You are on page 1of 2

Laporan Taklimat dan Demonstrasi Kebakaran Sekolah Kebangsaan Oh

Pada hari Rabu, 13 Julai 2011, Sekolah Kebangsaan Oh telah mengadakan latihan kawat kebakaran dengan kerjasama Pasukan Bomba dan Penyelamat Jerteh. Latihan tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat kerjasama dari seluruh warga sekolah. Warga sekolah telah diberikan taklimat semasa perhimpunan pada hari Ahad dan sekali lagi pada hari Selasa sebelum Latihan Kebakaran Sebenar diadakan. Pelan Keselamatan Sekolah juga telah ditampalkan di setiap kelas bagi memudahkan murid membuat rujukan tentang aliran pergerakan mereka ke tapak perhimpunan semasa hari latihan kawad kebakaran dan juga jika berlaku kebakaran sebenar. Tepat jam 9.00 pagi loceng kecemasan telah dibunyikan secara berterusan menandakan berlaku kecemasan. Diikuti dengan pengumuman bermulanya latihan kebakaran oleh guru pelatih, Cikgu Mohd Aziz bin Che Nordin, menggunakan sistem siaraya sekolah. Warga sekolah segera mengosongkan kelas dan bilik-bilik khas. Para pelajar diawasi oleh guru masing-masing berjalan pantas menuju ke tempat berkumpul. Guru-guru kelas membawa bersama buku rekod kedatangan pelajar ke tempat berkumpul. Pasukan bomba telah tiba bersama lima anggota menaiki jentera bomba. Pada jam 9.30 pagi guru kelas melaporkan bilangan pelajar kelas masing-masing kepada PK.HEM, Cikgu Hasnah Binti Musa. Semua pelajar selamat, tiada yang cedera atau hilang namun masa yang diambil untuk berkumpul sepatutnya boleh dikurangkan lagi pelajar supaya lebih serius dan mengutamakan keselamatan diri semasa kecemasan. Pihak bomba juga turut berpesan supaya jangan panik dan berebutrebut ketika keluar dari kelas, kerana ia boleh membahayakan nyawa murid-murid terutamanya ketika kebakaran berlaku dalam bangunan kelas.

Pada jam 10.30 pagi demonstrasi memadam kebakaran bermula di tapak perhimpunan (padang sekolah). Pihak bomba menerangkan cara yang betul menggunakan alat pemadam api dan menerangkan serba sedikit mengenai alat pemadam api tersebut. Murid murid dan guru diberi peluang untuk mencuba sendiri alat pemadam api dan memadamkan api yang marak yang dinyalakan dengan campuran minyak petrol dan diesel dan dinyalakan di dalam tong besi. Jamuan untuk pasukan bomba dan AJK diadakan di kantin sekolah pada jam 12.00 tengahari. Anggota bomba juga diminta mengisi buku pelawat dan mereka dihadiahi cenderamata sebagai tanda terima kasih dari warga sekolah. Pelajar-pelajar masuk ke kelas masing-masing dan meneruskan aktiviti pembelajaran bersama guru sehingga waktu balik.

You might also like