Professional Documents
Culture Documents
Jelaskan hirarki sistem politik Melayu tradisional sebelum campur tangan British.
Bincangkan kebangkitan gerakan anti British di Perak dan Pahang pada abad ke -19.
Huraikan reaksi penduduk pribumi terhadap campur tangan British di Sabah dari akhir abad ke -
Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa dari tahun 1957
Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Cina sebelum kedatangan Barat.
Bincangkan struktur masyarakat feudal yang terdapat di negara China dan Vietnam sebelum
Jelaskan dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun pada abad ke-19.
10
Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa barat di India dan Vietnam pada abad ke-19.
11
Bandingkan faktor meletusnya revolusi yang berlaku di China 1911 dan Siam 1932.
12
Jelaskan ciri pemerintahan republik antara China dengan Indonesia dari tahun 1949 hingga 1960.
Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1 SOALAN 1:
Jelaskan hirarki sistem politik Melayu tradisional sebelum campur tangan British. PENDAHULUAN ( 3m) Sebelum Perjanjian Pangkor, 20 Januari 1874, British telah pun terlibat dalam negeri Melayu, misalnya; Palau Pinang (1786), Singapura (1819) dan Melaka (1825). Pada tahun 1874, British terlibat di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan ( Sungai Ujong ). Pada tahun 1887, Pahang; 1909, Kedah dan Perlis. Pada tahun 1910, Kelantan; 1914, Johor dan 1919, Terengganu.
B.
Sistem Politik Negeri Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat: Negeri, Daerah/Jajahan dan Kampung. 1. Negeri (7m) (a) Kuasa tertinggi dalam politik terletak pada Yang Dipertuan/Sultan: misalnya, Sultan Kedah, Sultan Perak dan Sultan Selangor, Yang Dipertuan Negeri Sembilan dan Sultan Kelantan. (b) Baginda dibantu oleh Pembesar. Misalnya di Perak dikenali dengan Orang Besar Empat ( Raja Bendahara, Orang Kaya Besar diraja Penghulu Bendahari, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja dan Orang Menteri Paduka Tuan ), Delapan ( Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tan Lela Putra, Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota, Orang Kaya-Kaya Sri Adika Raja Syahbandar Muda, Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Sri Amar Bangsa Diraja, Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Sri Amar, Orang Kaya-Kaya Syahbandar Paduka Indra, Orang Kaya-Kaya Sri Agar Diraja dan Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan ), Enam Belas dan Tiga Puluh Dua. Selain itu baginda juga dibantu oleh Raja Muda. Kelantan ( misalnya, Raja Bendahara, Raja Temenggung, Perdana Menteri dan Engku Besar Jeram ). Kedah ( misalnya, Tunku Bendahara dan Tunku Temenggung ). Terengganu ( Dato Seri Lela Diraja, Tengku Nara Wangsa, Dato Bija Sura dan Dato Indera Guru ). (c) Sultan pemerintah yang dikaitkan dengan daulat. Barangsiapa ingkar titah Sultan atau melakukan sesuatu yang dilarang pada adat sultan ia akan terkena tulah. Pakaian kuning hanya untuk Raja sahaja. Selain itu tiap-tiap sultan memiliki alat-alat kebesaran. Walaupun terdapat perbezaan, tetapi pada asasnya sama: gendang nobat, serunai dan nafiri; obor (payung), surat ciri, mohor raja, puan (tepak sirih), tali pinggang dan rantai, mahkota, batil emas, geluk, agok, dokoh, kancang halkah, sundang, pedang, keris panjang dan lembing. (d) Apabila sultan mangkat, bakal waris raja biasanya bergelar Raja Muda/Yang Dipertuan Muda/Tengku Mahkota/Tengku Besar akan dilantik oleh pembesar sebelum jenazah sultan dimakamkan. Dalam adat penggantian, kecuali Perak, putera sulung sultan yang bergelar bakal sultan akan dilantik sebagai pengganti. Perak, sistem penggantian mengikut giliran: Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda dan Sultan. Apabila sultan mangkat, Raja Muda diangkat sebagai sultan; Raja Bendahara diangkat sebagai Raja Muda dan Raja Di Hilir sebagai Raja Bendahara. Namun begitu dalam perlaksanaan, apabila Sultan Ali mangkat di Sayong pada tahun 1871, Raja Muda Abdullah dilantik sebagai pengganti; sebaliknya Raja Bendahara Ismail dilantik sebagai Sultan Perak. (e) Sebelum campur tangan British di Johor, Johor mengisytiharkan Undang -
SOALAN 2:
Bincangkan struktur feudal masyarakat Melayu tradisional sebelum 1874. PENDAHULUAN ( 3 m) Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana. Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba.
