You are on page 1of 28

SEJARAH SENI BARAT Sejarah seni adalah satu rakaman ataupun catatan peristiwa yang telah berlaku pada

masyarakat terdahulu.Ianya melibatkan kehidupan,budaya,aktiviti,tempat,situasi dan masa.Dalam proses mempelajari sejarah seni ini ianya tidak akan lari daripada melibatkan faktor-faktor uatam seperti masa,budaya,tempat dan situasi.Selain daripada faktor-faktor tersebut,sudah semestinya melibatkan tokoh dan karya yang telah mereka hasilkan.Michelenglo misalnya terkenal dengan hasil karyanya seperti Madonna and Child,Adam Creation dan banyak lagi hasil seninya yang masih lagi menjadi rujukan sejarah dan juga pelukis serta pereka pada masa kini. Dalam proses mempelajari sejarah seni pengetahuan tentang perkembangan seni pada awal penemuan hinggalah sekarang amat penting sekali.Daripada situlah kita dapat mengetahui bagaimana aktiviti-aktiviti dan perkembangan sesuatu masyarakat itu.Contohnya pada zaman Impressionist, karya-karya yang dihasilkan oleh Renoir,John Constable,Monet boleh dikatakan menggambarkan aktiviti-aktiviti social dan rakaman keindahan alam semula jadi yang begitu natural sekali digambarkan.Begitu juga dengan catan gua batu yang terawal ditemui di Lascaux Cave di kawasan selatan Perancis.Catan gua dipercayai dihasilkan di antara 15,000-10 000 tahun sebelum Masihi iaitu di penghujung zaman Paleolitik.catan ini adalah gambaran sekumpulan lembu yang sedang bergaduh,yang berukuran kira-kira 18 kaki tinggi yang dihasilkan dengan menggunakan batu di atas permukaan gua tersebut. Andy Warthol misalnya dalam hasil-hasil karyanya begitu optimis sekali menggambarkan tentang pop dan kontemporari imej.Beliau juga boleh dikatakan sebagai pelukis yang amat Berjaya dalam zaman Pop Art ini.Imej-imej seperti Elvis Presley dan Marilyn Monroe dijadikan sebagai subjek yang utama bagi

menghasilkan karya-karyanya.Beliau jiga telah mengeksploitasikan imej-imej tersebut secara maksimum.Dari lewat hasil karya beliau boleh dijadikan kesimpulan bahawa unsur-unsur persekitaran dan imej-imej yang popular di zaman itu juga sangat kuat dalam mempengaruhi perkembangan dan penghasilannya. Sebenarnya seni ini bermula sejak zaman Pra Sejarah lagi.Menurut Sarah P dan Duane,P (1995) di dalam buku mereka memberikan tafsiran bahawa Seni Pra Sejarah itu adalah merupakan rakaman peristiwa tentang manusia dan aktiviti mereka di masa lampau.Rakaman peristiwa dan aktiviti yang berlaku itu terjadi serentak dan tempatnya sahaja yang berbeza.Zaman Pra Sejarah ini terbahagi kepada 3 zaman yang utama iaitu Zaman Peleolitik(35 000- 8000 sebelum Masihi),Zaman Mesolitik (25 000-8000 sebelum Masihi) dan Zaman Neolitik (1500-6000 sebelum Masihi).Pada zaman Paleolitik,mereka sudah mula menghasilkan hiasan diri dengan menggunakan tebukan pada tulang serta di pasang tali untuk digantungkan di leher dan di telinga.Di samping itu juga mereka juga mula melakar dan melukis di dinding-dinding gua batu sebagai ritual kepercayaan dan amalan yang mendorong kepada aktiviti pemburuan.Sebagai contoh catan gua yang dipercayai terawal ditemui adalah di Gua Lascaux berhampiran dengan bandar Montignac di bahagian Selatan Perancis.Selain daripada Gua Lascaux catan gua yang terawal ditemui juga di Gua Altamira di Utara Sepanyol. Subjek-subjek utama yang menjadi hiasan catan gua pada zaman ini ialah bison,mammoth,ibex dan kuda.Terdapat juga imej figura manusia digunakan tetapi sebagai imej sampingan yang dilukis bersaiz kecil sahaja berbanding dengan subjek-subjek utama.Selain daripada catan pada zaman ini juga terdapat arca-arca yang telah mereka hasilkan dengan menggunakan batubatu dan juga tulang-tulang binatang.Contoh arca yang terawal ditemui ialah Venus of Villendorf

Pada zaman Mesolitik,mereka juga menghasilkan catan di dalam gua yang mereka diami.Subjek-subjek yang digunakan juga hamper sama dengan zaman Paleolitik iaitu seperti imej-imej bison dan ibex.Pada zaman Neolitik juga menghasilkan hasil seni yang berbentuk catan namun terdapat sedikit perbezaan berbanding zaman-zaman sebelumnya.Catan-catan yang dihasilkan menggunakan warna.Mereka telah mula menghasilkan warna sendiri dengan menggunakan bahan-bahan galian.Arca juga dihasilkan menggunakan tanah liat dan batu kapur dan arca-arca yang dihasilkan ialah figura yang berbentuk wanita.Ia dikatakan lambing kepada Dewi Kesuburan yang menjadi kepercayaan mereka.Pada zaman Neolitik juga,masyarakatnya juga mula membuat binaan yang bersaiz besar.Kebanyakan seni binanya berbentuk kepada tugu peringatan. Contohnya Stonehenge yang terletak di Salisbury Plain,Wiltshire di England. Seni pada zaman Yunani terbahagi kepada 3 zaman iaitu Zaman Arkaik(650-480 Sebelum Masihi),Zaman Klasikal (480-323 Sebelum Masihi) dan Zaman Hellenistik (323-31 sebelum Masihi).Pada zaman Arkaik,kebanyakan pelukis pada zaman ini menzahirkan karya-karya mereka pada permukaan pasu yang dibuat daripada seramik dan juga pada panel-panel pada dinding.Pada zaman ini juga pelukis menghasilkan karya berdasarkan kepada pemerhatian secara terus pada subjek daripada pemerhatian yang menyeluruh.Selain itu juga, pada zaman ini juga telah muncul satu teknik baru dalam menghasilkan catan pada pasu yang dikenali sebagai Red Figure.Pelukis bertanggungjawab dalam memperkenalkan teknik Andokides.Gaya teknik ini adalah di mana beliau mewarnakan latar belakangnya kehitaman manakala objek atau figuranya diwarnakan dengan kemerah-merahan.Penghasilan arca pada zaman ini juga tidak kurang hebatnya.Arca yang dihasilakan dibuat daripada ukiran batu dan tembaga yang dibentuk melalui acuan (bronze casting).Kebanyakan arca yang dihasilkan pada zaman ini bertemakan figura manusia dan bersaiz sebenar.(lifesize).Arca-arca yang dihasilkan juga berbentuk manusia tanpa pakaian (nude

