You are on page 1of 4

LATAR BELAKANG SYARIKAT

BUTIRAN SYARIKAT ATAU KILANG NAMA SYARIKAT: KILANG SAWIT KEMAHANG, FELDA PALM INDUSTRIES SDN.BHD ALAMAT: PETI SURAT 35, 17507 TANAH MERAH KELANTAN DARUL IMAN KELAS PENDAFTARAN SYARIKAT: NO 359584-V NO TEL: 09-9581734 NO FAKS: 09-9582001

Felda Palm Industiries, Kilang Sawit Kemahang mula beroperasi pada tahun 1978. Kilang ini terletak di Daerah Tanah Merah Kelantan. Pada peringkat awal penubuhannya hanya terdapat seramai 55 orang pekerja yang telah diambil untuk berkhidmat termasuk seorang pengurus dan penolong pengurus. Syarikat ini ditubuhkan oleh Felda Palm Industries SDN.BHD di bawah Felda Holding BHD. Pada masa ini terdapat seramai 88 orang pekerja yang terdiri daripada pekerja bergaji hari dan pekerja bergaji bulan di bawah kelolaan seorang pengurus kilang termasuk 3 orang penolong pengurus iaitu bahagian senggaraan, operasi dan pengurusan. Kedudukan kilang yang strategik kerana berdekatan dengan kawasan lading termasuk jalan utama lebuh raya timur barat merupakan faktor utama kilang ini dapat berkembang majudengan cepat. Hal ini kerana ianya secara tidak lansung dapat memudahkan proses pengankutan untuk tujuan penghantaran dan perjalanan hasil minyak sawit mentah ke kilang-kilang proses.

Kilang sawit Kemahang terlibat dalam aktiviti memproses buah sawit segar yang diperolehi daripada hasil lading gugusan Felda Kemahang iaitu bermula daripada Felda Kemahang 1 hingga Felda Kemahang 4 yang diselenggara di bawah Syarikat Felda Technoplant SDN.BHD selain termasuk juga dari pembekal persendirian daripada kawasan Machang atau Tanah Merah. Selain itu, kilang ini dibina di atas tanah seluas 50 hektar dan mampu menampung minyak mentah sebanyak 45 metrik tan minyak dalam masa 1 jam. Perjalanan proses adalah bergantung pada kuantiti buah tandan sawit yang diterima daripada pembekal dan ianya akan digredkan terlebih dahulu sebelum diproses di dalam kilang.

 Vission of Felda Palm Industries Sdn Bhd

Vission of Felda Palm Industries Sdn Bhd is To be a leader in the global palm oil industry

 Mission of Felda Palm Industries Sdn Bhd

Mission of Felda Palm Industries Sdn Bhd is To strive for excellence in the 21st century making the FPI the leader in quality products and services that meet customer satisfaction

 Objectives of Felda Palm Industries Sdn Bhd

i.

process fresh fruit bunches (FFB) efficiently and effectively by maximizing available resources in order to produce quality palm product

ii. iii. iv. v.

To diversify products To increase competitiveness in the international market To provide maximum return to our stakeholders To strive towards achieving international standard in human resource development, process and technology

Antara produk yang ditawarkan oleh kilang Sawit Kemahang

1) Minyak sawit mentah

-Hasil minyak mentah yang diproses di kilang sawit kemahang akan dihantarkan ke kilang penapisan minyak yang terletak di Kuantan, Pahang untuk diproses menjadi minyak masak dan pelbagai produk lain yang berasaskan kelapa sawit.

2) Isi kelapa sawit (Kernel)

-merupakan isi dalam atau biji kernel yang akan diproses semula sebagai sabun, minyak sapid an pelbagai produk lain. Ianya akan dihantar ke kilang lain untuk tujuan pemprosesan.

3) Abu tandan -terhasil daripada proses pembakaran buah tandan segar (BTS) atau tandan kosong untuk dijadikan bahan organik (baja) bagi proses penanaman semula pokok kelapa sawit. Produk ini dihasilkan di dalam kilang dan biasanya akan dibeli oleh peneroka dan ianya merupakan hasil pendapatan sampingan kepada kilang.

You might also like