You are on page 1of 13

PERJANJIAN PAJAKAN TANAH

Bertarikh pada hb. ANTARA 2011

............................................................... (NO. K/P: .............................................) Alamat:................................................... ................................................................ ................................................................


DAN

MOHD ANUAR BIN AJIT (NO. K/P: 661201-08-5097) NO. 187, JALAN CEMPAKA 1, FELRA BANDAR SEBERANG PERAK, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK DARUL RIDZUAN.
Disediakan Oleh:TETUAN MIOR RAIMY FUAAD & AQIS Peguambela & Peguamcara No. 26 A, Tingkat 2, Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tel: 05-5465155 Fax: 05-5485155 [Ruj.: ]

PERJANJIAN PAJAKAN TANAH

PERJANJIAN INI dibuat pada

hb

haribulan

2010

DI ANTARA ..........................................................., (NO. KP: .......................) yang beralamat di ................................................................................................... ........................................................................................... (selepas ini dirujukkan sebagai `Tuan Tanah) di satu pihak DAN MOHD ANUAR BIN AJIT (NO. K/P: 661201-08-5097) yang beralamat di NO. 187, JALAN CEMPAKA 1, FELCRA BANDAR SEBERANG PERAK, 36800 KAMPONG GAJAH, PERAK DARUL RIDZUAN (selepas ini dirujukkan sebagai `Pemajak) di satu pihak yang lain. BAHAWASANYA Tuan Tanah adalah pemilik berdaftar dan/atau pemilik benefisial dan/atau pentadbir dan/atau penerima serahan hak bagi sekeping tanah yang dikenali sebagai, .............. sebagaimana salinan Pelan Kawasan yang dilampirkan kepada Perjanjian ini sebagai Jadual A (selepas ini dirujukkan sebagai `Tanah tersebut). BAHAWASANYA Tuan Tanah pada tarikh Perjanjian ini adalah pentadbir bagi Tanah tersebut melalui Geran Mukim No.. yang dilampirkan kepada Perjanjian ini sebagai Jadual B (selepas ini dirujukkan sebagai `Suratkuasa Pentadbiran tersebut). BAHAWASANYA Pemajak bercadang untuk memajukan Tanah tersebut dengan tanaman kelapa sawit dengan syarat, antara lain: membayar pajakan secara tahunan kepada Tuan Tanah dengan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini.

BAHAWASANYA Tuan Tanah bersetuju untuk memajak Tanah tersebut kepada Pemajak untuk dimajukan dengan tanaman kelapa sawit dengan syaratsyarat dan terma-terma yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini. BAHAWASANYA Tuan Tanah mengesahkan bahawa telah mendapat persetujuan dan diberikuasa oleh semua waris-waris Tanah tersebut sekiranya ada untuk memajak Tanah tersebut kepada Pemajak sebagaimana syarat-syarat dan terma-terma yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini dan seterusnya menandatangani Perjanjian ini. DAN BAHAWASANYA Pemajak telah menerima dan meneliti Pelan Kawasan, Suratkuasa Pentadbiran, resit-resit dan surat pengesahan jurukur tersebut dan telah mengesahkan kawasan Tanah tersebut. ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI oleh kedua-dua pihak kepada Perjanjian ini bahawa:1. Tuan Tanah sebagai pentadbir Tanah tersebut dengan ini bersetuju untuk memajak Tanah tersebut kepada Pemajak untuk memajukan keseluruhan Tanah tersebut dengan tanaman kelapa sawit bebas dari sebarang gangguan atau bebanan bagi tempoh DUA PULUH LIMA (25) TAHUN dari tarikh Perjanjian ini. 2. Perjanjian ini adalah untuk Pemajak membangunkan, mengusahakan, menanam, menguruskan dan mengeluarkan hasil tanaman kelapa sawit di atas Tanah tersebut sepanjang tempoh Perjanjian ini tertakluk kepada persetujuan bersama bagi tanaman tidak kekal yang lain (tanaman kontan) di atas Tanah tersebut.

3.

