P. 1
Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Air

Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pengangkutan Air

|Views: 750|Likes:
Published by Akhi Muhammad Aiyas
Kerja Kursus Geografi Persekitaran : Kajian Lapangan di Langkawi - Kegiatan Ekonomi Pengangkutan Air oleh guru pelatih PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 di IPG KaDRI
Kerja Kursus Geografi Persekitaran : Kajian Lapangan di Langkawi - Kegiatan Ekonomi Pengangkutan Air oleh guru pelatih PISMP Kajian Sosial Sem 2/2011 di IPG KaDRI

More info:

Published by: Akhi Muhammad Aiyas on Sep 01, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/06/2013

pdf

text

original

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104

)

1.0

PENDAHULUAN

Pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa, dan lain-lain. Antara pembahagian yang biasa adalah pengangkutan darat, pengangkutan laut, pengangkutan udara.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan 2007 di halaman 61, perkataan ‘pengangkutan’ membawa maksud pembawaan barang-barang atau lain-lain dari satu tempat ke tempat yang lain. Manakala perkataan ‘angkut’ pula membawa maksud mengangkat dan membawa berkali-kali. (sila rujuk lampiran H) Menurut sumber data Pusat Rujukan Persuratan Melayu di laman web http://prpm.dbp.gov.my, perkataan ‘pengangkutan’ membawa maksud perbuatan atau hal mengangkut; pengiriman atau pembawaan barang-barang dan lain-lain. (sila rujuk lampiran H) Manakala menurut laman web kamus maya, http://www.ehow.com, ‘pengangkutan’ membawa maksud the equipment and logistics of transporting passengers and goods. (peralatan dan kemudahan logistik dalam mengangkut penumpang atau barangan). (sila rujuk lampiran H)

Kajian ini telah dijalankan di sekitar Pulau Langkawi dan gugusan pulau lain di sekitarnya. Terdapat pelbagai jenis pengangkutan air sama ada berbentuk komersil ataupun tidak komersil, dan terdapat juga kepunyaan persendirian dan kepunyaan syarikat atau negara. Pengangkutan air memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kelangsungan ekonomi negara malah tahap ketersampaian ke sesuatu tempat terpencil turut berhubungkait dengan kewujudan pengangkutan air seperti di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Dengan adanya pengangkutan air, maka kawasan-kawasan terpencil ini dapat dihubungkan dengan dunia luar dan dapat dibangunkan.

HALAMAN|1

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

2.0

KAEDAH MENGUMPUL MAKLUMAT

2.1

Kajian Perpustakaan

Kami telah mendapatkan pelbagai maklumat yang bermanfaat berkenaan dengan kegiatan pengangkutan air di kawasan Pulau Langkawi dan juga dari jeti Kuala Perlis dan Kuala Kedah ke Pulau Langkawi. Kebanyakan maklumat diperolehi dari pelbagai sumber secara bertulis. Sama ada dari buku-buku ilmiah, buku-buku rujukan, jurnal, pamplet dan sebagainya . Segala sumber rujukan bertulis itu kebanyakannya kami perolehi sewaktu berkunjung ke Perpustakaan Ibnu Sina IPG Kampus Dato’ Razali Ismail dan juga ke Perpustakaan Awam Terengganu di Kuala Terengganu. Terdapat pelbagai sumber yang dapat kami perolehi sewaktu melawat ke sana. Segala maklumat mengenai kegiatan pengangkutan air di dan ke Pulau Langkawi dapat diperolehi dan diolah untuk penulisan ilmiah ini.

2.2

Eksplorasi Internet

Selain melakukan rujukan di perpustakaan, terdapat juga sumber mengenai kegiatan pengangkutan di Pulau Langkawi yang dapat diperolehi dari beberapa buah laman web yang terpilih yang mempunyai pelbagai maklumat yang amat berguna. Antara laman sesawang yang kami perolehi maklumat ialah laman sesawang milik Langkawi Ferry Service Sdn. Bhd., United Ferry Services Sdn. Bhd. dan juga laman sesawang Langkawi Info. Data yang diperolehi akan digandingkan dengan data yang diperoleh dari sumber pertama iaitu dari beberapa responden dan juga beberapa pamplet yang diperolehi. Kesemua laman web ini amat berguna kerana mempunyai banyak informasi. Segala artikel dari laman sesawang telah kami cetakkan dan dilampirkan di bahagian lampiran. Di bahagian bibliografi pula kami telah tampilkan beberapa alamat web yang telah kami lawati untuk mendapatkan info.

HALAMAN|2

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

2.3

Pemerhatian

Untuk mendapatkan kepastian yang lebih tepat lagi, terutama berkenaan dengan aktiviti pengangkutan air di Pulau Langkawi dan jeti feri di Kuala Perlis, kami telah menjalankan pemerhatian sewaktu kajian. Pemerhatian kami meliputi pelbagai aspek antaranya ialah kaedah keluar masuk penumpang ke feri, susun atur tempat menunggu, jadual pengangkutan feri dan sebagainya. Semuanya amat berkesan kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dengan kaedah pemerhatian ini. Kami juga dapat meneguhkan lagi bahawa sememangnya kegiatan pengangkutan air di Pulau Langkawi merupakan kegiatan pengangkutan utama keluar masuk dari dan ke pulau ini.

2.4

Temuramah

Untuk mendapatkan lagi maklumat yang betul-betul tepat, sesi temuramah telah diadakan dengan beberapa individu yang berkaitan. Tujuan sesi temuramah ini diadakan ialah untuk memastikan bahawa setiap data yang kami perolehi dari sumber kedua seperti melalui web, buku, risalah dan sebagainya adalah tepat. Dan dengan temuramah ini, kami dapati bahawa segala maklumat dan informasi berkaitan sistem pengangkutan air di Langkawi melalui sumber kedua sememangnya benar dan tepat. Sesi temuramah telah kami mulakan sebaik sahaja rombongan tiba di jeti Kuala Perlis. Ini kerana di jeti berkenaan, kami dapati terdapat ramai responden yang berpotensi untuk ditemuramah dan direkodkan data yang berguna. Selain di jeti feri Kuala Perlis, kami turut mendapatkan responden dari pemandu bot pelancongan, pemilik van sewa di Pulau Tuba dan juga dari pihak Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi yang sememangnya banyak terlibat dengan aktiviti di laut. (sila rujuk borang temuramah di lampiran G)

HALAMAN|3

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

2.5

Soal Selidik

Selain dari semua kaedah kajian seperti di atas, kami juga sempat menyiapkan borang soal selidik berkenaan dengan aktiviti pengangkutan air di Pulau Langkawi. Borang itu telah kami siapkan sebelum menaiki bas untuk ke Pulau Langkawi dan sempat berkolaborasi bersama pensyarah pembimbing tentang borang soal selidik itu. Terdapat beberapa aspek yang perlu ditambahbaikkan. Perlaksanaan kaedah kajian berdasarkan soal selidik sebenarnya agak sedikit rumit kerana memerlukan masa untuk borang tersebut disiapkan. Namun demikian, kami masih tetap melaksanakan kajian berasaskan borang soal selidik dan bersyukur kerana respon yang diberikan oleh responden amat baik sekali walaupun mungkin sewaktu itu mereka sedang sibuk bekerja. Namun mereka masih sempat meluangkan masa untuk melaksanakan borang soal selidik ini. Kami berjaya mendapatkan beberapa orang responden untuk kaedah ini. (sila rujuk borang soal selidik di lampiran G)

2.6

Perbincangan

Kami sekumpulan juga telah mengadakan perbincangan dengan ahli kumpulan lain dalam kelas kami berkenaan kaedah untuk mendapatkan informasi dan juga melaksanakan kajian di lapangan. Mereka turut menunjukkan cara ataupun kaedah penulisan pelbagai bahan untuk dipersembahkan nanti. Dari perbincangan tersebut, kami dapat perolehi pelbagai lagi maklumat yang pada hemat kami amat berguna untuk dijadikan panduan kepada penulisan ilmiah nanti. Dengan berkolaborasi bersama mereka, tugasan kami semakin lancar dan jelas dengan bantuan mereka.

HALAMAN|4

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

3.0

CIRI-CIRI PENGANGKUTAN AIR

Pengangkutan air merupakan antara sistem pengangkutan yang penting kepada manusia terutama untuk mencapai tempat-tempat yang terpencil dan jauh di pedalaman. Sebagai contoh kawasan pedalaman jauh di dalam hutan di Sabah dan Sarawak. Dengan adanya sistem pengangkutan air ini, maka ketersampaian ke kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak akan dapat direalisasikan. Menurut Encik Rosdi, Pembantu Ehwal Ekonomi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Wilayah Langkawi, prinsip yang sama turut wujud di Pulau Langkawi iaitu dengan kewujudan pengangkutan air ini, petempatan dapat berkembang dengan baiknya dan segala kelengkapan infrastruktur dapat disediakan oleh pihak berwajib. (sila rujuk foto 1 di lampiran E) Terdapat beberapa ciri penting yang wujud dalam sektor pengangkutan air. Kesemua ciri ini menjadi ciri utama kegiatan pengangkutan air di daerah Pulau Langkawi, Kedah.

