P. 1
jpam

jpam

|Views: 155|Likes:
Published by Qabus Fayyadh

More info:

Published by: Qabus Fayyadh on Aug 24, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/24/2011

pdf

text

original

1.

1 OBJEKTIF Di sepanjang pengajaran dan pembelajaran, pelajar-pelajar dapat : Psikomotor : Melakukan ikatan dan simpulan Tindih Kasih, Manuk, Rama -Rama dan Buku Sila dengan teknik dan cara yang betul. Kognitif : Menyatakan secara lisan fungsi dan kegunaan ikatan dan simpulan mengikut situasi tertentu dengan betul. Afektif : Menunjukkan sifat bekerjasama dan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

ii. ikatan serong. Dipercayai penduduk Mesir menggunakan tali lebih kurang 5000 tahun yang lepas. simpulan tindih kasih. Tali digunakan pada sepanjang masa. dan papan untuk membuat jambatan. i.BAHAN BANTU MENGAJAR (IKATAN DAN SIMPULAN) 1. simpulan rama-rama. 1. pelajar-pelajar dapat : Psikomotor : Melakukan ikatan dan simpulan Tindih Kasih.2 PENGENALAN Simpulan dan ikatan telah digunakan sejak berabad-abad lamanya. ikatan silang gunting dan lilit balak iii. simpul himpit dan lilit dua simpul. Sukar di kesan. perhiasan dan kegiatan luar. menara dan sebagainya. tindih kasih. simpulan manuk.0 MAKLUMAT BAHAN BANTU MENGAJAR Tajuk pembelajaran yang dimuatkan dalam bahan bantu mengajar iaitu ikatan dan simpulan. Terdapat empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan. tiang bendera. Sambat (splicing) . Afektif : Menunjukkan sifat bekerjasama dan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. tiang. Contoh simpulan seperti buku sila. buluh.1 OBJEKTIF Di sepanjang pengajaran dan pembelajaran. siapakah yang mula-mula menggunakan simpulan dan ikatan ini. 1. Simpulan (knotting) Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. penggunaan khas. Ikatan (lashing) Ikatan digunakan untuk mengikat kayu. Contoh ikatan seperti ikatan seraya. tempat dan keadaan. Kognitif : Menyatakan secara lisan fungsi dan kegunaan ikatan dan simpulan mengikut situasi tertentu dengan betul. situasi penggunaan dan kesimpulan. Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis ikatan. simpulan buku sila. Manuk. seperti pelabuhan. Terdapat lapan sub topik dalam bahan bantu mengajar ini iaitu objektif. Rama-Rama dan Buku Sila dengan teknik dan cara yang betul. Digunakan pada benda-benda kecil dan sederhana. pengenalan.

1. iv. ampaian atau lain-lain gajet mengikut kreativiti kumpulan. dan mengikat khemah yang dilipat. 1. Simpulan ini berperanan sebagai penghubung kepada tali sebagai contoh mendirikan ampaian. Jika ikatkan simpulan rama-rama ini di hujung tali. Simpul ini mudah terikat di tengah sebuah tali apabila anda tidak memiliki tambatan akhir. ikatan lantai. mematikan simpulan pada anduh. ikatan silang nombor lapan. Gajet yang dibuat perlu menggunakan kemahiran simpulan dan ikatan yang telah dipelajari. tempat pinggan mangkuk. Setiap kumpulan dikehendaki membuat gajet seperti rak kasut. dan mudah terikat. Contoh sambat seperti sambat balik. 1. 1.Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang. ikatkan sebuah stopper knot bebas (contohnya simpulan angka no.5 SIMPULAN TINDIH KASIH Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut. 1. Contoh ikatan seperti lilit pemati biasa. tiang atau pancang.3 SIMPULAN MANUK Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak.6 SIMPULAN RAMA-RAMA Simpulan ini dianggap sebagai suatu simpulan yang paling selamat. ikatan silang gunting. Ia bertujuan supaya tali tidak terburai di hujungnya.8) ke hujung tali untuk memastikan keselamatan. sambat pendek dan sambat mata. lilit pemati selit dan sambat balik. kuat. Ia juga digunakan untuk mengikat benda-benda kecil seperti mengikat layar kapal. penyambung kepada khemah.4 SIMPULAN BUKU SILA Simpulan buku sila digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama besar dan merupakan simpulan yang tegap serta tidak mudah lucut.‡ Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya. Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet. bungkusan. Menyambung dua tali dengan menggunakan sambat adalah baik dan selamat semasa digunakan.8 KESIMPULAN . 1.7 SITUASI PENGGUNAAN Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi lima orang dalam satu kumpulan. Mematikan hujung tali (whipping) Seseorang pengakap tidak menggunakan tali sebelum tali itu di matikan.

