P. 1
contoh laporan

contoh laporan

|Views: 597|Likes:
Published by anon_350918351

More info:

Published by: anon_350918351 on Sep 06, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as ODT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/30/2013

pdf

text

original

Scribd Upload a Document

þÿSearch Books, Presentations, Business, Academics...

Search Documents

Explore

Documents
• • • • • • • • • • • • Books - Fiction Books - Non-fiction Health & Medicine Brochures/Catalogs Government Docs How-To Guides/Manuals Magazines/Newspapers Recipes/Menus School Work + all categories Featured Recent

People
• • • • • Authors Students Researchers Publishers Government & Nonprofits

• • • • • • •

Businesses Musicians Artists & Designers Teachers + all categories Most Followed Popular

• Sign Up • | • Log In

42
First Page Previous Page Next Page

/ 42
Sections not available Zoom Out Zoom In Fullscreen Exit Fullscreen Select View Mode

View Mode SlideshowScroll
þÿSearch within document...

Readcast Add a Comment Embed & Share

Reading should be social! Post a message on your social networks to let others know what you're reading. Select the sites below and start sharing.

Readcast this Document

Login to Add a Comment
þÿ

SUBMIT

Share & Embed
Add to Collections

Download this Document for Free
Auto-hide: on

Object 1

BAB I LAPORAN PENEMPATAN PEJABAT DAERAH BATU PAHAT 1.1 PENGENALAN Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia serta inayahNya telah memberikan kekuatan kepada kami sebagai pelajar dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam menyempurnakan tugasan penempatan Latihan Amali / Industri yang bertempat di Pejabat Daerah Batu Pahat, Batu Pahat, Johor. Penempatan Latihan Amali / Industri ini telah banyak memberikan pengetahuan dan maklumat serta latihan kepada kami untuk kami praktikkan di dalam belajar dan memahami situasi alam pekerjaan yang bakal kami tempuhi kelak. Pemilihan untuk menjalankan Latihan Amali / Industri di Pejabat Daerah Batu Pahat, Batu Pahat, Johor sedikit sebanyak adalah bertepatan dengan kursus yang kami ambil di Universiti Kebangsaan Malaysia. Latihan Amali / Industri ini juga telah melatih kami untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik di kalangan masyarakat dan membantu kami dalam memahami peranan agensi kerajaan yang ada di Malaysia amnya dan negeri Johor khasnya. Melalui Latihan Amali / Industri ini juga, kami telah diberi pendedahan sedikit sebanyak tentang peranan agensi kerajaan khususnya pejabat daerah dalam merealisasikan pembangunan, pentadbiran, projek, majlis-majlis rasmi kerajaan dan program bersempena setiap masa, keadaan dan tempat. 1

Object 2

1.2 OBJEKTIF Di antara tujuan utama Latihan Amali Dan Industri dijalankan bagi mengaplikasi dan mempraktik ilmu yang di perolihi semasa belajar di sekolah mahupun universiti supaya ilmu tersebut benar-benar mantap. Selain dari itu, latihan in merupakan satu peluang bagi mahasiswa Membentuk diri yang kental dan mampu mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat serta memberi peluang kepada mahasiswa untuk berbakti kepada masyarakat bagi melahirkan individu yang benar-benar bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Semangat bertanggungjawab merupakan sifat yang sangat penting kepada mahasiswa atas perkara ini Latihan Amali Dan Industri berharap para pelajar praktikal dapat memiliki sifat bertanggungjawab samada kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara selepas mereka selesai menjalankan Latihan Amali Dan Industri ini. Alam pekerjaan merupakan alam yang bakal ditempuhi oleh mahasiswa apabila mereka menamatkan

pengajian kelak. Olaeh yang demikian Latihan Amali Dan Industri ini dijalankan kepada pelajar pra siswazah tahun 2 bagi memberi persediaan praktikal awal sebelum menempuh alam pekerjaan. 2

LATAR BELAKANG PEJABAT DAERAH BATU PAHAT, JOHOR BANGUNAN TUNKU MAHKOTAIBRAHIM ISMAIL ALAMAT PEJABAT DAERAH BATU PAHAT, BANGUNAN TUNKU MAHKOTA IBRAHIM ISMAIL, JALAN BAKAU CHONDONG, 83000 BATU PAHAT, JOHOR DARUL TA’ZIM LUAS 4.55 EKAR TARIKH MULA PEMBINAAN 11 APRIL 1982 TARIKH AKHIR PEMBINAAN 13 MARCH 1985 TARIKH DIRASMIKAN 21 SEPTEMBER 1985 TALIAN TELEFON : 07-434 1333 @ 07-431 1858 FAKS : 07-434 7766 EMAIL : pdbph@johor.gov.my 3

2.1 LATAR BELAKANG PEJABAT DAERAH BATU PAHAT Projek pembinan semula pejabat-pejabat kerajaan Batu Pahat adalah cadangan bersama Kerajaan Persekutuan dan Negeri di bawah Rancangan malaysia Ketiga dan Keempat. Satu kawasan seluas lebih kurang 4.55 ekar telah dikhaskan untuk pembinaan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Kawasan tersebut terletak di Jalan Bukit Pasir/Bakau Chondong dan difikirkan paling sesuai dan strategik. Selain daripada memperbaiki keadaan bangunan pejabat-pejabat Kerajaan dari segi lokasi dan fizikal, rancangan ini dapat memberi faedah dari segi penjimatan sewa pejabat serta memberikan kemudahan kepada orang-orang awam dalam urusan mereka dengan jabatan-jabatan Kerajaan. Pada peringkat pertama sebuah bangunan tiga tingkat dicadangkan untuk menempatkan Pejabat daerah dan Pejabat Tanah. Semua jabatan negeri peringkat daerah akan ditempatkan di bangunan menara yang dicadangkan dibina di bahagian belakang bangunan tersebut dan ini merupakan peringkat kedua pembinaan. Kerja-kerja menambak terpaksa dilakukan terlebih dahulu kerana tapak kawasan yang dipilih pada keseluruhannya adalah rendah dan mudah dinaiki air dengan paras empat hingga lima kaki

di paras jalanraya. Bayaran-bayaran ganti rugi juga perlu dibuat kepada tuan punya buah kedai dan rumah kediaman yang terpaksa dipindahkan untuk memulakan kerja-kerja menambak oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Kerja-kerja yang tersebut diatas dan kerja- kerja infrastruktur yang lain seperti pembekalan api, air dan sebagainya telah diselaraskan supaya pembinaan di kawasan kompleks tersebut dapat dibuat secara terkawal oleh Jawatankuasa Kerja Raya. Dalam fasa pertama pembinan Pejabat daerah dan Pejabat Tanah Batu Pahat kos menambak kawasan telah menelan belanja sebanyak RM 199,000.00 bersamaan dengan 49,232.64 ela padu tanah yang telah dikendalikan oleh 4 pemborong Saujaya Sdn. Bhd. Kerja-kerja menambak bermula pada 11 April 1982 dan telah selesai pada 19 Februari 1983. Di fasa kedua, kerja-kerja pembinaan bangunan telah diselenggarakan oleh Kumpulan Yeoni Construction dimana tarikh pengambilan ialah pada 14 September 1983. Bangunan Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Batu Pahat seluas 3,811 meter persegi ini telah siap pembinaannya pada 13 Mac 1985 dan telah diserahkan untuk kegunaan pada 21 September 1985. Operasi sepenuhnya telah dijalankan bermula pada 1 Oktober 1985. harga projek pada keseluruhannya ialah RM 4,161,000.00 dimana sebanyak RM 3.02 juta adalah dari peruntukkan Negeri dan selebihnya sebanyak RM 1.14 juta adalah peruntukkan dari Persekutuan. Setelah kerja-kerja pemindahan dan penyusunan serta pembersihan di persekitaran selesai dilakukan Pejabat Daerah lama yang terletak di kawasan pejabat-pejabat Negeri di Jalan Pejabat telah berpindah ke tingkat satu bangunan baru dan menjalankan operasi sepenuhnya pada 1 Oktober 1985. sementara Pejabat Tadbir Tanah Batu Pahat telah ditempatkan di tingkat bawah dan di tingkat satu mengikut pembahagian tertentu. Pihak Pentadbiran Pejabat Tanah telah memulakan operasi sepenuhnya pada minggu kedua bulan Oktober 1985. Beberapa buah jabatan dibawah kelolaan Pejabat Daerah iaitu Pejabat Perpaduan Daerah, Pejabat RELA Daerah, Pejabat Majlis Sukan Negeri Daerah Dan Kemajuan Kampung Baru turut dipindahkan ke tingkat kedua bangunan baru ini. Kemudahan-kemudahan asas serta peralatan yang serba lengkap dapat dinikmati secara menyeluruh oleh kakitangan pejabat dan orangawam yang berurusan dengan pejabat ini. Keadaan ruang pejabat yang luas disediakan untuk pembahagian ruan-ruang tertentu dimasa hadapan. Bilik-bilik berasingan untuk Pegawai Daerah Dan Penolong Pegawai Daerah juga diperuntukkan bagi memudahkan bagi mengawasi agar kegiatan pentadbiran berjalan dengan cermat dan teratur. Bilik sembahyang yang berasingan serta tandas untuk kakitangan juga turut disediakan bagi keselesaan bersama. Sebuah Bilik Gerakan yang ditempatkan ditingkat dua telah dilengkapkan dengan alat-alat seperti ’sliding board’ dan meja perundingan bagi memudahkan pengendalian mesyuarat dan taklimat dari semasa ke semasa. Di bahagian luar kawasan pejabat telah disediakan5

