You are on page 1of 1

ADAB SEMASA BELAJAR DI BILIK KELAS. 1. Tingkahlaku Pelajar.

Pelajar harus mengucapkan Selamat Pagi/Petang kepada guru semasa guru masuk dalam kelas. Pelajar mengucapkan Terima kasih Cikgu semasa guru keluar dari kelas. Mengamalkan amalan mengucapan terima kasih setelah menerima sesuatu daripada guru dan rakan. Mengamalkan amalan memohon maaf kepada guru dan rakan jika membuat kesilapan.. Meminta kebenaran daripada guru yang mengajar jika ingin keluar dari kelas. Pelajar yang ingin masuk semula atau ingin membuat pegumuman dari kelas ke kelas harus mengetuk pintu dan meminta izin untuk masuk daripada guru yang mengajar pada waktu tersebut. Pelajar harus menumpukan penuh perhatian semasa guru mengajar. Harus mematuhi segala arahan daripada guru semasa dalam kelas. Pelajar harus mengangkat tangan untuk mengambil perhatian guru sebelum menanyakan soalan atau meminta penerangangan lebih lanjut. Pelajar dilarang menyampuk atau menganggu semasa guru mengajar. Pelajar harus menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan oleh guru kepadanya dengan penuh hormat dan tanggungjawab. Pelajar harus sentiasa berkerjasama dengan pelajar lain untuk memastikan keadaan kelas bersih, ceria dan kondusif untuk P&P dijalankan. Setiap pelajar harus bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda diri, pelajar lain dan juga harta benda sekolah dalam kelas. Pelajar harus membuat kerja sendiri secara senyap semasa ketiadaan guru. Pelajar juga harus menghormati dan mematuhi arahan guru pengganti semasa guru mata pelajaran tiada dalam kelas. Pelajar dilarang keluar ke tandas atau tempat lain pada pertukaran waktu kecuali dengan kebenaran guru. Pelajar yang lewat masuk ke kelas harus meminta kebenaran daripada guru sebelum masuk untuk pelajaran seterusnya. Jika kelas perlu ke makmal, bengkel atau perpustakaan, pelajar harus berbaris dan bergerak bersama ke tempat berkenaan tanpa menganggu kelas-kelas lain.

You might also like