You are on page 1of 47

Kebudayaan Singapura

Tugu Merlion Singapura adalah sebuah negara kecil yang didiami keturunan pendatang dari pelbagai kaum, terutamanya orang Cina, Melayu, India dan Eropah. Pada masa ini sebuah budaya "Singapura" yang unik belum berputik kerana tren perkahwinan antara kaum tidak berleluasa. Namun, sebuah kumpulan masyarakat yang dikenali sebagai kaum Peranakan atau 'Baba' wujud akibat perkahwinan di antara masyarakat Melayu dan Cina pada masa silam. Setiap kaum di Singapura masih berpegang teguh kepada adat dan budaya masing-masing dan ini dibuktikan dengan adanya pelbagai perayaan yang terdapat di Singapura seperti: Tahun Baru Cina, Hari Wesak, Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru.

Singlis
Singlish merupakan sebuah bahasa creole berdasarkan Bahasa Inggeris di Singapura. Bahasa ini merupakan bahasa pertama bagi ramai pemuda-pemudi Singapura. Kosa kata Singlish terdiri daripada perkataan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Hokkien, Bahasa Kantonis, dan sedikit daripada bahasa-bahasa Indik serta bahasabahasa Sinitik. Selain itu, slanga Amerika dan slanga Australia juga masuk melalui siri televisyen. Singlish berkaitan rapat dengan Manglish di Malaysia yang bersebelahan.

Singlish
Dituturkan di: Singapura 227,000 penutur bahasa utama, Bil. penutur: lebih daripada 3 juta sebagai bahasa kedua (1985) Keluarga bahasa: Creole Bahasa Inggeris Singlish ISO 639-1: ISO 639-2: ISO 639-3: Kod bahasa tiada
akan ditambah

Nota: Halaman ini mungkin mengandungi simbol-simbol fonetik IPA dalam Unikod. Sila lihat carta IPA untuk nada sebutan berdasarkan bahasa Inggeris.

Kerajaan Singapura sangat tidak menggalakan penggunaan Singlish daripada Bahasa Inggeris Piawai Singapura supaya orang Singapura boleh bertutur dengan penutur Bahasa Inggeris yang lain di dunia. Kerajaan menjalankan Gerakan Bercakap Bahasa Inggeris Baik (Speak Good English Movement) untuk menitikberatkan usaha ini.

Demografi Singapura
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Singapura adalah sebuah negara yang memiliki kepadatan penduduk yang tinggi di dunia. Purata penduduk Singapura naik kepada 2.8% (termasuk penduduk asing) pada tahun 2000.

Kumpulan etnik
Cina 77%, Melayu 14%, India 7.6%, lain-lain 1.4%. Sumber: Banci 2000

Bahasa
Singapura memiliki empat bahasa rasmi: Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil. Bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu walaupun penggunaan bahasa Inggeris lebih meluas. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan di antara kaum di Singapura. Ia juga digunakan dalam sistem pendidikan dan dalam pentadbiran kerajaan. Bahasa Inggeris pasar yang digunakan oleh rakyat Singapura dalam situasi tidak formal dikenali sebagai 'Singlish'. Walaupun kerajaan Singapura menggalakkan penggunaan Bahasa Mandarin untuk penduduk Cinanya, masih wujud segelintir penduduknya yang lebih selesa berbual dalam dialek masingmasing seperti, Hokkien, Teochew, Kantonis dan lain-lain. Namun penggunaan dialek lebih tertumpu kepada penduduk yang telah telah berumur. Lebih 60% penduduk India Singapura bertutur dalam bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda. Bahasa-bahasa India yang lain termasuk Malayalam,bahasa Telugu danHindi. Lebih kurang 5000 orang peranakan yang dikenali sebagai Baba dan Nyonya masih menggunakan sebuah dialek bahasa Melayu yang dikenali sebagai Bahasa Melayu Baba.

Agama
Singapura pada umumnya membenarkan kebebasan beragama walaupun sesetengah kumpulan diperiksa dengan teliti oleh kerajaan. Terdapat juga kumpulan agama yang telah diharamkan. Di Singapura, hampir semua orang Melayu beragama Islam. Agama-agama lain yang dianuti oleh masyarakat Singapura termasuk Buddha, Taoisme, Konfusianisme, Hindu, Sikh dan Kristian. Peratusan penganut agama (umur 15 tahun ke atas):
Buddha/Taoisme Islam Tiada agama Kristian Hindu 51.0% 14.9% 14.8% 14.6% 4.0%

Lain-lain (Sikh, Konfucius, etc) 0.6%

Sumber: Banci 2000

Jumlah penduduk
4,600,000 (ang. Julai 2003)
Struktur umur Umur 0-14 tahun 15-64 tahun Peratusan 18% 75% Lelaki 390,352 Wanita 365,730

1,520,875 1,590,355 124,413 159,539

65 tahun keatas 7%

(ang. 2000)
Kadar pertumbuhan penduduk 3.54% Kadar kelahiran Kadar kematian Kadar migrasi (bersih) 12.79 kelahiran/1,000 penduduk 4.21 kematian/1,000 penduduk 26.8 migran/1,000 penduduk

(ang. 2000)

Nisbah jantina Umur waktu lahir lelaki/wanita 1.08

bawah 15 tahun 1.07 15-64 tahun 0.96

65 tahun keatas 0.78 Jumlah penduduk 0.96

(ang. 2000)
Kadar kematian bayi

3.65 kematian/1,000 kelahiran (ang. 2000)


Jangkahayat

lelaki: 77.1 tahun wanita: 83.23 tahun (ang. 2000)


Kadar kesuburan

1.16 anak/wanita (ang. 2000)

Kadar literasi
Umur 15 tahun keatas
Tahun 2000 1990 Jumlah 92.5% 89.1% Lelaki 96.6% 95.1%

Wanita 88.6% 83.0%

Sumber: Banci 2000

Ekonomi Singapura
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Ekonomi Singapura

Kertas wang dolar Singapura Mata wang Tahun fiskal Pertubuhan perdagangan Dolar Singapura (SGD) 1 April - 31 Mac WTO, APEC

Statistik KDNK (pariti kuasa beli) Pertumbuhan KDNK KDNK per kapita KDNK mengikut sektor Inflasi (indeks harga pengguna) $124.3 bilion (anggaran 2005) (ke-58 [1]) 7.9% (2006)

AS$28,100 Pertanian: 0%, industri: 33.9%, perkhidmatan: 66.1% (anggaran 2005) 0.4% (anggaran 2005 )

Jumlah penduduk di bawah garis kemiskinan Indeks Gini Tenaga buruh Tenaga buruh mengikut pekerjaan

tiada maklumat

tiada maklumat 2.28 juta (anggaran September 2005) Perkilangan 18%, pembinaan 6%, pengangkutan dan komunikasi 11%, kewangan, perniagaan dan perkhidmatan lain 39%, lain-lain 26% (2003) 2.7% (2006) Elektronik, bahan kimia, perkhidmatan kewangan, pelengkapan penggerudian minyak, penapisan petroleum, pemprosesan getah dan keluaran getah, makanan proses dan minuman, pembaikan kapal, pembinaan pelantar luar pesisir, sains hayat, dan perdagangan entreport Rakan perdagangan

Pengangguran Industri utama

Eksport Barang eksport

$204.8 bilion f.o.b. (anggaran 2005) Jentera dan pelengkapan (termasuk elektronik), barang pengguna, bahan kimia, dan bahan bakar mineral Malaysia 14.7%, Amerika Syarikat 11.5%, Indonesia 10.7%, Hong Kong 10.4%, China 9.5%, Jepun 6%, Thailand 4.5%, Australia 4.1% (2005) $188.3 bilion (anggaran 2005) Jentera dan pelengkapan, bahan bakar mineral, bahan kimia, barang makanan

Rakan utama

Import Barang import

Rakan utama

Malaysia 14.4%, Amerika Syarikat 12.4%, China 10.8%, Jepun 10.1%, Indonesia 5.5%, Arab Saudi 4.7%, Korea Selatan 4.5% (2005) Kewangan awam

Hutang negara Hasil Perbelanjaan

AS$23.76 bilion (anggaran 2005) AS$18.67 bilion AS$18.21 bilion; termasuk perbelanjaan modal sebanyak AS$5.1 bilion (anggaran 2005) tiada

Bantuan ekonomi

Sumber utama [2] Semua nilai dalam dolar Amerika Syarikat, kecuali dinyatakan sebaliknya.