figure sculpture).Kebanyakan arca-arca figura ini adalh gambaran pemuda Greek yang berbentuk gagah perkasa yang dipanggil Kouros. Pada zama Klasikal merupakan zaman kesempurnaan dalam penghasilan seni arca.Seni catan kurang menyerlah pada zaman ini.Di mana zaman ini arca yang dihasilkan adalah lebih sempurna dari segi anatomi dan ketepatan bentuk manusia.Kebanyakan arca-arca yang dihasilkan adalah lebih ideal dan natural berbanding dengan zaman Arkaik dimana pengarca kurang memberi penekanan kepada yang teliti pada bentuk dan anatomi figura.Sebagai contoh Warrior adalah salah satu contoh arca berbentuk figura manusia yang dihasilkan begitu ideal dan sempurna sekali.Arca ini dihasilkan dengan menggunakan tembaga.Kebanyakan pengarca pada zaman klasikal ini menggunakan tembaga dan batu marmar unutk menghasilkan karya-karya mereka.Seperi juga zaman Arkaik,arca-arca yang dihasilkan bertemakan figura manusia yang berbogel.Pada zaman ini,terdapat pengarca yang sangat terkenal iaitu Myron,Polyclitus dan Phidias. Pada zaman Hellenistik,bermulanya isu nilai-nilai estetika yang diperkatakan oleh golongan cerdik pandai.The Laocoon Group adalah arca yang terkenal pada zaman ini.Pengarca dan pelukis pada zaman ini menghasilkan karya berdasarkan aktiviti harian,sejarah,mitos,juga potret yang menjadi lambing kemegahan dan kebanggaan golonga bangsawan.Secara keseluruhannya boleh dikatakan pada zaman Hellenistik adalah zaman kesempurnaan dan ideal dalam herarki zaman Yunani,Ia juga menunjukkan tentang hasil seni dan seni binanya adalah dinamik dan lebih menyerlah berbanding dengan zaman Arkaik dan zaman Klasikal sebelum ini.

Di antara bangunan yang mempunyai reka bentuk yang menarik ialah Partheon yang terletak di Acropolis,Athens.Athens adalah merupakan pusat perkembangan seni,sastera,seni bina,ilmu falsafah dan juga pusat pentadbiran kerajaan.Reka bentuknya adalah berdasarkan pada struktur reka bentuk kuil tradisi di mana asas binaannya berdasarkan pada kolum-kolum yang menegak sebagai tiang sokongan utama iaitu Kolum Doric,Kolum Ionic, dan Kolum Corinthian. Seni Roman (Rumawi) adalah merupakan seni yang lahirnya di bawah pemerintahan Rumawi.Zaman ini adalah merupakan zaman bagi ekpresi seni yang mempunyai nilai-nilai estetika yang sangat tinggi.Ianya adalh merupakan gabungan di antara dua zaman iaitu Zaman Republik dan Zaman Empayar.Di zaman ini juga rata-rata pengkarya menghasilkan karya berdasarkan pada kemuliaan,keutuhan dan keteguhan empayar Rom itu sendiri.Ianya amat berbeza sekali daripada Zaman Yunani yang lebih mementingkan kepada kehidupan dan perkembangan setempat.Pelukis-pelukis pada zaman Roman ini juga menggabungkan berbagai-bagai unsur dan elemen tambahan bagi menampakkan kesan-kesan kemewahan yang berlebihan. Catan dinding seperti Roman Wall Detail of West in a Villa at Boscoreale yang menggunakan bahan fresco ini dihasilkan dengan gaya dan persembahan Roman yang begitu tipikal sekali.Dalam catan dinding ini unsur unsur penggunaan perspektif lansung tidak diberikan penekanan bagi menunjukkan ruang di antara Latar Depan,Latar Tengah dan Latar Belakang.Pelukisnya hanya menggunakan saiz objek sahaja bagi menunjukkan ketiga-tiga latar ini.Dalam catan dinding ini apa yang dilukis cuba diketengahkan adalah jalinan diantara rupa,paten,warna dan kepelbagaian saiz objek daripada menunjukkan ruang ilusi 3 dimensi(3D).Empat gaya utama yang diberikan penekanan dalam penghasilan catan dinding pada zaman ini ialah Incructation,Architectural,Omate,Intricate.

Selain daripada seni catan seni arca juga merupakan salah satu cabang karya seni sangat popular di zaman Roman ini.Berdasarkan sikap Rome yang begitu kuat serta cenderung kepada materalistik dan mahukan secara praktikal ianya sedikit sebanyak arca-arca mana ia mempengaruhi yang dihasilkan penghasilan adalah teliti dan arca pada zaman potret sekali ini.Kebanyakan individu,yang dihasilkan begitu bermotifkan sempurna

peniruannya.Kualiti pada zaman Roman ini begitu mementingkan mutu penghasilannya,ini jelas sekali boleh dilihat pada arca yang berjudul Female Potrait yang menggunakan batu marmar dan bersaiz sebenar. Seni bina adalah pencapaian terbaik pada zaman roman ini.Rata-rata reka bentuk binaan bangunannya adalah banyak dipengaruhi dan didominasikan oleh gaya seni bina zaman Yunani.Kebanyakan rugu bangunan-bangunan sebagai tanda yang dibina adalah dan berkonsepkan peringatan kekuatan,kebesaran

kemasyuran empayar Rome. Pada zaman ini arkitek-arkiteknya tidak menggunakan batu marmar seperti zaman Yunani.Ia sangat mahal dan susah diperoleh.Konkrit digunakan secara meluas kerana ianya mudah diperolehi.Pada peringkat awal mereka cuba mencipta bahan-bahan konkrit daripada campuran pazzonala iaitu sejenis batu yang diperolehi daripada kawasan gunung berapi dan mencampurkannya dengan batu kapur. Mereka menggunakan bahan campuran ini untui membina tembok,kubah dan juga lengkungan pada bumbung bangunan yang dibina.Diantara jenis-jenis seni pada zaman Roman ini adalah seperti dan kuil-kuil Truimphal ibadat,apartment,Bath,Amphiteater,Jambatan,Basilica

Arch.Bahan-bahan yang digunakan untuk membina amphiteater ini terdiri daripada batu dan tufa.Di bahagian luar bangunan ini terdapat banyak kolum-

kolum lurus dibina bagi menyokong struktur binaannya.Kolum-kolum ini bercirikan pada zaman Yunani.Ampiteater ini juga boleh menampung penonton sehingga 50000 orang.Di bahagian dalamnya terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu Arena,Porodium,dan Cavea. Renaissanse membawa maksud kebangkitan dan kelahiran semula seni dari zaman Yunani dan zaman Rumawi.Seni dari zaman Renaissanse ini juga merupakan reaksi dan juga tindak balas terhadap Zaman Pertengahan.Kebanyakan karya yang dihasilkan pada zaman ini melibatkan tema-tema keagamaan yang terdapat dalam Bibble(keagamaan), mitologi, seja rah ,potret dan juga tubuh badan manusia.Seni zaman Renaissane terbahagi kepada tiga zaman utama iaitu Zaman Awal Renaissance, Zaman Kegemilangan Renaissance, ini.Beliau manusia.Di juga dan Zaman Akhir seorang Renaissance.Pada pelukis beliau yang zaman awal karya unsur Renaissance,Giotto di Bonde adalah perintis serta pembawa laluan kebankitan merupakan menghasilkan menggunakan berdasarkan kepada perasaan dan juga sifat semula jadi dan tingakah laku dalam karya-karyanya banyak cahaya,ruang,mood suasana semula jadi yang realistic. Dalam karyanya yang berjudul Lantation yang dilukiskan pada dinding di Padua Arena Chapel,Itali pada sekitar tahun 1305.Dia menggunakan fresco.Mural yang dihasilkan ini bertemakan keagamaan.Pelukis lain yang terkenal pada era ini ialah Allessandro di Mariano di Vanni Filipepi ataupun dikenali sebagai Sandro Botticelli.Beliau juga dikenali sebagai Master of Mythology .Di antara karyanya yang terkenal ialah The Birth of Venus yang dihasilkan menggunakan bahan tempera dan bahantaranya adalah kanvas linen. Pada zaman Kegemilangan Renaissance inilah merupakan zaman kemuncak seni di Itali.Pada zaman ini,corak persembahan hasil karya adalah sama dengan zaman kebangkitannya.Namun,pada nilai-nilai estetika yang zaman ini,pengkaryanya dan begitu memberatkan kesempurnaan. keterlaluan mementingkan

