You are on page 1of 21

PENDIDIKAN ISLAM 2011

IBNU SINA

Pendahuluan  Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi.  Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqah, dan perubatan.  Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.  Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Riwayat hidup Aspek Nama Gelaran Tarikh lahir Tempat lahir Keturunan Tarikh meninggal dunia Tempat meninggal dunia Keterangan Hussain bin Abdullah bin Al Hassan bin Ali bin Sina Ibnu Sina dan Avicenna (barat) sekitar 980 M atau 370 H Asyfanah, Bukhara, Turkistan Turki 428 H atau 1037 M Hamazan

Selepas bapanya meninggal dunia pada tahun 390 H bersamaan 1000 M, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai dan Hamazan. Pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung amir Ala ad-Daulah di Asfahan.

PENDIDIKAN ISLAM 2011


Sifat peribadi Tekun mempelajari ilmu Taat beragama Pintar Inovatif  Pernah membaca buku Metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali.  Sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah.  Berjaya menguasai pelbagai ilmu Naqliah (ilmu agama) ketika berusia 18 tahun.  Melakukan banyak penyelidikan dan menghasilkan karya dalam bidang ilmu terutama ilmu perubatan.

Pendidikan k Mula mempelajari al-Quran semenjak berusia 5 tahun. k Menghafaz al-Quran ketika berumur 10 tahun. Bidang ilmu Fiqah dan Tasawuf Hisab dan Prinsip-prinsip Geometri Falsafah Sains dan Astronomi Guru Ismail al Zahid Muhammad al Masah Abu Abdullah Annatili Al Biruni

k Menguasai ilmu perubatan ketika berusia 16 tahun. k Muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka. Ketokohan Ibnu Sina  Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia.  Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawat : a) Penguasa Bukhara, Nuh bin Mansur. b) Penguasa Jurjan, al-Amir Syamsul Maali Qabus bin Wasyamkir. c) Penguasa Hamazan, al-Amir Syamsu ad-Daulah. d) Penguasa Asfahan, al-Amir Ala ad-Daulah.  Banyak menghasilkan karya terutama dalam bidang perubatan. i. Al Qanun fi al-Tib. ii. Al Adawiyah al-Qalbiyah. iii. Al Alfiyah al-Tibiyah.

PENDIDIKAN ISLAM 2011


 Ibnu Sina Berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam bidang perubatan iaitu: Penemuan 1. Penyakit baru serta punca Keterangan Pengaruh kuman dalam penyakit. Jangkitan virus seperti TB. Penyakit seperti robela, alahan, cacar, penyakit jiwa, dan sebagainya. Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. Ubat bius. Mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan. Mencipta picagari.

y y y y y y y

2. Bidang farmasi

3. Membangunkan teknologi perubatan

Kesan peninggalan dalam bidang perubatan. 1) Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina Berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu. 2) Beliau melakukan Metod Pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan metod ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini. 3) Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih 760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya. 4) Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden. Sumbangan o Menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi, dan sains politik. o Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Dominican Institute of Oriental Studies di Kaherah, Mesir. o Kemudian pada tahun 1950 M, buku tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan dinamakan sebagai Muallafat Ibnu Sina (karya-karya Ibnu Sina). o Jasanya dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di Hungary telah mengambil sempena nama beliau iaitu Avicenna College. Penutup Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan islam yang terkenal dan banyak memberi sumbangan dalam bidang perubatan. Ibnu Sina banyak menghasilkan karya dalam bidang perubatan. Bukunya Al Qanun fi al-Tib menjadi rujukan utama seluruh pusat pengajian tinggi di barat.

PENDIDIKAN ISLAM 2011

Ibnu Khaldun Pendahuluan  Ibnu Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibnu Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (Pengenalan). Ibnu Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung.  Ibnu Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the Cruel of Castile".  Ibnu Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibnu Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387. Riwayat Hidup Aspek Nama Gelaran Tarikh lahir Tempat lahir Keturunan Tarikh meninggal dunia Tempat meninggal dunia Keterangan Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad Ibnu Khaldun 732 H atau 1332 M Tunisia Arab 808 H atau 1406 M (87 tahun) Kaherah, Mesir

Sejak Tunisia dilanda wabak taun pada tahun749 H, Ibnu Khaldun berpindah ke beberapa tempat iaitu: o Algeria, o Fez, o Granada, o Bougie, dan o Mesir.

PENDIDIKAN ISLAM 2011


Sifat Peribadi Tekun menuntut ilmu Berjiwa pemimpin Kreatif    Bijak membahagikan masa untuk masyarakat dan menuntut ilmu. Pernah menjawat jawatan penting seperti ketua hakim di Mesir dan Perdana Menteri di Bijayah. Pemikiran Ibnu Khaldun dalam kitab al Muqaddimah adalah hasil daripada pengalaman dan kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah sebagai bidang ilmu yang tersendiri.