3.1

Nadi Utama Pengangkutan

Pengangkutan air menjadi pengangkutan utama bagi penduduk di Pulau Langkawi. Ini kerana ketercapaian ke sesuatu tempat ataupun pulau terpencil bergantung kepada kewujudan pengangkutan air. Jika pengangkutan air tiada, maka penduduk akan mengalami kesusahan untuk sampai ke sesuatu tempat. Selain itu, pengangkutan air juga digunakan secara meluas oleh segenap pihak sama ada persendirian ataupun negara. Sebagai contoh pihak berkuasa, mereka turut menggunakan pengangkutan air seperti bot laju dan kapal peronda untuk melakukan tugasan penguatkuasaan dan rondaan keselamatan di sekitar pulau Langkawi dan juga pulau-pulau gugusan yang lain. (sila rujuk foto 2 di lampiran E) Pengendalian sistem pengangkutan air yang mudah dan tidak terlalu kompleks juga menyebabkan sistem tersebut menjadi pilihan utama pengangkutan penduduk kepulauan.

Menurut adik Muszaphar, iaitu pemandu bot pelancongan di Kilim Geopark sewaktu ditemuramah dan disoal selidik., beliau menyatakan bahawa telah menjadi

HALAMAN|5

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

pemandu bot pelancongan tersebut sejak berusia 10 tahun lagi. (sila rujuk foto 3 di lampiran E) Kini beliau telah berusia 13 tahun dan sekiranya cuti sekolah, dia akan berkhidmat sebagai pemandu bot pelancongan di sana. Kerjaya sebagai pemandu bot pelancongan di Kilim Geopark tidak memerlukan sebarang lesen ataupun kelayakan, hanya dengan kemahiran yang cekap sahaja sudah mampu untuk menjadikannya pemandu bot pelancongan. (sila rujuk borang soal selidik 1 di lampiran G)

3.2

Berbentuk Pelancongan, Pengangkutan Penumpang, Kargo dan Kenderaan

Pengangkutan air di Pulau Langkawi juga mempunyai pelbagai ciri seperti berbentuk pelancongan, pengangkutan penumpang, kargo dan juga kenderaan darat. Menurut Encik Rostam Bin Abbas, pengusaha van sewa di Pulau Tuba, kenderaannya dibawa dari pulau besar Langkawi ke pulau Tuba adalah melalui kapal ‘ponton’, iaitu kapal yang dikhaskan untuk membawa kenderaan darat dan juga bahan-bahan binaan. (sila rujuk foto 4 di lampiran E) Kadar sewa ataupun upah membawa kenderaan dari pulau besar Langkawi ke pulau Tuba adalah sebanyak RM150.00 sehala.

Menurut Encik Ramli Bin Hashim iaitu pengusaha bot pelancongan di Pulau Tuba, bot pelancongnya turut menjadi keperluan kepada penduduk pulau Tuba berkenaan untuk berulang-alik dari Pulau Tuba ke pulau besar Langkawi untuk

mendapatkan bekalan harian. (sila rujuk foto 5 di lampiran E) Malah segala kargo ataupun barangan keperluan yang kebiasaannya dibeli secara borong atau pukal turut akan dimuatkan ke dalam botnya. Secara tak langsung menurut beliau, bot pelancongan turut bertindak sebagai sistem pengangkutan kargo. Berdasarkan pemerhatian di Jeti Pekan Kuah sewaktu kajian dilaksanakan, sistem tiket yang mudah didapati turut memberikan kesan positif kepada sistem pengangkutan air. Ini kerana tiket feri ataupun bot pelancongan boleh diperolehi sama ada melalui datang terus ke kaunter tiket di jeti, menempah secara dalam talian malah boleh juga didapati melalui ejen-ejen yang bertauliah. (sila rujuk foto 6 di lampiran E) (sila rujuk borang soal selidik 2 di lampiran G)

HALAMAN|6

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

3.3

Kos Perkhidmatan dan Penyelenggaraan Kurang

Kos pengangkutan air yang murah dan berpatutan juga menjadi antara ciri penting yang membuatkan pengangkutan air menjadi pilihan utama ramai masyarakat di Langkawi. Tiket pengangkutan air komersil seperti bot pelancongan dan juga feri yang mudah didapati dengan harga yang berpatutan juga menjadi ciri penting. Kos perkhidmatan yang tidak membebankan seperti kos perkhidmatan kiriman kargo, pengiriman kenderaan darat dan sebagainya menyebabkan ianya menjadi pilihan utama penduduk Langkawi. Menurut Tuan Haji Abdul Majid, Pengurus Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi, (sila rujuk foto 7 di lampiran E) kadar sewa bot yang murah dan urusan tempahan yang tidak terlalu sulit menyebabkan ianya menjadi pilihan pengangkutan utama masyarakat di Langkawi malah agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia turut banyak menggunakan pengangkutan air untuk membawa kargo. Ini kerana menurut beliau, caj yang dikenakan perkhidmatan kargo di daratan lebih tinggi dan tidak efisien akibat dari kekurangan tenaga dan kenderaan. Justeru, pengangkutan air menjadi pilihan utama.

3.4

Jaminan Keselamatan Yang Tinggi

Menurut Encik Abu Bakar Bin Rejab, pengusaha bot pelancongan di Kilim Geopark, pengangkutan air mempunyai prosedur keselamatan yang tinggi dan berdasarkan piawai tertentu. (sila rujuk foto 8 di lampiran E) Ini kerana setiap pengusaha bot pelancongan ataupun feri pelancongan perlu mendapatkan lesen perniagaan dari pihak kerajaan terutama dari pihak Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Beliau turut sempat menunjukkan lesen pengusaha bot pelancongan Kilim Geoark kepada pengkaji. (sila rujuk foto 9 di lampiran E) Untuk mendapatkan lessen tersebut, pengusaha perlu mematuhi piawaian keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak LPKP. Sebagai contoh melalui pemerhatian sepanjang perjalanan menaiki feri pelancongan dari Jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi, didapati bahawa setiap tempat duduk di dalam feri mempunyai jaket keselamatan masingmasing, malah jaket keselamatan tambahan dan juga jaket keselamatan untuk bayi dan

HALAMAN|7

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

kanak-kanak juga disediakan dengan mencukupi. (sila rujuk foto 10 di lampiran E) Kewujudan pelan kecemasan yang mengikut piawaian khas juga membuktikan bahawa aspek keselematan amat diambil berat oleh pengusaha. Ini menyebabkan orang ramai yakin dengan aspek keselamatan sistem pengangkutan air di Pulau Langkawi. (sila rujuk foto 11, 12 dan 13 di lampiran E) (sila rujuk temuramah 1 di lampiran G)

Malah menurut Encik Johari, pengusaha kedai makan berdekatan Jeti Kuala Perlis, semenjak awal pembukaan kedai makannya, dia tidak pernah melihat ataupun mendengar berita mengenai kemalangan yang melibatkan sistem pengangkutan air. (sila rujuk foto 14 di lampiran E) Ini menunjukkan bahawa kecekapan pemandu feri ditambah pula dengan sistem keselamatan telah berjaya menjamin tahap keselamatan penumpang berada pada tahap ang tinggi. (sila rujuk borang soal selidik 3 di lampiran G)

3.5

Pilihan Bervariasi

Selain dari aspek-aspek di atas, sistem pengangkutan air juga menawarkan pilihan yang bervariasi kepada pelanggan terutama dalam perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi. Berdasarkan kajian melalui laman web beberapa syarikat perkhidmatan feri seperti syarikat Langkawi Ferry Services Sdn. Bhd melalui laman webnya di URL http://www.langkawi-ferry.com/Home/Info dan juga syarikat United Ferry Services Sdn. Bhd melalui laman webnya di URL http://ooijingtao.com/FerryInfo.html, terdapat pelbagai pilihan jenis feri yang boleh dipilih oleh pelanggan. (sila rujuk lampiran H) Kepada sesiapa yang ingin menjimatkan masa perjalanan, bolehlah menaiki feri yang berkelajuan tinggi dan selamat. Sekiranya terdapat penumpang yang inginkan perkhidmatan feri yang perlahan agar mereka dapat menikmati pemandangan di laut Andaman, mereka bolehlah menaiki feri yang berkelajuan sederhana.

Selain itu, turut disediakan perkhidmatan kapal peranginan pelancongan dan juga bot pelancongan dengan kadar yang berpatutan terutama kepada pelancong domestik. Walaupun bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan harga tiket diantara

HALAMAN|8

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

pelancong tempatan dan pelancong asing. (sila rujuk lampiran H) Menurut Encik Abu Bakar lagi, perbezaan harga tiket untuk pelancong domestik yang lebih murah berbanding tiket untuk pelancong asing adalah untuk menggalakkan warganegara Malaysia untuk datang melancong demi merancakkan dan menyokong sektor pelancongan negara.