Ekonomi Singapura ialah sebuah ekonomi pasaran bebas yang amat maju dan berjaya, dengan kerajaannya memainkan peranan yang utama. Singapura mempunyai sebuah persekitaran perniagaan yang terbuka, nyata, dan agak bebas daripada amalan rasuah, dengan harga-harga yang stabil. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapitanya adalah antara yang tertinggi di dunia. Eksport, khususnya elektronik dan bahan kimia serta perkhidmatan, merupakan sumber hasilnya yang utama yang membenarkannya membeli sumber-sumber semula jadi dan bahanbahan mentah yang tidak dimilikinya. Oleh itu, Singapura bolehlah dikatakan bergantung kepada sebuah konsep perdagangan entreport yang lanjut, dengan pembelian bahan-bahan mentah untuk dihalusinya bagi tujuan mengeksport kembali, umpamanya industri pembikinan wafer dan penapisan minyak. Singapura juga mempunyai sebuah pelabuhan yang strategik yang memberikannya kelebihan untuk bersaing, berbanding dengan jiran-jirannya yang menjalankan kegiatan-kegiatan entreport. Pelabuhan Singapura ialah pelabuhan yang tersibuk di dunia, mengatasi juga Hong Kong dan Shanghai. Selain daripada infrastruktur pelabuhannya yang unggul, Singapura juga mempunyai tenaga buruh yang mahir, hasil daripada kejayaan dasar pendidikannya untuk mengeluarkan pekerja-pekerja yang mahir. Infrastruktur pelabuhannya yang unggul memberinya laluan yang lebih mudah ke pasaran kedua-dua import dan eksport, manakala kemahiran tenaga buruh diperlukan untuk menghalusi barang-barang import supaya menjadi barang-barang eksport. Pada 14 Februari 2007, kerajaan Singapura mengumumkan bahawa pertumbuhan ekonomi pada tahun 2006 telah mencapai 7.9%, suatu pencapaian cemerlang yang melebihi jangkaan yang asal sebanyak 7.7%. [1]

Arah aliran makroekonomi


Yang berikut ialah jadual arah aliran Keluaran Dalam Negara Kasar Singapura pada harga pasaran, sebagaimana yang dianggarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa.

Tahun 1980 1985 1990 1995 2000 2005

KDNK 25,117 39,036 66,778 119,470 159,840 194,360

Pertukaran Dolar Amerika Syarikat SGD2.14 SGD2.20 SGD1.81 SGD1.41 SGD1.72 SGD1.64

Untuk pembandingan pariti kuasa beli, dolar Amerika Syarikat ditukarkan pada kadar 1.56 dolar Singapura sahaja.

Kerajaan Singapura menggalakkan tingkat simpanan wang dan pelaburan yang tinggi melalui skim simpanan yang wajib yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Simpanan Pusat. Sebahagian besar belanjawannya digunakan untuk pendidikan dan teknologi, dengan belanjawan pendidikan pada tahun 2005 merupakan 21% KDNK, berbanding dengan belanjawan pendidikan Amerika Syarikat sebanyak 4% pada tahun yang sama. Kerajaan Singapura memiliki syarikat-syarikat berkait Temasik (TLC) yang berkait pula dengan cabang pelaburan kerajaan, khususnya dalam sektor perkilangan. Syarikat-syarikat itu dikendalikan sebagai entiti-entiti perdagangan, dan memberikan sumbangan sebanyak 60% daripada KDNK Singapura. Semasa Singapura melihat sebuah masa hadapan yang semakin ditandai oleh globalisasi, negara itu sedang menempatkan diri sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah.

Lokasi Singapura yang strategik yang terletak pada laluan-laluan laut yang utama serta masyarakatnya yang rajin memberikannya suatu kepentingan ekonomi di Asia Tenggara yang tidak setanding dengan saiznya. Ketika Singapura mencapai kemerdekaannya pada tahun 1965, ia menghadapi kekurangan sumber semula jadi serta juga pasaran dalam negeri yang kecil. Sebagai gerak balas, kerajaan Singapura mengamalkan dasar ekonomi berasaskan perniagaan dan pelaburan asing, serta dasar berorientasi eksport, bersama dengan pelaburan-pelaburan terarah kerajaan oleh perbadanan-perbadanan kerajaan. Strategi ekonomi Singapura terbukti berjaya dan menghasilkan pertumbuhan sebenar sebanyak 8.0% pada puratanya antara tahun-tahun 1990-1999. Ekonomi Singapura bertambah baik pada tahun 1999 selepas Krisis Kewangan Asia, dengan kadar pertumbuhan sebanyak 5.4%, diikuti oleh kadar 9.9% pada tahun 2000. Bagaimanapun, keadaan ekonomi yang lembap di Amerika Syarikat, Jepun, dan Kesatuan Eropah, serta kemerosotan sektor elektronik di seluruh dunia, telah mengurangkan anggaran pertumbuhan ekonomi pada tahun 2001 sehingga negatif 2.0%. Ekonomi Singapura berkembang sebanyak 2.2% pada tahun yang berikut, dan sebanyak 1.1% pada tahun 2003 ketika meletusnya penyakit SARS di negara. Kemudiannya, sebuah perubahan haluan ekonomi yang utama yang berlaku pada tahun 2004 membenarkan negara ini membuat suatu pemulihan pertumbuhan, walaupun pencapaiannya sebanyak hanya 2.5% tidak mendekati juga separuh daripada sasaran pertumbuhannya. Pada tahun 2005, pertumbuhan ekonominya mencapai 6.4%, dengan pertumbuhan sebanyak 7.9% pada tahun 2006. Kerajaan yang agak bebas daripada amalan rasuah, tenaga buruh yang mahir, serta infrastruktur yang maju dan cekap telah menarik pelaburan daripada melebihi 3,000 buah syarikat multinasional (MNC) Amerika Syarikat, Jepun, dan Eropah ke Singapura. Syarikat-syarikat asing boleh didapati dalam hampir semua sektor ekonomi, dan merupakan melebihi dua pertiga daripada keluaran perkilangan dan jualan eksport langsung, walaupun sesetengah sektor perkhidmatan masih dikuasai oleh perbadanan-perbadanan berkait kerajaan. Perkilangan serta perkhidmatan perniagaan kewangan merupakan jentera kembar ekonomi Singapura yang masing-masing merupakan 26% dan 22% daripada KDNK Singapura pada tahun 2000. Industri elektronik yang memandu sektor perkilangan Singapura merupakan 48% daripada jumlah keluaran perindustriannya, tetapi kerajaan Singapura kini juga mengutamakan pembangunan industri-industri bahan kimia dan bioteknologi. Untuk mengekalkan kedudukan persaingannya walaupun upahnya semakin meningkat, kerajaan Singapura berhasrat menggalakkan kegiatan-kegiatan nilai ditambah dalam sektor-sektor perkilangan dan perkhidmatan. Ia juga telah membuka atau dalam proses membuka sektor-sektor perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, penjanaan kuasa, serta peruncitan kepada para pembekal perkhidmatan asing dan kepada persaingan yang lebih hebat. Kerajaan Singapura kini juga mengejar langkah-langkah pemotongan kos, termasuk pengurangan upah dan sewa, demi mengurangkan kos pengendalian perniagaan di dalam negara.

Bioteknologi
Singapura sedang menggalakkan dan mengembangkan industri bioteknologinya secara agresif. Beratus-ratus juta dolar telah dilabur dalam sektor ini untuk membina infrastruktur, membiayai penyelidikan dan pembangunan, serta menggaji ahli sains antarabangsa yang terbaik. Para pembuat drug yang utama, seperti GlaxoSmithKline (GSK), Pfizer, dan Merck & Co., telah membina kilang-kilang di Singapura. Pada 8 Jun 2006, GSK mengumumkan pelaburan tambahan sebanyak S$300 juta untuk membina lagi sebuah kilang, khusus untuk mengeluarkan vaksin pediatrik. Kilang tersebut ialah kilang sedemikiannya yang pertama di Asia. [3]. Bahan farmaseutik kini merupakan melebihi 16% daripada pengeluaran perkilangan negara Singapura.

Perdagangan, pelaburan, dan bantuan


Perdagangan Singapura pada tahun 2000 berjumlah S$373 bilion, suatu kenaikan sebanyak 21% daripada tahun 1999. Walaupun saiznya yang kecil, Singapura ialah rakan perdagangan kesepuluh terbesar Amerika Syarikat. Pada tahun 2000, import Singapura berjumlah S$135 bilion, dengan eksportnya S$138 bilion. Malaysia ialah sumber import Singapura yang terutama, serta pasaran eksportnya yang terbesar. Malaysia menerap 18% daripada eksport Singapura, dengan Amerika Syarikat tidak jauh di belakang. Pada tahun 2000, eksport semula ke negaranegara yang lain merupakan 43% daripada jumlah jualan Singapura. Eksport-eksport utama Singapura ialah keluaran petroleum, makanan dan minuman, bahan kimia, tekstil dan pakaian, komponen elektronik, alat telekomunikasi, serta pelengkapan kenderaan. Import-import untama Singapura ialah kapal terbang, minyak mentah dan keluaran petroleum, komponen elektronik, penerima serta alat radio dan televisyen, kereta, bahan kimia, makanan dan minuman, besi dan keluli, serta yan dan fabrik tekstil. Singapura terus menarik pelaburan pada skala besar-besaran walaupun persekitaran kos pengendaliannya yang agak tinggi. Amerika Syarikat adalah pelabur asingnya yang terutama dan merupakan 40% daripada semua pelaburan baru dalam sektor perkilangan pada tahun 2000. Sehingga tahun 1999, pelaburan Amerika Syarikat dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan Singapura mencapai lebih kurang $20 bilion (jumlah aset) pada keseluruhannya. Kebanyakan pelaburan Amerika Syarikat adalah dalam industri perkilangan elektronik, penapisan dan storan minyak, serta bahan kimia. Melebihi 1,500 buah syarikat Amerika Syarikat beroperasi di Singapura. Kerajaan Singapura juga menggalakkan syarikat-syarikatnya untuk melabur di luar negara, dengan jumlah pelaburan langsungnya di luar negeri mencapai S$39 bilion pada akhir tahun 1998. Republik Rakyat China merupakan destinasi terutama, dan merupakan 14% daripada jumlah pelaburannya di luar negeri, diikuti oleh Malaysia (10%), Hong Kong (8.0%), Indonesia (8.0%) dan Amerika Syarikat (4.0%). Ekonomi India yang bertumbuh dengan pesat, khususnya dalam sektor teknologi tinggi, merupakan sumber pelaburan asing yang semakin berkembang untuk Singapura. Amerika Syarikat tidak memberikan sebarang bantuan dwipihak kepada Singapura, tetapi Presiden dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat sedang membincangkan cara-cara perdagangan yang lain dengan negara ini.

Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 2005

Jumlah perdagangan $373

Import $135

Eksport $138

% Perubahan 21% -9.4%

$432 $474 $580 $716

1.5% 9.6% 22.4% 14%

Semua angka dalam bilion dolar Singapura. Perjanjian perdagangan antarabangsa Ekonomi Perjanjian Perjanjian New ZealandSingapura mengenai Perkongsian Ekonomi yang Lebih Rapat Perjanjian antara Negaranegara EFTA dan Singapura Singkatan Diikat Dimeterai Kesan Ruj.

New Zealand

ANZSCEP

18 Ogos 2000

14 Nov 2000

1 Januari [4] 2001

Persatuan Perdagangan Bebas Eropah

FTA EFTASingapura

11 April 2002

26 Jun 2002

1 Januari [5] 2003

Jepun

Perjanjian antara Jepun dan Republik Singapura untuk JSEPA Perkongsian Ekonomi Zaman Baru Perjanjian Perdagangan Bebas Singapura-Australia 17 November Februari 2002 2003 19 Nov 2002 29 April 2004 28 Julai 2003

Australia

SAFTA

[6]

Perjanjian Perdagangan Amerika Syarikat Bebas Amerika SyarikatSingapura Jordan Perjanjian Perdagangan Bebas Singapura-Jordan

USSFTA

6 Mei 2003

1 Januari [7] 2004

SJFTA

16 Mei 2004

[8]

Brunei Chile Perjanjian Perkongsian Ekonomi Strategik Rentas Pasifik SEP Rentas Pasifik

Ogos 2005 18 Julai 2005 18 Julai 2005 Perjanjian Ekonomi Komprehensif India Singapura Perjanjian Perdagangan Bebas Korea-Singapura CECA India- November 29 Jun Singapura 2004 2005 28 4 Ogos November 2005 2004 1 Ogos 2005 1 Januari [9] 2006

New Zealand

India

[10]

Korea

KSFTA

Akhir 2005

[11]

Tenaga buruh
Pada tahun 2000, Singapura mempunyai tenaga buruh pada sekitar 2.2 juta. Kongres Kesatuan Sekerja Nasional (NTUC), persekutuan kesatuan sekerja yang tunggal di negara, terdiri daripada hampir 99% jumlah buruh berkesatuan. Perkara-perkara yang melibatkan buruh dan kesatuan sekerja dikawal oleh undang-undang yang meluas. Mahkamah Timbang Tara Perindustrian menangani pertikaian-pertikaian buruh-pengurusan yang tidak dapat diselesaikan secara tidak formal melalui Kementerian Buruh. Kerajaan Singapura telah menekankan pentingnya kerjasama antara kesatuan, pengurusan dan kerajaan ("tripartisme"), serta penyelesaian awal pertikaian. Negara ini hanya mengalami sebuah mogok pada 15 tahun yang lalu. Singapura telah menikmati guna tenaga penuh bagi tempoh-tempoh yang panjang. Semasa kemerosotan ekonomi, kadar pengangguran naik sehingga 4.0% menjelang akhir tahun 2001 daripada 2.4% pada awal tahun tersebut. Sejak dari masa itu, pengangguran telah baik pulih dan kadar pengangguran pada tahun 2006 sebanyak 2.7% merupakan kadar pengangguran yang terendah pada empat tahun yang lalu, dengan 2.3 juta orang digaji. [2] [3] Kerajaan Singapura dan NTUC telah mencuba berbagai-bagai rancangan untuk menaikkan daya pengeluaran yang jatuh serta merangsang kadar penyertaan tenaga buruh wanita dan pekerja lebih tua. Walaupun demikian, kekurangan buruh masih dihadapi dalam sektor perkhidmatan dan untuk banyak pekerjaan kemahiran rendah bagi industri-industri pembinaan dan elektronik. Oleh itu, pekerja-pekerja asing telah dimasukkan ke negara untuk membantu mencukupkan tenaga buruh yang diperlukan. Pada tahun 2000, adanya lebih kurang 600,000 orang pekerja asing di Singapura yang merupakan 27% daripada jumlah tenaga buruh.

Fakta dan angka


Peratusan pertumbuhan ekonomi pada tahun 2006: 7.9% Kadar pertumbuhan pengeluaran perindustrian: 9.5% (anggaran 2005) Pengeluaran elektrik: 36.8 bilion kWh (2004) Pengeluaran elektrik mengikut sumber:
bahan api fosil: 100% hidro: 0% nuklear: 0% lain-lain: 0% (1998)

Elektrik - penggunaan: 33.2 bilion kWh (2004) Elektrik - eksport: 0 kWh (2004) Elektrik - import: 0 kWh (2004) Hasil pertanian: getah, kopra, buah-buahan, sayur-sayuran; ayam itik, telur, ikan, bunga anggerik, ikan hiasan Mata wang: 1 dolar Singapura (S$ atau SGD) = 100 sen Kadar pertukaran: Dolar Singapura (S$ atau SGD) per AS$1 - 1.59 (Oktober 2006) 1.6255 (Januari 2006), 1.6733 (Januari 2000), 1.6950 (1999), 1.6736 (1998), 1.4848 (1997), 1.4100 (1996), 1.6622 (20 Disember 1995)

Rujukan
1. "Ekonomi Singapura bertumbuh sebanyak 7.7% pada tahun 2006", Saluran NewsAsia, 31 Disember 2006. oleh Dominique Loh. 2. "Latest Data (1 February 2006) - Jabatan Statistik Singapura. &nbspDicapai pada 2 Februari 2006. 3. "Penggajian Singapura mencapai peringkat yang paling tinggi sebanyak 2.3 juta pada tahun 2005", Saluran NewsAsia, 1 Februari 2006. oleh May Wong.

Lihat juga

5 C Singapura Biopolis Empat Harimau Asia

Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC)


Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTOP)

Afrika Selatan Albania Amerika Syarikat Angola Antigua dan Barbuda Arab Saudi Argentina Armenia Australia Bahrain Bangladesh Barbados Bekas Republik Macedonia Yugoslavia (FYROM) Belanda (untuk Kemaharajaan di Eropah dan Antilles Belanda) Belize Benin Bolivia Botswana Brazil Brunei Darussalam Burkina Faso Burundi Cameroon Chad Chile Colombia Costa Rica Cote d'Ivoire Croatia Cuba Djibouti Dominica Ecuador El Salvador Emiriah Arab Bersatu Fiji Filipina Gabon Gambia Georgia Ghana Grenada Guatemala Guinea Guinea Bissau Guyana Haiti Honduras Hong Kong, China Iceland India Indonesia Israel Jamaica Jepun Jordan Kanada Kemboja Kenya Kepulauan Solomon Komuniti Eropah1 Korea, Selatan Kuwait Kyrgyztan Lesotho Liechtenstein Macao, China Madagascar Maghribi Malawi Malaysia Maldives Mali Mauritania Mauritius Mesir Mexico Moldova Mongolia Mozambique Myanmar Namibia Nepal New Zealand Nicaragua Niger Nigeria Norway Oman Pakistan Panama Papua New Guinea Paraguay Peru Republik Afrika Tengah Republik Demokratik Congo Congo Republik Dominika China Qatar Rwanda Santa Kitts dan Nevis Santa Lucia Santa Vincent & Grenadines Senegal Sierra Leone Singapura Sri Lanka Suriname Swaziland Switzerland Tanzania Thailand Togo Trinidad dan Tobago Tunisia Turki Uganda Uruguay Venezuela Vietnam Wilayah Kastam Berasingan Taiwan, Penghu, Kinmen, dan Matsu Zambia Zimbabwe
1

