P. 1
Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

|Views: 112|Likes:
Published by chiyikomoshi

More info:

Published by: chiyikomoshi on Aug 24, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/24/2011

pdf

text

original

MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR

PUNCA-PUNCA

MASALAH

DISIPLIN

MURID

SEKOLAH

BERLAKU

Setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab dan alasan tertentu. Begitu juga dengan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid sekolah. Punca utama masalah disiplin murid sekolah timbul ialah diri murid itu sendiri. Personaliti setiap murid adalah berbeza. Masalah disiplin sering ditimbulkan oleh murid yang mempunyai sikap agresif dan bersifat ekstravert. Murid yang sangat aktif dan gemar berinteraksi dengan murid lain cenderung untuk melanggar peraturan yang ditetapkan terutamanya semasa di dalam bilik darjah. Contohnya, membuat bising serta menganggu pelajar lain dan secara tidak langsung turut menjejaskan proses pembelajaran di dalam kelas. Hal yang demikian turut berlaku dalam kalangan pelajar yang bersifat agresif iaitu mereka sering dan mudah bertindak ganas seperti cepat marah. Mereka ini juga kadang-kadang sengaja untuk menimbulkan kenakalan agar mereka ini mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya daripada guruguru ,rakan-rakan, dan ibu bapa. Pada asasnya individu yang berkelakuan melanggar peraturan mempunyai keperluan emosi yang tidak dapat dipenuhi. Selain itu, perasaan iri hati dan tersingkir di rumah, sekolah, dan persekitaran yang kerap mendorong berlakunya tingkah laku yang menyimpang terhadap diri dan juga orang lain. Hal yang demikian berlaku kerana kekurangan keupayaan bagi melaksanakan sesuatu dan juga kerana faktor sosial yang ada di sekitar mereka yang boleh melumpuhkan kehendak. Masalah disiplin bukan sahaja berpunca daripada sikap murid malah turut berpunca daripada kaedah pengajaran dan bahan yang tidak sesuai. Bahan pengajaran yang terlalu bersifat lama dan formal akan menimbulkan kebosanan dalam kalangan pelajar. Hal yang demikian kerana bahan tersebut tidak dapat menarik perhatian pelajar dan terlaku sukar untuk diikuti serta difahami oleh pelajar. Contohnya dapat dilihat apabila guru hanya menggunakan kaedah pengajaran seperti membaca, menulis, dan berkomunikasi sehala semata-mata. Keadaan yang bosan akan mendorong pelajar untuk memberontak. Contohnya,

murid sekolah cenderung untuk ponteng sekolah. Sekiranya dilihat daripada aspek pelajar. didapati berlakunya corak persahabatan dalam kalangan murid yang tidak sihat. Tingkah laku seperti ini akan menjejaskan perhubungan yang baik dalam kalangan pelajar itu sendiri. membuat bising. mereka perlu melibatkan pelajar-pelajar dalam aktiviti . masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah berpunca daripada keadaan fizikal bilik darjah atau kelas yang selesa dan teratur. pelajar mudah mengantuk dan sukar memberi tumpuan kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang guru berikan. Keadaan fizikal bilik darjah yang terlalu panas dan terlalu sesak boleh mendorong timbulnya masalah disiplin. suasana sosioemosi yang kurang sihat juga turut mendorong dan menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. sikap pelajar itu sendiri yang mengamalkan sosiemosi yang kurang sihat turut menyebabkan masalah disiplin. Sehubungan dengan itu. pengcahayaan yang tidak cukup seperti bilik yang gelap. Golongan yang bersifat sebegini perlu diber bantuan yang sewajarnya agar masalah disiplin dapat dikurangkan. Sekiranya mereka tidak selesa dengan kerusi dan meja yang kurang sesuai. emosi yang tertekan akan menjejaskan keupayan pelajar untuk menerima input pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Contohnya seperti perasaan bimbang. Keadaan ini akan mewujudkan suasana atau situasi emosi pelajar yang tidak menentu dan tertekan. dan cahaya yang tidak mengcukupi turut menyebabkan berlakunya masalah disiplin. menganggu pelajar lain. dan gemuruh yang melampau. Berdasarkan situasi dan kedaan ini. Disamping itu. ponteng kelas. maka wujudlah situasi atau kelompok tertutup. dan sebagainya. takut. Guru yang bersifat autokratik dan dominan akan menyebabkan murid sentiasa berada dalam keadaan emosi yang tidak selesa dan tertekan. murid tersingkir. Selain itu. dan juga pasangan murid adalah pilihan masing-masing. maka kesempatan untuk menimbulkan masalah disiplin akan diwujudkan. Ekoran daripada itu. Sebagai seorang guru. Di samping itu juga. Selain suasana sosioemosi yang kurang sihat seperti yang ditunjukkan oleh guru-guru. perasingan.