tempat-tempat letak kereta dan motosikal khas untuk memudahkan kakitangan serta orang awam yang berurusan. Untuk mengeratkan lagi hubungan antara pekerja tempat rekreasi juga disediakan seperti gelanggang sepaktakraw, tenis dan sebagainya khas bagi mereka yang berminat dalam bidang sukan. Bangunan Pejabat Daerah dan tanah lama pada masa ini telah diambilalih sepenuhnya oleh pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat bagi menjalankan perkhidmatan dengan lebih licin dan berkesan. 2.2 SEJARAH PENUBUHAN PEJABAT DAERAH BATU PAHAT Pejabat Daerah Batu Pahat telah wujud pada akhir kurun ke -19 iaitu pada tahun 1894 seiring dengan pembukaan Kampung Batu Pahat pada ketika itu oleh Dato’Muhammad Salleh bin Perang yang

bergelar Dato’Bentara Luar.Ketika itu, Pejabat Daerah diketuai seorang pegawai berjawatan Pesuruhjaya Kerajaan yang bertanggungjawab mentadbir serta mengutip cukai didaerah Batu Pahat.Pada tahun 1942, jawatan Pesuruhjaya Kerajaan telah diubah kepada District Officer atau Pegawai Daerah hinggalah sekarang. Pejabat ini mentadbir 14 mukim,139 buah kampung induk dan 525 buah kampung rangkaian. Keluasan daerah ini adalah 1873 km persegi dengan jumlah penduduknya seramai 335,368 orang mengikut maklumat banci penduduk tahun 2000 yang lalu. Sehingga tahun 1894, pentadbiran PDBP beroperasi di Bangunan Pejabat Kerajaan di jalan Pejabat bersebelahan dengan Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Bekalan Air Johor (kini dikenali sebagai Syarikat Air Johor). Selaras dengan pembinaan semula pejabat-pejabat kerajaan Batu Pahat bersama Kerajaan persekutuan dan negeri dibawah Rancangan Malaysia Ketiga (RM 3) dan Keempat (RM 4), sebuah bangunan baru untuk PDBP yang akan dikongsi dengan Pejabat Tanah Batu Pahat (PTBP) akan dibina. Pembinaan bangunan baru PDBP dan PTBP ini telah menelan belanja sebanyak RM 4.161 juta dimana sebanyak RM 3.02 juta adalah dari peruntukan Negeri dan bakinya RM 1.14 juta adalah merupakan peruntukan Persekutuan.Bangunan PDBP dan 6 PTBP seluas 3811 meter persegi ini telah siap pembinaannya pada 13 Mac 1985 dan telah diserahkan untuk kegunaan pada 21 September 1985.Operasi sepenuhnya telah dijalankan bermula pada 1 Oktober 198.Bangunan yang telah dinamakan Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar pada 20 April 1987.Terdapat beberapa buah jabatan dibawah kelolaan Pejabat Daerah iaitu Pejabat Perpaduan Daerah, Pejabat RELA Daerah, Pejabat Majlis Sukan Negeri Daerah Dan Kemajuan Kampung Baru. Dengan wujudnya bangunan tetap PDBP ini, ia membolehkan segala keperluan rakyat dapat disempurnakan dengan lebih mudah memandangkan ia adalah jentera pentadbiran yang menjadi penghubung kerajaan dengan rakyat. 2.3 MISI PEJABAT DAERAH BATU PAHAT “ Memajukan daerah dan masyarakat melalui kecermerlangan perkhidmatan dan perlaksanaan pembangunan ” 2.4 MOTO PEJABAT DAERAH BATU PAHAT “ Keikhlasan melaksanakan amanah ” 2.5 SLOGAN PEJABAT DAERAH BATU PAHAT “ Melangkah terus menuju kecemerlangan ” 2.6 PIAGAM PEJABAT DAERAH BATU PAHAT 1- Memberikan layanan dan perkhidmatan yang sempurna dan mesra kepada semua pelanggan yang berurusan di Jabatan ini. 7

2- Menerima dan membantu bagi menguruskan tindakan ke arah menjelaskan atau menyelesaikan bagi aduan / rungutan atau pemasalahan pelanggan yang sesuai munasabah dengan cepat, cekap dan berkesan.

3- Urusan permohonan mendapatkan salinan Sijil Kerakyatan Negeri Johor yang boleh didapati dalam tempoh satu minggu. 4- Urusan permohonan mendapatkan Lesen Menjual 'Liquor' dan keputusannya dalam tempoh tiga bulan. 5- Urusan permohonan yang lengkap bagi mendapatkan Lesen Hiburan Raya, Lesen Wayang Gambar / Cina /Patung /Nyanyian bagi keputusan dalam tempoh satu bulan. 6- Urusan penerimaan bayaran mengikut jadual dibawah (melainkan hari cuti dan hujung minggu) dan resit terimaan bayaran diberi selepas pembayaran dibuat, iaitu: Isnin hingga Khamis :Jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. :Jam 2.00 petang hingga 3.30 petang. Jumaat :Jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. :Jam 2.45 petang hingga 3.30 tengahari. 7- Urusan proses dan keputusan perakuan permohonan pembinaan bangunan dan Leout perumahan di luar kawasan pihak berkuasa tempatan dalam tempoh tiga bulan dari penerimaan permohonan yang lengkap. 8- Urusan menguruskan pengeluaran pesanan kerajaan / arahan kerja dalam tempoh satu minggu dari tarikh invois / butiran kerja yang lengkap diterima daripada pelanggan berkaitan. 9- Urusan menguruskan program-program dan projek-projek dalam semua aspek pembangunan yang berkaitan bagi penduduk dan masyarakat dengan penuh keikhlasan, cekap, mesra dan berkesan. 10- Urusan memastikan setiap sudut dan ruang pejabat, bangunan dan persekitaran dalam dan luaran sentiasa dalam keadaan bersih, kemas, teratur, indah, segar, menarik dan menyenangkan. 8

2.7- CARTA ORGANISASI PEJABAT DAERAH BATU PAHAT 9

SENARAI NAMA WARGAKERJA PEJABAT DAERAH BATU PAHAT BIL. NAMA JAWATAN 1 Dato' Hamsan bin Saringat Pegawai Daerah N54 2 Hj. Mahadon bin Marnin Ketua Pen. Peg. Daerah N41

3 Kosong Pegawai Tadbir N41 4 En. Ibrahim bin Ahmad Pen. Peg. Tadbir N32 5 En. Yaccob bin Ahmad Pen. Peg. Tadbir (Penghulu Kanan) N27 6 En. Samuri bin Abd. Majid Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27 7 En. Mohamed Yusof bin Abu Bakar Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27 8 Kosong Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27 9 En. Hanaffi bin Shalehhan Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27 10 Kosong Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27 11 Kosong Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27 12 Kosong Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27 13 En. Selamat bin Hj. Mohamad Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27 14 En. Zakaria bin Ahmad Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27 15 Kosong Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27 16 En. Mansor bin Hj. Mohd. Yusof Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27 17 Kosong Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27 18Tn. Hj. Ishak@Mohd. Farid bin Hj. Siraj Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27 19 Kosong Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27 20 En. Mohd. Salleh bin Abd. Rahman Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27 21 En. Mustaffa Kamal bin Abdullah Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27 22 Kosong Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27 23 Tn. Hj. Omar bin Abu Bakar Juruteknik Kanan J22

24 En. Mohd. Zober bin Mohd. Said Juruteknik J17 25 En. Kemat bin Kasnon Juruteknik J17 26 Pn. Norlina bte Md. Noh Juruteknik J17 27 Muhd Fauzul Bin Othman Juruteknik J17 28 Zulkepli Bin Bunawam Juruteknik J17 29 Pn. Hjh. Ramlah bte Awaldeen Pembantu Tadbir Kanan (P/O) (Kew) W22 (Ketua Unit Kewangan & Hasil) 30 En. Pakarwara bin A. Rahman Pembantu Tadbir Kanan (P/O) N22 (Ketua Unit Pentadbiran Am) 31 Tn. Hj. Mohdzar bin Khalid Pembantu Tadbir Kanan (P/O) N22 (Ketua Unit Pembangunan) 10

32 En. Mohamad bin Ismail Pembantu Tadbir Kanan (P/O) N22 (Ketua Unit Perkhidmatan) 33 Siti Zaharah bte Ramlan Pembantu Tadbir (P/O) (S/U) N17 34 Pn. Pariam bte Bahrom Pembantu Tadbir (P/O) (Kew) W17 35 Pn. Raminah bte Mohd. Yassin Pembantu Tadbir (P/O) (Kew) W17 36 Pn. Rohayah bte Sarip Pembantu Tadbir (P/O) N17 37 Pn. Zaiton bte Zanon Pembantu Tadbir (P/O) N17 38 Pn. Hjh. Zaiton bte Abd. Aziz Pembantu Tadbir (P/O) N17 39 Pn. Hjh. Fuziah bte Abd. Aziz Pembantu Tadbir (P/O) N17 40 Pn. Roslina bte Ahmad Pembantu Tadbir (P/O) N17 41 Pn. Siti Zaharah bte Abd. Manap Pembantu Tadbir (P/O) N17 42 Pn. Hjh. Rohani bte Harun Pembantu Tadbir (P/O) N17 (Jawatan Cadang)