2) Keluarga dan kerabat diraja Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja. Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah. Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan. Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera. Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan takluk Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja. Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.
3) Golongan Bangsawan dan pembesar a) Golongan bangsawan Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabat Sangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir. Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan. Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah tertentu. b) Pembesar daerah Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor. Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah. Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya. Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan rakyat. Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi. Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka. Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah. Contoh Membina istana.
i) Golongan ulama Berketurunan Arab Melayu dan merupakan cendikiawan dalam bidang agama. Berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Contoh jawatan mufti, kadi Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/hukum syarak.
ii) Golongan pendeta Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja. Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di istana. Merupakan penulis dan perawi diraja.
Golongan diperintah Terdiri daripada rakyat biasa /merdeheka. a) Rakyat biasa Petani, nelayan, dagang dan tukang. Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dal;am pentadbiran. Mengamalkan tradisi gotong-royong. Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir. Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian, perikanan, perlombongan dan perdagangan. b) Golongan hamba Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat seperti gotong-royong. Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya. Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya. Terdapat tiga jenis hamba: i) Hamba raja o o Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba lain Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan
ii) Hamba berhutang o Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan sehingga berjaya melangsaikan hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa
iii) Hamba biasa o o Menjadi hamba seumur hidup. Terdapat tiga jenis hamba biasa hamba abdi, hamba dengan dan biduanda.
SOALAN 3:
Bincangkan kebangkitan anti British di Perak dan Pahang pada abad ke -19. Pengenalan (3m) Selepas British campur tangan secara rasmi di Negeri-negeri Melayu mereka telah mengambilalih pentadbiran dengan memperkenalkan sistem residen pada tahun 1874. Residen bertindak sebagai penasihat raja-raja Melayu dari segi pentadbiran dan ekonomi. Sistem ini telah diperkenalkan di Perak pada tahun 1784 dengan J.W.W Birch sebagai residen yang pertama dan di Pahang pada 1888 dengan J. Rodger sebagai residen pertama.Tujuan utama sistem ini diperkenalkan untuk membantu dan menasihati Raja-raja Melayu dari segi pentadbiran dan ekonomi serta mengembalikan keamanan di Perak dan Pahang. Walau bagaimanapun pengenalan sistem Residen telah mendapat tentangan daripada masyarakat Melayu di Perak dan di Pahang. Isi. Faktor-faktor kebangkitan di Perak. (10m) 1. Kelemahan Perjanjian Pangkor. Walaupun Perjanjian Pangkor ditandatangani pd 20 Jan 1874 , tetapi Birch hanya memulakan tugasnya sebagai Residen British di Perak pd 4 Nov 1874 iaitu hampir 10 bulan kemudian. Ini membolehkan pembesar-pembesar Perak yang tidak berpuas hati dengan sistem residen telah menentang Raja Abdullah. Sultan Abdullah telah mengambil peluang drpd kelewatan tersebut utk memerintah Perak dgn