You are on page 1of 16

1.

PENGENALAN

Dasar Pertanian Negara telah dilancarkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Musa Hitam selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Pertanian Negara pada 12 Januari 1984. Ia memberi garis panduan untuk membantu kerajaan dan sektor swasta dalam menggiatkan lagi sektor pertanian, meliputi sektor kecil tanaman, ternakan, perikanan serta perhutanan dan seterusnya ekonomi negara secara keseluruhannya. Dasar ini bertujuan membaiki sosio-ekonomi dan meninggikan pendapatan para petani, selain dari mengeluarkan bahan pertanian yang cukup untuk keperluan negara dan eksport. Manakala Dasar Pertanian Negara Ketiga ( DPN 3 ) bagi memastikan keupayaan peranan strategik sektor pertanian di dalam pembangunan negara dapat dikekalkan dan ditingkatkan memandangkan perubahan suasana dan cabaran baru yang dihadapi dalam pembangunan pertanian. DPN3 juga akan memberikan tumpuan kepada pendekatan baru bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing, mengeratkan lagi pertanian dengan sektor lain, menerokai bidang baru di samping memulihara dan menggunakan sumber asli secara mampan.

Penggubalan dan pelancaran Dasar Pertanian Negara bukan bermakna bahawa sebelum ini kerajaan tidak memberi tumpuan dan perhatian sewajarnya kepada sektor pertanian. Malah, semenjak merdeka lagi, banyak sumber negara yang telah digunakan untuk membangunkan sektor ini dengan cara memperbanyakkan infrastruktur dan meluaskan khidmat sokongan pertanian.

2.0

DASAR PERTANIAN NEGARA ( 1 & 2 )

Dasar Pertanian Negara yang pertama ( DPN1 ) telah dilancarkan pada 1984. Berasaskan sumber tanah yang banyak, negara terus melaksanakan dasar memperluas kawasan tanaman eksport, terutamanya kelapa sawit dan koko. Kerajaan juga telah membuat pelaburan besar dalam penyediaan infrastruktur, pembangunan institusi dan pembukaan tanah baru untuk membangunkan tanaman ini bagi memperoleh tukaran asing, mewujudkan pekerjaan dan peluang sumber pendapatan serta membasmi kemiskinan. Pembangunan in-situ juga telah diberi penekanan bagi mengatasi masalah saiz ladang yang tidak berekonomi, tanaman yang tidak menguntungkan dan produktiviti yang rendah, terutamanya di kalangan pekebun kecil.

Tempoh DPN1 ( 1984-1991 ) menunjukkan permulaan penting dalam transformasi dan pembangunan ekonomi Malaysia. Era ini memperlihatkan perkembangan pesat sektor pembuatan dan telah mengubah secara relatif kepentingan sektor pertanian dalam ekonomi. Dasar yang memihak kepada industrialisasi telah wujudkan suasana kurang menarik bagi pelaburan pertanian.

Justeru itu, DPN1 telah disemak semula dan DPN Kedua ( 1992-2010 )telah diperkenalkan. Penekanan yang lebih telah diberikan untuk menangani isu produktiviti, kecekapan dan daya saing dalam konteks pembangunan mampan dan rantaian dengan sektor ekonomi yang lain. Dasar ini juga menggariskan strategi jangka sederhana dan jangka panjang bagi menambah dan meluaskan pengeluaran makanan, meningkatkan

peranan sektor swasta yang lebih besar, menyusun semula pemasaran dan mempercepat pembangunan industri berasaskan pertanian. Dasar Perhutanan Negara juga telah dikaji semula pada tahun 1992 untuk memberi lebih penekanan ke atas kepentingan kepelbagaian biologi, pemuliharaan dan pengurusan hutan secara mampan untuk kesejahteraan generasi sekarang dan yang akan datang.

Dalam tempoh 1992-1996, perubahan struktur ekonomi selanjutnya telah meningkatkan kekangan bekalan sumber bagi pembangunan pertanian dan perhutanan. Di peringkat antarabangsa pula pembentukkan Pertubuhan Perdagangan Dunia ( WTO ) dan liberalisasi perdagangan pertanian yang pesat telah menambahkan persaingan dan peluang pasaran baru di dalam sektor pertanian dan perhutanan. Sebagai tambahan pula pembangunan mampan dan perlindungan alam sekitar semakin diberi perhatian dan perkara ini mendorong supaya sumber dipulihara dan digunakan secara mampan. Ketidakstabilan dan kemerosotan kadar pertukaran ringgit berbanding dengan mata wang utama dunia telah menjejaskan kestabilan dan sekuriti bekalan makanan negara. Justeru itu, kejatuhan nilai ringgit juga telah mengakibatkan peningkatan yang tinggi bagi harga input pertanian dan bahan makanan selanjutnya menyebabkan tekanan inflasi yang tinggi.