43 Pn. Merani bte Suradi Pembantu Tadbir (P/O) N17 (Jawatan Cadang) 44 Pn. Hjh. Zubaidah bte Hj. Ismail Pem. Tadbir Rendah N10 45 En. Mohd. Najib bin Mohd. Taib Pem. Am Rendah N1 46 En. Mohd. Salleh bin Atan Pem. Am Rendah N1 47 En. Khairul Anuar bin Toaman Pem. Am Rendah N1 48 Pn. Noraini bte Baharon@Ismail Pem. Am Rendah N1 49 En. Jamaludin bin Aris Pemandu Kend. Bermotor R3 50 En. Rezal bin Muahad Pemandu Kend. Bermotor R3 51 En. Idisawaludin bin Pangat Pemandu Kend. Bermotor R3 52 Kosong Jaga R1 53 En. Aris bin Mohd. Yusof Jaga R1 54 En. Yusof bin Ismail Pekerja Ren. Awam R1 55 En. Rosli bin Ishak Pekerja Ren. Awam R1 56 En. Sazali bin Jafri Pekerja Ren. Awam R1 57 En. Sulaiman bin A. Ghani Pekerja Ren. Awam R1 58 En. Md. Ariyazid bin Auyob Pekerja Ren. Awam R1 59 En. Harnizan bin Ardani Pekerja Ren. Awam R1 SENARAI NAMA WARGAKERJA PEJABAT PERUMAHAN BIL. NAMA JAWATAN 60 En. Awang bin Jufri Pem. Tadbir (P/O) (Kew) W17 61 En. Asanai bin Zainuri Pengawas Bangunan N11 SENARAI NAMA WARGAKERJA KONTRAK PEJABAT DAERAH BATU 11

PAHAT BIL. NAMA JAWATAN 62Pn. Sufatini @ Nadzariah bte Abd. Shukor Pem. Tadbir (P/O) N17 63 En. Shaifuddin bin Mohri Pem. Tadbir (P/O) N17 64 Pn. Norliana bte Sabnon Pem. Tadbir (P/O) N17 65 Pn. Liza bte Mohd Pem. Tadbir Rendah (Operator Tel.) N11 SENARAI NAMA WARGAKERJA KONTRAK UNIT SAINS TEKNOLOGI & ICT NEGERI JOHOR BIL. NAMA JAWATAN 66 En. Mohd. Asyran bin M. Ghazali Juruteknik Komputer FT17 67 En. Mohd. Ariff bin Mohd. Samani Pen. Pegawai Siatem Maklumat F29 2.8- DASAR KUALITI PEJABAT DAERAH BATU PAHAT “ Kami adalah komited untuk menjadikan pejabat daerah sebagai nadi bagi menggerak, menyelaras dan melaksanakan program dan projek-projek dalam semua aspek pembangunan bagi penduduk dan masyarakat di daerah melalui perlaksanaan tugas dengan cekap dan berkesan serta menyediakan perkhidmatan yang komprehensif (menyeluruh) dengan ikhlas, mesra dan bersopan serta dapat memberi kepuasan kepada pelanggan di daerah serta memenuhi kehendak "stakeholder" ”. 2.9- OBJEKTIF UMUM PEJABAT DAERAH BATU PAHAT “ Dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan bagi menggerak, menyelaras dan melaksanakan program-program dan projek-projek dalam semua aspek pembangunan dan 12 perkhidmatan yang berkaitan bagi mencapai pembangunan yang seimbang untuk penduduk dan masyarakat, sesuai dan selaras dengan dasar-dasar kerajaan khususnya, dasar pembangunan nasional dan wawasan 2020 ” 2.10- FUNGSIlPEJABAT DAERAH BATU PAHATain. 1- Mengendalikan majlis-majlis keraian rasmi kerajaan seperti Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor, Hari Keputeraan DYMM Yang Dipertuan Agong dan lain-lain acara keraian. 2- Mengeluarkan permit dan memungut cukai serta mengawal hiburan awam. 3- Menerima aduan orang ramai mengenai semua aspek pentadbiran kerajaan di dalam daerah yang meliputi perkara-perkara pembangunan, keselamatan dan sosial serta berusaha menyelesaikannya. 4- Menguruskan kerja-kerja pilihanraya, banci penduduk, program pembangunan, rakyat termiskin dan lain-lain.

5- Mengendalikan rumah-rumah kerajaan, rumah-rumah murah dan rumah-rumah pangsa. 6- Merancang dan melaksanakan projek-projek seperti pembinaan jalan tar dan batu merah (untuk jalan kampung), surau, balai raya, masjid, padang permainan dan lain-lain. 2.11- UNIT PENTADBIRAN AM Fungsi dan Tanggungjawab Unit Pentadbiran Am Pejabat Daerah Batu Pahat. 1- Mengendalikan urusan Surat-menyurat jabatan/kad jemputan (terima mel, rekod dan pos/despatch) 2- Mengendalikan proses Sistem Fail Jabatan termasuk pendaftaraan fail-fail sulit. 3- Membantu dalam hal pengurusan protokol, majlis-majis rasmi dan acara-acara sambutan yang dikelolakan oleh Pejabat Daerah dari masa ke semasa. 4- Membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan aktiviti Pilihanraya dan Banci Penduduk 13

5- Bertanggungjawab mengenai keceriaan persekitaran, kebajikan dan kakitangan serta keselamatan bangunan pejabat. 6- Membantu dalam hal pengurusan dan pemantauan MS ISO 9000 Pejabat Daerah Batu Pahat. 7- Menerima, merekod dan memproses permohonan menduduki rumah kerajaan. 8- Menerima, merekod dan membuka fail bagi permohonan pelan bangunan/rumah kediaman di luar Majlis sebelum dikembalikan ke jabatan berkaitan. 9- Menerima, merekod serta menyimpanan fail-fail telah siap diproses sebelum dikembalikan ke jabatan berkaitan. 10-Mengurus, menyiasat dan menjawab segala permohonan ubah syarat dan SBKS. 11- Membantu menguruskan mesyuarat termasuk menyediakan agenda dan minit. 12- Menguruskan program Perhimpunan Pagi setiap Isnin minggu pertama setiap 2 bulan sekali. 13- Menguruskan setiap penyertaan Anugerah. 14- Mengedar, mengumpul dan memajukan pencalonan bagi Penganugerahan Bintang dan Pingat Negeri/ Persekutuan sebelum tarikh tutup pencalonan. 15- Menyediakan dan merekod laporan dan kad perakam waktu 16- Mengurus hal-hal Peperiksaan Perkhidamatan Kerajaan sama ada yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan. 17- Membantu Urusetia Lembaga Perlantikan Jawatan-Jawatan di bawah Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir dan Tidak Mahir. 18- Menguruskan kutipan Tabung Hari Pahlawan. 19- Membantu Urusan IKS 2.12- UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Fungsi Dan Tanggungjawab : 14

1- Mengendalikan semua urusan perkhidmatan Pegawai dan Anggota Pejabat Daerah Batu Pahat berkaitan dengan perkara-perkara berikut: 2- Pengesahan dalam perkhidmatan 3- Perletakan ke dalam jawatan berpencen. 4- Permohonan perletakan jawatan/perlepasan jawatan dengan izin. 5- Permohonan mengambilkira perkhidmatan yang lepas. 6- Permohonan kenaikan pangkat dan lain-lain jawatan. 7- Menyediakan kertas-kertas persaraan wajib dan mengendalikan permohonan- permohonan persaraan pilihan sendiri,persaraan atas syor Lembaga Perubatan dan lain-lain jenis persaraan termasuk pengurusan Pencen Terbitan. 8- Menyediakan dan menyemak perkiraan bayaran hadiah wang tunai sebagai gantian cuti rehat bagi semua bakal pesara. 9- Merekod dan mengemaskinikan buku-buku rekod perkhidmatan bagi Pegawai dan Anggota Daerah Pejabat Batu Pahat. 10-Menyelaras perisian sistem maklumat personal (SISPEN) supaya maklumat- maklumat yang perlu diisi sentiasa dikemaskini mengikut perubahan-perubahan dan arahan yang diterima daripada KPSU (cawangan perkhidmatan) Johor dan Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia dari masa ke semasa. 11- Menyelaras dan mengemaskinikan maklumat Senarai Perjawatan. 12- Mengurus hal-hal berkaitan perkhidmatan Ketua-Ketua Kampung. 13- Memproses permohonan dan merekodkan kelulusan Cuti Rehat, Cuti Sakit, Cuti Separuh Gaji, Cuti Tanpa Gaji, Cuti Tanpa Rekod, Cuti Ke Luar Negara, dan lain- lain jenis cuti. 14-Mengurus permohanan untuk pengumpulan cuti rehat bagi tujuan GCR atau membawa ke hadapan bagi cuti rehat tahunan pada setiap awal tahun. 15-Menguruskan proses Pengisytiharan Harta Pegawai Awam bagi kelulusan Pegawai Daerah, merekod kelulusan serta manyedikan laporan-laporan mengenainya. 16-Membantu Urusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia dalam pengedaran borang-borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan, pengumpulan, penyemakan dan penyediaan kertas bagi pertimbangan panel. 15