sebebas-bebasnya. Baginda byk menghabiskan masa dgn berjudi, sabung ayam dan menambah hutang. Perjanjian Pangkor membolehkan Sultan Abdullah dilantik sebagai sultan. Dlm masa yg sama terdapat masalah tuntutan takhta oleh Raja Ismail dan Raja Yusuf. Raja Ismail juga tidak mahu menyerahkan alat-alat kebesaran negeri yg menjadi syarat . Birch melanggar syarat yg diperuntukkan dlm Perjanjian Pangkor. Mengikut perjanjian tersebut, sempadan Dinding dan Pangkor dan diserahkan kpd pihak British mengikut perjanjian Low akan dikembalikan semula, walaubagaimanapun utk menyelesaikan masalah ini, kaw seluas 200 bt persegi termasuk bahagian Selama yg mempunyai byk b/ timah dimasukkan ke dlm pentadbiran British.,tindakan ini menimbulkan rasa tidak puashati dalam kalangan pembesar Perak. 2. Kelemahan peribadi Birch. a. Birch tidak mempunyai pengalaman dalam urusan pentadbiran di NNM. Beliau tidak bil bertutur dlm bahasa Melayu serta tdk memahami budaya dan adat resam melayu. Kekurangan ini menyebabkan beliau sukar utk menjalinkan hubungan dengan sultan dan pembesar Melayu. Birch juga dilihat tdk sabar
Sejarah STPM Kertas 2 940/2 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor 2010 S1 SOALAN 4:
Bincangkan faktor-faktor yang memepengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dari tahun 1870 hingga 1942. Pengenalan (3m) Pada peringkat awal, penanaman getah tidak mendapat sambutan yang menggalakkan di Tanah Melayu. Penanaman kopi dan tebu yang berharga tinggi pada ketika itu lebih menguntungkan. Mulai 1839 permintaan, permintaan terhadap getah telah meningkat berikutan penciptaan tayar motokar oleh Goodyear. Penanaman getah juga bertambah akibat daripada kemerosotan harga kopi dunia. Terdapat beberapa faktor yang mendorong peladang-peladang menanam getah secara besar-besaran di Tanah Melayu. Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah (20m) 1. Sumbangan H.N.Ridley Perlantikan H.N.Ridley sebagai Peng. Botonical Garden di Singapura pada tahun 1888 melahirkan era baru bagi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab dalam perkembangan penanaman getah di Tanah Melayu. H.N.Ridley telah berusaha sedaya upaya untuk memperkenalkan getah kepada penduduk tempatan dengan memberi biji-biji benih getah. Beliau juga memujuk peladang-peladang kopi dan tebu supaya menanam getah. Tindakan Ridley berjaya memujuk seorang Cina bernama Tan Choy Yan menanam 16 hektar getah pada tahun 1896. adik-beradik Kinderley juga dipengaruhi oleh Ridley dan menanam 5 ekar getah di Kajang. Pada tahun 1897 Ridley berjaya memperkenalkan satu cara penorehan saintifik iaitu sistem tulang ikan herring atau ibedem. Cara ini dapat mengeluarkan susu getah yang banyak dan berterusan tanpa merosakkan pokok getah. Ridley juga memperkenalkan satu cara yang selamat untuk mengangkut anak benih getah iaitu dengan membungkusnya dalam arang batu yang lembap. Cara pengangkutan ini membolehkan anak benih getah dihantar ke kawasan yang lebih jauh. Ia dapat membantu pembukaan ladang-ladang getah yang baru. 2. Dasar Kerajaan Pada tahun 1897, cukai tanah yang rendah iaitu sebanyak 10 sen dikenakan ke atas tanah yang berukuran seekar untuk 10 tahu pertama ditanam dengan getah. Selepas 10 tahun , cukai cukai ini dinaikkan menjadi 50 sen seekar. Duti sebanyak 2.5% dikenakan ke atas getah bagi 15 tahun yang pertama. Selepas 15 tahun duti ini dinaikkan kepada 5%. Sesiapa yang membuka tanah untuk penanaman getah akan diberikan hak milik yang kekal. Akibatnya ramai pelabur melibatkan diri dalam kegiatan penanaman getah di Tanah Melayu. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah membaiki sistem perhubungan iaitu jalan raya dan landasan keretapi untuk menghubungkan kawasan ladang dengan bandar dan pelabuhan. Pada tahun 1899 kerajaan telah menguntukkan wang berjumlah RM4000 bagi menjalankan eksperimeneksperimen getah dan lain-lain tanaman.