HALAMAN|9

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

4.0

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AIR

Pengangkutan air merupakan salah satu sistem pengangkutan yang paling penting dalam memastikan kelangsungan ekonomi negara, malah memastikan ketersampaian ke kawasan terpencil. Secara umumnya terdapat beberapa faedah ataupun kepentingan yang boleh diperolehi dari kewujudan sistem pengangkutan air ini. Antaranya ialah dapat mengelakkan lebihan dan kurangan barang di pasaran. Pengangkutan air memudahkan pemindahan barang dari tempat yang mengalami lambakan produk ke tempat yang mengalami kekurangan produk supaya penawaran dan permintaan dapat diselaraskan. Penawaran yang berlebihan akan menyebabkan harga menurun sementara penawaran yang tidak mencukupi akan mengakibatkan kenaikan harga. Dengan bantuan pengangkutan air seperti kapal kargo, feri dan juga bot-bot, harga akan dapat distabilkan kerana lebihan penawaran dapat diagihkan ke tempat yang mengalami kekurangan barangan tersebut.

Selain itu, pengangkutan air secara umumnya amat penting untuk meluaskan pasaran dan menggalakkan perniagaan antarabangsa. Pengangkutan air membantu meluaskan pasaran kerana dapat mengagihkan barang ke merata tempat melangkaui lautan dan dapat meningkatkan keuntungan berdasarkan tukaran wang akibat dari import dan eksport barangan. Perniagaan import dan eksport dapat dijalankan dengan licin dengan adanya sistem pengangkutan air yang moden dan canggih. Contohnya, udang galah yang segar dapat dieksport ke Jepun dengan terdapatnya sistem pengangkutan air yang canggih kerana kesegaran udang galah dapat dijamin dan dikekalkan. Perkembangan pernigaan antarabangsa juga dapat mengeratkan

perhubungan diplomatik antara negara dengan negara lain di serata dunia.

Secara lebih khususnya, pengangkutan air di kawasan kajian iaitu Pulau Langkawi turut mempunyai banyak kepentingan dan banyak memberikan faedah penduduk Pulau Langkawi khasnya dan penduduk Malaysia amnya. Kepentingan pengangkutan air kepada penduduk Pulau Langkawi dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu ekonomi dan sosial. Bagi kepentingan dari sudut ekonomi ialah menjadi

H A L A M A N | 10

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

pengangkutan utama penumpang dari semenanjung ke pulau, menjadi pengangkutan kargo, kenderaan darat dan kegiatan pelancongan serta merancakkan ekonomi negara. Manakala kepentingan pengangkutan air dari sudut sosial pula ialah menjadi medium penyebaran maklumat, komunikasi/hubungan antarabangsa, meningkatkan mobiliti dan juga dapat merancakkan pertumbuhan petempatan.

4.1

Kepentingan Pengangkutan Air Dari Sudut Ekonomi

4.1.1 Pengangkutan Utama Penumpang ke Pulau

Menurut Encik Johari, pemilik warung berdekatan Jeti Kuala Perlis, beliau mengatakan pengangkutan air menjadi satu medium yang utama kepada kebanyakan pelancong sama ada domestik atau luar negara. Ini kerana pengangkutan air menawarkan pilihan yang pelbagai dan dengan harga yang murah. Disamping itu menurut beliau, akibat dari pengangkutan air yang menjadi pilihan utama pengguna, para pengusaha pengangkutan air tidak kira pengusaha bot laju, feri penumpang dan juga kapal-kapal kargo serta ponton mendapat pulangan keuntungan yang tinggi. Menurut pengusaha bot pelancongan dari Pulau Tuba ke Pulau Langkawi iaitu Encik Ramli Bin Hashim, kadar tambang bot pelancongan yang berpatutan dan tidak terlalu tinggi menyebabkan para pelancong lebih menggemari menggunakan pengangkutan air berbanding pengangkutan udara sama ada kapal terbang atau helikopter. (sila rujuk foto 15 di lampiran E) Ditambah pula keadaan geografi kepulauan Langkawi yang mempunyai gugusan pulau yang banyak, maka pengangkutan air menjadi pilihan utama lagi memudahkan kepada para pelancong. (sila rujuk foto 16 di lampiran E)

4.1.2 Pengangkutan Kargo, Kenderaan Berat dan Pelancongan

Menurut Encik Rostam Bin Abbas, pengusaha van sewa di Pulau Tuba, pengangkutan air menjadi jalan paling mudah dan murah untuk mengangkut kargo sama ada dari sudut mengangkut kargo untuk barangan import eksport ataupun mengangkut kenderaan darat dari semenanjung ke pulau. Menurut beliau, kos mengangkut sebuah van menggunakan ponton atau feri kenderaan adalah sebanyak

H A L A M A N | 11

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

RM150.00 sehala. (sila rujuk foto 17 di lampiran E) (sila rujuk temuramah 2 di lampiran G)

Menurut Encik Ramli Bin Hashim, pengusaha bot pelancongan, kebanyakan pelancong gemar menggunakan pengangkutan air untuk bersiar-siar di pulau-pulau berdekatan. Terdapat juga sesetengah penduduk di Pulau Tuba yang menaiki bot beliau untuk mendapatkan bahan keperluan di pulau besar Langkawi. (sila rujuk foto 18 di lampiran E) Beliau mengatakan bot pelancongan miliknya bukan sahaja menjadi satu keperluan kepada pelancong, malah menjadi keperluan kepada penduduk pulau yang tidak mempunyai bot untuk mendapatkan bekalan makanan dan bekalan-bekalan lain di pulau besar. Di sini dapat dipastikan bahawa pengangkutan air menjadi nadi utama dalam mengangkut barang-barang keperluan dan juga penumpang.

Menurut pengusaha bot nelayan laut dalam, Encik Yong Ah Teck, kapal-kapal nelayan turut menjadi salah satu dari sistem pengangkutan air di Pulau Langkawi. (sila rujuk foto 19 di lampiran E) Mereka akan menyewakan bot dan kapal perikanan mereka sekiranya mendapat permintaan dari Persatuan Nelayan Pulau Langkawi (PNKL) untuk digunakan sebagai pengangkutan ke Pulau Tuba dan ke Kelong Pelancongan Ikan PNKL. Encik Rosdi turut mengatakan bahawa pihak PNKL tidak mempunyai bot yang dikhaskan untuk disewa, tetapi mereka akan menguruskannya penyewaan bot ke destinasi tersebut melalui nelayan-nelayan yang bernaung di bawah PNKL. (sila rujuk foto 20 di lampiran E) (sila rujuk temuramah 3 di lampiran G)

4.1.3 Merancakkan Ekonomi

Kegiatan pengangkutan air juga dapat merancakkan lagi ekonomi. Ini kerana pengangkutan air menjadi medium utama untuk memastikan bahan keperluan dapat disalurkan kepada penduduk di Pulau Langkawi. Dengan adanya pengangkutan air juga, kegiatan eksport dan import dapat dijalankan dengan rancak. Sebagai contoh kegiatan import barangan dari negara luar seperti Indonesia dan Thailand. Kegiatan import merangkumi aktiviti mengimport pinggang mangkuk, coklat, kain batik dan pelikat

H A L A M A N | 12

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

dan sebagainya. Kesemua barangan ini merupakan barangan bebas cukai dan menjadi salah satu tarikan pelancong untuk membeli-belah. Sebagai contoh perniagaan secara gedung oleh syarikat Haji Ismail Group yang menawarkan pelbagai pilihan pinggan mangkuk, coklat yang bervariasi dan sebagainya. (sila rujuk foto 21 di lampiran E) Kesemua produk ini merupakan barangan yang diimport dari luar negara dan dihantar ke Pulau Langkawi menggunakan pengangkutan air.

4.2

Kepentingan Pengangkutan Air Dari Sudut Sosial

4.2.1 Penyebaran Maklumat

Pengangkutan air juga membolehkan bahan binaan dapat disalurkan kepada kawasan terpencil dengan cepat dan cekap. Dengan adanya bahan binaan dan tenaga kepakaran pembinaan, maka pembinaan menara komunikasi akan menjadi mudah dan ini akan menyebabkan kawasan yang sedikit jauh dari pulau besar Langkawi turut tidak ketinggalan dari sudut teknologi maklumat dan perhubungan. Sebagai contoh, menurut Encik Jefri, (sila rujuk foto 3 di lampiran E) pengusaha van sewa di Pulau Tuba, pada era tahun 80-an, pulau tuba tidak mempunyai talian telefon dan sukar untuk penduduk di pulau berkenaan berkomunikasi. Menurut Puan Mazni, (sila rujuk foto 22 di lampiran E) pengawal keselamatan di Jeti Kuala Perlis, setelah adanya pembinaan jeti yang besar seperti Jeti Kuala Perlis, bahan binaan menara komunikasi dapat dibawa masuk dan menara komunikasi dapat dibina. (sila rujuk temuramah 4 di lampiran G) Secara tidak langsung, pengangkutan air turut berkepentingan dalam memastikan komunikasi dapat dinikmati secara menyeluruh. Malah menurutnya lagi, perkhidmatan Pos Malaysia turut boleh dinikmati oleh penduduk pulau tersebut dan pulau-pulau lain. Dengan ini, perhubungan diantara penduduk pulau gugusan dapat ditingkatkan dan menjadi lebih cekap dan cepat. (sila rujuk foto 23 di lampiran E)