Pendidikan  Ibnu Khaldun mempelajari asas agama dan bahasa Arab daripada o Abdul Rahman bin Muhammad (bapa beliau), o Muhammad bin Muhaimin al Khadhrami. o Muhammad bin Saad bin Barral al Ansari. o Muhammad bin al Syawasyi al Zarzali.  Mempelajari ilmu-ilmu fardhu kifayah seperti mantik, falsafah, sains, dan matematik daripada Muhammad bin Ibrahim al Abili.  Semasa di Fez, Ibnu Khaldun mendapat pendidikan tinggi daripada: Ahmad bin al Qasar. Lisan al Din bin al Khatib (pengarang kitab Tarikh Gharnattah). Muhammad bin Abdul Salam. Ibnu Khaldun Tokoh Pelbagai Bidang 1. Sebagai sejarawan.  Ibnu Khaldun menganalisis sesuatu tamadun dari segi permulaan, faktor kegemilangan, dan kejatuhan.  Beliau memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar dan geografi.  Ideanya yang menarik dalam kitab al Muqaddimah mendorong para pengkaji dan pemikir untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan terkenal sebelumnya seperti al Tabari dan al Masudi. 2. Sebagai negarawan.  Merupakan negarawan yang banyak berjasa untuk negara. Beliau pernah menyandang jawatan-jawatan penting seperti : a) Setiausaha negara di istana Sultan Abu Ishak bin Abi Yahya dan Sultan Abu Anan. b) Anggota Majlis Ilmiah. c) Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi al Hassan di Fez, Maghribi. d) Duta Granada. e) Perdana Menteri.

PENDIDIKAN ISLAM 2011


3. Sebagai budayawan.  Penggiat budaya dan kesusasteraan Arab.  Pengajian kesusasteraan dengan Syeikh Muhammad bin Bahri di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam syair.  Beliau banyak menghasilkan syair-syair semenjak kanak-kanak lagi. Sumbangan 1. Ibnu Khaldun Berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik, dan pendidikan dalam karyanya. 2. Memberi panduan terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun. Beliau berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak di atas hasil kombinasi diantara keunggulan rohani dan jasmani. 3. Ibnu Khaldun merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi, dan pendidikan. 4. Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama belaiu iaitu Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di universiti Amerika. 5. Nama Ibnu Khaldun diabadikan dalam sebuah universiti terkemuka di Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun. Karya Agung Ibnu Khaldun 1. Muqaddimah Ibnu Khaldun. 2. Tarifu Bibni Khaldun wa Rihlatuhu Gharban wa Syarqan. k Muqaddimah Ibnu Khaldun lebih berkualiti dan berpengaruh kepada pemikiran manusia. k Beliau berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu pengukur fakta sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya. k Beliau menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan sejarah iaitu ; a) Membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah sebab dan musabab. b) Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwaperistiwa yang sedang berlaku. c) Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku. d) Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku. Penutup 1. Ibnu Khaldun merupakan tokoh falsafah yang terkenal. Beliau juga menguasai pelbagai ilmu perubatan. 2. Ibnu Khaldun telah melakukan perubahan dalam beberapa bidang ilmu seperti ilmu sejarah dan persejarahan, sosiologi, politik, dan sosiologi pendidikan.

PENDIDIKAN ISLAM 2011


As Sayyid Jamaluddin al Afghani Sayid Jamaluddin Asadabadi, Jamaluddin Afghani atau Jamaluddin al-Afghani merupakan seorang aktivis politik dan nasionalis Islam di Afghanistan, Iran, Mesir, dan Empayar Uthmaniyyah semasa kurun ke-19. Beliau merupakan salah seorang pelopor pemodenan Islam. Riwayat Hidup Aspek Nama Gelaran Tempat lahir Tarikh lahir Keturunan Keterangan As Sayyid Jamaluddin bin Safdar al Afghani. As Sayyid. Perkampungan Asad Abad, Kabul, Afghanistan. 1254 H atau 1838 M.  Bersambung dengan Saidina Ali dan Rasulullah.  Juga bersambung dengan Imam Tarmizi. 5 Syawal 1341 H atau 9 Mac 1897 Masihi (60 tahun) Kabul, Afghanistan.

