You are on page 1of 11

Pengajian Perniagaan- kertas 2 Bab 5: Etika dan Tanggungjawab Sosial

Bab 5: Etika dan Tanggungjawab Sosial


5. ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL. 5.1 Definisi i) Etika - Etika Perniagaan - Etika Kerja ii) Tanggungjawab Sosial 5.2 Perniagaan dan Masyarakat i) Pihak Berkepentingan ii) Tanggungjawab Sosial lawan untung iii) Perbandingan pendekatan antara barat dengan timur tentang Etika Dan Tanggungjawab Sosial. - Hubungan manusia dengan manusia - Hubungan manusia dengan Tuhan - Hubungan manusia dengan alam 5.3 Tanggungjawab Sosial i) Definisi ii) Warga korporat Konsep - Peranan 5.4 Kepenggunaan. i) Definisi ii) Hak-hak pengguna iii) Peranan badan / Agensi berkaitan -Peranan persatuan Pengguna -Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna iv) Batter Business Bureau 5.5 Jenayah Kolar Putih i) Definisi ii) Jenis-jenis iii) Hukuman

Disediakan oleh: Sutan Nair

Pengajian Perniagaan- kertas 2 Bab 5: Etika dan Tanggungjawab Sosial

ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL 5.1 DEFINASI

B. TANGGUNGJAWAB SOSIAL Satu kewajipan Pengusaha perniagaan Terhadap masyarakat sekeliling perniagaan tersebut Termasuklah pekerja,pelanggan,masyarakat dan persekitaran

Disediakan oleh: Sutan Nair

Pengajian Perniagaan- kertas 2 Bab 5: Etika dan Tanggungjawab Sosial

A. Pihak Berkepentingan 1. Syarikat atau Entiti Perniagaannya Sekumpulan manusia mengumpulkan sumber-sumber Menyediakan produk atau perkhidmatan Peniaga bertanggungjawab memastikan agar perniagaannya dijalankan menurut peruntukan undang-undang 2. Pembekal Barang Dan Perkhidmatan. Peniaga memastikan perjanjian jual beli dan pembekalan dipersetujui dengan jelas tanpa wujud keraguan Diterima sepenuhnya oleh kedua pihak. 3. Pelanggan,Pengguna Atau Pembeli Barang Dan Perkhidmatan. Peniaga perlulah memikirkan kesejahteraan pelanggan Semasa mengeluar atau menjual barang dan perkhidmatan kepada pengguna menyesuaikan barang dan perkhidmatan Dengan perubahan masa dan keperluan pengguna. 4.Kerajaan Yang Mengawal Melalui Peraturan Dan Undang-undang Peniaga harus menyumbang idea dan pendapat Proses menggubal undang-undang dan peraturan Memberi sumbangan yang positif Terhadap penggunaan sunber manusia dan bahan mentah negara dengan sebaik-baiknya. 5. Jabatan Hasil Dalam Negeri Dan Jabatan Kastam Yang Mengutip Cukai Peniaga mestilah memastikan agar mereka mematuhi Peruntukan undang-undang Berkaitan dengan cukai 6. Golongan Pekerja Yang menawarkan Perkhidmatan. Memelihara kepentingan setiap pekerjanya Menentukan dasar upah yang munasabah Meningkatkan keupayaan tenaga kerja Hubungan kakitangan yang mesra