Di antara pelukis yang termasyur dan terkenal pada zaman kegemilangan Renaissance ini ialah Leonardo Da Vinci (1452-1519).Beliau meruakan seorang seniman yang sangat cekap dan pintar.Oleh itu beliau juga dikenali sebagai ahli sains,pengarca,pereka,penganalisis dan arkitek.Tidak hairan beliau juga dikenali sebagai uomo universal kerana kepintarannya dan selain itu dikenali sebagai Master of All Sciences.Beliau juga adalah merupakan simbol keunggulan zaman Renaissance di Itali.Di antara karyanya yang terkenal ialah Mona Lisa. Pada zaman Akhir Renaissance kebanyakannya catan,arca,dan seni bina menjadi fokusutama dalam zaman ini berdasarkan kepada keagamaan,mitologi dan potret.Di segi penggunaan bahan dan bahantaranya juga masih sama iaitu cat minyak,kanvas linen,fresco dan marble bagi penghasilan karya.Pelukis dan pengarca yang terkenal pada zaman ini ialah Michengelo Buonarroti.Di antara karya-karyanya yang terkenal ialah The Creation of Adam yang dihasilkan dengan menggunakan fresco.Catan ini berbentuk mural yang dilukiskan oleh beliau pada siling gereja .Selain itu beliau juga menghasilakan arca menggunakan teknik pahatan(carving).Di antara arcanya adalah bertajuk David yang menggambarkan tentang seorang lelaki gagah perkasa berdiri tanpa berpakaian. Seni bina pada zaman Renaissance merupakan salah satu bidang seni yang sma pentingnya.Kebanyakan seni binanya dipengaruhi oleh gaya zaman Gothik.Dalam reka bentui terikat kepada peraturan matematik di mana ketepatan dan juga keseimbangan amat diberi perhatian.Contohnya arkitek Filippo Brunellesschi adalah yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem ini.Contohnya juga seperti Villa Rotonda yang direka oleh Andre Palladio yang dibina pada tahun 1567 sehingga tahun 1570 di Vicenza di Itali adalah merupakan satu reka bentuk yang sangat unik yang menggabungkan gaya Roman dan Greek dan direka mengikut gaya reka bentuk kontemporari pada

zaman tersebut.

Pada keseluruhannya dapat disimpulkan seni bina zaman

Renaissance ini adalah merupakan kemuncak pada keunikan dalam sejarah seni barat.Ia masih kekal sehingga hari ini sebagai peninggalan sejarah seni yang terlalu tinggi nilai dan mutu pembinaannya. Seni pada zaman awal abad ke19 ini adalah amat penting sekali dalam perkembangan sejarah seni barat.Zaman ini adalah merupakan zaman transisi pertukaran gaya,konsep dan teknik penghasilan karya seni selepas zaman renaissance.Zaman ini juga berlaku revolusii industri yang telah pun mengubah masyarakat,teknologi dan juga budaya kehidupan yang begitu ketara serta drastik sekali.Terdapat tiga revolusi penting yang telah mengubah masyarakat di Barat pada masa ini.Revolusi-revolusi tersebut ialah revolusi Industri di Britain,Revolusi Industri di Amerika dan Revolusi Industri di Perancis.Zaman ini juga dikenali sebagai zaman Penyedaran,(The Enligttenment Era @ The Age of Reason Era).Ekoran daripada revolusi ini berbagai teknologi baru telah ditemui dan dipraktikkan.Pelbagai perubahan telah berlaku dalam hal-hal keagamaan,politik,ekonomi dan masyarakat setempat. Begitu juga dalam bidang seni,revolusi ini juga menyebabkan para penggiat seni mula memecahkan peraturan-peraturan dan urutan tradisi klasik seni lukis dalam proses penghasilan karya.Mereka juga telah mula memecah tradisi lama di mana pelukis ataupun pengarca jarang sekali bercampur gaul dengan masyarakat marhain.Pada zaman ini juga pelukis ataupun pengarca adalah sebahagian daripada masyarakat dan menjadi jurucakap serta perantaraan dengan golongan atasan.Pada zaman ini mereka mendapat sumber kewangan melalui kormesial,galeri,orang perseorangan,golongan korporat yang membeli dan mengumpul hasil karya-karya mereka juga daripada muziummuzium yang mempromosikan seta menjual hasil-hasil karya mereka.

Seni Barat abad ke 19 ini terbahagi kepada tiga era utama yang terdiri daripada seni sebelum Zaman Perang Dunia Pertama,seni selepas Zaman Perang Dunia Pertama,dan seni Akhir Abad ke 19.Seni sebelum Perang Dunia Pertama terdiri daripada era Neo-Klasik,era Romantisme,era Realisme,era Impressionisme dan era Post-Impressionisme.Manakala Seni Selepas Perang Dunia Pertama terdiri daripada era Fauves dan era Ekpressionisme serta era yang terakhir pula terdiri adalah Seni Akhir Abad ke 19 terdiri daripada era Kubisme dan era Fturisme. Era Neo-Klasik ini bermula serentak dengan zaman Revolusi Perancis yang bermula pada tahun 1789.Era ini merupakan permulaan kepada revolusi perubahan dalam gaya penghasilan karya seni barat.Era ini juga bermula di peringkat permulaan revolusi di Perancis.Revolusi ini bermula dengan agresif sekali sehinggalah ianya diarahkan berhenti oleh mahkamah dengan serta merta tanpa diberikan sebab-sebab munasabab. Salah seorang daripada pelukis terkenal dan juga ketua revolusinya adalah Jacques Louis David.Beliau berpendapat bahawa antara seni dan revolusi adalah dua perkara yang utama dalam memperjuangkan demokrasi di Perancis.Dengan nada yang penuh semangat perjuangan beliau menolak sistem pemerintahan cara aristocratic gaya Rocco pada masa itu.Dalam karyanya yang berjudul Oath of The Horath beliau menggunakan gaya penjimatan yang dipanggil Neo-Klasikal.Sarah P dan Duane dalam buku mereka Artform mentakrifkan Neo Klasik sebagai merujuk kepada gabungan di antara dua gaya dari Zaman Klasikal Greek dan Zaman Rome.Kebanyakan subjek yang digambarkan adalah merujuk kepada zaman pemerintahan dan kegemilangan empayar Rom.Dalam catan ini juga David mengambarkan tentang keberanian dan kesanggupan untuk bekorban demi memperjuangkan keadilan.Beliau mengambarkan bagaimana tiga bersaudara sedang menerima tiga bilah pedang daripada bapa mereka sebagai senjata untuk berperang bagi mempertahankan