10
SOALAN 5:
Huraikan reaksi penduduk pribumi terhadap campur tangan British di Sabah dari akhir abad ke -19 hingga awal abad ke- 20. Pengenalan (3m) Perluasan kuasa British di Sabah bermula apabila seorang pegawai British, Alexander Dalrymple berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu pada tahun 1761. Menurut perjanjian itu British diberi kebenaran mendirikan pusat perdagangan di kawasan takluk Sultan Sulu iaitu
11
12
SOALAN 6
Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antara bangsa dari tahun 1957 hingga tahun 1963. A. PENGENALAN (3m) Fungsi utama dasar luar negara bertujuan mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara serta menentuakan kesejahteraan sosial ekonomi negara tercapai. Sebagai sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan seperti Tanah Melayu, kepentingan negara, keselamatan serantau, perpaduan antara negara-negara serta kesejahteraan sejagat merupakan fokus utama dalam perhubungan serantau. Dalam tempoh 1957-1963 yng begitu singkat, Tanah Melayu telah terlibat dalam pertubuhan serantau seperti Persatuan Asia Tenggara (ASA), MAPHILINDO, Pertubuhan Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu. B. PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN SARANTAU (20m)
Southeast Asian Friendship and Economic Treaty (SEAFET) Januari 1959 semasa lawatan rasmi ke Filipina, Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan pembentukan Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara (SEAFET) hasil rundingannya dengan Presiden Filipina Carlos P.Garcia. SRAFET dianggotai oleh Tanah Melayu dan Filipina. Negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Kemboja, Loas, Vietnam Selatan dan Myanmar dijemput untuk menyertai pakatan SEAFET tetapi mendapat sambutan dingin. Walaupun Thailand dan Vietnam Selatan mengalu-alukan penubuhan SEAFET tetapi Indonesia menolak undangan menyertai pertubuhan itu kerana Malaysia dan Filipina dikatakan mempunyai hubungan dengan penjajah. Filipina menjadi anggota SEATO dan Malaysia mempunyai perjanjian dengan AMDA Indonesia berpendapat selagi ada negara di Asia Tenggara yang menyertai pakatan Pertahanan sedemikian, negara itu tidak akan dapat berperanan dengan bebas. Persatuan Asia Tenggara ( ASA ) a. Selepas Perang Dunia Kedua, rantau Asia Tenggara dijadikan kawasan tumpuan perebutan kuasa-kuasa Barat yang terlibat dalam Perang Dingin. Ancaman komunis turut terasa oleh kebanyakkan rakyat negara Asia Tenggar seperti Tanah Melayu,Thailand, Filipina, Indonesia dan Vietnam. Ekonomi negara rantau ini masih berbentuk kolonial. Pembentukan satu pakatan kerjasama serantau seperti kerjasama dalam ekonomi, kebudayaan dan sosial perlu untuk menangani masalah yang sedang dihadapi. Dengan ini ASA yang dianggotai oleh Tanah Melayu, Thai, dan Filipina dibentuk pada Ogos 1961 di Bangkok.
13
PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU. a. Tanah Melayu diiktiraf sebagai negara berdaulat pada peringkat antarabangsa berikutan diterima sebagai anggota PBB ke-82 pada 17 Sept 1957. b. Malaysia terlibat secara aktif dalam PBB untuk keamanan dunia. Misalnya pada tahun 1957, Tanah Melayu mengecam Republik Rakyat China kerana menakluki Tibet. Pada tahun 1961, Malaysia menghantar pasukan tentera menyertai pasukan perdamaian PBB ke Congo ( kini Republik Zaire ) untuk mengekalkan keamanan dan mendamaikan Perang saudara (1960 1963 ) c. Pelbagai faedah diterima oleh Malaysia melalui agensi-agensi PBB seperti bank Dunia, FAO, UNESCO, ILO dan lain-lain.