Perkembangan seperti diatas telah menimbulkan isu dan cabaran baru terhadap sektor pertanian dan perhutanan. Penggubalan DPN2 tidak menjangkakan perubahan pesat dan mendadak dalam ekonomi tempatan dan atarabangsa, mengakibatkan isu dan cabaran itu tidak dapat ditangani sepenuhnya. Lagipun DPN2 kurang memberi tumpuan kepada bidang keutamaan pembangunan pertanian, pelan tindakan dan strategi bagi

pelaksanaannya. Oleh yang demikian, negara memerlukan penggubalan dasar dan strategi baru bagi mengukuhkan ketahanan sektor pertanian untuk menghadapi perubahan dalam faktor luaran dan meningkatkan daya saing di peringkat global di samping memastikan pertumbuhan pertanian Malaysia yang berterusan.

Terdapat kekurangan strategi yang teratur dan berkesan bagi tujuan pelaksanaan di dalam kedua-dua DPN yang terdahulu. Lebih banyak usaha bersepadu diperlukan untuk menggembleng, mengukuh dan mengekalkan penyertaan berkesan kedua-dua pihak awam dan swasta dalam pembangunan sektor pertanian. Perkara ini adalah perlu untuk menggerakkan sumber yang diperlukan bagi melaksanakan DPN3 yang telah menggariskan rangka kerja dasar bagi transformasi sektor pertanian. Oleh yang demikian, pelaksanaan DPN3 memerlukan strategi yang mantap bagi memberi lebih tumpuan kepada pengkhususan serta penyelarasan dasar yang lebih baik dikalangan institusi utama, pihak yang berkepentingan dan entiti yang terlibat dalam pembangunan pertanian.

3.0

PENDEKATAN STRATEGIK BARU DALAM DPN3( 1998-2010 )

Dua pendekatan strategik baru diperkenalkan dalam DPN3 iaitu pendekatan perhutani dan pendekatan berasaskan produk.. Dimana pendekatan perhutani bertujuan untuk mengatasi masalah sumber yang semakin berkurangan termasuk tanah dan bahan mentah. Penggabungan pertanian dan perhutanan juga bertujuan untuk mewujudkan asas pengeluaran yang lebih luas bagi kedua-dua sektor ini. Pendekatan ini akan :

Memungkinkan percampuran yang lebih meluas perusahaan perhutani, mengoptimumkan penggunaan sumber terutamanya tanah dan meningkatkan potensi pelaburan perhutani yang boleh menghasilkan pendapatan.

Memungkinkan pengeluaran kedua-dua produk pertanian dan perhutanan di atas tanah pertanian yang sama untuk mengurangkan tekanan permintaan ke atas kawasan pertanian yang baru.

Pelbagai hubungan simbiotik seperti penanaman spesies hutan dengan tanaman industri untuk mengoptimumkan penggunaan tanah dan memaksimumkan pulangan.

Menyediakan peluang mendapatkan hasil pulangan yang awal dan berterusan dari komponen pertanian dalam perusahaan campuran serta menggalakkan penyertaan swasta dalam perladangan hutan komersial dan dengan itu meningkatkan bekalan kayu untuk industri berasaskan kayu.

Manakala, pendekatan berasaskan produk pula digunakan untuk memperkukuhkan dan melengkapkan pembangunan perindustrian tani berasaskan kelompok dengan menguatkan rantaian antara dan dalam sektor, termasuk pembangunan dan perkembangan industri perantaraan dan sokongan. Pendekatan ini juga menitik beratkan aspek memenuhi keperluan tertentu pasaran khusus dan pengguna seluruh dunia yang semakin berkehendakkan produk yang lebih menepati keperluan dan citarasa mereka. Pendekatan ini juga akan ;

Dapat mengenal pasti peluang untuk memperluas dan mengukuhkan pasaran melalui penyampaian petunjuk pasaran dan citarasa pengguna kepada pengeluar di peringkat ladang bagi meningkatkan pembangunan industri pertanian.

Menggalakkan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan bernilai tinggi, membantu perbezaan produk dan meningkatkan nilai ditambah produk pertanian dan perhutanan.

Mengukuhkan peranan strategik industri pertanian dan perhutanan huluan dalam mengukuhkan pertalian dan menyokong industri hiliran dan sektor lain dalam ekonomi.