Empayar Rom.Dalam catan ini juga David mengambarkan tiga bersaudara itu sebagai symbol bagi mewakili masyarakat Perancis yang bersatu-padu berjuang untuk mempertahankan penindasan dan demokrasi. Komposisi secara Geometrik Berstruktur pada imej figura yang memegang pedang menjelaskan lagi bahawa catan ini begitu kuat sekali dipengaruhi oleh catan zaman klasik Greek-Rom.Pada catan ini David menggunakan satu arah cahaya yang kontras bagi menunjukkan kontras diantara latar hadapan,latar tengah dan juga latar belakang.Pakaian yang digunakan oleh figura pada catan ini digambarkan seolah-olah figura ini berada pada zaman Rom.Susunan imej yang menegak dan melintang pada catan ini juga seolah-olah ianya bagaikan satu pentas opera. Bertolak dari kesedaran dan kuasa manusia,maka lahirlah era Romantisme. Era ini adalah merupakan era yang dikenali sebagai era ekspresi emosi.Era ini bermula dari tahun 1825 hingga tahun 1850.Osborne (1970) di dalam bukunya mentalrifkan bahawa Romanticism itu adalah bermula dari perkataan Romances yang mana ia adalah istilah yang popular dari cerita epik percintaan di kalangan penduduk setempat.Romantisme ini juga merujuk kepada sikap pada seseorang pengkarya itu,di mana perasaan dan emosi adalah lebih penting berbanding dengan alas an kenapa sesuatu karya dihasilkan. Kebanyakan hasil karya yang dihasilkan pada era ini lebih bertemakan pada kebebasan bersuara hak individu.Subjek-subjek utama yang menjadi pilihan untuk pengkarya adalah keindahan alam semula jadi,kehidupan masyarakat luar bandar,masyarakat bawahan,figura-figura yang erotik dan juga sumber-sumber peninggalan sejarah.Sebagai contoh,Francisco Goya adalah seorang daripada pelukis yang terkenal pada era ini.Dalam catannya yang bertajuk The Third of May 1808 yang dihasilkan pada 1814 dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas dan berukuran 89 x 134.

Catan ini adalah gambaran semula secara visual tentang peristiwa kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Napeleon di Puerto del Sol,Sepanyol.Peristiwa pembunuhan dan kekejaman ini berlaku 2 hari bulan 3 bulan Mei tahun 1808 di mana Napeleon telah mengarahkan askar-askarnya menembak setiap rakyat tempatan yang berada di atas jalan raya.Goya menghasilkan catan ini dengan menggunakan teknik cerah dan gelap bagi menimbulkan mood yang dramatic.Beliau mengambarkan bagaimana askar-askar yang ganas dan kejam.Manakala imej igura yang memakai baju putih di tengah-tengah rakyat Sepanyol yang ditembak itu pula ialah pemimpin dan juga ketu kepada kumpulan pemberontak.Catan ini adalah antara catan yang banyak meninggalkan kesan kepada rakyat Sepanyol terhadap kekejaman dan penindasan yang dilakukan oleh tentera Napeoleon terhadap mereka. Selaindaripada Goya,seorang lagi pelukis yang terkenal pada era ini adalah John Constable.Beliau menghasilkan catan yang bertemakan alam semula jadi.Di antara catan yang terkenal ialah The Hay Wain.Catan ini dihasilkan dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas.Karya tersebut mengambarkan tentang landskap dan keindahan alam semulajadi England pada sekitar tahun 1800an. Orvirk (1994) dalam catannya menulis Realisme ini bermaksud hasil seni yang dihasilkan berdasarkan ideology,erotik dan juga nostalgia.Ia juga dihasilkan berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian sebenar.Era ini adalah merupakan lanjutan era Romantisme,Cuma yang menbezakan diantara kedua zaman ini adalah pelukis sudah berani mempamerkan hasil-hasil kerja mereka telah dihasilkan untuk berkongsi pengalaman dan idea dengan masyarakat setempat.Gustave Courbet adalah merupakan seorang pelukis yang terkenal pada era ini.Beliau berbangsa Perancis.Dalam karyanya yang berjudul The Stone Breaker.Catan ini dihasilkan dengan menggunakan cat minyak di atas permukaan kanvas.Dalam catan ini Courbet dengan terang dan jelas sekali

menolak prinsip-prinsip serta formula yang di praktik oleh pelukis dari era NeoKlasikal.Beliau tidak lagi berkarya serta terikat dengan subjek sejarah dan juga keagamaan tetapi sebaliknya dalam catan ini beliau mengambarkan bagaiman golongan bawahan bekerja keras membanting tulang empat kerat untuk mencari rezeki seharian. Saiz yang digambarkan dalam ctan ini adalah bersaiz sebenar bagi mendapatkan impak yang maksimum dan juga penggunaan warna yang gelap dan suram yang mana bertujuan untuk adalah bagi menimbulkan mood sebenar suasana tapak kuari.Beliau juga merupakan pelukis yang pertama menyiapkan catan secara merujuk suasana sebenar dari permulaan catan ini dihasilkan sehinggalah catan ini siap sepenuhnya,Courbet juga percaya dengamerujuk terus kepasa suasana sebenar kita akan mendapat merakamkan suasana yang natural dan bersahaja berbanding dengan pelukis yang melukis di dalam studio yang bergantung sepenuhnya pada lakaran kasar yang telah dibut sebelum itu. Era ini adalah merupakan satu era yang paling besar perubahannya pada pelukis yang menghasilkan catan khususnya.Impressionisme bermakan hasil catan yang dihasilkan adalah berdasarkan pada apa yang sebenar dilihat depan mata bukannya apa yang ditafsirkan oleh minda yang penuh dengan imaginasi.Pada zaman ini pelukismenghasilkan catan berdasarkan pada pengamatan dan pemerhatian secara terus pada suasana ataupun pada objek yang sebenarnya tanpa melakukan sebarang penambahan serta pengubahsuaian.Subjek utama ang dilukis yang digambarkan dalam catan adalah landskap dan alam semulajadi.Bagi mereka cahaya merupakan unsur penting sekali bagi menimbulkan mood dan suasana pada suatu keindahan,Pegangan teguh para impressionisme ialah iaitu cahaya adalah penentu kepada sesuatu keadaan dan suasana,iaitu tanpa cahaya juga tidak akan wujud hari yang terang dan gelap.

Di antara pelukis yang terkenal pada era ini ialah Cloude Monet.Beliau dilahirkan pada tahun 840,di bandar pelabuhan,Le Havre di bahagian Utara Perancis.Di antara catannya yang terkenal adalah Impression Sunrise.Dalam catan Monet tersebut beliau menggunakan warna yang sangat minimum dan sapuan berus yang agak spontan dan kasar bagi menunjukkan latar depan,latar tengah dan latar belakang di samping merakamkan suasana ketika matahari sedang terbit.Selain daripada Monet,Pierre-Auguste juga merupakan salah seorang pelukis yang penting dalam era ini.Contohnya catan beliau yang bertajuk The Luncheon Of The Boating Party yang dihasilkan pada tahun 1881 dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas yang bertemakan tentang aktiviti berparti di kalangan masyarakat Perancis di dalam sebuah bot di dalam Sungai Seine. Zaman Post-impressionist adalah merupakan zaman lanjutan daripada zaman Impre ssionisme.Seorang pelukis dan juga pengkritik berbangsa Inggeris yang bernama Roger Fry,telah pun menggelarkan kumpulan pelukis zaman ini seba gai Post-Impressionisme.Istilah Post ini diambil sempena dengan nama satu kumpulan pengkarya yang bergiat secara aktif pada akhir abad ke 18.Daripada catatan yang dibuat oleh Roger Fry,Post-Impressionisme ini bermaksud pelukis tidak membuat peniruan tetapi sebaliknya mereka mencipta bentuk.Mereka tidak meniru sesuatu objek yang hidup tetapi mereka mencari persamaan dengan objek yang hidup.Di dalam proses catan mereka,imej-imej yang digambarkan adalah secara logic dan nyata.Catan-catan mereka berupaya menarik daya imaginasi dan pengamatan dan sebagaimana objek-objek dari kehidupan yang sebenar mempengaruhi aktiviti-aktiviti seharian kita. Subjek-subjek utama yang menjadi tumpuan para pelukis era ini ialah landskap,figura manusia,alam semulajadi dan aktiviti-aktiviti seharian masyarakat setempat.Walaupun mereka berkarya secara berkumpulan namun