Kesemua 27 ahli negara Kesatuan Eropah juga merupakan ahli-ahli WTO pada diri sendiri: Austria Belgium Bulgaria Cyprus Denmark Estonia Finland Greece Hungary Ireland Itali Jerman Latvia Lithuania Luxembourg Malta Perancis Poland Portugal Republik Czech Romania Sepanyol Slovakia Slovenia Sweden United Kingdom
sunting

Singapura
Garis masa sejarah Singapura Hubungan PAP-UMNO Negeri-negeri Selat Pembunuhan beramai-ramai Sook Ching Pendudukan Jepun di Singapura Pengasasan Singapura moden Pertempuran Singapura Pungutan suara negara Singapura, 1962

Sejarah

Politik

Hak asasi manusia di Singapura Hubungan luar negeri Kabinet Kawasan pilihan raya Kerajaan Parlimen Parti politik Perdana Menteri Pilihan raya Presiden Senarai kawasan pilihan raya Terorisme balas Undang-undang Bandar, kawasan perumahan dan kawasan kejiranan Chek Jawa Daerah dan tempat Fauna Flora Jalan air Lebuh raya Pantai Pemuliharaan Perancangan bandar Pihak Berkuasa Pembangunan Semula Bandar Pulau Sungai Takungan Taman Tasik Bank Biopolis Bursa Singapura Dolar Singapura Kumpulan Wang Simpan Pusat Lapangan Terbang Changi Singapura Pihak Berkuasa Kewangan Singapura Sistem Penerbangan Singapura Syarikat Arab Cina India Melayu Peranakan Serani Bahasa Filem Hari kelepasan Masakan Muzik Kehomoseksualan Kesusasteraan Pendidikan Sukan Singapura Pelabuhan Singapura Pengangkutan bas di Singapura

Geografi

Ekonomi

Demografi Kebudayaan

Pengangkutan Alihan Laju Massa Alihan Laju Ringan Lapangan Terbang Changi Singapura Lebuh raya Lambang Lain-lain
Bendera Ikrar Jata Lambang Kepala Singa Majulah Singapura Merlion Vanda Miss Joaquim Angkatan tentera Perbarisan Hari Kebangsaan Komunikasi Pasukan Polis Pelancongan Peristiwa semasa Seni bina Tempat di Singapura

Politik Singapura
Singapura merupakan sebuah republik berparlimen. Perlembagaan Singapura berdasarkan sistem Westminster kerana Singapura merupakan bekas jajahan United Kingdom. Jawatan Presiden adalah simbolik dan kuasa memerintah berada di tangan Perdana Menteri yang merupakan ketua parti politik yang memiliki kedudukan majoriti di Parlimen. Arena politik dikuasai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang telah memerintah sejak Singapura merdeka. Pemerintah PAP sering dikatakan memperkenalkan undang-undang yang tidak memberi kesempatan untuk parti-parti pembangkang tumbuh dengan efektif. Cara pemerintahan PAP dikatakan lebih cenderung kepada autoritarian daripada demokrasi yang sebenarnya. Namun, cara pemerintahan tersebut berhasil menjadikan Singapura sebuah negara yang maju, bebas daripada rasuah dan memiliki pasaran ekonomi yang terbuka. Para ahli politik menganggap Singapura sebuah negara yang berfahaman 'Demokrasi Sosialis'.

Politik Asia

Negara berdaulat

Afghanistan Arab Saudi Armenia1 Azerbaijan1 Bahrain Bangladesh Bhutan Brunei China (Republik China4 Republik Rakyat China) Cyprus1 Emiriah Arab Bersatu Filipina Georgia1 India Indonesia Iran Iraq Israel Jepun Jordan Kazakhstan3 Kemboja Korea (Korea Utara Korea Selatan) Kuwait Kyrgyzstan Laos Lubnan Malaysia Maldives Mesir4 Mongolia Myanmar2 Nepal Oman Pakistan Qatar Rusia3 Singapura Sri Lanka Syria Tajikistan Timor Leste Thailand Turki3 Turkmenistan Uzbekistan Vietnam Yemen Abkhazia Aceh Adjara1 Akrotiri dan Dhekelia Altai Buryatia Cyprus Utara Guangxi Hong Kong Jakarta Khakassia Kurdistan Macau Mongolia Dalam Nagorno-Karabakh Nakhchivan Ningxia Ossetia Selatan Palestin (Semenanjung Gaza Tebing Barat) Papua Papua Barat Pulau Cocos (Keeling) Pulau Krismas Sakha Tibet Tuva Wilayah Lautan Hindi British Xinjiang Yogyakarta

Wilayah tanggungan, kawasan autonomi, dan wilayah lain

Negara yang tidak berdaulat atau separa berdaulat disenaraikan dalam italik. 1 Kadangkala termasuk dalam benua Eropah, bergantung kepada definisi sempadan. 2 Juga dikenali sebagai Burma. 3 Negara transbenua, negara yang mempunyai wilayah di dua atau lebih benua. 4 Juga dikenali sebagai Taiwan.

Kerajaan Singapura Kabinet Singapura Pejabat Perdana Menteri Ministry of Community Development, Youth and Sports Ministry of Defence Ministry of Education Ministry of the Environment and Water Resources Kementerian Kewangan Ministry of Foreign Affairs Kementerian Kesihatan Kementerian Dalam Negeri Singapura Ministry of Information, Communications and the Arts Ministry of Law Ministry of Interior and Defence Ministry of Manpower Ministry of National Development Ministry of Trade and Industry Ministry of Transport Perakaunan dan Penguatkuasa Peraturan Korporat Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan Building and Construction Authority Casino Regulatory Authority Central Provident Fund Civil Aviation Authority of Singapore Defence Science & Technology Agency Economic Development Board Energy Market Authority Health Promotion Board Health Sciences Authority Housing and Development Board Infocomm Development Authority of Singapore Immigration and Checkpoints Authority International Enterprise Singapore Inland Revenue Authority of Singapore Intellectual Property Office of Singapore JTC Corporation Land Transport Authority Maritime and Port Authority of Singapore Media Development Authority National Arts Council National Environment Agency National Heritage Board National Library Board People's Association Public Transport Council Public Utilities Board SPRING Singapore Singapore Land Authority Singapore Sports Council Singapore Tourism Board Singapore Workforce Development Agency Urban Redevelopment Authority

Menteri

Bidang kuasa agensi

Bank pusat Penguatkuasa Kewangan Singapura Sovereign Government of Singapore Investment Corporation Temasek Holdings wealth fund Politik Singapura

Sejarah
Menyentuh tentang asal-usul Papar, terdapat lagenda bagaimana Daerah Papar mendapat namanya, iaitu keadaan tanah yang rata dan landai, dimana dalam bahasa Brunei keadaan rata itu disebut sebagai "Papar". Manakala terdapat satu lagi cerita iaitu dari batang-batang kayu hanyut yang banyak terdampar apabila berlaku banjir. Kayu-kayu yang hanyut itu juga di sebut Papar. Sebelum British memulakan pentadbiran mereka, Papar telah ditadbir oleh pembesarpembesar tempatan. Ketua daerahmya adalah seorang yang berbangsa bajau iaitu Datu Amir Bahar. Beliau pernah memimpin satu pemberontakan untuk menghalau seorang pembesar Brunei yang pada ketika itu menguasai Daerah Papar. Pembesar Brunei tersebut setelah dihalau keluar dari Papar, kemudiannya telah menyerah daerah ini kepada dua orang asing iaitu Overbeck dan dua beradik Dent pada tahun 1877. Sementara itu, pegawai British yang pertama ditugaskan di Papar ialah H.L. Leicester. Beliau telah mula bertugas pada bulan Februari 1878 dengan penuh harapan bahawa beliau boleh mententeramkan keadaan di Papar supaya usaha untuk memperoleh hasil ekonomi dari kawasan ini boleh dipertingkatkan. Walau bagaimanapun, pentadbiran awal British di Papar tidak bertahan lama kerana masalah kesulitan kewangan. Tidak lama kemudian H.L. Leicester telah digantikan oleh Everett. Everett telah berusaha untuk mengadakan pentadbiran yang berkesan tetapi tidak berjaya sepenuhnya kerana kesulitan untuk menyelesaikan pertelingkahan diantara puak-puak di daerah ini. Tambahan pula, beliau tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk membantunya. Untuk memudahkan pentadbirannya, beliau telah menjalinkan hubungan yang baik dengan pembesar-pembesar tempatan seperti Datuk Amir Bahar, Ketua orang-orang Bajau dan OKK Dugassa. Beliau seterusnya menyerahkan tugas yang berkaitan dengan pentadbiran tempatan kepada mereka. Stesen pentadbiran British di Papar terletak di tebing anak Sungai Papar berhampiran dengan Sekolah Menengah Majakir sekarang ini. Pada mulanya tempat ini hanya mempunyai beberapa bangunan yang diperbuat daripada kajang dan beratapkan daun rumbia yang dimiliki oleh Kerajaan. Selama berada di bawah Syarikat Berpiagam, Papar telah mengalami beberapa sistem pentadbiran, dimana ia ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah, kadangkala ia juga ditadbir seorang Pemangku Penolong Pegawai Daerah yang berada dibawah jagaan Pegawai Daerah di Jesselton (Kota Kinabalu). Keadaan ini bergantung kepada kemampuan Kerajaan untuk menyediakan pegawai-pegawai pentadbir. Dibawah pentadbiran British, Pegawai British akan dibantu oleh Ketua-Ketua Anak Negeri dan juga Kapitan Cina yang pertama ialah Chan Fook iaitu ayah kepada Datuk Chi On. Bagi suku kaum Kadazan-Dusun pula mereka telah dipimpin oleh Duraun. Kesemua suku kaum yang berada di daerah Papar ini bekerja sama untuk memajukan daerah Papar. Sementara itu masyarakat Islam di daerah Papar dikatakan bermula sejak tahun 1780 lagi. Pada masa itu sudah terdapat kampung seperti Kampung Sapat, Kampung Singgah Mata (Buang Sayang), Kampung Subarang (sekarang Pekan Papar) dan Kampung Palaun. Penghulu

