You are on page 1of 17

SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN Terdapat dua bentuk ujian yang diberikan kepada pelajar iaitu ujian di dalam bentuk kertas objektif dan ujian dalam bentuk esei. Kedua-dua bentuk ujian tadi memerlukan semakan jawapan yang berbeza. Hal ini kerana, bentuk ujian di dalam kertas objektif perlu di jawab di dalam kertas OMR manakala ujian berbentuk esei perlu dijawab secara bertulis oleh pelajar. Bagi jawapan di dalam soalan objektif adalah mudah bagi guru memeriksa iaitu dengan cara menebuk kertas jawapan master dan seterusnya menanda pada skrip jawapan pelajar. Bagi yang menggunakan kertas jawapan OMR pula adalah lebih mudah dengan hanya memproses melalui mesin khusus memproses kertas jawapan OMR. Sebaliknya soalan esei atau karangan pula memerlukan guru memeriksa dengan teliti dan tidak boleh disemak oleh sesiapa sahaja berbanding dengan skrip jawapan objektif. Lazimnya pemeriksaan skrip jawapan esei memerlukan guru-guru yang pakar dalam sesuatu mata pelajaran berkenaan. Pemarkahan soalan berbentuk esei atau karangan adalah boleh dijadikan alat pengukuran yang berkesan jika dilengkapkan dengan peraturan memberi markah (PMM). Namun PMM perlulah diperiksa oleh pemeriksa yang cekap dan ada penyelarasan antara pemeriksa. Hal ini kerana, kecekapan dan keselarasan pemeriksa adalah perkara mesti, jika ujian itu ialah ujian pencapaian dan pemeriksanya lebih seorang. PMM juga adalah salah satu perkara mesti bagi soalan esei walaupun pemeriksanya hanya seorang. Selain itu, memeriksa kertas berbentuk esei terdapat berbagai faktor diluar dan di dalam diri si pemeriksa itu sentiasa sahaja mempengaruhi kebolehpercayaan pemarkahan. Memeriksa skrip jawapan bagi soalan esei atau karangan merupakan proses mengukur dan menilai di mana memerlukan kriteria tertentu. Kriteria yang digunakan dalam pemarkahan jawapan karangan atau esei berkait rapat dengan tujuan dan tugasan soalan. Kriteria tersebut terbahagi kepada tiga iaitu kriteria isi kandungan, kriteria pengolahan dan kriteria proses. Kriteria
1

SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

kandungan yang merujuk kepada penguasaan maklumat dan fakta yang berkaitan mengikut kehendak soalan. Bagi kriteria pengolahan adalah merujuk kepada kemahiran menghuraikan maklumat, fakta dan idea secara logik dan matang serta penggunaan bahasa yang tepat. Kriteria yang terakhir adalah kriteria proses iaitu merujuk kepada aspek ketepatan, kemunasabahan, kelengkapan, ketekalan, keaslian, dan kreativiti dalam teknik penulisan. Walaubagaimanapun, PMM perlu disediakan. Hal ini kerana ujian sumatif contohnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah disediakan PMM oleh pihak yang bertanggungjawab.

SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

SOALAN 1 : APAKAH MAKSUD ISTILAH ANALITIK DAN HOLISTIK? a) Pemarkahan Analitik Pemarkahan analitik merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara lebih terperinci yang mana markah diberi berdasarkan kriteria yang lebih terperinci. Ia mengandungi nilai isi kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih khusus. Kaedah pemarkahan analitik bermaksud kaedah memberi markah secara point iaitu ia memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan. Dalam kaedah ini, markah diperuntukkan kepada unsur-unsur penting yang merangkumi kriteria kandungan, pengolahan dan proses itu dikesan dan diberi markah secara berasingan. Ini bermakna bahawa jika unsur-unsur tiga kriteria tersebut banyak terdapat dalam jawapan pelajar, maka tinggilah markah yang akan

diberikan kepada pelajar. Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada unsur isi atau idea utama tetapi juga kepada organisasi dan kesepaduan unsur-unsur berkenanan. Pemarkahan analitik juga dikelaskan kepada enam peringkat markah iaitu dari 0 sehingga 6 tetapi ia adalah lebih terperinci dengan setiap peringkat dipecahkan pula kepada 5 bahagian setiap satu. Berikut merupakan contoh skema pemarkahan secara analtitik yang digunakan oleh guru semasa menanda kertas peperiksaan pelajar.

SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Markah

Sebutan

Kefahaman

Tatabahasa

Perbendaharaan Kelancaraan kata Luas dan Lancar dan menepati konteks gaya yang penggunaan. sesuai dan menarik.

Sebutan baku, Faham tidak ada dengan tepat pengaruh dialek dan cepat. atau bahasa Gerak balas ibunda tepat dan pantas.

Terdapat kesilapan sebutan yang tidak serius

Terdapat kesilapan sebutan yang ketara atau dipengaruhi dialek atau bahasa ibunda.

Terdapat banyak kesilapan sebutan yang ketara atau dipengaruhi dialek atau bahasa ibunda yang nyata

Sebutan yang minimum. Hanya boleh menyebut sahaja

Guna tatabahasa dengan tepat dalam ayatayat dan membawa makna yang jelas dan tepat Faham Ada kesilapan dengan baik tetapi tidak tetapi masih serius. Ayat tidak masih jelas dan memenuhi bermakna. kriteria. Daya Ada kesilapan kefahaman bahasa yang sederhana. jelas tetapi Boleh keseluruhannya memberikan masih jelas dari gerak balas segi makna tetapi agak lambat dan kurang tepat Daya Terdapat kefahaman kesilapan yang yang amat banyak dan lemah. menunjukkan Lambat penguasaan memberikan yang agak gerak balas minimum dan kurang tepat Lemah. Terdapat Lambat banyak sekali memberikan kesilapan gerak balas sehingga dan tidak petuturan amat tepat sukar difahami

Luas dan terdapat Lancar dan kesilapan tetapi masih ada kurang ketara. kelemahan yang kurang ketara. Perbendaharaan kata kurang meluas tapi masih boleh menggunakan dengan betul Sederhana. Terdapat gangguan tetapi tidak menonjol.

Perbendahraan kata terbatas, terdapat kesilapan dalam penggunaan tatabahasa dalam ayat

Tidak lancar. Ada gangguan dan penyampaian kurang menarik

Terbatas. Terdapat kesilapan penggunaan sana sini

Amat sukar bertutur, lambat dan di tergagapgagap

Langsung tidak Tidak faham Tidak dapat menyebut langsung menguasai dengan betul langsung

Hanya boleh Bertutur bertutur sepatah hanya dua kata beberapa patah kata

SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

b) Pemarkahan Holistik Pemarkahan holistik ialah skema yang disediakan secara umum sebagai panduan untuk memberi markah kepada jawapan pelajar. Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya diberi berdasarkan kepada impresi. Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan. Pelajar bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. Pemeriksaan secara holistik memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan. Pemarkahan holistik boleh dikelaskan kepada enam kriteria berdasarkan dari markah 0 sehingga 6. Di sini terdapat contoh bagaimana skema pemarkahan holistik ditentukan oleh guru : Markah 5 Kriteria Cemerlang menguasai semua objektif serta dapat berhujah dengan baik dan berkesan 4 Baik menguasai kebanyakan objektif dan dapat memberikan hujah dengan dan berkesan 3 Memuaskan hampir sebahagian objektif dan memberikan hujah dengan memuaskan 2 1 0 Lemah menguasai sebahagian kecil objektif dan hujah adalah lemah Kurang memuaskan belum menguasai sebarang objektif dan hujah adalah lemah Gagal gagal memberikan sebarang jawapan dan hujah amat lemah

SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Kaedah yang lazim digunakan untuk pemarkahan holistik ialah kaedah ordinal dan nominal. Kaedah Ordinal: Sekiranya pemarkahan secara holistik dibuat dengan menggunakan kaedah ordinal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut: Memeriksa setiap skrip jawapan pelajar secara keseluruhan. Menyusun skrip-skrip jawapan pelajar mengikut prestasinya, iaitu prestasi terbaik diletakkan di atas dan prestasi terburuk diletakkan di bawah. Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberi gred A, B, C, D dan E sebagainya. Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan berdasarkan peratusan pelajar yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred. Kaedah Nominal: Dalam pemarkahan yang menggunakan kaedah nominal, pemeriksa perlu mengikuti langkahlangkah yang berikut: Menentukan skema pemarkahan terlebih dahulu sama ada menggunakan markah atau gred. Misalnya, gred A = Cemerlang, B= Kepujian, C = Lulus, D = Gagal. Gred berdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses. Pemeriksa dikehendaki membaca skrip jawapan pelajar sekali lalu untuk memperoleh gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar, berdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses. Pemeriksa kemudian dikehendaki membaca skrip kali kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan sesuai diberikan kepada skrip tersebut berdasarkan skema pemarkahan yang disediakan. Pemeriksa dikehendaki membaca skrip kali ketiga untuk membuat pengubahsuaian, jika ada, pada gred-gred yang telah diberikan.
6

SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

SOALAN 2: BEZAKAN ANTARA PENILAIAN HOLISTIK DAN ANALITIK? Berikut adalah jadual yang menunjukkan perbezaan antara pemarkahan analitik dan pemarkahan holistik. Perkara Skema Pemarkahan Pemarkahan Analitik Pemarkahan Holistik

Kriteria pemeriksa

Unsur-unsur penting dalam jawapan Kegunaan

Sangat terperinci berdasarkan Sangat subjektif (Berdasarkan unsur-unsur yang terkandung di andaian bahawa pelajar dalam jawapan mempunyai pandangan menyeluruh ke atas keseluruhan soalan) Semua guru boleh menggunakan Hanya guru yang berpengalaman teknik ini termasuk yang kurang dan menguasai bidang pengalaman berkenaanmampu menggunakan teknik ini Kandungan, pengolahan dan Apa sahaja aspek baik yang proses terdapat di dalam jawapan Peperiksaan Awam (peperiksaan Soalan biasa) pengkonsepsian Skala Interval Skema pemarkahan dihuraikan secara terperinci (meningkatkan keobjektifan dan kebolehpercayaan) boleh disediakan secara bertulis Berstruktur iaitu setiap soalan diperuntukkan markah tertentu secara terperinci berbentuk

Skala Pemarkahan Penyelarasan pemarkahan

Skala Nominal dan skala Ordinal Mesyuarat penyelelarasan oleh ketua pemeriksa dan pemeriksa berkenaan diperlukan

Bentuk soalan

Sesuai untuk soalan karangan atau esei.

Bentuk jawapan

Perlu dijawab secara terperinci, Jawapan tidak semestinya seragam dan berstruktur seragam seperti skema yang disediakan dimana sesuatu esei memberikan pelbagai bentuk luahan pemahaman pelajar Secara pecahan eg. 7/10 A,B,C,D,E atau pangkat 1-5 (Cemerlang gagal) Bergantung kepada kemahiran pemeriksa tahap

Bentuk markah

Masa

Panjang

SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Contoh Skema Pemarkahan Analitik berbanding Holistik. Contoh Kaedah Pemarkahan Analitik Nyatakan tiga jenis pencemaran. Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk mengatasai masalah tersebut. Skema pemarkahan Kriteria kandungan a) Pencemaran air, udara dan bunyi. (1 markah x 3 fakta = 3 markah) Kriteria pengolahan b) Punca pencemaran air. Punca pencemaran bunyi. Punca pencemaran udara. (3 x 2 markah = 6markah) Kriteria proses c) Keaslian cadangan yang dikemukakan. (2 x 3 markah = 6 markah)

SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Gred / Markah Kriteria Taarif Tepat Gred A (75% -100%) Gred B (60% -74%) Gred C (40% -59%) Gred D (30% -39%) Gred E (0 -29%) Kurang difahami Tidak difahami langsung Kurang tepat Masih tepat Masih lancar Bahasa Lancar, bersih