17-Membantu Urusetia Panel Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) memproses permohanan untuk menduduki PTK dan urusan-urusan yang berkaitan dengannya. 18- Mengendalikan permohonan dan pencalonan pegawai / anggota bagi menghadiri seminar, kursus, bengkel dan lain-lain. 19- Membantu Urusetia Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (2) (Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir) Pejabat Daerah Batu Pahat dalam menyediakan kertas-kertas Pertimbangan Pengerusi, Penentuan Kes Prima dan lain-lain surat menyurat yang berkaitan dengan tindakan-tindakan Lembaga Tatatertib/Lembaga. 20-Menyemak dan memajukan Perakuan Pemangkuan Dan Penanggungan Kerja

kepada KPSU (Pengurusan Sumber Manusia) Johor. 21- Mengurus hal-hal perlantikan dan perkhidmatan Anggota Kontrak. 22- Meguruskan hal-hal pelatih IPTA. 2.13- UNIT KEWANGAN DAN HASIL Fungsi dan Tanggungjawab : 1- Bertanggungjawab atas penyediaan semua Baucer bayaran bil-bil Projek Pembangunan Dan Belanja Mengurus. 2- Bertanggungjawab bagi membuat semakan dan bayaran Elaun Perjalanan serta Elaun Lebih Masa Kakitangan. 3- Menyelenggara Buku Peruntukan Jabatan. 4- Menyelaras Wang Panjar Runcit. 5- Menyediakan Penyata Penyesuaian Vot Bendahari Dan Akauntan Negara. 6- Membantu kerja-kerja penyediaan anggaran belanjawan mengurus bagi jabatan . 7- Mengurus dan menyelenggarakan cek dari segi pembatalan, penggantian dan pembukaan palang. 8- Menyelenggara Akaun JPMM DUN Daerah Batu Pahat. 16 9- Mengurus bayaran gaji, KWSP dan lain-lain potongan. 10- Mengemaskan Buku Gaji. 11-Menguruskan permohonan pinjaman perumahan, kenderaan dan pinjaman komputer. 12- Menyediakan baucer-baucer bayaran bagi Projek Pembangunan Negeri 13- ( Peruntukan Menteri Besar) dan tugasan merekod dalam buku daftar dan buku vot . 14- Menyemak dan menyediakan baucer-baucer bayaran bagi Elaun Ketua Kampung / Ketua Masyarakat / Elaun Perjalanan / Elaun Mesyuarat Ketua Kampung dan Elaun Hadir Mesyuarat JKKK dan Ketua Masyarakat. 15- Menjaga dan menguruskan akaun Perayaan dan Kebajikan Serta Tabung Hari Kebangsaan. 16- Membantu urusan IKS. 17- Menyediakan Borang Cukai Pendapatan ( Borang EC ) bagi kakitangan Pejabat Daerah. 18- Menyimpan, menyerah dan menguruskan cek-cek Bekas Anggota Tentera dan Tabung Hari Pahlawan. 19- Membuat pesanan tahunan bagi alat tulis,borang percetakan dan buku-buku serta menjaga / merekod mengemaskini barang-barang diterima. 20- Menguruskan inventori dan harta modal. 21- Menerima dan memproses permohonan Lesen-Lesen Hiburan dan lain bentuk perlesenan yang sehubungan dengannya seperti permohonan lesen barang lusuh, menjual minuman liquor yang memabukkan. 22- Menerima hasil-hasil jabatan daripada jenis-jenis lesen cukai hiburan, bil telefon dan sebagainya. 23- Menyediakan tuntutan duti hiburan.

24- Menyelenggara buku tunai / klasifikasi hasil dan menghantar penyata bulanan hasil untuk auditan Pejabat Perbendaharaan Johor. 25- Menghantar hasil-hasil pejabat ke bank. 26- Menerima dan memproses permohonan lesen-lesen Wayang Cina/Gambar, Ekspo dan lain-lain jenis hiburan serta mengecop Tiket Cukai Hiburan. 17

27-Bertanggungjawab menjaga dan menyemak buku-buku amanah, membuat penyata penyesuaian amanah dan membuat baucer-baucer bagi bayaran . 28-Menerima hasil, menyediakan pengeluaran lesen wayang cina, sewa rumah/pejabat kerajaan,amanah dan lain-lain bayaran hasil kerajaan. 29- Menerima dan memproses lesen penulis raya. 30- Menyediakan resit bagi sebut harga/tender. 2.13.1 JENIS-JENIS LESEN YANG DIKELUARKAN OLEH PEJABAT DAERAH BATU PAHAT 1- Lesen Hiburan Raya 2- Pentas Nyanyian dan Berdansa 3- Family Amusement Centre 4- Aktiviti Hi-Tech Machines 5- Karaoke 6- Juke-Box 7- Cinaplex & Movie Televisyen 8- Muzik 9- Billirad / Snooker 10- Panggung Wayang 11- Lesen Arak Kelas 1 12- Lesen Arak Kelas 2 13- Lesen Arak Runcit 14- Lesen Arak Borong 15- Lesen Penjaja di Luar Bandar 16- Lesen Penulis Raya 17- Lesen Panggung Wayang Gambar 18- Lesen Pertunjukkan Konsert / Peraduan Nyanyian 19- Fun Fair (Expo Perdagangan, Carnival) 2.14- OBJEKTIF UMUM BAHAGIAN PEMBANGUNAN 18 1- Dapat melaksanakan semua urusan berkaitan dengan pentadbiran jabatan dan perkhidmatan yang adil dan saksama yang diberikan kepada pelanggan sama ada pelanggan dalaman atau luaran dengan cekap, cepat dan sempurna. 2- Menyelaras program dan projek pembangunan daerah di bawah dasar pembangunan Nasional agar ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan. 3- Menigkatkan taraf hidup dan pendapatan penduduk tempatan melalui aktivitiaktiviti pembangunan. 4- Mewujudkan suatu suasana yang lebih aman dan harmoni di kalangan anggota masyarakat berbilanga kaum ke arah kesejahteraan hidup dan kemakmuran negara.

5- Berusaha dengan giat bagi mempertingkatkan lagi mutu keupayaan pegawai / anggota supaya dapat memberikan perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih berkesan. 2.14.1- FUNGSI BAHAGIAN PEMBANGUNAN 1- Membuat perancangan, menyusun dan melaksanakan projek pembangunan kecil yang meliputi pembinaan infrastuktur, jalan – jalan kampung seperti jalan batu merah, jalan tar, pembinaan jambatan, rumah ibadat seperti masjid dan surau serta kemudahan-kemudahan lainnya. 2- Merancang, mentadbir dan melaksanakan stuktur pembangunan fizikal dan sosial masyarakat luar bandar sesuai dengan aspirasi negara untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. 3- Pengagihan peruntukan-peruntukan dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan kepada masyarakat luar bandar untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat. 19

TUGASAN HAKIKI Sepanjang menjalani Latihan Amali Dan Industri di Pejabat Daerah Batu Pahat tugasan hakiki atau sebenar yang saya lakukan ialah punch card kedatangan. Punch card kedatangan merupakan perkara yang wajib dibuat bagi semua pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah bagi merekod kedatangan harian mereka. Aktiviti bacaan al-Quran atau membudayakan al-Quran serta doa pagi pada setiap pagi sebelum menjalankan tugas merupakan aktiviti yang perlu dilakukan bagi kakitangan Pejabat Daerah. Aktiviti ini disarankan oleh Kerajaan Negeri Johor kepada semua Jabatan-jabatan Kerajaan di Negeri Johor. Sebagai seorang pelajar Pengajian Islam aktiviti ini banyak diberi keutamaan kepada saya untuk dijalankan. 1.2 TUGASAN HARIAN 20

Latihan Amali / Industri di Pejabat Daerah Batu Pahat, Batu Pahat, Johor telah bermula pada 8 Mei hingga 1 Julai 2006. Latihan ini memakan masa selama lebih kurang 2 bulan. Sepanjang tempoh latihan tersebut, pelatih-pelatih telah diberikan tugasan untuk membantu setiap unit / bahagian pejabat daerah dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan dan sebagainya. Berikut adalah laporan tugasan mingguan pelatih sepanjang tempoh Latihan Amali / Industri tersebut dijalankan:MINGGU PERTAMA Isnin ( 8 Mei 2006) • Pelajar praktikal melaporkan diri kepada pihak pentadbiran Pejabat Daerah Batu Pahat iaitu Encik Pakarwara bin Abd Rahman selaku Ketua Unit Pentadbiran dan mendengar taklimat daripada beliau mengenai fungsi dan peraturan-peraturan Pejabat Daerah. •

Mendengar taklimat dan amanat yang disampaikan Encik Ibrahim bin Ahmad selaku Penolong Pegawai Tadbir merangkap penyelia pelajar praktikal berkenaan dengan penempatan latihan. • Memperkenalkan diri dan minta memperkenalkan diri kepada semua pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah Batu Pahat. • Menyertai mesyuarat Majlis Tindakan Pelancongan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Hmasan Bin Saringat, Pegawai Daerah Batu Pahat. • Menyertai mesyuarat Kempen Keselamatan Jalanraya Inisiatif Penggunaan Tali Pinggang Kaledar Belakang Kenderaan Peringkat Negeri Johor kali pertama pada jam 11.00 pg. Majlis akan diadakan di ruang legar kompleks Summit, Jalan Bakau Chondong, Batu Pahat pada 26 Mei 2006 (Jumaat), jam 3.30 ptg yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerja Raya merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Johor. • Menyertai mesyuarat program Johore Extreme Challenge Unit-unit Beruniform Agensi Bukan Kerajaan yang akan diadakan di Kem Jubli Intan Tanjung Labuh, 21