14
Bahagian B
SOALAN 7:
Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Cina sebelum kedatangan Barat. Pendahuluan: ( 3 m ) Adat mempunyai pertalian rapat dengan masyarakat . Membentuk satu sistem nilai dan mewujudkan satu peraturan untuk mengawal perlakuan anggota masyarakat sebelum kedatangan barat, China dan India telah mempunyai sistem adat yang tersusun dan teratur yang diamalkan secara turuntemurun. Isi: Adat di China: ( 10m ) 1. Wanita hamil Tidak dibenarkan menyertai sebarang majlis sosial seperti perkahwinan dan pengkebumian dari mula hamil sehingga 100 hari selepas bersalin 2. Adat perkahwinan -Diatur sejak kecil lagi bertujuan agar hubungan kekeluargaan tidak terputus -Anak yang dilahir dianggap menyambung keturunan generasi orang tua mereka -Majlis akan diadakan di pihak lelaki sahaja -Sekiranya tiada anak tidak akan ada persembahan bagi memuja roh ibu bapa mereka dan ini dianggap memalukan generasi terdahulu 3. Kiraan umur bayi -Anak yang dilahirkan dikira satu tahun dan sewaktu satu tahun ia dikira 2 tahun 4. Adat bebat kaki -Untuk tujuan kecantikan dan mengawal pergerakan anak gadis -Kaki anak gadis dibebat antara umur 4 hingga 8 tahun -Menyebabkan kaki anak gadis menjadi kecil dan tidak seimbang dan hanya mampu melangkah kecil -Lenggok jalan seperti pokok willow dianggap cantik 5. Adat pemujaan nenek moyang -Sangat menghormati nenek moyang -Dianggap sebagai ketua keluarga dan nama baiknya harus dijaga -Penghormatan dilakukan pada hari-hari tertentu seperti menyambut Tahun Baru 6 Tilikan dan Feng Shui -Sangat percaya tilikan untuk menentukan nasib seseorang mengikut empat pusingan hidup iaitu masa lahir, nama, rupa dan Feng Shui
15
16
SOALAN 8
Bincangkan struktur masyarakat feudal yang terdapat di negara China dan Vietnam sebelum penglibatan kuasa-kuasa Barat. A. Pengenalan ( 3m ) Masyarakat China dan Vietnam bersifat feudal iaitu satu bentuk kerajaan yang dijalankan oleh individu tertentu bukan kerajan pusat. Strukturnya berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Pada Dinasti Ching ( 1644-1911 ) masyarakat China terdiri daripda lima kelas iaitu sarjana, p , tukang mahir, saudagar dan askar serta pelakon. Isi: Masyarakat feudal China (10m) Masyarakat menduduki tunggak kerajaan. Maharaja dianggap sebagai Anak dari syurga yang mendapat mandat daripada Tuhan untuk memerintah. Maharaja dipertangggungjwabkan sebarang malapetaka alam yang berlaku seperti banjir, kemarau, gempa bumi, kebuluran dan penyakit sampar yang menimpa rakyat. Kegagalan maharaja untuk melindungi rakyatnya bermakna maharaja telah hilang mandatnya daripada tuhan. Maharaja tersebut akan digulingkan melalui pemberontakkan dan digantikan dengan pemerintah yang baru. Golongan pemerintah di bawah maharaja ialah pembesar atau bangsawan. Mereka ditauliahkan kuasa pemerintahan wilayah oleh maharaja. Maharaja juga menganugerahkan tanah kepada bangswan dan pembesar. Penduduk negara China dianggarkan melebihi 362,000,000 orang pada abad ke-19, terbahagi kepada lima golongan mengikut pekerjaan masing-masing. Golongan terpelajar ( sarjana ) mempunyai darjat yang paling tinggi. Golongan terpelajar ini dipilih sebagai pegawai kerajaan berdasarkan kepada tahap peperikssaan awam yang mereka lulus. Peperiksaan ini diperkenalkan sejak Dinasti Han mempunyai empat tahap peperiksaan iaitu peperiksaan Bandar, peperiksaaan jajahan, peperiksaan wilayah dan peperiksaan istana yang dijalankan oleh maharaja sendiri. Peperiksaan ini bertujuan memilih golongan sarjana yang layak memegang jawatan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan. Lulus peperiksaan awam bermakna anak kunci kekayaan dan pangkat rasmi yang penting.