Tuan Tanah dengan ini menyerahkan pemilikkan kosong Tanah tersebut kepada Pemajak untuk membolehkan Pemajak memulakan kerja-kerja pembersihan dan penanaman kelapa sawit tersebut.

4.

Pemajak hendaklah memulakan kerja-kerja penanaman kelapa sawit di atas Tanah tersebut dalam tempoh TIGA (3) BULAN dari tarikh Perjanjian ini kecuali terdapat kelewatan dengan alasan-alasan yang munasabah yang di luar kawalan Pemajak. Pemajak hendaklah menyediakan Program Pembangunan yang berkaitan sebagai panduan bagi pemajuan Tanah tersebut.

5.

Pemajak

hendaklah

menyempurnakan

keseluruhan

kerja-kerja

penanaman kelapa sawit di atas Tanah tersebut dalam tempoh ENAM (6) BULAN dari tarikh kerja-kerja penanaman kelapa sawit tersebut dimulakan kecuali terdapat kelewatan dengan alasan-alasan yang munasabah yang di luar kawalan Pemajak. 6. Semua kos untuk membangunkan, mengusahakan, menanam dan menguruskan tanaman kelapa sawit tersebut termasuk kos pekerja, jentera, bahan kimia dan kos-kos lain yang berkaitan (selepas ini dirujukkan sebagai `Kos Pembangunan tersebut) bagi selama tempoh LIMA (5) TAHUN pertama dari tarikh kerja-kerja penanaman kelapa sawit tersebut Pemajak. 7. Semua kos untuk mengusahakan dan menguruskan tanaman kelapa sawit tersebut termasuk kos pekerja, jentera, bahan kimia dan kos-kos lain yang berkaitan (selepas ini dirujukkan sebagai `Kos Pengurusan tersebut) bagi selepas tempoh LIMA (5) TAHUN pertama dari tarikh kerjakerja penanaman kelapa sawit tersebut disempurnakan sepenuhnya hendaklah didahulukan oleh Pemajak. disempurnakan sepenuhnya hendaklah ditanggung oleh

8.

Sebagai balasan kepada Perjanjian ini, Tuan Tanah akan dibayar pajakan atas kadar 70:30 setelah ditolah semua kos pembangunan serta kos penghasilan(Pengusaha 70% Pemililk Tanah 30%) yang dikira pada tahun pertama penghasilan iaitu pada tahun ke enam umur tanaman kelapa sawit.

9.

Kedua-dua pihak kepada Perjanjian ini bersetuju bahawa pajakan dibayar secara 70:30 dari penghasilan bagi keseluruhan tanah yang dimajukan di kawasan tersebut berdasarkan keluasan Tanah tersebut.

10.

Bayaran pajakan tersebut adalah berkuatkuasa selepas LIMA (5) TAHUN dari tarikh kerja-kerja penanaman kelapa sawit tersebut disempurnakan sepenuhnya dan semua hasil kelapa sawit sebelumnya (sekiranya ada) adalah hak Pemajak sepenuhnya.

11.

Sekiranya Pamajak gagal untuk membayar pajakan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan di atas atau melanggar mana-mana syarat Perjanjian ini, tanpa alasan yang munasabah; maka Tuan Tanah adalah berhak untuk memberi kepada Pemajak notis bertulis TIGA PULUH (30) HARI untuk Pemajak membuat bayaran tunggakan tersebut atau mematuhi mana-mana perlanggaran syarat tersebut.

12.

Sekiranya Pemajak gagal membuat bayaran tunggakan tersebut atau mematuhi mana-mana perlanggaran syarat tersebut dalam tempoh TIGA PULUH (30) HARI tersebut maka Tuan Tanah berhak untuk membatalkan Perjanjian ini.

13.

Sekiranya Perjanjian ini dibatalkan oleh Tuan Tanah sebagaimana yang dinyatakan di atas, maka:-

(a)

Pemajak hendaklah menyerahkan pemilikkan kosong Tanah tersebut kepada Tuan Tanah tertakluk bahawa Tuan Tanah hendaklah membayar kepada Pemajak keseluruhan Kos Pembangunan tersebut yang telah dikeluarkan oleh Pemajak terlebih dahulu.

14.