ketika itu ialah Dato Kupar yang tinggal di Kampung Subarang. Imamnya pula bernama Dato Durauf. Pada waktu itu hanya terdapat surau-surau sahaja sebagai tempat beribadat. Masjid pertama daerah Papar telah didirikan di Kampung Laut pada 1890. Imamnya ialah Sarif Haji Idris yang berasal dari Indonesia. Disamping menjadi Imam, beliau juga merupakan guru agama. Ekoran daripada perkembangan ini, ramai alim ulama dari Brunei dan Sarawak datang dan menetap di Papar. Papar merupakan salah satu pusat kegiatan Islam di "Negeri Di Bawah Bayu" ini. Apabila penduduk daerah ini semakin bertambah, Sekolah Melayu Pekan Papar telah didirikan pada tahun 1920. Manakala Sekolah Menengah St Joseph telah didirikan oleh Rev. Father Klyn.

Kebudayaan
Daerah Papar seperti lain-lain daerah di negeri Sabah ini penduduknya adalah terdiri daripada berbilang kaum dan adat resam yang berbeza mengikut komponen kaum yang terdiri daripada Melayu Brunei, diikuti Kadazan/Dusun, Bajau dan Cina. Bahasa perantara penduduk di daerah ini ialah bahasa Melayu mengikut lengok Melayu Brunei yang agak lembut dan sopan, walaupun mereka berbangsa Kadazan, Cina atau Bajau disamping bahasa kaum-kaum itu sendiri. Masyarakat Bajau Masyarakat Cina

KEDUDUKAN GEOGRAFI DAN LOKASI


Daerah Papar terletak dalam Zon Pantai Barat Negeri Sabah. Jumlah keluasan daerah Papar ialah 124,320 hektar atau 480 batu pesegi. Daerah Papar bersempadan dengan daerah Penampang di Utara, daerah Tambunan di Timur Laut, daerah Keningau dan Tenom di Tenggara dan daerah Beaufort di Selatan. Pekan Papar boleh dihubungkan dengan jalanraya dari Kota Kinabalu (38kilometer), dari pekan Beaufort (50 kilometer) dan dari pekan Keningau (73 kilometer). Pekan Papar juga dihubungkan dengan jalan keretapi dari stesen Keretapi Tanjung Aru, Beaufort dan Tenom

PENDUDUK
Jumlah penduduk daerah Papar ialah 92,451 (Banci 2000). Antara suku kaum di daerah ini ialah Melayu Brunei (25,172), Kadazan/Dusun (24,853), Bajau (14,274), Cina (5,473), Bumiputera Lain (7,737), Murut (424), dan lain-lain bangsa (4,272) manakala Bukan Warganegara ialah (10,246).

BRUNEI Masyarakat Melayu Brunei mempunyai beberapa kebudayaannya tersendiri seperti adat perkahwinan, pakaian, tarian, alat muzik tradisi dan makanan tradisi. Adat Perkahwinan masyarakat Brunei sama dengan adat Perkahwinan masyarakat Bajau berlandaskan agama Islam, begitu juga dari segi pakaian, tidak jauh bezanya. Tarian AdaiAdai merupakan Tarian bagi masyarakat Brunei manakala masyarakat Bajau dengan Tarian Berunsai. Gambus merupakan alat muzik trdisional Masyarakat Brunei, dimana Pesta Gambus telah diiktiraf dan telah disenaraikan ke dalam salah satu perayaan tahunan dalam kalender negeri, dimana ia selalunya dianjurkan oleh Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS). Dari segi makanan tradisi yang terkenal ialah kuih cincin Bongawan, kuih sapit, kuih pinyaram, kuih jelurut, dan kelupis. Manakala Belacan Kg Laut adalah belacan yang terkenal di daerah ini.

KADAZAN Masyarakat Suku Kaum Kadazan mempunyai banyak adat yang perlu diketahui dan percaya akan perhitungan kalender (bulan). Seperti adat Tuntut Waris dan Pembahagian Harta, Adat Perkahwinan Membuat Rumah Mananam Padi, Kerjakerja Bercucuk tanam dan lain-alin upacara. Semua ini ditentukan harinya dan pelaksanaannya menurut hitungan bulan.

Ekonomi Daerah Papar


PERTANIAN Pada asasnya Pertanian masih merupakan sektor paling penting bagi daerah Papar. Dianggarkan 60% daripada penduduk di daerah ini bergantung kepada sektor pertanian. Walaupun kesesuaian tanah untuk pertanian tidaklah sebesar kawasan di Pantai Timur, namun daerah Papar merupakan pengeluar utama getah di negeri Sabah. Menurut data dari Jabatan Pertanian, terdapat kawasan seluas 12,524 hektar tanah yang sesuai untuk pertanian di Papar. Manakala kawasan yang tidak sesuai untuk pertanian adalah seluas 57,396 hektar. Padi merupakan tanaman makanan yang penting di daerah ini, dengan tumpuan di beberapa kampung seperti Pengalat Besar, Limbahau, Sabandil, Gana, Takis dan Kelanahan. Kelapa Sawit ditanam di kawasan Ulu Kimanis. Ia ditanam di Kimanis Estate. Pada masa ini sudah ada Pekebun Kecil yang cuba tanaman secara kecil-kecilan. PERIKANAN Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang penting di daerah ini. Pada tahun 2001 hasil tangkapan laut yang didaratkan adalah sebanyak 1,332.68 tan matrik dan tahun 2002 sebanyak 1,3725.57 tan matrik. Sebanyak 360 orang nelayan sepenuh masa didaftarkan di daerah ini manakala jumlah perahu/bot yang didaftarkan ialah sebanyak 943 buah. PENTERNAKAN Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sektor Penternakan menjadi semakin penting di daerah ini. Namun usaha ini dimonopoli oleh beberapa syarikat swasta besar. Kebanyakan penternak swasta melabur dalam ternakan ayam daging, dan ayam telur. Sebagai pengetahuan daerah Papar mengeluarkan 35% daripada jumlah keperluan ayam di negeri Sabah. Terdapat juga beberapa syarikat swasta yang terlibat dalam penternakan daging khinzir untuk pasaran tempatan dan negeri. PERHUTANANAN/INDUSTRI KILANG PAPAN MAKANAN Daerah Papar mempunyai kawasan perhutanan seluas 124,320 hektar. Daripada ini, hutan kekal meliputi 1,672 hektar (1.34%), Taman Negara meliputi 27,000 hektar (21.72%) manakala selebihnya adalah kawasan hutan (tanah Kerajaan). Aktiviti perhutanan agak aktif pada tahun 70an dan 80an, tetapi pada hari ini, aktiviti ini tidak lagi aktif. Terdapat 20 buah kilang papan yang masih berdaftar dengan Jabatan Hutan, Kota Kinabalu. Kebanyakan kilang-kilang ini terletak dalam kawasan Kompleks Pemprosesan KayuKayan Bersepadu Kimanis (Intergrated Timber Complex). Kilang utama adalah seperti moulding dan kilang papan. PERINDUSTRIAN (LOKAWI INDUSTRY ESTATE)

Kawasan Perindustrian Lokawi meliputi dua fasa iatu Fasa I meliputi kawasan seluas 120 ekar dan Fasa II meliputi kawasan 50 ekar. Kebanyakan dari Fasa I sudah dibangunkan manakala Fasa II masih pada peringkat permulaan.