begitu gaya dan corak catan mereka adalah berbeza antara satu sama lain.Setiap pelukis yang menghasilkan catan yang mempunyai Gaya Peribadi dan pendekatan tersendiri.Pada era ini juga ketika proses penghasilan karya,mereka lebih mementingkan penekanan dan perhatian terhadap penilaian bentuk,(form).Penggunaan warna yang kontras,penggunaan garisan kontur yang jelas dan rupa dan sapuan berus yang tepat adalah antara ciri-ciri utama catan ini.Pada era ini juga lahirlah ramai pelukis-pelukis yang tersohor di seluruh dunia dan kemasyuran ini keka sehinggalah ke generasi hari ini.Di antara pelukis tersebut adalah seperti Vincent Van Gogh,Paul Gauguin,Georges Seurat,Paul Cezanne,Henri de Toulouse-Lautrec,Edward Munch dan Henri Rousseau. Contoh karya Geoges Seurat dalam catannya ialah A Sunday on La Grande Jatte yang menggunakan teknik Pointilism dan antara hasil karya Van Gogh terkenal ialah The Starry Night Seni era Fauves ini bermula pada awal abad ke 19.Ianya bermula di Perancis.Karya-karya daripada era ini banyak dipengaruhi oleh karya daripada zaman Post-Impressionisme.Ianya merupakan aliran seni yang sangat mementingkan aspek-aspek keindahan tanpa menitikberatkan pada makna ataupun mesej yang ingin disampaikan.Menurut Acvirk (1994),istilah Fauves telah diberikan oleh seorang pengkritik seni berbangsa Perancis yang bernama Louis Vauxcelless pada satu pameran lukisan di kota Paris.Perkataan Fauves ini berasal daripada erkataan Perancis iaitu De Fauves yang bermaksud binatang liar.Liar yang dimaksudkan disini ialah merujuk kepada penggunaan sapuan berus serta warna dan garisan yang agresif pada catan yang dihasilkan. Subjek utama pada catan era ini adalh landskap,figura,pemandangan dalaman dan juga alam benda.Antara cirri-ciri utama yang terdapat pada karya zaman ini ialah penggunaan warna yang tanpa batasan,warna-warna yang digunakan adalh warna asal yang tidak campur dengan mana-man warna sampingan yang lain,penggunaan sepuan berus yang agresif dan karya yang dihasilkan lebih

memetingkan kecantikan dan tidak mempunyai mesej.Henri Matisse merupakan seorang pelukis yang terkenal pada era in.Beliau juga merupakan pelopor yang utama dalam memperkenalkan era Fauves ini.Dalam karyanya yang berjudul Joy Of Life yang dihasilkan pada tahun 1905-1906 dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas. Dalam catan ini Matisse menggunakan warna-warna utma dan campuran warna kedua bagi menimbulkan suasana yang erotik dan ghairah pada subjek utama yang digambarkan.Beliau juga tidak mengambil berat tentang unsur ruang tetapi lebih menumpukan pada penggunaan warna serta sapuan berus yang agresif.Di samping itu juga beliau tidak memberi penekanan yang sempurna pada subjek figura yang digunakan.Beliau menggunakan susunan warna-warna panas dan sejuk bagi menghasilkan komposisi yang baik.Selain daripada Metisse seorang lagi pelukisayng terkenal pada era ini adalah Andre dreain.Catan-catan yang dihasilkan oleh beliau adalah bertemakan landskap dan pemandangan di pinggiran Sungai Reine di kota Paris.Karya beliau banyak dipengaruhi oleh Vincent Van Gogh.Penggunaan sapuan berus yang agresif dan juga penggunaan warna yang tidak terhad adalh cirri-ciri utama hasil karya beliau.London Bridge adalah salah satu hasil karya beliau yang terkenal yang menggunakan cat minyak di atas kanvas. Menurut Orvirk (1994) Ekpressionisme adalah satu bentuk luahan perasaan dan ketidakpuasan hati seseorang pelukis itu dan kemudiannya perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk visual untuk dikongsi bersama-sama dengan masyarakat.Pada era ini pelukis menghasilkan karya dengan meluahkan perasaan yang terdapat dalam diri mereka.Mereka juga berkarya mewakili perasaan masyarakat tentang ketidakpuasan hati,rasuah,penindasan, kemiski nan dan juga keganasan.Era Ekpressionisme bermula dan berkembang secara aktif di Jerman.Pelukis dari aliran ini terbahagi kepada du kumpulan yang pertama kumpulan yang digelar The Bridge (die Brucke).Pelukis Ekpressionis daripada kumpulan ini menghasilkan karya dengan mengenetepikan dan

menidakkan peraturan akademik.Mereka percaya dengan berkarya secara demikian mereka telah Berjaya menghasilkan satu gaya dan aliran yang baru.Di antara pelukis yang terkenal dari kumpulan ini ialah Street,Berlin.Catan ini menggunakan susunan figura secara menegak dan menggunakan warna-warna gelap bagi mengambarkan suasana suram dan sedih serta penggunaan sapuan berus yang kasar menunjukkan masyarakat pinggir bandar mewah dan berkuasa Kumpulan yang kedua digelar The Blue Rider(der blaue reiter).falsafah dan pegangan daripada kumpulan ini adalah menyedarkan masyarakat tentang nilainilai yang murni dan mesej yang baik pada hasil seni.Beliau percaya bahawa seni itu merupakan satu replica perasaan dalaman seseorang. Contoh catannya yang bertajuk Blue Mountain yang dipengaruhi oleh catan dari era Fauves.Warna-warna utama yang tidak campur dengan sebarang warna lain serta penggunaan sapuan berus yang agresif.Penggunaan warna terang dan gubahan komposisi yang terancang menyebabkan catan begitu menarik sekali.Contoh catan yang lain ialah catan yang berjudul With The Black Arch No:154.Catan ini adalah merupakan gambaran beliau tentang perasaan dan juga penonton pada pentas kehidupan.Catan ini juga gabungan daripada bentuk dan kombinasi warna panas dan warna sejuk bagi mewujudkan satu komposisi yang menarik.Catan ini juga yang terawal yang mula mengaplikasikan gaya abstrak.Di samping nolai estetik yang tinggi,catan ini juga merupakan satu penggayaanbaru dalam penghasilan catan.Beliau juga merupakan seorang pelukis yang sangat berpengaruh pada era ini.Malahan beliau juga dikenali sebagai orang pertama menggunakan pendekatan nonrepretational dan juga pure abstaraction