Keadaan kesihatan murid yang sihat dan baik dapat mengurangkan masalah disiplin murid kerana membantu pelajar untuk memberikan tumpuan yang lebih semasa proses pembelajaran dijalankan. Antara yang lain ialah. Kualiti guru merupakan salah satu punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. tenteram. sikap dan harapan guru yang terlalu menekan pelajar menyebabkan masalah disiplin. Selain itu. Guru yang berinisiatif serta kreatif. Guru-guru yang melabelkan . dan sebagainya yang akan menganggu tumpuan pelajar. Suasana yang sihat . menggunakan bahan dan alat bantu mengajar yang menarik dapat mengambil hati pelajar untuk menumpukan perhatian dan mengurangkan masalah disiplin pelajar. Hal yang demikian amat berbeza pula jika dibandingkan dengan keadaan murid yang tidak sihat kerana mereka mudah berasa tertekan. gelisah. dan harmonis akan menyediakan suasana yang menggalakkan proses pembelajaran di sekolah. Persediaan guru amat penting bagi menjamin ketenteraman serta disiplin murid-murid. emosi tidak stabil. Seterusnya. Antara perkara yang menggalakkan masalah disiplin berlaku adalah organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengaliran murid mengikut pencapaian. Masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah juga berpunca daripada persekitaran sekolah itu sendiri. letih. Selain itu. pihak berkuasa yang terlalu menekankan peperiksaan juga menyumbang berlakunya disiplin murid sekolah sekiranya dilihat pada aspek persekitaran sekolah. masalah disiplin berlaku apabila murid mudah berasa marah dan bertindak dengan melanggar peraturan sekolah seperti bergaduh dan tidur di dalam kelas. bentuk dan struktur ganjaran dan hukuman. Berdasarkan faktor ini. Guru yang bersikap kurang tegas serta tidak tetap pendirian turut sukar untuk mendapat penghormatan murid-murid dan guru seperti ini amat sukar untuk mengawal murid-murid di bawah jagaannya. mereka juga mudah berasa rimas atau tidak selesa.berkumpulan. faktor atau permasalahan kesihatan pelajar juga merupakan punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah. Keadaan ini turut member kesan kepada guru untuk menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada murid dengan lebih berkesan.

merosakkan harta benda sekolah serta menganggu rakan-rakan lain. Pelajar atau remaja lebih gemar menceritakan masalah dan perasaan mereka kepada rakan. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk anak-anak walaupun mereka mendapat pendidikan disekolah. ponteng kelas dan sekolah serta melanggar peraturan yang lain. rakan sebaya amat berpengaruh dalam membentuk personaliti . Bilangan murid yang ramai menyukarkan pengawalan pelajar. Tindakan mereka ini menyebabkan perhatian terhadap anak-anak terabai. rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada pelajar. Ibu bapa zaman sekarang kebanyakkan mementingkan pekerjaan atau wang. Rakan sebya merupakan orang yang paling rapat selain ibu bapa.sesetengah pelajarnya seperti pelajar yang bodoh dan malas akan menyebabkan motivasi pelajar menurun dan jatuh. Murid-murid yang kecewa pula akan mencuba mendapatkan perhatian guru dengan cara menimbulkan kenakalan. Selain itu. Punca yang seterusnya ialah keluarga. Pelajar ini akan melepaskan tekanan di sekolah seperti merosakkan harta benda sekolah. ibu bapa yang kurang memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak menyebabkan pelajar berani melakukan kesalahan tanpa ditegur dan dimarahi oleh ahli keluarga. Persekitaran sekolah seperti bilangan pelajar yang terlampau ramai secara tidak langsung juga mewujudkan suasana yang membenarkan berlakunya masalah disiplin. Rakan-rakan yang baik akan memdorong rakannya yang lain mengikut tingkah laku dan norma-norma yang sering dilakukan. Rakan sebaya tidak kurang hebatnya dalam mempengaruhi masalah disiplin murid dalam sekolah. Kadangkal ada anak-anak lebih rapat dengan pembantu rumah daripada ibu bapa mereka sendiri. bergaduh. Hal yang demikian turut berlaku kepada pengaruh pelajar yang negative yang akan mendorong rakannya untuk turut bersikap sedemikian. Ekoran itu. Kebanyakkan pelajar bermasalah sering mengalami masalah keluarga. Masalah keluarga sering kali dibawa ke sekolah oleh anak-anak atau pelajar. Justeru itu. Murid-murid yang rendah motivasinya lebih cenderung untuk melakukan masalah disiplin.

