You are on page 1of 14

Tajuk: Etika Kerja sebagai teras profesionalisme perguruan.

1. Pendahuluan Perkhidmatan awam merupakan satu institusi utama dan penting dalam melaksanakan segala dasar dan peraturan kerajaan. Peruguruan juga merupakan salah satu komponen dalam perkhidamatan awam. Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara. Hasrat ini dapat dicapai melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru bukan sahaja perlu membentuk sahsiah anak didiknya. 2. Profesionalisme perguruan Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari dahulu lagi unutk menjadikan bidang perguruan ini sebagai kerjaya yang professional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz,1997) telah mencadangkan supaya mewujudkan Etika Profesion Perguruan supaya tatasusila guru dapat dibentuk. Guru-guru yang mempunyai sijil perguruan perlu mematuhi etika tersebut. Walaupun sedemikian, salah laku segelintir guru membawa imej negatif terhadap kewibawaan profesion perguruan. 3. Etika Profesion Perguruan Usaha untuk memartabatkan pendidikan masih diteruskan. Dalam usaha untuk memastikan martabat pendidikan terus terpelihara dan tidak terpinggir dalam perubahan arus zaman, Etika Profesion Perguruan harus dikaji semula. (Najib,1977). Pengamalan Etika Profesion Perguruan di kalangan guru-guru adalah penting demi menjamin martabat profesion perguruan sentiasa dipandang mulia di mata masyarakat. Pencapaian matlamat pendidikan boleh
1

dipertingkatkan melalui kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya. Ikrar yang dicetak dihadapan buku persediaan mengajar juga harus dihayati Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju kea rah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan Ikrar di atas juga mengingatkan para guru bahawa mereka mempunyai beban yang berat untuk dijayakan. 4. Definisi Etika Menurut kamus Oxford Fajar, etika bermaksud system dasar-dasar akhlak. Perkataan akhlak bermaksud kelakuan, budi pekerti dan moral. Etika boleh ditafsir sebagai dasar-dasar yang telah dipersetujui dan ditetapkan bagi memastikan kelakuan, budi pekerti dan moral dikawal. Etika juga boleh dilihat sebuah ideology yang perlu diikut. 4.1 Jenis-jenis Etika Menurut buku Etika Perguruan oleh Foo (2005) terdapat pelbagai istilah berkaitan dengan bidang-bidang tertentu seperti berikut:i) ii) iii) Etika Media Etika Perniagaan Etika Persekitaran

iv) v) vi) vii) viii)

Etika Profesional Etika Sains dan Teknologi Pembuatan Kepuasan Etika Pengguguran Bayi Etika Komputer dan Teknologi Maklumat

4.2 Kepentingan Etika 4.3 Etika Profesional Etika Profesional merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang yang profesional. Profesional boleh ditakrifkan dengan keupayaan dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta kepakaran. Etika profesional pula ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral, profesional dan nilai. Kesimpulannya etika profesional ialah garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

4.3.1 Etika Profesional dalam Perguruan Perguruan adalah satu profesion yang mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu dapat memahami peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap
3

keesaan yang Maha Pencipta. Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme pula adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab. Profesional pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar. Matlamat utama pendidikan Malaysia adalah berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Aspek-aspek yang mendukung matlamat pendidikan di dala FPN ialah seperti berikut :

Pelajaran di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
4

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.

Aspek utama yang perlu diutamakan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani,emosi,rohani,interlek dan sosial. Tidak dinafikan di sini tanggungjawab seorang guru bukan hanya sebagai pengajar malahan ianya perlu mencakupi setiap aspek membentukan generasi masa depan yang berilmu dan berakhlak untuk pembangunan bangsa dan negara. Bagi merealisasikan Falsafah Pendidkan Negara, para guru perlu sedar bahawa mereka sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang besar. Guru bukan saya perlu mempertingkatkan profesionalisme mereka malahan guru juga perlu peka dengan perubahan-perubahan yang melanda dalam dunia pendidikan masa kini. Pada amnya, guru-guru perlu berkemahiran dan pakar dalam semua aspek dan bidang. Guru-guru bukan sahaja memperkembangankan kemahiran dengan ilmu pengetahuan sahaja malahan juga mencakupi disiplin, sikap dan tingkah laku untuk menjaga nama profesion perguruan itu sendiri. Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sehingga 30 Jun 2008 seramai 118,380 guru lelaki yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah manakala seramai 251,548 orang guru perempuan yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Tahun demi tahun terdapat peningkatan jumlah guru di seluruh negara, oleh yang demikian Kementerian Pelajaran sejak dari dahulu lagi berusaha memartabat
5

profesion perguruan ini supaya menjadi satu profesion yang profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan bagi pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan menjadi satu panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasan seharian sebagai guru. Keberkesaan Etika Profesion Perguruan adalah berkait rapat dengan usaha gigih guruguru dalam memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam kelas membantu mempengaruhi tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar. Mutu pengajaran yang berkesan dengan personaliti guru yang jitu sedikit sebanyak mempengaruhi iklim tingkah laku pelajar.