Era Kubisme ini adalah merupakan era yang banyakmempengaruhi dan menjadi rujukan pelukis pada awal abad ke 20.dalam menghasilkan karya.Era ini bermula pada tahun 1902.Danial utama era Kahnweiler ini.Menurut seorang Sheppard pelukis Jerman merupakan peneraju (1987),Kubisme

bermaksud pemecahan imej ataupun bentuk asal kepada bentuk kiub yang dipermudahkan kepada abstrak.Era ini bermula selepas era Fauvism.era Kubism ini juga dikenali sebagai iu kepada semua jenis seni abstrak.Ianya adalah penggantian kesan visual imressionis dengan penukaran objek kea rah bentuk dan warna yang berkonsepkan intelektual.Konsep Kubism ini adalah untuk membebaskan bentuk daripada rupa semulajadi mengubahnya kepada satahsatah dari pelbagai sudut pandangan. Terdapat tiga ciri yang utama dalam konsep Kubism ini iaitu cahaya terang,konsep permukaan atau latar belakang objek dari sudut pelbagai panda ngan dan pengamatan dan mengambarkan bahagian yang terlindung.Era Kubism ini terdiri juga daripada empat peringkat yang utama iaitu pertama,ProtoCiubsm (1908-1908).Pada peringkat ini adalah peringkat awal bermulanya era Kubisme di mana catan yang dihasilkan oleh Picasso da Georges Braque banyak dipengaruhi oleh karya dan gaya Cezzanne dan Mattise.Bentuk dan imej yang digunakan dalam penghasilan catan telah dipermudahkan.Pada peringkat yang kedua ialah Analitik (analytic) Cubisme (1908-1911).Pada peringkat ini bentuk asal imej telah dipecahkan kepada satah-satah berbentuk geometric.Sudut pandangan 360 darjah pada objek telah di gambarkan di samping penggunaan warna monochromatic.Pada peringkat Kolaj (19021912),iaitu peringkat ke tiga ini pelukis menjadikan alam benda sebagai tema.Pelukis menggunakan teknik tempatan yang dinamakan kolaj.Keratan akhbar dan majalah dipotong dan dijadikan bahan untuk menghasilkan karya.Dan peringkat terakhir ialah Sintetik Cubisme(1912-1930) yang mana pada peringkat ini pelukis mengambarkan kembali bentuk asal imej yang digambarkan dengan menggunakan warna-warna yang cerah dan terang.

Tema yang digunakan dalam era Kubisme ini ialah berkisar pada reality kehidupan dan fakta yang sebenar.Pelukis pada zaman ini tidak menghasilkan karya yang bersifat revolusi,politik,propaganda ataupun mengkritik seseorang. Mereka juga menggambarkan imej yang digunakan dalam sudut pandangan 360 darjah.Seorang pelukis yang terkenal juga dikenali sebagai bapa Kubism dan juga Bapa Kepelbagaian(Master of Cubisme and Master of Diversiity) adalah Pablo Picasso.Beliau dilahirkan di Malaga,Sepanyol pada tahun 1881. Beliau juga terlibat dalam beberapa era seperti Blue Period,Rose Pink Period,Realism dan Surelism.Di antara catan beliau yang terkenal ialah Les Demoiselles D Avignon yang menggunakan cat minyak.Catan-catan beliau banyak dipengaruhi oleh pelukis-pelukis dari zaman Impressionist dan zaman Post-Impressionist.Dalam catan ini imej-imej figura manusia telah diubah oleh Picasso dari bentuk asal kepada bentuk geometrik.Beliay cuba memecah tradisi klasikal,gambaran figura secara realistic kepada bentuk geometric.Di samping itu juga beliau menghasilkan mural.Contoh mural yang terkenal ialah Guernica.Arca daripada bahan-bahan buangan juga dihasilkan.Selain Picasso,Georges Braque juga pelukis terkenal pada zaman ini yang mana merupakan anak didik Picasso. Era Futurism adalah merupakan kesinambungan dari era Kubism.Subjek dan tema yang digunakan oleh pelukis pada era ini adalah pergerakan manusia dan mesin.Mereka juga menggambarkan kembali tentang keindahan dan kecanggihan teknologi.Diantara pelukis yang terkenal pada zaman ini ialah Giocomo Balla yang berasal dari Itali.Dalam catannya yang berjudul Dynamism of Dog on a Leash,beliau menggambarkan pergerakan yang begitu ketara dan terserlah sekali pada subjek yang digunakan. Catan ini dihasilkan dengan menggunakan cat minya di atas permukaan kanvas yang dihasilkan pada tahun 1912.Dalam catan ini Balla menghasilkan catan yang menunjukkan pergerakan pada imej dan objek yang digunakan.Pada

era kini pelukis tidak lansung mempedulikan tentang penggunaan warna dalam proses penghasilan catan.Bagi mereka,perkara yang paling penting adalah gambaran pergerakan berbanding dengan elemen-elemen seni visual yang lain.Pelukis lain yang terkenal pada era ini ialah Marcel Duchamp,Umberto Boccioni dan Etienne-Jules Marey. Seni abad ke 20 ini adalah merupakan kesinambungan penambahan dan perkembangan aliran era seni daripada abad ke 19 di negara-negara Barat dan juga negara-negara Eropah.Di abad ini jugalah pelukis,penulis,jurugambar bergabung bagi menyuarakan bantahan dan menyalurkan ketidakpuasan hati kepada pemerintahan.Mereka menjadi orang perantaraan di antara masyarakat bawahan dan golongan pemerintah.Seni pada abad ke 20 ini terdiri daripada era Dadaism,era Surrealism,era Seni Pop dan era Minimilisme.Kebanyakan catan yang dihasilkan pada zaman ini adalah bertemakan kearah protes,kritikan serta luahan ketidakpuasan pada pihak pemerintah dan perjuangan kepada kebebasan serta demokrasi. Era Dadaisme ini adalah merupakan permulaan kepada catan yang dihasilkan untuk tujuan memprotes secara terbuka terhada kekejaman yang berlaku semasa perang dunia pertama.Da,Da bermaksud Ya,Ya(yes,yes).Pelukis pada era ini meluahkan apa yang mereka rasa bukannya gaya individu seperti era sebelumnya.Menurut Janco,M Dadasime ini bukannya satu tempat di mana para pengkarya belajar untuk menghasilkan catan,tetapi ianya adalah satu era yang memberikan amaran yang tegas di sampingmenidakkan unsur-unsur nilai yang menidakkan kebiasaan serta spekulasi.Ianya adalah satu bentuk luahan protes yang digambarkan melalui semua bentuk seni.Pada era Dadaisme ini juga pelukisnya menolak semua unsur-unsur di sekeliling.Mereka cuma menerima nilai-nilai estetik sahaja.Di antara subjek yang digunakan bagi menghasilkan karya pada era ini adalah figura manusia dan alam benda.Di antara pelukis yang terkenal pada zaman ini