Menggalakkan integrasi menegak dan pemusatan aktiviti yang boleh menambah nilai ditambah seperti pengasingan, penggredan, pembungkusan dan pemprosesan di peringkat ladang bagi meningkatkan pendapatan ladang.

Meluaskan skop pembangunan pertanian dan perhutanan serta membuka peluang perniagaan yang lebih luas melalui satu sistem rangkaian.

4.0

TERAS DAN STRATEGI DASAR BARU.

Teras, strategi dan mekanisme pelaksanaan dasar baru di bawah DPN3 di wujudkan untuk menangani beberapa isu nasional mengenai pembangunan pertanian dan ekonomi secara menyeluruh. Isu ini adalah untuk meningkatkan sekuriti makanan,

produktiviti, inflasi, pelaburan swasta dalam pertanian, meningkatkan eksport dan mengurangkan import yang tidak produktif serta pemuliharaan dan penggunaan sumber asli secara mampan.

4.1

Mengukuhkan Sekuriti Makanan Dan Memerangi Inflasi Bil Import makanan negara telah bertambah secara berterusan. Pada tahun 1997,

jumlah import makanan adalah sebanyak RM 10 Billion meningkat daripada RM 4.6 Billion pada tahun 1990. Permintaan yang tinggi terhadap makanan telah menyebabkan harga makanan meningkat. Kejatuhan nilai ringgit berbanding dengan mata wang utama dunia telah meningkatkan lagi tekanan ke atas harga makanan dan input pertanian terutamanya barangan yang diimport.

Krisis kewangan telah menekankan tentang pentingnya untuk mengukuhkan sekuriti makanan melalui peningkatan pengeluaran makanan tempatan dan mengurangkan pergantungan kepada import. Antara strategi yang digubal untuk meningkatkan sekuriti makanan dan membendung inflasi adalah dengan meningkatkan pengeluaran makanan tempatan melalui langkah berikut :

Menumpukan pengeluaran kepada produk makanan utama yang berdaya saing dari segi kos seperti produk perikanan, buah-buahan terpilih, sayuran dan produk ternakan serta produk makanan import terpilih

Mengzonkan kawasan khas untuk pengeluaran makanan

Menyediakan insentif khas dan mengukuhkan langkah sokongan lain untuk pengeluaran makanan termasuk penyediaan infrastruktur

Mempergiat aktiviti penyelidikan dan pembangunan R&D untuk meningkatkan hasil pengeluaran, mengurangkan kadar kerosakan lepas tuai dan menggalakkan penggunaan amalan pertanian baik untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran

Memperkukuh pembangunan institusi pembekal dan sokongan bagi mewujudkan rangkaian yang kukuh dengan sektor kecil makanan di samping memudahkan perkelompokan dalam sektor kecil ini.

4.2

Perolehan Sumber Secara Strategik Perolehan sumber secara strategik untuk mendapatkan bekalan makanan yang

perlu akan dilaksanakan melalui langkah berikut :

Memudahkan pelaburan timbal balik dan usaha sama dalam pengeluaran makanan di negara berkos rendah dan serantau, termasuk pelaburan di Kawasan Pertumbuhan ASEAN dan Lembah Sungai Mekong

Mengadakan peraturan dua hala antara Kerajaan dengan Kerajaan berkaitan pembekalan bahan makanan kepada negara.

4.3

Memperbaiki Kecekapan Pemasaran Kecekapan pemasaran produk makanan akan diperbaiki melalui pengurangan jidar pemasaran dan penghapusan ketidak sempurnaan pasaran. Langkah berikut akan diambil untuk melaksanakan strategi ini : Sistem pemasaran akan dirasionalisasi untuk mengurangkan perantara pasaran serta memastikan harga yang berpatutan untuk pengeluar dan pengguna melalui pembaikan dalam saluran pemasaran selari seperti pasar tani, jualan terus dan perladangan secara kontrak. Infrastruktur pemasaran seperti pusat pungutan ladang, kemudahan pusat pembungkusan, pusat perdagangan dan pasar borong akan dibina dan ditingkatkan dalam kawasan pengeluaran untuk mengurangkan masa serta kos urus niaga dan kadar kerosakan lepas tuai Memperbaiki risikan pasaran untuk membantu pengeluar dan pemasar membuat keputusan pengeluaran dan pemasaran yang lebih berkesan dan cepat.