4.2.2 Komunikasi Antarabangsa

Selain pelancong domestik yang datang melawat Pulau Langkawi, menurut Encik Abu Bakar Bin Rejab, pengusaha bot pelancongan di Kilim Geopark telah

H A L A M A N | 13

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

menerangkan bahawa terdapat juga bot-bot peranginan persendirian dan juga kapal layar dari luar negara yang datang berlabuh di perairan sekitar Langkawi. (sila rujuk foto 24 di lampiran E) Ini secara tidak langsung akan mewujudkan komunikasi pelancong tersebut dengan penduduk sekitar Pulau Langkawi. Selain itu, dengan adanya interaksi antarabangsa seperti itu, mereka juga dapat meluaskan jaringan perniagaan kerana adanya kenalan dari kalangan orang tempatan. Menurut Encik Abu Bakar lagi, kebanyakan pemilik kapal layar dan kapal peranginan persendirian adalah dari golongan yang berada dan kaya. Dan kebanyakan mereka adalah ahli perniagaan dan mereka datang ke Langkawi adalah untuk melancong disamping mencari rakan kongsi dalam perniagaan. Selain itu, pertukaran budaya turut berlaku antara penduduk tempatan dan pelancong yang datang. Mereka dapat berinteraksi dan saling bertukar budaya positif seperti budaya bekerja, budaya berbahasa, budaya berkomunikasi dan sebagainya.

4.2.3 Meningkatkan Mobiliti

Pengangkutan air juga meningkatkan mobiliti penduduk di sekitar pulau gugusan. Dengan adanya pengangkutan air ini, ketercapaian ke tempat-tempat terpencil juga dapat direalisasikan. Menurut Encik Ramli Bin Hashim pengusaha bot pelancongan di Pulau Tuba, dengan adanya kemudahan pengangkutan air, penduduk-penduduk di pulau-pulau sekitar yang mempunyai penduduk yang jarang dapat berinteraksi dan mendapatkan bekalan keperluan hidup di pulau besar Langkawi dengan lebih cepat dan cekap. Malah menurut beliau lagi, transmigrasi turut berlaku diantara pulau-pulau kecil kerana adanya pengangkutan air. Bahan binaan yang mudah diangkut ke pulau-pulau terpencil menyebabkan transmigrasi penduduk antara pulau menjadi rancak.

Pembangunan turut menjadi rancak akibat dari barangan binaan dan keperluan yang mudah didapati.

H A L A M A N | 14

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

5.0

MASALAH SISTEM PENGANGKUTAN AIR

Sistem pengangkutan air merujuk kepada sistem pengangkutan air di kawasan pedalaman mahupun di petempatan moden. Pengangkutan air digunakan sebagai pengangkutan untuk ke sesuatu kawasan. Kebanyakan negara menjalankan kegiatan eksport dan import melalui jalan air. Di Pulau Langkawi, feri merupakan pengangkutan yang utama digunakan. Kita sering mendengar atau membaca rungutan pengguna di media massa Malaysia tentang ketidakpuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan pengangkutan awam seperti feri, teksi dan bas.

Kebiasaannya,

kesanggupan

pengguna

membayar

untuk

satu-satu

perkhidmatan berkait secara langsung dengan tahap kepuasan yang bakal mereka terima daripada penggunaan perkhidmatan. Bagi pengguna, kualiti produk dan nilai pengguna (customer values) merupakan perkara utama yang menentukan pembelian dan penggunaan mereka. Berdasarkan kepada rekod kerajaan Negeri Kedah (2004) dan Jabatan Laut Malaysia, wujud peningkatan daripada segi rungutan pengguna terhadap kualiti perkhidmatan dan tahap kepuasan mereka terhadap pengangkutan awam di Langkawi. Oleh itu, terdapat banyak implikasi terhadap kepenggunaannya.

5.1

Risiko Perlanggaran

Laluan utama untuk ke Pulau Langkawi akan menggunakan Jeti Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Kawasan tersebut menjadi laluan utama. Kawasan tersebut biasanya di lalui oleh feri penumpang, kapal kargo, bot-bot nelayan dan sebagainya. Kesibukan kawasan tersebut boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. (sila rujuk foto 25 di lampiran E) Bot-bot kecil dikhuatiri di langgar oleh bot- bot besar. Sebelum ini, terdapat banyak perlanggaran yang berlaku. Mengikut responden yang di temu bual iaitu Encik Ramli bin Hashim pemandu bot laju, beliau menyatakan bot-bot kecil menjadi mangsa kepada bot-bot besar. Feri penumpang dan feri pengangkut tidak banyak

mendatangkan masalah. Kerana feri di lengkapi dengan sistem pengesan sebarang objek di hadapan.

H A L A M A N | 15

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

5.2

Peningkatan Harga Bahan Api

Peningkatan harga bahan api sekitar awal tahun ini menyebabkan harga tiket dinaikkan. Pengguna bersungut dengan kenaikan harga tiket tersebut. Pengusahapengusaha bot di kawasan terpaksa menaikkan harga tiket bagi mengelakkan berlakunya kerugian kepada mereka. Tambang feri Langkawi naik mendadak . Mereka perlu membayar RM20 untuk perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah berbanding RM15 sebelum itu.

Sebelum ini warga Langkawi menikmati kadar istimewa sebanyak RM15 sehala daripada Langkawi ke Kuala Kedah dengan menunjukkan kad pengenalan mereka sewaktu membeli tiket. Penduduk Langkawi yang selalu berulang alik ke tanah besar akan menerima kesan daripada kenaikan ini. Seorang pengusaha feri yang enggan dikenali berkata, mereka terpaksa menaikkan harga tiket bagi menampung kenaikan harga minyak dan kos penyelenggaraan feri yang semakin tinggi.

5.3

Kos Penyelenggaraan Yang Tinggi

Peningkatan harga bahan mentah di pasaran dunia, sedikit sebanyak mempengaruhi harga semua barangan di seluruh dunia. Untuk menyelenggera pengangkutan air, ia memerlukan kos yang tinggi. Kos bagi menyelenggara feri melibatkan kos ribuan ringgit. Bagi pengangkutan air yang kecil-kecil lebih rendah. Bagi menampung kos penyelenggaraan, pengusaha-pengusaha feri terpaksa menaikkan harga tiket. Rungutan pengguna menjejaskan sedikit sektor perkhidmatan. Mutu perkhidmatan turut dipertikaikan. Pelbagai masalah yang timbul. Bagi pengusaha yang baru ingin menceburkan diri mereka dalam perniagaan ini terpaksa melupakan hasrat mereka. Terpaksa menggulung tikar terlebih awal. Biasanya, pengusaha-pengusaha feri tempatan berkongsi modal bagi mengurangkan risiko yang di tanggung oleh mereka.

H A L A M A N | 16

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

5.4

Kemudahan Asas Yang Lama

Sebagai pengguna, kita inginkan layanan yang istimewa. Mutu perkhidmatan yang di sediakan di kawasan jeti agak suram. Ada sebilangan pengguna merungut dengan kemudahan asas yang di sediakan. Contohnya, banyak infrastruktur tersebut ada yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna. Besi pengadang yang berkarat boleh mencederakan sesiapa sahaja.

5.5

Kos Pembelian Kenderaan Air Yang Tinggi

Mengikut responden yang telah di temu bual iaitu Encik Ramli bin Hashim. Kos untuk membeli sebuah bot kecil laju, harganya berjumlah RM30,000 di pasaran sekitar tahun 1998. Tetapi sekitar tahun 2011, harganya melonjak menaik. Kenaikan harga botbot di pasaran di rasai oleh pengusaha-pengusaha bot tempatan. Mengikut seorang responden, Mohd Nasir beliau telah menggunakan modal hampir RM13 juta untuk memulakan perniagaan feri di Pulau Langkawi.

H A L A M A N | 17

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

6.0

LANGKAH MENGATASI MASALAH

6.1

Mengeluarkan Sistem Amaran

Bot-bot kecil dinasihatkan supaya tidak melalui kawasan jeti. Ini kerana bagi menghalang berlakunya kemalangan yang tidak diingini. Bagi kepada mereka yang baru menjadi pemandu bot kecil, mereka diberikan kursus teknik memandu dengan betul. Setiap feri dan bot-bot besar akan dilengkapi dengan alat pengesan objek hadapan untuk mengelakkan sebarang perlanggaran. Pengangkutan air juga tidak terlepas dari menggunakan hon. Hon akan dibunyikan untuk memberikan amaran kepada bot-bot lain.

