P. 1
Folio Geografi Tingkatan 2

Folio Geografi Tingkatan 2

5.0

|Views: 5,223|Likes:
Published by Yong Kok Ken
Folio Geografi Tingkatan 2. Pencemaran Alam Sekitar di kawasan kajian
Folio Geografi Tingkatan 2. Pencemaran Alam Sekitar di kawasan kajian

More info:

Published by: Yong Kok Ken on Sep 02, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/11/2015

pdf

text

original

SMK TINGGI ST.

DAVID GEOGRAFI FOLIO PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN

Nama: Yong Kok Ken Kelas: 2A1 Guru: Pn. Wong Pek Nyok

Senarai Kandungan
TAJUK Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Dapatan kajian Rumusan Lampiran Rujukan MUKA SURAT 1 2 3 4 5 8 9 18 19 25

1

Penghargaan
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua SMK Tinggi St.David, En.Chay Yew Choon kerana telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian tempatan ini. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Geografi saya, Pn. Wong Pek Nyok. Beliau telah memberi banyak tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam membuat kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya, mereka telah memberikan banyak memberikan dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja khusus Geografi ini. Jasa mereka tidak dapat saya lupakan.

Tidak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi menolong saya bagi melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna terutamanya Peong Khay Tze, Gui Kenji, Lim Chao Yang, Bryan Tan, Sivaraj dan Lim Bing Yan.

2

Pendahuluan
Bahagian Kajian Geografi Tempatan bertujuan member peluang kepada pelajar menjalankan kerja amali untuk menghubungkaitkan tema-tema geografi yang telah dipelajari. Hal ini dilaksanakan melalaui tema Kajian Geografi Temapatan. Murid-murid diberi pilihan untuk memilih tajuk kajian masing-masing.

3

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:

1) Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di Kawasan Ayer Keroh

2) Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Kawasan Ayer Keroh

3) Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di Kawasan Ayer Keroh

4) Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Kawasan Ayer Keroh

5) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Kawasan Ayer Keroh

6) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

4

Kawasan kajian
Kawasan kajian saya adalah Ayer Keroh,Melaka.Kawasan Ayer Keroh merupakan dataran yang beralun dari segi bentuk muka bumi. Kawasan Ayer Keroh ini juga merupakan kawasan perindusrian. Hal ini demikian kerana terdapat banyak kilang-kilang.Antara kilang-kilang ini adalah kilang Mamee, kilang kertas(Ona Paper) dan lain-lain lagi.Kawasan Ayer Keroh ini terletak di daerah Melaka Tengah.

5

Kaedah kajian
Bagi mendapat maklumat yang lebih terperinci mengenai kajian yang saya jalankan, saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah:1. Pemerhatian :  Pemerhatian dibuat terhadap pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Saya telah mencatatkan apa yang diperhatikan. 2. Soal Selidik :  Saya juga telah membuat kertas soal selidik dan telah meberikan kertas soal selidik tersebut kepada 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk Taman Muzaffar Shah. Lihat boring soal selidik di Lampiran 1.

8

Dapatan kajian
8.1 KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil daripada aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan . Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam : 1.Pencemaran udara 2.Pencemaran air 3.Pencemaran laut 4.Pencemaran bunyi 5.Pencemaran tanah

9

8.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian Di kawasan kajian iaitu Ayer Keroh, saya telah mengenalpasti pencemaran yang berlaku di kawasan tersebut ialah pencemaran udara. Pencemaran udara ini adalah masalah utama di Ayer Keroh kerana terdapat banyak penyumbang pencemaran udara tersebut seperti aktiviti pembakaran terbuka, asap daripada kenderaan dan kilang-kilang di kawasan Ayer Keroh. Tambahan pula, pembinaan bangunan pun telah mencemarkan udara di kawasan ini. Pencemaran udara ini berlaku kerana terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia tumbuh – tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah dalam bentuk abuk, asap, kabus, wap, dan gas(Karbon monoksida, Nitrogen oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida, bau- bauan). Contohnya, gas-gas beracun, zarah – zarah yang terperangkap hasil daripada asap kenderaan, jerebu, dari kesan pembakaran secara tebuka dan lain – lain lagi.

10

8.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian Antara punca – punca pencemaran yang berlaku di kawasan kajian saya ialah : 1) Pembinaan Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat pembinaan rumah-ruamah baru oleh syarikat pemaju dan sekolah. Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian rumah, sisa-sisa pepejal di buang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran. Projek perumahan terbengkalai turut mempengaruhi. Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut. 2) Pembakaran terbuka Ramai penduduk yang suka membakar sampah di merata-rata tempat dan secara terbuka tanpa memikirkan perasaan orang lain dan akibatnya. Mereka suka membakar semak samun yang berhampiran dengan tujuan supaya nyamuk berkurangan. Mereka juga suka membakar daun – daun kering yang telah dikumpulkan tanpa memikirkan cara lain untuk melupuskan daun – daun tersebut. 3) Kenderaan Kenderaan turut menjadi punca di kawasan kajian saya kerana jalan masuk ke Ayer Keroh merupakan Leboh Ayer Keroh yang menunjukkan bahawa kenderaan merupakan factor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas. 4) Kilang 11

Terdapat juga beberapa buah kilang yang terletak berhampiran dengan Taman Muzaffar Shah. Kilang – kilang ini mengeluarkan gas – gas yang beracun dan menyebabkan pencemaran udara.