Dari aspek ini. Rutin yang . Matlamat utama ialah membentuk disiplin kendiri yang baik iaitu disiplin yang datang dari kerelaan dan kesukaan hati pelajar sendiri dan bukan kerana paksaan atau perasaan takut. mengedarkan bahanbahan pengajaran dan sebagainya. nilai. Guru mempunyai peranan dan tanggungjawab bukan sahaja setakat mengajar tetapi juga mendidik dan mengurus bilik darjah. bersopan santun. Guru membentuk sikap.pelajarnya.pelajar. Bagi mencapai matlamat ini. dan akhlak pelajar. Pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin lebih terdorong untuk melakukan masalah disiplin. tekun. maka secara tidak langsung akan mempengaruhi rakannya. sering berlaku masalah kecurian yang dilakukan oleh pelajar yang kurang berupaya dari segi ekonomi.aktiviti bilik darjah seperti menanda kedatangan.pelajar melalui pembentukan disiplin yang baik. di sekitar sekolah mahupun di luar sekolah. Sekiranya nilai rakan sebayanya rajin. berbudi bahasa. pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin sering dipinggirkan dan dihina. berdedikasi dan bersikap positif semasa berhadapan dengan pelajar. selain itu. Guru juga boleh memainkan peranan dalam melaksanakan disiplin sekolah. bertimbang rasa. bersimpati. guru hendaklah menunjukkan contoh disiplin yang baik atau ³role model´ kepada pelajar seperti bertatatertib.pelajar mereka sama ada di dalam bilik darjah. Akhir sekali ialah berpunca daripada kemiskinan. menhormati orang lain dan sebagainya. Ekoran itu akan menimbulkan perasan tidak puas hati yang boleh menyebabkan berlakunya masalah disiplin. peranan guru adalah penting kerana guru mempunyai hubungan yang rapat dengan pelajar. PERANAN GURU DALAM MELAKSANAKAN DISIPLIN SEKOLAH Segala tindakan disiplin dan tatacara dijalankan oleh guru besar atau pengetua sekolah. Hal yang demikian kerana mereka tidak mampu untuk mendapatkan sesuatu. Rutin menjimatkan masa dan tenaga dan salah satu cara yang sistematik untuk menjalankan aktiviti. Contohnya. lalu menggunakan perkara yang salah. Guru atau pengurus bilik darjah yang berkesan biasanya menggunakan rutin.