Sijil Kepatuhan Sistem Pengurusan Keselamatan Kapal yang diperkenalkan di Langkawi sebagai perintis pelaksanaannya akan memastikan kapal dan feri yang beroperasi mematuhi tahap sistem keselamatan mengikut Garis Panduan Keselamatan (GPKP). Sijil itu dikeluarkan setelah melalui proses pengauditan mengikut GPKP yang mengambil masa enam bulan termasuk memberi latihan dan kursus kepada pengendali feri. Garis panduan keselamatan feri dapat memberi faedah kepada penumpang menikmati perkhidmatan pengangkutan dengan lebih selamat serta pengusaha feri dapat menjalankan perniagaan dengan teratur dan bersistematik. Ini bagi

merealisasikan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kemalangan yang melibatkan feri pada masa hadapan. Antara kepatuhan yang ditetapkan ialah penyelenggaraan feri berjadual, latihan keselamatan feri, senarai jadual pergi dan balik feri, senarai penumpang berlepas dan keperluan nakhoda memastikan keselamatan feri sebelum berlepas.

6.2

Menyediakan Subsidi Bahan Api

Kerajaan haruslah menyediakan subsidi bahan api sepeti petrol dan diesel kepada pengusaha-pengusaha pengangkutan air. Ini adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh pengusaha tempatan. Hal ini akan memberikan impak positif kepada sektor pengangkutan air di kawasan sekitar Pulau Langkawi. Pihak

H A L A M A N | 18

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

Kementerian Pengangkutan sentiasa memantau perkhidmatan feri-feri di Langkawi kerana ianya merupakan sistem pengangkutan yang penting. Dengan kelulusan kenaikan tambang feri, pengusaha feri-feri di Langkawi hendaklah menyediakan perkhidmatan yang lebih baik serta meningkatkan tahap keselesaan penumpang. Pengusaha juga diingatkan untuk sentiasa menentukan feri-feri berada dalam keadaan selamat dan layak belayar. Kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan kenaikan tambang feri penumpang ke Langkawi, Kedah. Kadar kenaikan yang dipersetujui adalah RM5 bagi perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi manakala RM3 bagi perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi. Dengan kenaikan ini tambang perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi ialah RM23 sementara dari Kuala Perlis ke Langkawi ialah RM18.

Kadar tambang baru ini berkuatkuasa bermula 1 Disember 2007. Kenaikan kadar tambang feri tersebut telah dipersetujui setelah mengambil kira kos operasi feri khususnya kenaikan harga minyak diesel, kos penyelenggaraan dan alat ganti. Kali terakhir tambang feri dinaikkan adalah pada 1 Jun 2005, ketika itu harga minyak diesel adalah RM 1.70 seliter berbanding harga minyak diesel semasa yang melebihi RM2.20 seliter, iaitu kenaikan hampir 30%. Kementerian Pengangkutan mengetahui bahawa pengusaha feri telah lama menanggung kenaikan kos operasi dan ini boleh mendatangkan impak negatif kepada tahap perkhidmatan yang diberi. Kerajaan juga bersetuju supaya penduduk tempatan Langkawi terus diberi tambang istimewa, iaitu pengurangan RM3 dari tambang biasa. Ini bermakna tambang feri bagi penduduk tempatan ialah RM20 bagi perjalanan sehala dari Kuala Kedah ke Langkawi manakala RM15 bagi perjalanan sehala dari Kuala Perlis ke Langkawi.

6.3

Menyediakan Tenaga Pakar

Dalam sektor pengangkutan air, tenaga pakar amat diperlukan bagi memberikan khidmat nasihat serta teknik bagi menyelenggara feri, kapal, bot-bot kecil dan sebagainya yang terletak di Pulau Langkawi. Hal ini bagi mengurangkan

kebergantungan kepada tenaga luar. Kebaikan dari sudut ini ialah, pengusaha-

H A L A M A N | 19

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

pengusaha

pengangkutan

air

dapat

mengurangkan

kos

penyelenggaraan

pengangkutan air mereka.

6.4

Membaikpulih Infrastruktur Di Kawasan Jeti

Pihak

berkuasa

dan

pengusaha-pengusaha

pengangkutan

air

haruslah

memainkan peranan mereka bagi mencantikkan lagi kawasan jeti. infrastruktur yang lama haruslah di gantikan dengan yang baru. Sewaktu melakukan kajian dapat dilihat pihak berwajib tidak menukar besi pengadang. Ianya telah berkarat dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna. Kawasan yang cantik dapat memuaskan hati pelancong tempatan mahupun luar negara.

6.5

Menyediakan Pinjaman

Bagi mengatasi masalah pembelian pengangkutan air, kerajaan haruslah menyediakan pinjaman peribadi kepada mereka yang ingin membeli kenderaan air. Hal ini bagi mengurangkan lagi beban yang ditanggung oleh pengusaha-pengusaha bot-bot tempatan misalnya. Menurut Mohd. Nasir, pada peringkat awal, perkhidmatan feri antara kedua-dua lokasi itu cukup kritikal. Feri umpama bas yang menjadi nadi pengangkutan penduduk Pulau Langkawi yang berulang-alik ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah.

H A L A M A N | 20

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

7.0

KESAN KEPADA ALAM SEKITAR

Memandangkan Pulau Langkawi merupakan sebuah pulau yang besar dan terdiri daripada puluhan pulau-pulau kecil, maka tidak hairanlah pengangkutan air menjadi pilihan penduduk dan juga pelancong sebagai pengangkutan utama di pulau ini. Pengangkutan air yang banyak digunakan di pulau ini samada penduduk, nelayan mahupun pelancong ini mendatangkan kesan yang negatif kepada alam sekitar di kawasan tersebut.

7.1

Masalah Pencemaran Air

Antara kesan negatif pengangkutan air terhadap alam sekitar ialah berlakunya pencemaran air, hakisan ombak, perubahan landskap, kemusnahan habitat dan juga pencemaran bunyi. Kebanyakan pelancong yang pergi ke Pulau Langkawi

menggunakan pengangkutan air seperti feri untuk pergi ke Pulau Langkawi kerana faktor kos yang murah berbanding menggunakan pengangkutan udara. Semasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan air ini, terdapat sesetengah pelancong yang tidak mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar dan mudah membuang sampah seperti botol minuman, beg plastik dan juga sisa makanan ke dalam laut. Perbuatan ini menyebabkan berlakunya pencemaran air di kawasan sekitar jeti dan juga sepanjang perjalanan ke Pulau Langkawi. (sila rujuk foto 26 di lampiran E)

Hasil pemerhatian yang dilakukan di sekitar Jeti Kuala Perlis, terdapat sisa makanan dan juga sampah yang terdampar di pesisir pantai di sekitar jeti yang mencemarkan air. Hasil soal selidik yang dilakukan, terdapat segelintir pengguna yang membuang sampah kedalam air sama ada semasa pengguna tersebut menggunakan perkhidmatan pengangkutan air mahupun semasa menunggu perkhidmatan air tersebut. Bukan hanya itu sahaja, terdapat juga pengguna yang makan di gerai-gerai yang terdapat di sekitar jeti semasa menunggu untuk menggunakan perkhidmatan air yang membuang sampah ke dalam air. Hal ini menyebabkan keadaan air di sekitar kawasan tersebut semakin tercemar.

H A L A M A N | 21

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

Pencemaran air juga boleh berlaku akibat tumpahan minyak ke dalam air. Minyak yang digunakan oleh pengangkutan air untuk menghidupkan dan

menggerakkan enjin boleh tertumpah dan masuk ke dalam air. Air yang pada mulanya jernih dan cantik akan bertukar menjadi warna kehitaman dan kotor akibat permukaan air yang diliputi oleh minyak. Hasil pemerhatian di kawasan pesisir pantai di kawasan jeti menunjukkan sememangnya terdapat tumpahan atau lebihan minyak yang berlaku di kawasan tersebut. (sila rujuk foto 27 & 28 di lampiran E)

7.2

Hakisan Ombak

Selain itu, pangangkutan air juga membawa kesan hakisan ombak kepada tebing pantai. Seperti yang kita semua sedia maklum, pengangkutan air digunakan oleh syarikat perkapalan untuk mengangkut penumpang dan kargo dari satu tempat ke tempat yang lain, oleh nelayan untuk menangkap ikan dan juga olah pemilik persendirian untuk melihat keindahan alam dan juga bersiar-siar. Kawasan sekitar jeti yang sangat sibuk dengan pergerakan pengangkutan air yang digunakan untuk memindahkan barang dan juga manusia dari satu tempat ke tempat yang lain, untuk menangkap ikan dan untuk meneroka alam sekitar seperti yang telah dinyatakan diatas akan menghasilkan ombak akibat dari deruan enjin bot. Ombak itu akan menghakis tebing pantai di sekitar Jeti Kuala Perlis bukanlah ombak yang terhasil oleh angin yang bertiup, akan tetapi ombak yang terhasil dari pergerakan pengangkutan air yang menghakis tebing pantai di sekitar Jeti Kuala Perlis. (sila rujuk foto 29 di lampiran E)

Ekoran dari pergerakan pengangkutan air yang banyak, ombak yang terhasil adalah kuat. Ombak yang kuat ini terhasil apabila satu ombak yang terhasil akibat pergerakan pengangkutan air bergabung dengan ombak yang lain akan menghasilkan ombak yang besar. Ombak besar dan kuat yang terhasil ini akan menghakis tebing pantai yang landai menjadi tebing yang tinggi dan curam. Semakin besar dan kuat ombak yang terhasil, semakin cepat tebing pantai akan terhakis. Pemerhatian yang dibuat di Jeti Kuala Perlis mendapati pesisir pantai ataupun tebing pantai telah terhakis. Tebing yang terhakis itu menyebabkan tebing pantai telah menghampiri kawasan kedai,

H A L A M A N | 22

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

tidak mustahil suatu hari nanti kedai tersebut akan runtuh akibat hakisan yang berlaku di kawasan tersebut jika tidak dicegah secepat yang mungkin.