Tarikh meninggal dunia Tempat meninggal dunia

1. Sayyid Jamaluddin al Afghani banyak merantau untuk menyebarkan idea-idea Islah. 2. Pengaruhnya yang besar terhadap umat islam telah menyebabkan beliau sering diburu oleh pihak Perancis, Inggeris, dan konco-konco mereka. 3. Pernah dilantik sebagai anggota Majlis al Maarif (Kementerian Pendidikan) di Istanbul, Turki. 4. Idea Islah yang dibawa oleh beliau diteruskan oleh muridnya iaitu Syeikh Muhammad Abduh. Keperibadian 1. Berani memeperjuangkan kebenaran. o Beliau petah berpidato untuk menaikkan semangat umat islam supaya bersatu menentang pihak penjajah. 2. Suka merantau. o Mengembara untuk mengkaji kedudukan umat islam serta menyebarkan idea Islah. 3. Seorang yang tekun. o Menguasai pelbagai jenis ilmu dan bahasa. 4. Mencintai ilmu pengetahuan. o Sangat meminati ilmu pengetahuan menyebabkan beliau merantau ke beberapa buah negara untuk mempelajari pelbagai jenis ilmu. 5. Mempunyai akal fikiran yang cerdas, tajam, dan berpandangan jauh.

PENDIDIKAN ISLAM 2011


Pendidikan 1. Menghafaz al-Quran ketika berusia 12 tahun. 2. Pada usia 18 tahun, beliau menguasai pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti al-Quran, hadis, fiqah, dan ilmu kalam. 3. Beliau bermusafir ke India untuk mendalami ilmu sains dan matematik moden. 4. Menguasai beberapa bahasa dunia seperti bahasa Parsi, Arab, Perancis, Inggeris, dan Rusia.

Sumbangan 1. Beliau merupakan penggerak utama dalam perjuangan menentang penjajah. 2. Merantau ke beberapa buah negara islam untuk menyatukan umat islam serta mengembalikan keyakinan mereka supaya mengusir penjajah dari tanah air mereka. 3. Pidatonya yang bernas dapat menyuntik semangat umat islam. 4. Beliau juga menghasilkan beberapa akhbar: o urwatul wuthqa (Perancis). o Misr (Mesir). o At Tijarah (Mesir). o Khafiqin (London). 5. Idea Islah yang dibawanya memberi pengaruh yang besar dalam jiwa umat islam hingga ke hari ini. Karya yang Dihasilkan 1. 2. 3. 4. Al Amal al Kamilah. Ar Raddu ala Addahriyain. Tatimmatulbayan Fi Tarikh Afghan. Al Khatirat.

Idea Islah As Sayyid Jamaluddin Al Afghani Pengertian Islah. o Islah berasal daripada kata kerja Islaha yang bermaksud pembaikan. o Islah bermaksud pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik.

PENDIDIKAN ISLAM 2011

Bentuk-bentuk Islah. o Merupakan usaha untuk mengembalikan kecemerlangan umat islam sebagaimana zaman khulafa Ar Rasyidin. o Membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan budaya melalui gagasan Jemaah Islamiah. o Beliau mengkritik taqlid ama (mengikut sesuatu secara membuta tuli) tanpa berlandaskan al-Quran dan sunnah. o Menyeru umat islam supaya kembali kepada ajaran islam yang tulen. o Cuba menyedarkan umat islam tentang keburukan fanatik kepada sesuatu mazhab sehingga memecahbelahkan kesatuan umat islam. o Berpandangan bahawa umat islam mesti menumpukan perhatian kepada usahausaha untuk memerdekakan tanah air dan fikiran mereka daripada penjajah. Kesan Islah o Idea Islah disambung oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rasyid Ridha. o Gerakan Islah dari Asia Barat ini lebih besar pengaruhnya berbanding gerakan Islah dari India yang dipelopori oleh Syah Waliullah ad Dahwali. o Di Malaysia, gerakan Islah dikembangkan oleh siswazah-siswazah dari universiti di Mesir dan Mekah. o Gerakan Islah telah mendorong umat islam mengkaji semua fahaman dan amalan masyarakat serta membetulkannya menurut tafsiran al-Quran dan sunnah. o Gerakan ini telah berjaya mengembalikan keyakinan umat islam tentang kemuliaan dan kekuatan yang ada pada mereka. Keperluan Individu Terhadap Islah o Islah amat diperlukan dalam kehidupan umat islam untuk membangunkan diri dan melaksanakan islam menurut ajarannya yang murni. o Islah dapat memberikan keyakinan kepada umat islam tentang kesesuaian islam untuk dilaksanakan pada setiap masa dan dalam semua keadaan. Penutup k As Sayyid Jamaluddin al Afghani adalah pejuan Islah yang gigih. k Beliau vuba meyatukan umat islam melalui gagasannya iaitu Jemaah Islamiah. k Beliau meniup semangat anti penjajah menerusi ceramah, pidato, dan penulisan.