4.4

Meningkatkan Produktiviti Hasil daripada kajian didapati pulangan produktiviti pertanian masih tidak

setanding dengan kos faktor pengeluaran. Pada masa ini, produk buruh pertanian hanyalah 60.0 peratus daripada tahap produktiviti buruh sektor pembuatan. Strategi baru untuk meningkatkan produktiviti di sektor pertanian termasuk :

4.4.1 Produk Baru dan Industri Masa Hadapan DPN3 akan memberi tumpuan kepada pembangunan produk bioteknologi, pengekstrakan kimia istimewa semula jadi yang dihasilkan daripada sumber biologi, penggunaan biojisim kelapa sawit, produk bungaan dan ikan hiasan untuk menjana sumber pertumbuhan masa hadapan sektor pertanian dan mewujudkan industri baru yang bernilai tinggi. Ini akan dicapai melalui pewujudan asas ekonomi yang kukuh, peningkatan keupayaan pengetahuan dan teknologi serta menggerakkan sumber yang diperlukan untuk membangunkan produk ini.

4.4.2

Mengurangkan Keperluan Buruh dalam Pertanian

Jumlah tenaga buruh dalam sektor pertanian akan dikurangkan daripada 1.5 juta pekerja pada tahun 1995 kepada 1.0 juta pekerja pada tahun 2010. Perkara ini akan dicapai melalui: Pengurangan kawasan perusahaan pertanian berintensif buruh khususnya getah seluas 505,000 hektar, kelapa seluas 70,000 hektar dan koko seluas 60,000 hektar. Penggalakkan dan penanaman tanaman baru yang kurang menggunakan tenaga buruh, termasuk spesies hutan , buluh dan rotan Penggalakkan penggunaan sistem pengeluaran persekitaran terkawal berautomasi dan berjentera secara intensif seperti aeroponik dan hidroponik bagi pengeluaran tanaman bernilai tinggi Peningkatan usaha R&D dan pemindahan teknologi jimat buruh terutama dalam aktiviti menuai kelapa sawit, buah-buahan, bungaan, sayuran dan menoreh getah.

4.4.3

Memaksimumkan Penggunaan Sumber Tanah

Penggunaan sumber tanah yang terhad akan dimaksimumkan melalui : Penggalakkan perusahaan perhutani Integrasi ternakan dengan tanaman ladang Penggalakkan perusahaan pertanian campuran berintensif teknologi skala besar

4.4.4

Meningkatkan Pendapatan Ladang

Strategi untuk meningkatkan pendapatan ladang akan ditumpukan kepada : Menggalakkan integrasi menegak dan pemusatan aktiviti nilai ditambah di peringkat ladang melalui perladangan komersil berskala besar Memaksimumkan penggunaan sisa dan produk sampingan pertanian seperti pelepah, batang dan tandan kosong kelapa sawit serta jerami dan sekam padi.

4.5

Menggalakkan Penyertaan Swasta Strategi yang lebih khusus akan dirangka untuk menggalakkan penyertaan aktif

pihak swasta dalam pembangunan sektor pertanian. Antara strategi berikut ialah :

4.5.1 Penubuhan Taman Agro Teknologi Taman agro teknologi akan dibangunkan untuk menggalakkan sistem pengeluaran pertanian berteknologi tinggi oleh pihak swasta. Sistem pengeluaran ini melibatkan operasi bermekanisasi, kawalan tepat penggunaan input dan persekitaran penanaman,

pengeluaran produk berkualiti dan bernilai tinggi seperti buah-buahan, sayuran, ikan hiasan, bungaan serta produk perikanan dan ternakan.

4.5.2

Penubuhan Pusat Inkubator Pusat ini ditubuhkan untuk proses pemindahan teknologi dan mengkomersialkan

penemuan penyelidikan kepada pihak swasta, terutama dalam bidang pengeluaran produk bioteknologi dan pengekstarakkan bahan kimia istimewa semula jadi.

4.5.3

Bank Tanah/Pajakan Tanah Satu pangkalan data yang menyeluruh akan ditubuhkan untuk menyediakan

berkaitan dengan kawasan tanah yang ada untuk diusahakan oleh pihak swasta dalam bidang pengeluaran pertanian. Kerajaan negeri akan digalakkan untuk mengzon kawasan tertentu untuk pengeluaran makanan dan menyediakan tanah yang boleh dipajak dalam tempoh yang panjang.

4.5.4

Menggalakkan Pelaburan Swasta Dalam Pertanian

Peraturan dan prosedur semasa yang menjejaskan operasi dan menyekat pelaburan pihak swasta akan dikaji semula. Peranan Agrolink dan Perkhidmatan Maklumat Komoditi Bersepadu akan diperkukuhkan untuk menyediakan maklumat tempatan dan global kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan pertanian.