Cara ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar meluahkan masalah sama ada dari aspek akedemik atau peribadi. kelab dan persatuan membantu pelajar mendisiplinkan diri dan bertanggungjawab atas diri sendiri. Kegiatan kokurikulum pula seperti persatuan unit beruniform. Guru yang bijaksana akan cuba mendengar masalah.masalah disiplin dan akan menghindari dari melakunya. Jawatan. masa dan tingkahlaku serta memperbaiki cara atau skil perhubungan di mana guru bertindak sebagai pemerhati atau pembimbing sebagai rujukan utama pelajar jika terdapat sebarang masalah. maka penyiasatan hendaklah dijalankan dan usaha perlu diambil untuk mewujudkan suasana yang riang dan mesra supaya pengajaran-pembelajaran(P & P) berjalan dengan berkesan. Guru hendaklah membantu pelajar. toleransi dan sebagainya selain dapat mengurangkan bilangan masalah disiplin di sekolah.pelajar membentuk disiplin arahan diri. Pelajar sepatutunya bertanggugjawab atas tingkahlakunya dan bersikap berdikari. Amalan ini dapat memupuk nilai. Peranan guru disiplin pula ialah membantu guru besar atau pengetua sekolah menyediakan peraturan-peraturan sekolah dan memastikan peraturanperaturan tersebut dipatuhi sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar .dilaksanakan oleh guru dapat mengelakkan kekeliruan.pelajar yang lain. Pelajar yang bertanggungjawab akan menyedari kesankesan negatif yang ditimbulkan oleh masalah.pelajarnya. pengawas. Guru hendaklah berusaha mewujudkan perhubungan yang mesra dengan pelajar. pertengkaran dan masalah disiplin yang lain di kalangan pelajar dapat dielakkan. Dari segi sosioemosi pula. perpustawan dan sebagainya dapat membantu pelajar membina sifat tersebut dengan kehadiran guru sebagai ketua atau penyelaras. jika didapati pelajar tidak diterima oleh kelompok pelajar.masalah tersebut serta berempati dengan pelajar berkenaan dan berusaha untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapinya. ambil berat.jawatan seperti ketua kelas. Perhubungan sedemikian menggalakkan komunikasi di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar.nilai murni di kalangan pelajar seperti tolong menolong.

pengawas sekolah yang telah dilantik melakukan tugas. guru disiplin memainkan peranan penting sebagai pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibubapa/penjaga ketika mengendalikan masalah disiplin selain menjalankan hukuman disiplin jika diarahkan oleh pengetua.pelajar mendapat panduan yang betul dalam mengharungi kehidupan. Peranan lain .guru dan pengetua sekolah di dalam hal disiplin pelajar.guru lain di antara ahli.aktiviti selain dari program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) seperti ceramah kerjaya.aktiviti kokurikulum serta mengadakan peraturan.pelajar yang mempunyai masalah disiplin mahupun dengan pelajar.pelajar dan guru. Guru disiplin sama. Selain itu. Guru disiplin juga menjadi penyelaras di antara guru.guru lain ketika menyelasaikan masalah. taklimat menguruskan masa dengan betul.tugas mereka sebagai pengawas dengan baik dan tidak lupa akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar sekolah. Peranan guru kokurikulum ialah menyediakan jadual aktiviti. nasihat dan pandangan kepada guru disiplin dan guru. Selain itu.sekolah.pelajar. Peranan lain sebagai guru disiplin ialah mengawasi dan membimbing pengawas. kempen kesedaran dan sebagainya supaya pelajar.sama membantu guru besar atau pengetua sekolah mewujudkan semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan pelajar. pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis. Guru bimbingan dan kaunseling boleh menganjurkan aktiviti. guru bimbingan dan kaunseling membantu guru disiplin dan pengetua sekolah membina perhubungan dengan ibubapa/penjaga pelajar yang mempunyai masalah disiplin.masalah disiplin. Selain itu.peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaannnya. Guru bimbingan dan kaunseling seharusnya menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling sama ada dengan pelajar.pelajar yang tidak mempunyai masalah disiplin dengan bertujuan mewujudkan tingkahlaku yang baik serta membimbing mereka ke jalan yang betul. guru kokurikulum juga menjadi penyelaras dan panduan kepada guru. Guru bimbingan dan kaunseling juga memainkan peranan utama dalam memberi kerjasama.guru sekolah.ahli persatuannya dengan guru disiplin/pengetua ketika masalah disiplin timbul dalam persatuan.