17
SOALAN 9
Jelaskan dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun pada abad ke-19. Pengenalan (3m) -Dasar isolasi atau pemencilan diamalkan oleh kebanyakan negara-negara Asia termasuk China dan Jepun. Melalui dasar ini kedua-dua negara memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang hubungan persahabatan atau diplomatik dan enggan mengadakan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa barat -Keengganan China dan Jepun mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan menyebabkan barat telah menjalankan dasar agresif terhadap kedua-dua negara yang menyebabkan akhirnya mereka terpaksa menamatkan dasar tutup pintu. Isi: DASAR ISOLASI DI JEPUN (10m) -Jepun telah menamatkan dasar buka pintu pada tahun 1638. Jepun menjalankan dasar tutup pintu yang relatif dari dunia luar kira-kira 250 tahun. Menurut dasar ini orang Jepun dilarang menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa asing khasnya kuasa-kuasa barat dan pedagang-pedagang luar juga tidak boleh berdagang di Jepun.
18
19
20
SOALAN 10
Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa barat di India dan Vietnam pada abad ke-19 A. Pengenalan (3 m)) 1. Pengilhakan merupakan satu kaedah perluasan kuasa barat di Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan. Perluasan kuasa melalui kaedah pengilhakan melibatkan kekerasan seperti peperangan, ugutan dan sebagainya. 2. Antara negara yang terlibat dengan perluasan kuaa Barat melalui kaedah ini ialah Vietnam yang diilhakan oleh Perancis dan India oleh British. 3. Tindakan pengilhakan yang dilakukan adalah didorong oleh kepentingan perdagangan. B. Isi : (20 m) 1. Pengilhakan kuasa British di India (10 M): a) Dasar pengilhakan Lord William Bentick (1824-1835) - Semasa Lord William Bentick menjadi Gabenor Jeneral India, beberapa wilayah telah diilhakan oleh beliau. - Beliau menggunakan alasan penyalahtadbiran untuk mengilhakan Cacar,Coorg dan Mysore. - Raja Cacar mangkat tanpa waris. Atas permintaan penduduk tempatan,Bentick mengilhakan kawasan tersebut. - Di Coorg dan Mysore, Bentick menggunakan alasan penyalahtadbiran pembesar tempatan untuk menjalankan pentadbiran dengan adil dan stabil. Penduduk tempatan menyokong tindakan Bentick b) Dasar pengilhakan Lord Ellenborough (1836- 1846) - Lord Ellenborough telah mengilhakan wilayah Sind dan Gwalior - Sejak tahun 1809 , Sind telah menjalinkan hubungan dengan British. Pada tahun 1823, satu perjanjian telah ditandatangani antara Sind dan British. Melalui perjajian ini pedagang dan saudagar Inggeris dibenarkan menggunkan sungai dan jalanraya, tetapi kapal dan tentera bersenjata tidak boleh menggunakan negeri tersebut - Syarat ini telah dicabuli semasa peperangan Afghan di mana Lord Auckland telah mengarahkan tenteranya berbaris melalui Sind - Ellenborough ingin merampas wilayah Sind dengan membuat beberapa tuduhan . Charles Napier telah dihantar untuk menyiasat. Beliau mengadakan satu perjanjian baru dengan Amir Sind. AmirAmir dipaksa menyerahkan bahagian yang lebih besar di wilayah mereka serta melepaskan hak mereka untuk membuat wang mereka sendiri. Hanya mata wang British yang diakui sebagai mata wang sah.
