You are on page 1of 10

Jenis-Jenis-jenis Karangan

Karangan umum terdiri daripada karangan berformat dan tidak berformat.

Karangan Berformat Karangan dalam bahagian ini terdiri daripada syarahan, ucapan, ceramah, perbahasan, rencana, laporan, surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, wawancara, ulasan buku, cerpen dan drama. Setiap bentuk karangan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri, seperti berikut: 1. Perbahasan, ceramah, syarahan, ucapan (menghadap majlis/kata alu-aluan, penghargaan kepada audien seperti ucapan tuantuan dan puan-puan, penutup) 2. Surat kiriman rasmi (nama dan alamat pengirim, nama dan alamat penerima, tarikh, menghadap surat, tajuk, tandatangan) 3. Rencana, laporan, cerpen (tajuk, nama penulis) 4. Wawancara (pendahuluan, berbentuk dialog) 5. Ulasan buku (judul buku, nama penulis, nama penerbit, nama pengulas) 6. Skrip drama (judul drama, nama penulis, latar tempat/masa, dialog)

Karangan Tidak Berformat Karangan tidak berformat merangkumi kategori penulisan yang berikut, iaitu perbincangan/bincangkan, perbahasan/bahaskan, ulasan, komen, fakta, pendapat, penjelasan/jelaskan, cadangan, gambaran/imaginasi

Jenis Karangan :

A. Karangan Berformat 1. Jenis Surat Kiriman Rasmi

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi Karangan jenis Ucapan Karangan jenis Syarahan Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara Karangan jenis Berita Karangan jenis Catatan Diari Karangan jenis Laporan Karangan jenis Perbahasan

10. Kad Jemputan

Jenis dan soalan penulisan UPSR tahun-tahun lepas TAHUN 1987 Soalan 1 JENIS KARANGAN DAN SOALAN - karangan jenis Ransangan Kata (Ucapan)

Kamu seorang Ketua Murid. Kamu dikehendaki berucap di Majlis Perpisahan Murid-murid Tahun Enam. Guru-guru akan hadir di majlis itu. Tuliskan ucapan tersebut. Kamu hendaklah menggunakan perkataan dan rangkai kata yang diberikan di bawah ini. -terima kasih - dikenang - mengajar - jasa guru - minta maaf bagi pihak murid-murid Tahun Enam - jangan seperti kacang lupakan kulit - di sekolah yang baru nanti. Soalan 2 - karangan jenis Dialog

1988

Pagi itu hujan. Kamu hendak pergi ke sekolah. Kamu hendak menumpang kereta bapa kawan kamu. Tuliskan perbualan telefon mengenai perkara tersebut antara kamu dengan kawan kamu itu. Soalan 1 - karangan jenis Ransangan Kata (surat kiriman tidak rasmi) Kamu tinggal bersama nenek di kampung kerana bapa kamu bekerja di tempat lain. Tuliskan sepucuk surat kepada bapa kamu meminta kebenaran daripadanya untuk menyertai rombongan sekolah melawat ke tempat-tempat menarik di negeri kamu. Kamu bolehlah menulis surat itu berpandukan isi-isi penting di bawah ini. a) tarikh rombongan akan diadakan

b) c) d)

tujuan lawatan diadakan jumlah wang yang diperlukan tempat-tempat yang hendak dilawati - karangan jenis fakta /perbincangan

Soalan 2

1989

Murid-murid tidak digalakan tidur lewat malam. Berikan sebabsebab mengapa murid-murid patut tidur awal. Soalan 1 - karangan jenis Temuramah / Dialog Kamu telah dilantik untuk menemu ramah guru kelas kamu yang akan bertukar ke sekolah lain. Temu ramah tersebut akan disiarkan dalam mejalah sekolah. Tuliskan temu ramah tersebut. Soalan 2 Bersiri - karangan jenis berpandukan Ransangan Gambar

1990

Lihat gambar-gambar di bawah. Tuliskan sebuah karangan tentang gambar-gambar ini mengikut urutan cerita. Soalan 1(a) - karangan jenis Melengkapkan Cerita Lengkapkan cerita di bawah. Pada petang itu aku tinggal seorang diri di rumah. Ayah dan emak masih belum pulang. Tiba-tiba kedengaran bunyi satu letupan yang begitu kuat. Aku segera ATAU Soalan 1(b) - karangan jenis Autobiografi

Saya sepasang kasut Soalan 2 - karangan jenis berpandukan gambar tunggal

1991

Lihat gambar di bawah. Tuliskan sebuah karangan tentang gambar itu. Soalan 1(a) - karangan jenis Syarahan Kamu mewakili sekolah kamu dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan itu ialah Perlunya Murid-murid Mematuhi peraturan Sekolah. Tuliskan syarahan kamu itu. ATAU Soalan 1(b) - karangan jenis Dialog

