You are on page 1of 9

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

2011

1.0

Pengenalan Kepada Brosur

Brosur atau buku kecil, atau pamflet adalah terbitan bukan berkala terdiri daripada satu hingga sejumlah kecil muka surat, tidak mempunyai perkaitan dengan terbitan lain. Brosur atau pamflet memuatkan maklumat atau penerangan tentang suatu produk, perkhidmatan, syarikat, sekolah, kemudahan umum, dan dimaksudkan sebagai kemudahan pengiklanan. Maklumat dalam brosur ditulis dalam bahasa yang ringkas, dan mudah difaham.. Brosur juga direka agar menarik perhatian, dan dicetak dengan menggunakan kertas yang baik dan berkualiti dalam usaha memberikan kesan yang baik terhadap produk tersebut. Kesimpulannya, brosur adalah satu cetakan yang memberikan maklumat ringkas kepada pengguna atau orang ramai berhubung sesuatu perkara contohny maklumat berhubung kesan penggunaan dadah kepada tubuh badan.

2.0

Definisi Aditif

Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran hidangan tersebut. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ribuan tahun lalu. Nenek moyang kita telah menggunakan garam untuk mengawet daging dan ikan, rempah ratus untuk melazatkan makanan, dan cuka serta gula untuk menyimpan buahbuahan dalam bentuk jeruk. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi. Penduduk Asia pula didapati telah menggunakan sejenis sup pekat berasaskan agen perasa terkenal, monosodium glutamat atau MSG, sejak 2,000 tahun lalu.

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

2011

3.0

Jenis jenis Aditif dan Tujuan Penggunaannya

Antara jenis aditif dan tujuannya adalah seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah. Jenis jenis dan Tujuan Aditif

Agen emulasi Sebagai pengadun dalam -

Agen antioksidan Memastikan bahan makanan

makanan
Agen penstabil dan pemekat Memberi makanan dan ubatubatan tekstur yang rata dan lembut. Agen penghalang kerak Pastikan makanan yang -

tidak cepat rosak (masan dan


berbau) Agen penaik Digunakan untuk menaikkan bahan dimasak Agen penyedap makanan yang

berbutir seperti garam dan


gula sentiasa berberai

Menyedapkan makanan
Agen pewarna

Aditif

juga

bertindak dan nilai nutrisi

Menambahkan daya tarikan makanan tersebut Agen peluntur

mengekalkan meningkatkan makanan Agen pengawet -

Digunakan untuk memutihkan makanan

Mengekalkan makanan dalam keadaan baik dan selamat

Rajah 1: Jenis jenis dan Tujuan Aditif

Agen emulsi seperti gam Arab dan lesitin ialah aditif yang membolehkan makanan yang bahan asasnya terdiri daripada lemak dan air diadun. Campuran ini kemudiannya boleh wujud dalam keadaan yang serasi. Contohnya, agen emulsi mampu mengadunkan
2

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

2011

hidangan bervitamin yang berasakan lemak seperti minyak ikan dengan air untuk membentuk emulsi. Aditif juga bertindak sebagai agen penstabil dan pemekat seperti garam alginat dan gliserin untuk memberi makanan dan ubat-ubatan tekstur yang rata dan lembut. Selain itu, sebagai agen penghalang kerak bagi memastikan makanan yang berbutir seperti garam dan gula sentiasa berberai (tidak melekat). Aditif juga bertindak untuk mengekalkan dan meningkatkan nilai nutrisi makanan. Contohnya, vitamin dan bahan galian dicampurkan seperti susu, tepung, bijirin dan marjerin bagi mewujudkan sumber makanan yang seimbang. Aditif yang tergolong ke dalam kumpulan bahan pengawet digunakan bagi tujuan pengawetan. Ia digunakan untuk mengekalkan makanan dalam keadaan baik dan selamat. Bahan pengawet seperti garam nitrat dan nitrit seumpamanya, amat penting bagi melindungi makanan berasaskan daging daripada dijangkiti kulat dan bakteria clostridium, botulidium iaitu mikroorganisma penyebab botulisme atau keracunan makanan. Agen antioksidan seperti vitamin C dan vitmain E pula mampu mengelak lemak dan minyak di dalam hidangan makanan daripada menjadi masam atau tengik. Agen ini juga digunakan untuk mengekalkan warna isi buah-buahan yang siap dipotong. Tanpa agen antioksidan, warna isi buah epal dengan mudah bertukar menjadi perang. Aditif juga digunakan untuk menaikkan bahan makanan yang dimasak seperti kek dan roti. Agen daripada kumpulan ini membebaskan asid apabila dipanaskan. Asid yang terbebas mampu bertindak balas dengan soda penaik untuk memantapkan rupa bentuk kek, roti dan biskut yang dibakar. Agen penyedap seperti rempah ratus (halia dan bunga cengkih) dan bahan kimia sintetik (monosodium glutamat atau MSG) digunakan dengan meluas untuk melazatkan makanan. Namun begitu, penggunaan MSG secara berlebihan mampu mengundang bahaya kepada kesihatan pengguna. Antara kesannya adalah keguguran rambut dan darah tinggi. Bahan pewarna juga sering dicampurkan ke dalam makanan terutamanya kuihmuih. Ini bertujuan untuk menambahkan daya tarikan hidangan tersebut. Contoh bahan pewarna ialah FD&C Yellow No.6 yang digunakan di dalam bijirin, makanan ringan dan
3