Disediakan oleh: Sutan Nair

Pengajian Perniagaan- kertas 2 Bab 5: Etika dan Tanggungjawab Sosial

7. Masyarakat umum Peniaga perlu ambil kira kepentingan masyarakat Mengguna sumber-sumbver untuk memberi faedah optima Memberi perhatian terhadap kesan ke Atas alam sekitar Dan sosial Memberi sumbangan terhadap penyelidikan ,pembangunan dan teknologi 8. Pemegang Saham Syarikat Peniaga perlu menentukan,merancang Cuba mencapai matlamat kadar pulangan yang mencukupi Perlulah menggunakan sumber kewangan Untuk membekalkan barang-barang dan perkhidmatan dengan penuh tanggungjawab dan cekap Perbandingan Pendekatan Antara Barat Dan timur tentang Etika Dan Tanggungjawab sosial perniagaan B. TANGUNGJAWAB SOSIAL LAWAN UNTUNG. a) Alasan Yang Menyokong Tangungjawab Sosial 1. Memperbaiki komuniti dimana ia beroperasi demi kepentingan organisasi dalam jangka panjang. 2. Memperbaiki imej awam organisasi. 3. Meningkatkan sisitem daya maju perniagaan. 4. Munasabah untuk mengelakkan peraturan-peraturan kerajaan. 5. Norma-norma sosial budaya mengkehendakinya. 6. Undang-undang tidak boleh diluluskan untuk mengendalikan semua jenis keadaan. 7. Dibuat demi kepentingan pemegang saham akan meningkat dalam jangkamasa panjang. b) Alasan menentang tangungjawab sosial. Mencabuli hak keuntungan maksimum. Kos tangungjawab sosial tinggi dan akan menaikkan harga barang. Perniagaan kekuramngan kemahiran sosial untuk selesaikan masalah sosial. Melemahkan matlamat utama perniagaan. Penglibatan dalam bidang sosial akan menjadikan perniagaan itu terlalu kuat dan berkuasa. Perniagaan kurang akauntabiliti terhadap masyarakat awam. Penglibatan perniagaan dalam bidang sosial tidak mendapat sokongan yang luas daripada masyarakat.

Disediakan oleh: Sutan Nair

Pengajian Perniagaan- kertas 2 Bab 5: Etika dan Tanggungjawab Sosial

C. PERBANDINGAN PENDEKATAN BARAT DAN TIMUR TENTANG ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL 1. Pendekatan Timur Manusia dengan manusia Islam- manusia dijadikan Allah sbg makhluk yg terbaik. Manusia saling membantu Confucius dlm organisasi jika individu memainkan peranan prestasi lebih baik sumbangan peringkat mikro memberi kesan peringkat makro Manusia dengan Tuhan Islam- manusia mempunyai hubungan dengan Penciptanya kesetiaan hamba kepada Allah Beriman kepada Allah Beramal dengan ajarannya Manusia dengan Alam Islam - bertanggung jawab atas pemuliharaan alam dan tidak boleh mencemarkan alam sekitar. Mentadbir sumber dengan betul 2.Pendekatan Barat Manusia dengan manusia Aristotle - kehidupan bermoral bergantung kepada tendisi manusia sendiri. Kebaikan mengikut kemampuan diri sendiri. Plato - orang yang melakukan kejahatan kerana jahil Manusia dengan Tuhan Aristotle- iktiraf hubungan antara manusia dengan tuhan Kristian - Cintai tuhan dengan sepenuh jiwa dan jiran seperti mencintai diri sendiri Manusia dengan Alam Ultilitarian - menilai mana yang lebih kebaikan atau keburukan. Deantologikal - menilai setiap aktiviti adalah melanggar hak-hak individu

Disediakan oleh: Sutan Nair

Pengajian Perniagaan- kertas 2 Bab 5: Etika dan Tanggungjawab Sosial

A. DEFINASI Satu kewajipan pengusaha perniagaan terhadap masyarakat sekeliling perniagaan tersebut termasuklah pekerja,pelanggan,masyarakat dan persekitaran. B. WARGA KORPORAT Mereka yang bertugas dalam firma perniagaan @ sektor swasta yang tujuan utamanya bermotifkan keuntungan dan mereka membantu di dalam mencapai objektif firma korporat ini. C.PERANAN WARGA KORPORAT 1. Memberi biasiswa 2. Membuat penajaan 3. Pemuliharaan alam sekitar 4. Membina pelbagai kemudahan seperti stesen bas,rekreasi dll

Disediakan oleh: Sutan Nair

Pengajian Perniagaan- kertas 2 Bab 5: Etika dan Tanggungjawab Sosial

A.DEFINASI Satu pergerakan yang tersusun secara kolektif (barangan dan perkhidmatan) serta mereka yang akhirnya terdiri daripada pembeli dan pengguna Berusaha memelihara kepentingan para pengguna. B. HAK-HAK PENGGUNA 4. Hak untuk memilih Hak utk diberi peluang memilih pelbagai barangan dan perkhidmatan pada harga yang berpatutan dab muutu yang memuaskan. 3. Hak untuk mendapatkan maklumat. Hak untuk diberi maklumat yang lengkap dan jelas Hak untuk mendapatkan fakta yang diperlukan untuk membuat kepuutusan atau pilihan Pengguna perlu dibekalkan dengan maklumat yang mencukupi agar dapat bertindak dengan bijaksana dan bertangunggung jawab. Pengguna perlu dilindungi dari bahan publisiti yang tidak tepat dan mengelirukan sama ada dalam pengiklanan,perlabelan,pembungkusan dll 5. Hak didengar dan menyuarakan pendapat Hak memelihara kepentingan pengguna melalui hak menyuarakan pendapat mengenai perkara-perkara yang melibatkan kepentingan pengguna 7. Hak kepada pendidikan pengguna Hak untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pengguna bermaklumat bermaklumat supaya boleh bertindak sebagai pengguna yang bijaksana