7.3

Kemusnahan Habitat

Kemusnahan habitat juga merupakan salah satu kesan pengangkutan air terhadap alam sekitar yang berlaku di perairan di sekitar Jeti Kuala Perlis-Jeti Kuala Kuah dan juga di pesisir pantai di sekitar kepulauan Pulau Langkawi. Keperluan untuk menggunakan enjin bot berkuasa tinggi untuk menjimatkan masa dan juga tenaga yang digunakan oleh nelayan, bot pelancong, feri dan juga pengangkutan air yang digunakan untuk mengangkut barang-barang seperti kenderaan telah merosakkan habitat semula jadi hidupan akuatik di sekitar kawasan tersebut. Kipas enjin pengangkutan air yang berpusing dengan kuat yang berfungsi untuk menggerakkan pengangkutan air ini menyebabkan air di sekitar kawasan yang dilalui oleh pengangkutan air ini berpusar dan seterusnya memusnahkan habitat hidupan akuatik sedikit demi sedikit.

Pengangkutan air yang bergerak di pesisir pantai terutamanya nelayan pesisir pantai dan juga feri yang mengangkut penumpang merupakan antara pengangkutan air yang banyak merosakkan habitat semula jadi di kawasan pesisir pantai. Kedalaman air di kawasan pesisir pantai yang cetek menyebabkan habitat semulajadi hidupan akuatik musnah dengan teruk akibat dari pergerakan kipas pengangkutan air ini. Kawasan sekitar jeti di pesisir pantai yang diperhatikan kelihatan suram dan sunyi tanpa kehadiran hidupan air seperti ikan dan juga terumbu karang yang tumbuh di kawasan tersebut. Hal ini membuktikan bahawa pengangkutan air yang menggunakan enjin yang berkuasa tinggi bagi menjimatkan masa telah memusnahkan habiatat semulajadi di kawasan tersebut.

Kawasan yang telah musnah habitat semulajadi hidupan air seperti ikan ini telah menyebabkan kawasan tersebut suram dan tidak menarik. Ini kerana, hidupan air yang tinggal di sekitar dan di dalam terumbu karang yang dahulunya tumbuh dengan cantik dan banyak di kawasan pesisir pantai itu telah melarikan diri kerana habitat mereka

H A L A M A N | 23

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

telah musnah dan kawasan tempat mereka mencari makanan juga turut telah musnah. Terumbu karang dijana oleh serangga kecil marin yang dinamakan polyps. Jika polyps terdedah kepada pencemaran dan bahan-bahan kumbahan manusia maka ianya akan mati dan penambahan terumbu karang tidak dapat dilakukan Kita boleh melihat dengan jelas bahawa pengangkutan air ini telah merosak dan memusnahkan habitat semulajadi hidupan akuatik dan turut memusnahkan kitaran ekosistem di kawasan berkenaan.

7.4

Perubahan Landskap

Kesan pengangkutan air kepada alam sekitar yang seterusnya ialah kesan perubahan landskap di sekitar kawasan pesisir pantai. Perkembangan pengangkutan air sebagai salah satu pengangkutan yang utama di Pulau Langkawi telah mengorbankan sesuatu nilai yang sangat berharga. Hal ini kerana kawasan pesisir pantai yang kaya dengan hasil kayu bakau telah dikorbankan untuk membina satu kawasan yang boleh digunakan sebagai pelabuhan bot-bot nelayan dan juga feri yang mengangkut penumpang yang dikenali sebagai jeti. Untuk membina jeti ini, kawasan kayu bakau perlu dikorbankan. (sila rujuk foto 30 & 31 di lampiran E)

Kawasan yang kaya dengan kayu bakau ini telah ditebang sebagai galang ganti untuk membina kawasan pelabuhan bot-bot nelayan dan juga feri pengangkut penumpang. Jadi, perubahan landskap telah berlaku dengan hilangnya kawasan kayu bakau dan digantikan dengan jeti atau pelabuhan. Berdasarkan seorang responden yang telah ditemu ramah, kawasan jeti Persatuan Nelayan Kawan Langkawi dahulunya merupakan kawasan yang kaya dengan kayu bakau. Kawasan yang kaya dengan kayu bakau dan hasilnya ini telah ditebang untuk membina jeti yang sedia ada sekarang. Semua hidupan yang tinggal di kawasan berkenaan telah melarikan diri ke kawasan yang lain kerana kawasan tempat tinggal mereka telah hilang. Dengan itu terbuktilah bahawa pembinaan jeti dan pelabuhan ini boleh merubah landskap di kawasan berkenaan.

H A L A M A N | 24

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

7.5

Pencemaran Bunyi

Kesan yang turut terjadi kepada alam sekitar ekoran dari kegiatan yang dijalankan oleh pengangkutan air di sekitar kawasan kepulauan Pulau Langkawi ialah berlakunya pencemaran bunyi. Semua pengangkutan air yang digunakan di seluruh kawasan di kepulauan Pulau Langkawi mengunakan enjin. Hasil dari penggunaan enjin oleh pengangkutan air ini telah menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Enjin yang digunakan oleh pengangkutan air ini merupakan enjin yang tergolong dalam golongan enjin yang mengeluarkan bunyi yang kuat. Enjin bot nelayan sama ada bot nelayan pinggir pantai mahupun bot nelayan laut dalam merupakan enjin bot yang mengeluarkan bunyi yang amat kuat. (sila rujuk foto 32 di lampiran E)

Semasa pemerhatian yang dibuat di Jeti Kuala Perlis dan juga di Jeti Kuala Kuah serta semasa di Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi, didapati bahawa enjin yang digunakan oleh pengangkutan air seperti bot nelayan pinggir pantai dan bot nelayan laut dalam menghasilkan bunyi yang sangat kuat sehingga membingitkan telinga jika beberapa bot nelayan bergerak pada satu masa yang sama. Pencemaran bunyi ini boleh menyebabkan penyakit kepada penduduk yang tinggal di sekitar kawasan pesisir pantai seperti penyakit kepada telinga.

H A L A M A N | 25

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

8.0

LANGKAH MENGATASI KESAN ALAM SEKITAR

Sekiranya terdapat kesan yang negatif pengangkutan air kepada alam sekitar seperti yang telah dinyatakan di atas seperti pencemaran air, hakisan ombak, kemusnahan habitat, perubahan landskap dan juga pencemaran bunyi. Kesan pengangkutan air kepada alam sekitar ini boleh diatasi dengan beberapa langkah yang boleh dilaksanakan oleh beberapa pihak yang berkenaan seperti pihak berkuasa dan juga pihak persendirian.

Antara beberapa contoh yang boleh dilaksanakan ialah dengan membuat benteng untuk mengatasi masalah hakisan, membuat tukun bagi menggantikan semula habitat hidupan laut yang telah musnah, penanaman semula pokok kayu bakau yang telah ditebang, menguatkuasakan undang-undang dan banyak lagi langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.

8.1

Penguatkuasaan Undang-Undang dan Kempen

Kesan negatif kepada alam sekitar ialah pencemaran air. Untuk mengatasi masalah ini, pihak yang berkenaan seperti pihak berkuasa perlulah menguatkuasakan undang-undang bagi mengelakkan pelancong atau pelawat membuang sampah ke dalam air dan seterusnya mencemarkan air yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan. Pihak berkuasa perlulah mengetatkan tindakan denda kepada pesalah yang membuang sampah di merata-rata tempat atau ke dalam air sehingga mencemarkan air. Antara denda yang boleh dikenakan ialah dengan dendaan berbentuk wang dan juga penjara atau mengikut kesesuaian berdasarkan kesalahan.

Untuk mengatasi masalah pencemaran air ini juga, penggunaan kaedah kempen untuk menyedarkan masyarakat dan juga pelancong akan kepentingan untuk menjaga alam sekitar. Kempen ini seelok-eloknya bermula dari alam persekolahan lagi. Hal ini kerana merekalah yang akan mencorak masa depan bumi ini. Selain mengadakan kempen di peringkat sekolah, boleh juga diadakan kempen secara tidak formal kepada

H A L A M A N | 26

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

masyarakat dan juga pelancong akan kesedaran untuk menjaga alam sekitar. Kempen ini boleh dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa, pemilik syarikat perkapalan dan juga pengusaha bot persendirian. Pembersihan kawasan yang tercemar secara berkala juga boleh membantu untuk mengurangkan kadar pencemaran air. Pembersihan secara berkala ini boleh dijalankan secara bergotong-royong dan boleh melibatkan pelbagai pihak.