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

2011

roti. Selain itu, tartrazin ialah pewarna makanan buatan yang mempunyai banyak pilihan warna, Antaranya Tartrazin CI 19140. Akhir sekali, aditif juga bertindak sebagai agen peluntur yang digunakan untuk memutihkan makanan seperti agar-agar yang mudah bertukar warna terutama ketika di dalam penyimpanan.

4.0

Pengenalan Kepada Monosodium Glutamat (MSG)

MSG adalah penambah perisa, yang telah digunakan hampir satu abad untuk membawa rasa yang terbaik dalam makanan. MSG sebenarnya adalah asid amino, asid glutamik atau glutamat pendek, natrium dan air. Glutamat didapati secara semula jadi dalam makanan berprotein, seperti daging, sayur-sayuran, ayam, dan susu. Tubuh manusia juga menghasilkan glutamat secara semulajadi dalam jumlah yang besar. Otot, otak, dan organ-organ badan yang lain mengandungi kira-kira empat paun glutamat. Contohnya, susu ibu kaya dengan glutamate jika berbanding dengan susu lembu, MSG biasanya dihasilkan melalui penapaian iaitu satu proses yang sama digunakan dalam membuat cuka dan yogurt. Proses ini bermula dengan penapaian jagung, gula, beets, atau tebu. Produk siap adalah tulen, berbentuk kristal putih, di mana larut dengan mudah dan mudah bergabung dengan baik dalam pelbagai jenis makanan. Selain itu, konbu (dalam bahasa Jepun) bermaksud rumpai laut merupakan bahan utama bagi produk MSG.

Rajah 2: Bahan utama dalam pembuatan dashi konbu (rumpai laut atau rumput laut)
4

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

2011

5.0

Proses proses Penghasilan MSG

MSG biasanya dihasilkan melalui penapaian - satu proses yang sama seperti yang digunakan dalam membuat cuka dan yogurt. Proses ini bermula dengan penapaian jagung, gula, beets, atau tebu. Produk siap adalah tulen, kristal putih, yang larut dengan mudah dan bergabung dengan baik dalam pelbagai jenis makanan.

Rajah 3: Proses penghasilan MSG

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

2011

6.0

Tahap Keselamatan MSG Kepada Pengguna

MSG telah digunakan selama hampir seratus tahun. Lebih daripada empat dekad, Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) telah berulang kali mengesahkan keselamatan MSG. Lain-lain badan-badan saintifik dan peraturan di seluruh dunia, termasuk Persatuan Perubatan Amerika (AMA), Komuniti Eropah Jawatankuasa Saintifik untuk Makanan (SCF), dan Joint FAO / WHO Jawatankuasa Pakar Aditif Makanan (JECFA), juga telah mengkaji semula penyelidikan ke atas MSG dan telah mengesahkan keselamatan penggunaan MSG. MSG adalah begitu selamat dan FDA telah meletakkannya pada senarai bahan-bahan yang dikenali sebagai "Secara umumnya Diiktiraf Sebagai Selamat" (GRAS), memiliki hak bersama-sama dengan gula, serbuk penaik, garam, dan lada. Begitu juga, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memilih untuk tidak menetapkan had ke atas Pengambilan harian Diterima (ADI) MSG, mengklasifikasikan ia sebagai "tidak dinyatakan".

