You are on page 1of 2

Apakah itu komuniti?

Komuniti adalah terdiri daripada sekumpulan manusia yang hidup mengikut peraturan dan cara tertentu, boleh dikatakan sebagai masyarakat kecil. Perhubungan antara sekolah dan komuniti amat rapat dan saling berinteraksi dan saling mempengaruhi. Menurut Poston, Stone dan Muther (1992), A school is a reflection of the community it serves. At the same time, a community is a reflection of its schools. Bermaksud sekolah dan

komuniti tidak dapat dipisahkan kerana hubungan kedua-dua pihak ini saling bergantungan antara satu sama lain. Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh masyarakat, bermakna sekolah merupakan salah sebuah komuniti dalam masyarakat. Apakah kepentingan hubungan timbal balik antara sekolah dan komuniti? Kepentingan hubungan timbal balik antara sekolah dan komuniti yang pertama ialah membawa perubahan kepada individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Sekolah merupakan pengaruh yang utama sebagai satu aspek alam sekeliling yang mendatangkan kesan di dalam pembentukan sasiah pelajarnya pada zaman moden ini. Sekolah dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan positif ke atas pelajar. Pengaruh sekolah malandaskan kebudayaan masyarakat yang

merangkumi agama, kepercayaan, nilai, ilmu pendidikan dan sebagainya. Generasi muda banyak disebarkan agama melalui sekolah untuk melengkapkan mereka supaya dapat menyelesaikan berbagai-bagai masalah yang akan mereka hadapi dalam kehidupan seharian. Dalam zaman moden ini, kebudayaan masyarakat sentiasa mengalami proses perubahan. Pendidikan di sekolah tidak memandai lagi dengan penyampaian pengetahuan dan cara hidup tradisi sahaja. Sekolah bukan sahaja semata-mata memberi pendidikan dalam aspek mengekalkan kebudayaan tradisi yang bersesuaian dengan kemajuan dan pembangunan malah menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menerima dan menghadapi proses pembaharuan. Sekolah sebagai agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan kemajuan. Bermaksud sekolah perlu

mementingkan nilai kemasyarakat membawa pembaharuan semasa.

dan perkembangan kualiti murid serta

Kepentingan hubungan timbal balik antara sekolah dan komuniti yang seterusnya ialah memenuhi keperluan-keperluan masyarakat dan negara. Sekolah perlu melahirkan pelajar-pelajar mengikut keperluan-keperluan yang telah dinyatakan dalam Matlamat Pendidikan Negara. Kegiatan-kegiatan di dalam komuniti atau masyarakat juga memainkan peranan yang penting sebagai pengaruh sosial yang berkesan terhadap pencapaian persekolahan pelajarpelajar berkenaan. Kepentingan yang terakhir ialah meningkatkan ekonomi negara. Sekolah perlu memberi didikan tentang nilai amanah kepada generasi muda. Adanya nilai amanah pada generasi muda maka masalah rasuah akan berkurangan. Maka ini pasti dapat memajukan lagi negara. Adanya nilai amanah, rakyat dapatlah hidup dengan aman dan damai.

You might also like