You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN MESYUARAT AGUNG PIBG (PENGETUA)

Bismillahirahmanirahim

Yang Berbahagia Encik Zaaba bin Youn, Yang Berusaha Puan Zaleha bt Atan, Penolong Kanan Kurikulum, Puan Noor Banon bt Muji, Penolong Kanan HEM, Puan Normah bt Abdullah, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Salam bin, Guru penolong petang, kaunselor dan Guru-guru cemerlang, kaunselor dan guru- guru , AJK PIBG, dan para ibu bapa yang dihormati.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia saya ucapkan. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita samasama berkumpul pada pagi ini untuk menyempurnakan mesyuarat Agung PIBG SMK USJ 23 kali ini. Moga pada perjumpaan pada kali ini akan memberi ruang kepada kita untuk merancang dan melaksana pelbagai strategi untuk kejayaan pencapaian akademik, kokurikulum, dan pembentukan sahsiah anak-anak kita.

Hadirin yang saya muliakan, Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerja keras untuk memjayakan mesyuarat Agung PIBG ini. Yang boleh dikatakan sebagai salah satu acara perdana dalam program pembangunan kecemerlangan anak-anak didik di sekolah ini. Saya yakin permulaan untuk maju yang dilakukan secara berterusan akan mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi. Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada Yang dipertua PIBG, AJK PIBG, dan para ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan bakti bagi menjayakan sekolah ini. Tahun 2010 diharap menjadi pengorak tahun

kegemilangan SMK USJ 23 dalam pelaksanaan sistem pengurusan yang mantap dan beristematik. Segala perubahan, pembaharuan , dan penambahbaikan yang diamalkan diharap dapat memantapkan lagi budaya cemerlang yang diharapharapkan. Sesungguhnya , perubahan mengambil masa yang panjang, kita yakin the winds of change ke arah kecemerlangan akan tiba, sekiranya kita sanggup bekerjasama, berusaha bersama-sama, berani berfikir, berani merancang,dan mencari ikhtiar, pastinya kejayaan dalam gengaman.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Dalam keghairahan memburu kejayaan, terlalu banyak kekangan yang terpaksa kami, pihak sekolah hadapi. Siapa percaya anak-anak kita yang berusia belasan tahun ini menhadapi masalah serius dalam literasi dan numerasi. Dalam bahasa mudahnya, masih ada dalam kalangan anak-anak kita yang tidak mampu menguasai kemahiran membaca, menulis, dan memahami perkataan dalam bahasa Melayu. Selain itu, terdapat juga anak-anak kita yang menhadapi masalah untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Para hadirin yang saya muliakan, Senario inilah yang menjadi cabaran dan kekangan perdana bagi para pendidik di sekolah ini .Untuk itu saya selaku pengetua sekolah ini amat mengalu-alukan segala kepakaran dan kebijaksanaan para ibu bapa untuk sama-sama berpadu tenaga dan berusaha demi kecemerlangan anak-anak istimewa yang kita miliki ini.

Para hadirin yang saya muliakan, Sesungguhnya suasana pembelajaran yang selamat,kondusif, dan prasana yang baik untuk pembelajaran dan pengajaran amat kami perlukan untuk mencanaikan budaya memburu kecemerlangan dan cakna dalam kalangan anak-anak didik sekolah ini. Lihatlah disekeliling tuan-tuan dan puan-puan, untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif, pihak sekolah melalui PROGRAM KITAR SEMULA telah dapat menyediakan bangku, wakaf,dan pondok kepada anak-anak. Mereka boleh belajar di mana sahaja di sekitar sekolah ini. Untuk itu, sumbangan dan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan ataupun barangan amat kami alualukan , khususnya daripada pihak PIBG untuk menambahkan lagi prasarana yang telah sedia ada.Kami benar-benar berharap SEKOLAH SELAMAT dan SEKOLAHKU RUMAHKU akan menjadi kenyataan di SMK USJ 23.

Para hadirin yang saya muliakan, Percayalah tanpa sokongan dan bantuan pihak PIBG kami warga SMK USJ 23 sudah pasti akan mengalami kesukaran dalam mendidik anak-anak istimewa ini. Perkongsian pintar antara pihak sekolah dan PIBG sudah pasti akan melahirkan satu transformasi baharu dalam melahirkan anak-anak bangsa yang berilmu , berakhlak , dan berjaya kelak. Perkongsian pintar ini pasti memberi manfaat yang besar kepada sekolah kita. Kami seluruh warga SMK USJ 23 amat terhutang budi kepada pihak PIBG kerana selama telah banyak menabur bakti kepada sekolah ini. Keyakinan kita terhadap kejayaan anak-anak perlu bermula pada hari ini, jangan putus asa, do the right things and do the things right.

Para hadirin yang saya muliakan, Saya yakin pada masa akan datang kita akan berjaya memperoleh kecemerlangan akademik yang lebih baik dari segi kualiti, khasnya. Keadaan ini sememangnya sudah terbukti dalam peperiksaan PMR pada tahun 2009, di mana anak-anak kita yang mendapat straight A telah meningkat dan jelas dapat dilihat melalui peningkatan kualiti kebanyakan subjek yang amat memberangsangkan. Besar kiranya harapan saya agar peningkatan akademik sekolah ini terus dapat digapai dengan gemilangnya sama ada dari segi kualiti mahupun kuantiti. Sesungguhnya tinggi harapan saya agar sekolah ini akan dapat mencapai NKRA, iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Oleh itu, marilah kita berganding kemahiran, kepakaran,dan kebijaksanaan untuk memastikan pembangunan modal insan yang berkualiti pada masa hadapan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Sekian terima kasih.

TEKS UCAPAN MESYUARAT AGUNG PIBG (YDP PIBG)

Bismillahirahmanirahim

Yang Berbahagia Puan Hajah Rokiah bt Hashim, Pengetua SMK USJ 23, Yang Berusaha Puan Zaleha bt Atan, Penolong Kanan Kurikulum, Puan Noor Banon bt Muji, Penolong Kanan HEM, Puan Normah bt Abdullah, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Salam bin, Guru penolong petang, kaunselor dan Guru-guru cemerlang, kaunselor dan guru- guru , AJK PIBG, dan para ibu bapa yang dihormati.

Assalamualaikum dan selamat pagi

You might also like