ia berbeza dari segi perkaedahan. bukanlah kerana menyukai sesuatu tugas itu. Ganjaran bertujuan mewujudkan tingkahlaku yang positif dengan mengaitkannya dengan perasaan keseronokan manakala dendaan atau hukuman dilakukan untuk mencegah sesuatu tingkahlaku yang tidak diingini dengan mengaitkannya dengan rangsangan yang menyakitkan. Walaubagaimanapun. Ini selaras dengan matlamat pendidikan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani. digunakan bersama. Hukuman juga mempunyai kebaikan dan kelemahannya.sama .kebaikan hukuman ialah ia bertindak sebagai pencegah. hanya beberapa pelajar cerdas sahaja yang akan mendapat ganjaran iaitu mereka yang tidak perlu dimotivasikan dengan kuat selain menggalakkan sikap yang salah(tanpa hadiah. GANJARAN DAN HUKUMAN Objektif bagi konsep ganjaran dan hukuman adalah sama iaitu untuk mewujudkan tingkahlaku yang membina dan positif. Tetapi.ialah guru kokurikulum mengatur acara yang menarik dan berfaedah untuk persatuannya serta memupuk bakat dan potensi di kalangan pelajar. rohani dan intelektual. hukuman yang dikenakan mungkin tidak menghasilkan kesan yang diingini. Kebaikan melaksanakan konsep ganjaran ialah ia mewujudkan kaitan yang seronok dengan tingkahlaku yang positif dan dengan itu menggalakkan tingkahlaku itu berulang.pelajar supaya mereka tidak hanya tertekan dengan pelajaran dan akedemik sahaja serta mengelakkan bakat dan potensi mereka tidak terpesong ke arah negetif. Konsep ganjaran juga mempunyai kelemahan seperti ia menggalakkan pelajar menipu dan biasanya ia adalah ekstrinsik dalam menggerakkan pelajar memenangi hadiah. Konsep ganjaran juga menggalakkan pelajar-pelajar berminat terhadap pelajaran dan mengekalkan moral yang tinggi. Hukuman bertindak sebagai satu bentuk disiplin dan berguna sekiranya ia merupakan satu akibat semulajadi disebabkan tingkahlaku yang salah. emosi. Di antara kebaikan. pelajar mungkin tidak akan berikhtiar lagi). Dalam kebanyakan kes.

catatan hendaklah dibuat dalam satu buku rekod khas. Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan kecuali ke atas pelajar perempuan tertakluk kepada syarat.peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Hukuman.dengan ganjaran dan pelajar²pelajar akan menyedari bahawa yang dihukum ialah tingkahlakunya yang tidak diingini dan bukanlah dirinya. Selepas hukuman dera dikenakan. tarikh dan tandatangan pengetua dan seorang guru yang menjadi saksi. Hukuman penggantungan boleh dan dikategorikan kepada biasa. peluang hendaklah diberi kepada pelajar untuk menafikan tuduhan yang dibuat terhadapnya. menghisap rokok dan meminum minuman keras. Hukuman dera atau rotan adalah berkesan dijalankan sebaik. penahanan. Jika hukuman penggantungan dibuat sebagai satu hukuman. pembuangan hukuman- hukuman melibatkan pelajar. bahagian anggota yang dirotan.pertubuhan haram dan melawan pihak. Hukuman dera juga boleh dijalankan oleh seorang guru yang berdaftar yang telah diberi kuasa oleh pengetua atau guru besar. Butiran.butiran seperti bilangan pukulan. denda dan amaran.pihak berkuasa. menyertai pertubuhan.hukuman biasa termasuklah hukuman dera.pelajar yang mempunyai disiplin yang teruk atau kesalahan yang berat seperti membawa senjata yang merbahaya untuk mengancam nyawa orang lain. Hukuman penggantungan adalah bersifat sementara sahaja.baik sahaja sesuatu salah laku dilakukan oleh pelajar. Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan yang ringan dan pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di punggung yang dilapik pakaian. sebab. pelajar berkenaan hendaklah diberi kesedaran bahawa hukuman itu adalah dibuat untuk kepentingan dan kebajikannya sendiri. . Kesan hukuman dera bukan sahaja berfungsi sebagai pencegah kepada yang lain tetapi yang penting ialah kesannya ke atas pesalah itu sendiri.syarat yang dinyatakan dalam Peraturan.sebab. Ia merupakan satu arahan di mana seseorang pelajar itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah atau menikmati sesuatu kemudahan sekolah. Setelah hukuman dera dikenakan.peraturan sekolah. kerap melanggar peraturan. hukuman Hukuman pembuangan. merosakkan atau membinasakan harta sekolah.