Batu Pahat pada 6 Jun 2006 (Selasa). Program ini akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abd Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor dan akan dirasmikan penutupnya oleh Yang Berhormat Datuk Azalina Binti Dato’ Othman Said. Mesyuarat ini diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat. Selasa ( 9 Mei 2006) • Aktiviti harian dimulakan dengan bacaan al-Quran / membudayakan al-Quran secara jemaah dan bertadarus yang diketuai oleh Encik Pakarawa bin Abd Rahman Ketua Unit Pentadbiran Pejabat Daerah Batu Pahat dan terjemahannya dibaca oleh Encik Khairul penghantar surat Pejabat Daerah Batu Pahat. • Mendengar taklimat dan amanat yang disampaikan oleh penyelia agensi Pejabat Daerah Batu Pahat iaitu Encik Ibrahim bin Ahmad berkenaan dengan tugasan yang diberikan iaitu Skim Pembangunan Keluarga Termiskin / Program Pembanguanan Rakyat Termiskin (SPKR / PPRT), Pengurusan bencana alam, Tabung Perayaan dan Keagamaan dan Pengurusan Projek-projek Kecil Luar Bandar dengan mencari maklumat dan menyenaraikan maklumat berkenaan dalam bentuk power point untuk dibentangkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Yang Berhormat Datin Paduka Norsiah di bilik executif Kerajaan Negeri Johor pada 16 Mei 2006 (Selasa) dan menyenaraikannya dalam bentuk microsoftword. Rabu ( 10 Mei 2006) • Bacaan al-Quran @ membudayakan al-Quran secara tadarus. •

Mendengar taklimat lanjutan dari penyelia Encik Ibrahim bin Ahmad berkenaan dengan tugasan semalam. • Membuat kertas kerja Manual Prosedur Kerja (MPK) mengenai bencana alam. • Membuat perjumpaan dengan penyelia agensi untuk melihat hasil kerja Manual Prosedur Kerjaya (MPK) yang telah dilakukan. Khamis ( 11 Mei 2006) 22

• Menyiapkan dan membukukan kerja-kerja Manual Prosedur Kerjaya (MPK) mengenai bencana alam, SPKR / PPRT dan Pembangunan Projek-projek Kecil Luar Bandar PIA / PIAS. Jumaat ( 12 Mei 2006) • Walaupun cuti umum kami di tugaskan untuk membantu kakitangan Pejabat Daerah Batu Pahat bagi menyiapkan Modul Prosedur Kerja bencana alam, SPKR / PPRT dan Pembangunan Projek-projek Luar Bandar PIA / PIAS. MINGGU KEDUA Isnin ( 15 Mei 2006) • Mengikut kakitangan Pejabat Daerah ke Kampung Parit Tengah sempena lawatan Menteri Besar Johor Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat Negeri Johor dari pagi hingga ke petang. Dalam Majlis ini saya telah ditugaskan menyambut tetamu yang datang dan ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor serta mengedarkan risalah atau pamplet kepada tetamu yang hadir. • Selepas solat Zohor saya ditugaskan memphotostat dan membainding Manual Prosedur Kerja. Selasa ( 16 Mei 2006) • Menaip senarai nama Skim Pembangunan Rakyat Termiskin SPKR mengikut mukim Daerah Batu Pahat yang diberi oleh kakitangan Pejabat Daerah Puan Hajah Rohani binti Haron kerani unit pembangunan Pejabat Daerah. • Menyertai mesyuarat Lawatan D.Y.M.M Sultanah Johor sempena Majlis Penerimaan Ahli Baru Majlis Wanita Negeri Johor (MAWAR) yang akan diadakan pada 22 Mei 2006 di Dewan Orang Ramai Yong Peng. Rabu ( 17 Mei 2006) 23

• Bacaan al-Quran di bilik mensyuarat 2 Pejabat Daerah Batu Pahat. Pada kebiasaannya saya dan Akmal akan mengetuai bacaan al-Quran dan diikuti terjemahannya oleh kakitangan Pejabat Daerah serta diakhiri dengan bacaan doa. • Menyiapkan kerja penaipan senarai nama SPKR yang diberi oleh staf (Puan Hjah Rohani bte Haron) bagi sambungan semalam. Khamis ( 18 Mei 2006) • Membudayakan al-Quran. • Menyertai Majlis Taklimat PDBP (Pejabat Daerah Batu Pahat) yang disampaikan oleh Tuan Haji Mahadon bin Marnin Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat bersama pelatih dan jurulatih PLKN Kem Sembrong serta taklimat daripada Jabatan Pertanian di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat. Saya telah ditugaskan menjadi juru acara majlis dan menguruskan peralatan teknikal seperti pemasangan lap top, skrin layar dan lain-lain lagi. Jumaat ( 19 Mei 2006) • Bacaan al-Quran dan terjemahan serta Tahlil bersama Penghulu-penghulu Mukim dan warga kakitangan Pejabat Daerah. Majlis ini diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan saya ditugaskan membaca terjemahan ayat al-Quran yang dibaca oleh saudara Mohammad Akmal bin Abd Hamid surah Yusof. • Membantu staf-staf melakukan kerja-kerja menyiapkan kad jemputan untuk Kempen Keselamatan Jalan raya peringkat Negeri Johor. MINGGU KETIGA Isnin ( 22 Mei 2006) • Bacaan al-Quran. • Menyertai Mesyuarat Kempen Keselamatan Jalanraya peringkat Negeri Johor kali ke-2 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat. 24 • Menyertai Lawatan Sultanah Johor sempena Majlis Penerimaan Ahli Baru MAWAR (Majlis Wanita Negeri Johor) yang diadakan di Dewan Orang Ramai Yong Peng. Saya telah diarahkan oleh Penolong Pegawai Tadbir untuk menyambut Tuanku Sultanah Johor di istana singgahan kampung istana Batu Pahat bagi memberi peluang kepada Tuanku Sultanah beristirehat sebelum meneruskan perjalanannya

ke Dewan Serbaguna Yong Peng. Selasa ( 23 Mei 2006) • Bacaan al-Quran. • Membantu kerja-kerja staf unit pembangunan dan pentadbiran. • Menyertai mesyuarat Perhimpunan Hari Belia yang akan diadakan pada 8 Jun 2006 di Dewan Jubli Intan Batu Pahat. • Membantu Puan Hajah Rohani binti Haron menyiapkan senarai maklumat penerima Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) mukim kampung Bahru dan sungai Phuchong. • Membuat modul prosedur kerja yang bertajuk proses perlaksanaan pemantauan dan pengesahan projek (PK-PDBP[P]-06). • Menghadiri taklimat yang disampaikan oleh penyelia praktikal Encik Ibrahim bin Ahmad. Rabu ( 24 Mei 2006) • Bacaan al-Quran. • Melakukan kerja-kerja staf unit pembangunan dan pentadbiran. • Mengedit modul prosedur kerja yang bertajuk proses perlaksanaan, pemantauan dan pengesahan projek (PK-PDBP[P]-06). • Menghadiri mesyuarat Pertandingan Ghazal dan Keroncong yang akan diadakan pada 18 Jun 2006 di Dewan Jubli Intan Batu Pahat. Khamis ( 25 Mei 2006) 25

• Bacaan al-Quran dan terjemahan @ membudayakan al-Quran. • Taklimat daripada En Ibrahim bin Ahmad (penyelia praktikal). • Melakukan kerja-kerja staf unit pembangunan dan pentadbiran. • Menyertai Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Johor di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abd Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor. Dalam Majlis ini saya telah ditugaskan oleh penyelia untuk menyambut tetamu yang datang ke majlis tersebut.

• Menghadiri mesyuarat Johore Extreme Challenges Persatuan Pengakap yang akan diadakan di kem pengakap Tanjung Laboh. Dalam mesyuarat ini saya telah ditugaskan menyiarkan slide show kepada hadirin di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat. • Selang beberapa jam saya diarahkan oleh penyelia untuk menghadiri mesyuarat Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Batu Pahat. Tugas yang sama dipertanggungjawabkan kepada saya. Jumaat ( 26 Mei 2006) • Menghadiri Majlis Sambutan Maulidurrasul S.A.W. peringkat Pejabat Daerah Batu Pahat, di Bilik Gerakan Pejabat Daerah. Penceramah undangan Ustaz Samsul Rizalaris, Imam Masjid Yong Peng, Batu Pahat, Johor. • Menyertai Majlis Kempen Keselamatan Jalanraya peringkat Negeri Johor di Summit Parade Batu Pahat. Pada kali ini saya telah ditugaskan oleh penyelia untuk menyambut ketibaan tetamu dan dif-dif terhormat serta mengedarkan risalah atau pamplet yang berkaitan keselamatan jalan raya. MINGGU KEEMPAT Isnin ( 29 Mei 2006) • Bacaan al-Quran. 26 • Melakukan kerja-kerja staf unit pembangunan dan pentadbiran. • Mencari dan mengumpul maklumat mengenai Pejabat Daerah Batu Pahat melalui memuat turun data maklumat dari internet, memilih buku yang berkaitan di perpustakaan Pejabat Daerah dan menyoal selidik secara langsung dengan kakitangan Pejabat Daerah. • Diarahkan pergi ke Pejabat Agama Daerah Batu Pahat bahagian Majlis Agama Islam. • Pergi ke Pejabat Pos Daerah Batu Pahat untuk mengepos surat. Selasa ( 30 Mei 2006) • Melakukan kerja-kerja staf pembangunan dan pentadbiran. • Membahagi-bahagikan kerja MPK dikalangan pelajar-pelajar praktikal lain. • Membahagikan tugas penyiapan laporan tahunan Pejabat Daerah Batu Pahat tahun2005. Rabu ( 31 Mei 2006) •