Pelancongan

Sektor Pelancongan merupakan sektor penting dan mempunyai potensi yang baik yang terus maju. Kedudukan geografi yang strategik iaitu terletak kira-kira 36 km dari Kota Kinabalu, membuatkan daerah ini mudah dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari luar negeri. Tambahan pula daerah ni mempunyai bentuk muka bumi yang menarik dimana pantainya begitu indah, manakala disebelah pendalaman terdapat Banjaran Crocker yang kaya dengan khazanah fauna dan flora. Semua ini boleh menjadikan daerah Papar sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menarik. Terdapat beberapa resort disepanjang jalan dari Lok Kawi hingga ke Bongawan. Resort-resort ini menyediakan bilik penginapan, serta kolam renang serta perkhidmatan bot laju, antaranya Beringgis Beach Resort, Borneo Paradise, Seaside Travellers Inn dan Langkah Syabas. Terdapat juga resort yang menyediakan padang golf iaitu Bongawan Golf Resort. Disamping itu terdapat juga perkhidmatan membawa pelancong-pelancong dengan menggunakan i Keretapi North Borneo Railway dari stesen keretapi Tanjung Aru ke Pekan Papar yang disediakan oleh Sutera Harbour Beach Resort. Pemberitahuan - Dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Keretapi Negeri Sabah dari Kota KinabaluPapar-Kota Kinabalu, masa ini dihentikan buat sementara waktu untuk kerja-kerja pembinaan semula dan menaiktaraf. Borneo Golf and Country Resort Menyediakan 18 Hole Golf Course, Chalet sebanyak 48 bilik, kolam renang, 2 unit Dewan Besar, 2 unit Dewan kecil, Gelanggang Bola Tampar, Tenis dan squash. Telefon No: + 60 87-861888/861777

Melinsung Ranch, Melinsung, Papar

Melinsung Ranch terletak di tepi Pantai Melinsung iaitu di KM 27, Kota Kinabalu Papar Costal Highway, Melinsung Papar. Menyediakan kelas mengajar menunggang kuda persendirian, menunggang untuk beriadah dan menanjurkan sukan berkuda seperti Endurance Rides - 40, 60, 80, 100 dan 120km, Endurance Rides Novice Trail 25km dan Plantation Ride 15km. Telefon No: + 60 88754753
Beringgis Beach Resort Beringgis Beach Resort terletak diKM 26, Jalan Kota Kinabalu Papar Coastal Highway, Beringgis Papar. Telefon No: +60 88 752333, Fax No: + 60 88 752999

Borneo Paradise Resort, Kinarut, Papar

Chalet yang terletak di tepi pantai Kinarut ini menyediakan 45 bilik, dengan kemudahan Kolam Renang, 2 unit Bilik Mesyuarat, Restoran, Tapak Perkhemahan dan Sukan/Sukaneka

Langkah Syabas Beach Resort, Kinarut, Papar

Chalet 5 bilik, Kolam Renang, Pony Ride, Restoran serta Perkhidmatan Boat Ke Pulau berhampiran.
Telefon No: + 60 88-752000 , Fax No: + 60 88-752111

Kindawan Riding Centre, Kinarut, Papar

Kursus Menunggang Kuda, Perkhidmatan Membawa Pelancong ke tempat-tempat pelancongan dalam daerah Papar sambil menunggang kuda.

Seaside Travelers Inn, Kinarut, Papar Seaside Travelers Inn ini terletak di KM20, Kota Kinabalu Papar Coastal Highway. Chalet 15 bilik, dilengkapi dengan kemudahan Dewan Makan & Terrace Kolam Renang, Restoran, Kayak, Perkhidmatan Boat Ke Pulau, Table Tennis dan Gelanggang Tennis. Telefon No: + 60 88 7500555, Fax : + 60 88 750479

Borneo Dinawan Island Resort Sebuah pulau yang menjanjikan anda ketenangan semasa berada di pulau ini. Sangat sesuai untuk beistirehat bersama keluarga. Telefon No: + 60 88-442333/243333, Fax No: + 60 88 -250005

Dasar Kebudayaan Kebangsaan


Hit : 8067 Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Latar belakang Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usahausaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. Rasional Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, pewujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu: i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa

(linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan. (ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya. (iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendakkehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Objektif Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu. Dengan yang demikian usahausaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu: (i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan; (ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan (iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yangseimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut: (i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya; (ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; (iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia; (iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan (v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian. Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan. Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urus setia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa. Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan. Penutup Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan

cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

Nilai dan Norma


Hit : 3436 Nilai dan Norma Istiadat Naik Buai Asal-Usul Dipercayai bermula dari kisah seorang ibu yang mempunyai seorang bayi yang menangis tanpa henti. Kemudiannya bayi itu diangkat lalu dibaringkan di atas lengan sambil dihayun ke kiri dan ke kanan. Dengan perlakuan itu bayi tersebut pun berhenti menangis lalu si ibu pun mencari guni dan tali akar mempapan lalu diikat dan digantung menjadi buaian. Bayi tersebut diletakkan di atas buaian lalu dibuai sehingga nyenyak.

Pembudayaan dan Jati Diri


Hit : 5081 Pembudayaan dan Jati Diri

FAHAMI, HALUSI PEMBUDAYAAN DAN JATI DIRI


Oleh Datuk Seri Utama Dr. RAIS YATIM

Di AMBANG merdeka ke-48 ini amat sesuai kiranya kita berfikir sejenak tentang proses pembudayaan dan hubungannya dengan jati diri. Pembudayaan dan jati diri adalah dua istilah yang sering dilaung-laungkan, tetapi erti dan kesannya kepada kehidupan mungkin belum sejauhmana dapat dihalusi atau difahami ke arah bersedia mendaulatkan negara bangsa. Budaya biasanya dimengertikan sebagai cara hidup yang diterima oleh sesuatu masyarakat yang di dalamnya terkandung intipati pemikiran dan amalan baik dan murni. Jati diri ialah unsur-unsur kehidupan yang mencerminkan lahiriah individu atau masyarakat. Dalam pengertian sahihnya, jati diri ialah identiti individu, masyarakat dan negara bangsa yang punya sifat-sifat keutuhan yang dibanggakan. Dalam konteks inilah, misalnya, kesungguhan kaum Tionghua berniaga melahirkan generasi orang Cina yang cekal dan berjaya dalam dunia dagangan. Kebolehan berniaga pada kaum Cina adalah salah satu sifat jati diri mereka. Dalam pengertian ini juga kita melihat budaya memperoleh ilmu dari Barat begitu diutamakan sehingga kita rela mempromosikan pelbagai kaedah dan pendekatan termasuk mewajibkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pembelajaran atau bahasa ilmu. Kini Amerika Syarikat dan Eropah mampu mengeskport dan mendagangkan ilmu yang mereka peroleh mengikut percaturan dan formula mereka. Institusi pengajian tinggi mereka menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari negara ketiga. Dengan ilmu yang kita peroleh pula, kita menjana masyarakat kita. Malangnya, salah satu daripada eksport mereka, iaitu jati diri melalui amalan integriti agak perlahan muncul dan merebak ke dunia sebelah sini.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa institusi pengajian Barat bukan hanya mengeksport ilmu pengetahuan moden tetapi juga cara hidup mereka yang dijalin melalui muzik, filem, penerbitan dan media lain. Justeru Amerika dan Eropah akan sentiasa mengeksport dua komoditi utama - ilmu pengetahuan dan budaya mereka. Dan yang ketiga ialah pemikiran mereka. Menerusi cabang-cabang inilah kita di dunia sebelah sini harus berhati-hati dan bijaksana dalam proses memilih yang mana wajar ditelan dan yang mana harus diluahkan agar jati diri kita tetap utuh. Ini mudah diperkatakan tetapi amat sukar diamalkan. Bagaimanakah kita harus membudayakan kembali informasi dan ilmu yang kita peroleh dari punca-punca luaran itu? Proses ubah suai dalam pembudayaan informasi dan ilmu pengetahuan itu amat menjadi pokok kepada tamadun kita di zaman mendatang. Sesungguhnya pembudayaan informasi dan ilmu pengetahuan harus dicanai dengan efisien dan berkesan. Jika tidak, jati diri negara bangsa akan berkecai. Mereka ada American Idol, kita pun lekas-Iekas membuat acuan menirunya. Apa yang mereka luahkan melalui Fear Factor, kita pun nanti menelannya bulat-bulat, sekalipun membaham ulat, jengking dan kala bukan budaya kita. Biasanya pembudayaan atau proses menjadikan sesuatu itu sebagai cara dan gaya hidup adalalah berpunca daripada situasi di mana barangan atau benda dari luar itu menarik dan berguna kepada individu atau masyarakat. Di atas tarikan dan kebergunaan inilah kita membuat penilaian dan akhirnya meniru hak orang, lalu melakukan apa yang orang luaran itu amalkan. Kemanusiaan sejagat sebenarnya tidak salah dalam mengejar ilmu tetapi bagaimana ilmu atau informasi itu harus dicanai semula supaya mewujudkan jati diri negara bangsa, ia adalah sesuatu yang tidak semua berjaya melaksanakannya. Jika proses 'meniru' ini beroperasi secara mendadak dan melibatkan sebahagian besar lapisan masyarakat, terutama lapisan muda, maka ia layak dipanggil cultural accultration atau akultrasi budaya. Perubahan budaya yang paling mudah berlaku ialah melalui naluri pandang-dengar. Naluri rasa, bau dan sentuh juga penting tetapi ia agak mengekori amalan manusia yang tampak dan didengar. Dalam konteks ini, alam hiburan - filem dan muzik, misalnya, menjadi punca pengaruh yang paling hadapan. Soalan turutannya tentulah bagaimanakah harus kita mencanai semula sajian luaran ini supaya sesuai dengan acuan jati diri bangsa Malaysia?

