You are on page 1of 3

Kesan Fenomena Kemarau Terhadap Persekitaran Fizikal dan Manusia

Kesan terhadap persekitaran fizikal.

Menyebabkan persekitaran fizikal menjadi panas. Disusuli dengan pembakaran hutan secara semulajadi akibat daripada persekitaran yang panas udara kering Sepertimana yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera pada tahun 1997 yang berlaku kebakaran hutan yang berleluasa akibat daripada kemarau El-Nino Akibat daripada kebakaran tersebut telah menyebabkan: a. Kemusnahan habitat flora dan fauna,kemusnahan rantaian makanan,kepelbagaian biologi dan spesies hidupan liar yang hidup dalam hutan tersebut. b. Menggalakkan pembentukan jerebu

Kemarau turut menjejaskan ekosistem akuarik seperti paya,tasik dan kolam. Kemarau yang berpanjangan turut menyebabkan fenomena penggurunan di kawasan tropika kering seperti pinggir gurun Menyebabkan kawasan gurun brtambah luas melebihi kawasan pinggirnya Sepertimana yang berlaku di Gurun Sahel Afrika yang mengalami fenomena penggurunan yang hebat Fenomena kemarau turut menyebabkan sumber bekalan air terjejas akibat daripada pengeringan tasik,kolam dan sungai.

Kesan tehadap persekitaran fizikal

Menjejaskan produktiviti pertanian terutama pertanian makanan seperti padi Disebabkan oleh bekalan air yang tidak mencukupi menyebabkan tanaman mati. Di negara yang mengalami kemarau yang berpanjangan seperti Somalia,Ethopia dan Chad,pengeluaran hasil pertanian amat sedikit untuk menampung keperluan makanan penduduk negara tersebut kerana disebabkan faktor kemarau Disebabkan oleh faktor tersebut,negara tersebut mengalami masalah kelaparan dan kebuluran yang tinggi

Bagi kawasan khatulistiwa,fenomena kemarau tidak menyebabkan masalah kebuluran dan kelaparan tetapi tetap menjejaskan pengeluaran pertanian Contoh sepertimana yang berlaku di Kelantan dan Kedah di mana para petani terpaksa menanggung kerugian yang banyak kerana hasil padi sawah mereka merosot akibat daripada El-Nino 1997. Krisis air turut berlaku pada penduduk terutama di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk seperti Bandar-bandar besar

Langkah-langkah yang Boleh Diambil bagi Mengatasi Masalah kekurangan Bekalan Air di Sesuatu kawasan
Memajukan sumber air Penggunaan air tanih amat mudah diperoleh dan murah Kawasan yang dikenalpasit hanya perlu digerudi dan dipam airnya untuk disalurkan ke loji pembersihan sebelum diagihkan kepada penduduk Kos pembinaan jauh lebih murah berbanding kos pembinaan empangan yang bernilai jutaan ringgit

Pembenihan awan

Contoh yang telah dilakukan di Selangor yang dijalankan oleh Puncak Niaga (M) Sdn.Bhd dengan kerjasama Jabatan Kaji Cuaca Malaysia Dengan menggunakan pesawat Dornier Skyvan larutan garam disemburkan ke atas awan Kumulusnimbus yang terletak pada ketinggian 800-6000 meter Larutan garam tersebut berfungsi sebagai Nukleus Kondensasi untuk menarik wap-wap air di dalam awan supaya berkumpul dan bercantum ke arahnya Setiap kali pembenihan awan dilakukan sebanyak 50kg garam kapur yang dilarutkan ke dalam 1000 liter air digunakan dan disembur ke atas awan dengan menggunakan pengesan kadar aliran(flow rate indicator)yang mampu menentukan kadar semburan sama ada kuat atau perlahan.

Membina laluan air Dibina bertujuan untuk memindahkan air antara lembangan Pernah digunakan kira-kira 30 tahun dahulu

Pada 1970,terowong air yang pertama telah dibina menghubungkan Empangan Pedu dan Empangan Muda di Kedah yang dikenali sebagai Terowong Saiong. Terowong ini dibina kerana kapasiti takungan air di Empangan Pedu lebih besar dari Empangan Muda

Memproses air

Memproses air daripada tasik,kolam tinggalan perlombongan bijih timah yang brselerak di Lembah Klang Dengan menggunakan teknologi dari Perancis iaitu alat Ultra-Source akan digunakan untuk mmproses air tersebut untuk disalirkan kepada penduduk melalui sistem perpaipan JBA yang sedia ada Alat ini berupaya memproses 440 000 liter air sehari

You might also like