You are on page 1of 13

Pandangan Tokoh Terhadap Seni Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni

Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing.

Herbert Read dan Viktor Lowenfeld berpendapat Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari asoek motivasi, personaliti dan sebagainya.

Eisner ( 1967 ), Pendidikan Seni dan kreativiti bukanlah diperolehi secara mutlak, sebaliknya ia harus dipupuk melalui proses pembelajaran. Selain daripada itu, beliau juga berpandangan kreativiti dan kebolehan kanak-kanak adalah berbeza berdasarkan latar belakang dan pengalaman mereka. Berdasarkan kajian beliau, kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai kebolehan yang rendah berbanding dengan kanak-kanak sebaliknya.

Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan kemanusiaannya, kebudayaan dan lain-lain altiviti yang berkai dengan kehidupan. Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi.

ii) Pandangan Barat tentang kesenian

Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ini adalah kesan yang timbul daripada samada sewaktu menghasilkan produk seni mahupun menikmati hasil seni. Kedua-dua pihak samada artis mahupun pemerhati seni akan merasai kesan-kesan tersebut.

Clive Bell ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa emosi yang dialami apabila menghayati sesebuah karya seni adalah emosi yang tersendiri dan berada di dalam alam yang asing.

Pada asasnya, menurut barat, seni adalah pernyataan dan teknik pembuatannya. Seni memberi bentuk tampak kepada bentuk yang terpendam, dipersembahkan di dalam bentuk imej yang dapat dilihat. Dalam kebudayaan manpun, perasaan dan fikiran dapat dilahirkan melalui seni. Seni merupakan intisari kemanusiaan lambang suatu kumpulan manusia dalam kebudayaannya.

Crose dan Collingwood ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa, karya seni itu suatu imej mental. Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal melalui bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati. Beliau sebenarnya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa seni adalah pernyataan rasa yang imaginatif. Ini adalah kerana beliau cuba membezakan seni dengan kraf. Kraf pada pandangan beliau merupakan aktiviti mengubah bahan mentah menjadi barangan dengan menggunakan kemahiran yang boleh dipelajari.

Konsep seni mempunyai pertalian yang erat dengan estetika. Menurut pandangan Barat, estetika bererti sesuatu yang berkaitan dengan pengamatanterhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan aspek kegunaannya.

Perkataan estetika mula digunakan oleh Baumgarten pada tahun 1735. Menurutnya,

keindahan mestilah diasingkan daripada estetika kerana barang yang buruk boleh diterima dengan cara yang indah dan sebaliknya. Kebudayaan Barat telah memisahkan seni dengan agama. Pemisahan ini wujud dengan lahirnya sekularisme. Lantaran itu, seni menjadi suatu yang bebas. Demi seni, semuanya dibolehkan sehingga melahirkan kepelbagaian aliran di dalam seni itu sendiri seperti ekspressionisme, kubisme, impressionisme dan sebagainya.

Pandangan Tokoh Barat

a) Plato (347 SM) - Lukisan adalah 3 kali terpisah daripada kebenaran. - Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan. - Dikatakan dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral. - Mencipta sesuatu persekitaran yang berbudaya dan meningkatkan perpaduan: : Lukisan dibincang dengan konsep imitasi. : Membandingkan lukisan dengan kebenaran. : Pelukis meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.

b) Aristotle (384-322SM) - pelukis tidak meniru tetapi memberi struktur bentuk kepada benda alam, maka seni itu baik.

C) Pestalozzi (1746-1827) - Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar seni sama ada berbakat atau tidak, seni diberi penekanan kepada konsep kepentingan aktiviti mata dan tangan. - Kerja tangan atau kraftangan diajar dengan konsep sepanjang

hayat, aktiviti bercorak praktikal.

d) Herbert Read - Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik. - Seni alat untuk mendidik seseorang - Seni boleh menyatukan semua Negara (pendidikan dan pembentukan diri)

e) Frank Cizek ( 1865-1946) - Seni sebagai satu peranan ekspresi bebas dalam pendidikan . - Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikut pandangan mereka supaya tidak hilang kreativiti dan sifat keperibadian diri. -Seni mewujudkan suasana gembira, suka, riang, minat untuk belajar dan memajukan diri.

f) John Dewey (1859 1952) - Aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak. - Memberi kebebasan kepada kanak-kanak menysun pengalaman untuk mencerdaskannya. (kreativiti, pemikiran)

g) Walter Gropius - Seni visual memberi faedah kepada kehidupan seharian seperti dalam prinsip-prinsip rekaan dan nilai estetik bagi menghasilkan barangan harian eg. Kerusi,meja dsb. - Ianya mengabungkan seni, pertukangan, sains dan teknologi.

h) Efland dan Laura H. Chapman

- Seni adalah untuk masyarakat - Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi.

i) Lansing - Seni dapat mengembangkan potensi pemikiran, sikap dan psikomotor.