2. Hak mendapat keselamatan Hak untuk dilindungi daripada produk,proses,proses pengeluaran dan perkhidmatan yang membahayakan atau mengancam kesihatan atau kehidupan 1. Hak kepada Keperluan Asas Hak untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan asas yang perlu untuk terus hidup Contoh- makanan ,pakaian,tempat tinggal,perkhidmatan kesihatan dll

6. Hak mendapat gantirugi Hak kepada penyelesaian atas tuntutan yang adil Hak mendapat pampasan bagi barangan yang tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan. 8.Hak mendapat persekitaran yang sihat Hak mendapat persekitaran fizikal atau alam sekitar yang bersih dan segar. Hak mendapat persekitaran yang dapat menjamin kesihatan dan kesajahteraan hidup yang selesa.

Disediakan oleh: Sutan Nair

Pengajian Perniagaan- kertas 2 Bab 5: Etika dan Tanggungjawab Sosial

C.PERANAN BADAN DAN AGENSI BERKAITAN 1. Peranan persatuan pengguna i.memberi nasihat,bimbingan kepada pengguna ii. Berjuang untuk pengguna menuntut hak-hak pengguna/ganti rugi/perlindungan dll iii. Menyebarkan maklumat kepada pengguna/kempen/seminar dll iv. Membuat kajian untuk kepentingan pengguna v. mengambil tindakan undang-undang bagi pihak pengguna atau menyediakan nasihat guaman vi. Menerima aduan dan menyiasat aduan. 2.Peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna i. Mengawal dan menyelia perdagangan domestik melalui perletakan harga,kawalan harga,perlesenan ii. Memberi perlindungan mengenai hak-hak kepenggunaan. iii. Mencegah amalan perniagaan yang tidak sihat iv.Melaksanakan penggunaan sistem yang lebih baik seperti sistem metrik dalam pengukuran dan timbang. v. Penguatkuasaan undang-undang melalui penyiasatan dan serbuan. vi. Memastikan keperluan pengguna sentiasa cukup seperti semasa perayaan dll D.BETTER BUSINESS BUREAU 1. Definasi Persatuan yang ditubuhkan oleh peniaga-peniaga () dengan tujuan untuk membantu pengguna () mengelakkan atau mengambil tindakan terhadap amalan perniagaan tidak beretika (). 2. Tugas/Peranan i. Penyiasatan tempat perniagaan Mengendalikan penyiasatan dan menyedarkan pengguna dan peniaga kepada aktiviti tidak beretika yang boleh mendatangkan kesan buruk sama ada kepada pengguna atau peniaga itu sendiri. ii-Pendidikan untuk pengguna Penguna menghubungi Better Business Bureau untuk mendapatkan maklumat atau menanyakan laporan kebolehpercayaan sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan. iii- Laporan dan penilaian amal Better Business Bureau mempunyai maklumat berkenaan dengan organisasi amal dan boleh memberi maklumat berkenaan dengan peratusan derma atau sumbangan yang telah mereka berikan untuk mana-mana organisasi amal. iv-Menangani aduan Better Business Bureau juga bekerja dengan pengguna dan peniaga untuk menyelesaikan aduan tanpa dikenakan sebarang bayaran ke atas pengguna.

Disediakan oleh: Sutan Nair

Pengajian Perniagaan- kertas 2 Bab 5: Etika dan Tanggungjawab Sosial

A. DEFINASI Apa-apa perbuatan salah yang dilakukan oleh golongan pertengahan atau atasan yang bersangkutan dengan bidang tugas mereka.

i. Rasuah Penyalahgunaan kuasa yang dimiliki melalui jawatan dan amanah yang dipegang. Ia merangkumi perbuatan meminta atau menerima rasuah,menawarkan atau memberi rasuah,membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan jawatan

ii. Pecah Amanah Pihak yang diamanahkan dengan harta telah dengan curangnya menyalahkan harta untuk kegunaan sendiri seperyti menggunakan harta pejabat untuk kegunaan sendiri, penyalahgunaan duit syarikat,merancang firma milikan sendiri untuk mendapat projek ,insider trader (dagangan dalaman)

B. JENISJENIS

iii. Penyelewengan Mengelakkan harta,memberi harta kepada yang bukan haknya,menipu atau sebarang perbuatan diketahui boleh mendatangkan kerugian kepada pihak yang bertanggungjawab.