4.6

MENINGKATKAN EKSPORT PERTANIAN

Strategi yang digubal untuk meningkatkan eksport pertanian ialah ;

4.6.1

Hab Makanan Halal Antarabangsa Keupayaan pemeriksaan, pemantauan, standard dan persijilan Standard Halal

Malaysia akan diperkukuhkan dan standard ini akan diperkenalkan di peringkat antarabangsa. Agensi Kerajaan yang berkaitan bersama pihak swasta akan menggalak secara aktif pemasaran produk halal dan input yang halal di peringkat antarabangsa.

4.6.2

Laluan Pasaran Peraturan kerjasama dua hala akan diusahakan untuk mendapatkan laluan pasaran

yang lebih luas bagi produk buatan Malaysia.

4.6.3

Pemasaran Terus

Pendekatan pemasaran terus akan digunakan untuk mengeksport produk Malaysia ke negara penguna tanpa melalui negara ketiga. Bagi minyak sawit, pihak swasta akan digalakkan untuk membangunkan kemudahan penapisan, pengendalian pukal dan pembungkusan untuk edaran di negara pengguna.

4.6.4

Pusat Pengedaran Utama Bagi Produk Bunga-Bungaan Tropika dan Ikan Hiasan Kemudahan dan perkhidmatan sokongan akan diwujudkan di Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat edaran serantau produk bunga-bungaan tropika dan ikan hiasan.

4.6.5

Kempen untuk Mempromosi Produk Berjenama Malaysiua di Peringkat Antarabangsa Usaha akan digembleng untuk mempromosi Produk Berjenama Malaysia di

pasaran tempatan dan anatarabangsa. Ini melibatkan pengeluaran produk akhir berkualiti tinggi dan mempunyai rekabentuk unik oleh pengilang tempatan. Kempen ini akan dijalankan melalaui penganjuran seminar dan bengkel ekonomi/teknikal, pameran dan penyertaan pameran perdagangan di peringkat antarabangsa.

4.7

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Peralihan pesat daripada pendekatan berasaskan komoditi kepada pendekatan

berasaskan produk dalam pembangunan pertanian memerlukan pengetahuan dan maklumat. Ini akan memerlukan lebih ramai tenaga kerja profesional dan mahir untuk memperkukuhkan dan memudahkan lagi pembangunan produk dan kepelbagaian produk. Pembangunan sumber manusia akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menyediakan lebih ramai pekerja mahir dalam bidang baru bioteknologi, mekanisasi dan automasi, sistem pengeluaran di bawah persekitaran terkawal, penguat kuasaan langkah sanitari dan

fitosanitari, standard dan gred, pemuliharaan sumber serta amalan perdagangan dan akuakultur yang baik.

5.0

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, industri berasaskan pertanian memang mempunyai

potensi yang cerah di Malaysia. Peningkatan tambah nilai hasil pertanian dan perluasan asas sektor pertanian sudah pasti akan membuka lembaran baru dalam pembangunan ekonomi negara. Namun begitu, tahap pencapaian yang memuaskan dalam industri tersebut perlu dirancang dengan teliti, khususnya dalam menyediakan kepakaran, khidmat sokongan, teknologi, modal dan sebagainya. Dapatlah dirumuskan disini bahawa sektor pertanian telah dapat mencapai beberapa kejayaan dari segi mengurangkan peratus kemiskinan melalui pembukaan tanah baru dan bantuan-bantuan lain. Bagaimanapun kejayaan ini dicapai pada kos kewangan yang tinggi kepada kerajaan dan penggunaan sumber-sumber seperti tanah dan buruh yang masih berada di paras yang rendah. Sebagai pelengkap, pendekatan perhutani membolehkan penggubalan dasar untuk menangani kekangan sumber seperti tanah dan buruh. Pendekatan ini bersama dengan teras dasar dan strategi pelaksanaan seharusnya mewujudkan persekitaran yang menggalakkan bagi mengekal dan meningkat pertumbuhan sektor pertanian dan perhutanan serta menjadikan sektor ini lebih berdaya saing di peringkat global.

6.0

SENARAI RUJUKAN

Kementerian Pertanian Malaysia,Dasar Pertanian Negara Ketiga ( 1998 2010 ) Ringkasan Eksekutif,1999,Unit Penerbitan Kementerian Pertanian Malaysia

Kementerian Pertanian Malaysia,Dasar Pertanian Negara Ketiga ( 1998 2010 ) Dimensi Baru,1999,Unit Penerbitan Kementerian Pertanian Malaysia

You might also like