PENDIDIKAN ISLAM 2011

Syeikh Muhammad Abduh Pendahuluan Syeikh Muhammad Abduh merupakan seorang pakar undang-undang berbangsa Mesir, ilmuan agama, dan reformis pendidikan melalui pengislahan dalam sistem pendidikan. Beliau berjaya memperbaiki sistem pendidikan dan kehakiman syariah.

Riwayat Hidup Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah . Bapanya, Abduh bin Hasan Khairullah, merupakan seorang petani dan mempunyai salasilah keturunan dengan bangsa Turki. Ibunya, Junaidah Uthman, dikatakan mempunyai salasilah perhubungan dengan Saidina Umar bin al-Khattab r.a.. Nama Abduh diambil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w., iaitu abduhu wa rasuluh. Beliau dilahirkan pada tahun 1849 Masihi bersamaan dengan 1265 Hijrah di Kampung Mahallat Nasr, Mukim Sujubrakhit, Daerah Buhairah, Mesir. Syeikh Muhammad Abduh pernah dibuang negeri kerana dikatakan terlibat dengan Pemberontakan Urabi. Beliau dibuang negeri pada tahun 1882 Masihi. Semasa menjalani hukuman tersebut, beliau pergi ke Perancis dan menerbitkan majalah al-Urwah al-Wuthqa bersama gurunya, Sayid Jamaluddin al-Afghani. Beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Antara jawatan yang pernah disandangnya ialah: a) Guru di Masjid al-Husaini di Mesir; b) Pensyarah di Darul 'Ulum, Mesir; c) Guru di Sekolah as-Sultaniah, Beirut; d) Ketua Editor Akhbar al-Waqa'i'a al-Misriyah di Mesir; e) Ketua Hakim Mahkamah Rayuan di Mesir; f) Anggota Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar di Mesir; g) Mufti kerajaan Mesir (1899 - 1905). 1. Beliau meninggal dunia pada tahun 1905 bersamaan dengan tahun 1314 Hijrah di Iskandariah, Mesir.

10

PENDIDIKAN ISLAM 2011


Keperibadian 1. Beliau berani menyatakan idea-idea islahnya walaupun terpaksa berhadapan dengan rintangan yang besar. 2. Beliau penyayang kepada anak-anak muridnya. Beliau menubuhkan al-Jami'iah alKhairiah al-Islamiah untuk membantu murid-muridnya yang menghadapi masalah kewangan. 3. Selain itu, beliau merupakan seorang ulama yang berketerampilan. Beliau diberi kepercayaan untuk menjawat beberapa jawatn penting negara seperti Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Mesir, Ahli Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar Mesir dan Mufti Kerajaan Mesir. 4. Syeikh Muhammad Abduh merupakan seorang yang berdaya kreatif dalam menghasilkan tulisan-tulisan yang bernas, sehingga dapat mempengaruhi pemikiran umat Islam ketika itu. Pendidikan 1. Belajar menulis dan membaca daripada bapanya semasa kecil. 2. Beliau telah mempelajari dan menghafaz al-Quran semasa berusia 10 tahun. 3. Setelah selesai menghafaz al-Quran, beliau menyempurnakan tajwidnya dan mempelajari ilmu bahasa Arab di Masjid al-Ahmadi. 4. Beliau juga mempelajari tasawuf dan tatabahasa Arab daripada Syeikh Darwish Khudr dan Syeikh Darwish. 5. Semasa menuntut di Universiti al-Azhar, beliau telah mempelajari banyak ilmu, termasuklah matematik dan falsafah daripada Syeikh Hasan at-Tawil. 6. Pada tahun 1877, beliau memperolehi ijazah daripada Universiti al-Azhar. 7. Pada tahun 1896, Syeikh Muhammad Abduh berkesempatan bertemu dengan Sayid Jamaluddin al-Afghani yang mengunjungi Mesir dan sempat mendalami bidang akademik dan pemikiran Islam. Aliran pemikiran serta perjuangan 1. Syeikh Muhammad Abduh banyak mengambil inspirasi daripada Gerakan Islah yang dipelopori oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani. Kesannya, beliau lebih bersikap terbuka berbanding sebelumnya. 2. Beliau banyak memberi saranan ke arah pembangunan rohani dan jasmani umat Islam. Saranan-saranan beliau meliputi aspek-aspek berikut: Akidah: Syeikh Muhammad Abduh menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran sebenar dalam bentuk yang asal dan murni serta menyesuaikannya dengan kehendak semasa. Syaratnya, ia tidak boleh bercanggah dengan kehendak al-Quran dan Sunnah. Beliau menolak sekeras-kerasnya konsep Taqlid al-A'm atau taklid buta. Beliau mengajak umat Islam mempelajari ilmu-ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah untuk membina umat yang mempunyai daya fikir yang tinggi dan seterusnya mampu keluar daripada belenggu penjajahan.