21
c) Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie (1846-1856) - Lord Dalhousie melaksanakan dasar pengilhakan melaui tiga kaedah iaitu hak menakluki kuasa agung oleh Syarikat Hindia Timur British, Doctrin of Lapse (Undang-undang Lesap Waris) dan keinginan untuk melanjutkan kebaikan-kebaikan tanpa faedah yang dibawa oleh pemerintah British ke atas wilayah-wilayah yang dibelenggu masalah penyelewengan atau penyelewangan pemerintah tempatan. - Melalui kaedah hak menakluki kuasa agung , beliau telah menakluk Punjab dengan mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan mengalahkan mereka di Gujerat. Punjab telah diilhakan. - Kaedah Docrin of Lapse paling kerap digunakan Dalhousie. Menurut doktrin ini, mana-mana pemerintah yang tidak meninggalkan waris untuk meneruskan pemerintahan selepas mangkat, maka negeri atau wilayah itu akan jatuh ke bawah kuasa agung dengan sendirinya. - Beliau tidak mengiktiraf hak seseorang pemerintah untuk melantik seorang waris yang bukan keturunannya. Contohnya di Jhansi, pelantikan anak angkat sebagai pewaris, dianggap tidak sah oleh British. Wilayah-wilayah lain yang dilhakan melalui cara ini ialah Satara, Jaitpur, Baghat, dan Sambalpur. - Kaedah kebaikan untuk diperintah berlaku atas alasan penganiayaan, kezaliman dan ketidakadilan politik dalam sesebuah negeri. Misalnya, Qudh telah diletakkan di bawah naungan SHTI. Pentadbiran Qudh dikuasai oleh Nawab Khan dalam keadaan huru-hara dan amalan rasuah berleluasa. Dalhousie mengadakan perjanjian dengan Qudh. Dalam perjanjian itu, SHTI akan mengambilalih Qudh, manakala Nawab akan dibenarkan mengekalkan gelaran dan dibayar 15 juta rupee. Apabila Nawab enggan menandatangani perjanjian tersebut, Lord Dalhousie telah mengambil keputusan menjalankan dasar pengilhakan atas alasan penyelewengan pemerintah tempatan
2. Pengilhakan kuasa Perancis di Vietnam : (10 m) a) Pengilhakan Tourane dan Saigon: - Perancis menjalankan hubungan baik dengan Vietnam semasa pemerintahan Maharaja Gia Long. - Namun begitu pengganti-pengganti Gia Long tidak menjalinkan hubungan baik dengan Perancis, sebaliknya mereka bertindak melakukan kekejaman terhadap mubaligh-mubaligh Kristian dan membuat undang-undang yang melarang kemasukan mubaligh-mubaligh Kristian ke Vietnam. - Permusuhan Perancis-Vietnam telah memuncak pada zaman pemerintahan Maharaja Tu Duc. Pada masa pemerintahan beliau kegiatan anti-Kristian semakin meluas dan kejadian pembunuhan mubaligh Kristian semakin bertambah. - Kegiatan ini menyebabkan Raja Perancis Napoleon III telah mengambil tindakan menakluki Vietnam dengan menggunakan peristiwa pembunuhan Bishop Diaz, seorang paderi Sepanyol di Tongking, sebagai alasan menyerang Vietnam. - Pada 31 Ogos 1858, Perancis menyerang Tourane bersama angkatan Perancis-Sepanyol di bawah pimpinan Rigault ge Genouilly dan pada 2 September 1858 Tourane jatuh ke tangan Perancis. Seterusnya Perancis menyerang Saigon yang merupakan kawasan penanaman dan pengumpulan padi yang utama di Vietnam. Saigon telah jatuh ke tangan Perancis pada 17 Febuari 1859. - Peristiwa ini menyebabkan seluruh selatan Vietnam jatuh ke tangan Perancis. - Tu Duc akhirnya mengaku kalah, dan menandatangani perjanjian dengan Perancis pada Jun 1862
22
C. KESIMPULAN (2 m): 1. 2. 3. Perancis dan British telah berjaya menggunakan kaedah pengilhakan untuk meluaskan kuasa di Vietnam dan India. Campurtangan Perancis dan British telah menyebabkan perubahan-perubahan berlaku dalam politik, ekonomi dan sosial di Vietnam dan India. Cara perluasan kuasa ini menyebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati rakyat tempatan yang membawa kepada berlakunya tindak balas seperti Dahagi India 1857.
