan.. Tuan Pengetua kembali ke Pentas Utama bagi menyaksikan Acara Kejohanan pada petang

21

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

10. PERARAKAN KELUAR KONTINJEN

Mengumumkan perarakan keluar kontinjen-kontinjen dari arena perasmian kejohanan (muzik dimainkan)

22

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

11. PERTANDINGAN BERMULA Para pegawai yang bertugas diminta mengambil tempat di bahagian masingmasing. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, acara yang bakal disaksikan adalah acara balapan iaitu........................ Para peserta yang mengambil bahagian bagi acara ini ialah...................di lorong satu .........................(no di dada) ...................(nama) Kita alihkan perhatian ke scoreboard di mana keputusan sekarang......

23

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

Skrip persembahan waktu rehat. Hadirin sekalian, Kejohanan akan berhenti rehat sebentar untuk memberi laluan kepada semua atlet dan pegawai untuk berehat. Sementara itu, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan daripada para peserta silat dan tae kwan do. Dipersilakan.

24

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE-19 2011

SKRIP PENGACARAAN PESERTA BERKUMPUL MENGIKUT RUMAH SUKAN MASING-MASING Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua kontinjen masuk ke padang, dan berada di hadapan pentas utama untuk upacara penyampaian hadiah dan majlis penutup.

25

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

ALUAN PENGERUSI MAJLIS Yang Berusaha Tuan Haji Rozali Bin Hj Hashim, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Yang berusaha, Puan Hajjah Salmah bt Ishak Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah Yang berusaha, Penolon-Penolong Kanan,

26
Guru-Guru Kanan

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

Ahli-ahli JAwatankuasa PIBG, Para tetamu jemputan, Ahli-ahli jawatan kuasa dan pegawai kejohanan, Atlit-atlit yang mengambil bahagian, Hadirin dan hadirat sekalian.

27

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah ke upacara Perasmian Penutup Kejohanan Balapan Dan Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah kali ke-19 tahun 2011. Sesungguhnya kehadiran tuan amat berharga buat kami warga sekolah, khususnya anak-anak pelajar sekalian.

28

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

PENYAMPAIAN HADIAH Seterusnya hadirin sekalian, bagi menyempurnakan upacara Penyampaian Hadiah, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Rozali Bin Hj Hashim dengan diiringi oleh Tuan Pengetua untuk menyampaikan pingat-pingat kepada para pemenang. ( rujuk teks pengumuman penerima hadiah.. dapatkan senarai pemenang daripada pegawai berkaitan) Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih.

29

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

CENDERAHATI KEPADA VVIP Hadirin sekalian, majlis amat berbesar hati atas kehadiran Yang Berusaha Tuan Haji Rozali Bin Hj Hashim Ke Kejohanan Balapan dan padang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah pada tahun ini. Sebagai tanda penghargaan , majlis dengan ini mempersilakan Tuan Pengetua untuk menyampaikan cenderamata kejohanan kepada beliau. Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan .

30
PENUTUP

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian ! Untuk menyempurnakan penutupan Kejohanan Balapan Dan Padang pada kali ini, majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Rozali Bin Hj Hashim, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah untuk merasmikan penutupan kejohanan.

( selesai perasmian). Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

31

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

JEMPUT PENGETUA TERIMA BENDERA KEJOHANAN Seterusnya upacara Menurunkan Bendera Kejohanan. Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha Tuan Hj Johari Bin Jaafar Penolong Kanan Kokurikulum untuk mengiringi Yang Berusaha Tuan Pengetua Pn Salmah bt Ishak, bagi menerima bendera kejohanan.

32

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

UMUM UPACARA PENURUNAN BENDERA KEJOHANAN Bendera kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah akan diturunkan sebagai tanda berakhirnya kejohanan kali 19 yang penuh bermakna ini. Untuk itu, majlis menjemput Kadet Remaja Sekolah (KRS) untuk menurunkan bendera kejohanan , seterusnya dibawa untuk diserahkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua . Bendera ini akan dikibarkan lagi pada kejohanan kali ke-20 tahun hadapan, insyaallah. ( selesai penyerahan bendera ) Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan.

33

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

Dengan acara Penyerahan Bendera Kejohanan sebentar tadi, maka berakhirlah Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-19 sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah tahun 2011.

Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta yang berjaya. Kepada yang masih menangguhkan kemenangan teruskan usaha, jangan putus asa. Yakin boleh, anda boleh dan sememangnya SMKAK boleh insyaallah.

34

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

PENGHARGAAN Majlis juga merakamkan penghargan kepada semua yang terlibat menjayakan temasya kita pada kali ini Kami bagi pihak majlis memohon kemaafan seandainya terdapat kelemahan dan kekurangan semasa mengendalikan majlis ini. Semoga bertemu lagi pada tahun hadapan " majulah sukan untuk sekolah Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

35
PENGUMUMAN

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berusaha Tuan Haji Rozali Bin Hj Hashim, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

Ke kejohanan balapan dan padang smkak kali ke 19 bagi tahun 2011

36

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

Sebentar lagi, upacara penyampaian hadiah bagi acara .................................................................................... Akan dijalankan. Diminta para pemenang bagi acara tersebut bersedia untuk menerima hadiah.

PENYAMPAIAN HADIAH

37

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

Berikut ialah upacara penyampaian hadiah bagi acara ...................................................................................................... Majlis mempersilakan ...En / Puan ............................................................... Dengan diiringi oleh ................................................................ Untuk menyampaikan hadiah. Tempat ketiga disandang oleh; ............................ Naib Johan .............................................. Johan ...................................... Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada .....................................

Berikut ialah kedudukan pungutan mata setakat ini oleh pasukan rumah

38
sukan yang bertanding. ZUHAL ; ZUHRAH; UTARID; MARIKH;

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS

You might also like