Ciri Jawapan

Isi Cukup

Huraian Jelas mencukupi

Pengolahan dan Susunan yang teratur dan kemas

Hampir cukup

Tedapat beberapa Isi kurang kesalahan tatabahasa tetapi masih dimaafkan Ada kesalahan yang Terpesong sipi tak dapat dimaafkan

Agak jelas dan Susunan mencukupi teratur tapi kurang kemas Kurang jelas Tiada keseragaman

Tidak teratur dan tidak seragam Kesalahan yang Terpesong sama Tiada huraian Tiada olahan banyak dan kelam sekali atau tidak jelas atau tidak kabut sama sekali seragam sama sekali

Tidak jelas

SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Contoh Skema Pemarkahan Holistik.

Gred / Markah Gred E (0 -29%)

Ciri Jawapan Takrif yang tepat terhadap tajuk karangan yang dipilih. Bahasa lancar dan bersih daripada segala aspek kesalahan. Terdapat keragaman struktur ayat dengan susunan yang sangat menarik. Isinya cukup dan berkembang dengan contoh yang sesuai. Hujah sangat logis dan memperlihatkan ciri-ciri kematangan fikiran. Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih masih tepat. Isinya cukup dan pengolahannya agak menarik. Bahasa memuaskan. Keragaman struktur ayat agak sedikit. Masih terdapat ciri-ciri kematangan fikiran dalarn penulisan. Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih kurang tepat. Isinya kurang, ada yang sesuai dan ada yang tidak. Terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dapat dimaafkan. Tiada keragaman struktur ayat. Kosa kata agak terhad. Takrif terhadap tajuk karangan kurang difaharni. Isinya terpesong sipi. Pengolahannya agak lemah dan kurang teratur. Terdapat beberapa kesalahan bahasa yang tidak dapat dimaafkan. Penguasaan bahasa dan kosa kata kurang cekap. Takrif terhadap tajuk karangan tidak difahami langsung. Isinya terpesong sama sekali. Pengolahannya tidak teratur. Penguasaan bahasanya lemah dengan susunan ayat yang kelam kabut dan kesalahan kosa kata yang banyak.

Gred A (75% -100%)

Gred B (60% -74%)

Gred C (40% -59%)

Gred D (30% -39%)

10

SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

SOALAN 3: APAKAH KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PEMARKAHAN HOLISTIK? a) Kebaikan pemarkahan secara holistik. Antara kebaikan pemarkahan holistik adalah pelajar bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. Ini bermaksud, pemeriksa boleh memberikan markah selagi jawapan pelajar tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. Selain itu, pemeriksaan skrip jawapan tidak mengambil masa yang panjang kerana pemeriksaan dibuat secara umum tanpa memberi penekanan pada aspek isi kandungan, pengolahan bahasa dan sebagainya. Di samping itu juga, pemeriksaan skrip jawapan dibuat oleh lebih daripada seorang pemeriksa dan juga pemarkahan dibandingkan antara pemeriksa dalam kumpulan untuk memastikan bahawa setiap pemeriksa memberi markah yang sama antara mereka. Kelebihan yang lain ialah pemeriksaan holistik ini dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam aspek penguasaan pengetahuan serta dapat menilai kemahiran yang lain terutamanya kemahiran aras tinggi seperti kebolehan mengolah idea dan membuat rumusan tentang sesuatu perkara atau keadaan. Ini bermaksud, pemeriksa dapat menilai dan memberi markah sekiranya pelajar memberi idea yang yang di luar jangkaan pemeriksa dan idea tersebut dapat di terima dan tidak menyeleweng dari kehendak soalan. Kelebihan yang terakhir ialah pemeriksa mengikhtiraf dan memberi ganjaran kepada pelajar yang memberi jawapan secara kreatif dan inovatif.