guru hendaklah mematuhi beberapa langkah dalam menyelesaikan masalah-masalah disiplin. membersihkan tandas dan surau.satu tuduhan itu dan guru hendaklah menyedarkan pelajar berkenaan kesalahannya dengan memberi hukuman sepatutnya. Langkah seterusnya ialah memastikan suasana adalah tenang di antara guru dan pelajar sebelum menjalankan penyiasatan.pelajar nakal dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya. dan sebagainya. Tujuan penahanan ialah mencegah pelajar berkenaan dan pelajar. Pelajar yang terlibat hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan tentang satu. Guru hendaklah mengelakan diri daripada menghukum semata- . TATACARA MENYELESAIKAN MASALAH DISIPLIN Guru.pelajar lain daripada menonjolkan tingkahlaku antisosial. Hukuman denda secara fizikal seperti berdiri atas bangku. Ketika menghukum pelajar. guru hendaklah mempunyai tujuan menolong pelajar yang bersalah untuk memperbaiki tatakelakuan dan cara hidupnya yang tidak berdisiplin. tekan tubi dan sebagainya.Hukuman penahanan merupakan satu proses menafikan pelajar.buru tanpa penyiasatan. Hukuman denda boleh dikenakan sama ada secara fizikal mahupun kemampuannya. Amaran dikenakan apabila didapati salah laku pelajar berkenaan adalah kecil dan oleh itu tidak perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. bukan oleh ibubapanya. Hukuman denda dengan kemampuan seseorang pelajar untuk membayar perlu dipertimbangkan. Guru hendaklah ketepikan nafsu marah dan elakkan daripada membuat keputusan atau kesimpulan yang terburu. Semasa dalam penahanan. Arahan penahanan sepatutnya menentukan masa dan jumlah jam seseorang pelajar itu ditahan. Adalah penting bagi denda itu supaya sejajar dengan wang saku pelajar berkenaan dan dibayar oleh pelajar berkenaan. Cara ini akan menyebabkan pelajar itu merasakan bahawa dirinya dihukum. pelajar yang berkenaan hendaklah menjalankan sesuatu aktiviti yang berfaedah dan membina seperti membersihkan persekitaran sekolah. Setiap kesalahan hendaklah dianggap secara objektif.

.kes berat seperti penyalahgunaan dadah. Jika masalah bersabit dengan kes.mata dan hukuman tidak seharusnya berbentuk kejam. pencurian dan jenayah yang lain. Mereka perlu tahu sebab-sebab pelajar tersebut dihukum. Punca yang menyebabkan masalah disiplin perlu dikaji kerana masalah disiplin tidak akan dapat diatasi dengan hukuman semata. Adalah lebih baik sekiranya hukuman dapat menghasilkan sesuatu daripada denda. penghinaan atau kritikan kerana ini akan menimbulkan perasaan dendam dan kehilangan rasa hormat terhadap guru. Kadar hukuman itu haruslah selaras dengan kadar kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut. Hukuman secara beramai.kesan hukuman hendaklah dinilai sebelum dan selepas oleh guru. Hukuman perlulah tekal dan dianggap adil. peras ugut.mata untuk melepaskan geram. Jika usaha untuk mengubah kelakuannya gagal. Kesan. bantuan pegawai kebajikan sekolah hendaklah diperoleh. Hukuman perlu difahami oleh pelajar berkenaan dan pelajar-pelajar lain sebagai adil dan berpatutan. Ada pelajar yang sengaja inginkan hukuman untuk mendapatkan perhatian atau status di kalangan kawan sebaya. Guru tidak seharusnya memberi kerja kelas seperti kerja menulis atau mengira sebagai denda kepada pelajar. kesalahan pelajar perlulah dimaafkan dan tidak patut disebut lagi. Ini adalah kerana sikap pelajar-pelajar terhadap hukuman adalah berbeza. guru bolehlah meminta bantuan guru kaunseling untuk menyiasat punca masalah disiplin pelajar. Jika masalah disiplin ada kaitan dengan masalah ekonomi keluarga. guru besar atau pengetua haruslah diberitahu. Hukuman merotan dan menampar pelajar haruslah dijauhi.ramai seperti menahan seluruh kelas disebabkan kesalahan seorang atau beberapa pelajar harus dielakkan kerana tindakan ini akan menimbulkan perasaan dendam di kalangan pelajar-pelajar yang tidak bersalah. kerjasama ibubapa atau penjaga pelajar hendaklah diminta untuk menyelesaikan masalah itu. Setelah hukuman dilakukan. Jika masalah berkaitan dengan keluarga atau hal peribadi pelajar.