Tindih Kasih. Manuk. Langkah 1 : Pengenalan i. Tali dan lembaran kerja) Set Induksi i. Video.Guru menerangkan jenis-jenis tali untuk membuat ikatan dan simpulan. Tajuk Pembelajaran : Rekreasi (Ikatan dan Simpulan). Kognitif : i) Menyatakan secara lisan fungsi dan kegunaan ikatan dan simpulan mengikut situasi tertentu dengan betul. LCD. Seraya dan Rama-Rama diberikan penekanan kerana ia merupakan kemahiran yang akan dipelajari. kehidupan seharian. dan mendaki agar menarik perhatian pelajar terhadap topik yang akan diajar. Berikut adalah rancangan pengajaran dan pembelajaran yang terkandung di dalam software ini. iv. mencari dan menyelamat serta bidang perkapalan dan sebagainya. memancing.Kemahiran ikatan dan simpulan Manuk. Slaid. seni. ii. Buku Sila (Reef Knot) dan Rama-Rama (Buterfly). Rama-Rama dan Buku Sila dengan teknik dan cara yang betul. pelajarpelajar dapat : Psikomotor : i) Melakukan ikatan dan simpulan Tindih Kasih. iii. Afektif : i) Menunjukkan sifat bekerjasama dan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.Guru menerangkan jenis-jenis ikatan dan simpulan serta fungsi dan peranannya mengikut keadaan. memancing. pengakap. Semua maklumat berkaitan sub tajuk pembelajaran terkandung dalam software ini berserta dengan paparan video yang memudahkan pelajar memahami dan mengikuti ansur maju dalam sesi amali. Persediaan guru : Alat bantu mengajar (Komputer.Secara kesimpulan ikatan dan simpulan dapat dibahagikan kepada beberapa penggunaannya seperti mendaki. (*Kesemua maklumat ditayangkan menggunakan slaid dengan gambar-gambar menyokong perincian penerangan oleh guru) .0 PROSEDUR PELAKSANAAN Prosedur pelaksanaan bahan bantu mengajar ini amat mudah dan mesra pengguna serta mempunyai maklumat pembelajaran yang berkesan. ii.Cara penjagaan tali juga diterangkan oleh guru kepada pelajar. Guru hanya perlu mengikut arahan yang tertera di software dalam proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Guru bertanyakan apakah kemahiran-kemahiran yang penting dalam situasi yang disaksikan oleh pelajar. Tindih Kasih (Bowline). Fokus Pembelajaran : Kemahiran ikatan dan simpulan Manuk (Clove Hitch). Objktif Pembelajaran : Di sepanjang pengajaran dan pembelajaran.Pelajar dipaparkan dengan gambar situasi perkhemahan. Pengetahuan awal murid : Pelajar pernah melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan. 2. Persediaan Pelajar : Tali.