Pemajak hendaklah menyediakan rekod, resit dan dokumen-dokumen yang lengkap yang berkaitan dengan semua kos untuk membangunkan, mengusahakan, menanam dan menguruskan tanaman kelapa sawit tersebut termasuk rekod penjualan hasil tanaman kelapa sawit tersebut sepanjang tempoh Perjanjian ini dan Pemajak hendaklah membenarkan Tuan Tanah memeriksa rekod tersebut sekiranya diminta oleh Tuan Tanah.

15.

Pemajak hendaklah membayar cukai tanah yang dikenakan bagi Tanah tersebut sepanjang tempoh Perjanjian ini dan Tuan Tanah hendaklah membayar caj-caj dan bayaran-bayaran lain yang berkaitan dengan Tanah tersebut selama tempoh Perjanjian ini.

16.

Tuan Tanah dengan mengesahkan dan mengakujanji bahawa Pemajak dan/atau wakilnya dan dan/atau melakukan pekerjanya kerja-kerja berhak yang untuk memasuki, dengan menjalankan berkaitan

penanaman dan pengurusan kelapa sawit di atas Tanah tersebut tanpa sebarang halangan selama tempoh Perjanjian ini. 17. Tuan Tanah hendaklah tidak memindah milik atau kepentingan atau meletakkan sebarang bebanan ke atas Tanah tersebut selama tempoh Perjanjian ini tanpa kebenaran bertulis Pemajak terlebih dahulu. 18. Tuan Tanah tidak berhak untuk menanam apa-apa jenis tanaman di atas Tanah tersebut dalam sebarang keadaan selama tempoh Perjanjian ini.

19.

Tuan Tanah dengan membenarkan Pemajak untuk menanam apa-apa jenis tanaman lain (tanaman kontan) di atas Tanah tersebut dengan syarat seperti berikut:(a) tanaman tersebut tidak mengganggu penanaman dan pembesaran kelapa sawit tersebut;

20.

Pemajak adalah berhak untuk menubuhkan suatu syarikat atau daftar perniagaan dan menyerahkan semua hak dan tanggungan Pemajak di bawah Perjanjian ini kepada syarikat atau daftar perniagaan yang ditubuhkan tersebut termasuk pendaftaran pajakan Tanah tersebut atas nama syarikat atau daftar perniagaan yang ditubuhkan tersebut.

21.

Tuan Tanah, atas permintaan Pemajak; hendaklah menandatangani dan menyerahkan Borang Pajakan, salinan asal Suratan Hakmilik atau sebarang dokumen-dokumen yang berkaitan bagi tujuan pendaftaran pajakan Tanah tersebut di Pejabat Tanah berkaitan atas nama Pemajak atau atas syarikat atau daftar perniagaan yang ditubuhkan tersebut.

22.

Pemajak, dengan kos dan perbelanjaan sendiri; adalah berhak untuk memfailkan kaveat persendirian atau sekatan kepentingan lain ke atas hakmilik Tanah tersebut bagi menjamin hak dan kepentingan Pamajak di bawah Perjanjian ini sepanjang tempoh Perjanjian ini. Pemajak, dengan kos luput. dan perbelanjaan sendiri; hendaklah membatalkan kaveat persendirian atau sekatan kepentingan tersebut setelah Perjanjian ini

23.

Tuan Tanah dengan ini membenarkan dan memberikuasa kepada Pemajak untuk berurusan dengan mana-mana Pihak Berkuasa berkaitan untuk sebarang urusan yang berkaitan dengan Tanah Tersebut bagi pihak