11

PENDIDIKAN ISLAM 2011


Integrasi ilmu: mendapati sisitem pendidikan pada masa itu hanya tertumpu kepada bidang-bidang agama dalam bentuk huraian kitab-kitab klasik tanpa cuba disesuaikan dengan kehendak semasa. Berdasarkan pengalamannya belajar di Tanta dan Universiti alAzhar, beliau mendapati keadaan pembelajaran di Tanta terlalu mundur, sehingga disifatkan anak muda yang suka belajar di situ sentiasa dibendung rasa putus asa. Keadaan di Universiti al-Azhar juga sama. Beliau menyarankan supaya bidang-bidang ilmu Fardu Kifayah dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah dan universiti. Saranan itu diterima oleh Kerajaan Mesir. Sukatan pengajian di Universiti al-Azhar diubah selaras dengan saranan beliau dan dijadikan sebagai model kepada pusat-pusat pengajian tinggi lain di seluruh dunia Islam. Kecekapan pentadbiran: Ketika beliau bertugas sebagai Hakim di Mahkamah Rayuan Mesir, beliau mendapati kepincangan dalam sistem pentadbiran kehakiman. Beliau berpendapat ia tidak sistematik dan perlu dengan pengislahan. Pengislahan yang dilakukan dimuatkan di dalam karyanya yang berjudul at-Tahrir fi Islah al-Mahakim asSyar'iyyah. Faktor melakukan pengislahan dalam sistem pendidikan
y y y y y

Beliau mendapat inspirasi Gerakan Islah Sayid Jamaluddin al-Afghani yang menjurus ke arah mewujudkan integrasi ilmu. Kesedaran Syeikh Muhammad Abduh terhadap keperluan kepada Islah dalam kurikulum sekolah dan universiti yang sudah ketinggalan zaman. Sistem pendidikan masa itu menjurus ke arah taqlid buta dan pasif (jumud). Kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan dari Kerajaan Mesir kepada golongan miskin. Kadar gaji guru yang rendah.

Kaedah Islah Disebabkan proses Islah memakan masa yang panjang dan dengan strategi yang baik, Syeikh Muhammad Abduh menggunakan pelbagai metode untuk menyalurkan idea-idea Islahnya. Antara saluran-saluran idea Islahnya ialah:
y y y

Melalui proses pengajarannya di Masjid al-Husaini, Darul 'Ulum, dan Universiti alAzhar; Melalui media massa seperti majalah al-Urwah al-Wuthqa, akhbar al-Waqa'i'a alMisriyyah dan al-Ahram; Melalui karya-karya ilmiah beliau seperti Risalah at-Tauhid, Tafsir Juz' 'Amma, at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah, al-Islam Wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih, dan al-Islam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyyah. Melalui jawatan-jawatan yang disandang seperti Hakim Mahkamah Rayuan Mesir, ahli Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar Mesir dan Mufti Kerajaan Mesir.

12

PENDIDIKAN ISLAM 2011


Sumbangan dalam bidang pendidikan Idea-idea yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abduh telah mengubah pandangan umat Islam terhadap Islam yang sering terikut-ikut dengan sebahagian sarjana Muslim yang jumud dan pasif. Syeikh Muhammad Abduh berjaya memberi gambaran yang jelas tentang keperluan umat Islam kepada Islah, khususnya dalam bidang pendidikan. Idea Islah Syeikh Muhammad Abduh dalam bidang pendidikan, khususnya di Universiti al-Azhar telah memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan ilmu pengetahuan umat Islam. Antara idea tersebut ialah:
y y y y y

Mewujudkan mata pelajaran matematik, geometri, algebra, geografi, sejarah dan seni khat; Mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil; Mewujudkan farmasi khusus untuk pelajar Universiti al-Azhar; Menyediakan peruntukan gaji guru dari perbendaharaan negara dan waqaf negara; Memperbaiki asrama pelajar dengan menekankan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan.

Syeikh Muhammad Abduh Juga meninggalkan beberapa karya yang bermutu dan menjadi sumber rujukan utama dalam dunia Islam seperti:
y y y y y y y y y

Riasalah at-Tauhid Tafsir Juz' 'Amma Tafsir Surah al-'Asr Risalah ar-Raddi 'ala ad-Dahriyyin yang merupakan terjemahan karya Sayid Jamaluddin al-Afghani Syarh Nahji al-Balaghah Syarh Maqamat al-Badi' at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah al-Islam wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih al-Islam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyah

Penutup  Beliau merupakan seorang mujaddad yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap kemajuan pemikiran umat islam.  Idea Islah yang dibawanya telah memberi perubahan yang besar dalam kehidupan umat islam.