Bacaan al-Quran @ membudayakan al-Quran bersama dengan pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah. • Taklimat daripada En Pakawara bin Abd Rahman Ketua Unit Pentadbiran Pejabat Daerah Batu Pahat. • Menyertai mesyuarat Majlis Tindakan Jawatankuasa Daerah Batu Pahat. • Menyiapkan tugasan Modul Prosedur Kerja (MPK) yang telah dibahagibahagikan. Khamis ( 1 Jun 2006) • Bacaan al-Quran @ membudayakan al-Quran • Taklimat daripada penyelia praktikal En Ibrahim bin Ahmad mengenai tugas yang perlu dibuat pada hari ini. 27

• Menyertai mesyuarat program “Johore Extreme Challenge Unit Beruniform” agensi bukan kerajaan yang akan diadakan pada 6 Jun 2006 di Tanjung Labuh, Batu Pahat. • Menghadiri mesyuarat Hari Kebangsaan ke-49 peringkat Daerah Batu Pahat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat. Jumaat ( 2 Jun 2006) • Bacaan al-Quran dan Tahlil bersama Tuan Pegawai Daerah dan Penghulupenghulu Mukim Daerah Batu Pahat. • Menyiapkan, menyemak semula kerja-kerja MPK sebelum dibukukan. MINGGU KELIMA Isnin ( 5 Jun 2006) • Mengikuti Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat, Yang Berhormat Dato’ Hamsan bin Saringat. • Senamrobik (J-Robik) setiap awal bulan bersama Tuan Pegawai Pejabat Daerah Batu Pahat dan kakitangan pejabat. • Melakukan kerja-kerja staf unit pembangunan dan pentadbiran. • Menaip data maklumat keahlian baru Majlis Wanita Negeri Johor (MAWAR)

. Selasa ( 6 Jun 2006) • Cuti (Datuk kembali ke rahmatullah) Rabu ( 7 Jun 2006) • Bacaan doa. • Melakukan kerja-kerja staf unit pembangunan. • Menyiapkan penaipan data maklumat ahli baru MAWAR. 28

Khamis ( 8 Jun 2006) • Bacaan doa. • Mendengar taklimat dan amanat yang disampaikan oleh penyelia agensi Pejabat Daerah Batu Pahat iaitu Encik Ibrahim bin Ahmad berkenaan dengan program Hari Belia peringkat Daerah dan Majlis penutupan Kem Perkemahan “Johore Extreme Challenge Unit Beruniform yang akan diadakan di Tanjung Labuh, Batu Pahat. • Menyertai Perhimpunan Hari Belia yang diadakan di Dewan Jubli Intan Batu Pahat. • Pada jam 8.00 mlm kami diarahkan untuk pergi ke Majlis penutupan Kem Perkemahan “Johore Extreme Challenge Unit Beruniform yang diadakan di Tanjung Labuh, Batu Pahat. Dalam majlis ini kami ditugaskan untuk serve jamuan VVIP yang mana majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Azalina binti Dato’ Othman Said dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan Daerah Batu Pahat. Jumaat ( 9 Jun 2006) • Cuti (pergi ke Universiti Kebangsaan Malaysia). MINGGU KEENAM Isnin ( 12 Jun 2006) • Bacaan doa (Program membudayakan al-Quran telah diganti dengan bacaan doa). Bacaan doa telah dibaca oleh Pegawai Daerah Batu Pahat, Yang Berhormat Dato’ Hamsan bin Saringat. • Melakukan kerja-kerja staf dan menyiapkan surat-surat unit pembangunan. • Membuat rangka penulisan laporan tahunan Pejabat Daerah Batu Pahat tahun

2005. • Berjumpa dengan Yang Berhormat Syed Hood bin Syed Edros al-Haj, Ahli Parlimen Parit Sulong di pejabatnya. 29 Selasa ( 13 Jun 2006) • Bacaan doa. • Melakukan kerja-kerja staf unit pembangunan dan pentadbiran. • Menyediakan laporan tahunan Bahagian Pembangunan dengan menemuramah kakitangan bahagian tersebut. • Membuat tugasan laporan tahunan, MPK, dan senarai semak SPKR. • Membuat pengiraan waran peruntukan tahunan Pembangunan Infrastruktur Awam (PIA / PIAS) bagi tahun 2005 mengikut dun, jenis projek samada peruntukan tersebut daripada Pejabat Menteri Besar Negeri Johor atau dari Kerajaan Persekutuan. Rabu ( 14 Jun 2006) • Bacaan doa pada pagi ini dibaca oleh Ustaz Huszarudin bin Haji Hussin. • Membuat pengiraan waran peruntukan tahunan Pembangunan Infrastruktur Awam (PIA / PIAS) bagi tahun 2005 mengikut dun, jenis projek samada peruntukan tersebut daripada Pejabat Menteri Besar Negeri Johor atau dari Kerajaan Persekutuan. • Mendengar taklimat projek PIA / PIAS 2006 oleh Dato’ Hajah Kamesah, Penasihat Kewangan Putrajaya yang dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Hamsan bin Sarigat, Tuan Haji Mahadon bin Marnin, Ketua Pen. P Khamis ( 15 Jun 2006) • Bacaan doa. • Membuat laporan tahunan Pejabat Daerah Batu Pahat 2005. • Melakukan kerja-kerja staf unit pembangunan dan pentadbiran. • Bacaan doa yang dibaca oleh Encik Mohamad Ketua Unit Pembangunan Sumber Manusia. 30

• Saya telah diarahkan Encik Mahdzar membantu Tuan Haji Mahadon bin Marnin Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat bagi mengedit Modul Proedur Kerja di biliknya. • Menghadiri mesyuarat bersama ketua-ketua kampung kawasan Pekan Parit Sulong yang dipengerusikan Encik Mustapha Penghulu Kawasan Sri Medan bagi menerangkan Program Operasi Khidmat Masyarakat yang akan diadakan di Parit Sulong Batu Pahat pada 18 Ogos 2006 sehingga 20 Ogos 2006. • Saya telah diarahkan untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Istiadat Hari Kebangsaan ke 49 Peringkat Daerah Batu Pahat 31 Ogos 2006 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah. Jumaat ( 16 Jun 2006) • Bacaan al-Quran dan Tahlil bersama Tuan Pegawai Daerah dan Penghulupenghulu Mukim Daerah Batu Pahat. • Membantu staf bahagian teknikal menaip senarai projek Pembangunan Insfrastruktur Awam (PIA) 2006. • Membantu unit kewangan dan hasil menyemak senarai gaji kakitangan. • Mengikuti Encik Mohd Faizul Bin Othman Juruteknik N17 pergi melawati tapak projek pembaikan surau parit Jambul Parit Raja. Dalam perkara saya diarahkan untuk memperhatikan cara juruteknik memeriksa tempat projek serta anggaran kewangan yang sesuai diperuntukan bagi projek tersebut. • Membuat Manual Prosedur Kerja Pengurusan Projek-Projek Kecil Luar Bandar yang diarahkan oleh Encik Mahdzar Ketua Unit Pembangunan Pejabat Daerah, Tabung Perayaan dan Keagamaan atas arahan Encik Ibrahim Bin Ahmad Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Batu Pahat. MINGGU KETUJUH 31 (Isnin) 19 Jun 2006 • Membuat Modul Prosedur Kerja bagi dibentangkan dihadapan Pegawai Kerajaan Negeri Johor di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat jam 09.00 pg 20.Jun 2006. Dalam tugas ini saya telah diarahkan oleh Encik Mahdzar masuk ke bilik Ketua Penolong Pegawai Daerah bagi mengedit Manual Prosedur Kerja yang tidak betul. • Menyambut kedatangan penyelia Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor

Madya Dr Arifin bin Omar dan membawanya berjumpa Encik Ibrahim bin Ahmad (PPT). • Kami telah diarahkan oleh Ketua Unit Pembangunan datang ke Pejabat Daerah pada pukul 9.00 mlm untuk membentangkan MPK kepada Yang Berhormat Dato’ Hamsan bin Saringat Pegawai Daerah Batu Pahat di Bilik Gerakan PDBP. SELASA 20 JUN 2006 • Membuat persiapan teknikal seperti membantu pekerja teknikal on lap top dan skrin layar di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan lain-lain. • Saya telah diarahkan untuk menyiarkan slide show di Bilik Gerakan dan mengedarkan MPK kepada pegawai kerajaan yang hadir. RABU 21 JUN 2006 • Bacaan doa • Menghadiri Mesyuarat Rakan Muda Mutiara Kasih yang akan berlangsung pada 14 Julai 2006 sehingga 16 Julai 2006 di Semerah. • Menghadiri Majlis Pertandingan Keroncong Peringkat Negeri Johor 2006 yang diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Hamsan Bin Saringat Pegawai Daerah Batu Pahat. Dalam majlis ini saya telah diarahkan untuk melayang tetamu VVIP makan. KHAMIS 22 JUN 2006 • Cuti 32