4.3.2 Kepentingan Etika profesional dalam perguruan Etika profesional adalah satu alat kawalan sosial yang digunakan sebagai salah satu panduan dalam mendisiplinkan diri ke arah yang lebih beretika. Secara umumnya, kepentingan etika profesional dalam perguruan adalah seperti berikut: (a) Inspirsi dan panduan Eitka profesional telah mengelaskan tingkah laku yang patut diamalkan dalam sesebuah organisasi atau jabatan tersebut. Ia juga dianggap sebagai landasan dalam menjalankan pelbagai kerja dengan lebih teratur dan lebih baik. Dengan panduan dan peraturan amalan-amalan kerja, ia boleh memandu dan mengingkatkan guru-guru mengenai keputusan yang perlu diambil dan tingkah laku yang sepatutnya ada apablia berada di dalam sesuatu keadaan.

(b) Pencegahan dan Disiplin Etika profesional ini boleh digunakan sebagai asas untuk menyiasat sebarang penyelewengan guru-guru apabila terdapat sebarang aduan diterima. Aduan-aduan ini akan dapat mengurangkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkuasa dan berpangkat serta mempunyai kedudukan tertentu dalam sesebuah sekolah atau jabatan. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan penggunaan maklumat-maklumat rahsia sesuatu jabatan untuk kepentingan diri sendiri.

(c) Memelihara Maruah Profesion Etika profesional memberi satu gambaran kepada semua pihak tentang imej positif setiap profesion kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi. Etika merupakan satu panduan kepada profesional untuk membina, meningkat dan mempertahankan integrity, kejujuran dan maruah profesion masing-masing. Ini secara umumnya, etika profesion dalam perguruan ini menjelaskan bahawa setiap guru perlu menggunakan segala ilmu pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan pengetahuan murid-muridnya, jujur kepada diri sendiri, majikan dan masyarakat serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan untuk terus memberi

perkhidmatan yang lebih cemerlang dari semasa ke semasa.

(d) Memelihara Keharmonian


7

Etika profesional ini menggariskan standard tingkah laku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya supaya kepentingan semua pihak terpelihara. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya pertembungan di antara kepentingan diri dan kepentingan umum. Ini akhirnya menyebabkan pelbagai konflik dan rasa tidak puas hati di kalangan pihak yang berkaitan. Setiap ahli profesional dalam bidang masingmasing perlu mengiktiraf kehidupan, keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap anggota masyarakatnya.

(e) Sokongan Etika professional memberi inspirasi, galakan dan sokongan kepada penggunapengguna teknologi dalam bidang kepakaran masing-masing. Ia lebih menumpukan kepada dimensi perlakuan yang positif sebagai panduan tingkah laku yang paling sesuai untuk diamalkan oleh seorang guru yang profesional.

4.4 Etika Kerja dan Etika Profesional Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkah laku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya di kalangan yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira Negara, bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya. Hubungan etika kerja profesional dengan kehidupan manusia digunakan untuk mengawal tingkah laku ahli profesional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara
8

yang mendatangkan kesalahan sama ada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai profesional. Oleh itu, etika kerja professional merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan teknokrat mengawal tingkah lakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa.

4.4.1 Kerja dan tanggungjawab guru Tanggungjawab seseorang guru difokuskan kepada tiga aspek iaitu tanggungjawab terhadap profesion perguruan, tanggungjawab terhadap negara dan tanggungjawab terhadap sekolah, masyarakat dan diri sendiri. Sebagai pendidik, guru bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan iaitu menyalur atau menyampaikan kurikulum yang telah disediakan kepada murid-murid dengan kaedah pengajaran yang berkesan. (a) Akauntabiliti Terhadap Negara Secara professional, guru berkewajipan untuk memelihara imej dan profesion keguruan dengan menyemai khidmat bakti yang bermutu dan penuh dedikasi demi kemajuan negara. Bagi mencapai matalamat ini, guru hendaklah menanam azam untuk meningkatkan kemahiran diri dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efektif. Selain itu, guru-guru juga perlu menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara berlandaskan Rukun Negara, memupuk nilai dan sikap murni yang sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar, memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat

Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat, mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa murid, bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. (b) Akauntabiliti Guru Terhadap Murid dan Profesion Perguruan Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulam, tetapi menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid-murid. Bahkan guru

dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna kepada negara. Justeru itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian, kemajuan dan kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga dari segi moral serta akhlak. Di samping melaksnakan tanggngjawab mendidik murid-murid, guru juga bertanggungjawab untuk memelihara imej dan tngkah laku diri sendiri. Faktor ini amat enting kerana guru hendaklah menunjukkan teladan yang terbai kepada murid-murid. Guru hendaklah sentiasa mempamerkan imej yang terbaik dengan berpakaian kemas dan sederhana, lemah lembut dan mesra, rajin dan tegas serta amanah dalam menjalankan tugas. Dengan penerapan nilai-nilai ini, guru akan sentiasa dihormati oleh murid-murid. (c) Akauntabiliti Guru Kepada Murid dan Ibu Bapa Guru merupakan orang yang kedua penting dalam kehidupan setiap murid. Apabila ibu bapa memasukkan anak mereka ke sekolah, maka ibu bapa menaruh harapan yang besar