ialah

Marchel

Duchamp.Karya

yang

berjudul

L.H.O.O.Q.,dihasilkan

berdasarkan pada catan Monalisa yang dihasilkan oleh Leonardo Da Vinci. Catan ini merupakan pandangan dan luahan rasa beliau terhadap hasil seni.Beliau menghasilkan karya tersebut seolah mempersendakan potret Monalisa dengan menambahkan misaim dan janggut pada potret tersebut seolah-olah ia satu penghinaan terhadap karya agung Leonardo.Duchamp berpendapatbahawa itulah cara baginya untuk menghargai sebuah potret yang teragung.Teknik photomontage yang dicetuskan pada era Kubism telah diterokai dan dikembangkangkan dengan kreatif sekali oleh Hannah Hoch dalam catan-catannya kemudian.Beliau adalah merupakan seorang pelukis yang terkenal dengan karya yang bertemakan pada sindiran terhadap isu-isu masyarakat sekeliling.Teknik ini adalah merupakan gabungan di antara gambar foto dengan penambahan objek lain pada gambar tersebut. Era ini merupakan pecahan serta lanjutan daripada era Dadaism.Pada tahun 1920 sekumpulan penulis dan pelukis telah berkumpul serta mengadakan satu seminar tentang minda dan pemikiran di bawah sedar.Bertolak dari situlah wujudnya era Surrelisme ini.Mereka mengadakan satu perdebatan tentang minda di bawah sedar dan imaginasi.Mereka telah mengambil kira pendapat Singmund Freud,seorang ahli psikologi dan falsafah yang menulis berkenaan minda bawah sedar ini.Bertolak daripada situlah pada tahun 1942 mereka telah bersetuju untuk melancarkan era Surrelisme ini di Paris.Manifesto era ini adalah setiap catan yang dihasilkan adalah berdasarkan pada idea dan pemikiran di bawah sedar di alam mimpi dan juga di alam fantasi. Di antara pelukis yang terkenal pada era ini ialah Salvador Dali dan Joan Miro.Kedua pelukis ini berasal dari Sepanyol.Kedua-dua orang pelukis ini mempunyai pendekatan dan gaya individu yang berbeza.Di antara catan yang terkenal pada era ini ialah berjudul The Persistence of Memory yang dihasilkan oleh Salvador Dali.Ianya dihasilkan pada tahun 1931 dengan menggunakan cat

minyak di atas kanvas.Catan ini adalah gambaran Dali tentang ruang dalaman dan ruang ilusi beliau tentang pentingnya masa dan nostalgia masa lampaunya.Imej jam lembut dan hampir cair mewakili masa dan juga pengalaman lampaunya.Beliau juga menggambarkan alam semula jadi di bahagian belakang nagi menunjukkan ruang dalaman yang jelas dalam catan ini.Di samping itu juga menggunakan gabungan warna panas di bahagian latar belakang dan warna sejuk di bahagian latar depan bagi menunjukkan perbezaan ruang hadapan dan ruang belakang. Dali juga menggunakan pendekatan secra realisme pada setiap objek yang digambarkan dalam catan ini.Pendekatan beliau ini dikenali sebagai representasi Surrelisme,berbeza pula dengan catan yang dihasilkan oleh Joan Miro.Beliau menggunakan pendekatan yang dikenali sebagai abstraj Surrelisme.Di antara catannnya yang terkenal ialah Women Haunted by the Passage of the DragonFly,Bird of Bad Omen(juga dikenali sebagai Nusery Decoration yang dihasilkan pada tahun 1938. Era seni pop ini adalah merupakan satu era yang menggunakan imej dan subjek yang popular dan terkini.Perkataan Pop itu adalah merupakan singkatan bagi perkataan popular.Era ini sangat terkenal dari dahulu sehinggalah sekarang ianya masih lagi menjadi rujukan pelukis generasi sekarang.Catan yang dihasilkan pada era ini kebanyakannya lebih menjurus kepada bentuk periklanan dan komersial.Pada era ini pelukis menggunakan cetakan sutera da air-brush sebagai media untuk menghasilkan karya.Era ini sangat popular di London dan Amerika Syarikat di sekitar tahun 1950an.Richard Hamilton seorang pelukis yang popular pada era ini mengatakan bahawa seni Pop itu selaunya akan dikaitkan dengan perkara-perkara berikut iaitu popular,Transient,Expendable,Low-cost,MassProduced,Yong,Witty,Sexy,Gimmicky,Glamorous dan Big Bussiness.

Dalam catannya yang berjudul Just What Is It That Make Todays Home So Different,So Appealing? Yang dihasilkan dengan menggunakan teknik collage.Catan ini menggunakan imej-imej yang diambil dari budaya popular dalam masyarakat seharian.Penggunaan imej figura manusia lelaki serta wanita yang berkeadaan seksi dengan gaya fesyen semasa,tanda-tanda iklan dan potret presiden Amerika yang tergantung di situ.Keseluruhan imej yang digunakan adalah merupakan gambaran terhadap masyarakat dan corak kehidupan social masyarakat Amerika ketika itu.Penggunaan ski warna-warna yang cerah juga merupakan ciri-ciri lain yang terdapat pada catan era seni pop ini.Di samping itu seni pop ini juga merangkumi hasil karya berbentuk komik,jenama barangan yang terkenal,papan tanda iklan,surat khabar,wayang dan juga televisyen lagi pelukis yang terkenal pada zaman kemuncak kegemilangan era ini ialh Andy Warthol. Hasil karya yang dihasilkan oleh beliau masih lagi popular sehingga kini.Imej popular yang digunakan pada catannya termasuklah gambar selebriti terkenal Elvis Presley dan Merilyn Monroe.Penggunaan jenama makanan seperti Campbell Soup dan juga pakaian Levis menjadi pilihan beliau dalam menghasilkan karya.Karyanya yang berjudul Marilyn dihasilkan beliau pada tahun 1967 dengan menggunakan teknik cetakan Serigraph di atas kertas. Dalam catan ini Warhol menggunakan imej Marilyn Monroe sebagai imej utama.Pada masa itu Marilyn adalah merupakan seorang pelakon dan penari yang sangat popular dan Berjaya.Beliau menggunakan skim warna feminine seperti warna merah cerah dan hijau muda bagi mencerminkan sifat-sifat kewanitaan yang lembut dan cantik.Pelukis pop yang lain pada masa ini ialah Jasper Johns dan Roy Lichenstein.

Era seni minilisme ini adalah merupakan era di mana penggiat seni menghasilkan karya mereka dengan mengurangkan dan mengecilkan saiz imej utama yang mereka gambarkan.Kebanyakan catan yang dihasilkan tidak memetingkan imej yang digunakan sebaliknya mereka lebih memetingkan unsur psikologi dan symbol.Era ini pada awal tahun 1960an.Penggunaan skim warna juga sangat terhad pada era ini.Di antara pelukis yang popular pada zaman ini ialah Frank Stella,Donald Judd dan Kasmir Malevich.Malevich adalah di antara pelukis yang Berjaya mencipta nama standing dengan Van Gogh dan juga Jackson Pollock.Di antara karyanya yang terkenal ialah Suprementist Composition: White on white yang menggunakan cat minyak atas kanvas.Dalam catan ini beliau menggunakan pendekatan yang dipanggil minimal value di mana dia menggunakan tone putih sahaja sebagai nilai pada catannya.Uniknya tentang catan ini ialah beliau menggunakan dua bentuk saja iaitu bentuk segi empat segi sebagai latar belakang pada catan itu manakala bentuk empat segi kecil sedikit saiznya daripada latar belakang diletak di bahagian hadapan. Bagi menampakkan kontras dua bentuk ini Malavich menggunakan tone putih yang sedikit gelap pada bentuk diatasnya.Pertukaran nilai tone pada bentuki yang digunakan itu adalah merupakan konsep utama yang ingin ditonjolkan oleh beliau.