Kamu sedang berbual dengan seorang kawan kamu. Perkara yang dibualkan ialah tentang cara-cara mengindahkan kawasan sekolah kamu. Tuliskan dialog antara kamu dengan kawan kamu itu. Soalan 2 - karangan jenis berpandukan Gambar Tunggal Soalan 1(a) - karangan jenis Fakta Masa sangat berharga. Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara menggunakan masa dengan sebaiknya. ATAU Soalan 1(b) - karangan jenis Fakta / Pendapat

1992

Sebagai anak, kita mestilah berusaha untuk menggembirakan ibu bapa kita. Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara kita boleh menggembirakan ibu bapa kita. Soalan 2 - karangan jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi

1993

Kamu mengikuti keluarga kamu berpindah ke tempat lain. Tuliskan sepucuk surat kepada kawan kamu menceritakan tentang pengalaman di tempat baharu itu. Soalan 1(a) - karangan jenis Cerita Suatu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Tuliskan sebuah karangan tentang peristiwa tersebut. ATAU Soalan 1(b) - karangan jenis Melengkapkan Cerita

Jika saya mempunyai wang yang banyak, saya akan Lengkapkan karangan di atas. Soalan 2 - karangan jenis Laporan

1994

Pada masa cuti sekolah yang lalu, kamu telah menyertai rombongan melawat beberapa tempat. Kamu telah diminta oleh guru kamu menyediakan satu laporan tentang lawatan itu. Tuliskan laporan kamu selengkapnya. Soalan 1(a) - karangan jenis Dialog Kamu sedang berbual-bual dengan rakan kamu. Perkara yang dibualkan ialah tentang cara-cara menjaga kesihatan badan. Tuliskan dialog antara kamu dengan kawan kamu itu. ATAU

Soalan 1(b)

- karangan jenis Syarahan

Kamu mewakili kelas kamu dalam satu pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan itu ialah Faedah Bersukan. Tuliskan syarahan kamu itu. Soalan 2 - karangan jenis Melengkapkan Cerita

Lengkapkan cerita di bawah. Waktu itu aku sedang bermain-main di halaman rumahku. Tiba-tiba aku terlihat asap tebal berkepul-kepul naik ke udara. Aku terus Soalan 1(a) - karangan jenis Cerita Kita dapat mengetahui pelbagai cerita aneh dengan membaca buku, mendengar cerita, dan menonton televisyen. Tuliskan sebuah cerita aneh atau ganjil yang kamu tahu. ATAU Soalan 1(b) - karangan jenis Gambaran

1995

Kamu menyaksikan satu sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan. Tuliskan sebuah karangan tentang sambutan itu. Soalan 2 - karangan jenis Surat Kiriman Rasmi

1996

Ibu bapa kamu telah menziarahi saudara kamu yang sakit di kampung. Mereka tidak dapat balik ke rumah oleh sebab yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa menjaga adik-adik kamu. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu menyatakan sebab-sebab kamu tidak dapat hadir ke sekolah pada hari itu. Soalan 1(a) - karangan jenis Fakta / Pendapat Kita perlu menjaga kebersihan diri dan kawasan tempat tinggal kita setiap masa. Tuliskan cara-cara kamu menjaga kebersihan diri dan kawasan tinggal kamu. ATAU Soalan 1(b) - karangan jenis Fakta

Kita semua digalakkan membaca. Tuliskan faedah-faedah yang boleh kamu dapati daripada membaca.

Soalan 2

- karangan jenis Perbualan / Dialog

Rakan kamu telah terpilih sebagai murid cemerlang. Kamu telah berbual dengan dia tentang kejayaannya itu. Tuliskan perbualan kamu dengan kawan kamu itu. Soalan 1(a) - karangan jenis Ucapan Sekolah kamu telah mengadakan majlis bagi mengenang jasa ibu bapa yang telah mendidik dan mengasuh kamu. Majlis tersebut dinamakan, Majlis Mengenang Jasa. Sebagai ketua murid, kamu diminta memberi ucapan pada majlis tersebut. Sediakan ucapan kamu selengkapnya. ATAU Soalan 1(b) - karangan jenis Syarahan

1997

Kamu ingin mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan yang akan diadakan di sekolah kamu. Tajuk syarahan ialah Pentingnya kerjasama di Kalangan Murid. Tuliskan syarahan tersebut selengkapnya. Soalan 2 - karangan jenis Situasi

Kamu telah terlewat untuk pergi ke sekolah. Kamu masih mahu pergi ke sekolah pada hari itu kerana ada ujian. Ceritakan bagaimana cara kamu pergi ke sekolah dan apa yang kamu lakukan setelah sampai di sekolah. Soalan 1a - karangan jenis Soalan 1b Soalan 2 Soalan 1a Soalan 1b Soalan 2 Soalan 1a Soalan 1b - karangan jenis - karangan jenis - karangan jenis - karangan jenis - karangan jenis - karangan jenis - karangan jenis