11

SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

b) Kelemahan pemarkahan secara holistik. Antara kelemahan pemarkahan holistik adalah pemeriksaan secara holistik ini memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan sebagai pemeriksa. Ini kerana, dalam pemarkahan holistik, pemeriksaan secara menyeluruh di lakukan di mana skima jawapan tidak disediakan secara terperinci dan cara ini amat subjektif kerana pemeriksa perlu membaca kritikal untuk menyemak jawapan pelajar. Di samping itu juga, pemarkahan holistik adalah pemarkahan secara umum tanpa memberi perhatian kepada aspek khusus penulisan karangan seperti isi, tatabahasa, gaya dan lain-lain. Cara ini lebih sesuai digunakan untuk menilai penulisan pelajar di pusat pengajian tinggi kerana pelajar di IPT sepatutnya sudah menguasai kemahiran menulis. Kesilapan bahasa adalah minimum. Selain itu, terdapat kemungkinan perselisihan dalam memberikan markah antara pemeriksa dan sukar hendak dijelaskan. Ini kerana setiap pemeriksa mempunyai pengalaman, pengetahuan serta idea masing-masing dalam menentukan markah pelajar. Oleh sebab itu, mesyuarat penyelarasan perlu diadakan untuk memastikan setiap pemeriksa memberi markah serta memeriksa secara seragam dan sama di antara satu sama lain. Pemarkahan holistik juga kurang objektif. Pemeriksa mudah dipengaruhi oleh faktor lain yang tidak relevan seperti bentuk tulisan dan kekemasan skrip jawapan. Kelemahan yang terakhir ialah Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila pemeriksa dipengaruhi oleh pengetahuannya tentang latar belakang pelajar. Kesan halo merujuk kepada situasi pemeriksa memberikan markah tinggi untuk satu jawapan yang sederhana atau kurang baik kerana calon dikenalinya sebagai pelajar yang cergas. Sebaliknya kesan horn pula merujuk kepada keadaan satu jawapan baik diberi markah yang rendah kerana jawapan itu datangnya daripada calon yang dianggap kurang berkebolehan.

12

SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

SOALAN 4: APAKAH KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PEMARKAHAN ANALITIK? a) Kelebihan Pemarkahan Analitik Skrip jawapan pemarkahan secara analitik boleh diperiksa oleh pemeriksa baru yang kurang berpengalaman memeriksa dan yang tidak begitu menguasai bidang berkenaan. Ini kerana pemarkahan diberi berdasarkan kepada skrip jawapan yang telah disediakan. Pemeriksa tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menimbang jawapan pelajar sama ada tepat, kurang tepat atau tidak betul. Pemarkahan secara analitik memperincikan bidang pemarkahan sesebuah karangan. Contohnya, sesebuah karangan dibahagikan pemarkahannya mengikut isi, perbendaharaan kata, imbuhan, tanda baca dan ejaan. Justeru, pemeriksa yang kurang mahir akan dapat mempelajari bagaimana untuk menilai sesebuah karangan yang baik. Selain itu, skrip jawapan yang menggunakan kaedah analitik memadai diperiksa sekali sahaja oleh pemeriksa. Hal ini demikian kerana pemarkahan diberikan adalah berdasarkan skrip jawapan. Jika jawapan yang diberikan oleh pelajar adalah di luar skrip jawapan, maka pemeriksa tidak akan memberikan markah untuk jawapan tersebut. Namun, jika jawapan pelajar tidak tepat sepenuhnya, sebahagian daripada markah penuh boleh diberikan kepada pelajar. Skema pemarkahan yang terperinci juga memudahkan proses pemberian markah dengan tepat. Melalui kaedah pemarkahan secara analitik, tugas pemeriksa menjadi lebih mudah kerana skema pemarkahan atau skrip jawapan yang disediakan adalah terperinci dan jelas. Pemarkahan secara analitik juga memberikan gambaran yang jelas tentang asas taburan markah. Oleh sebab itu, cara pemarkahan ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian pelajar tinggi atau rendah. Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan prestasi pelajar dan menyampaikan maklumat ini kepada pelajar. Pelajar juga akan dapat melihat serta menilai di mana dan apa kelemahan mereka dengan jelas dengan menggunakan pemarkahan secara analitik.