Jika proses 'canai semula' ini diketepikan, sebagaimana memang besar juga bilangannya dalam masyarakat kita yang tidak mahu mendukungnya, kita akan kerugian besar. Kita akan terus ada negara bangsa tetapi dikhuatiri ia diisi persepsi dan amalan yang tidak berjati diri. Ini bererti, masyarakat yang mendagangkan ilmu, amalan dan produk sosial mereka itu akhirnya akan menembusi daya fikir dan daya penerimaan masyarakat yang meniru mereka bulat-bulat. Apabila proses akultrasi budaya ini yang boleh dianggap sebagai penjajahan minda sudah menyeluruh dan meliputi pelbagai lapisan kehidupan masyarakat penerima, maka apa yang dipekikkan sebagai jati diri tidak akan bererti banyak lagi. Pada masa itu kita sebenarnya sudah 'dijajah' sekali lagi, cuma kali ini tidak melalui peluru dan senjata. Ketangkasan kita bertindak dengan bijak dalam soal mempertahankan sosiobudaya ini amat dirasai pada saat ini. Kebebasan membiarkan Internet berleluasa dengan hidangan pornografi dan hidangan bebas yang lain mesti dihentikan. Amat aneh dan merugikan jika piagam Internet kita secara membuta tuli membiarkan piagam 'bebas' ini sedangkan Perlembagaan Malaysia sendiri mengharuskan beberapa sekatan undangundang dilakukan jika 'ketenteraman awam atau moraliti' negara terjejas. Begitu juga sajian program-program memperbodoh dan melalaikan masyarakat perlu melalui tapisan. Adegan-adegan ganas, unsur-unsur seksual, pemujaan terhadap kehidupan rambang, dan mendewa-dewakan cara hidup seksual yang bersifat kasar kesemuanya tidak akan menggenapkan jati diri warga. Tuan punya stesen-stesen radio dan televisyen perlu faham- tentang kepentingan pembudayaan bangsa Malaysia dan usaha-usaha jati diri. Begitu juga keghairahan terhadap mencacamarbakan bahasa sendiri, ia wajar diimbangi kesedaran bahasa jiwa bangsa. Syukurlah, Jawatankuasa Kabinet mengenai program-program media elektronik telah mengambil perhatian berat tentang langkah-langkah yang sedang diambil, khususnya oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Kementerian Penerangan serta kementerian yang bertanggungjawab mengenai komunikasi. Amat baik kiranya pihak berkuasa stesen-stesen televisyen dan radio swasta melakukan muhasabah diri sebelum terlewat. Yang hilang mesti dicari dan didapatkan. Yang hanyut mesti dipintas.

Adat Perkahwinan
Hit : 6762 Adat Perkahwinan

Perkahwinan Tradisional Masyarakat Melayu Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara menghantar tanda; hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari persandingan; jemput menantu.

Perkahwinan Masyarakat Cina Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari

Perkahwinan Masyarakat India Di Malaysia majlis perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pendanda. Pedanda memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhan supaya perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Dulang berisi atchatai dibawa kepada hadirin. Atchatai ialah beras yang dicampur kunyit serta bunga yang ditaburkan diatasnya. Beras ini digunakan untuk merestui pengantin sewaktu upacara mengikat thali berlangsung. Pedanda akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki. Sebaik sahaja diarahkan oleh pedanda, pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher pengantin perempuan. Thaali hendaklah menyentuh dada dan benang suci akan disimpul sebanyak tiga kali. Sewaktu upacara ini berlangsung atchatai akan ditaburkan ke atas pengantin sebagai tanda restu. Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali. Selepas itu pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan dan mengelilingi api sebanyak tiga kali.

Masyarakat Cina Peranakan Orang-orang Cina peranakan adalah orang Malaysia yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat iaitu negeri Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Ahli wanitanya dipanggil nyonya dan ahli lelaki dipanggil Baba. Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh di dapati di dalam perkahwinan

mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin itu. Adat lain termasuk mas kahwin diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesucian gadis itu. Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga rampai dan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan pancaragam serunai Cina. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja.

Masyarakat Orang Asli Perkahwinan orang asli (Puak Mahmeri) mempunyai banyak persamaan dengan perkahwinan masyarakat Melayu seperti adat merisik, menghantar tanda dan meminang. Sehari sebelum hari perkahwinan beberapa istiadat akan diadakan seperti istiadat menepung tawar/menghalau hantu syaitan; istiadat mengasah gigi/ mengandam; membuang sial; menggantung kelambu dan berinai. Semasa majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat istiadat diadakan sempena majlis tersebut iaitu menjulang pengantin; pertarungan pencak silat; mengelilingi busut; membasuh kaki; nasi dalam/ sirih perancang dan mandi bunga gomba.

Masyarakat Iban, Sarawak Istiadat perkahwinan orang Iban adalah sungguh meriah. Pengantin perempuan akan dipakaikan dengan pakaian yang indah dan berbagai bentuk perhiasan. Dia akan diarak ke rumah pengantin lelaki dengan iringan pukulan alat-alat muzik yang kuat. Mereka percaya bahawa bunyian alat muzik yang kuat akan menghalang alamat-alamat yang tidak baik. Pada malam pengantin, mereka akan masuk tidur awal bagi mengelakkan dari mendengar alamat-alamat yang tidak baik. Di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan harus bangun pagi untuk menumbuk padi kerana ibu mertuanya akan memastikan tiada beras untuk dimasak. Selepas tiga hari mereka akan tinggal dirumah pengantin perempuan pula selama tiga hari juga. Pengantin lelaki akan ditugaskan untuk mencari kayu api.

Masyarakat Murut, Sabah Perkahwinan orang Murut adalah seawal umur 15 hingga 18 tahun bagi si teruna dan 13 tahun bagi si gadis. Mas kahwin yang biasa dipohon oleh ibu bapa si gadis orang Murut adalah 2 ekor kerbau; 1 tajau sejenis "tilauan" 1 tajau jenis "minukul" 1 tajau jenis "belaying" 1 tajau jenis "manila" 1 buah gong dan 1 sumpitan. Istiadat perkahwinan akan dijalankan selama lima hari berturut-turut, tiga hari di rumah pihak perempuan dan dua hari di rumah pihak lelaki. Dalam masa tiga hari tetamu akan bersukaria sambil makan dan meminum air tuak. Pertandingan meminum tuak secara persahabatan juga diadakan.

Masyarakat Portugis (Serani) Pada zaman dahulu perkahwinan orang portugis diadakan pada hari Selasa. Di hari tersebut pengantin perempuan akan memakai kebaya laboh (cabaia) dan kain sarung sutera berwarna putih (saia) beserta kasut yang bermanik. Rambutnya didandan dengan cucuk sanggul dan permata tiruan. Sebelum ke gereja dia mencium tangan ibu dan ayahnya serta seluruh keluarga. Upacara ini dinamakan"large Noiba" Pengantin lelaki pula memakai suit hitam, baju dan bow berwarna putih berserta topi tinggi yang diikat pita hitam. Pengantin lelaki harus tiba terlebih dahulu di gereja dan menunggu pengantin perempuan. Upacara perkahwinan ini dilangsungkan di gereja. Selepas upacara perkahwinan, kedua-dua mempelai ini akan melawat orang-orang yang telah menolong menjayakan perkahwinan mereka untuk mengucapkan terima kasih. Adat ini dinamakan noiba missa I "gereja".

Perayaan
Perayaan Perayaan Tadau Kaamatan Merupakan perayaan masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada bulan Mei setiap tahun iaitu sehabis selesai menuai padi. Untuk menyambut Tadau Kaamatan mereka menyediakan kuih-muih dan air tapai. Perayaan ini kebiasaannya diadakan selama dua malam berturut-turut. Malam pertama diadakan upacara magavau atau pemujaan semangat padi yang diketuai oleh bobohigan dan beberapa orang pembantunya. Pada malam kedua, upacara habot iaitu beras yang diperam diberikan kepada bobohigan sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran. Tetamu akan dihiburkan dengan tarian Sumazau dan Megalang sambil meminum air tap

Hari Raya Aidil Fitri Merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung.

Tahun Baru Cina Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.

Perayaan Deepavali Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama aippasi pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud sebarisan pelita. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

Perayaan Gawai Dayak Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai

Perayaan Krismas Perayaan ini dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna warni.

Songkran (Masyarakat Siam) Songkran merupakan perayaan tahun baru tradisional Siam. Masyarakat Siam di Kelantan turut menyambut perayaan tahun baru ini. Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta Songkran. Songkran disambut berdasarkan kepada Kalendar lunar Siam iaitu pada bulan kelima semasa bulan purnama dan jatuh pada hari kelima belas. Sekiranya mengikut kalendar masihi, pesta Songkran ini disambut pada pertengahan bulan April.

