You are on page 1of 8

SULIT

2215 Kesusasteraan Melayu Percubaan SPM Ogos 2011 2 jam MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN ================================== PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

KESUSASTERAAN MELAYU Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas
Dua.

soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan Bahagian

2. Jawab semua soalan Bahagian Satu.


3. Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan berasingan. Sekiranya terdapat kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. [Lihat sebelah SULIT

2215 2011 Hak Cipta MPSMNS

SULIT

5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.


Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak [Lihat halaman sebelah Bahagian Satu [40 markah] Jawab semua soalan. Puisi A Daun sirih sudah disusun, Siap dengan gambir dan kapur, Adat semang pulang ke dusun, Adat belut pulang ke lumpur. (Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan) 1. (a) Apakah jenis puisi di atas ? [1 markah]

(b)
markah] 2.

Nyatakan tiga ciri puisi di atas.

[3

Maka kata anak raja-raja itu sambil mengiringkan Indera Nata membawa raksasa itu, Aduh Indera Nata ini terlalu sekali beraninya, jangankan manusia sehingga raksasa yang sekian besar panjangnya tiada terlawan olehnya. Maka sepatutnya ia beroleh tuan puteri ketujuh orang itu dan gajah yang bergadingkan emas itu. (Dipetik daripada Hikayat Indera Nata)

Jelaskan dua unsur luar biasa yang ada pada watak Indera Nata.

[4 markah]

2215 2011 Hak Cipta MPSMNS

[Lihat sebelah SULIT

SULIT 3.

Maka kata tuan puteri, Landak ini pandai sekali berpantun rupanya kitalah yang disindirnya. Maka kata Raden Kesuma Ningrat,Hai adinda,sedangkan binatang lagi pandai menyindir kita. Maka tuan puteri tersenyum. (Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih)

Berikan empat watak binatang lain dalam cerita tersebut. 4. Di celah-celah pasar kesibukan hidup sekujur kecil bersalut kemiskinan melaung perhatian minta didekati peti kecil tersandang di bahu kerdil dia bukan pengemis jalanan tapi menjual perkhidmatan dia bukan pencopet buruan tapi menagih pengertian.

[4 markah]

(Dipetik daripada sajak Penggilap Rezeki oleh Mohd Hashim Osman) Jelaskan dua gaya bahasa berserta contoh. 5. SERI NARA : Kita bertahan saja di sini dulu! Bentayan pun bumi Melaka, Pagoh pun juga bumi Melaka. Sama-sama tanah air kita. Kita harus pertahankan watan kita. Kasihkan watan atau tanah air satu daripada iman. HANG KADIM : Ya, itulah dasar perjuangan kita, mempertahankan watan, bangsa dan agama kita. Kita tidak mau dijajah, kita tak mau diperhambakan. [4 markah]

Nyatakan dua gambaran masyarakat dalam petikan di atas. [4 markah] 6. SEMUA : itu mulia bersopan santun berbudi bahasa itu kaya tapi jangan sampai lupa harga diri jangan sampai tergadai harta benda.

2215 2011 Hak Cipta MPSMNS berbudaya Beradat

[Lihat sebelah SULIT

(Dipetik daripada drama Muzikal Kampung Baru,.. oleh Hatta Azad Khan)

SULIT

Nyatakan empat nilai murni dalam petikan di atas. [4 markah] 7. Aku tunduk dengan tikaman kata ibu. Aku tahu ibu juga seperti ayah. Ibu juga mahu aku berusaha, berdikari. Bukan meminta-minta seperti peminta sedekah di kaki lima jalan. Ibu mahu aku melewati hidup ini seperti ayah. Ayah tegas dalam segala hal. Ayah juga pemimpin. Ayah bukan sahaja memimpin satu keluarga kecil tapi ayah memimpin sebuah keluarga yang besar. (Dipetik daripada cerpen Benar Kata Ayah, Nyatakan dua persoalan berserta contoh dalam petikan di atas. 8. [4 markah]

Tapi dia memokah gelung sawah kita! jawab Jusoh. Kau tau apa nak jadi. Kita tak boleh tanam ikut ketika. Semai tak boleh cabut. Tanah keras. Jerami lama tak reput. Kita terlambat. Bininya sedar tentang angin Jusoh. Sudah beranak tujuh dengannya. Kalau fasal gelung air, mati dia sanggup. Gelung air samalah dengan gelung hidup. (Dipetik daripada cerpen Gelungnya Terpokah,... oleh Shahnon Ahmad) Jelaskan dua teknik penceritaan berserta contoh dalam petikan di atas. [4 markah]

9.