13

PENDIDIKAN ISLAM 2011

Syeikh Tahir Jalaluddin Pendahuluan Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari, merupakan tokoh bidang Falak Syarie di alam Melayu Nusantara yang telah memantapkan bidang fardu kifayah tersebut di rantau ini menerusi pengajaran, penggunaan dan penyebaran ilmu tentangnya di kalangan 'alim ulamak yang bertanggungjawab membuat taqwim Islam tempatan. Riwayat Hidup Aspek Nama Gelaran Tempat lahir Tarikh lahir Keturunan Tarikh meninggal dunia Tempat meninggal dunia Keterangan Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad bin Ahmad Jalaudddin. Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin, al Falaki. Sumatera Barat, Indonesia. 7 November 1869 M Berasal dari keluarga yang berilmu. 26 Oktober 1956. Perak, Tanah Melayu (Malaysia)

1. Bapanya, Syeikh Ahmad adalah seorang ulama dan hakim yang terkenal berketurunan Melayu Minangkabau. 2. Apabila Syeikh Tahir Jalaluddin kembali dari pengajian pada 1900 masihi, beliau terus menetap di Perak. 3. Antara tugas yang pernah disandang beliau adalah: o o o o o o Guru di Madrasah al Masyhur di Perak. Guru di Madrasah Parit Jamil, Muar, Johor. Guru di Masjid al Haram, Mekah. Mufti Negeri Perak. Mufti Negeri Johor. Nazir sekolah-sekolah agama Johor.

4. Ketika beliau menjadi mufti di Perak, beliau mandapat gelaran Syeikh.

14

PENDIDIKAN ISLAM 2011


Keperibadian 1. Menepati masa. o Beliau tidak pernah lewat menghadiri kelasnya melainkan kerana keuzuran. 2. Cinta kepada ilmu pengetahuan. o Suka membaca. Beliau menyediakan perpustakaan kecil di rumahnya. 3. Tekuh dan gigih. o Beliau menyebarkan idea Islah walaupun sentiasa ditentang oleh para ulama tradisional tanah air. 4. Seorang yang gigih dan bersungguh-sungguh dalam memajukan masyarakat islam. 5. Seorang yang kreatif dan berminat menghasilkan karya-karya ilmiah. 6. Seorang yang tegas dan memiliki semangat perjuangan yang tinggi. Pendidikan 1. 2. 3. 4. Semasa berumur 12 tahun, beliau telah belayar ke Mekah. Di Mekah, beliau tinggal bersama saudara sepupunya iaitu Syeikh Muhammad al Khatib. Syeikh Muhammad al Khatib merupakan pemimpin mazhab Syafie di Masjid al Haram. Pada tahun 1893 masihi, beliau menyambung pelajaran dalam bidang Falak di Universiti Al Azhar, Mesir. 5. Beliau tekun mempelajari ilmu Falak hingga berjaya menguasainya dengan baik. Idea Islah Syeikh Tahir Jalaluddin 1. Beliau mula tertarik dengan idea Islah semasa beliau bersahabat dengan Sayyid Muhammad Rasyid Ridha iaitu murid Syeik Muhammad Abduh di Universiti Al Azhar. 2. Apabila kembali ke Malaysia, beliau berusaha untuk menyedarkan masyarakat islam tentang perlunya kebebasan berfikir yang tehindar daripada kongkongan khurafat dan syirik serta penjajah luar. 3. Mesej Islah Syeikh Tahir Jalaluddin ialah: k Mengajak umat islam supaya mengamalkan ajaran islam yang berteraskan alQuran dan sunnah yang bebas daripada adat lama yang sebahagiannya dipusakai dari agama hindu. k Menjauhkan pengaruh negatif dari luar khususnya dari barat. k Berusaha mempelajari pelbagai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. k Menolak taqlid buta dalam masyarakat.