JUMAAT 23 JUN 2006 • Bacaan al-Quran yang diketuai oleh Tok Penghulu Hanapi dan Tok Penghulu Yakob. • Menyenaraikan data maklumat pelajar-pelajar praktikal. Penyenaraian ini diarahkan oleh Yang Berhormat Dato’ Hamsan Bin Saringat Pegawai Daerah. MINNGU KELAPAN ISNIN 26 JUN 2006 • Bacaan doa yang dibaca oleh Haji Omar Bin Abu Bakar Ketua Unit Teknikal. • Menyerahkan borang pemarkahan praktikal kepada penyelia praktikal Encik Ibrahim bin Ahmad. • Menyediakan teks ucapan wakil pelajar praktikal bagi disampaikan pada Majlis

Perpisahan Pelajar Praktikal. • Membantu kakitangan Pejabat Daerah menyelesaikan urusan mereka. SELASA 27 JUN 2006-06-29 • Bacaan doa di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat yang dibaca oleh Encik Mohamad Ketua Unit Pembangunan Sumber Manusia. • Menghadiri Majlis Perpisahan pelajar-pelajar praktikal seramai 8 pelajar di Bilik Gerakan. Dalam majlis ini saya telah ditugaskan oleh kawan-kawan praktikal saya bagi menyampaikan ucapan wakil pelajar-pelajar praktikal. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Hamsan bin Saringat Pegawai Daerah. • Menyiapkan laporan Latihan Amali / Industri. RABU 28 JUN 2006 • Bacaan doa yang dibaca oleh saudara Saifudin kerani kontrak Unit Pembangunan. 33 • Mengahadiri Mesyuarat Bulan Citarasa Malaysia Peringkat Kebangsaan di bangunan rasmi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor. Program ini akan diadakan pada 30 Jun – 2 Julai 2006 di Dangan Bay yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. • Pergi ke Yayasan Warisan Johor (YWJ) di Johor Bahru. • Melawat tapak pameran Daerah Batu Pahat di Danga Bay Johor Bahru. • Memphotostat Pelan Tapak Gerai Majlis Pelancongan Bulan Cita Rasa Malaysia Danga Bay, Johor Bahru, Johor serta senarai nama dan nombor gerai / khemah peserta-peserta pameran dan jualan bagi Bulan Citarasa Malaysia dan pamplet Bulan Citarasa Malaysia. KHAMIS 29 JUN 2006 • Membaca doa pagi yang diarahkan oleh Encik Mahdzar • Menyiapkan Laporan Amali / Industri. • Bertugas sebagai wakil Pejabat Daerah Batu Pahat di Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu anjuran bersama Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri Dan Pejabat Daerah Batu Pahat bertempat di Pasar Tani FAMA, Jalan Omar, Batu Pahat, Johor. Saya telah diarahkan oleh Encik Ibrahim Bin Ahmad PPT bagi menerima aduan yang diluahkan oleh orang awam yang datang ke kaunter Pejabat Daerah. •

Menyiapakan Laporan Latihan Amali / Industri. • Diarahkan oleh Encik Ibrahim bagi menetukan pelajar praktikal yang dipilih untuk mengikuti lawatan ke tapak pameran Pejabat Daerah di Danga Bay, Johor Bahru. JUMAAT 30 JUN 2006 • Program membudayakan al-Quran dan terjemahannya serta bacaan doa pagi di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat. 34 • Menghadiri mesyuarat Program Kembara Mahkota yang akan diadakan pada 14 September 2006 sehingga 17 September 2006. • Mewakili Pejabat Daerah Batu Pahat bertugas di tapak pameran gerai Daerah Batu Pahat di Teluk Danga bersempena Bulan Cita Rasa Malaysia dari 30. Jun 2006 sehingga 2 Julai 2006. SABTU 1 JULAI 2006 • Cuti Umum bagi sektor swasta. TUGASAN LUAR BIASA • Menyertai mesyuarat Majlis Tindakan Pelancongan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Hmasan Bin Saringat, Pegawai Daerah Batu Pahat. • Menyertai mesyuarat Kempen Keselamatan Jalanraya Inisiatif Penggunaan Tali Pinggang Kaledar Belakang Kenderaan Peringkat Negeri Johor kali pertama pada jam 11.00 pg. Majlis akan diadakan di ruang legar kompleks Summit, Jalan Bakau Chondong, Batu Pahat pada 26 Mei 2006 (Jumaat), jam 3.30 ptg yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerja Raya merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Johor. • Menyertai mesyuarat program Johore Extreme Challenge Unit-unit Beruniform Agensi Bukan Kerajaan yang akan diadakan di Kem Jubli Intan Tanjung Labuh, Batu Pahat pada 6 Jun 2006 (Selasa). Program ini akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abd Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor dan akan dirasmikan penutupnya oleh Yang Berhormat Datuk Azalina Binti Dato’ Othman Said. Mesyuarat ini diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat. 35 • Membuat penulisan Skim Pembangunan Keluarga Termiskin / Program Pembanguanan Rakyat Termiskin (SPKR / PPRT), Pengurusan bencana alam, Tabung Perayaan dan Keagamaan dan Pengurusan Projek-projek Kecil Luar Bandar dengan mencari maklumat dan menyenaraikan maklumat

berkenaan dalam bentuk power point untuk dibentangkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Yang Berhormat Datin Paduka Norsiah di bilik executif Kerajaan Negeri Johor pada 16 Mei 2006 (Selasa) dan menyenaraikannya dalam bentuk microsoftword. • Walaupun cuti umum kami di tugaskan untuk membantu kakitangan Pejabat Daerah Batu Pahat bagi menyiapkan Modul Prosedur Kerja bencana alam, SPKR / PPRT dan Pembangunan Projek-projek Luar Bandar PIA / PIAS. • Mengikut kakitangan Pejabat Daerah ke Kampung Parit Tengah sempena lawatan Menteri Besar Johor Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat Negeri Johor dari pagi hingga ke petang. Dalam Majlis ini saya telah ditugaskan menyambut tetamu yang datang dan ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor serta mengedarkan risalah atau pamplet kepada tetamu yang hadir. • Menyertai Majlis Taklimat PDBP (Pejabat Daerah Batu Pahat) yang disampaikan oleh Tuan Haji Mahadon bin Marnin Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat bersama pelatih dan jurulatih PLKN Kem Sembrong serta taklimat daripada Jabatan Pertanian di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat. Saya telah ditugaskan menjadi juru acara majlis dan menguruskan peralatan teknikal seperti pemasangan lap top, skrin layar dan lain-lain lagi. • Menyertai Mesyuarat Kempen Keselamatan Jalanraya peringkat Negeri Johor kali ke-2 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat. • Menyertai Lawatan Sultanah Johor sempena Majlis Penerimaan Ahli Baru MAWAR (Majlis Wanita Negeri Johor) yang diadakan di Dewan Orang Ramai Yong Peng. Saya telah diarahkan oleh Penolong Pegawai Tadbir untuk menyambut Tuanku Sultanah Johor di istana singgahan kampung istana Batu 36 Pahat bagi memberi peluang kepada Tuanku Sultanah beristirehat sebelum meneruskan perjalanannya ke Dewan Serbaguna Yong Peng. • Mengedit modul prosedur kerja yang bertajuk proses perlaksanaan, pemantauan dan pengesahan projek (PK-PDBP[P]-06). • Menghadiri mesyuarat Pertandingan Ghazal dan Keroncong yang akan diadakan pada 18 Jun 2006 di Dewan Jubli Intan Batu Pahat. • Melakukan kerja-kerja staf unit pembangunan dan pentadbiran. • Menyertai Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Johor di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abd Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor. Dalam Majlis ini saya telah ditugaskan oleh penyelia untuk menyambut tetamu yang datang ke majlis tersebut.

• Menghadiri mesyuarat Johore Extreme Challenges Persatuan Pengakap yang akan diadakan di kem pengakap Tanjung Laboh. Dalam mesyuarat ini saya telah ditugaskan menyiarkan slide show kepada hadirin di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat. • Selang beberapa jam saya diarahkan oleh penyelia untuk menghadiri mesyuarat Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Batu Pahat. Tugas yang sama dipertanggungjawabkan kepada saya. • Menyertai Majlis Kempen Keselamatan Jalanraya peringkat Negeri Johor di Summit Parade Batu Pahat. Pada kali ini saya telah ditugaskan oleh penyelia untuk menyambut ketibaan tetamu dan dif-dif terhormat serta mengedarkan risalah atau pamplet yang berkaitan keselamatan jalan raya. • Menghadiri mesyuarat Hari Kebangsaan ke-49 peringkat Daerah Batu Pahat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat. • Menyertai mesyuarat program “Johore Extreme Challenge Unit Beruniform” agensi bukan kerajaan yang akan diadakan pada 6 Jun 2006 di Tanjung Labuh, Batu Pahat. 37 • Mengikuti Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat, Yang Berhormat Dato’ Hamsan bin Saringat. • Senamrobik (J-Robik) setiap awal bulan bersama Tuan Pegawai Pejabat Daerah Batu Pahat dan kakitangan pejabat • Pada jam 8.00 mlm kami diarahkan untuk pergi ke Majlis penutupan Kem Perkemahan “Johore Extreme Challenge Unit Beruniform yang diadakan di Tanjung Labuh, Batu Pahat. Dalam majlis ini kami ditugaskan untuk serve jamuan VVIP yang mana majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Azalina binti Dato’ Othman Said dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan Daerah Batu Pahat. • Berjumpa dengan Yang Berhormat Syed Hood bin Syed Edros al-Haj, Ahli Parlimen Parit Sulong di pejabatnya. • Membuat pengiraan waran peruntukan tahunan Pembangunan Infrastruktur Awam (PIA / PIAS) bagi tahun 2005 mengikut dun, jenis projek samada peruntukan tersebut daripada Pejabat Menteri Besar Negeri Johor atau dari Kerajaan Persekutuan. • Mendengar taklimat projek PIA / PIAS 2006 oleh Dato’ Hajah Kamesah, Penasihat Kewangan