8.2

Pembinaan Benteng dan Tanam Semula Pokok Bakau

Bagi masalah hakisan ombak yang semakin membimbangkan ini, pihak berwajib perlu membina benteng di sepanjang tebing pantai. Dengan adanya benteng di sepanjang tebing pantai, hakisan ombak dapat dikurangkan. Hal ini kerana benteng yang dibina ini akan menghalang ombak dari menghakis tebing pantai. Jadi ombak yang terhasil dari pergerakan pengangkutan air tidak lagi akan menghakis tebing pantai ini. (sila rujuk foto 33 di lampiran E)

Langkah lain untuk menghalang hakisan ombak ini ialah dengan menanam pokok kayu bakau. Seperti yang kita sedia maklum, pokok kayu bakau ini boleh menghalang ombak dari menghakis tebing pantai. Jadi dengan adanya pokok kayu bakau yang ditanam di sekitar kawasan pesisir pantai sebagai benteng, kawasan pesisir pantai ini tidak akan dihakis oleh pergerakan ombak. Hal ini kerana ombak yang terhasil oleh pergerakan pengangkutan air tadi akan berpecah apabila ombak ini melanggar pokok kayu bakau. Langkah ini secara tidak langsung akan membina habitat dan tempat perlindungan yang baharu kepada hidupan air.

8.3

Penggunaan Tukun Menggantikan Terumbu Karang Rosak

Kesan pengangkutan air terhadap alam sekitar yang seterusnya ialah kemusnahan habitat. Langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah yang wujud ini ialah kita boleh menggunakan tukun tiruan. Tukun tiruan ini boleh diletakkan di kawasan yang habitat hidupan air atau hidupan akuatik yang telah musnah. Ini adalah

H A L A M A N | 27

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

kerana tukun tiruan ini boleh memulihkan dan menggantikan habitat yang telah musnah. Tukun tiruan ini akan berfungsi sebagai habitat hidupan akuatik yang boleh menggantikan terumbu karang. Dengan adanya tukun tiruan ini, hidupan akuatik akan kembali berhabitat dan membiak dengan sendirinya.

8.4

Aplikasi Konsep Pembinaan Hijau dan Tanam Semula Pokok

Bagi memberikan laluan kepada pembinaan jeti yang akan digunakan pelbagai kapal pengangkutan air sebagai tempat untuk berlabuh, kawasan pesisir pantai yang kaya dengan hasil pokok kayu bakau ini terpaksa ditebang bagi membolehkan jeti ini dibina. Langkah untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menanam semula pokok kayu yang telah ditebang. Pokok kayu yang telah ditebang ini haruslah ditanam semula. Kawasan yang dipenuhi dengan pokok kayu yang telah ditebang ini akan menghasilkan kawasan lapang yang kosong lagi tandus. Jadi, langkah ini juga boleh untuk memulihkan semula ekosistem yang telah terjejas. (sila rujuk foto 34 di lampiran E)

Langkah seterusnya boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan haruslah membuat satu dasar yang menekankan konsep pembinaan jeti yang menerapkan konsep hijau. Dengan adanya projek ini, pembinaan jeti akan menjadi menarik dengan landskap yang menghijau dan tidak merosakkan landskap yang asal. Landskap yang asal akan dapat dikekalkan dan tidak akan mengganggu ekosistem yang terdapat di kawasan tempat pembinaan jeti dilakukan.

8.5

Penebat Bunyi dan Memperlahankan Enjin

Kesan penggangkutan air terhadap alam sekitar yang seterusnya ialah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi ini melibatkan bot-bot nelayan, bot pelancong dan juga feri yang menghasilkan bunyi yang kuat. Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan penebat bunyi pada enjin bot dan juga feri. Penebat bunyi ini boleh digunakan pada setiap enjin bot terutamanya pada enjin bot nelayan. Hal ini kerana enjin bot nelayan mengeluarkan bunyi yang

H A L A M A N | 28

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

sangat kuat dan membingitkan. Dengan adanya penebat bunyi ini, bunyi enjin bot akan dapat dikurangkan dan mengelakkan berlakunya pencemaran bunyi.

Langkah lain yang boleh diambil ialah dengan memberikan kesedaran kepada pengusaha bot dan juga pemandu bot supaya memperlahankan bot semasa menghampiri pantai agar bunyi enjin bot yang kuat ini boleh dikurangkan. Apabila enjin bot diperlahankan, bunyi enjin bot juga akan dapat dikurangkan. Secara tidak langsung, pencemaran bunyi yang berlaku di sepanjang kawasan pesisir pantai di dapat dikurangkan. (sila rujuk foto 35 di lampiran E)

H A L A M A N | 29

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

9.0

POTENSI PENGANGKUTAN AIR

Langkawi sememangnya menjanjikan potensi ataupun prospek masa depan yang sungguh besar kepada pengangkutan air. Malah jika ditelusuri sejarah perkembangan pengangkutan air di Langkawi, ianya jelas menunjukkan bahawa pengangkutan air di Langkawi ini begitu pesat membangun saban hari bersilih tahun. Hal ini berikutan daripada peranan dan potensi pengangkutan air di Langkawi itu sendiri yang berpotensi untuk terus maju di masa akan datang.

9.1

Pengangkutan Utama

Terdapat banyak potensi pengangkutan air di Langkawi dan salah satu daripadanya ialah ianya menjadi pengangkutan utama di Pulau Langkawi. Kelebihan ini dilihat semakin besar setanding dengan peningkatan jumlah syarikat perkapalan yang mula bertapak di Langkawi. Menurut temuramah bersama Encik Johari di jeti Kuala Perlis, pada awal pembukaan jeti tersebut, hanya terdapat beberapa buah syarikat perkapalan sahaja yang bernadi di sana. Namun kini, syarikat perkapalan semakin berlumba-lumba untuk memulakan perkhidmatan mereka di bumi Langkawi.

Tidak hanya itu, kos pengangkutan udara juga agak tinggi jika dibandingkan dengan pengangkutan air. Para pengguna secara umumnya akan lebih tertarik kepada sesuatu perkhidmatan dan barangan yang lebih rendah harganya. Oleh itu secara teori mudahnya, pengangkutan air ini akan berjaya menyaingi pengangkutan udara sebagai pilihan utama pelanggan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pengangkutan air di Langkawi sememangnya berpotensi untuk menjadi pengangkutan utama.

9.2

Ejen Ekopelancongan

Potensi seterusnya dapat dinilai dari aspek pelancongan. Pengangkutan air di Langkawi amat sesuai dimajukan selaras dengan kerancakan ekopelancongan yang bertempat di bumi Langkawi. Dengan erti kata lain, pengangkutan air di Langkawi wajar

H A L A M A N | 30

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

dijadikan sebagai salah satu daripada ejen ekopelancongan. Para pengunjung ataupun pelancong yang ke Langkawi pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk melihat panorama bumi sumpah Mahsuri ini. Panorama dan keindahan Langkawi ini sudah tentu sahaja sesuai diamati dan dinilai sepanjang menyusuri perairannya. Oleh itu, pengangkutan air dikatakan medium yang paling sesuai untuk melihat keindahan sebenar perairan dan pemandangan bumi Langkawi.

Tidak terhenti di situ, pengangkutan air juga dikatakan berpotensi untuk dijadikan ejen ekopelancongan kerana kewujudan Kilim Geopark di sana. Kilim Geopark yang telah menerima pengiktirafan daripada UNESCO amat memerlukan pengangkutan air untuk mengangkut dan membawa para pelancong menyusuri setiap satu daripada keunikan dan keindahan alam semulajadinya. Malah, hanya pengangkutan air sahajalah medium kesampaian yang boleh digunakan untuk bergerak daripasa satu tempat ke tempat yang lain di Kilim Geopark ini. Hal ini sekali gus membuktikan bahawa pengangkutan air di Langkawi begitu berpotensi untuk terus dimajukan sebagai salah satu daripada ejen ekopelancongan di sana. (sila rujuk foto 36 di lampiran E)

9.3

Medium Pengangkutan Perdagangan Import Dan Eksport

Selain daripada itu, pengangkutan air juga berpotensi untuk dimajukan sebagai medium pengangkutan untuk import dan eksport barangan bagi aktiviti perdagangan. Umum mengetahui bahawa Pulau Langkawi amat terkenal sebagai pulau dan pelabuhan bebas cukai sejak dari tahun 1987 lagi. Hal ini sekaligus memberi gambaran bahawa sektor perniagaan di Langkawi begitu berkembang pesat selaras dengan pengisytiharan tersebut.

Sejajar dengan itu, premis-premis perniagaan yang bertempat di Pulau Langkawi seperti gedung Haji Ismail Groups, Rams, Idaman Suri dan sebagainya memerlukan medium untuk mengangkut segala barangan dan keperluannya dari dalam dan luar negeri malah berstatus antarabangsa untuk dibawa masuk dan keluar daripada bumi Langkawi. Hal ini kerana barang-barang seperti pinggan mangkuk, perhiasan rumah,

H A L A M A N | 31

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

minyak wangi dan coklat diimport daripada negara-negara asing seperti Perancis, China, Belgium, New Zealand, Itali dan Jepun. Oleh itu, pengangkutan air dilihat amat bersesuaian digunakan sebagai medium pengangkutan barangan bagi tujuan import dan eksport aktiviti perdagangan.

