You are on page 1of 2

TEORI KONSTRUKTIVISME

1.Pengenalan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi


murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani
kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai
matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran
dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-
murid yang pelbagai kebolehan dan minat.

Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud
secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman
pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan
itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman,
renungan dan pengabstrakan.

2. Pengertian Konstruktivisime

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana


pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama
dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab
dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan


daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu
pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada
usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi
ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh
murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid
tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti
yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah
mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap
persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil
kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah
disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka,
barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini
dinamakan konstruktivisme.

Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang


bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri
tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika

You might also like