LANGKAH. setiap pelajar akan dapat menikmati kejayaan yang mereka usahakan. Tambahan. Oleh itu.pelajar berbeza dari segi kebolehan. Aras aspirasi bagi setiap pelajar haruslah realistik. guru haruslah mempelbagaikan kaedah pengajaran serta banyak menggunakan alat bantu mengajar seperti radio.pelajar seperti manusia biasa. minat dan bakat. Justeru. Apabila para pelajar meminati pelajaran. Guru hendaklah membantu mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat supaya proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) berjalan dengan lancar. Selain itu. kebanyakkan guru hanya memberi pujian kepada mereka yang memperoleh markah tinggi sahaja manakala mereka yang kurang cerdas . Tetapi. guru haruslah memberi perhatian terhadap perbezaan individu. slaid dan sebagainya untuk menarik minat belajar. Penyertaan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran-pembelajaran hendaklah sentiasa digalakkan supaya mereka tidak berasa bosan dan gelisah.LANGKAH MENGATASI MASALAH DISIPLIN Guru hendaklah memastikan semua pelajar sentiasa memenuhi masa mereka dengan tugasan yang berfaedah iaitu dengan memberi kerja tambahan kepada pelajar-pelajar yang cerdas dan memberi layanan individu kepada pelajar yang lemah. kaedah mengajar hendaklah berlainan agar sejajar dengan kebolehan pelajar supaya mereka tidak berasa disisihkan. Pelajar. Kebolehan pelajar-pelajar yang berbeza menyebabkan pencapaian yang berbeza. Layanan yang baik yang diberikan akan merapatkan perhubungan guru dengan pelajar. televisyen.pelajar tidak akan bosan dan mengurangkan risiko melakukan masalah disiplin. guru perlu menggalakkan pelajar-pelajar agar bersaing dengan dirinya sendiri dan bukanlah dengan pelajar-pelajar yang lain. Dengan cara ini. Perhubungan yang rapat ini boleh menghindarkan para pelajar daripada menimbulkan masalah. maka kemungkinan mereka menimbulkan masalah disiplin berkurangan. Guru hendaklah menghormati pelajar. Ini bermakna guru perlu memberikan kepujian dan pengakuan kepada setiap pelajar yang menunjukkan kemajuan. Dengan cara ini pelajar.

ahli masyarakat kepada norma.diabaikan. Hukuman dera tidak seharusnya digunakan. peradaban akhlak. Perasaan dendam dan benci ini boleh membawa kepada masalah disiplin yang lebih teruk lagi.norma masyarakat di luar sekolah dan mempraktikkan norma. Ia akan menimbulkan perasaan benci kepada guru dan seterusnya terhadap sistem persekolahan. Guru seharusnya meluangkan masa untuk mendengar masalah.peraturan yang telah ditetapkan agar proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki oleh matlamat pendidikan negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara (FPK). tatasusila. Kesannya. . Dari segi pendidikan. KESIMPULAN Disiplin melibatkan norma dan nilai serta berhubungkait dengan tatatertib. pelajar berkenaan haruslah diberi peluang untuk menafikan tuduhan itu. kesopanan. mereka lebih cenderung melakukan masalah disiplin untuk menarik perhatian guru.masalah pelajar. Guru haruslah bermesra dengan pelajar tetapi tegas dan tenang apabila berhadapan dengan mereka. keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang mengikuti peraturan yang diterima oleh masyarakat.norma masyarakat menerusi dua cara iaitu mengenalkan norma. disiplin adalah mengorientasi ahli. Jika hukuman dera terpaksa dilakukan demi kebaikannya. Sesi kaunseling yang dijalankan oleh guru boleh meliputi aspek akedemik. kerjaya dan peribadi supaya masalah yang dihadapi dapat dikurangkan dan perasaan kecewa tidak mungkin dialami oleh pelajar.norma masyarakat di sekolah dengan peraturan. negara dan agama.norma masyarakat itu. Sekolah mengusahakan supaya menghayati norma. bersifat rasional.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->