7.0

Glutamat Dalam Makanan

Glutamat adalah salah satu daripada banyak asid amino yang dikenali dan merupakan komponen penting protein. Ia ditemui di hampir semua makanan semula jadi seperti daging, ikan, ayam, susu (termasuk susu ibu manusia), dan sayur-sayuran. Glutamat wujud secara semula jadi dalam kebanyakan makanan protein dan rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripadanya.

Rajah 4: Glutamat dalam makanan


6

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

2011

8.0

Glutamat Dalam Tubuh Badan Manusia

Badan kita menghasilkan glutamate dalam otot, otak dan organ organ lain. Glutamate yang dihasilkan oleh badan memainkan peranan penting kepada metabolisme manusia, sumber protein, pembiakan dan pertumbuhan. Rajah 2 di bawah menunjukkan secara jelas bahagian bahagian tubuh badan yang mengandungi glutamate asli.

Rajah 5: Bahagian bahagian tubuh badan yang mengandungi glutamate asli Kesan kesan Pengambilan MSG Yang Berlebihan

9.0

Pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar-pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri? Silent Killer Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yag diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf. Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar Sindrom Restoran Cina (Chinese Restaurant
7

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

2011

Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua simptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina. Selain itu, kesan MSG turut kelihatan pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa MSG dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran. MSG juga boleh menyebabkan masalah neurologi atau saraf dan penambahan berat badan. Terdapat beberapa kajian telah membuktikan MSG boleh menaikkan berat badan. Kajian telah dibuat ke atas tikus yang diberi makan MSG menjadi obes dan ada yang menjadi buta. Salah satu cara saintis meningkatkan obesiti dalam makmal kajian haiwan ialah dengan memberi haiwan makan MSG. Kesimpulannya, penggunaan MSG yang tinggi atau secara berlebihan mampu mengundang kemudaratan kepada diri individu itu sendiri. Oleh itu, pengawalan penggunaan MSG adalah patut diamalkan dalam penyediaan makanan harian seisi keluarga.

Kesan-kesan lain MSG I. Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin. II. Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan isyarat leptin yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.
8

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

2011

III.

MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.

IV.

Kesan pengambilan MSG ialah kesan kepada otak , ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin. Ia berakhir dengan tindakan stress

hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak. Biasanya pembeli selalu tertipu apabila membaca pada label makanan. Ini kerana MSG digunakan dengan nama lain. Sesetengah pengusaha makanan langsung tidak

meletakan kandungan MSG pada label makanan tersebut. Jika pada label dinyahkan rempah, perisa, perisa semula jadi, asid sitrik atau apa-apa yang hdrdroyzed atau autolyzed makanan tersebut mungkin mengandungi MSG. Sup yang ditinkan, frozen dinners iaitu makanan beku yang perlu dipanaskan dengan ketuhar gelombang mikro, pelbagai jenis sos, makanan jepun, dan banyak lagi makanan yang diproses mengandungi MSG. Selain itu, sesetengah negara terutama negara yang bukan Islam, sungguhpun MSG dihasilkan daripada bahan asas berkarbohidrat seperti jagung atau ubi kayu tetapi bahan utama untuk pemprosesan MSG mungkin adalah terdiri daripada produk haiwan yang tidak halal contohnya daging khinzir. Oleh itu, para pengguna perlu membaca label yang ditulis pada makanan yang hendak dibeli agar tidak membawa permasalahan kepada mereka.

10.0

Kesimpulan

Kesimpulannya, penggunaan MSG amat berguna kepada para pengguna terutama kepada masakan yang hendak disediakan kerana MSG adalah salah satu bahan utama dalam meningkatkan keenakan sesuatu makanan tersebut. Namun begitu, adalah menjadi kemudaratan kepada setiap individu yang menggunakan MSG secara berlebihan dalam hidangan mereka kerana penggunaan MSG secara berlebihan mampu mengundang bahaya kepada kesihatan individu itu sendiri. Justeru, pengawalan pengambilan produk MSG dalam makanan adalah perlu dititikberatkan bagi memastikan makanan itu sihat untuk dimakan dan seimbang.

You might also like