J) June McFee - Menekan kpd kesenian dan individu serta seni dalam masyarakat warisan budaya.

k) Feldman - Seni dan kebudayaan tunjang pembangunan seni manusia.

Sememangnya telah sekian lama mewarnai ketamadunan, peradaban dan kebudayaan manusia. Peredaran masa memperlihatkan perubahannya yang berkembang seiring dengan kehendak persekitaran dan naluri manusia itu sendiri. Lantaran itu, kita dapat melihat variasi dan kepelbagaian pandangan yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh seni seantero dunia. Kepelbagaian pandangan tersebut sebenarnya turut menjadi perencah di dalam mewujudkan kepelbagaian genre, aliran, teknik serta variasinya seni itu sendiri. Sejajar dengan peranan seni dan kesenian di dalam kaitannya dengan warisan dan kebudayaan masyarakat, pandangan tokoh-tokoh yang dilontarkan mencerminkan apa yang sebenarnya mampu diterjemahkan oleh seni dan kesenian itu sendiri di dalam masyarakat. Seni dan kesenian terlalu akrab dengan aspek keagamaan, sosial, politik, ekonomi serta kebudayaan sehingga para ilmuwan dalam setiap bidang tersebut turut terpanggil untuk membentuk seni dan kesenian yang sejajar aliran dan fahaman mereka.

i) Pandangan Islam tentang seni dan kesenian di dalam Islam

Sering kali timbulnya pertanyaan adakah kaitannya antara seni dengan agama Islam itu sendiri? Pertanyaan tersebut sebenarnya telah mengundang perdebatan demi perdebatan sejak berabad lamanya. Lalu, sebagai jalan keluar daripada polemik yang timbul, maka para seniman Islam telah mencipta suatu dimensi baru di dalam kesenian. Islam sebenarnya penuh dengan kesenian. Intipati kesenian islam adalah tauhid. Ia merupakan penyatuan, ketauhidan kepada Maha Pencipta. Kesan daripada ketauhidan tersebut lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang membentuk acuan yang tersendiri. Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara organik, yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-unsur alam. Jelasnya, kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di dalam konsep tauhid itu sendiri. Bagi agama Islam, agama bukanlah kebudayaan. Setiap perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya bergerak selari dengan kehendak agama. Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian Islam dengan bukan Islam. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam mementingkan estetika semata-mata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan keagamaan. Islam menuntut umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak Islam.

Pandangan Tokoh Timur dan Islam a) Muslim Dalam kitab Al-Iman. Org yg mempunyai ilmu seni bertemu dgn objek alam s/jadi dapat mencipta suatu karya dan menghargai objek tersebut.

b) Pandangan Al-Ghazali - Seni bersandarkan daripada Allah kpd Allah. - Seni menuju kepada Al-Falah ( keredhaan Allah ) - Pemangkin kepada ketaqwaan ( tawaduk & beriman )

c) Sidi Ghazalba

- Seni tidak melampui batas kesusilaan - Seni bertunjang daripada Allah kepada Allah - Hasil seni itu bertunjang mardatillah ( diredhai Allah) -Seni membentuk peribadi muslim Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art', menyatakan seni adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Secara langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cerminan budaya dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi nilai tamadun.

Menurut Sidi Ghazalba dalam bukunya bertajuk Pandangan Islam Tentang Kesenian menyatakan bahawa sesuatu kebudayaan ialah cara berfikir dan cara merasa, yang menyatakan diri dalam seluruh kelompok manusia yang membentuk masyarakat, dalam sesuatu ruang dan sesuatu waktu. Takrif ini dapat diringkaskan bahawa kebudayaan itu adalah cara berfikir dan cara menikmati dalam kehiduapan. Jelasnya ialah seni itu merupakan intipati 'Cara hidup' individu berkembang menjadi sebuah komuniti yang luas.

Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art', menyatakan Seni itu adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Yang dimaksudkan dengan 'menyenangkan' ialah kesenangan estetik (aesthetic pleasure).Peluahan rasa indah yang diperolehi dari pengalaman, cetusan rasa dan diinterpretasi dalam bentuk karya sebagai cara untuk berkongsi dengan masyarakat.

Oleh yang demikian, mengapa ada dikalangan masyarakat meragui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual?. Pendidikan Seni Visual lebih menjurus untuk melahirkan perubahan individu kepada nilai murni dengan memupuk diri dalam pengalaman estetik

dan membentuk emosi yang seimbang. Beberapa kenyataan ini akan menguatkan hujah bahawa pentingnya Pendidikan Seni Visual dalam merealisasikan perubahan tingkahlaku manusia dalam dunia pendidikan.

Seni sebagai Alat Penyataan diri Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk menggambarkan emosi adalah dengan menggunakan seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti seni kesan emosi diri akan merasakan kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan ketengaan dari tekanan perasaan. Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau apa-apa kegiatan seni akan meimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu.

Seni Menajamkan Kepekaan dan Pengamatan Pancaindera yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan, pendengaran adalah fitrah yang Allah berikan kepada manusia. Pancaindera ini perlu disuburkan melalui sentuhan yang murni. Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa penciptaan sesebuah karya seni, sebagai contoh semasa melukis, pengkarya perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan, maka berlakulah pengamatan secara teliti.Pengalaman saya sendiri sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual, pelajar lazimnya meluahkan betapa sukar untuk melukis walaupun hanya melalui proses 'imitasi' (peniruan dari gambar atau imej sebenar). Belum lagi aktiviti yang melibatkan imaginasi yang logik. Namun kenapa masih terlalu ramai memberi hukuman mandatori, seni itu suatu subjek picisan, mudah dan sebagainya. Selalu ditafsirkan sebagai suatu bidang yang mempunyai nilai kapasiti yang rendah untuk diketengahkan sebagai bidang pilihan pelajar, ibu bapa malahannya dari kalangan profesional sendiri. Perlukah saya ulang lagi soalan yang menjadi tajuk di atas? Sumber: http://psvsakti.blogspot.com/

Al-ghazali.. Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah islam yang terunggul bukan sahaja dikalangan umat islam malah di kalangan para karyawan barat juga. Keagungan al-Ghazali memberi kesan yang mendalam dalam jiwa kaum muslimin dari segi pemikiran dan juga pekertinya yang juga memang terpuji. Keilmuannya yang sangat luas khususnya dalam bidang falsafah, usul, fekah, ilmu kalam, tasawuf, kemasyarakatan, pendidikan, politik dan juga kesenian serta dengan penulisan buku yang banyak maka wajarlah beliau digelar sebagai Hujjatul Islam . Nama sebenar Al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Tusi al-Ghazali. Dilahirkan di Tus pada 1058M berhampiran BandarMeshad di Khorasan, Iran. Perkataan al-Ghazali berasal dari tempat kelahirannya iaitu Gazalah atau pekerjaan bapanya sebagai penenun dan penjual kain, Ghazzal. Zaman kanak-kanaknya dihabiskan dengan mempelajari ilmu usuluddin dan fiqah syafii. Ketika berusia 20 tahun pada tahun 1077M, beliau telah pergi ke madrasah Nizammiyah di Nirharpur. Menjadi pelajar kepada Abu Almaali al Juwayni yang dikenali sebagai imam al-Haramayni merupakan seorang ulama yang terkenal pada zaman itu. Melalui bimbingannya, beliau telah mempelajari usulludin, ilmu kalam, sains, tabii, falsafah dan ilmu logik. Imam Haramayni memiliki kehebatan yang luar biasa sehingga menyebabkan semua hadirin menangis setiap kali membicarakan tentang sejarah ahli sufi dan makam mereka. Beliau juga memperkenalkan teori logik dan ilmu falsafah kepada al-ghazali. Namun ilmu yang menjadi keutamaan al-ghazali ialah ilmu kalam. Al-Ghazali dikatakan seorang yang mempunyai kepintaran luar biasa, alim dan dianggap sebagai seorang yang mencintai ilmu pengetahuan. Dalam bidang kesenian, al-Ghazali mengemukakan teori estetika. Teori ini menyentuh aspek keindahan yang terdapat pada sesebuah karya seni. Keindahan menurut al-ghazali adalah nikmat yang tersendiri yang dihayati kerananya dan bukan untuk tujuan yang lain. Keindahan sesuatu benda itu terletak pada kesempurnaannya yang disedari melalui sifatnya.