Tuan Tanah termasuk untuk menerima sebarang bayaran, pampasan atau gantirugi bagi pihak Tuan Tanah sepanjang tempoh Perjanjian ini. 24. Tuan Tanah dengan ini membenarkan dan memberikuasa kepada Pemajak untuk membuat jalan atau kemudahan lain di atas Tanah tersebut bagi memudah urusan pembangunan, penanaman dan pengurusan tanaman kelapa sawit tersebut termasuk berurusan dengan mana-mana Pihak Berkuasa yang berkaitan bagi maksud membuat jalan atau kemudahan lain tersebut. 25. Sekiranya Tuan Tanah melanggar atau gagal atau enggan mematuhi mana-mana syarat Perjanjian ini yang menyebabkan Pemajak tidak boleh meneruskan pembangunan, penanaman atau pengurusan tanaman kelapa sawit tersebut, tanpa alasan yang munasabah; maka Pemajak adalah berhak untuk memberi kepada Tuan Tanah notis bertulis TIGA PULUH (30) HARI untuk Tuan Tanah mematuhi mana-mana perlanggaran syarat tersebut. 26. Sekiranya Tuan Tanah gagal mematuhi mana-mana perlanggaran syarat tersebut dalam tempoh TIGA PULUH (30) HARI tersebut maka Pemajak berhak untuk membatalkan Perjanjian ini. 27. Sekiranya Perjanjian ini dibatalkan oleh Pemajak sebagaimana yang dinyatakan di atas, maka:(a) Tuan Tanah hendaklah membayar kepada Pemajak keseluruhan Kos Pembangunan tersebut yang telah dikeluarkan oleh Pemajak; (b) Tuan Tanah hendaklah membayar gantirugi kepada Pemajak berdasarkan anggaran keuntungan yang akan diperolehi sekiranya Perjanjian ini diteruskan;

(c)

Pemajak berhak untuk mengambil semua hasil tanaman kelapa sawit di atas Tanah tersebut dari tarikh pembatalan Perjanjian sehingga Tuan Tanah membayar sepenuhnya kepada Pemajak semua bayaran-bayaran tersebut di atas;

(d)

Semua kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan tuntutan bayaran tersebut dan kos-kos berkaitan termasuk kos guaman hendaklah ditanggung oleh Tuan Tanah.

28.

Sekiranya Perjanjian ini luput atau dibatalkan sebagaimana yang dinyatakan di atas, maka Pemajak hendaklah menyerahkan semula pemilikkan kosong Tanah tersebut dan dokumen-dokumen berkaitan kepada Tuan Tanah dalam tempoh TIGA PULUH (30) HARI dari tarikh luput atau pembatalan Perjanjian ini atau dari tarikh penyelesaian sebarang bayaran atau tuntutan yang tertunggak (yang mana terkemudian) tanpa sebarang bebanan terhadap Tanah tersebut.

29.

Tanpa sebarang prejudis kepada klausa-klausa di atas, Perjanjian ini boleh dilanjutkan kepada suatu tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak kepada Perjanjian ini dengan syarat-syarat yang sama.

30.

Semua kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan penyediaan dan perlaksanaan Perjanjian ini, pajakan Tanah tersebut dan kos-kos berkaitan termasuk kos guaman hendaklah ditanggung oleh Pemajak.

31.

Perjanjian ini hendaklah mengikat kepada semua pengganti dalam hakmilik Tanah tersebut atau waris-waris atau penerima serahan hak yang dibenarkan dan wakil peribadi bagi kedua-dua pihak. ******************************************

ADALAH

DENGAN

INI

semua

pihak

kepada

Perjanjian

ini

menandatangani Perjanjian ini setelah membaca, memahami dan bersetuju dengan syarat-syarat dan terma-terma Perjanjian ini.

DITANDATANGANI oleh } TUAN TANAH di hadapan Saksi: Nama No. K/P: : } } .

DITANDATANGANI oleh } PEMAJAK di hadapan } } . MOHD ANUAR BIN AJIT (NO. K/P: 661201-08-5097) Saksi: Nama No. K/P: :

10

JADUAL A SALINAN PELAN KAWASAN (Jadual A ini hendaklah dibaca dan difahami sebagai sebahagian dari syarat-syarat Perjanjian ini)

11

JADUAL B SALINAN SURATKUASA PENTADBIRAN (Jadual B ini hendaklah dibaca dan difahami sebagai sebahagian dari syarat-syarat Perjanjian ini)

12

JADUAL C SALINAN KAD PENGENALAN DAN RESIT DAN SURAT PENGESAHAN JURUKUR (Jadual C ini hendaklah dibaca dan difahami sebagai sebahagian dari syarat-syarat Perjanjian ini)

13

You might also like