15

PENDIDIKAN ISLAM 2011


Kaedah menyampaikan Islah. 1. Melalui penerbitan akhbar. Menerbitkan majalah al Imam bersama Sayyid Syeikh al Hadi pada bulan Jamadil akhir 1342 hijrah bersamaan bulan Julai 1906 masihi di Singapura. Akibat tekanan daripada pihak penjajah Inggeris dan Belanda, penerbitan majalah al Imam telah dihentikan pada tahun 1908 masihi. Berikutan itu, beberapa majalah lain muncul seperti: a) Al Munir, di Indonesia (1908 M). b) Neraca, di Singapura (1911 M). c) Pengasuh, di Malaysia (1918 M). 2. Melalui jawatan yang disandang. Kesarjanaan beliau semakin terserlah apabila beliau dilantik menjadi mufti Perak dan Johor. Beliau menggunakan kesempatan tersebut dengan baik untuk menyebarkan idea Islah kepada masyarakat. 3. Melalui pengajaran. Semasa beliau menjadi guru di Madrasah al Masyhur, Pulau Pinang dan Madrasah Parit Jamil, Johor, beliau mengambil peluang untuk menyebarkan idea Islah dalam kalangan murid-murid dan guru-guru. Usaha beliau mendapat sokongan rakan-rakan serta murid-muridnya seperti Syeikh Muhammad Jamil Jambik, Syeikh Abdullah Ahmad dan Syeikh Abdul Karim Amrullah (bapa Hamka). Menerusi asuhan mereka, lahir tokoh-tokoh pendakwah serta penyokong Islah generasi seterusnya seperti Hamka, Haji Agus Salim, Profesor Datuk Doktor Zulkifli Muhammad dan Syeikh al Hadi. Sumbangan 1. Bidang pendidikan o Pada tahun 1908 masihi, beliau menubuhkan Madrasah al Iqbal Islamiyah di Riau, al Madrasatul ad Dabiyah di Sumatera Barat. 2. Bidang ilmu falak, o Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mengembangkan ilmu falak di Malaysia. o Kemahiran beliau dalam ilmu falak, menyebabkan beliau digelar al Falaki. 3. Dalam bidang kesusasteraan o Syeikh tahir Jalaluddin merupakan penggiat sastera. Ini terbukti melalui penulisan seperti yang terdapat dalam majalah al Imam dan seumpanya. Penutup 1. Syeikh Tahir Jalaluddin adalah seorang pejuang Islah yang gigih dan berdedikasi. 2. Perjuangan beliau memberi kesan positif kepada perkembangan pemikiran umat islam di nusantara.

16

PENDIDIKAN ISLAM 2011


Hamka Pendahuluan k Beliau mendapat nama panggilan "Buya" yang diambil daripada perkataan Arab 'Abi' atau 'Abuya' yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati. k Hamka merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia,salah satu daripada pertubuhan agama Islam yang terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah. k Sewaktu zaman penjajahan Belanda,Hamka merupakan ketua editor majalah Indonesia seperti Pedoman Masyarakat,Panji Masyarakat dan Gema Islam. Riwayat hidup Aspek Nama Gelaran Tempat lahir Tarikh lahir Tarikh meninggal dunia Keterangan Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim bin Syeikh Muhammad Amirullah. Hamka. (nama singkatan yang menggabungkan nama beliau dan bapanya). Sumatera Barat, Indonesia. 13 Muharam 1362 H atau 16 Februari 1908 M. 24 Julai 1981 M (73 tahun)

1. Bapanya adalah seorang ulama terkenal yang membawa perubahan di Minangkabau. 2. Tugas dan jawatan yang pernah disandang:  Guru agama di Tebing Tinggi, Medan dan Padang Panjang.  Pensyarah di Universiti Islam, Jakarta.  Pensayarah di Universiti Muhammadiyah di Padang Panjang.  Rekod Perguruan Tinggi Jakarta .  Pegawai Tinggi Agama Indonesia. 3. Hamka menerima banyak anugerah daripada pelbagai pihak kerana jasa dan sumbangan beliau. Keperibadian 1. Hamka merupakan orang yang petah berpidato. Beliau pernah diberi penghormatan untuk berpidato dalam satu rancangan radio arab Saudi. 2. Seorang yang berjiwa seni. Ini jelas kelihatan melalui gaya bahasa beliau dalam karyakarya agungnya. Rangkap-rangkap pantun dan syair banyak terdapat dalam tulisan beliau. 3. Seorang yang berani. Semasa revolusi terhadap pihak penjajah Belanda di Sumatera, Hamka dengan beraninya mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat islam menentang Belanda.