VINCENT WILLIEM,VAN GOGH Van Gogh, Vincent Willem (1853-1890), Dutch merupakan salah seorang pelukis yang terkenal. Van Gogh dilahirkan di Zundert, Netherlands , pada 30 Mac, 1853, iaitu juga merupakan anak lelaki kepada ahli politik,Theodorus van Gogh. Kebanyakan masa hidup beliau berorientasikan kerjaya di gereja berbanding d dalam kesenian seperti melukis; dan beliau telah menjadi pelukis sepenuh masa pada tahun 1880-1881, semasa berumur 27. Kebanyakan daripada ahli keluarga Van Gohg ,adalah ketua kepada kesenian dan, selepas tamat pengajian di sekolah pada tahun 1869, beliau menyertai firma Goupil & Co. di Hague , di mana pakciknya bekerja. Pada awal 1870, beliau berpindah ke London dan Paris yang mana salah sebuah cawangan di sana. Walau bagaimanapun,pada tahun 1876, beliau telah disingkirkan, ini adalah kerana ada pegangan agama di sana mengatakan bahawa beliau tidak sesuai dengan kehidupan beliau sekarang. Selepas ituVan Gogh ke England untuk mencari pekerjaan seperti guru.Bermula di Ramsgate,selepas itu di Kent dan akhir sekali di Islewort berdekatan London. Beliau mengajar di sekolah pada hari Ahad dan sekali sekala beliau juga memberikan khutbah tetapi beliau masih tidak mendapat pekerjaan tetap jadi beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke Netherlands untuk melanjutkan pelajaran sebagai permulaan ke universiti, dimana mempelajari theology iaitu berkenaan pendapat atau pandangan tentang agama. Walaubagaimanapun ini juga membuatkan beliau tidak puas hati dan berharap untuk mempraktikkan demi kepercayaan agamanya,oleh itu beliau telah menjadi seorang mubaligh kristian di Borinage,iaitu salah satu industri perlombongan yang teruk di Belgium.Dari situ juga Van Gogh gagal kerana Persatuan Mubaligh telah berwaspada tentang fanatisme beliau oleh itu beliau gagal untuk meneruskan kerjaya

Lebih kurang tahun 1881 dimana pada masa itu beliau hidup dalam kemiskinan di Borinage,Van Gogh berminat untuk beralih kepada kesenian berbanding gereja dan selepas beliau menziarahi pelukis iaitu Jules Breton dan selepas itu Van Gogh diambil sebagai model.Pada tahun 1881,beliau kembali kepada kehidupan dahilu bersama ibu bapa beliau,sekarang menetap di Brabant dan menumpukan kerjayanya sebagai pelukis professional.Beliau memperoleh kemahiran tersebut dengan belajar sendiri,berdasarkan pengumpulan gambar daripada Millet.Pada awalnya,dia bekerja dengan perlahan-lahan sehingga lama kelamaan beliau menunjukkan sedikit keaslian dan juga kemahiran dan teknik dan selepas itu beliau telah menjadi terkenal.Dari situ, Van Gogh telah mendapat sokongan kewangan daripada abangnya Theo,yang juga bekerja untuk Goupila beliau dapat meneruskan kehidupan seharian dan idea dalam pekerjaannya Konflik antara ayah beliau iaitu Led Van Gogh menyebabkan beliau meninggalkan The Hague lewat tahun 1881.The Huge adalah pusat lukisan Dutch pada masa itu dan disinalah Van Gogh menerima mendapat pengetahuan tentang lukisan daripada saudaranya,Anton Mauve.Van Gogh menumpukan tentang pengenalan lukisan figura,terutama sekali daripada seorang perempuan iaitu Sien Hoomik dan anaknya.Salah satu daripada lukisan kegemaran beliau semasa itu ialah Sorrow(1882,Rijiksmuseum van gogh Amsterdam) yang mana Sien dijadikan sebagai model Selepas hibungannya dengan Sien Hoomik putus,van gogh brharapan bahawa mendapat inspirasi baru berseorangan di Drenthe,Netherlands di mana beliau berpindah pada tahun 1883.Kekecewaan telah dihadapinya semasa memperkenalkan beberapa lukisan beliau walaubagaimanapun beliau menumpukan dalam penulisan untuk Theo.Pada Desember 1883,beliau pulang kepada ibu bapanya yang pada masa itu di Nuenen berdekatan Eindhoven di mana beliau tinggal sehingga November 1885.Di sini beliau memulakan menghasilkan hasil karyanya yang dia rasakan bernilai untuk pameran atau untuk dijual.

Karya yang paling terkenal pada masa itu ialah The Potato Eaters (1885,Rijksmuseum van Gogh,Amsterdam) menunjukkan di satu kawasan pedalaman di mana para petani sedang makan makanan yang murah harganya dan memperlihatkan simpati .Dalam warna kegelapan dan gaya yang sebenar lukisan Van Gogh berjaya.Selain itu karya lain yang juga penting ialah Open Bible Extinguished Candle and Novel. Selepas masa yang singkat menetap di Antwerp pada tahun 1885 dan 1886,beliau telah membuat keputusan untuk meninggalkan Netherlannds dan tinggal di Paris.Di sana,beliau tinggal bersama Theo dimana merupakan seorang yang menjual lukisan impressionist seperti Claude Monet dan Camille Pissarro.Pada jalan ini beliau telah menjadi popular dengan pelbagai gaya pergerakan dan beliau mula unuk meninggalkan warna hitam dan banyakkan warna yang terang.Beliau sangat begitu terpengaruh oleh gaya Pointilist iaitu daripada Georges Seurat di mana teori ini merupakan menggunakan beribu-ribu titik yang berbeza warna.Pengaruh ini dapat dilihat dalam potret JulienFranagois Tanguy (1887-1888,Museum Rodin,Paris) yang mana menggunakan jalinan pendek yang menggunakan warna yang terang.Satu lagi sumber inspirasi van gogh ialah karya jepun yang mana garisan yang jelas dan kuat dan warna sewarna.Beliau juga meminati gaya yang abstrak seperti Paul Gauguin. .Untuk merealisasikan impiannya,Van Gogh berhijrah ke Arles di Provence pada tahun 1888 dimana beberapa karyanya yang terkenal yang menggunakan warna warna yang terang dan gaya ekpressionis.Ini termasuk lukisan bunga matahari dimana semuanya dirancangkan untuk menghiasi Yellow House dimana rumah beliau sewa pada masa itu.Beliau juga mahu membentuk masyarakat melalui lukisannya dan lewat pada tahun 1888 beliau memujuk Gauguin untuk meninggalkan Brittany dan menyertainya di Arles.Walaubagaimanapun perangai mereka tidak sesuai antara satu sama lain

menyebabkan kerjasama antara mereka berakhir dalam perselisihan faham antara Van Gogh .Gauguin meninggalkan Arles tetapi mereka masih berhubung. Kesihatan mental Van Gogh merosot dari tahun 1888 dan pada Mei 889 beliau ditempatkan di rumah perlindungan di Saint-Racmy berdekatan Arles.Di antara masa kesakitan beliau,beliau sempat lagi memperkenalkan lukisan yang berunsur ekspressionis.Ini ternasuklah karya terkenal, Irises telah dijual di Sothebya New York di 1987 yang telah mencapai rekod 49 milion dan Starry Night (1889, Museum of Modern Art,New York.Karyanya terpengaruh ekkpressionis dan Edvard Munch.Pada akhir 2 dan setengah hidupnya van Gogh tinggal di Auvers-sur-Oise berdekatan Paris dimana dia dijaga oleh Dr Paul Gachet seorang homeopati yang berminat karya van Gogh yang popular.Beliau menggambarkan lukisan kerana melalui hidupnya menunjukkan lukisan di kampung dan kawasan lading gandum.Crows in a Whefield(1890).Selepas serangan tekanan van Gogh meninggalkan pada 27 Julai 1890.Abangnya Theo juga meninggal disebabkan sakit mental selepas Van Gogh 6 bulan selepas itu.

You might also like