1998

1999

2000

Soalan 2

- karangan jenis

Surat rasmi: Memesan buku


193,Jalan Hijau, Taman Hijau, 48000 Rawang, Selangor darul Ehsan

Tuan Pengurus, Syarikat Gemilang Sdn.Bhd, 10,Jalan Berlian, 42700 Banting. Memesan Buku-buku Rujukan UPSR

10 Mac 2011

Berhubung perkara di atas, saya Saravanan a/l Raja ingin memesan beberapa buah buku rujukan terkini seperti dinyatakan di bawah ini: a. Bahasa Malaysia Sempurna UPSR b. Matematik Dinamik Tahun 6 c. Bahasa Inggeris Cemerlang Tahun 6 Jumlah RM8.80 RM12.00 RM10.00 RM30.80

2. Bersama-sama surat ini saya sertakan wang pos yang bernilai RM35.00(Ringgit Malaysia Tiga puluh lima sahaja) termasuk wang belanja pos tuan. Nombor wang pos ialah T1165370 3. Saya berharap agar pihak tuan dapat menghantar buku-buku tersebut dengan segera kerana saya ingin memulakan persiapan untuk peperiksaan UPSR. 4.Kerjasama pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, Yang benar, __________ (_________________)

Surat tidak rasmi:Menghadiri Perkhawinan kakak


No.193,Jalan Ros, Taman Wijaya, 73200 Gemenceh, Negeri Sembilan Darul Khusus. 11 Jun 2011. Menemui saudara kim Cheng yang kini berada di Tanjung Malim, semoga sihat walafiat. Saudara, Apa khabar saudara sekeluarga? Saya berharap agar saudara sekeluarga sihat sejahtera.Sudah lama kita tidak berutus surat. Bagaimana pula keadaan di sekolah saudara? Tujuan saya mengirim surat ini adalah untuk menjemput saudara ke majlis perkhawinan kakanda saya. Saya percaya bahawa kehadiran saudara akan menambahkan kegembiraan saya. Selain itu, saudara akan berpeluang untuk menyaksikan adat istiadat kaum India menjalankan majlis perkhawinan. Saudara,

Perkhawinan kakanda itu akan berlangsung pada 28 Jun 2011 di Dewan Raya Gemenceh. Saya amat berharap saudara dapat datang ke rumah saya pada 26 Jun 2011. Setakat ini sahaja kali ini. Sampaikan salam rindu saya kepada seisi keluarga saudara. Sekian,terima kasih. Sahabatmu, ------------------(SUJEN A/L BALAJI)

Laporan Kempen membaca Persatuan Bahasa Malaysia, SJK(T) Ladang Juasseh telah berjaya menganjurkan Kempen Membaca selama 4 hari iaitu mulai 15 Jun 2011 hingga 18 Jun 2011. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 4 hari itu adalah seperti berikut: 1. Pameran Buku Pameran buku ini diadakan pada 15 Jun 2011 di dewan sekolah. Beberapa syarikat penerbitan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Penerbitan Uma dan lain-lain telah diundanguntuk turut serta dalamm pameran ini. 2. Pertandingan Bercerita Pertandingan bercerita pula diadakan pada 16 Jun 2011 pada pukul 2.00 petang.Pertandingan ini dibuka kepada murid-murid Tahunsatu hingga tahun 6. Guru Besar member hadiah kepada para pemenang.

3. Mendeklamasikan Puisi Pertandingan ini telah diadakan pada 17 Jun 2011 pada pukul 2.00 petang di dewan sekolah.Seramai 25 peserta telah mengambil bahagian . Yang dipertua PIBG sekolah telah member hadiah kepada para pemenang. Laporan disediakan oleh: ____________ SARAVANAN A/L JEWAJOTHI, Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia, SJK(T) ladang Juasseh.

Berita: Kemalangan di Lebuh Raya Seremban, Jumaat- Tiga orang terbunuh dan tiga orang cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di lebuh raya Seremban-Kuala Lumpur. Dalam kejadian ini sebuah Kereta jenis Wira telah merempuh sebuah motosikal Yahama. Menurut laporan polis, lima orang telah terbunuh pada tempat kejadian dan seorang pula kini berada dihospital dalam unit rawatan rapi. Pasukan bomba yang bergegas ke tempat kejadian telah mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta. Menurut pihak polis sehingga hari ini ketiga-tiga mayat belum dituntut oleh ahli keluarga. Pihak polis masih berusaha untuk menghubungi ahli keluarga mangsamangsa kemalangan itu.

You might also like