17

PENDIDIKAN ISLAM 2011


Pendidikan 1. Hamka mempelajari al-Quran dan asas-asas agama daripada bapanya iaitu Syeikh Abdul Karim. 2. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Desa Padang Panjang dan Sekolah Agama at Tawalib yang didirikan oleh bapanya sendiri. 3. Hamka banyak mengikuti pengajian di masjid dan surau yang disampaikan oleh ulamaulama yang terkenal ketika itu. 4. Hamka suka menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan untuk membaca buku-buku falsafah, kesasteraan, sejarah, dan poltik dunia. 5. Beliau menggunakan kemahirannya dalam bahasa Arab untuk mengkaji karya-karya sarjana timur tengah dan sarjana barat seperti Karl Marx. Kegigihan Hamka 1. Pada usia 17 tahun, Hamka menerbitkan sebuah majalah dakwah yang diberi nama Khatibul Ummah. 2. Semasa berada di Mekah, pada tahun 1927 masihi, Hamka mengasaskan persatuan Hindia Timur untuk memberi pelajaran kepada jemaah haji Indonesia. 3. Apabila pulang dari Mekah, beliau menganggotai pertubuhan Muhammadiyah dan mengetuai cawangan di Padang Panjang. 4. Pada tahun 1935 masihi, Hamka mengasaskan Kolej al Mubalighin. 5. Seterusnya, pada tahun 1936 masihi, Hamka menerbitkan majalah Pedoman Masyarakat. 6. Sejak itu, Hamka mengasaskan beberapa buah majalah yang bermotifkan dakwah. 7. Pada tahun 1935 masihi, Hamka dilantik sebagai anggota pimpinan pusat Pertubuhan Muhammadiyah. Sumbangan 1. Hamka merupakan tokoh ulama yang melakukan pembaharuan yang besar kepada umat isalm di nusantara. 2. Karya-karya beliau dalam bidang agama, kesasteraan, dan falsafah menyentuh secara langsung kehidupan umat islam di rantau ini. 3. Hamka merupakn penyambung idea Islah yang dibawa oleh Sayyis Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh di nusantara. 4. Akhbar dan majalah digunakan sepenuhnya untuk mengajak umat islam mengkaji semula tentang sebahagian kefahaman dan ajaran yang bertentangan al-Quran dan sunnah. 5. Karya-karya beliau terutamanya Tafsir al Azhar meninggalkan kesan yang mendalam dalam bidang ilmu dan pemikiran umat islam di alam melayu. 6. Pendekatan Hamka yang sederhana diterima baik oleh masyarakat islam di Indonesia, malah pada peringkat antarabangsa. 7. Kegigihan beliau mendapat perhatian pelbagai pihak untuk menganugerahkannya dengan pelbagai anugerah.

18

PENDIDIKAN ISLAM 2011


Perjuangan Hamka 1. Seluruh kehidupan Hamka diisi dengan perjuangan. 2. Hamka pernah mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia. 3. Semas Hamka menjadi anggota Pimpinan Pusat, Pertubuhan Muhammadiyah beliau menentang khurafat, bidah, dan tariqah, kebatilan yang sesat. Untuk tujuan itu, beliau menubuhkan pusat latihan dakwah Muhammadiyah. 4. Hamka menggunakan pidato dan penulisan sebagai medium untuk menyampaikan ajaran islam. 5. Beliau pernah dipecat daripada jawatan ketua umum Majlis Ulama Indonesia kerana kelantangannya. Karya-karya Hamka 1. Khatibul Ummah, Jilid 1-3. Ditulis dalam huruf Arab. 2. Si Sabariah. (1928) 3. Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq),1929. 4. Adat Minangkabau dan agama Islam (1929). 5. Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929). 6. Kepentingan melakukan tabligh (1929). 7. Hikmat Isra' dan Mikraj. 8. Arkanul Islam (1932) di Makassar. 9. Laila Majnun (1932) Balai Pustaka. 10. Majalah 'Tentera' (4 nombor) 1932, di Makassar. 11. Majalah Al-Mahdi (9 nombor) 1932 di Makassar. 12. Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi) 1934. 13. Di Bawah Lindungan Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka. 14. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka. 15. Di Dalam Lembah Kehidupan 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka. 16. Adat Minangkabau menghadapi Revolusi,1946.

Penutup 1. Hamka adalah penerus idea Islah. 2. Hamka menggunakan karisma dalam pidato dan penulisan untuk menyampaikan ajaran islam secara berkesan kepada masyarakat. 3. Keberanian beliau merupakan sifat peribadi yang terpuji.

19

PENDIDIKAN ISLAM 2011


Lampiran

Karya-karya Hamka.

Ibnu Sina.

Karya Ibnu Khaldun, al Muqaddimah

20

PENDIDIKAN ISLAM 2011


Rujukan 1. http://ms.wikipedia.org 2. Afandi Sahi, Hamil@Amir Abdul Hamid, Muhammad Zaini Yahya, Zulhizmi Omar, Master Studi Sasbadi SPM Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5, Sasbadi Sdn. Bhd., 2004, Petaling Jaya.

21

You might also like