13

SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

Mereka berupaya untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka. Justeru, mereka dapat memperbaikinya untuk menjamin kecemerlangan dalam bidang penulisan kelak. Pemarkahan secara analitik lebih objektif dan ketekalannya dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti. Dengan adanya penyediaan skema jawapan yang terperinci dengan menyenaraikan fakta yang dikehendaki dan pembahagian markah yang sepatutnya, maka keobjektifan dan kebolehpercayaan sesuatu pemarkahan dapat ditentukan oleh pemeriksa. Keobjektifan pemarkahan boleh ditingkatkan dengan menentukan berapakah markah yang akan diberi kepada pelbagai jenis jawapan yang kurang tepat.

b) Kelemahan Pemarkahan Analitik. Terdapat beberapa kelemahan dalam kaedah pemarkahan analitik. Di antaranya ialah pengambilan masa yang agak lama untuk memeriksa setiap skrip jawapan terutamanya apabila bilangan calon terlalu ramai. Hal ini akan memberikan sedikit tekanan kepada pemeriksa untuk memeriksa kertas jawapan pelajar-pelajar kerana pemarkahan secara analitik memerlukan pemeriksa untuk membandingkan jawapan pelajar dengan skrip jawapan satu persatu. Dengan itu barulah markah dapat diberikan kepada pelajar mengikut jawapan yang diberikan oleh mereka. Selain itu, kaedah pemarkahan secara analitik melibatkan pemeriksaan yang dilakukan secara fakta dan kurang memberi penekanan pada kemahiran penulisan. Kemahiran penulisan merujuk kepada aspek khusus penulisan iaitu isi, tatabahasa, gaya bahasa dan lain-lain. Pemarkahan secara analitik yang menekankan aspek kemahiran penulisan adalah pemarkahan bagi subjek bahasa dan tidak diperlukan bagi subjek lain. Pemarkahan secara analitik hanya memberi penekanan kepada fakta atau jawapan secara terperinci semata-mata. Apabila penekanan hanya diberikan kepada fakta semata-mata, secara
14

SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

tidak langsung akan menyebabkan pelajar hanya terlalu bergantung kepada skima jawapan dalam mengulangkaji pelajaran. Mereka juga tidak akan mengambil kira aspek kemahiran penulisan dalam penulisan karangan mereka seperti penggunaan peribahasa, gaya bahasa yang menarik, tatabahasa dan sebagainya apabila menjawab soalan berbentuk esei. Dalam pemarkahan secara analitik, pemeriksaan boleh bersifat negatif kerana apabila pelajar membuat kesilapan dalam sesuatu aspek, maka markah yang diperuntukkan untuk aspek tersebut akan ditolak. Apabila hal sedemikian berlaku maka pelajar cenderung untuk mendapat skor yang rendah bagi soalan esei atau subjektif

15

SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

KESIMPULAN Pemarkahan holistik dan pemarkahan analitik mempunyai banyak perbezaan terutama dari segi skema pemarkahan, masa, bentuk jawapan, bentuk soalan dan lain-lain. Di samping itu, pemarkahan holistik dan pemarkahan analitik mempunyai kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. Penambahbaikan dapat dijalankan dengan menggunakan kedua-dua kaedah analitik dan holistic. Dalam menggunakan kaedah gabungan yang dipanggil pemarkahan elektik, di mana contoh jawapan hendaklah disediakan semasa membina soalan kerana ini dapat membantu

menentukan ketepatan fakta. Selain daripada itu kaedah gabungan membolehkan perhatian diberi kepada aspek perincian fakta dan pengolahan jawapan.

16

SGDK 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

RUJUKAN Kaedah Pemarkahan Skrip Jawapan http://www.scribd.com/doc/6938792/PEMARKAHAN-KARANGAN Modul Asas Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Baru IPTA http://cadenet.upm.edu.my/eSATRIA/courses/NEWLECTRR1/document/pengujian ,_pengukuran_dan_penilaian.pdf?cidReq=NEWLECTRR1

17

You might also like