Putrajaya yang dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Hamsan bin Sarigat, Tuan Haji Mahadon bin Marnin, Ketua Pen. P • Saya telah diarahkan untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Istiadat Hari Kebangsaan ke 49 Peringkat Daerah Batu Pahat 31 Ogos 2006 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah. • Menghadiri mesyuarat bersama ketua-ketua kampung kawasan Pekan Parit Sulong yang dipengerusikan Encik Mustapha Penghulu Kawasan Sri Medan bagi menerangkan Program Operasi Khidmat Masyarakat yang akan diadakan di Parit Sulong Batu Pahat pada 18 Ogos 2006 sehingga 20 Ogos 2006. • Saya telah diarahkan Encik Mahdzar membantu Tuan Haji Mahadon bin Marnin Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat bagi mengedit Modul Proedur Kerja di biliknya. 38 • Mengikuti Encik Mohd Faizul Bin Othman Juruteknik N17 pergi melawati tapak projek pembaikan surau parit Jambul Parit Raja. Dalam perkara saya diarahkan untuk memperhatikan cara juruteknik memeriksa tempat projek serta anggaran kewangan yang sesuai diperuntukan bagi projek tersebut. • Membuat Manual Prosedur Kerja Pengurusan Projek-Projek Kecil Luar Bandar yang diarahkan oleh Encik Mahdzar Ketua Unit Pembangunan Pejabat Daerah, Tabung Perayaan dan Keagamaan atas arahan Encik Ibrahim Bin Ahmad Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Batu Pahat. • Membuat Modul Prosedur Kerja bagi dibentangkan dihadapan Pegawai Kerajaan Negeri Johor di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat jam 09.00 pg 20.Jun 2006. Dalam tugas ini saya telah diarahkan oleh Encik Mahdzar masuk ke bilik Ketua Penolong Pegawai Daerah bagi mengedit Manual Prosedur Kerja yang tidak betul. • Kami telah diarahkan oleh Ketua Unit Pembangunan datang ke Pejabat Daerah pada pukul 9.00 mlm untuk membentangkan MPK kepada Yang Berhormat Dato’ Hamsan bin Saringat Pegawai Daerah Batu Pahat di Bilik Gerakan PDBP. • Membuat persiapan teknikal seperti membantu pekerja teknikal on lap top dan skrin layar di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan lain-lain. • Menghadiri Majlis Pertandingan Keroncong Peringkat Negeri Johor 2006 yang diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Hamsan Bin Saringat Pegawai Daerah Batu Pahat. Dalam majlis ini saya telah diarahkan untuk melayang tetamu VVIP makan. •

Mengahadiri Mesyuarat Bulan Citarasa Malaysia Peringkat Kebangsaan di bangunan rasmi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor. Program ini akan diadakan pada 30 Jun – 2 Julai 2006 di Dangan Bay yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. • Bertugas sebagai wakil Pejabat Daerah Batu Pahat di Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu anjuran bersama Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri Dan Pejabat Daerah Batu Pahat bertempat di Pasar Tani FAMA, Jalan Omar, Batu Pahat, Johor. Saya telah diarahkan oleh Encik Ibrahim Bin Ahmad 39 PPT bagi menerima aduan yang diluahkan oleh orang awam yang datang ke kaunter Pejabat Daerah. • Mewakili Pejabat Daerah Batu Pahat bertugas di tapak pameran gerai Daerah Batu Pahat di Teluk Danga bersempena Bulan Cita Rasa Malaysia dari 30. Jun 2006 sehingga 2 Julai 2006. SUMBANGAN LATIHAN AMALI Terdapat banyak sumbangan Latihan Amali Dan Industri terhadap saya selama menjalani Latihan Amali Dan Industri samada jangka panjang atau jangka pendek antaranya memberi peluang kepada pelajar mengaplikasi dan mempraktik ilmu yang di perolihi semasa belajar di sekolah mahupun universiti supaya ilmu tersebut benar-benar mantap.Selain dari itu, latihan ini merupakan satu peluang membentuk diri yang kental dan mampu mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat serta memberi peluang untuk berbakti kepada masyarakat bagi melahirkan individu yang benar-benar bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Semangat bertanggungjawab merupakan sifat yang sangat penting kepada mahasiswa atas perkara ini Latihan Amali Dan Industri memberi saya peluang membentuk sifat bertanggungjawab samada kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Alam pekerjaan merupakan alam yang bakal ditempuhi apabila menamatkan pengajian kelak. Olaeh yang demikian Latihan Amali Dan Industri ini memberi persediaan praktikal awal dan pengalaman pekerjaan sebelum menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Pejabat Daerah merupakan sebuah jabatan yang terpenting dan ketua bagi semua jabatan-jabatan yang lain di daerah Batu Pahat. Segala maklumat dan aktiviti yang dijalankan di Daerah Batu Pahat di awasi di sini oleh yang demikian Latihan Amali Dan Industri yang dijalankan di sini memberikan peluang kepada saya untuk mengetahui peluang kerjaya atau pekerjaan yang terdapat di Kerajaan Persekutuaan mahupun Kerajaan Negeri. 40 Sumbangan yang diberikan oleh Latihan Amali Dan Industri kepada Pejabat Daerah Batu Pahat ialah membantu perjalanan kerja dan aktiviti yang dijalankan oleh Pejabat Daerah Batu Pahat seperti membuat penulisan modul prosedur kerja, menjadi juru acara majlis dan sebagainya. Ini kerana setiap pegawai dan kakitangan mempunyai aktiviti dan kerja mereka yang telah ditetapkan oleh kerajaan akan

tetapi terdapat tugas dan kerja yang luar dari bidang mereka. Maka dengan kehadiran pelajar yang menjalani Latihan Amali Dan Industri sedikit sebanyak membantu mereka menjalankan tugas mereka.Dengan kehadiran pelajar praktikal Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia di sini menunjukkan bahawa UKM bukan sahaja sebuah universiti yang mementingkan akademik semata-mata tetapi menitikberatkan pengamplimentasian ilmu yang dipelajari dapat digunakan sebelum mereka benar-benar berada di alam pekerjaan. Dengan ini dapat menaikkan nama dan memartabatkan UKM sebagai sebuah universiti yang berpandangan jauh dan mempunyai misi dan visi yang tersendiri. MASALAH KEPADA PELATIH Selama 2 bulan 8 minggu saya menjalani Latihan Amali dan Industri di Pejabat Daerah Batu Pahat, Johor sedikit sebanyak terdapat juga masalah dan kerumitan yang saya alami selama menjalani praktikal di sini antaranya persediaan diri yang mantap dan kental perlu di buat samada maklumat mengenai agensi dari segi fungsi, kedudukannya di dalam hairarki kerajaan dan sebagainya sebelum menjalani praktikal. Pejabat Daerah merupakan tulang belakang kepada jentera Kerajaan Negeri Johor pelbagai aktiviti dan program yang melibatkan semua ketua-ketua jabatan, ahli-ahli yang berhormat samada Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen, Spiker Kerajaan Negeri Johor, penasihatpenasihat Kerajaan Persekutuan dan lain-lain lagi kerap berkumpul untuk bermusywarat dan membentangkan kertas kerja. Oleh yang demikian pelajar-pelajar praktikal dikehendaki menyertai aktiviti mereka. Pada mulanya saya termangu atau tertanya-tanya apa yang mereka sedang bincangkan seperti Pengurusan Projek-projek Kecil Luar Bandar (PIA/PIAS) dan sebagainya. Oleh yang demikian persediaan awal seperti persediaan maklumat mengenai agensi, keterampilan diri dan sebagainya. 41 Saya dapat mengaplikasi ilmu yang diperlukan di sini seperti kemahiran komputer dalam bahagian penulisan microsoft word, power point, excel dan publisher. Saya juga boleh kehadapan bagi menguruskan majlis rasmi Pejabat Daerah dan sebagainya tetapi mungkin saya terkebelakang sedikit jika dibandingkan dengan pelajar praktikal yang lain dari Universiti Utara Malaysia dalam bidang multimedia kerana mereka boleh membuat tayangan multimedia yang digunakan dalam majlis rasmi kerajaan pada masa sekarang. Itulah masalah yang saya alami semasa menjalani praktikal di sini. Dari segi komunikasi, kerjasama daripada agensi, kesesuaian penempatan, kemudahan penginapan dan kemudahan pengankutan tidak menjadi masalah kepada saya. Tempoh masa selama 2 bulan 8 minggu adalah tempoh masa yang sesuai dijalankan bagi pelajar praktikal menjalani Latihan Amali dan Industri. CADANGAN .......................................... 42

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->