12

8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian 1) Jerebu Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan. Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada. 2) Suhu Meningkat Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesnanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. 3) Penyakit 13

Individu yang selalu terdedah pada pencemaran akan mudah menerima penyakit seperti asma, batuk-batuk, selsema, sesak nafas dan sebagainya. Selain itu, individu yang duduk berhampiran dengan kawasan seperti tempat pembiakan nyamuk akan mudah terkena penyakit denggi. 4) Bau Busuk Bau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan - bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

14

8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian
i. Kempen Mencintai Alam Sekitar Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang. ii. Kitar Semula Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Selain itu, mereka boleh kitar semula barang seperti surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru. Dengan ini, kita boleh mengelak daripada menembang pokok untuk membuat kertas baru. iii. Penguatkuasa Undang-Undang

Terdapat banyak akta dan undang-undang telah digubal untuk mengawal kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.Antaranya termasuklah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta Kawalan Pencemaran Air 1979, Akta Pembangunan Mineral, 1994, Akta Perikanan 1985, Akta Perhutanan Negara 1984, dan Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Agensi kerajaan seperti jabatan Alam Sekitar, bertanggungjawab menguatkuasakan akta dan undang-undang ini. Jika pihak berkuasa yang berkaitan mendapati terdapat pihak yang melanggar akta dan undng-undang tersebut, maka hukuman seperti denda, penjara, atau menggantung lesen 15

operasi harus dikenakan terhadap pihak yang berkenaan.Selain itu, pihak berkuasa juga harus mewajibkan pihak yang terbabit menanggung kos pemuliharaan atau kos pembersihan sepenuhnya.Hukuman yang lebih berat ini mungkin akan dapat mencegah aktiviti yang memudaratkan alam sekitar dengan lebih berkesan. Pihak kerajaan melalui penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang juga mewajibkan pengusaha-pengusaha kilang memasang alat-alat pencegah dan rawatan pencemaran seperti alat penapisan asap, sistem pembetungan air kumbahan, dan loji pelupusan bahan toksik bersepadu. Jabatan Perhutanan juga mengetatkan kawalan dan pemantauan terhadap kegiatan pembalakan. Renjer-renjer hutan kerap melakukan rondaan dan tinjauan untuk memastikan aktiviti pembalakan berjalan mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan.Langkah mengehadkan pengeluaran lesen pembalakan dan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pihak yang melakukan pembalakan haram juga penting dalam mengawal pembalakan secara berleluasa. iv. Catalytic converter Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.

16

BAHAN GRAFIK
A. JADUAL

JENIS PENCEMARAN UDARA AIR TANAH BUNYI BAU

PERATUS 40% 15% 30% 3% 12%

Jadual: Jenis-jenis pencemaran di sekitar Kawasan Ayer Keroh Sumber: Penduduk Kawasan Ayer Keroh

1. CARTA PAI

Jenis-jenis pencemaran di sekitar Kawasan Ayer Keroh

Udara Air Tanah Bunyi Bau

Sumber: Penduduk Kawasan Ayer Keroh

17

Rumusan
Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah-langkah yang wajar untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Malah, adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara pada masa akan datang. Selain itu, kita mestilah sama-sama berfikir supaya negara kita dapat di bangunkan dengan maju tanpa mencemarkan bumi.

18

Lampiran 3
Borang soal selidik Bil. Nama 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Ali Robert Siti Tan Murkesh Ilman Fitri
✓ ✓ ✓

Air
✓ ✓ ✓

Udara
✓ ✓ ✓ ✓

Bau

Tanah

Bunyi

✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓

21

Lampiran 4
Gambar Contoh Pencemaran Udara

22

Contoh Pencemaran Tanah

Contoh Pencemaran Air

23

Contoh Pencemaran Bunyi

Contoh pencemaran bau

24

Rujukan
RUJUKAN

INTERNET:  http://bad-shamkajiantindakan.blogspot.com/2009/05/ulasan-buku-doing-actionresearch-guide.html  http://pondoksiti.blogspot.com/2011/02/kerja-kursus-geografi-2011-part-1.html  http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/03/contoh-borang-soal-selidikkkg2011.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed %3A  http://kudeed.tblog.com/post/1969953506

BUKU:  BUKU TEKS TINGKATAN 1  BUKU RUJUKAN GEOGRAFI (PMR A-ttack)

ORANG SUMBER:  PENDUDUK KAWASAN AYER KEROH  RAKAN-RAKAN 2A1

25

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->