SOALAN 11
Sejauh manakah kelemahan institusi beraja di Thailand dan China telah mencetuskan revolusi pada awal abad ke 20. A. Pengenalan (2@3 M): Revolusi China meletus pada tahun 1911 telah mengakibatkan runtuhnya Dinasti Manchu yang memerintah negara China sejak tahun 1944. Revolusi ini di pimpin oleh Dr. Sun Yat Sen. Revolusi Siam meletus pada tahun 1932 tanpa pertumpahan darah. Revolusi tersebut dipimpin oleh Pridi Panomyong telah berjaya menamatkan kuasa autokratik Raja. Kedua-dua revolusi tersebut berpunca dari kelemahan institusi beraja disamping faktor-faktor lain. B. Isi (20M): 1. Revolusi China (10M): Kelemahan institusi beraja Pengaruh dan kuasa kerajaan Mancu mulai merosot pada pertengahan abad ke-19. Kerajaan Mancu tidak cekap dan rasuah serta gagal membaiki taraf hidup dan kebajikan rakyat China. Populariti raja-raja China merosot apabila berlaku pencerobohan barat dan China kalah dalam beberapa siri peperangan. Kerajaan Mancu juga tidak mempunyai pemimpin yang cekap dan bijaksana pada awal abad ke-20. a.Masalah Cukai dan Rasuah Pegawai-pegawai China melakukan penipuan di peringkat wilayah. Hanya sebahagian kecil pungutan cukai di wilayah diserahkan kepada kerajaan pusat. Rasuah di kalangan pegawai-pegawai kerajaan bermaharajalela. Cukai-cukai yang dikenakan kepada rakyat 5 kali ganda daripada yang ditetapkan. b.Kekalahan Tentera Manchu dalam peperangan dan pembayaran ganti rugi Tentera Manchu mengalami kekalahan di dalam Perang Candu 1 dan 2; Perancis pada tahun 1884; Perang China-Jepun 1894-1895; dan Boxer 1900. Kekalahan-kekalahan ini memalukan China. Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani untuk menamatkan perang merugikan China.
23
24
SOALAN 12
Bandingkan ciri pemerintahan republik antara China dengan Indonesia dari tahun 1949 hingga 1960. A. PENGENALAN Pada 27 Disember 1949 Belanda telah menyerahkan kedaulatan dengan rasminya ke atas seluruh kawasan Hindia Timur Belanda yang dahulunya tidak termasuk Irian Barat kepada Republik Indonesia yang baru manakala negara China telah membentuk Republik Rakyat China pada 1 OKT 1949. B. ISI ISI PENTING. 1. Republik China 1.1. Republik yang dibentuk diketuai oleh Parti Komunis China yang mempunyai cirri-ciri demokratik. 1.2. Struktur Republik terdiri daripada Majlis Kerajaan Rakyat Pusat ( Central Peoples Government Council ) yang menjalankan tugas-tugas eksekutif,perundangan dan kehakiman. Ianya terdiri dari pengerusi ( Mao Tze Tung), 6 orang Timbalan Pengerusi ( Perlembagaan 1953 tinggal satu ), 56 orang yang dipilih oleh Majlis Perhubungan Politik Rakyat ( Peoples political Consulative Council ) 1.3. Kuasa juga diagihkan kepada Majlis Pentadbiran Negeri. Ianya diketuai oleh Tsung Li dan pembantu-pembantunya. Di bawah mereka ada 4 jawatankuasa iaitu Hal Ehwal Poltik dan Perundangan, Ekonomi, kebudayaan dan Pendidikan. Setaraf dengan Majlis Pentadbiran
25
26