Al-Ghazali tidak menumpukan perhatiannya kepada karya seni dalam bentuk fizikal. Ini kerana beliau berpendapat sesebuah karya seni yang dinilai daripada aspek fizikal sebenarnya hanyalah untuk tuntutan jasmani. Bagi al-Ghazali, manusia yang taksub dengan kebendaan tidak akan berjaya menjejak kebahagiaan hakiki tetapi akan terus menerus hanyut dalam kancah kehancuran. Selain itu, segala yang ditanggapi yang melahirkan nikmat dan kepuasan bergantung kepada orang yang membuat tanggapan itu. Sesebuah karya seni yang dihargai dan diamati akan dapat melahirkan kepuasan pada penghayat seni itu sendiri. Ini merumus kepada segala yang indah akan dikasihi kerana yang indah memberi atau mendatangkan kepuasan kepada penghayatnya. Keindahan alam semulajadi merumuskan tuhan yang menciptakannya kerana yang menciptakannya ialah tuhan yang indah. Keindahan tuhan dapat dipersepsikan melalui kuasa pancaindera dan oleh mata hati . al-Ghazali melihat keindahan daripada segi dalaman yang bersabit dengan nilai-nilai kerohanian, etika dan keagamaan. Keindahan alam luaran atau syahadah dapat dipersepsi oleh pancaindera yang lima dan didapati oleh sesiapa sahaja manakala keindahan dalaman manusia yang dapat dihayati melalui mata hati lebih peka, lebih seni daripada pancaindera yang lima. Seni menurut pandangan al-Ghazali adalah sesuatu yang tidak dinafikan bahawa hubungan seni dengan kehidupan manusia tidak boleh dipisahkan. Manusia tidak bolehterpinggir dengan seni namun kehadiran seni itu wajar tidak memisahkan akidah manusia. Dalam perspektif islam, seni boleh dibahagikan kepada dua tujuan iaitu yang pertama ialah suatu alat bagi manusia mencapai matlamat lebih tinggi dan bermakna iaitu untuk mencapai kbahagiaan dunia dan akhirat manakala yang kedua pula ialah seni melupakan suatu penawar bagi seseorang yang mengembara di dunia ini dalam menuju alam akhirat. Ibnu khaldun Ibnu Khaldun adalah seorang tokoh pemikir islam yang unggul terutama dalam bidang sosiologi dan falsafah. Lukisannya yang dikenali sebagai muqaddimah atau prolegomena menjadi ibu kepada kesusasteraan falsafah sejarah dan sosiologi. ( estidotmy utusan Malaysia, 2002)

Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunisia pada 1 Ramadhan tahun 732H .Nama penuh Ibnu Khaldun adalah Abdul Rahman Abu Zin Waliuddin Ibn Muhamad Ibnu Khaldun al-Maliki al-Hadrami. Khaldun adalah gelaran beliau sempena nama datuknya Khaldun daripada suku Hadrami. Nama asal beliau ialah Khalid. Perkataan khaldun itu sendiri bermaksud intelek, ulama , pemimpi dan pemikir. Dalam usia yang masih muda, beliau mampu menguasai pelbagai jenis ilmu tafsir, hadis, fikah, maliki, tauhid dan usul fikah. Ibnu Khaldun meninggal dunia pada 26 ramadhan tahun 808 hijrah ketika berusia 86 tahun. Ibnu khaldun dimakamkan di Mesir pada zaman kerajaan bani uthmaniyah disekitar kawasan permakaman kaum sufi di bab al-nasir ( ghazali Darussalam,1988 ) Menurut Ibnu Khaldun, seni itu suatu kebenaran, keindahan dan kebaikan. Didalamnya juga terkandung nilai-nilai estetika, etika dan logika. Estetika mengandungi unsur-unsur kecantikan, baik susunannya, menarik komposisinya serta indah apabila sesuatu hasil karya itu dihasilkan. Etika itu merujuk kepada elemen elemen akhlak atau moral yang membina manusia. Logika pula merujuk kepada satu kebenaran yang hakiki. Pengetahuan dalam ssejarah boleh membentuk kerangka kefahaman dalam seni. Pengetahuan dalam sejarah ini tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia pada zaman batu sejak kewujudan lukisan di gua Altamira, Sepanyol. Bagi Ibnu Khaldun, kebenaran dalam kesenian haruslah berpaksikan Allah s.w.t. kesenian dicetuskan dengan niat mendapatkan keredhaan allah.s.w.t. seni dalam islam adalah seni yang mementingkan nilai-nilai akidah, syarak dan akhlak. Kesenian islam menjadikan al-quran, al-sunnah, ijmak dan qiyas sebagai sumbernya. Dalam seni khat misalnya, terkandung nilai kebenaran pada keesaan allah s.w.t. seni kahat arb adalah anugerah daripda allah kepada manusia. Keindahan ditafsirkan sebagai kecantikan, keelokkan atau perihal yang menerangkan sesuatau yang indah. Perkataan indah itu sendiri dimengerti sebagai sesuatau yang baik, molek dan bagus. Kesenian yang diciptakan atas seni islam mestilah mengandungi nilai kebaikan dan nilai akhlak. Sedangkan seni yang tidak berbentuk islam diciptakna untuk tujuan takbur, riak menaikkan nafsu syahwat, merosakkan akidah, syarak dan akhlak.