10

ke atas guru untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjadi orang yang berilmu dan berguna kepada nusa dan bangsa. Harapan ibu bapa ini menjadi amanah dan tanggungjawab bagi guru-guru dan wajib dilaksanakan. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah iaitu dengan mematuhi jadual, menepati masa, serta menjalankan tugas dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Utamakan kebajikan , kemajuan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. Kita juga mestilah bersikap adil terhadap setiap pelajar di samping membimbing mereka tanpa meminta sebarang bayaran atau ganjaran. Dengan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996, Perintah Pendidikan ( Pendidikan Wajib ) 2002, maka guru-guru

dipertanggungjawab untuk menjalankan kewajipan berikut: Mengajar dengan penuh dedikasi dan berbakti demi kemajuan murid-murid, bidang pendidikan dan negara. Berbakti demi kebajiakan, keselamatan, kemajuan dan masa depan mrid-murid seperti yang diharapkan oleh ibu bapa. Bersikap adil dan saksama kepada setiap murid tanpa mengira bangsa, agama, kedudukan ekonami dan sosial murid-murid atau keluarga mereka. Mengasuh, mengajar dan membimbing murid-murid dengan ikhlas dan jujur tanpa sebarang ganjaran daripada ibu bapa murid-murid. Menunujukkan contoh teladan yang baik dan mesra kepada murid-murid dan ibu bapa mereka serta berbincang dengan ikhlas dengan setiap ibu bapa mengenai sebarang masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
11

(d) Akauntabiliti Terhadap Diri Sendiri Profesion perguruan merupakan profesion yang dihormati oleh setiap lapisan masyarakat negara ini sejak negara ini belum merdeka lagi. Justeru itu, setiap guru wajib memelihara dan mengekalkan status ini demi kebaikan guru itu khususnya dan bidang pendidikan amnya. Bagi memastikan profesion perguruan sentiasa dihormati, guru-guru hendaklah bertanggungjawab terhadap kemajuan diri sendiri. Fakta-fakta berikut adalah penting ke arah akauntabiliti guru terhadap diri mereka sendiri: Menjaga kesihatan dengan sempurna supaya guru dapat menjalankan tugas dengan cergas dan bertenaga. Guru hendaklah mengawal emosi ketika mengajar supaya murid-murid dapat menghayati pelajaran dengan tenang dan tenteram. Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan menerusi aktiviti membaca dan aktiviti lain yang ada kaiatan dengan tugas guru. Melibatkan diri dalm aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti yang dijalankan oleh PIBG bagi faedah bersama. Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatan adalah seimbang dengan perbelanjaan. Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekelilingmelalui media massa atau eletronik.

12

Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah pada masa lapang.

(e) Akauntabiliti Terhadap Tugas dan Kerja Bagi melaksanakan kebertanggungjawab atau akauntabiliti terhadap program pendidikan dengan cemerlang, guru-guru hendaklah mengamalkan perkara-perkara berikut: Membaca buku yang lebih banyak mengenai mata pelajaran yang terkandung dalam kurikulum. Memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar kepada murid-murid. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan mudah difahami oleh murid-murid. Mengajar dan menyampaikan ilmu pengetahuan yang tepat dan fakta yang betul supaya murid-murid mendapat manfaat darinya. Menyertai kursus dalam perkhidmatan dan seminar pendidikan bagi

meningkatkan prestasi dan kemahiran mengajar.

4.4.2 Hubungan Etika Kerja dan Etika Profesionalisme 4.4.3 Kepentingan Etika Kerja dalam profesionalime perguruan 4.5 Usaha-usaha lain yang boleh dilakukan bagi mempertingkat kesedaran etika kerja.

13

5. Penutup Sistem pendidikan di negara ini sentiasa maju. Ini adalah kerana perubahan kurikulum pendidikan akan dapat memenuhi kehendak Negara maju pada masa hadapan. Para guru perlu berusaha mempertingkatkan kecekapan dan kebolehan prestasi kerana perubahan kurikulum yang dilakukan adalah cabaran bagi profesion perguruan. Dengan menghayati etika kerja, profesioanal perguruan akan dipandang mulia serta disegani ramai.

- Please quote your resource We must use atleast 7 references of book or jurnal. 6. Bibliography Laporan Seminar Etika Profesion Pensyarah Dan Amalan Harian, 13 April 1987, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Laporan Seminar Kebangsaan Etika Professional, 20-21 Oktober 1992, Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Mok Soon Sang(2003),Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Rendah:Komponen 1&2 Psikologi Pendidikan & Pedadogi.Kumpulan Budiman,Subang Jaya.
Nota PTK Etika Kerja, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Bahagian Pembangunan Dan Kompetensi Penilaian KPM.

14

You might also like