Syed Mustafa memerhati kerajinan dan kesungguhan Anuariza. Hatinya mengiakan cerita ibunya berkenaan kecekalan anak muda itu dan sedikit sebanyak dia melihat Anuariza adalah dirinya sendiri. (Dipetik daripada novel Jeriji Kasih,...

2215 2011 Hak Cipta MPSMNS

[Lihat sebelah SULIT

SULIT

Nyatakan dua perwatakan Anuariza seperti yang terdapat dalam petikan di atas. [4 markah] 10. Setahun selepas memulakan pengajian, Jalil terpilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda. Prestasi cemerlang dalam pengajiannya menyebabkan pihak fakulti memilihnya untuk diberikan biasiswa. Jalil amat bersyukur dengan rezekinya itu. Melimpah-limpah rezekinya kini. (Dipetik daripada novel Dari Lembah Ke Puncak,... oleh Ghazali Lateh) Nyatakan dua pengajaran dalam petikan. Bahagian Dua [60 markah] Bahagian A (Puisi Tradisional dan Prosa Klasik) Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2. 1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. PUISI Alang-alang menjeruk asam, Biar lebih, kurang jangan; Alang-alang menyeluk pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan. . Ambil golok di atas puan, Hendak berakit ke Kuala Kedah; Usah dijolok sarang tebuan, Badan sakit sesal tak sudah. Anak indung anak ketitir, Anak merbah terlompat-lompat; Yang dikendong habis tercicir, Yang dikejar haram tak dapat. . (Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)
2215 2011 Hak Cipta MPSMNS

[4 markah]

[Lihat sebelah SULIT

SULIT

7 (a) Jelaskan dua ciri bentuk puisi di atas. (b) Huraikan maksud rangkap dua dan rangkap tiga puisi di atas. (c) Cipta dua rangkap pantun empat kerat bertemakan kerjasama. [4 markah] [4 markah] [12 markah]

2.

Berdasarkan cerita Hikayat Seri Kelantan : [10 markah] [4

(a) Jelaskan lima latar masyarakat dalam cerita tersebut. (b) Berikan dua sebab Siam menyerang Kerajaan Sultan Abdullah. markah] (c) Jelaskan tiga unsur kehebatan Tuan Puteri Sadung.

[6 markah] Bahagian B (Puisi Moden dan Drama) Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4 3 Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. DI DADA MEREKA ADA KHALID Mereka tak pernah mengimpikan puja sanjung dan nama menggunung di dada mereka ada khalid di tangan mereka pedang keberanian di hati mereka berkubu keyakinan seorang mati seribu lagi bingkas mengipas bara perjuangan. Perjuangan suci tak pernah tunduk pada igau kematian mati hanya mampu menumpaskan pengecut hidup hanya bererti buat yang berani biar seribu tahun perjuangan luhur jalannya berlumpur. Di dada mereka ada khalid singa garang di padang juang setiap hari akan mereka nantikan
2215 2011 Hak Cipta MPSMNS

[Lihat sebelah SULIT

SULIT

8 musuh pulang mengusung walang musuh walang mengusung keranda teman. SHAHRUNIZAM ABDUL TALIB (a) Huraikan nada sajak. [4 markah] [8 markah] [8 markah]

(b) Jelaskan empat ciri pejuang dalam sajak. (c) Huraikan empat gaya bahasa berserta contoh.

4.

Berdasarkan drama Lima Perwira karya Kala Dewata :

(a)

Jelaskan lima perwatakan Hang Tuah. markah] Huraikan lima persoalan drama. markah]

[10

(b)

[10

Bahagian C (Cerpen dan Novel) Jawab sama ada Soalan 5, Soalan 6 atau Soalan 7 5. Berdasarkan cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-Jambuli :

(a)

Huraikan tema cerpen. markah]

[4

(b) Jelaskan dua sebab Zaniyah membatalkan hasrat untuk membuang bayinya. [4 markah]
2215 2011 Hak Cipta MPSMNS

[Lihat sebelah SULIT

SULIT

(c)
6.

Huraikan tiga pengajaran dalam cerpen.

[12 markah]

Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid :

(a)

Jelaskan lima aspek binaan novel. markah] Huraikan lima nilai murni.

[10

(b)
7.

[10 markah]

Berdasarkan novel Dari Lembah Ke Puncak karya Ghazali Lateh : (a) (b) Jelaskan lima peristiwa yang menunjukkan kegigihan Jalil. Huraikan lima peristiwa teknik imbas kembali dalam novel. [10 markah] [10 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

2215 2011 Hak Cipta MPSMNS

[Lihat sebelah SULIT

You might also like