Disediakan oleh: Sutan Nair

Pengajian Perniagaan- kertas 2 Bab 5: Etika dan Tanggungjawab Sosial

C. HUKUMAN JENAYAH KOLAR PUTIH DIBAWAH AKTA SYARIKAT 1965 Menurut Salleh Buang (1998),antara hukuman jenayah kolar putih yang terkandung dibawah Akta Syarikat adalah : a. Menjadi pengarah syarikat tanpa izin mahkamah setelah hilang kelayakan : penjara 3 tahun atau denda RM10.,000 atau kedua-duanya sekali (seksyen 130 ) b. Gagal menzahirkan kepentingan dalam kontrak,harta,jawatan dll : penjara 3 tahun atau denda RM10,000 (Seksyen 131) c. Gagal berlaku jujur,gagal menunjukkan ketekunan bekerja,menggunakan maklumat untuk mendapat keuntungan atau kelebihan bagi dirinya sendiiri atau menyebabkan kerugian kepada syarikat : penjara 5 tahun,denda RM30,00 selain menyerahkan keuntungan atau membayar gantirugi kepada syarikat (seksyen 132). d. Dagangan dalaman: Penjara 5 tahun, denda RM30,000 selain membayar ganti rugi kepada pihak yang telah menanggung kerugian (Seksyen 132) e. Menggunakan maklumat mengenai saham syarikat untuk keuntungan diri : penjara 5 tahun atau denda RM30.,000 atau kedua-duanya sekali (seksyen 132B ) f. Memperolehi atau melupuskan sebahagian besar perniagaan atau harta syarikat tanpa mendapat kelulusan syarikat dalam mesyuarat agung : penjara 5 tahun,denda RM 30,000 atau kedua duanya sekali (Seksyen 132C). g. Syarikat membuat transaksi harta dengan pengarah,tanpa mendapat persetujuan ahli-ahli syarikat dalam mesyuarat agung :penjara 5 tahun, denda RM30,000 atau kedua-duanyanya selain terpaksa menyerahkan keuntungan kepada syarikat dan menanggung rugi pihak yang mengalami kerugian ( Seksyen 132 E ). h. Syarikat memberi pinjaman,jaminan atau sekuriti kepada pengarah (Seksyen 133) tidak termasuk beberapa pengecualian tertentu :denda RM10,000 selain dari menanggung rugi segala kerugian syarikat. i. Syarikat memberi pinjaman kepada orang yang ada kaitan dengan pengarah tidak termasuk beberapa pengecualian tertentu: denda RM10,000 (Seksyen 133A) j. Gagal menzahirkan kepada syarikat maklumat mengenai pemegangan saham, debentur,kepentingan,hak, opsyen,kontrak yang diperlukan :penjara 3 tahun atau denda RM15,000 (Seksyen 135) K. Menerima saraan bebas cukai : penjara 3 tahun,denda RM 10,000 (Seksyen 136) l. Gagal menyimpan daftar pengarah,pengurus dan setiausaha syarikat, mengemukakan kenyataan kepada Pendaftar Syarikat : denda RM1,000 (Seksyen 141)

. m. Pelbagai kesalahan semasa syarikat hendak digulung : penjara 2 tahun, denda RM5,000 (Syeksyen 300)

Disediakan oleh: Sutan Nair

Pengajian Perniagaan- kertas 2 Bab 5: Etika dan Tanggungjawab Sosial

n. Memalsukan buku,rekod,akaun dan sebagainya : penjara 5 tahun, denda RM30,000 ( Seksyen 302) o. Gagal menyimpan akaun yang teratur:penjara 3 tahun,denda RM 10,000 (Seksyen 304) p. Menjalankan Perniagaan dengan niat menipu pemiutang:penjara 3 tahun , denda RM10,000 (syeksyen 304). q. Menawarkan saham syarikat kepada orang ramai tanpa kebenaran: 5 tahun penjara, denda RM30,000 atau kedua-duanya (Sreksyen 363).

Disediakan oleh: Sutan Nair

You might also like