Permainan Tradisional
Hit : 8382 Permainan Tradisional Koba Permainan ini amat mudah dilakukan dan ia menggunakan dua jenis alat sahaja iaitu sekeping serpihan batu leper dan kotak rokok. Dalam hubungan ini lazimnya kanak-kanak pada masa dahulu suka mencari dan mengumpulkan kotak rokok untuk digunakan dalam permainan ini. Tempat bermain tidak memerlukan kawasan yang luas. Setiap permainan memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang. Bilangan pemain yang paling sesuai ialah 3 atau 4 orang.

Layang-Layang Permainan layang-layang atau wau mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli terutama pada bentuk layang-layang atau wau itu sendiri. Di Malaysia lazimnya permainan layang-layang dilakukan selepas musim menuai padi atau pada masa nelayan tidak dapat pergi ke laut menangkap ikan. Antara jenis layang-layang ialah Layang-layang Baruk, Layang-layang Puyuh, Layang-layang Burung dan yang terkenal ialah Wau Bulan. Terdapat pantun yang dihubungkan dengan layang-layang iaitu :

Sabung Ayam Permainan 'menyabung ayam' disebut juga sebagai 'berlaga ayam'. Berdasarkan pelbagai peristiwa dan cerita yang tertulis di dalam buku-buku hikayat termasuk juga cerita-cerita mulut, kononnya 'menyabung ayam' merupakan permainan utama bagi golongan di raja di rantau ini di zaman lampau. Kononnya pertaruhan antara raja-raja di zaman dahulu dalam permainan 'menyabung ayam' ini hingga ke tahap mempertahankan negeri masing-masing.

Biji Saga Permainan ini juga dikenali dengan nama 'main buah saga'. Nama yang lebih tepat ialah biji saga kerana bahan yang dijadikan alat permainan ini adalah biji saga. Permainan ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Bagaimanapun ada juga kana-kanak lelaki yang bermain permainan ini. Tempat bermain yang paling sesuai ialah di atas simen. Lazimnya apabila permainan ini diadakan, rakan-rakan sebaya akan duduk berhampiran untuk menyaksikan kecekapan dan kebolehan sesesorang pemain melagakan biji saga yang diselerakkan di atas lantai.

Berlaga Kerbau dan Lembu Kegemaran berlaga lembu atau kerbau terdapat di kalangan masyarakat petani khususnya yang berusaha menyerjakan sawah padi. Di antara tempat yang kerap diadakan permainan tersebut adalah Perlis, Kedah dan Kelantan. Menurut keterangan orang tua-tua salah satu tujuan mengadakan permainan ini adalah untuk menggalakkan orang memelihara lembu atau kerbau dengan baik. Permainan ini juga adalah untuk hiburan. Bagaimanapun dalam perkembangannya, permainan berlaga lembu dan kerbau telah menimbulkan gelaja kurang sihat dalam masyarakat setempat. Temasya tersebut telah menjadi tempat orang mewujudkan satu jenis perjudian.

Congkak Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran menapak akhir. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Papan congkak dan cakak. Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang mengandungi sekampong 5, 7, 8 atau 9. Rumah Anak serta 1 Rumah Ibu. Tiap Rumah Anak diisi cakak.

Batu Seremban Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk memungut mata timbangan terbanyak. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau satu (1) orang sebelah / sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Lima (5) uncang (3 cm persegi satu butir). Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

Ceper Permainan ini hampir sama bentuknya dengan 'main koba' tetapi bahan yang digunakan adalah berbeza. Bahan-bahan yang dijadikan alat permainan ini ialah tutup botol minuman yang diperbuat daripada timah dan ia dileperkan. Satu lagi alat yang digunakan ialah kepingan serpihan batu seperti yang digunakan dalam permainan koba.

Dam Aji Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengalahkan pihak lawan. Bilangan pemain ialah dua orang seperlawanan dan satu (1) orang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Tir dan Papan Dam. Gelanggangnya adalah Permukaan

rata.

Dam Harimau Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran menapak akhir. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Papan congkak dan cakak. Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang mengandungi sekampong 5, 7, 8 atau 9; Rumah Anak serta 1 Rumah Ibu. Tiap Rumah Anak diisi cakak.

Galah Panjang Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan dan matlamat permainan adalah untuk mengalahkan pihak lawan melalui jumlah Bilon yang diperolehi. Pemain terdiri daripada regu iaitu tiap-tiap regu mestilah mengandungi lima (5) orang pemain ( empat (4) orang pemain dan satu (1) simpanan ). Perlawanan di dalam permainan ini adalah berkonsepkan Pertahan oleh satu regu dan Penyerang oleh satu regu yang lain. Gelanggang Galah panjang di bina di eprmukaan yang rata dan mendatar.

Gasing Permainan gasing merupakan permainan untuk orang lelaki muda dan dewasa. Bagaimanapun ada juga jenis gasing keciltetapi bentuknya sama dimainkan oleh golongan kanak-kanak. Gasing kanakkanak ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu 'gasing Melayu' dan 'gasing Cina'. Pada masa dahulu permainan gasing merupakan sejenis permainan yang mendapat perhatian umum dan ramai peminatnya. Di samping bermain sebagai riadah dan memenuhi masa lapang, permainan ini dimeriahkan melalui perlawanan antara pasukan di peringkat kampung, daerah dan negeri.

Getah Permainan ini dinamakan 'main getah' kerana bahan yang digunakan ialah getah halus berbentuk gelang yang digunakan sebagai pengikat bungkusan atau barang-barang kecil. Ia sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan dan biasanya mereka bermain di dalam rumah. Tempat bermain adalah di atas simen atau lantai papan yang tidak berlubang. Permainan ini merupakan permainan masa lapang terutama di musim hujan kerana pada masa itu kanak-kanak terpaksa berada di dalam rumah. Untuk meluangkan masa lapangnya mereka melakukan permainan ini.

Guli Permainan guli amat digemari oleh kanak-kanak di merata-rata tempat di Malaysia. Ia tidak memerlukan ruang atau padang yang luas. Di kampung-kampung, biasanya kanak-kanak bermain guli di halaman rumah. Permainan ini tidak mempunyai musim tertentu. Alat permainan ini hanya merupakan benda bulat yang diperbuat daripada batu dan kapur. Lazimnya 2 jenis guli akan digunakan iaitu guli batu dan guli kapur.

Gusti Tangan Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk merebahkan tangan lawan. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Meja. Gelanggangnya adalah Satu ( 1 ) permukaan meja dengan lebarnya antara 0.6 0.8 meter; Dilukis dua ( 2 ) lengkang dengan garis pusat 0.1 meter untuk letak siku; Jarak antara dua (2) lengkang (diukur pada pusat) ialah antara 30 cm 40 cm

Ketingting Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk mengimbang badan ke padan/ paduk. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau tiga (3) orang seregu sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Gundu/ Tagan. Gelanggangnya adalah permukaan yang rata; dibina Rumah Ketinting yang mengandungi 9 petak segi empat sama berukuran 40 cm setiap petak iaitu Satu petak loteng, Dua petak serambi, Satu petak tengah, Satu petak-kelek, Dua petak-lambur, Dua petak-tangga. Jarak paduk dengan tangga 5 meter.

Ketuk Keli Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk mengukur sukat terbanyak. Bilangan pemain ialah 3 orang seregu sebelah/ sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Ketuk sepanjang 40 sm, bergarispusat 2 sm, Keli sepanjang 15 sm bergaris pusat 2 sm. Gelanggangnya adalah Kawasan lapang mengandungi Rumah di sudut berukuran 3 sm lebar X 16 sm panjang, Dua (2) watas bersudut tepat (90) dibina dari pangkal sudut rumah. Watas lengkok papan berjarak 2.5 meter diukur dari sudut.

Sepak Bulu Ayam Di beberapa daerah di negeri Johor permainan ini dikenali dengan nama ' sepak yem'. Ia sangat digemari oleh kanak-kanak lelaki di peringkat sekolah rendah. Alat yang digunakan dalam

permainan ini ialah serangkai empat helai bulu ayam yang diperbuat. Rangkaian bulu ayam itu dicacak serta diikat di atas sekeping kertas tebal atau sekeping getah yang berukuran dua inci garis pusat. Permainan ini ialah menyepak bulu ayam itu ke atas, seberapa kali yang dapat tanpa jatuh ke tanah.

Sepak Raga Ratus Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk menimbang bola. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau lima (5) orang seregu sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Bola raga. Gelanggangnya adalah permukaan rata, dibina lengkang bulatan bergaris pusat tiga (3) meter.

Sorok-Sorok Permainan ini merupakan permainan masa lapang. Di sesetengah tempat ia dipanggil dengan nama 'main ibu' atau 'main induk'. Permainan sorok-sorok dilakukan oleh sekurang-kurangnya dua orang dan selebih-lebihnya sepuluh orang. Ia lebih sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki. Namuin demikian, ada juga kumpulan kanak-kanak perempuan yang bermain sorok-sorok sesama mereka. Tujuan permainan ini adalalah untuk mencari pemain-pemain yang menyorokkan diri di sesuatu tempat.

Tating Lawi Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk menating bola lawi. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau satu (1) orang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Bola lawi. Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

You might also like