Pelajar dipaparkan dengan langkah-langkah membuat ikatan dan simpulan Buku Sila.Guru memilih pelajar untuk menerangkan jenis ikatan dan simpulan yang dilakukan berdasarkan situasi yang dipaparkan.Setelah tayangan tersebut pelajar dikehendaki mengaplikasinya dengan mengikuti langkahlangkah yang disaksikan.Paparan diulang sekiranya pelajar tidak memahami cara membuat simpulan tersebut dan guru serta buddy system turut membantu kepada pelajar yang lemah. iv. guru menerangkan pula kemahiran ikatan dan simpulan seterusnya. guru menerangkan pula kemahiran ikatan dan simpulan seterusnya.Setelah kesemua pelajar dapat menguasi kemahiran tersebut. iii. ii. ii.Guru perlu memantau hasil kerja pelajar dan memberikan pengukuhan berkaitan fungsi dan peranan ikatan dan simpulan.Pelajar perlu membuat ikatan dan simpulan yang sesuai berdasarkan situasi yang dipaparkan melalui gambar dan video. guru menerangkan pula kemahiran ikatan dan simpulan seterusnya.Setelah tayangan tersebut pelajar dikehendaki mengaplikasinya dengan mengikuti langkahlangkah yang disaksikan.Setelah kesemua pelajar dapat menguasi kemahiran tersebut. iii.Paparan diulang sekiranya pelajar tidak memahami cara membuat simpulan tersebut dan guru serta buddy system turut membantu kepada pelajar yang lemah.Terdapat beberapa gambar situasi dan video yang memerlukan pelajar berfikir sebelum membuat keputusan jenis ikatan dan simpualan yang perlu dibuat berdasarkan paparan tersebut.Setelah tayangan tersebut pelajar dikehendaki mengaplikasinya dengan mengikuti langkahlangkah yang disaksikan. iv.Paparan diulang sekiranya pelajar tidak memahami cara membuat simpulan tersebut dan guru serta buddy system turut membantu kepada pelajar yang lemah.Langkah 2 : Ikatan dan Simpulan Manuk (Clove Hitch) i. ii.Setelah kesemua pelajar dapat menguasi kemahiran tersebut.Pelajar dipaparkan dengan langkah-langkah membuat ikatan dan simpulan Rama-Rama. iv.Paparan diulang sekiranya pelajar tidak memahami cara membuat simpulan tersebut dan guru serta buddy system turut membantu kepada pelajar yang lemah.Pelajar dipaparkan dengan langkah-langkah membuat ikatan dan simpulan Tindih Kasih. iii. ii. Langkah 3 : Ikatan dan Simpulan Tindih Kasih (Bowline) i.Pelajar dipaparkan dengan langkah-langkah membuat ikatan dan simpulan Manuk. Penutup . iii.Setelah kesemua pelajar dapat menguasi kemahiran tersebut. iv. iii. iv.Setelah tayangan tersebut pelajar dikehendaki mengaplikasinya dengan mengikuti langkahlangkah yang disaksikan. Langkah 4 : Ikatan dan Simpulan Rama-Rama (Buterfly) i. guru meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan situasi sebenar melalui paparan. Kemuncak i. ii. Langkah 5 : Ikatan dan Simpulan Buku Sila (Reef Knot) i.