Estetika pula membawa maksud kecantikan, baik susunannya dan keberkesanannya.ia melibatkan psikologi manusia yang berkaitan dengan perasaan. Daripda sudut psikologi, keindahan itu dilihat sebagai sesuatau yang sesuai kepada pancaindera atau deria rasa. Laura H.Chapman Beliau mengemukakan tiga pandangan terhadap seni. Pertama ialah seni adalah untuk masyarakat dan ini b bermakna seni itu perlu disebarkan dan dikongsi. Atas alas an inilah,seni itu tidak boleh digunakan untuk kepentingan sendiri. Seni perlu dikongsi bersama-sama agar semua orang dapat menikmati keindahannya. Kedua,seni dan kreativiti menjadi satu unsur yang berimaginasi. Ini bermakna seni dan kreativiti perlu bergabung menjadi unsur imaginasi terutamanya dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pendapat beliau yang ketiga pula ialah beliau lebih menumpukan kepada seni utama iaitu melalui pemerhatian,penerokaan,penghasilan serta apresiasi dan perlanjutan. Ketiga-tiga pendapat Chapman ini menjadi satu unsur yang penting dalam seni. Selain itu,beliau turut menyatakan melalui seni dapat dihasilkan melalui kaedah penjanaan idea. Umumnya ,dalam menjana idea,pengkarya menetapkan objektif,haluan dan tujuan penghasilan karya, ia dilakukan agar karya yang dihasilakan dapat menepati kehendak sebagaimana objektif penghasilan karya. Sebagai contohnya, guru mestilah membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.Ini membolehkan pelajar dapat menghasilkan karya yang baik. Di samping itu,beliau turut menyatakan melalui pengolahan dan pemurnian.Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun.Idea perlu diolah dan dimurnikan terlebih dahulu sebelum menghasilkan sesebuah kajian visual.Proses ini digunakan oleh pengkarya untuk memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektifpenghasilan.Jadi,sudah tentu imej atau visual tersebut dihasilkan tanpa terpesong daripada tema dan objektif.

Selain itu, kemahiran dalam menggunakan bahan .Ini merupakan salah satu kemahiran yang perlu dimiliki terutamanya dalam menghasilkan karya seni agar karya yang terhasil itu bermutu. Pemilihan dan penggunaan bahan yang sesuai penting agar segala karya seni yang dihasilkan nampak kreatif. Contohnya, guru perlu membimbing pelajar untuk mempelajari pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Para guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk ajar kepada para pelajar supaya pemilihan bahan oleh para pelajar mempunyai makna dan nilai tersendiri. Pendapat beliau yang terakhir ialah kritikan seni. Kritikan seni penting agar setiap orang dapat memperbaiki sesuatu hasil seni kepada yang lebih baik dan membina keyakinan kepada pelajar. Melalui kritikan seni juga,para pelajar dapat memahami adat,tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.Seni adalah untuk masyarakat, Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi.

http://gengpsv.blogspot.com/2008/10/pendapat-al-ghazali-ibnu-kkhaldun-dan.html

You might also like