Malah, urusniaga yang melibatkan sektor automobil dan pembinaan turut menggunakan medium pengangkutan. Segala jenis kenderaan yang dijual dan digunakan di dalam Langkawi adalah diimport daripada luar menggunakan

pengangkutan air. Malah, bahan binaan untuk membuat kedai, bangunan dan sebagainya juga turut dibawa masuk ke Langkawi menggunakan jalan air. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa sektor pengangkutan air amat berpotensi untuk dimajukan sebagai salah satu daripada medium pengangkutan perdagangan import dan eksport.

9.4

Pengawalan Ketat Perairan Dan Sempadan

Sementelahan itu, pengangkutan air juga amat berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu cara untuk mengawal ketat perairan dan sempadan negara. Jika dirujuk peta, kedudukan Langkawi adalah berdekatan dengan negara Thailand. Jarak antara Langkawi ke Pulau Ko Tarutao adalah begitu dekat, malah, ketika menyusuri air di Kilim Geopark, pelancong berpeluang untuk melihat sempadan Thailand jika hari cerah.

Jarak yang begitu hampir ini menyebabkan kawalan ketat semakin diperlukan di sekitar kepulauan Langkawi. Hal ini bagi mengelakkan kes kemasukan pendatang asing tanpa izin dan juga kes penyeludupan manusia. Tidak hanya itu, ancaman lanun juga mungkin akan terjadi jika tiadanya kawalan di sepanjang perairan Langkawi. Hal ini sekaligus akan mengancam keselamatan dan menggugat sumber ekonomi penduduk tempatan. Oleh itu, pengangkutan air diperlukan oleh pasukan keselamatan Malaysia untuk mengawal dan menjaga keselamatan perairan di Langkawi. Jadi, pengangkutan air amatlah berpotensi untuk dimajukan sebagai salah satu medium untuk kerajaan mengawal rapi perairan dan sempadan negara.

H A L A M A N | 32

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

9.5

Medium Utama Perikanan

Seperti yang kita ketahui, perikanan adalah nadi utama kebanyakan pendudukpenduduk kampung di Langkawi. Malah, berdasarkan tinjauan, perikanan di Langkawi begitu pesat dan perairan di Langkawi sentiasa menjanjikan rezeki untuk para nelayan yang setia mencarinya. Oleh itu, pengangkutan air adalah satu-satunya medium yang boleh digunakan oleh penduduk tempatan Langkawi untuk mencari rezeki sebagai nelayan baik di pinggir pantai mahupun di laut dalam. (sila rujuk foto 37 di lampiran E)

Malah, pengangkutan air yang berteknologi tinggi seperti yang dipasangkan alatan canggih seperti Global Positioning System (GPS) amat berguna untuk para nelayan bagi menanda kawasan yang mempunyai banyak hidupan akuatik mahupun untuk menandai sempadannya. (sila rujuk foto 38 di lampiran E) Tidak hanya itu, teknologi enjin senyap juga dikatakan berguna untuk para nelayan. Hal ini kerana bunyi deruman enjin bot yang lama hanya akan menakutkan ikan-ikan. Maka terbuktilah dengan teknologi seperti ini, hasil tangkapan para nelayan Langkawi akan meningkat saban hari. Oleh itu, wajarlah dikatakan bahawa pengangkutan air berpotensi tinggi sebagai satu-satunya medium tunggal bagi nadi perikanan Langkawi.

H A L A M A N | 33

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

10.0

RUMUSAN

Secara konklusinya dapat disimpulkan bahawa pengangkutan air merupakan sistem pengangkutan yang penting kepada penduduk pulau besar dan pulau gugusan sekitar Pulau Langkawi. Sistem jaringan pengangkutan air mempunyai pelbagai kepentingan yang amat bermanfaat kepada penduduk Pulau Langkawi serta para pelancong sama ada pelancong domestik ataupun pelancong asing. Namun berdasarkan responden yang telah ditemui, dapat dirumuskan bahawa sistem pengangkutan air juga mempunyai beberapa masalah yang rumit dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Malah masalah tersebut turut menjejaskan jumlah pendapatan bulanan para pengusaha pengangkutan air. Namun begitu, tidak ada masalah yang tidak mampu diselesaikan. Dengan beberapa langkah yang efisien dari pelbagai pihak seperti kerajaan dan pihak swasta, segala masalah yang timbul dapat diselesaikan secara perlahan-lahan dengan berkesan.

Pengangkutan air turut mempunyai kesan kepada alam sekitar dari beberapa aspek seperti pembinaan jeti, tumpahan minyak dan sebagainya. Walau wujud beberapa akta undang-undang yang ditetapkan, namun akibat dari aspek

penguatkuasaan yang tidak ketat menyebabkan kesan tersebut tetap berlaku. Namun kerajaan dan pihak swasta telah melaksanakan beberapa langkah penting dalam mengurangkan kesan pencemaran dan kerosakan kepada alam sekitar akibat dari sistem pengangkutan ini. Selain dari itu, dapat disimpulkan juga bahawa sistem pengangkutan air ini mempunyai potensi yang amat besar dan cerah di masa hadapan walaupun mungkin suatu hari nanti mungkin kerajaan akan mengambil inisiatif membina jambatan menghubungkan Pulau Langkawi dan tanah besar semenanjung Malaysia.

Secara umumnya, dapat disimpulkan bahawa sistem pengangkutan ini merupakan sistem yang penting kepada semua penduduk Pulau Langkawi dan sistem ini akan tetap kekal berpotensi untuk diperluaskan di masa hadapan.

H A L A M A N | 34

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

BIBLIOGRAFI

Abdul Majid Ibrahim. (21 Julai 2011). Pengurusan Pengangkutan Laut di Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi. Langkawi. [interview] Abu Bakar Rejab. (21 Julai 2011). Pengangkutan Air di Kilim Geopark, Langkawi [Interview]. Arthur N. Strahler. (1979). Geografi Fizikal. Kuala Lumpur. Anthonian Store Sdn. Bhd. Definition of Transportation. Diakses pada di URL 18 Ogos 2011http://www.ehow.com /about _6718885_meaning-transportation-system_.html. Fun Travel Malaysia. Diakses pada 7 Ogos 2011 di URL http://www.fun-travelmalaysia.com/Pulau-Langkawi-Getting-There.html. Hajah Noresah Bt. Baharom et. al (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Jefri Aziz. (21 Julai 2011). Penggunaan Ponton Mengangkut Kenderaan dan Bahan Binaan. Langkawi. [interview] Johari Abdullah. (20 Julai 2011). Kesan dan Keberkesanan Sistem Pengangkutan Air di Jeti Kuala Perlis. Kuala Perlis. [interview] Langkawi Ferry Services Sdn. Bhd. Diakes pada 6 Ogos 2011 di URL http://www. langkawi-ferry.com/Home/Info. Langkawi Info. Diakses pada 6 Ogos 2011 di URL http://www.langkawi-info.com/. Langkawi Online. Diakes pada 7 Ogos 2011 di URL http://www.langkawi-

online.com/pages/ getting-here/ferry-timetable.php. Mazni Bakar. (20 Julai 2011). Sistem Pengurusan Jeti Kuala Perlis. Kuala Perlis [interview] Muszaphar Kamil. (21 Julai 2011). Pengangkutan Air di Kilim Geopark. Langkawi. [interview] Nik Safiah Karim et. al. (2009), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Pengangkutan. Diakses pada 18 Ogos 2011 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/ Pengangkutan.

H A L A M A N | 35

KKBI GEOGRAFI PERSEKITARAN (PSS 3104)

Ramli Hashim. (21 Julai 2011). Pengangkutan & Pelancongan di Pulau Tuba. Langkawi [interview] Ramli Zahari (1984), Geografi Ekonomi STPM, Kuala Lumpur, Adabi Publishing Sdn. Bhd. Rostam Abbas. (21 Julai 2011). Pengangkutan Darat di Pulau Tuba. Langkawi. [interview] Rosdi Abdul Rashid. (21 Julai 2011). Pengangkutan Air Melawat Kelong Pelancongan Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi dan Homestay Pulau Tuba. Langkawi. [interview] Rusly Musa & Nurashikin Abdullah (2007). Teks Pra-U STPM – Geografi Alam Sekitar Manusia. Petaling Jaya. Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Tan Koh Lim, Wong Yui Kok & Ab Jalal Hj. Ab. Latif. (1991). Geografi. Selangor. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. United Ferry Servies. Diakses pada 14 Ogos 2011 di URL http://ooijingtao.com/ FerryInfo.html. Yew Poi Keng, et. al. (2006). Nota Lengkap STPM, Geografi Alam Sekitar Fizikal kertas 1. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Yong, Ah Tuck. (21 Julai 2011). Penggunaan Bot Nelayan Membawa Penumpang. Langkawi. [interview]

H A L A M A N | 36

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->