iii. Semasa pelajar melakukan tugasan. grafik animasi dan sebagainya.Guru memilih pelajar secara rawak untuk menunjukkan ikatan dan simpulan yang telah dipelajari dan membuka soalan kepada pelajar sekiranya terdapat kemuskilan. Kaedah Kuliah Kaedah kuliah digunakan oleh guru secara aktif yang mana semasa penyampaian pelajar dibenarkan untuk bertanya sekiranya terdapat kemusykilan dan permasalahan berkaitan dengan tajuk pembelajaran. 1968). ii. iv. objektif atau matlamat tugasan yang diberikan. 3. Melalui pendekatan dapat mengembangkan tahap kognitif sekaligus memupuk pembangunan arah kendiri. paparan slaid. Guru perlu menyampaikan maklumat penting sahaja dan ia perlu disokong oleh bahan bantu mengajar. iii. Kaedah Demonstrasi atau Tunjuk Cara Kaedah ini membolehkan pelajar melihat secara langsung sesuatu tugasan dilaksanakan sekaligus mengetahui cara. Hasil daripada paparan tersebut pelajar dapat melihat sendiri contoh sesuatu kemahiran atau prosedur sebenar dilaksanakan dan secara tidak langsung pelajar dapat mengikuti contoh yang telah diperhatikan dengan baik. pelajar dikehendaki menyesuaikan tugasan dengan situasi yang diberikan oleh guru.Guru bertanyakan soalan kepada pelajar berkaitan ikatan dan simpulan yang telah dipelajari. i. Penerangan awal hanya maklumat penting sahaja dan selebihnya pelajar perlu melakukan tugasan secara maksimum. Penemuan Terbimbing Hasil daripada pemerhatian dan amali yang dilakukan oleh pelajar. 4.i. guru perlu memantau dan memberi teguran sekiranya ada kesalahan yang dilakukan. teknik.0 FAEDAH BAHAN BANTU MENGAJAR Terdapat beberapa faedah penggunaan bahan bantu mengajar ini yang mana diharapkan ia . Bagi menjadikan maklumat yang disampaikan menarik. guru perlu menggunakan kreativiti dalam bahan bantu mengajar seperti video. namun pelajar perlu melakukan tugasan secara kendiri yang mana pelajar dapat menilai sendiri tugasan yang dilaksanakan. Maklumat yang ingin disampaikan boleh ditunjukkan melalui video.0 STRATEGI PELAKSANAAN Strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bahan bantu mengajar ini melalui tiga kaedah iaitu secara kuliah. ii. Kaedah ini dikenali sebagai penemuan terbimbing atau kaedah limitasi (Bilbrough & Jones. Dengan kaedah ini ia dapat memberikan pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan. grafik dengan iringan muzik agar ia menjadi lebih menarik minat pelajar. tunjuk cara atau demostrasi dan berasakan pelajar (kendiri). Interaksi dua hala perlu diwujudkan agar pembelajaran aktif dapat diterapkan.Guru memberikan lembaran kerja berkaitan kemahiran ikatan dan simpulan yang dipelajari untuk diselesikan oleh pelajar di rumah sebagai pengukuhan pembelajaran. Buddy system juga berperanan dalam membantu pelajar belajar kemampuan pelajar dalam melaksanakan tugasan yang adalah berbeza. mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Berasaskan Pelajar (Kendiri) Walaupun semasa proses penerangan kaedah kuliah digunakan.

E. guru perlulah mengikut arahan yang tertera dalam software agar proses pengajaran dan pembelajaran akan memberikan hasil yang bermakna. v.dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta memberikan hasil yang baik kepada pelajar dan guru. Falsafah pengajaran berfokuskan pelajar menghasilkan pelajar yang bertanggungjawab terhadap pembelajarannya. Penggunaan bahan bantu mengajar ini juga dapat mewujudkan pembelajaran kendiri dan meningkatkan motivasi serta memberi peluang yang sama terhadap semua pelajar yang mempunyai pelbagai keupayaan. iii. Penggunaan komputer dalam bahan bantu mengajar ini dapat menimbulkan minat pelajar dan daya usaha para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan berusaha dan berfikir dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan sekaligus membentuk pembangunan kognitif pelajar.Mencetuskan satu perbincangan yang menarik di kalangan pelajar dan guru. iv.Membolehkan para pelajar berdikari dalam melakukan aktiviti tertentu untuk memenuhi sebarang tugasan. Penggunaan bahan bantu mengajar ini memberi manfaat kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana menjimatkan masa serta dapat digunakan masa pengajaran secara keseluruhan. ii.Menyediakan satu panduan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang mudah serta dapat mengoptimumkan penggunaan masa guru dan pelajar. Guru akan menyediakan masalah dan masalah tersebut akan diselesaikan oleh pelajar. . Bagi menggunakan bahan ini.Memberi pengetahuan dan kemahiran mengenai kepentingan dan komponen sistem komputer dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kepada guru.Memberikan keselesaan kepada pelajar untuk belajar dan meneroka ilmu pengetahuan secara berkesan. i. PENUTUP Secara kesimpulannya bahan bantu mengajar ini sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ikatan dan simpula.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->